The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ee_zamm, 2021-04-27 03:54:41

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

i

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 1
2. Biodata Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar 2-5
3. Pendidikan Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar Yang Dipilih 6
4. Kerjaya Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar
5. Sumbangan Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar 7-10
6. Nilai Kepimpinan Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar Yang Boleh Dicontohi Oleh Generasi Sekarang 11
7. Penutup/Kesimpulan 12
8. Sumber Rujukan 13
14 -15

ii

PENDAHULUAN

Apabila kita berbicara berkenaan Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar, pastilah imej pertama kita ialah pengasas UMNO, Parti Kemerdekaan Melaya dan juga
Parti Negara. Beliau merupakan seorang yang amat cinta akan tanah air diri.

Dato’ Sir bin Onn Dato’ Jaafar merupakan seorang tokoh pemimpin Johor yang bijaksana. Beliau berani dalam mempertahankan hak daripada
penguasaan pihak British. Beliau juga berilmu pengetahuan dan berpengalaman dalam bidang politik.

Perubahan yang dilakukan oleh Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar dalam aspek politik dan berusaha untuk mendapat kemerdekaan untuk negara telah
menjadikan beliau seorang tokoh pemimpin yang perlu dihormati dan dihargai.

1

BIODATA DATO’ SIR ONN BIN DATO’ JAAFAR
2

3

Beliau berkahwin kali pertama dengan Rafeah Abdullah pada tahun 1911 dan mempunyai empat orang anak. Rafeah Abdullah meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Beliau berkahwin kali
kedua dengan Che Jamilah dan mempunyai seorang anak. Che Jamiliah meninggal dunia kemudian. Beliau berkahwin kali ketiga dengan Che Kah yang merupakan seorang pelakon bangsawan.

Beliau berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein dan mempunyai tiga anak.
Salah satu anak beliau ialah Tun Hussein bin Dato’ Onn yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga dan mempunyai gelaran ‘Bapa Perpaduan’

4

5

PENDIDIKAN DATO’ SIR ONN BIN DATO’ JAAFAR YANG DIPILIH

Pada tahun 1901, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar mendapat pendidikan Melayu di Istana Johor. Beliau
belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan
Ibrahim.

Dari tahun 1902 hingga tahun 1909, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar melanjutkan pelajaran di Alderbury
Lodge School, Suffolk, England.

Dari tahun 1909 hingga tahun 1911, dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar meneruskan pelajaran di Maktab Melayu
Kuala Kangsar

6

KERJAYA DATO’ SIR ONN BIN DATO’ JAAFAR

Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar bekerja sebagai kerani dari tahun 1911 hingga tahun 1917 di beberapa buah jabatan kerajaan di Johor. Kemudian, beliau
memasuki Johore Military Forces. Beliau pernah dipecat daripada jawatn beliau dan dibuang negeri ke Singapura. Hal ini demikian kerana beliau telah mengkritik
tindakan-tindakan Sultan Ibrahim terhadap orang bukita dan tenter Johore Military Forces melalui Sunday Mirror, iaitu sebuah akhbar di Singapura, pada tahun 1927.

Pada umurnya 35 tahun, iaitu pada tahun 1930, beliau bekerja sebagai wartawan di Singapura dan menjadi pengarang perintis Warta Malaya. Beliau telah
menjadi pengarang dan penerbit bersama akhbar Warta Malaya dan Lembaga dari tahun 1934 hingga tahun 1935. Rencana tulisan beliau sentiasa mengkritik
masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Hal ini demikian kerana beliau mendapati orang Melayu menganggap rendah terhadap pekerjaan
berkebun sayur dan membuka kedai jahit. Pada tahun 1935, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar telah menjadi perngarang perintis Warta Ahad dan akhbar mingguan Warta
Malaya. Pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1936, beliau dipanggil pulang ke Johor. Hal ini demikian kerana beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk
“Selamat Johor”. Buku tersebut telah membicarakan kegemilangan pemerintahan Sultan Ibrahim dan keluarga baginda.

7

Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat pada era penjajahan British. Beliau kemudian meletakkan jawatan. Hal ini demikian
kerana beliau membantah dasar-dasar kerajaan. Seterusnya, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar telah menggantikan tempat seorang pegawai daerah yang telah dibunuh oleh
gerila-gerila Bintang Tiga secara kejam di Benut pada 10 Jun 1945, iaitu Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman. Ramai orang Melayu yang bekerja sebagai
polis dan ketua kampung telah ditangkap dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac dan April pada tahun 1945 setelah Jepun menyerah kalah.

Dari 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres
Melayu pertama. Kongres Melayu ini diadakan untuk menentang Malayan Union. Hal ini disebabkan oleh ancaman Malayan Union terhadap hak istimewa orang Melayu
dan kedudukan sultan-sultan Melayu.

Pada 1 Mei 1946, badan yang mewakili orang Melayu ditubuhkan ketika Kongres ketiga dijalankan di Johor Bahru. Pada 11 Mei 1946, Dato’ Sir Onn bin dato’
Jaafar telah dilantik sebagai presiden pertama. Hal ini demikian kerana beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu.

