The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiko_reck, 2020-06-27 20:33:00

CompleteGroupAssignment

CompleteGroupAssignment

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

BIDANG 03
PENGURUSAN ASET

0301 Akauntabiliti Aset

Objektif:

Memberi dan menyokong perlindungan yang bersesuaian ke atas semua aset ICT CIAST.

030101 Inventori Aset ICT

Ini bertujuan memastikan semua aset ICT diberi kawalan dan perlindungan Pengurus ICT, Pentadbir
yang sesuai oleh pemilik atau pemegang amanah masing-masing. Sistem, Pegawai Aset dan
Semua Pengguna.
Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

(a) Memastikan semua aset ICT dikenal pasti dan maklumat aset
direkod dalam borang daftar harta modal dan inventori dan
sentiasa dikemas kini;

(b) Memastikan semua aset ICT mempunyai pemilik dan dikendalikan
oleh pengguna yang dibenarkan sahaja;

(c) Memastikan semua pengguna mengesahkan penempatan aset
ICT yang ditempatkan di CIAST;

(d) Peraturan bagi pengendalian aset ICT hendaklah dikenal pasti, di
dokumen dan dilaksanakan; dan

(e) Setiap pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua aset
ICT di bawah kawalannya.

0302 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat

Objektif:

Memastikan setiap maklumat atau aset ICT diberikan tahap perlindungan yang bersesuaian.

030201 Pengelasan Maklumat

Maklumat hendaklah dikelaskan atau dilabelkan sewajarnya oleh pegawai Semua Pengguna
yang diberi kuasa mengikut dokumen Arahan Keselamatan.

Setiap maklumat yang dikelaskan mestilah mempunyai peringkat
keselamatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam dokumen
Arahan Keselamatan seperti berikut:

(a) Rahsia Besar;
(b) Rahsia;
(c) Sulit; atau
(d) Terhad

030202 Pengendalian Maklumat

Aktiviti pengendalian maklumat seperti mengumpul, memproses, Semua Pengguna
menyimpan, menghantar, menyampai, menukar dan memusnah
M/SURAT
RUJUKAN VERSI TARIKH 15
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan berikut:

(a) Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak
dibenarkan;

(b) Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari
semasa ke semasa;

(c) Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;

(d) Menjaga kerahsiaan kata laluan;

(e) Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan
keselamatan yang ditetapkan;

(f) Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama
semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran,
penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan

(g) Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari
diketahui umum.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 16

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

BIDANG 04
KESELAMATAN SUMBER MANUSIA
0401 Keselamatan Sumber Manusia Dalam Tugas Harian

Objektif:

Memastikan semua sumber manusia yang terlibat termasuk pegawai dan kakitangan CIAST, pembekal,
pakar runding dan pihak-pihak yang berkepentingan memahami tanggungjawab dan peranan serta
meningkatkan pengetahuan dalam keselamatan aset ICT. Semua warga CIAST hendaklah mematuhi
terma dan syarat perkhidmatan serta peraturan semasa yang berkuat kuasa.

040101 Sebelum Perkhidmatan

Perkara-perkara yang mesti dipatuhi termasuk yang berikut: Semua

(a) Menyatakan dengan lengkap dan jelas peranan dan
tanggungjawab pegawai dan kakitangan CIAST serta pihak ketiga
yang terlibat dalam menjamin keselamatan aset ICT sebelum,
semasa dan selepas perkhidmatan;

(b) Mematuhi semua terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan
dan peraturan semasa yang berkuat kuasa berdasarkan perjanjian
yang telah ditetapkan.

040102 Dalam Perkhidmatan

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: Semua

(a) Memastikan pegawai dan kakitangan CIAST serta pihak ketiga
yang berkepentingan mengurus keselamatan aset ICT
berdasarkan perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh
CIAST;

(b) Memastikan latihan kesedaran dan yang berkaitan mengenai
pengurusan keselamatan aset ICT diberi kepada pengguna ICT
CIAST secara berterusan dalam melaksanakan tugas-tugas dan
tanggungjawab mereka, dan sekiranya perlu diberi kepada pihak
ketiga yang berkepentingan dari semasa ke semasa;

(c) Memastikan adanya proses tindakan disiplin dan/atau undang-
undang ke atas pegawai dan kakitangan CIAST serta pihak ketiga
yang berkepentingan sekiranya berlaku perlanggaran dengan
perundangan dan peraturan ditetapkan oleh CIAST; dan

