The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMENANG PUISI TULANG BUKU KATEGORI PENGGUNA MAYA, PENSYARAH, STAF, PELAJAR IPG KAMPUS IPOH.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazariah.mizar, 2020-12-24 01:43:06

PEMENANG PUISI TULANG BUKU

PEMENANG PUISI TULANG BUKU KATEGORI PENGGUNA MAYA, PENSYARAH, STAF, PELAJAR IPG KAMPUS IPOH.

Keywords: PUISI TULANG BUKU,PERTANDINGAN,PERPUSTAKAAN,IPG KAMPUS IPOH,PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH,KATEGORI PENGGUNA MAYA,KATEGORI PENYSYARAH,KATEGORI STAF,KATEGORI PELAJAR

PETUALANG

KELLY TULIS MISSSUN
KOTA KINABALU, SABAH

DI SINI KELU MENATAP WAJAH SIANG
TERMANGU MENCARI JALAN HANGAT
TIKA KALBU LAGI DIBALUT BEKU DITANGKAP KECUT
MENGIMPI BERSUA PENENANG JIWA BUAT MEMBELAI SEMANGAT

SEJENAK SEMILIR LALU MEMBAWA SUARA IBU
SETIAP DERU RASA NYAMAN MENDAMAI RESAH
KATANYA JANGAN TAKUT DI NEGERI ORANG
PERJALANAN MENCARI HIKMAH TAK AKAN PERNAH MUDAH
YAKIN KEJAYAAN ITU PASTI MESKI GAGAL ITU SAHIH

SERING TOHMAH HADIR DI SETIAP SELEKOH
NAMUN ENGGAN KHILAF ARAH MEDAN MAGNET AKHIRAT
TERUS GIGIH MENGGALI ILMU MENGAIL RAHMAT
SERAYA SETIA BERBAKTI PADA TANAH JUGA LANGIT
SEHINGGA CUPAK MENJADI GANTANG

PEMILIK WAJAH

RUZAINI YAHYA
MUAR, JOHOR

Dia pemilik wajah itu
tidak pernah sirna di pusara masa
dia terus memagari minda
mengukir molek senyuman
menikam bening pandangan
menjadi penenang jiwa
buat diri yang gelisah
buat atma yang lara.

Dia pemilik wajah itu
setia berbakti demi nusa
tekad niat kental semangat
dalam perjalanan mencari hikmah
berpandukan magnet akhirat
dia melimpahkan cinta
dia membangunkan setia
dia meneguh janji berbakti
menjulang pendidikan negara bangsa.

Salam Seharum Puisi,

SETIA BERBAKTI

SITI AISHAH BINTI RONI
SEPANG SELANGOR

Tenangnya bayu menyapa damai Tidak gentar dilambung ombak
Mengukir sinar pada garis-garis wajah Tidak gerun dihempas badai
Dibalut kenangan yang masih segar Kakinya tegak berdiri
Menjadi penenang jiwa dan sanubari Imannya teguh di hati
Bagi insan yang bergelar guru suatu Setianya semarak berbakti
ketika dahulu
Demi Pendidikan Negara Bangsa
Seorang insan yang setia berbakti Segalanya rela kau curahkan
Kepada anak nusa tanpa jemu
Tanpa mengira titik lelah Kini… Semuanya lukisan indah
berjurai di jalanan Menggamit hati dan perasaan
Tanpa mengira helaian kuasa Tiada lagi riuh suara anak-anak didik
yang dilabur Tiada lagi wajah-wajah polos yang
Demi perjalanan mencari hikmah berusaha gigih
Membajai benih menyubur saham Tiada lagi pena merah di hujung jari
ke sana nanti Yang kini hanya memoir
Itulah insan yang bergelar Guru Seorang insan yang bergelar guru…



JIWA PASRAH

Hj. Hamdan Yaakub
Jabatan Pengajian Melayu

Dalam perjalanan mencari hikmah
sebagai ubat penenang jiwa
redup sepasang mata

terpapar wajah mekar mewangi
untuk menyatakan saya boleh
sambil hati berbisik jangan takut
menghadapi dugaan pancaroba

lantaran waktu tidak pernah
ke penghujung kemendungan

selagi kita setia berbakti
untuk menepis kemelut
hingga sampai ke pelabuhan tafakur
menuju matlamat magnet akhirat
bagai melontar jiwa pasrah

ill li-ya budun.

