ii UNIT KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU) SEMESTER: 2 TAHUN: 2 KOD KURSUS: MPU 3431a NAMA KURSUS: KOKU- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 1 DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR: NUR HAZIQAH BINTI MAHAZIR NO. K/P: 020802-02-0010 PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KUMPULAN / UNIT: ANGKA GILIRAN: BAHASA MELAYU 3 2021102340291 PENSYARAH : ENCIK MOHD YUSOFF BIN AWANG TO ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN TARIKH HANTAR: 15 FEBRUARI 2024 Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Haziqah Tarikh: 15/2/2024
ii BORANG MAKLUMBALAS KERJA KURSUS Nama : NUR HAZIQAH BINTI MAHAZIR Angka Giliran: 2021102340291 Kod Kursus : MPU3431a Nama Kursus: KOKU- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 1 Nama Pensyarah: ENCIK MOHD YUSOFF BIN AWANG TO ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN Tarikh Hantar: 15/2/2024 Tarikh Terima (Diisi oleh pensyarah): Perincian Maklum Balas Tugasan Pentaksiran Berterusan Pemeriksa Moderator(jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki : Tandatangan danCop : Tarikh: Tandatangan danCop : Tarikh: Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan(jika ada): Tandatangan Pelajar:Haziqah Tarikh : 15/2/ 2024 Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawakerjakursusiniadalah hasil kerjasayasendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : Haziqah Tarikh :15.2.2024
iii PENGESAHAN Saya akui tugasan dua iaitu penulisan refleksi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelas sumbernya. Tandatangan : HAZIQAH MAHAZIR Nama : NUR HAZIQAH BINTI MAHAZIR Tarikh : 15/2/2024
iv PENGHARGAAN Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat menghasilkan dan menyempurnakan tugasan pentaksiran berterusan ini iaitu Kokurikulum Unit Beruniform Pengakap 1 (MPU3431a) dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu - individu yang telah membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ilmiah ini. Penghargaan yang tidak terhingga dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing bagi kursus ini iaitu Encik Yusoof bin Awang To dan Encik Khairuddin bin Mat Hassan yang banyak membantu saya dengan memberi tunjuk ajar dan panduan yang bergunadalam tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa kedua mereka. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa yang banyak berkorban untuk melihat saya berjaya dan sentiasa memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi.Selain itu, tidak lupa juga kepada adik beradik serta ahli keluarga yang sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada diri ini. Tanpa mereka, saya tidak akan mampu untuk melangkah dan bertahan bagi menyiapkan tugasan ilmiah ini. Akhir kata, terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ilmiah ini. Bantuan serta pertolongan yang telah diberikan amatlah saya hargai. Diharapkan kebahagiaan dan kejayaan akan menjadi milik kita semua.
PENGAKAP (MPU 3431A) PENGAKAP (MPU 3431A) . BUKU LOG Disediakan oleh : NUR HAZIQAH BINTI MAHAZIR 5 PISMP BAHASA MELAYU 3 2021202340291 TUGASAN 1 :
1 BUKU LOG PENGAKAP DISEDIKAN OLEH : NUR HAZIQAH BINTI MAHAZIR 5PISMP BAHASA MELAYU 3 PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK MOHD YUSOFF BIN AWANG TO ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN
2 BIODATA GURU NAMA NUR HAZIQAH BINTI MAHAZIR NO KAD PENGENALAN 0208-02-02-0010 TARIKH LAHIR 02 OGOS 2002 JANTINA PEREMPUAN AGAMA ISLAM BANGSA MELAYU ALAMAT NO 17, LORONG JATI 69,D TAMAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG, 08100 BEDONG KEDAH NO TELEFON 019-4645690 ANGKA GILIRAN 2021102340291 PROGRAM PISMP SEMESTER 2 TAHUN 2 AMBILAN JUN 2022 UNIT BAHASA MELAYU 3
3 ISI KANDUNGAN 1.0 Prinsip prinsip Pengakap 2.0 Bendera Pengakap 3.0 Sejarah Pengakap 4.0 Sejarah Pengakap Malaysia 5.0 Istiadat Rasmi Pertubuhan 6.0 Carta Organisasi Pengakap 7.0 Kaedah Pendaftaran Ahli Pengakap 8.0 Pakaian Seragam Pengakap 9.0 Perancangan Takwim yang Berorentasikan Sekolah Rendah 10.0Laporan Perjumpaan Aktiviti
4 PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP
5 PRINSIP-PRINSIP ASAS PENUBUHAN PENGAKAP Definisi Pengakap : Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal-usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat : Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya, dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Prinsip : Prinsip dalam pergerakan pengakap boleh didapati daripada Persetiaan dan UndangUndang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah : Kepercayaan kepada Tuhan. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Perkhidmatan kepada diri sendiri.
