Mesyuarat SESI 2022/2023 Dirasmikan Oleh YM RAJA AZAM SHAH BIN RAJA OMAR Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Perak KALI KE 17 JUN 2023 / Sabtu 9.00 – 12 tengah hari DEWAN SERI PERPADUAN SK Perpaduan, Perak SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN Sekolah Kebangsaan Perpaduan 31150, Ulu Kinta Perak
2 Isi Kandungan Mesyuarat AGUNG PIBG
GURU BESAR Pn Rokiah binti Bakar 3 Sekapur Sireh Mesyuarat AGUNG PIBG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah keizinanNya, dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Perpaduan kali ke-23. Ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023, Encik Ahmad Shanizam bin Kamis serta semua Jawatankuasa PIBG dan guru-guru yang bergabung tenaga dalam menjayakan majlis pada kali ini. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah menggariskan hala tuju pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang. Justeru, tiada sebarang istilah halangan bagi kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian murid. Oleh itu, semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai. Ianya boleh dipacu secara komunikasi dua hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa. Untuk makluman, kejayaan demi kejayaan telah dilakar oleh pihak sekolah samada di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak mengenal erti putus asa dalam mendidik anak-anak kita di samping usaha dan kerjasama erat antara guru dan ibu bapa selama ini. Akhir kalam, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang terbaik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Sekian, terima kasih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saya mengambil kesempatan ingin merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk mencoret sepatah dua kata dalam buku mesyuarat ini. Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu bapa, warga pendidik serta pentadbir SK Perpaduan yang telah memperuntukkan sebahagian masa berharga bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-23 pada hari ini. Mendepani cabaran landskap pembelajaran anak-anak pada hari ini, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak mudah berputus asa, sebaliknya perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan iltizam yang tinggi bagi memastikan tanggungjawab kita dapat dilaksanakan sebaiknya. Suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting bagi memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan sistem pendidikan dengan norma baharu yang sentiasa diduga dengan pelbagai cabaran. Sokongan dan sumbangan PIBG daripada segi material, idea yang bernas serta sokongan moral merupakan nadi penggerak bagi kecemerlangan aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah. Alhamdulillah, PIBG telah memberikan dokongan yang optimum kepada pihak sekolah melalui penyaluran dana kewangan, tenaga dan buah fikiran bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang diatur oleh pihak sekolah. Berkat kesungguhan yang berterusan daripada ibu bapa dan guru, pelbagai projek PIBG telah berjaya dilaksanakan. Justeru, pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, marilah sama-sama kita meneliti segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi lalu untuk mengenal pasti penambah baikan, supaya pencapaian ini dapat dikekalkan dalam kecemerlangan yang berterusan. Akhir bicara, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2022 / 2023, Puan Rokiah Binti Bakar selaku Guru Besar dan guru-guru yang telah bertungkus-lumus demi kebaikan dan keutuhan prestasi murid-murid di SK Perpaduan. Mewakili AJK PIBG Sesi 2022 / 2023, kami mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru atas kepercayaan serta sokongan padu yang telah diberikan sepanjang tempoh kami memikul amanah ini. YDP PIBG Encik Ahmad Shanizam bin Kamis 4 Seulas Pinang AGUNG PIBG Mesyuarat
