The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSV TAHUN 2, 2022-08-23 05:37:20

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-22

PIBG SK PERPADUAN SESI 2022/2023

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN,
31150 ULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Kod Sekolah : ABA 2053
No. Fax/tel : 05-5333859

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN

KALI KE-22, SESI 2021/2022

Tarikh : 18 Jun 2022

Hari : Sabtu
Masa : 9am – 12.30pm

Tempat : Dewan SK Perpaduan

Kehadiran :

Ibu bapa : 104 orang

Guru : 57 orang

Jumlah : 161 orang

1.0 PERUTUSAN PENASIHAT PIBG (PN. ROKIAH BINTI BAKAR)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran dan ucapan terima kasih kepada YDH DSP
Ayob bin Ismail, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 1, Pasukan Gerakan
Am atas kesudian menerima jemputan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali
ke 22 walaupun dengan jadual yang padat.

1.2 Turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Ahmad Shanizam bin
Kamis selaku YDP PIBG dan semua ibu bapa yang dapat hadir. Kehadiran ibu
bapa membuktikan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan misi dan visi
sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko kurikulum
dan sahsiah murid.

1.3 Ucapan terima kasih dan syabas kepada semua AJK PIBG dan guru yang telah
berhempas pulas memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 22 pada hari ini.

1.4 Rentetan daripada pandemik Covid-19 ini, telah menjejaskan sistem
pembelajaran dan aktiviti sekolah secara bersemuka. Beliau menzahirkan rasa
sukacita agar mesyuarat yang dijalankan secara bersemuka pada hari ini
mengeratkan lagi kesepakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi

kecemerlangan murid. Turut menggesa ibu bapa terus memberikan sokongan
moral, tenaga, masa dan kewangan dalam menjayakan program yang akan
dirancang pada tahun ini.

1.5 Laporan pelibatan murid dalam ko akademik (mengikut norma baharu) seperti
berikut:

1.5.1 Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA):

i) Nurul Nor Azierah binti Jamal – Naib Johan e-Daie Cilik (kategori
perempuan) peringkat kebangsaan

ii) Siti Nur Ainina binti Abd Razak – Tempat Ketiga e-Tilawah Al Quran
peringkat kebangsaan (kategori perempuan)

1.5.2 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid dan jurulatih
yang terlibat dalam acara yang dipertandingkan.

1.6 Kolaborasi guru-guru dan ibu bapa bertujuan untuk membentuk kemenjadian
murid. Kecemerlangan murid bakal terhasil sekiranya semua pihak memainkan
peranan dan tanggunjawab masing-masing.

1.7 Turut mengingatkan ibu bapa bertegas dengan kehadiran anak ke sekolah agar
mereka tidak keciciran ilmu. Ini disebabkan, peratus kehadiran murid ke sekolah
agak membimbangkan sejak kebelakangan ini.

1.8 Memaklumkan bahawa murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan
telah menerima pelbagai bantuan seperti Baitulmal, Mcdonalds dan
Ahli Parlimen Tambun. Bantuan yang diterima seharusnya dimanfaatkan sebaik
mungkin selain memberi motivasi kepada murid-murid agar hadir ke sekolah
setiap hari.

1.9 Turut merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program yang telah
dirancang pada sesi 2021/2022.

2.0 PERUTUSAN PERASMI (YDH DSP AYOB BIN ISMAIL)

2.1 Merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa
kerana komited dengan PIBG.

2.2 Menjelaskan pendidikan merupakan satu proses yang sangat penting yang
mampu mengubah tahap kehidupan seseorang.

2.3 Mengingatkan ibu bapa agar bersama guru-guru membantu menjayakan proses
pembelajaran anak-anak, tidak melepaskan sepenuh tanggungjawab mendidik
anak kepada guru semata-mata. Ini disebabkan, masa murid bersama guru
hanya beberapa jam sahaja di sekolah berbanding masa mereka berada di
rumah.

2.4 Kita sepatutnya bersyukur kerana fasiliti sekolah di sini adalah baik berbanding
sekolah di kawasan pedalaman. Namun, didapati murid-murid di sana lebih gigih
dan berusaha untuk hadir ke sekolah menuntut ilmu walaupun dalam keadaan
serba kekurangan.

2.5 Pencapaian dan kejayaan murid-murid terletak pada usaha kendiri, didikan guru
serta asuhan dan komitmen daripada ibu bapa. Ibu bapa disaran agar berhenti
daripada terus menyalahkan pihak sekolah sekiranya anak gagal dalam
pelajaran dan tidak cemerlang seperti yang diinginkan.

2.6 Menjelaskan bahawa keamanan negara yang dikecapi pada hari ini tidak melalui
proses yang mudah. Sepatutnya anak muda generasi kini perlu mempunyai
semangat juang yang tinggi jika ingin lebih berjaya dan cemerlang.