6 LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA 1. Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. 2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap. 3. Ikatan putih melambangkan ikatan persaudaraan pengakap. 4. Lingkaran tali berwarna putih melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5. Warna ungu melambangkan warna Pengakap Sedunia. 6. Warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan. LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 1. Terdapat tiga kelopak pada lambang yang membawa maksud tiga Persetiaan Pengakap iaitu : Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Menolong orang setiap masa. Menurut undnag-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
7 3. Ikatan hijau yang mengikut kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”. 4. Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”. 5. Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi negara iaitu Agama Islam”. 6. Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: Kuning : Pengakap Kanak-Kanak Hijau : Pengakap Muda Merah : Pengakap Remaja COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA 1. Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak a) Untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur 9 tahun hingga 12 tahun, cogan kata mereka ialah “Buat Sehabis Baik”. b) Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapid an menimba ilmu pengetahuan. c) Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. 2. Cogan Kata Pengakap Muda a) Untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah menengah, cogan kata mereka ialah “Selalu Sedia”. b) Ahli pengakap selalu bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari asas kepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalam kehidupan. c) Menerima latihan sesuai dengan umurnya. d) Satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafafzkan semula Persetiaan Pengakap. 3. Cogan Kata Pengakap Remaja a) Untuk pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 termasuk tingkatan 6, cogan kata mereka ialah “Pandangan Luas”.
8 b) Ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapat mencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir di luar kotak. 4. Cogan Kata Pengakap Kelana a) Untuk ahli yang berusia 17 tahun hingga 40 tahun, cogan kata mereka ialah “Berkhidmat”. b) Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. c) Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional.
9 BENDERA PENGAKAP MALAYSIA
10 BENDERA RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Maksud Logo : 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetian Pengakap iaitu : a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. b) Menolong orang setiap masa. c) Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan Undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”. 4. Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”. 5. Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi negara iaitu Agama Islam”. 6. Lingkaran tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu : a) Kuning : Pengakap Kanak-Kanak b) Hijau : Pengakap Muda c) Merah : Pengakap Remaja
11 LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Lirik Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada Pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan Negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
12 PERSETIAAN PENGAKAP Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ; Menolong orang pada setiap masa ; Menurut Undang-Undang Pengakap TUJUAN PERSETIAAN PENGAKAP DIWUJUDKAN 1. Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan yang dilafazkan yang menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup. 2. Dapat memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. 3. Melahirkan insan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengamalan Persetiaan Pengakap. MENGLAFAZKAN PERSETIAAN PENGAKAP 1. Melantik ahli baharu. a) Pengakap kanak-kanak b) Pengakap muda c) Pengakap kelana 2. Istiadat mengibarkan bendera. 3. Istiadat meningkat naik. 4. Istiadat menerima jawatan atau kuliah. 5. Majlis rasmi pengakap. 6. Istiadat pengalungan manikayu. 7. Perkhemahan pengakap.
13 SEJARAH PENGAKAP
14 SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula merupakan anak kepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya telah meninggal dunia. Maka tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Sejak kecil, beliau sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap kehidupan di luar rumah dana lam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak melibatkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. SEJARAH PENGAKAP ANTARABANGSA Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Laftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang kanak-kanak turut serta dalam perkhemahan tersebut. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Selepas itu, pada tahun 1908 , Baden-Powell telah mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya adalah berdasarkan pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku tersebut telah memikat kanak-kanak. Maka dengan itu, telah wujudnya Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap telah berkembang di England dan seterusnya merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan di seluruh pelusuk dunia.
15 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
16 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2 Julai 1910. Setelah tamat Perang Dunia ke-ll iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Inggeris sama ada daripada pegawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1 September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persatuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-Majlis Negeri iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP merupakan nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.
17 RINGKASAN TAHUN NEGERI YANG MENUBUHKAN PERGERAKAN PENGAKAP 1910 : Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh dan George Pykett 1913 : Sabah oleh Thomas Cecil Alexender di Sandakan 1915 : Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915 : Sarawak oleh Thomas Cecil Alexender di Kuching (aktif selepas 1930) 1919 : Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Herstlet) 1922 : Kedah oleh EC Hicks , EAG Stuart, RPS Walker dan CW Bloomfield 1926 : Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar 1926 : Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka 1926 : Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith dan Roger Smith 1926 : Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Instituation 1927 : Terengganu oleh AJ Grade 1927 : Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong 1928 : Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar 1931 : Perlis oleh Bird Smith dan Roger Smith
18 ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN
19 ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung merupakan tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. 1. Akela berteriak PEK 1 (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK lalu melebarkan kedua tangan separah bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghapiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikuti sekawan Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak “AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK”. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dalam keadaan sedia menghadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak “KAMU BUAT HABIS BAIK” (itonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK”. 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).