5 17 JUN 2023 / Sabtu 8.15 pagi : Kehadiran dan pendaftaran ibu bapa/penjaga 9.00 pagi : - Ketibaan tetamu jemputan/perasmi - Persembahan tim kompang - Nyanyian Lagu Negaraku - Aluan pengacara majlis 9.15 Pagi : - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Penasihat PIBG - Ucapan Perasmian oleh YM Raja Azam Shah bin Raja Omar (Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun) - Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2022/23 - Penyampaian cenderahati kepada perasmi - Tayangan Montaj (Sumbangan & Aktiviti PIBG sesi 2022/23) 10.00 pagi : Rehat Persembahan murid (Nasyid & Nyanyian) 10.30 pagi : - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 - Menerima dan membahaskan usul - Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/23 - Pelantikan AJK PIBG baharu sesi 2023/24 - Hal-hal lain - Sesi Cabutan Bertuah 12.30 tengah hari : - Mesyuarat ditangguhkan - Bersurai Atur cara Majlis Mesyuarat AGUNG PIBG
6 Penasihat : Pn Rokiah binti Bakar (Guru Besar) Pengerusi : En. Ahmad Shanizam bin Kamis (YDP PIBG) Naib Pengerusi : Pn. Zuhaida binti Ibrahim (PK Pentadbiran) : Pn. Hajah Faezah binti Jamaludin (PK Hem) : Pn. Nazirah binti Abu Hanipah (PK Kokurikulum) : Pn. Maswati binti Abdul Latif (PK Petang) Setiausaha : Pn. Nurul Hafizah binti Islar Bendahari : Pn. Nurul Aqmal binti Abdul Majid PROTOKOL MAJLIS - Rokiah binti Bakar - Ahmad Shanizam bin Kamis - Zuhaidabinti Ibrahim - Hjh. Faezah binti Jamaludin - Nazirah binti Abu Hanipah - Maswatibinti Abdul Latif Mohd - Khairulnizam bin Jaafar PENGACARA MAJLIS - Adzuan Rezzabin Dak (K) PENDAFTARAN - Anne Priyanka a/p Vincent (K) - Siti Shahidabinti Mohd Sukerna - Eliza binti Shamsuddin - Noorhamizzabinti Ahmad BACAAN DOA - Ahmad Fadzlibin Abdul Aziz BUKU LAPORAN MESYUARAT - Nurul Hafizah binti Islar (K) - Anne CheahMei Chun - Nurul Aqmalbinti Abdul Majid JAWATANKUASA PELAKSANA BORANG USUL - Nor Amryinabinti Mat Nor (K) - Zuraida binti Bulat BACKDROP & PENTAS - Marianibinti Ab Rahman (K) - Rozihan binti Ibrahim - Khadijah Ernibinti Tahiruddin - Nor Hafeezan bin Abdul Kedir - Mustafarbin Rahadi PENCATAT MINIT MESYUARAT - Munirah binti Samsudin (K) - Zaihasrabinti Mohd Salleh - Azlin binti Kamaruddin - Rubathey a/p Muniyandi - Rusmalina binti Mat Amin (Ucapan) SIARAYA / TEKNIKAL - Muhammad Syafaat bin Mohamat Nasir (K) - Muhamad Fakrudin bin Abul Kadir PERSEMBAHAN - Muhammad Izhar bin Ismail (K) - Mohd Ikram Syahmibin Ismail - Siti Hadiah binti Buang - Siti Normilahwatibinti Arunah@Haron Jawatankuasa Kerja AGUNG PIBG Mesyuarat