(d) Memantapkan pengetahuan berkaitan dengan penggunaan aset
ICT bagi memastikan setiap kemudahan ICT digunakan dengan
cara dan kaedah yang betul demi menjamin kepentingan
keselamatan ICT. Sebarang kursus dan latihan teknikal yang
diperlukan, pengguna boleh merujuk kepada Program
Pembelajaran Eletronik dan Multimedia (PEM), CIAST.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 17

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

040103 Bertukar atau Tamat Perkhidmatan

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: Semua

(a) Memastikan semua aset ICT dikembalikan kepada CIAST
mengikut peraturan dan/atau terma perkhidmatan yang ditetapkan;
dan

(b) Membatalkan atau menarik balik semua kebenaran capaian ke
atas maklumat dan kemudahan proses maklumat mengikut
peraturanyang ditetapkan oleh CIAST dan/atau terma
perkhidmatan.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 18

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

BIDANG 05
KESELAMATAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN
0501 Keselamatan Kawasan

Objektif:

Melindungi premis dan maklumat daripada sebarang bentuk pencerobohan, ancaman, kerosakan serta
akses yang tidak dibenarkan.

050101 Kawalan Kawasan Pengarah, CIO, Pengurus
ICT, ICTSO
Ini bertujuan untuk menghalang akses, kerosakan dan gangguan secara
fizikal terhadap premis dan maklumat agensi. Perkara-perkara yang perlu
dipatuhi termasuk yang berikut:

(a) Kawasan keselamatan fizikal hendaklah dikenal pasti dengan
jelas. Lokasi dan keteguhan keselamatan fizikal hendaklah
bergantung kepada keperluan untuk melindungi aset dan hasil
penilaian risiko;

(b) Menggunakan keselamatan perimeter (halangan seperti dinding,
pagar kawalan, pengawal keselamatan) untuk melindungi
kawasan yang mengandungi maklumat dan kemudahan
pemprosesan maklumat;

(c) Memasang alat penggera atau kamera;

(d) Menghadkan jalan keluar masuk;

(e) Mengadakan kaunter kawalan;

(f) Menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat;

(g) Mewujudkan perkhidmatan kawalan keselamatan;

(h) Melindungi kawasan terhad melalui kawalan pintu masuk yang
bersesuaian bagi memastikan kakitangan yang diberi kebenaran
sahaja boleh melalui pintu masuk ini;

(i) Mereka bentuk dan melaksanakan keselamatan fizikal di dalam
pejabat, bilik dan kemudahan.

(j) Mereka bentuk dan melaksanakan perlindungan fizikal dari
kebakaran, banjir, letupan, kacau-bilau dan bencana;

(k) Menyediakan garis panduan untuk kakitangan yang bekerja di
dalam kawasan terhad; dan

(l) Memastikan kawasan-kawasan penghantaran dan pemunggahan
dan juga tempat-tempat lain dikawal dari pihak yang tidak diberi
kebenaran memasukinya.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 19

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

050102 Kawalan Masuk Fizikal
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut:

(a) Setiap pengguna CIAST hendaklah menunjukkan kad pekerja Semua
mereka apabila diminta oleh pegawai yang diberi kuasa;

(b) Semua pas bekerja hendaklah diserahkan balik kepada
CIAST apabila pengguna berhenti atau bersara;

(c) Setiap pelawat hendaklah mendapatkan Pas Keselamatan
Pelawat di pintu kawalan utama CIAST. Pas ini hendaklah
dikembalikan semula selepas tamat lawatan.

(d) Kehilangan pas mestilah dilaporkan dengan segera.

(e) Hanya pengguna yang diberi kebenaran sahaja boleh mencapai
atau menggunakan aset ICT CIAST.

050103 Kawasan Larangan Semua

Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan
kemasukan kepada pegawai-pegawai yang tertentu sahaja. Ini
dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan
tersebut. Kawasan larangan di CIAST adalah bilik Pengarah, bilik
Timbalan Pengarah, bilik server, kabinet switch, pusat kawalan CCTV, bilik
PABX, stor aset ICT dan makmal-makmal komputer.

