The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengenalan seni kolaj dan perkembangan serta cara menghasilkan sebuah karya menggunakan teknik ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by @Aiman_Art_, 2022-12-18 11:02:06

SENI KOLAJ (MUHAMMAD AIMAN BIN RAZALI)

Pengenalan seni kolaj dan perkembangan serta cara menghasilkan sebuah karya menggunakan teknik ini.

AT23 - ISMP SENI 2022/2023
MSP3203 - PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

"SENI POTONGAN DAN TAMPALAN"

Disediakan oleh : Pensyarah :
MUHAMMAD AIMAN BIN RAZALI DR. NORZURAINA BINTI MOHD NOR

D20221102763

PERSEPSI SENI

SEJARAH & PERKEMBANGAN SENI KOLAJ

Kolaj berasal daripada bahasa Perancis iaitu "collar" yang bermaksud
menampal dan gam. Aktiviti kolaj boleh dikatakan sebagai aktiviti atau
teknik yang digunakan dengan menampal sesuatu untuk menghasilkan
karya. Bahan menampal seperti kertas, fabrik dan barangan terpakai boleh
digunakan dalam aktiviti kolaj.

Di Asia, dipercayai bahawa kolaj ditemukan awal di China sekitar abad
ke-2 Masihi, sempadan dengan zaman penciptaan kertas. Selepas abad ke-
10, Jepun mula menggunakan kertas untuk tujuan kaligrafi, namun aktiviti
kolaj sangat perlahan di Asia pada ketika itu.

Manakala di benua Eropah, aktiviti kolaj mula muncul sekitar abad ke-13
Masihi. Pada awalnya, aktiviti kolaj masih kurang dilihat sehinggalah abad
ke-20, di mana muncul pelukis terkenal menggunakan teknik ini dalam
karya mereka.

Seni kolaj juga dipercayai sebagai salah satu kesenian terawal memasuki
era seni moden. Kolaj dianggap sebagai satu permulaan ke arah seni catan
moden yang menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kertas, plastik
dan botol.

Rajah 1 : Rajah 2 :
Kolaj menggunakan penutup botol Kolaj menggunakan koyakan

kertas

1

PERSEPSI SENI

SEJARAH & PERKEMBANGAN SENI KOLAJ

Terdapat satu istilah kolaj yang dibangkitkan Rajah 3 :
oleh tokoh seni Barat; Pablo Picasso dan George Pablo Picasso
Braque iaitu "Papier Colle". Konsep kolaj dapat
dilihat dalam karya kubisme mereka, salah Rajah 4 :
satunya ialah "Fruit Dish and Glass" (1912) oleh George Braque
George Braque. Dalam karya beliau menekankan
kolaj dalam bentuk 2 dimensi iaitu lukisan arang Rajah 5 :
atas kertas dan gabungan subjek utama yang Paul Cezanne
bersepah seperti aliran kubisme. Pada era ini,
bermulanya perkembangan teknik dan aliran Rajah 6 :
dalam kesenian barat yang dibawa oleh kedua- "Fruit Dish and Glass" (1912)
dua tokoh.
George Braque
Perkembangan terus berlaku terhadap aktiviti
kolaj apabila Paul Cezanne mula berkolaborasi 2
dengan Pablo Picasso dan George Braque untuk
menghasilkan kolaj baharu iaitu "Analytic
Cubism". Beliau telah menggabungkan media-
media lain seperti akhbar, tiket dan bahan
terpakai ke dalam karya mereka.

Picasso mengulas kepada hasil karya mereka
bahawa "It was a small painting, a still life
serrounded by an oral form made rope, that for
the first time introduced as a tangble element a
small piece of oil cloth resembling chair
canning; there is no such thing as any material
being worthing or unworthy as a mean of
creative expression, as long the artist in fuses it
with creative feeling".

PERSEPSI SENI

TOKOH SENI KOLAJ

PABLO PICASSO Rajah 7 :
"Guernica" (1937)

Rajah 8 :
Bottle of Vieux Marc, Glass, Guitar

and Newspaper (1913)

Rajah 10: Rajah 9:
Guitar, Sheet Music and Glass Three Musician (1921)

(1912)

3

PERSEPSI SENI

TOKOH SENI KOLAJ

GEORGE BRAQUE

Rajah 12 :
"Still Life with Tenora" (1913)

Rajah 11 :
"Fruit Dish and Glass" (1912)

4

EKSPLORASI SENI

MEDIA, TEKNIK DAN PROSES

Dalam bahagian ini, kita akan mengenal pasti apakah media, teknik
dan proses penghasilan yang digunakan dalam menghasilkan seni
kolaj.