HEBAHAN & PUBLISITI - Mohd Azrul bin Mohd Alias JAMUAN A. TETAMU VIP - Marizabinti Mansur (K) - Ramudah binti Abdul Malek B. GURU & PEKERJA - Raja Sharifah binti Raja Mamat (K) - Ramlah binti Bakar C. IBU BAPA - Salmah Bibi binti Mohamed Kassim (K) - Maizatulshima binti Abdul Rahaman - Umarani a/p Munusamy - Siti Eshah binti Mohamad Yatim - Zainabbinti Ali@Basir - Norashikin binti Ihsan HADIAH & SIJIL - Nur Shafinazbinti Mohamed Hairudin (K) - Nor Asmah binti Harun - Lalithaswari a/p Singara Veloo - Tavasselini a/p Seger - Fadhilah binti Abd Rahim (Perasmi) - Anne CheahMei Chun (Sijil) PENGIRAAN UNDI (DIGITAL - Rusydiatul Husnabinti Rosly (K) - Hamijah binti Ali Amat - Regina Jana @Merilyn Anak Jana - Siti Halimah binti Asri SAMBUTAN & MULTIMEDIA - Syamsul Ridzuan bin Surbaini FOTOGRAFI - Muhammad ‘Ammar Hakim bin Ahmad Yusoff (K) - Juwaidah binti Nordin PERSIAPAN TEMPAT (Sebelum Mesyuarat) - Nurul Amin bin Mustakim (K) - Shahrilbin Mohamed Tanzizi@Suhaimi - Pekerja swasta PERSIAPAN TEMPAT (Semasa mesyuarat) - Muhammad Khusairibin Mohd Yusof (K) - Maryatibinti Mustaffa - Norasmazalizabinti Ghazali - Zainurhudabinti Sulaiman PERSIAPAN TEMPAT (Selepas mesyuarat) - Megat Fuad bin Megat Zainudi (K) - Saliman bin Saiman - Mohamad Azaharbin Adnan - Yusseinibin Noh - Abdul Aziz bin Che Hassan - Che Nur Azlin binti Che Anuar - Pekerja swasta PENUNJUK ARAH - Zoraimibin Shariff (K) - Ahmad Fadzlibin Abdul Aziz - Mohd Azrul bin Mohd Alias Jawatankuasa Kerja Mesyuarat AGUNG PIBG 7
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Mesyuarat AGUNG PIBG 8
9 Agenda Mesyuarat Mesyuarat AGUNG PIBG Perutusan YDP PIBG Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-22 Membentang & Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Membentang & Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022 Menerima & Membahaskan usul Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/23 Pelantikan AJK PIBG baharu sesi 2023/24 Pemilihan Juruaudit dalaman Hal-hal lain Ucapan Penangguhan
10 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN JURU AUDIT DALAMAN PIBG SESI 2022/2023 PENASIHAT : PN ROKIAH BINTI BAKAR YANG DIPERTUA : EN. AHMAD SHANIZAM BIN KAMIS NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD KHAIRULNIZAM BIN JAAFAR SETIAUSAHA : PN NURUL HAFIZAH BINTI ISLAR PEN. SETIAUSAHA : PN AMRYINA BINTI MAT NOR BENDAHARI : PN NURUL AQMAL BINTI ABDUL MAJID PEN. BENDAHARI : PN SALMAH BIBI BINTI MOHD KASSIM AJK IBU BAPA 1. EN MUSTAFAR BIN RAHADI 2. PN NORASMAZALIZA BINTI GHAZALI 3. PN ZAINURHUDA BINTI SULAIMAN 4. EN YUSSEINI BIN NOH 5. EN ABDUL AZIZ BIN CHE HASSAN AJK GURU 1. ANNE PRIYANKA A/P VINCENT 2. PN NUR SHAFINAZ BINTI MOHAMED HAIRUDIN 3. PN MARIZA BINTI MANSUR 4. EN MUHAMMAD IZHAR BIN ISMAIL 5. EN NURUL AMIN BIN MUSTAKIM JURU AUDIT DALAMAN : 1. EN MUHAMMAD SYAFAAT BIN MOHAMAT NASIR 2. PN CHE NUR AZLIN BINTI CHE ANUAR Jawatankuasa Induk PIBG Mesyuarat AGUNG PIBG
11 Minit Mesyuarat PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN, 31150 ULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN. Kod Sekolah : ABA 2053 No. Fax/tel : 05-5333859 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN KALI KE-22, SESI 2021/2022 Tarikh : 18 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 9am – 12.30pm Tempat : Dewan SK Perpaduan Kehadiran : Ibu bapa : 104 orang Guru : 57 orang Jumlah : 161 orang 1.0 PERUTUSAN PENASIHAT PIBG (PN. ROKIAH BINTI BAKAR) 1.1 Mengalu-alukan kehadiran dan ucapan terima kasih kepada YDH DSP Ayob bin Ismail, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 1, Pasukan Gerakan Am atas kesudian menerima jemputan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 walaupun dengan jadual yang padat. 