(a) Akses kepada kawasan larangan hanyalah kepada pegawai-
pegawai yang dibenarkan sahaja; dan

(b) Pihak ketiga adalah dilarang sama sekali untuk memasuki
kawasan larangan kecuali, bagi kes-kes tertentu seperti memberi
perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal, dan mereka
hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di kawasan
berkenaan selesai.

0502 Keselamatan Peralatan

Objektif:

Melindungi peralatan ICT CIAST dari kehilangan, kerosakan, kecurian serta gangguan kepada
peralatan tersebut.

050201 Kawalan Kawasan

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua Pengguna

(a) Pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua
peralatan ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna;

(b) Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas komputer
masing-masing dan tidak dibenarkan membuat sebarang
pertukaran perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan;

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 20

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

(c) Pengguna dilarang sama sekali menambah, menanggal atau
mengganti sebarang perkakasan ICT yang telah ditetapkan;

(d) Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian
tambahan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT;

(e) Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau
kehilangan peralatan ICT di bawah kawalannya;

(f) Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer
peribadi mereka sentiasa aktif (activated) dan dikemas kini di
samping melakukan imbasan ke atas media storan yang
digunakan;

(g) Penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem komputer adalah
diwajibkan;

(h) Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada
kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian tanpa
kebenaran;

(i) Peralatan-peralatan kritikal perlu disokong oleh Uninterruptable
Power Supply (UPS);

(j) Semua peralatan ICT hendaklah disimpan atau diletakkan di
tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
Peralatan rangkaian seperti switches, hub, router dan lain-lain
perlu diletakkan di dalam rak khas dan berkunci.

(k) Semua peralatan yang digunakan secara berterusan mestilah
diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai
pengudaraan (air ventilation) yang sesuai;

(l) Peralatan ICT yang hendak dibawa keluar dari premis CIAST,
perlulah mendapat kelulusan Pentadbir Sistem ICT dan
direkodkan bagi tujuan pemantauan;

(m) Peralatan ICT yang hilang hendaklah dilaporkan kepada ICTSO
dan Pegawai Aset dengan segera;

(n) Pengendalian peralatan ICT hendaklah mematuhi dan merujuk
kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa;

(o) Pengguna tidak dibenarkan mengubah kedudukan komputer dari
tempat asal ia ditempatkan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem
ICT;

(p) Sebarang kerosakan peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada
ICTSO untuk dibaik pulih;

(q) Sebarang pelekat selain bagi tujuan rasmi tidak dibenarkan. Ini
bagi menjamin peralatan tersebut sentiasa berkeadaan baik;

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 21

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

(r) Konfigurasi alamat IP tidak dibenarkan diubah daripada alamat IP
yang asal;

(s) Pengguna dilarang sama sekali mengubah kata laluan bagi
pentadbir (administrator password) yang telah ditetapkan oleh
Pentadbir Sistem ICT;

(t) Pengguna bertanggungjawab terhadap perkakasan, perisian dan
maklumat di bawah jagaannya dan hendaklah digunakan
sepenuhnya bagi urusan rasmi sahaja;

(u) Pengguna hendaklah memastikan semua perkakasan
komputer,pencetak dan pengimbas dalam keadaan “OFF” apabila
meninggalkan pejabat;

(v) Sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna peralatan ICT
hendaklah dilaporkan kepada ICTSO; dan

(w) Memastikan plag dicabut daripada suis utama (main switch) bagi
mengelakkan kerosakan perkakasan sebelum meninggalkan
pejabat jika berlaku kejadian seperti petir, kilat dan sebagainya.

050202 Media Storan

Media storan merupakan peralatan elektronik yang digunakan untuk Semua Pengguna
menyimpan data dan maklumat seperti disket, cakera padat, pita
magnetik, optical disk, flash disk, CDROM, thumb drive dan media storan
lain.

Media-media storan perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik,
selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan untuk
digunakan.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

(a) Media storan hendaklah disimpan di ruang penyimpanan yang
baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bersesuaian dengan
kandungan maklumat;

(b) Akses untuk memasuki kawasan penyimpanan media storan
hendaklah terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja;

(c) Semua media storan perlu dikawal bagi mencegah dari capaian
yang tidak dibenarkan, kecurian dan kemusnahan;

(d) Akses dan pergerakan media storan hendaklah direkodkan;

050203 Media Perisian dan Aplikasi

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua pengguna

(a) Hanya perisian yang diperakui sahaja dibenarkan bagi kegunaan
CIAST;

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 22

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

(b) Sistem aplikasi dalaman tidak dibenarkan didemonstrasi atau
diagih kepada pihak lain kecuali dengan kebenaran Pengurus
ICT;

(c) Lesen perisian (registration code, serials, CD-keys) perlu
disimpan di tempat yang selamat berasingan daripada CD-ROM
disk atau media berkaitan bagi mengelakkan dari berlakunya
kecurian atau cetak rompak; dan

(d) Source code sesuatu sistem hendaklah disimpan dengan teratur
dan sebarang pindaan mestilah direkod.