8

Dato’ Sir Onn bin Jaafar menggantikan tempat Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid dan menjadi Menteri Besar Johor ke-7 pada 1 Jun 1947. Pada 18 Mei
1950, beliau meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar. Hal ini demikian kerana beliau ingin menumpukan masa terhadap UMNO dengan sepenuhnya.
Tempat beliau kemudian digantikan oleh Dato’ Syed Abdul Kadir Mohamed.

UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malyan Union semasa di bawah pimpinan beliau. Malayan Union diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan ini telah mengekalkan kedudukan raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan
memberi hak istimewa Melayu.

Pada 26 Ogos 1951, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar telah meletakkan jawatan beliau sebagai presiden pertama di UMNO. Hal ini demikian kerana cadangan
beliau untuk menukarkan UMNO kepada Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu ditentang. Jawatan presiden tersebut telah digantikan oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj seterusnya.

9

Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada 26 Ogos 1951. Parti ini tidak mendapat sokongan daripada orang
Melayu. Oleh itu, beliau meninggalka Parti Kemerdekaan Malaya pada tahun 1954.

Pada tahun 1955, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar menubuhkan Parti Negara. Parti Negara bertujuan untuk bertanding dalam pilihan raya umum
pertama di Persekutuan Tanah Melayu. Parti ini telah menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Malangnya, Parti Negara gagal untuk mendapat sokongan tersebut. Parti Negara juga tidak memenangi sebarang kerusi
dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, Dato’ Sir bin Onn Dato’ Jaafar telah mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam
Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

10

SUMBANGAN DATO’ SIR ONN BIN DATO’ JAAFAR

Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar telah mengenai kepentingan perpaduan kepada masyarakat demi mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu pada tahun 1946. Langkah yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946, Parti Kemerdekaan
Malaya pada 26 Ogos 1951 dan juga Parti Negara pada tahun 1955. Parti Negara tersebut bermatlamat untuk membentuk sebuah kerajaan
yang memerintah di Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan konsep demokrasi, mewujudkan bangsa Melayu dengan satu kerakyatan bagi
seluruh Persekutuan Tanah Melayu serta memajukan rakyat dari aspek sosial dan ekonomi. Beliau juga memupuk semangat perpaduan,
,nasionalisme dan perasaan antipenjajah dalam masyarakat Melayu. Beliau membangkitkan nasionalisme Melayu dengan menyedarkan
orang Melayu tentang ancaman orang-orang dagang terhadap ekonomi dan politik. Selain itu, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar telah
membidas dasar British yang menekan orang Melayu. Di samping itu, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar telah mendorong pendidikan bagi
anak perempuan. Tambahan pula, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar pun telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi bagi negara yang merdeka.

11

NILAI KEPIMPINzAN DATO’ SIR ONN BIN DATO’ JAAFAR YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar amat prihatin terhadap pendidikan. Beliau berusaha untuk mendorong pendidikan bagi anak perempuan. Kemudian,
beliau sangat menitiberatkan perpaduan. Beliau berusaha untuk menyatukan rayat yang berbeza kaum melalui mencadangakan Pertubuhan Kebangsaan tanah Melayu
serta menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara. Seterusnya, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar merupakan seorang yang berani. Beliau berani untuk
mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Selain itu, Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa. Beliau tidak berputus asa walaupun cadangannya untuk
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Tanah Melayu ditentang. Beliau juga tidak berputus asa walaupun Parti Kemerdekaan Malaya tiada sokongan orang Melayu dan
Parti Negara gagal untuk mendapat sokongan orang Melayu. Di samping itu, beliau merupakan seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dan berpengalaman. Beliau
dapat mengenal pasti permainan psikologi penjajah kerana hidup dan bekerja di dalam kalangan orang Inggeris, golongan kerabat diraja, pegawai Jepun dan rakyat
biasa.

12

PENUTUP/KESIMPULAN

Bak kata peribahasa, gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama. Sumbangan dan
jasa bakti Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar akan terus diingati dan menjadi kenangan selama-lamanya kepada semua rakyat walaupun beliau sudah lama meninggal
dunia.

Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiadalah yang sekarang dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu. Oleh itu, sebagai
rakyat Johor yang dapat hidup dalam keamanan dan kesejahteraan, kita haruslah menghargai kedaulatan negara dan meneruskan usaha untuk mempertahankan
kegemilangan negara.

13

Sumber rujukan

a. Buku
i. Abu bakar Hamid, Md Ismail Zamzam. 2002. Pejuang Terbilang Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

b. Internet
i. https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
ii. http://azwansyedabdullah.blogspot.com/2015/10/amanat-tersirat-yang-pelik-dari.html
iii. http://webopac.parlimen.gov.my/webopac/Record/0000012911
iv. http://ahmadyaakobsmkjengka2.blogspot.com/2014/06/sistem-pembesar-di-johor.html
v. https://www.geni.com/people/Roquaiya-Hanim-Circassium-Princess/5483842087200120413

14

i. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-onn.html
ii. http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.com/2008/10/dato-onn-jaafar.html
iii. http://www.workhouses.org.uk/Alderbury/
iv. https://berita.pas.org.my/213069-2/
v. http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-dato-onn-jaafar.html
vi. https://www.openlearning.com/content/5a1a1c96117bd03a17438648/

15


Click to View FlipBook Version