1.2 Turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Ahmad Shanizam bin Kamis selaku YDP PIBG dan semua ibu bapa yang dapat hadir. Kehadiran ibu bapa membuktikan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan misi dan visi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko kurikulum dan sahsiah murid. 1.3 Ucapan terima kasih dan syabas kepada semua AJK PIBG dan guru yang telah berhempas pulas memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 22 pada hari ini. 1.4 Rentetan daripada pandemik Covid-19 ini, telah menjejaskan sistem pembelajaran dan aktiviti sekolah secara bersemuka. Beliau menzahirkan rasa sukacita agar mesyuarat yang dijalankan secara bersemuka pada hari ini mengeratkan lagi kesepakatan antara Mesyuarat AGUNG PIBG
12 Minit Mesyuarat pihak sekolah dan ibu bapa bagi kecemerlangan murid. Turut menggesa ibu bapa terus memberikan sokongan moral, tenaga, masa dan kewangan dalam menjayakan program yang akan dirancang pada tahun ini. 1.5 Laporan pelibatan murid dalam ko akademik (mengikut norma baharu) seperti berikut: 1.5.1 Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA): i) Nurul Nor Azierah binti Jamal – Naib Johan e-Daie Cilik (kategori perempuan) peringkat kebangsaan ii) Siti Nur Ainina binti Abd Razak – Tempat Ketiga e-Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan (kategori perempuan) 1.5.2 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid dan jurulatih yang terlibat dalam acara yang dipertandingkan. 1.6 Kolaborasi guru-guru dan ibu bapa bertujuan untuk membentuk kemenjadian murid. Kecemerlangan murid bakal terhasil sekiranya semua pihak memainkan peranan dan tanggunjawab masing-masing. 1.7 Turut mengingatkan ibu bapa bertegas dengan kehadiran anak ke sekolah agar mereka tidak keciciran ilmu. Ini disebabkan, peratus kehadiran murid ke sekolah agak membimbangkan sejak kebelakangan ini. 1.8 Memaklumkan bahawa murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan telah menerima pelbagai bantuan seperti Baitulmal, Mcdonalds dan Ahli Parlimen Tambun. Bantuan yang diterima seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin selain memberi motivasi kepada murid-murid agar hadir ke sekolah setiap hari. 1.9 Turut merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program yang telah dirancang pada sesi 2021/2022. AGUNG PIBG Mesyuarat
13 Minit Mesyuarat AGUNG PIBG Mesyuarat 2.0 PERUTUSAN PERASMI (YDH DSP AYOB BIN ISMAIL) 2.1 Merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa kerana komited dengan PIBG. 2.2 Menjelaskan pendidikan merupakan satu proses yang sangat penting yang mampu mengubah tahap kehidupan seseorang. 2.3 Mengingatkan ibu bapa agar bersama guru-guru membantu menjayakan proses pembelajaran anak-anak, tidak melepaskan sepenuh tanggungjawab mendidik anak kepada guru semata-mata. Ini disebabkan, masa murid bersama guru hanya beberapa jam sahaja di sekolah berbanding masa mereka berada di rumah. 2.4 Kita sepatutnya bersyukur kerana fasiliti sekolah di sini adalah baik berbanding sekolah di kawasan pedalaman. Namun, didapati murid-murid di sana lebih gigih dan berusaha untuk hadir ke sekolah menuntut ilmu walaupun dalam keadaan serba kekurangan. 