050204 Penyelenggaraan Perkakasan

Perkakasan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan Pegawai Aset ICT dan
kebolehsediaan, kerahsiaan dan integriti. Semua Pengguna

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

(a) Semua perkakasan yang diselenggara hendaklah mematuhi
spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar;

(b) Memastikan perkakasan hanya boleh diselenggara oleh pihak
yang dibenarkan sahaja;

(c) Bertanggungjawab terhadap setiap perkakasan bagi
penyelenggaraan perkakasan sama ada dalam tempoh jaminan
atau telah habis tempoh jaminan;

(d) Menyemak dan menguji semua perkakasan sebelum dan selepas
proses penyelenggaraan;

(e) Memaklumkan pengguna sebelum melaksanakan
penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan atau atas
keperluan; dan

(f) Semua penyelenggaraan mestilah mendapat kebenaran daripada
Pengurus ICT.

(g) Pengguna hendaklah mematuhi Arahan Pengurusan yang
berkaitan dengan penyelenggaraan komputer masing-masing.

050205 Peralatan di Luar Premis

Perkakasan yang dibawa keluar dari premis CIAST adalah terdedah Semua Pengguna
kepada pelbagai risiko.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

(a) Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan

(b) Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil
kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 23

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

050206 Pelupusan Perkakasan

Pelupusan melibatkan semua peralatan ICT yang telah rosak, usang dan Pegawai Aset ICT /

tidak boleh dibaiki sama ada harta modal atau inventori yang dibekalkan Urusetia Pelupusan Aset

oleh CIAST dan ditempatkan di CIAST ICT

Peralatan ICT yang hendak dilupuskan perlu melalui prosedur pelupusan
semasa. Pelupusan perlu dilakukan secara terkawal dan lengkap supaya
maklumat tidak terlepas dari kawalan CIAST.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

(a) Semua kandungan peralatan khususnya maklumat rahsia rasmi
hendaklah dihapuskan terlebih dahulu sebelum pelupusan sama
ada melalui shredding, grinding, degauzing atau pembakaran;

(b) Sekiranya maklumat perlu disimpan, maka pengguna bolehlah
membuat penduaan;

(c) Peralatan ICT yang akan dilupuskan sebelum dipindah-milik
hendaklah dipastikan data-data dalam storan telah dihapuskan
dengan cara yang selamat;

(d) Pegawai Aset ICT hendaklah mengenal pasti sama ada peralatan
tertentu boleh dilupuskan atau sebaliknya;

(e) Peralatan yang hendak dilupus hendaklah disimpan di tempat
yang telah dikhaskan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi
menjamin keselamatan peralatan tersebut;

(f) Pegawai Aset ICT bertanggungjawab merekodkan butir–butir
pelupusan dan mengemas kini rekod pelupusan peralatan ICT ke
dalam sistem inventori Sistem Pengurusan Aset (SPA);

(g) Pelupusan peralatan ICT hendaklah dilakukan secara berpusat
dan mengikut tatacara pelupusan semasa yang berkuat kuasa;
dan

(h) Pengguna ICT adalah DILARANG SAMA SEKALI daripada
melakukan perkara-perkara seperti berikut:

i. Menyimpan mana-mana peralatan ICT yang hendak
dilupuskan untuk milik peribadi. Mencabut, menanggal dan
menyimpan perkakasan tambahan dalaman CPU seperti
RAM, hardisk, motherboard dan sebagainya;

ii. Menyimpan dan memindahkan perkakasan luaran computer
seperti AVR, speaker dan mana-mana peralatan yang
berkaitan ke mana-mana bahagian di CIAST;

iii. Memindah keluar dari CIAST mana-mana peralatan ICT yang
hendak dilupuskan;

iv. Melupuskan sendiri peralatan ICT kerana kerja-kerja
pelupusan di bawah tanggungjawab CIAST; dan

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 24

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

v. Pengguna ICT bertanggungjawab memastikan segala
maklumat sulit dan rahsia di dalam komputer disalin pada
media storan kedua sebelum menghapuskan maklumat
tersebut daripada peralatan komputer yang hendak
dilupuskan.