20 ISTIADAT TERIMA ANUGERAH 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera. 3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan). 4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat. 6. Akela menyematkan lencana : Lenacana Kemajuan di kiri lengan baju dan Lencana Kepandaian di lengan kanan baju. 7. Akela bersalam dan mengucapkan “tahniah”. 8. PKK tabik hormat. 9. Selesai semua : Pek memberi sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana. 10.PKK balik ke sekawan masing-masing. ISTIADAT TAMAT KURSUS (MANIKAYU) Manikayu merupakan pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang telah menghabiskan latihan akan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayu pada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.
21 CARTA ORGANISASI PENGAKAP
22 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA Struktur dan Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia
23 YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK (MENTERI PENDIDIKAN) ( Y. BHG DR. MOHD AZAM BIN AHMAD (REKTOR IPGM) ( PUAN ANIS ALISYA BINTI ABDULLAH ( Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri
24 Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri
25 Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah
26 KAEDAH Struktur Organisasi Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLMIPG)
27 Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Sekolah Rendah
28 Fungsi Majlis Tadbir Pengakap
29 PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP
30 PERATURAN PENDAFTARAN Pendaftaran ahli pengakap diperbaharui setiap tahun. Pendaftaran keahlian bermula bulan Mac. Tertakhluk dibawah akta : Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409, Tahun 1989. YURAN KEAHLIAN Yuran Pengakap Kanak-Kanak Bermula tahun 2018, yuran keahlian = RM7.00 Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Yuran sebelumnya = RM5.00 Yuran Pengakap Dewasa Pengakap Dewasa = RM10.00 Barisan pemimpin, jawatankuasa kumpulan, ahli majlis dan peseruhjaya.
31 CONTOH BORANG PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP
32 PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN Seorang yang dewasa berusia lebih dari 18 tahun 6 bulan dan menjadi pemimpin boleh menubuhkan kumpulan dengan menulis surat kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah/ Setiausaha Persekutuan Tempatan untuk menyatakan tujuannya atau penerangan cara menubuhkan Pasukan Pengakap. Bila Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Persekutuan Pengakap Tempatan berpuas hati, maka tiga keping borang PPM – (8) akan dikirimkan kepada pemimpin berkenaan untuk dipenuhkan. Setelah lengkap dan ditandatangani oleh Kuasa Penganjur (Guru Besar) dan bakal pemimpin, hendaklah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Apabila mendapat kelulusan dari Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, maka bakal pemimpin hendaklah bersetuju menerima tujuantujuan, cara-cara dan dasar Persekutuan untuk mengusahakan dengan sedayaupayanya. a) Menubuhkan jawatankuasa kumpulan dengan secepat mungkin dan tidak lewat dari tiga bulan setelah kumpulan ditubuhkan. b) Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga patrol dan tidak lebih dari enam patrol mempunyai sejumlah 18 / 48 orang ahli. Apabila lebih dari dua unit maka hendaklah ada seorang Pemimpin Kumpulan, dua orang Pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin. Jika satu unit sahaja maka hendaklah ada seorang pemimpin bertugas dan beberapa orang penolong-penolongnya mengikut keperluan kumpulan itu. c) Menegaskan tentang keagamaan dalam pengakap supaya perjalanan kumpulan itu mengikut nilai-nilai agama. d) Menentukan semua ahli pengakap menerima latihan sepenuhnya mengikut skim latihan. e) Menolong kumpulan itu untuk mendapatkan tempat / rumah yang sesuai dan peralatan latihan untuk berlatih. f) Pemimpin mesti patuh akan Dasar, Pertubuhan dan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia.
33 Bagi ibu pejabat, seterusnya menerima borang PPM-8 dua salinan akan dikembalikan ke Pesuruhjaya Negeri dan Persekutuan Temapatan untuk direkodkan. Usaha seterusnya oleh kumpulan ialah pembayaran pendaftaran keahlian dan kumpulan dengan memenuhkan borang PPM 1 (A) dan PPM (B). Borang pendaftaran kumpulan RM10.00 Borang pendaftaran ahli pengakap RM3.00 Borang pendaftaran pemimpin atau ahli biasa RM5.00 PERATURAN DAN PEMBATALAN KUMPULAN Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftarannya bersekali dengan keahliannya, maka kumpulan itu tidak dibenarkan menjalankan latihan / perjumpaan dan tidak dibenarkan ahli-ahlinya memakai uniform pengakap. Kumpulan itu dengan sendirinya digantung keahliannya mengikut peraturan perlembagaan Persekutuan peraturan 44- 46 dan 47. Dalam masa penggantungan semua latihan kumpulan dan pemimpinnya secara automatik digantung keahlian pemimpinnya serta tauliahnya mengikut peraturan 80 PPM. Walaubagaimanapun, penggantungan ini adalah sementara sehingga kumpulan itu memperbaharui pendaftaran keahliannya. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan memaklumkan kepada kuasa penganjur akan kesalahan ini. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah pemimpin setelah pendaftaran disempurnakan kemudian. PENTADIBRAN KUMPULAN a) Majlis Kumpulan Keanggotaan Majlis Kumpulan hendaklah terdiri daripada : i. Seorang Pengerusi ii. Seorang Setiausaha iii. Seorang Bendahari iv. Sekurang-kurangnya 7 orang ahli jawatankuasa v. Pemimpin kumpulan adalah sebagai ahli rasmi bagi mewakili Majlis Pemimpin Kumpulan. vi. Kuasa penganjur adalah sebagai penasihat.