2.5 Pencapaian dan kejayaan murid-murid terletak pada usaha kendiri, didikan guru serta asuhan dan komitmen daripada ibu bapa. Ibu bapa disaran agar berhenti daripada terus menyalahkan pihak sekolah sekiranya anak gagal dalam pelajaran dan tidak cemerlang seperti yang diinginkan. 2.6 Menjelaskan bahawa keamanan negara yang dikecapi pada hari ini tidak melalui proses yang mudah. Sepatutnya anak muda generasi kini perlu mempunyai semangat juang yang tinggi jika ingin lebih berjaya dan cemerlang. 3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 YANG TELAH DIADAKAN PADA 23 OKTOBER 2021 3.1 Pn Nurul Hafizah binti Islar selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung PIBG sesi 2021/2022. Pencadang : Pn Rozihan binti Ibrahim Penyokong : Pn Zainab binti Ali@Basir
14 Minit Mesyuarat AGUNG PIBG Mesyuarat 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2021/2022 4.1 Encik Ahmad Shanizam bin Kamis, mewakili Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan PIBG. Pencadang : En. Adzuan Rezza bin Dak Penyokong : En. Mohd Azrul bin Mohd Alias 5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA 30 JUN 2022 5.1 Pn. Nurul Aqmal binti Abdul Majid, selaku Bendahari PIBG sesi 2021/2022 membentangkan Penyata Kewangan. Pencadang : En. Mohd Fauzal bin Mohamad Ali Penyokong : Pn. Norasmazaliza binti Ghazali 6.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL 6.1 Usul : Memasang penapis air Cuckoo/ Coway untuk kegunaan murid. Pencadang : Pn Siti Nur Asyikin binti Aladin Keputusan : Guru Besar - Cadangan yang baik, namun memerlukan kos bayaran secara bulanan untuk pembelian tersebut. - Solusi : Pn. Che Nur Azlin binti Che Anuar bermurah hati menyumbang penapis air Coway untuk kegunaan murid-murid. Namun, PIBG perlu menampung kos servis dan penukaran filter berkala agar penapis tersebut dapat digunakan. 6.2 Usul : Bayaran sumbangan PIBG dinaikkan daripada RM50 kepada RM60 untuk satu keluarga.
15 Minit Mesyuarat AGUNG PIBG Mesyuarat Pencadang : Pentadbir SK Perpaduan Keputusan : Ahli mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk menaikkan jumlah sumbangan PIBG daripada RM50 kepada RM60 bagi satu keluarga untuk sesi 2022/2023. 6.3 Usul : Memberi sumbangan locker untuk pelajar bagi mengurangkan beban membawa buku ke sekolah. Pencadang : Pn Che Nur Azlin binti Che Anuar Keputusan : Guru Besar - Pihak sekolah akan menerima peruntukan locker dari KPM mulai tahun 2023. Oleh itu, PIBG tidak perlu mengeluarkan peruntukan membeli locker. - Langkah awal, pihak sekolah telah menyediakan Jadual Waktu anjal bagi mengatasi beg berat. Justeru, mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan agar anak-anak membawa buku mengikut jadual waktu yang telah diterima. 7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua AJK di atas segala kerjasama yang telah diberikan demi kepentingan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Perpaduan ini. Sekali lagi diingatkan bahawa PIBG ini ditubuhkan untuk membantu dan melaksanakan aktiviti, membina prasarana, menambah dan menyelenggara prasarana untuk kegunaan murid dan warga sekolah. Semua keputusan dan proses tertakluk kepada Pekeliling Kerajaan Malaysia. 7.2 YDP mewakili Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 memohon kemaafan sepanjang menjalankan tugas pada sesi yang lepas. 7.3 YDP dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022. 7.4 Pencalonan dan pemilihan AJK baharu dilaksanakan.