LAUNGAN SEMBOYAN GURU

PN NORHANI BINTI BEBE ALTA MIAH
JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Laungan semboyan guru Langkah demi langkah
ikhlas mencurah ilmu kukuh bunga silatnya
setia berbakti Amalan Penilaian Guru
walau dikirim jauh nun di desa. menjadi makanan rutin
menyelongkar setiap rentak
Terpahat utuh kot ada sumbangnya
‘ Saya Boleh “ di mana-mana
tanpa berganjak ketika alpa menguasai diri.
berbekalkan pesan bonda
‘ Jangan Takut “ Laungan semboyan guru
menongkah arus deras. tidak pernah lupa
setiap inci bumi bertuah ini
Wajah ..... warisan pusaka ibunda
gumpalan senyuman jernih terpahat teguh bersama
melangkah terus melangkah Pendidikan Negara Bangsa.
perjalanan mencari hikmah.
Julang negara
Menjentik halus julang bangsa
jiwa-jiwa yang masih hijau celik generasi muda
berpaut kukuh menuju makmur sejahtera
Magnet akhirat. negara tercinta.

Laungan semboyan guru
Penenang Jiwa
anak-anak comel dirai
meskipun berhadapan
Masalah Pembelajaran
jangan gundah gulana
laungan semboyan guru
setia di sisi menanti penuh sabar.

WAJAH—CORONA
HJ MOKHTAR BIN RAIS
JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Wajahmu bersahaja Sudah merentap nyawa
Menggegar maya ribuan manusia
Menggegar manusia Bila kau menyerang
Menggegar keluarga Kau sukar ditentang
Menggegar Malaysia kau memang menang
Menggegar dunia Aku digusarkan
kerana mu...lahir Dia dirisaukan
PKP Kau memang menyasaukan
PKPP Ada yang terjun
PKPB mematikan diri
PKPD Kau Pendemik
Manusia terpenjara dan Mengubah corak
dipenjara kerja warga penyelamat
Manusia ketua negara negara
binggung Mengubah kerja
Manusia ketua keluarga kerja pengaman warga
sengsara Pemimpin negara berdoa
Manusia kepanasan hilang Ulama Agama berdoa
punca untuk selamat
Sekolah bahaya dibuka Kita belum menang
Universiti terganggu dan mesti jangan tewas
budayanya Wajah mu mesti dilupus
Angkara kau musuh tak tahu selamanya.
di mana
Oh......Corona
Wajahmu memualkan
Wajah Wuhan mu
menghimpit
Sosiopolitik dunia
Belanjawan negara jutaan
di hambur untuk vaksin
musuhi mu



HASMAH BINTI ISMAIL
STAF UNIT KEWANGAN

Air melurut ke perigi lama,
Sering lanting riang di rimba,
MASALAH PEMBELAJARAN

bukan yang utama,
Kerna kalianlah WAJAH

kesayangan hamba.

Pinggan berukir dihidang serawa,
Jamah bersama di atas titi,

JANGAN TAKUT tersemat dijiwa,
Frontliner tetap

SETIA BERBAKTI.