0503 Keselamatan Persekitaran

Objektif:

Melindungi aset ICT CIAST dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana
alam, kesilapan, kecuaian atau kemalangan.

050301 Kawalan Persekitaran

Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap premis dan aset Semua pengguna
ICT, semua cadangan berkaitan premis sama ada untuk memperoleh,
menyewa, ubahsuai, pembelian hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada
Pengurus ICT.

Bagi menjamin keselamatan persekitaran, perkara-perkara berikut
hendaklah dipatuhi:

(a) Merancang dan menyediakan pelan keseluruhan susun atur pusat
data (bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat
dan sebagainya) dengan teliti;

(b) Semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai
kemudahan ICT hendaklah dilengkapi dengan perlindungan
keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan seperti alat
pencegah kebakaran dan pintu kecemasan;

(c) Peralatan perlindungan hendaklah dipasang di tempat yang
bersesuaian, mudah dikenali dan dikendalikan;

(d) Bahan mudah terbakar hendaklah disimpan di luar kawasan
kemudahan penyimpanan aset ICT;

(e) Semua bahan cecair hendaklah diletakkan di tempat yang
bersesuaian dan berjauhan dari aset ICT;

(f) Pengguna adalah dilarang merokok atau menggunakan peralatan
memasak seperti cerek elektrik berhampiran peralatan komputer;

(g) Semua peralatan perlindungan hendaklah disemak dan diuji.
Aktiviti dan keputusan ujian ini perlu direkodkan bagi memudahkan
rujukan dan tindakan sekiranya perlu; dan

(h) Akses kepada saluran riser hendaklah sentiasa dikunci.

050302 Bekalan Kuasa

Bekalan kuasa merupakan punca kuasa elektrik yang dibekalkan kepada Pengurus ICT dan ICTSO
peralatan ICT.
M/SURAT
RUJUKAN VERSI TARIKH 25
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

(a) Semua peralatan ICT hendaklah dilindungi dari kegagalan bekalan
elektrik dan bekalan yang sesuai hendaklah disalurkan kepada
peralatan ICT;

(b) Peralatan sokongan seperti Uninterruptable Power Supply (UPS)
dan penjana (generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan
kritikal seperti di bilik server supaya mendapat bekalan kuasa.
berterusan; dan

(c) Semua peralatan sokongan bekalan kuasa hendaklah disemak
dan diuji secara berjadual.

050303 Kabel

Kabel komputer hendaklah dilindungi kerana ia boleh menyebabkan Pengurus ICT dan ICTSO
maklumat menjadi terdedah.

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

(a) Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan;

(b) Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau
tidak disengajakan;

(c) Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi
mengelakkan ancaman kerosakan dan wire tapping; dan

(d) Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah melalui
trunking bagi memastikan keselamatan kabel daripada kerosakan
dan pintasan maklumat.

050304 Prosedur Kecemasan

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua Pengguna dan
Pegawai Keselamatan dan
(a) Setiap pengguna hendaklah membaca, memahami dan mematuhi Kesihatan Pekerjaan CIAST
prosedur / manual / dasar / panduan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan CIAST; dan

(b) Kecemasan persekitaran seperti kebakaran hendaklah dilaporkan
kepada Pegawai Keselamatan Kesihatan Pekerjaan CIAST.

0504 Keselamatan Dokumen

Objektif:

Melindungi maklumat CIAST dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana
alam, kesilapan atau kecuaian.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 26

DASAR KESELAMATAN ICT CIAST

050401 Dokumen

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua

(a) Setiap dokumen hendaklah difail dan dilabelkan mengikut
klasifikasi keselamatan seperti Terbuka, Terhad, Sulit, Rahsia atau
Rahsia Besar;

(b) Pergerakan fail dan dokumen hendaklah direkodkan dan perlulah
mengikut prosedur keselamatan;

(c) Kehilangan dan kerosakan ke atas semua jenis dokumen perlu
dimaklumkan mengikut prosedur Arahan Keselamatan;