16 Minit Mesyuarat AGUNG PIBG Mesyuarat 8.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 8.1 Guru Besar selaku Penasihat PIBG telah memberi mandat kepada Encik Kamarul Zaman bin Karia @ Zakaria sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 9.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG DAN JURU AUDIT DALAMAN BAGI SESI 2022/2023 Keputusan rasmi setelah diputuskan mengikut undian majoriti : YANG DIPERTUA : En. Ahmad Shanizam bin Kamis NAIB YANG DIPERTUA : En. Mohd Khairulnizam bin Jaafar SETIAUSAHA : Pn. Nurul Hafizah binti Islar PENOLONG SETIAUSAHA : Pn. Nor Amryina binti Mat Nor BENDAHARI : Pn. Nurul Aqmal Binti Abdul Majid PENOLONG BENDAHARI : Pn. Salmah Bibi binti Mohd Kassim AJK IBU BAPA : 1. Encik Mustafar bin Rahadi 2. Pn. Norasmazaliza binti Ghazali 3. Pn. Zainurhuda binti Sulaiman 4. En. Yusseini bin Noh 5. En. Abdul Aziz bin Che Hassan AJK GURU : 1. Cik Anne Priyanka a/p Vincent 2. Pn. Nur Shafinaz binti Mohamed Hairudin 3. Pn. Mariza binti Mansur 4. En. Muhammad Izhar bin Ismail 5. En. Nurul Amin bin Mustakim JURU AUDIT DALAMAN : 1. En. Muhammad Syafaat bin Mohamat Nasir 2. Pn. Che Nur Azlin binti Che Anuar
17 Minit Mesyuarat AGUNG PIBG Mesyuarat 10.0 HAL-HAL LAIN 10.1 YDP memaklumkan bahawa dana PIBG telah digunakan untuk kerja baik pulih dan penyelenggaraan seperti wiring, menampal lantai kelas yang pecah dan berlubang serta saluran pembentungan Blok A yang tersumbat. 10.1.1 Kerja-kerja ini telah dilakukan pada tahun ini secara berperingkat dengan bantuan AJK PIBG, Encik Shamsuddin bin Ngah Othman. 10.1.2 PIBG akan membantu sekolah menampung kos penggantian cermin tingkap kelas yang pecah bagi mengurangkan risiko bahaya kepada murid. Ini kerana, PIBG amat menitikberat akan keselamatan murid semasa berada dalam kawasan sekolah. 10.1.3 PIBG masih memerlukan sumbangan pihak luar bagi menampung kos pemasangan awning di pintu pagar depan dan belakang serta meninggikan lantai simen. 10.1.4 Dana PIBG juga telah disalurkan untuk kerja-kerja keceriaan sekolah dengan tujuan untuk menarik minat dan menimbulkan rasa seronok untuk hadir ke sekolah setiap hari. 10.2 YDP menggesa agar ibu bapa/penjaga membayar sumbangan PIBG pada tahun ini supaya pihak sekolah dapat melaksanakan aktiviti/ program yang melibatkan murid tanpa sebarang masalah. 10.3 Guru Besar memaklumkan bahawa sumbangan PIBG boleh dibayar secara ansuran dan menyeru ibu bapa membuat sumbangan bayaran sebagai tanda tanggung jawab dan kebersamaan kepada pihak sekolah. 10.4 Guru Besar menggesa ibu bapa/penjaga agar lebih cakna untuk menghantar dan mengambil anak jagaan mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan sekolah: Sesi pagi : 7.00am-7.20am / 1.30pm–2pm Sesi petang : 12.30pm-1.20pm / 6.20pm-7pm 10.4.1 Masalah kehadiran murid sesi pagi, datang agak lewat dari jam 7.20am, manakala murid sesi petang, datang terlalu awal. 10.4.2 Murid yang tiba terlalu awal ke sekolah bagi murid sesi petang (sebelum jam 12.30pm) dan pulang terlalu lewat melebihi jam 7 malam, pihak sekolah tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku perkara tidak
18 Minit Mesyuarat Mesyuarat AGUNG PIBG 10.4.3 Pihak sekolah menegaskan bahawa terdapat keterbatasan tanggung jawab menjaga keselamatan murid-murid dalam kawasan sekolah. 10.4.4 Menyarankan agar ibu bapa/penjaga mengurus masa / pengangkutan dengan baik untuk mengambil anak serta menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan ibu bapa yang tidak hadir pada hari ini. 10.5 Pihak sekolah telah menguruskan masalah lalu lintas dan telah memaklumkan laluan sehala kenderaan ibu bapa/penjaga yang perlu diikuti. Namun, masalah kesesakan masih berlaku kerana sikap acuh tidak acuh ibu bapa serta tidak patuh arahan yang telah ditetapkan sekolah. 10.6 YDP menyeru ibu bapa/penjaga terutama yang mempunyai anak di pra sekolah dan tahap satu agar memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk mengurus anak sebaik murid-murid telah berada di dalam kawasan sekolah. Ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas akibat daripada parkir kereta ibu bapa. 10.7 Terdapat aduan daripada penjaga bahawa perkara di bawah tidak dimaklum awal kepada ibu bapa. Ini mengakibatkan murid-murid sering meminta duit belanja lebih daripada ibu bapa. 10.7.1 Ada kutipan derma pada bulan Ramadan; 10.7.2 Kedai buku sekolah menjual permainan 10.7.3 Jualan buku dari kelas ke kelas. Maklum balas Guru besar : 10.7.1 Kutipan sumbangan telah menjadi budaya dan ianya tidak wajib. Kutipan dibuat daripada murid dan diberi kepada murid yang kurang berkemampuan sebagai duit raya. 10.7.2 Dibuat oleh guru Pusat sumber sekolah dengan nilaian RM2. Pihak sekolah tidak mengeluarkan surat kerana ianya tidak wajib dan murid boleh membeli tanpa paksaan. 10.7.3 Jualan barang permainan pada awal tahun ini tiada dalam pemerhatian pihak sekolah. Namun, pihak sekolah akan membuat pemeriksaan mengejut untuk mengesahkan aduan ini. diingini kerana surat pemberitahuan waktu operasi sekolah telah diedar kepada semua ibu bapa/ penjaga melalui guru kelas.