3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21
YANG TELAH DIADAKAN PADA 23 OKTOBER 2021

3.1 Pn Nurul Hafizah binti Islar selaku Setiausaha PIBG membentangkan
minit mesyuarat agung PIBG sesi 2021/2022.

Pencadang : Pn Rozihan binti Ibrahim

Penyokong : Pn Zainab binti Ali@Basir

4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2021/2022
4.1 Encik Ahmad Shanizam bin Kamis, mewakili Setiausaha PIBG membentangkan
laporan tahunan PIBG.
Pencadang : En. Adzuan Rezza bin Dak
Penyokong : En. Mohd Azrul bin Mohd Alias

5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
YANG BERAKHIR PADA 30 JUN 2022

5.1 Pn. Nurul Aqmal binti Abdul Majid, selaku Bendahari PIBG sesi 2021/2022
membentangkan Penyata Kewangan bermula dari 01 Januari 2022 sehingga
30 Jun 2022.

Pencadang : En. Mohd Fauzal bin Mohamad Ali

Penyokong : Pn. Norasmazaliza binti Ghazali

6.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL

6.1 Usul : Memasang penapis air Cuckoo/ Coway untuk kegunaan murid.
Pencadang : Pn Siti Nur Asyikin binti Aladin
Keputusan : Guru Besar
- Cadangan yang baik, namun memerlukan kos bayaran secara
bulanan untuk pembelian tersebut.
- Solusi : Pn. Che Nur Azlin binti Che Anuar bermurah hati
menyumbang penapis air Coway untuk kegunaan murid-murid.
Namun, PIBG perlu menampung kos servis dan penukaran
filter berkala agar penapis tersebut dapat digunakan.

6.2 Usul : Bayaran sumbangan PIBG dinaikkan daripada RM50 kepada RM60
untuk satu keluarga.

Pencadang : Pentadbir SK Perpaduan

Keputusan : Ahli mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk
menaikkan jumlah sumbangan PIBG daripada RM50 kepada RM60
bagi satu keluarga untuk sesi 2022/2023.

6.3 Usul : Memberi sumbangan locker untuk pelajar bagi mengurangkan
beban membawa buku ke sekolah.

Pencadang : Pn Che Nur Azlin binti Che Anuar
Keputusan : Guru Besar

- Pihak sekolah akan menerima peruntukan locker dari KPM
mulai tahun 2023. Oleh itu, PIBG tidak perlu mengeluarkan
peruntukan membeli locker.

- Langkah awal, pihak sekolah telah menyediakan Jadual Waktu
anjal bagi mengatasi beg berat. Justeru, mohon kerjasama ibu
bapa untuk memastikan agar anak-anak membawa buku
mengikut jadual waktu yang telah diterima.

7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua AJK di atas segala
kerjasama yang telah diberikan demi kepentingan murid-murid di
Sekolah Kebangsaan Perpaduan ini. Sekali lagi diingatkan bahawa PIBG ini
ditubuhkan untuk membantu dan melaksanakan aktiviti, membina prasarana,
menambah dan menyelenggara prasarana untuk kegunaan murid dan warga
sekolah. Semua keputusan dan proses tertakluk kepada Pekeliling Kerajaan
Malaysia.

7.2 YDP mewakili Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 memohon kemaafan
sepanjang menjalankan tugas pada sesi yang lepas.

7.3 YDP dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022.
7.4 Pencalonan dan pemilihan AJK baharu dilaksanakan.

8.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

8.1 Guru Besar selaku Penasihat PIBG telah memberi mandat kepada
Encik Kamarul Zaman bin Karia @ Zakaria sebagai pengerusi sementara dan
disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

9.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG DAN JURU AUDIT DALAMAN BAGI
SESI 2022/2023

Keputusan rasmi setelah diputuskan mengikut undian majoriti :

YANG DIPERTUA : En. Ahmad Shanizam bin Kamis

NAIB YANG DIPERTUA : En. Mohd Khairulnizam bin Jaafar

SETIAUSAHA : Pn. Nurul Hafizah binti Islar

PENOLONG SETIAUSAHA : Pn. Nor Amryina binti Mat Nor

BENDAHARI : Pn. Nurul Aqmal Binti Abd Majid

PENOLONG BENDAHARI : Pn. Salmah Bibi binti Mohd Kassim

AJK IBU BAPA :

1. Encik Mustafar bin Rahadi
2. Pn. Norasmazaliza binti Ghazali
3. Pn. Zainurhuda binti Sulaiman
4. En. Yusseini bin Noh
5. En. Abdul Aziz bin Che Hassan

AJK GURU :

1. Cik Anne Priyanka A/P Vincent
2. Pn. Nur Syafinaz binti Mohamed Hairudin
3. Pn. Mariza binti Mansur
4. Encik Izhar bin Ismail
5. Encik Nurul Amin bin Mustakim

JURU AUDIT DALAMAN : 1. Encik Muhammad Syafaat bin Mohamad
2. Che Nur Azlin binti Che Anuar

10.0 HAL-HAL LAIN

10.1 YDP memaklumkan bahawa dana PIBG telah digunakan untuk kerja baik pulih
dan penyelenggaraan seperti wiring, menampal lantai kelas yang pecah dan
berlubang serta saluran pembentungan Blok A yang tersumbat.