(d) Pelupusan dokumen hendaklah mengikut prosedur keselamatan
semasa seperti mana Arahan Keselamatan, Arahan Amalan
(Jadual Pelupusan Rekod) dan Akta Arkib Negara; dan

(e) Menggunakan enkripsi (encryption) ke atas dokumen rahsia rasmi
yang disediakan dan dihantar secara elektronik.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT
DKICT CIAST Versi 1.0 01/01/10 27

PANDUAN
RINGKAS
HRMIS 2.0

SISTEM MAKLUMAT
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

INFORMATION SYSTEM)

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
2015

© Kerajaan Malaysia 2015

Hakcipta Terpelihara. Penerbitan ini adalah semata-mata untuk kegunaan
Projek Kerajaan Elektronik – Sistem Maklumat Pengurusan Sumber
Manusia sahaja.

Tiada sebahagian atau kesemuanya penerbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan di dalam sistem capaian atau disalurkan di dalam
sebarang bentuk atau sebarang cara secara elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran terlebih dahulu dari
pihak Kerajaan Malaysia.

KANDUNGAN Muka
surat
Bil Perkara
1.0 Keperluan Minima Versi Pelayar dan Sistem 4
2.0 Langkah-Langkah Mengakses HRMIS 2.0 4
4
2.1 Portal HRMIS 5
2.2 Laman Log Masuk 5
2.3 Laman Utama 6
7
2.3.1 Peti Pesanan 8
2.3.2 Pentadbiran Sistem 9
2.3.3 Log Keluar 9
2.4 Capaian ke Fungsi 12
2.4.1 Menu Kiri (Left Menu) 14
2.4.2 Capaian Ke Fungsi Lain 18
2.4.1 Capaian Ke Fungsi di Modul Lain 19
2.5 Sesi Tamat 19
3.0 Masalah Yang Sering Berlaku 19
3.1 Skrin Log Masuk Berwarna Hitam 20
3.2 Paparan Kotak Mesej 21
3.3 Paparan Menu Kiri
3.4 Penyelesaian

1.0 KEPERLUAN MINIMA VERSI PELAYAR DAN SISTEM

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGAKSES HRMIS 2.0

2.1 PORTAL HRMIS

Langkah 1:
Taip www.eghrmis.gov.my di bar
alamat.

Langkah 2:
Klik ikon Aplikasi HRMIS 2.0

Rajah 1: Paparan Portal HRMIS

4

2.2 LAMAN LOG MASUK

Langkah 3:
Masukkan ID Pengguna HRMIS
Langkah 4:
Masukkan Kata Laluan HRMIS

Rajah 2: Paparan Skrin Log Masuk
2.3 LAMAN UTAMA

Rajah 3: Paparan Laman Utama Secara Grid

5

2.3.1 Peti Pesanan Langkah 5:
Rajah 4: Capaian ke Peti Pesanan Klik Peti Pesanan

Nota:
Mesej Baru / Tindakan
yang belum diambil

Rajah 5: Paparan Peti Pesanan

6

2.3.2 Menu Pentadbiran Sistem

Langkah 6:
Klik Pentadbiran Sistem

Rajah 6: Capaian Ke Menu Pentadbiran Sistem

Pilihan menu dipaparkan

Rajah 7: Paparan Menu di Pentadbiran Sistem

7

Langkah 7:
Gerakkan kursor tetikus
ke menu yang diinginkan
dan klik.

Rajah 8: Capaian Menu di Pentadbiran Sistem

2.3.3 Log Keluar

Langkah 8:
Klik Log Keluar untuk
Keluar dari aplikasi
HRMIS 2.0

Rajah 9: Capaian Untuk Log Keluar Dari Sistem

8

2.4 CAPAIAN KE FUNGSI

Langkah 9:
Pilih submodul dan klik.
Contoh:
Klik Pengurusan Cuti

Rajah 10: Capaian Submodul dari Laman Utama
2.4.1 Menu Kiri (Left Menu)

Left Menu

Rajah 11: Paparan Left Menu

9

Langkah 10:
Gerakkan kursor tetikus
di ikon Fungsi

Rajah 12: Capaian ke fungsi

Langkah 11:
Gerakkan kursor tetikus
ke Permohonan Cuti

Rajah 13: Capaian Ke Menu Permohonan Cuti

10

Langkah 12:
Gerakkan kursor tetikus
ke Pemohon Cuti dan
Klik.