19 Minit Mesyuarat Mesyuarat AGUNG PIBG 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana masih diberi kepercayaan untuk menerajui PIBG sebagai YDP. Beliau mengharapkan kerjasama erat antara guru dan ibu bapa terus terjalin demi kecemerlangan anak-anak serta memberi komitmen yang baik pada setiap program anjuran PIBG dan sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, (PN. NURUL HAFIZAH BINTI ISLAR) (EN. AHMAD SHANIZAM BIN KAMIS ) Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, SK Perpaduan, Perak SK Perpaduan, Perak Disahkan oleh, (PN. ROKIAH BINTI BAKAR) Guru Besar SK Perpaduan, Perak
20 A. CARTA KEHADIRAN MESYUARAT AJK SESI 2022/23 Mesyuarat AGUNG PIBG BIL NAMA JAWATAN 26/08/22 17/01/23 17/05/23 14/06/23 1. ROKIAH BINTI BAKAR PENASIHAT / / / TH 2. AHMAD SHANIZAM BIN KAMIS YANG DIPERTUA / / / / 3. MOHD KHAIRULNIZAM BIN JAAFAR NAIB YANG DIPERTUA / / / / 4. NURUL HAFIZAH BINTI ISLAR SETIAUSAHA / / / / 5. NURUL AQMAL BINTI ABDUL MAJID BENDAHARI / / / / 6. NOR AMRYINA BINTI MAT NOR PEN. SETIAUSAHA / / / / 7. SALMAH BIBI BINTI MOHD KASSIM PEN. BENDAHARI / / / / 8. MUSTAFAR BIN RAHADI AJK IBU BAPA / / / / 9. NORASMAZALIZA BINTI GHAZALI AJK IBU BAPA / / / / 10. ZAINURHUDA BINTI SULAIMAN AJK IBU BAPA / / / TH 11. YUSSEINI BIN NOH AJK IBU BAPA / / / TH 12. ABDUL AZIZ BIN CHE HASSAN AJK IBU BAPA TH / / TH 13. ANNE PRIYANKA A/P VINCENT AJK GURU / / TH TH 14. NUR SHAFINAZ BINTI MOHAMED HAIRUDIN AJK GURU TH / / / 15. MARIZA BINTI MANSUR AJK GURU / / TH / 16. MUHAMMAD IZHAR BIN ISMAIL AJK GURU / / / / 17. NURUL AMIN BIN MUSTAKIM AJK GURU / / / / 18. MUHAMMAD SYAFAAT BIN MOHAMAD JURU AUDIT DALAMAN 1 / / TH / 19. CHE NUR AZLIN BINTI CHE ANUAR JURU AUDIT DALAMAN 2 TH / TH TH Laporan Aktiviti Tahunan
Mesyuarat AGUNG PIBG BIL. AKTIVITI TARIKH 1. Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 08 Julai 2022 2. Mesyuarat Jawatankuasa kali Pertama (Bil.1 2022/23) 26 Ogos 2022 3. Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera 18/08/2022 4. Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah 22/08/2022 5. Hari Keusahawanan Kokurikulum peringkat sekolah 12 Oktober 2022 6. Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah 12 Oktober 2022 7. Karnival Rancak Seni (Pertandingan Paluan Kompang & Formasi) peringkat daerah 20 Oktober 2022 8. Mesyuarat Jawatankuasa kali kedua (Bil.2 2022/23) 17 Januari 2023 9. