The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by priyatharshini14102, 2020-10-29 06:30:51

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

AHLI KUMPULAN…………………………………………………………………………..3
APA ITU MASYARAKAT……………………………………………………………………4
APA ITU MASYARAKAT MAJMUK………………………………………………………..5
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU………………7
PERISTIWA 13 MEI…………………………………………………………………………10
RUMUSAN……………………………………………………………………………………12

AHLI KUMPULAN

SUHANTHINI A/PMANUGAR (21DDT20FF1080)
KAREN SYLVIA A/P SIMEON (21DDT20F1081)
PRIYATHARSHINI A/P ILANGGOVAN (21DDT20F1070)
TAARSINII A/P PARTHEEPAN (21DDT20F1071)

APA ITU MASYARAKAT?

Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat
Hubungan erat wujud dalam kalangan mereka melalui sesi pergaulan, maka berlakulah
hubungan sosial antara mereka. Perkara seperti ini dapat membina satu kesepaduan dalam
masyarakat tersebut sebagai satu bentuk sosial

APA ITU MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang
bangsa. Namun, campuran ini dalam ert kata yang sebenar, bergaul tapi tidak
bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, bahasa, fahaman dan
cara hidupnya tersendiri.

Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
budaya, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai
kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan
mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat
berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal berkaitan
ekonomi.

Berdasarkan fakta sejarah, orang melayu dan orang Asli merupakan
penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi
atau bumiputera. Petempatan orang melayu di negara ini telah diakui sejak
berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Akibat perkembangan ketamadunan
manusia, dunia melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan
masyarakat asing. Hasilnya, terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya
berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU

Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan
antarabangsa tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang
daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.

Campur tangan British di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang
pada Ogos 1786. Masyarakat di Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada kepelbagaian
masyarakat yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina, India sebagai masyarakat utamanya.

Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu melaui
orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular.
Bilangan buruh Cina yang berhijrah sememangnya ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah sistem sosial Tanah Melayu. Kedatangan
masyarakat Cina ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa keunikan pada masyarakat melayu pada masa kini.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang
berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok
Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing
dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti
kelompok Peranakan.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal
daripada India Selatan dan juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah
ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah
keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau
Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya
benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi
tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih
rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal
daripada Jawa, Kalimantan, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran
dengan Selat Melaka. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka
ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang
berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, puak dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses
pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik
berkenaan mengikut garisan pemisah puak, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di
buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai kaum atau seperti mana
yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah .

PERISTIWA 13 MEI 1969

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang
berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan
kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara
orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran
seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai
darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kepelbagaian kaum di Tanah Melayu telah menyebabkan Inggeris mentadbir negara ini dengan
menggunakan dasar "pecah dan perintah” (divide and rule) Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah
menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat pengkhususan
orang Melayu yang hanya bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang Cina diberikan ruang di dalam
sektor perniagaan, dan orang India pula dalam bidang perladangan

RUMUSAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap
kaum di negara ini tolak ansur antara kaum demi perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara
untuk membentuk negara yang maju dan pesat membangun. Keamanan juga dapat dikekalkan apabila
semangat perpaduan diamalkan di Malaysia . Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini
dan masa akan datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk membentuk negara bangsa
Malaysia yang mantap


Click to View FlipBook Version