Rajah 14: Contoh Capaian ke fungsi Pemohon Cuti

Rajah 15: Paparan Permohonan Cuti Rehat

11

2.4.2 Capaian Ke Fungsi Lain

Langkah 13:
Gerakkan kursor tetikus
ke FUNGSI. Pastikan
sistem memaparkan
senarai menu.

Rajah 16: Paparan Left Menu

Langkah 14:
Gerakkan kursor tetikus ke arah
kanan iaitu ke menu pilihan.
Contoh: Gerakkan kursor
tetikus ke Menu Penyemakan
Cuti. Kemudian pastikan sistem
memaparkan senarai menu.

Rajah 17: Paparan Senarai Menu di Left Menu

12

Langkah 15:
Gerakkan lagi kursor tetikus ke
sebelah kanan iaitu ke menu
yang dipaparkan.
Contoh: Gerakkan kursor
tetikus ke fungsi Pemohon Cuti
dan Klik Pemohon Cuti.

Rajah 18: Paparan Capaian Ke Fungsi Lain

Rajah 19: Paparan Skrin Penyemakan Cuti

13

2.4.3 Capaian Ke Fungsi Di Modul Lain

Langkah 16:
Gerakkan kursor tetikus ke
MODUL/SUBMODUL.

Rajah 20: Paparan Left Menu

Langkah 17:
Pastikan senarai Modul
dipaparkan.

Rajah 21: Paparan Senarai Modul di Left Menu

14

Langkah 18:
Gerakkan kursor tetikus ke
modul pilihan.
Contoh: Gerakkan kursor ke
Modul Pentadbiran Sistem.

Rajah 22: Paparan Senarai Modul di Left Menu

Langkah 19:
Pastikan senarai Submodul
dipaparkan.

Rajah 23: Paparan Senarai Submodul di Left Menu

15

Langkah 20:
Gerakkan kursor tetikus ke
fungsi pilihan.
Contoh: Gerakkan kursor
tetikus ke Penyelenggaraan
Rekod dan Klik
Penyelenggaraan Rekod

Rajah 24: Paparan Capaian ke Fungsi Penyelenggaraan Rekod

Rajah 25: Paparan Skrin Penyelenggaraan Rekod

16

Langkah 21:
1. Gerakkan kursor tetikus ke FUNGSI.
2. Gerakkan kursor tetikus ke Submodul pilihan.

Contoh: Gerakkan kursor tetikus ke Profil
Perkhidmatan.
3. Gerakkan kursor tetikus ke Selenggara
Sandangan.
4. Gerakkan kursor tetikus ke Melalui Pemilik
Kompetensi dan Klik Melalui Pemilik
Kompetensi.

Rajah 26: Paparan Contoh Capaian ke Selenggara Sandangan

Rajah 27: Paparan Skrin Selenggara Sandangan Melalui Pemilik Kompetensi

17

2.5 Sesi Tamat
Mesej berikut akan dipaparkan apabila pengguna tidak aktif selama 20 minit.
Sistem akan log keluar secara otomatik selepas 30 saat. Klik Kekal Log Masuk
untuk meneruskan penggunaan atau klik Log Keluar untuk keluar dari aplikasi
HRMIS 2.0.

18

3.0 MASALAH YANG SERING BERLAKU
3.1 Skrin Log Masuk Berwarna Hitam

Rajah 28: Paparan skrin Log Masuk berwarna hitam
3.2 Paparan Kotak Mesej

Rajah 29: Paparan Kotak Mesej “Aplikasi HRMIS 2.0 hanya sesuai diakses
menggunakan pelayar IE versi 10 dan ke atas, versi terkini bagi pelayar Google
Chrome, Mozilla Firefox dan Safari.Sekiranya anda menggunakan pelayar IE versi
10 dan ke atas, sila Remove url www.eghrmis.gov.my di Tools > Compatibility View
Settings.”

19

3.3 Paparan Menu Kiri tidak sempurna
Rajah 30: Paparan Menu Kiri (Left Menu) tidak sempurna

20

3.4 Penyelesaian
Masalah ini berlaku disebabkan url www.eghmis.gov.my telah ditambah ke dalam
Compatibility View Settings kerana HRMIS yang lama tidak compatible dengan
Internet Explorer 10 dan ke atas.
Walau bagaimanapun, aplikasi HRMIS 2.0 adalah sesuai dilayari dengan
menggunakan IE 10 dan ke atas. Justeru itu, tiada keperluan url
www.eghmis.gov.my di dalam Compatibility View Settings.
Langkah untuk membuang url www.eghrmis.gov.my dari Compatibility View
Settings adalah seperti berikut.

