The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyrozitayasin, 2021-05-25 13:09:50

TUGASAN INDIVIDU KPS

TUGASAN INDIVIDU KPS

KPS3014
PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK: PENGURUSAN MURID
PELBAGAI UPAYA

NAMA : ELLY ROZITA YASIN
NO. MATRIK : D20201093053

PENDAHULUAN
PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid pelbagai upaya ialah program-
program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah
khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan
perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-
individu yang berkeperluan khas.
Membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus
kepada pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan
murid pelbagai upaya adalah untuk membantu pelajar-
pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran
sama ada secara fizikal ataupun mental.

PEMULIHAN
Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak
yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997
dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che
Ahmad (2011), pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai
kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi
itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-
langkah yang sewajarnya. Dalam erti kata mudah, pembelajaran pemulihan ini
adalah untuk memperbaiki sesuatu kekurangan dalam diri seorang murid. Tujuan
pembelajaran pemulihan adalah untuk mengelakkan golongan pelbagai upaya ini
merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam
suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.

PENGAYAAN
Pengayaan pula ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar
kawasan sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di semua tahap pelajar, sama
ada sekolah menengah atau rendah dan juga pelbagai kategori murid sama

ada cerdas atau tidak cerdas.

Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi
perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang

bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja,
menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan

sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah
diubah serta melibatkan pembacaan yang luas.

Aktiviti pengayaan bukan sahaja dapat meluaskan pengetahuan dan
pengalaman pelajar malah juga dapat menjadikan seorang pelajar
merangsang pemikirannya.

BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak bekeperluan khas ialah kanak-kanak yang
mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas yang
mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma
juga dikategorikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan
khas.
PINTAR CERDAS
Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai
pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang
cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian
di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang
lain.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut
beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-
mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya,
persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap
kecerdasan individu.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelajar pelbagai upaya memerlukan
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kelajuan,
standard prestasi dan peluang untuk mereka mencapai
potensi dalam diri mereka. Walabagaimanapun, kanak-
kanak tersebut tidak seharusnya diasingkan dengan
kanak-kanak normal kerana hal ini membuatkan
sesetengah pelajar akan merasa tersisih malah perlakuan
ini dapat menjatuhkan imej profesion keguruan.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Isu pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd
Rahimi Nik Yusoff (pnyt.), Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam, hlm. 30. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Pengurusan Murid

Berkeperluan Khas. Diperoleh daripada

https://www.moe.gov.my/pekeliling/3514-garis-panduan-dan-soalan-

lazim-pengurusan-murid-berkeperluan-khas/file


Click to View FlipBook Version