MEDIA

Dalam seni kolaj, media paling kerap digunakan adalah kertas pada
awalnya. Namun begitu, mengikut peredaran zaman, banyak bahan
dan media lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan seni kolaj.
Bahan terbuang juga boleh digunakan untuk menghasilkan kolaj.

Contoh bahan media yang digunakan dalam kolaj ialah :

Rajah 13 : Kertas Rajah 14 : Surat Khabar

Rajah 15 : Botol Rajah 16 : Plastik

5

EKSPLORASI SENI

MEDIA

Rajah 17 : Penutup botol Rajah 18 : Cawan kertas

Contoh hasil kolaj dengan menggunakan bahan-bahan tersebut :

Rajah 19 : Kolaj bahan kosmetik

Rajah 20 : Kolaj surat khabar Rajah 21 : Kolaj cawan kertas

6

EKSPLORASI SENI

TEKNIK

Teknik dalam penghasilan kolaj adalah bebas bergantung kepada
bahan media yang digunakan. Misalnya, kertas surat khabar boleh
dikoyakkan atau digunting mengikut kesesuaian karya yang ingin
dihasilkan. Berikut ialah antara teknik yang digunakan dalam
menghasilkan kolaj.

Teknik Memotong Teknik Menampal




Mengikut bentuk rupa objek Tersusun
Mengikut bentuk geomatri Secara rawak
Koyakkan Bertindih

Memotong mengikut rupa Tampalan tersusun
potongan kertas atau bahan kertas atau bahan ditampal
mengikut rupa (outline) hal secara tersusun dan teratur
benda teknik yang sama digunakan
dalam mozek

Memotong mengikut bentuk Tampalan secara rawak
geomatri
kertas atau bahan ditampal
potongan krtas atau media
mengikut bentuk geomatri
secara rawak dan mengikut
(segi empat, segi tiga)
kreativiti

Koyakkan Tampalan bertindih
Kertas dikoyak mengikut kertas atau bahan ditampal
kreativiti pengkarya secara bertindih
kertas yang dikoyak boleh pertindihan adalah bertujuan
digumpal menjadi bulan untuk menutup ruang kosong
untuk menghasilkan jalinan yang terdedah dalam karya
pada karya juga membentuk rupa yang
lebih cantik dalam karya

7

EKSPLORASI SENI

PROSES PENGHASILAN

Penghasilan seni kolaj tidak memakan masa yang lama dan
bergantung kepada jenis media yang digunakan. Kebanyakkan seni
kolaj kini menggunakan kertas; masa yang diambil untuk
menyiapkan satu karya adalah lebih cepat. Berikut ialah tatacara asas
untuk menghasilkan seni kolaj (Kolaj Penguin).

Bahagian subjek utama (Penguin)
1.Sediakan kertas surat khabar, kertas warna, gunting dan gam.
2.Gunting kertas surat khabar kepada bentuk segi empat untuk
keseluruhan kertas.
3.Buat lakaran awal bentuk penguin atas kertas lukisan.
4.Tampal surat khabar secara bertindih untuk memenuhi ruang
lakaran.
5.Gunakan kertas berwarna hitam yang dipotong untuk mengisi
bahagian sayap penguin.

Bahagian Latar Belakang
1.Koyak kertas surat khabar,
kertas berwarna biru dan
kelabu dengan saiz
serdahana
2.Tampal secara bertindih
mengikut ruang yang dilakar

Rajah 24 :
Contoh karya akhir

8

EKSPRESI SENI

PENGHASILAN KARYA

Dalam bahagian ini, kita akan melihat proses untuk menghasilkan
sebuah karya berjudul "Women in Dress" dengan menggunakan
media dan teknik tertentu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Kertas lukisan A3 Kertas kraf

Gunting Kertas warna
Pisau
Gam Kertas cetakan hal benda

9

EKSPRESI SENI

PENGHASILAN KARYA

Langkah-langkah untuk menghasilkan karya adalah seperti berikut :
LANGKAH 1

Potong subjek utama (rupa
model) mengikut bentuk rupa

(outline) dalam gambar
menggunakan pisau.

LANGKAH 2

Potong imej sampingan
mengikut bentuk geomatri (segi

empat) dengan menggunakan
gunting.



