The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 321-3-ain, 2022-09-13 11:05:21

Pengaplikasian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

AIN ABHARINA BINTI ABDUL JALIL

PENGAPLIKASIAN
KAEDAH PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

BAHASA

AIN ABHARINA BINTI ABDUL JALIL
P21A

1 Kaedah Kod-Kognitif
2 Kaedah Linguistik
3 Kaedah Natural
4 Kaedah Bahasa Komuniti

KAEDAH KOD KOGNITIF

J. B. Carroll (1998) berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian
terhadap kaedah nahu terjemahan.

Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat. Seorang kanak-kanak
telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka mas yang
singkat.

Selain itu, kaedah ini boleh digunakan untuk berfikir dan mempunyai peraturan-peraturan tatabahasa nyata
dari segi psikologi.

Di samping itu, kaedah ini pula mempunyai andaian terhadap pembelajaran bahasa iaitu khusus bahasa
kedua.

Dalam pengajaran, guru lebih mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada
kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

KAEDAH LINGUISTIK

Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori dan teknik-
teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya.
Melalui kaedah ini, guru memulakan pengajaran dengan mengajar pelajar menbunyikan
perkataan.
Samsuri (1972) menyatakan bunyi-bunyi bahasa itu dipindah melalui udara, mengatur jumlah
tenaga gelumbang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses
penghasilannya kepada aspek yang lebih kompleks.
Kebiasaannya, latih tubi ini berkait dengan rangkai kata dan perkataan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, untuk menggunakan kaedah ini, guru bermula dengan aspek mudah
Sumbangan linguistik adalah untuk menambah pengetahuan seseorang yang cuba memahami
sifat-sifat bahasa.
Apabila kaedah ini diterapkan dalam aktiviti kelas, murid-murid dapat menguasai bahasa
dengan lebih mudah dan cepat.

KAEDAH NATURAL

Kamarudin Hj. Husin(1997) memberi pandangan bahawa kaedah natural
merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Kaedah natural ini menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi
komunikatif melalui penguasaan berperingkat.
Dalam pembelajaran dan pengajaran, kaedah natural bermula pada tahap mudah
dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka atau daripada
gambar mudah. Selain itu, pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa secara bebas
seperti berbual dengan rakan sebaya, menunjukkan gambar dan sebagainya.
Dalam pembelajaran mengikut kaedah ini, guru akan memberi tumpuan terhadap
aktiviti iaitu “extra linguistics contexs” bermaksud aplikasi kepada kehidupan
seharian pelajar.

KAEDAH BAHASA KOMUNITI

Kaedah komuniti ini, guru bertindak sebagai kaunselor bahasa, cuba memahami
pelajar melalui “caunsellor emphities”.
Guru-guru biasanya digalakkan menggunakan kaedah bahasa komuniti dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Jean Piaget (1961), beliau mencadangkan guru boleh menyediakan dan
melakukan aktiviti mengikut kaedah bahasa komuniti.
Aktiviti seperti berdialog, bercerita atau berlakon ini dirakam dan hasil rakaman
tersebut didengar semula melalui pita rakaman atau VCR.
Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan perbualan bebas dalam
masa 3 hingga 5 minit tentang pengalaman pembelajaran yang telah dilalui.
Pada akhir aktiviti pembelajaran, guru dan murid dapat membuat rumusan dan
memberi aktiviti pengukuhan kepada murid.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version