10.1.1 Kerja-kerja ini telah dilakukan pada tahun ini secara berperingkat
dengan bantuan AJK PIBG, Encik Shamsuddin bin Ngah Othman.

10.1.2 PIBG akan membantu sekolah menampung kos penggantian cermin
tingkap kelas yang pecah bagi mengurangkan risiko bahaya kepada
murid. Ini kerana, PIBG amat menitikberat akan keselamatan murid
semasa berada dalam kawasan sekolah.

10.1.3 PIBG masih memerlukan sumbangan pihak luar bagi menampung kos
pemasangan awning di pintu pagar depan dan belakang serta
meninggikan lantai simen.

10.1.4 Dana PIBG juga telah disalurkan untuk kerja-kerja keceriaan sekolah
dengan tujuan untuk menarik minat dan menimbulkan rasa seronok
untuk hadir ke sekolah setiap hari.

10.2 YDP menggesa agar ibu bapa/penjaga membayar sumbangan PIBG pada tahun
ini supaya pihak sekolah dapat melaksanakan aktiviti/ program yang melibatkan
murid tanpa sebarang masalah.

10.3 Guru Besar memaklumkan bahawa sumbangan PIBG boleh dibayar secara
ansuran dan menyeru ibu bapa membuat sumbangan bayaran sebagai tanda
tanggung jawab dan kebersamaan kepada pihak sekolah.

10.4 Guru Besar menggesa ibu bapa/penjaga agar lebih cakna untuk menghantar dan
mengambil anak jagaan mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan sekolah:

Sesi pagi : 7.00am-7.20am / 1.30pm–2pm
Sesi petang : 12.30pm-1.20pm / 6.20pm-7pm

10.4.1 Masalah kehadiran murid sesi pagi, datang agak lewat dari jam 7.20am,
manakala murid sesi petang, datang terlalu awal.

10.4.2 Murid yang tiba terlalu awal ke sekolah bagi murid sesi petang
(sebelum jam 12.30pm) dan pulang terlalu lewat melebihi jam 7 malam,
pihak sekolah tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku perkara
tidak diingini kerana surat pemberitahuan waktu operasi sekolah telah
diedar kepada semua ibu bapa/ penjaga melalui guru kelas.

10.4.3 Pihak sekolah menegaskan bahawa terdapat keterbatasan tanggung
jawab menjaga keselamatan murid-murid dalam kawasan sekolah.

10.4.4 Menyarankan agar ibu bapa/penjaga mengurus masa / pengangkutan
dengan baik untuk mengambil anak serta menyampaikan maklumat ini
kepada rakan-rakan ibu bapa yang tidak hadir pada hari ini.

10.5 Pihak sekolah telah menguruskan masalah lalu lintas dan telah memaklumkan
laluan sehala kenderaan ibu bapa/penjaga yang perlu diikuti. Namun, masalah
kesesakan masih berlaku kerana sikap acuh tidak acuh ibu bapa serta tidak patuh
arahan yang telah ditetapkan sekolah.

10.6 YDP menyeru ibu bapa/penjaga terutama yang mempunyai anak di pra sekolah
dan tahap satu agar memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk mengurus
anak sebaik murid-murid telah berada di dalam kawasan sekolah. Ini bagi
mengelakkan kesesakan lalu lintas akibat daripada parkir kereta ibu bapa.

10.7 Terdapat aduan daripada penjaga bahawa perkara di bawah tidak dimaklum awal
kepada ibu bapa. Ini mengakibatkan murid-murid sering meminta duit belanja
lebih daripada ibu bapa.

10.7.1 Ada kutipan derma pada bulan Ramadan;
10.7.2 Kedai buku sekolah menjual permainan
10.7.3 Jualan buku dari kelas ke kelas.

Maklum balas Guru besar :

10.7.1 Kutipan sumbangan telah menjadi budaya dan ianya tidak wajib. Kutipan
dibuat daripada murid dan diberi kepada murid yang kurang
berkemampuan sebagai duit raya.

10.7.2 Dibuat oleh guru Pusat sumber sekolah dengan nilaian RM2. Pihak
sekolah tidak mengeluarkan surat kerana ianya tidak wajib dan murid
boleh membeli tanpa paksaan.

10.7.3 Jualan barang permainan pada awal tahun ini tiada dalam pemerhatian
pihak sekolah. Namun, pihak sekolah akan membuat pemeriksaan
mengejut untuk mengesahkan aduan ini.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN

11.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari
ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana masih diberi kepercayaan
untuk menerajui PIBG sebagai YDP. Beliau mengharapkan kerjasama erat
antara guru dan ibu bapa terus terjalin demi kecemerlangan anak-anak serta
memberi komitmen yang baik pada setiap program anjuran PIBG dan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN. NURUL HAFIZAH BINTI ISLAR) (EN. AHMAD SHANIZAM BIN KAMIS )
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Perpaduan, Perak SK Perpaduan, Perak

Disahkan oleh,

(PN. ROKIAH BINTI BAKAR)
Guru Besar
SK Perpaduan, Perak


Click to View FlipBook Version