Gambar subjek tambahan boleh
berbeza mengikut kesesuaian

tema karya

10

EKSPRESI SENI

LANGKAH 3

Untuk bahagian lantai (bawah)
karya, kertas dikoyak dengan
lengkungan di tengah seperti

dalam gambar di sebelah.

TAMBAHAN*



Untuk menghasilkan jalinan
dalam karya, kertas direnyukkan

untuk menimbulkan kesan
jalinan yang lebih cantik.



Teknik ini boleh digunakan di
pelbagai tempat dalam seni kolaj.

11

EKSPRESI SENI

LANGKAH 4

Susun semua bahan yang telah
dipotong di atas kertas A3 seperti

di dalam gambar sebelah.

LANGKAH 5
Tampal setiap potongan mengikut
aturan lapisan agar kelihatan lebih
kemas dan subjek utama tidak
tenggelam.
Susunan adalah seperti peta alir di
bawah :

12

EKSPRESI SENI

LAPISAN 1 LAPISAN 2 LAPISAN 3

LAPISAN 4 LAPISAN 5 LAPISAN 6

LAPISAN 6
Lekatkan subjek utama

13

EKSPRESI SENI

LANGKAH 6

Untuk pakaian model, koyakkan kertas warna dan gumpalkan
kepada bentuk bulat. Tujuannya adalah untuk menimbulkan

subjek utama dalam karya akhir.

LANGKAH 7
Susun gumpalan kertas warna ke
atas pakaian model mengikut
kreativiti.

PERINGATAN !!!
Setiap gumpalan kertas perlu
diletakkan gam satu per satu
supaya gumpalan kertas melekat

pada kertas A3.

14

EKSPRESI SENI

LANGKAH 7

Untuk menimbulkan keseimbangan
dalam karya lekatkan sedikit
gumpalan secara berkumpul di

sekitar kawasan kertas A3 seperti
dalam gambar sebelah.

LANGKAH 8

Karya telah siap

15

APRESIASI SENI

KRITIKAN SENI TERHADAP KARYA

Kritikan seni atau apresiasi seni dilakukan untuk tujuan
penambahbaikkan dan mengenal pasti kekurangan pada karya yang
dicipta. Bukan sahaja sebagai langkah untuk memahirkan diri, malah
mampu memberi motivasi dan inspirasi baru kepada pengkarya.
Kritikan seni sangat penting dalam dunia seni lukis dan industri seni.
Kritikan ini mempunyai 4 aspek penilaian iaitu deskripsi, analisis,
interpretasi dan pertimbangan.

"Women in Dress"
(2022)

Media kertas
cetakan, kraf dan

kertas warna

Dihasilkan oleh
Muhammad Aiman

Bin Razali

16

APRESIASI SENI

DESKRIPSI KARYA

Deskripsi merujuk kepada hal benda, subjek
dan apa yang dapat dilihat dengan
menggunakan pencaindera manusia
terutamanya penglihatan. Deskripsi hanya
menceritakan hal benda atau perkara yang
dapat dilihat pada karya yang dihasilkan
oleh pengkarya.

Dari aspek deskripsi karya bertajuk "Women in Dress" oleh Muhammad Aiman Bin
Razali, memperlihatkan figura wanita muslim berhijab dan berpakaian baju labuh
menutupi seluruh badannya. Dalam karya juga dapat dilihat gambar kesenian Islam
seperti motif geomatri dan flora yang banyak dijumpai dalam seni bina Islam seperti
masjid. Figura wanita muslim juga dilihat berlatar belakangkan kerawang geomatri
berbentuk kubah. Pengkarya juga banyak menggunakan media kertas bercetak dan
kertas warna untuk menghias karya tersebut di samping menghiasi karya dengan
elemen kesenian Islam.

17

APRESIASI SENI

ANALISIS KARYA

Analisis merujuk kepada penggunaan
aspek formal iaitu, unsur seni (elemen) dan
prinsip rekaan yang diolah oleh media dan

teknik yang digunakan oleh pengkarya.
Analisis karya meliputi proses penghasilan

karya dan teknik untuk melengkapkan
karya tersebut.

Analisis karya menunjukkan pengkarya menggunakan banyak warna panas
terutamanya pada baju labuh figura wanita berhijab. Warna panas seperti kuning, oren,
dan merah jambu serta diseimbangkan dengan warna hijau dalam karya. Penggunaan
warna dalam karya kelihaan tidak seimbang pada figura tetapi seimbang pada latar
belakang karya. Pengkarya juga menggunakan rupa segi empat pada gambar imej
sampingan di samping bentuk organik pada lantai karya.