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) sesi 2022/23 11 Februari 2023 10. Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah 17 Februari 2022 11. Aktiviti senamrobik minggu pertama persekolahan 22 Mac 2023 12. Mesyuarat Jawatankuasa kali ketiga (Bil.3 2022/23) 17 Mei 2023 13. Jamuan Sambutan Aidilfitri 18 Mei 2023 14. Lawatan Suai-kenal bersama Peg. Khas Parlimen Tambun, YM Raja Azam Shah bin Raja Omar. 02 Jun 2023 15. Sesi Dialog PIBG bersama MBI oleh Clr Pn. Norhayati Nasution 13 Jun 2023 16. Mesyuarat Jawatankuasa kali keempat (Bil.4 2022/23) 14 Jun 2023 17. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG (MAT) kali ke-23 17 Jun 2023 21 B. AKTIVITI & PROGRAM PIBG SESI 2022/23 Laporan Aktiviti Tahunan
Laporan Kewangan Mesyuarat AGUNG PIBG 22 PENYATA KEWANGAN PIBG SK PERPADUAN 01 JANUARI – 31 DISEMBER 2022
Laporan Kewangan Mesyuarat AGUNG PIBG 23
24 Laporan Kewangan 05.01.2022
25 A. USUL DENGAN JAWAPAN BERTULIS (TANPA BAHAS) Pembentangan Usul
26 Pembentangan USul Mesyuarat AGUNG PIBG A : USUL DENGAN JAWAPAN BERTULIS (TANPA BAHAS)
27 Mesyuarat AGUNG PIBG B : USUL (DIBAHASKAN SEMASA MESYUARAT) Pembentangan USul
28 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN JURU AUDIT DALAMAN PIBG SESI 2023/2024 PENASIHAT : PN ROKIAH BINTI BAKAR YANG DIPERTUA : NAIB YANG DIPERTUA : SETIAUSAHA : PEN. SETIAUSAHA : BENDAHARI : PEN. BENDAHARI : AJK IBU BAPA 1. 2. 3. 4. 5. AJK GURU 1. 2. 3. 4. 5. JURU AUDIT DALAMAN : 1. 2. Jawatankuasa Induk PIBG Mesyuarat AGUNG PIBG
29 PENGGANTIAN 10 KIPAS SUMBANGAN TUNAI RM5000 (MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK) PELANTAR BESI DI PAGAR D Album Sumbangan PIBG PEMASANGAN AWNING PAGAR D PEMASANGAN COWAY UNIT KEDUA PENYELENGGARAAN TANGKI KUMBAHAN PEMASANGAN JARING BURUNG MERPATI SISTEM JADUAL WAKTU SEKOLAH (ASC) MELANTAI PEJALAN KAKI BERLEKUK (PAGAR D)
30 Album Aktiviti PIBG Mesyuarat AGUNG PIBG
YM RAJA AZAM SHAH BIN RAJA OMAR (PEGAWAI KHAS AHLI PARLIMEN TAMBUN) PN ROKIAH BINTI BAKAR (GURU BESAR SK PERPADUAN) ENCIK AHMAD SHANIZAM BIN KAMIS (YDP SK PERPADUAN) AJK PIBG SESI 2022/23 DAN AHLI PIBG SK PERPADUAN GURU-GURU, PEKERJA SWASTA DAN WARGA SK PERPADUAN IBU BAPA DAN MURID-MURID SK PERPADUAN & SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SekalungPenghargaan NURUL HAFIZAH ISLAR