1. Klik Tools

2. Klik Compatibility
View settings

Rajah 31: Paparan Log Masuk Berwarna Hitam

21

3. Klik eghrmis.gov.my
4. Klik Remove
5. Klik Close

Rajah 32: Paparan Compatibility View Settings

Rajah 33: Paparan Log Masuk berubah dari warna hitam ke warna putih.

22

Rajah 34: Tiada kotak mesej dipaparkan di Laman Utama

Rajah 35: Paparan Menu Kiri akan dipapar dengan sempurna

23

PEKELILING, GARIS PANDUAN , SURAT ARAHAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN KETUA PENGARAH
MAMPU BERKAITAN DENGAN ICT KERAJAAN

BIL PEKELILING KETERANGAN

1 Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2006 Pengukuhan Tadbir Urus Jawatankuasa IT dan Internet
(13 November 2006) Kerajaan

2 Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam
(6 November 2006)
Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi
3 Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2001 Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(4 April 2001) Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Kerajaan
4 Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 Garis Panduan Malaysian Civil Service Link (MCSL) Dan
(1 Oktober 2000) Laman Web Agensi Kerajaan
Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi‐Agensi
5 Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2000 Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat
(30 Mei 2000)
Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)
6 Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 1999
(15 Disember 2009) Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet &
Mel Elektronik Di Agensi‐agensi Kerajaan
7 Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1999
(1 April 1999) Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan
Sistem ICT Sektor Awam
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan
Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan
8 Awam Bil.1 Tahun 2003 Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi
Maklumat (ICT) Sektor Awam
(28 November 2003) Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat
Sektor Awam
9 Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2009 Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan
(17 November 2009) Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan

10 Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2009 Peranan Jawatankuasa ‐ jawatankuasa di bawah
(30 April 2009)

11 Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2006
(9 November 2006)

12 Surat Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 2005
(7 November 2005)

13 Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2004
(20 Ogos 2004)

14 Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2000
(20 Disember 2000)

Garis Panduan ICT Malaysian Public Sector Management of Information and
15 15 Januari 2002 Communication Technology Security Handbook (MyMIS)
16 2 April 2009 Dasar Keselamatan ICT (DKICT) MAMPU versi 5.2
17 2007 Arahan Teknologi Maklumat dan Akta Aktiviti Kerajaan
18 21 Ogos 2003 Elektronik (Akta 680)
19 Ogos 2003
Pelan Strategik ICT (ISP) Sektor Awam
20 Oktober 2006
The Malaysian Government Interoperability Framework for
Open Source Software (MyGIFOSS)

Garis Panduan IT Outsourcing

Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN)

21 20 Mac 2000 Surat Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam
22 31 Januari 2007
Langkah‐langkah Keselamatan Perlindungan Untuk Larangan
23 20 Oktober 2006 Penggunaan Telefon Bimbit Atau Lain‐lain Peralatan
Komunikasi ICT Tanpa Kebenaran...

Langkah‐langkah Untuk Memperkukuhkan Keselamatan
Rangkaian Setempat Tanpa Wayar (Wireless Local Area
Network) Di Agensi‐agensi Kerajaan

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU

24 5 Januari 2010 Panduan Pelaksanaan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

25 4 Januari 2010 Garis Panduan Transisi Protokol Internet Versi 6 (IPV6)
26 11 September 2009 Sektor Awam
27 11 September 2009 Garis Panduan Pembangunan Kandungan Sektor Awam
28 17 Julai 2009 Panduan_Penyediaan_Berita_Online dan Penyiaran Berita
29 23 Mac 2009 Online Di Laman Web/Portal Agensi-Agensi Kerajaan
30 23 November 2007
Garis Panduan Pelaksanaan Blog bagi Agensi Sektor Awam
31 1 Jun 2007
32 23 November 2007 Garis Panduan Pengaktifan Fail Log Server

Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel
Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan
Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik di
Agensi-agensi Kerajaan
Pemantapan Penggunaan Dan Pengurusan E-Mel
Di Agensi-Agensi Kerajaan


Click to View FlipBook Version