SKRIP HIDUP

SITI NUR ZUKHAIDAH BINTI MIOR YAHYA
UNIT V17

Malam, Tali telah kuleraikan,
Membangarku dengan bisikan-bisikan atma, Betapa permainan hidup yang kucipta
Detik kegelapan menghakimi segenap ruang, dicatur semula,
Sesak dan hiba, Memanipulasi pusingan tanpa noktah,
Deruan-deruan helaan nafasku semakin Setia berbakti pada sekeping
berulang pantul, makhluk teragung,
Bagai dipenjara tanpa pintu keinsafan. Digelar penenang jiwa, raja kenikmatan,
Dia, Penjilat derita, pembeli maruah.
Wajah yang diselu bu ngi Ketika burung-burung mengepakkan
dendam kesumat, kebebasannya,
Tataplah! Kelam awan lampauku membalas segalanya,
Kau tidak mampu menghapus renungannya, Membayar kembali rintihan dan
Dirinya dalam diriku. teriakan mereka.
Menyeringai tatkala kumundur, Kini,
Berdecit tatkala kugagal, Tiada lagi balutan emas bertakhtakan
Berdekah tatkala kupuas. berlian tangisan,
Jangan takut, Tiada lagi hamparan baldu merah
Aku ada bersamamu, ditaburi tulang temulang,
Suara itu terlalu membingitkan, Tinggal hanya lekatan kolar putih dan
Mengekori setiap derapku, lengan merah yang membaluti,
Aku buntu, raunganku hanya disahuti sindiran. Kutitipkan satu kekesalan,
Aku sakit. Skrip hidupku akan dibakar,
Aku terus meraba-raba, Kerana kalamku bukan satu
Dimanakah magnet akhirat itu? perjalanan mencari hikmah.
Sangat sempit dan perit menanggung
seksaan ini,
Mencebik jijik kutatap jemari ini,
Hanyiran itu masih kuat menusuk rongga.
Imbauan kuat merengsa lubukku,
Setia kunanti butir-butir kata
objek bernafas itu,
Puas!
Aku mahu lagi dan lagi teriakan,
rayuan, pujukan,
Bagai akulah pengganti kerja Tuhan.
Gundalan itu telah lama kugaris,
Akhirnya kutemui titik penghujungnya,
Lantas segenap tubuhku menggeletar
terdampar di lantai duka.

PERJALANAN MENCARI HIKMAH

NURAZLIN YUSAINY BINTI MOHAMAD RAMLI
UNIT V12

Dalam perjalanan mencari hikmah,
Kadang tersungkur jatuh menahan Lelah,
Mungkinkah aku memilih jalan yang salah,
Hingga terdetik mahu saja aku mengalah,

Perjalanan ini bukan mudah,
Sepanjang laluan dipenuhi liku dan mehnah,
Terus aku bisikkan pada diri usah mengalah,
Pasakkan kekuatan dan teruskan melangkah.

Satu demi satu tangga aku daki,
Hingga ke puncak terbias sinar Mentari,
Terukir senyum melihat indahnya aturan Ilahi,
Mungkin ini ganjaran penat dan lelah yang dilalui.

Didalam kamar, terdiam aku merenung,
Perjalanan panjang sepanjang laluan yang aku harung,
Tersingkap didalamnya hikmah yang tinggi menggunung,
Menanti aku setelah selesai berjuang.

Akan aku teruskan perjuangan suci ini,
Hingga tercapai apa yang aku ingini,
Menjadi guru yang setia berbakti, cekal berbudi,
Sebagai magnet akhirat buatku di sana nanti.

TAKUT

Nur Fatin Fatihah binti Azlan
Unit: V13

Takut.
Takut untuk mencuba,
Bererti kau takut untuk maju menggapai kejayaan setinggi awan.

Janganlah takut,
Pahatlah pada hatimu saya boleh!
Dan mulakanlah perjalanan mencari hikmah hakiki.

Andai kau tersungkur layu,
Bangunlah kembali,

Kerana-Nya sentiasa ada di sisi.
Dia tidak akan pernah menghampakanmu,

Tegakkanlah wajahmu,
Dongaklah ke langit,

Kelak kau pasti bersinar bak bintang-bintang di angkasa.
Kecapilah magnet akhiratmu,

Nescaya dunia ini akan berpihak kepadamu,
Kau pasti bisa kerana Dia sentiasa ada.
Dia,

Penenang jiwamu yang sentiasa menyayangimu,
Janganlah kau goyah duhai hati,

Kau pasti bisa mengharungi onak duri ini.


Click to View FlipBook Version