Dalam aspek prinsip rekaan, figura wanita menunjukkan keseimbangan dalam karya
di tengah-tengah bersama-sama dengan latar belakang dan susunan gambar
sampingan. Gumpalan kertas menunjukkan keharmonian dari segi penggunaan warna
panas yang berulang iaitu kuning dan oren. Gumpalan kertas warna pada latar
belakang bersama gambar imej sampingan memperlihatkan keseimbangan antara latar
belakang dan subjek utama dalam karya.

Analisis dari segi media dan teknik, pengkarya banyak menggunakan media kertas
bercetak, kertas kraf (kertas coklat) dan kertas berwarna dalam menghasilkan karya
tersebut. Pengkarya memotong mengikut rupa subjek utama dan bentuk geomatri
(segi empat) untuk subjek sampingan dalam karya dan disusun mengikut susunan yang
dirancang. Gumpalan kertas juga digunakan untuk menimbulkan subjek utama dalam
karya.

18

APRESIASI SENI

INTEPRETASI KARYA

Intepretasi merujuk kepada kajian makna
dalam karya. Makna tersurat (apa yang
dapat dilihat) dan makna tersirat (makna
disebalik karya) dikaji dan diulas dalam
bahagian ini.

Karya "Women in Dress" oleh Muhammad Aiman Bin Razali, lebih mengutamakan
fokus kepada keagamaan. Fokus utama karya adalah menunjukkan keindahan unsur-
unsur Islam dan mencerminkan imej Islam yang sejati.

Makna tersurat karya lebih kepada pengenalan kesenian Islam dan mempamerkan
keindahan yang ada padanya. Gambar imej sampingan iaitu motif geomatri yang
dikenali sebagai corak "arabes" sering kali digunakan dalam kesenian Islam. Motif
arabes digunakan dalam pelbagai bentuk kesenian terutamanya dalam seni bina Islam.
Motif ini juga boleh digabungkan dengan elemen flora seperti dalam kesenian ukiran
tradisional Melayu. Konsep arabes tertumpu kepada keharmonian dan pengulangan
bentuk yang membawa maksud Allah itu berada di mana-mana. Subjek utama iaitu
figura wanita berhijab yang beragama Islam berpakaian labuh dengan warna yang
terang dengan gaya ala-ala model barat. Figura ini menjadi perlambangan wanita Islam
pada zaman moden ini; fesyen bergerak seiring dengan pembangunan diri.

Makna tersirat dalam karya, menceritakan Islam tidak menghadkan hak wanita
dalam berhias selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Figura wanita berhijab
dalam karya adalah berkonsepkan "gaya dengan iman" iaitu menutup aurat
sepenuhnya di samping kelihatan ekslusif dan mewah. Hal ini menunjukkan bahawa
Islam juga membenarkan umatnya untuk menjalankan kehidupan seperti masyarakat
lain, walau bagaimanapun perlulah mematuhi syariah agar diri terpelihara. Karya ini
secara keseluruhan mencerminkan keindahan Islam kepada umatnya dan semua
orang.

19

APRESIASI SENI

PERTIMBANGAN KARYA

Pertimbangan karya merujuk kepada
penilaian keberkesanan karya dalam
menyampaikan mesej dengan jelas dan
berkesan.

Karya "Women in Dress" oleh Muhammad Aiman Bin Razali, berjaya dalam
menyampaikan mesej dengan jelas dan terang.
Karya tersebut menceritakan tentang keindahan Islam dan layanan yang baik dn hak
kepada kaum wanita. Karya memperlihatkan wanita Islam diberikan hak berhias
namun perlulah patuh kepada ajaran syariah dan menutup aurat. Penggunaan warna
panas juga memperlihatkan bahawa isu ini panas diperkatakan dalam masyarakat
terutamanya pandangan negatif dalam masyarakat Barat terhadap wanita muslim.
Keindahan Islam juga dipamerkan dengan jelas menceritakan keunikan Islam yang
perlu diberi perhatian dalam masyarakat. Kesimpulannya, Islam adalah agama yang
indah dan aman serta mementingkan keadilan dan layanan kepada setiap lapisan
masyarakat tanpa mengira usia, jantina dan agama.

20


Click to View FlipBook Version