34 b) Majlis Pemimpin Kumpulan i. Pemimpin kumpulan / pemimpin bertugas – Pengerusi ii. Seorang pemimpin dilantik – Setiausaha iii. Semua pemimpin dan penolong pemimpin – Jawatankuasa c) Majlis Ketua Patrol Pemimpin kumpulan hendaklah menubuhkan Majlis Ketua Patrol yang terdiri daripada ketua-ketua patrol dan penolongnya. TAULIAH-TAULIAH Pemimpin kumpulan hendaklah memohon tauliah tetap / sementara pemimpin kepada Pesuruhjaya Daerah untuk pemimpin-pemimpin seperti berikut : a) Tauliah Tetap – kepada pemimpin yang telah menghadiri dan lulus Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat II b) Tauliah Sementara – kepada pemimpin yang belum menghadiri sebarang Kursus Kepimpinan Manikayu. c) Tanpa Tauliah – pemimpin yang tidak emmpunyai sebarang tauliah, maka ianya tidak boleh menjalankan latihan kepada ahli pengakapnya. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN a) Buku log kumpulan. Kedatangan ahli unit tiap-tiap kumpulan. Perharian Stok alatan kumpulan Persediaan mengajar / program latihan Kutipan yuran b) Surat kebenaran ibu bapa / penjaga Pemimpin unit hendaklah terlebih dahulu membuat surat kebanaran murid / pelajar yang ingin memasuki unit pengakap dari ibu bapa mereka dan surat kebenaran ini hendaklah disimpan dan difailkan.
35 c) Butiran peribadi Unit Pengakap. Nama ahli dan nombor kad pengenalan Tarikh lahir, bangsa, agama dan kesihatan Nama ibu bapa, alamat keluarga Kecenderungan / minat
36 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
37 PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP
38 LENCANA PENGAKAP
39
40
41
42 Pengakap Kanak-Kanak adalah bahagian pertama yang dialami seorang budak apabila ia memasud pergerakan Pengakap. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Untuk menjadi Pengakap Kanak-kanak, budak itu hendaklah telah berumur 8 tahun dan belum sampai 13 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Kanakkanak apabila umumnya sampai 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Rendah. Bahagian ini dijalankan di bawah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dengan dibantu oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Kanakkanak atau perempuan dewasa. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Sekawan 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan. Atas dasar inilah wujud Sistem Sekawan didalam Unit Pengakap Kanak-kanak. Sistem ini adalah asas kepada peringkat lebih atas iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Sistem Sekawan ini juga berdasarkan Sistem Patrol yang diamalkan di dalam Unit Pengakap Muda dan Unit Pengakap Remaja. Setiap Sekawan dikenali dengan nama wama seperti Sekawan Biru, Sekawan Merah, Sekawan Hijau, Sekawan Kuning. Sekawan Kelabu dan Sekawan Perang. Sistem Sekawan menekankan kopada kepimpinan kanak-kanak berdasarkan kepada idea perkongsian kepimpinan. Kebanyakan kanak-kanak inginkan peluang untuk menjadi pemimpin dan adalah penting untuk Pemimpin Pengakap Kanak-kanak menyediakan peluang sedemikian Pengakap Kanak-kanak yang bertanggungiawab. diatas sekawan dipanggil Ketua Sekawan. Ketua Sekawan akan dilantik oleh Pemimpin Pengakap Kanak-kanak berdasarkan kualiti kepimpinannya dan dibantu oleh seorang Penolong Ketua Sekawan.
43 Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahtl yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas Disamping itu. Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan. 1 Lencana Keahlian Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan
44 mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3. Lima Prinsip Rukun Negara 4. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5. Sejarah Pergerakan Pengakap. 6. Cerita Hutan 7. Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. 2. Lencana Wajib 2.1. Ahli Renang Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float).
45 1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) 2. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 3. Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). 4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 7. Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air. 2.2. Penunggang Basikal Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undangundang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1. Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal 2. Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal.