The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mizipnj820, 2024-02-03 10:35:38

Buku AGM ke 4

Buku AGM ke 4

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 4 Tarikh : 04 Februari 2024 Hari : Ahad Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka Taman Berlian Perasmian oleh; Yang Berbahagia Dato’ Sham Bin Mat Sahat (DPMP, AMN, PPN PJK)


=1=


Ruj. Tuan : Ruj. Kami : PPTBPB- AGM/4/2024 Tarikh : 18 Januari 2024 Semua Warga Penduduk Taman Berlian, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tuan/Puan, MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 4 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BERLIAN, PARIT BUNTAR, PERAK. Dengar segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Berlian Parit Buntar (PPTBPB) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 seperti ketentuan berikut; Tarikh : 04 Februari 2024 (Ahad) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan terbuka Taman Berlian. 3. Sehubungan itu, pihak PPTBPB berbesar hati menjemput semua warga penduduk Taman Berlian untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan borang usul untuk tindakan tuan/puan. Borang usul yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada setiausaha pada/sebelum 01 Februari 2024. Usul-usul juga boleh dihantar ke whatsapp setiausaha di talian 0194549538 dengan menyatakan nama, nombor rumah dan jalan. 4. Untuk makluman, usul-usul yang dikemukakan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan nanti jika pengemuka usul hadir mesyuarat tersebut. Komitmen dari pihak tuan/puan sangatlah dihargai. Sekian dan terima kasih. PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BERLIAN PARIT BUNTAR (PPM-012-08-14082015) (PPTBPB) NO. 51, JALAN BERLIAN, TAMAN BERLIAN 34200 PARIT BUNTAR, PERAK Telefon : 019-9110102 (Pengerusi) 019-4549538 (Setiausaha) __________________ =2=


PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BERLIAN PARIT BUNTAR (PPM-012-08-14082015) (PPTBPB) NO. 51, JALAN BERLIAN, TAMAN BERLIAN 34200 PARIT BUNTAR, PERAK Telefon : 019-9110102 (Pengerusi) 019-4549538 (Setiausaha) ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ATURCARA MAJLIS ❖ 8.30 pagi - Pendaftaran Kehadiran. ❖ 9.00 pagi - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis. ❖ 9.10 pagi - Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Imaduddin Bin Md Parid. ❖ 9.15 pagi - Tazkirah ilmiah Israk Mikraj oleh Ustz Zainal Bin Saparin @ Abd Rahman ❖ 10.00 pagi - Ucapan Pengerusi PPTBPB sesi 2022 ~ 2024. ❖ 10.15 pagi - Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’ Sham Bin Mat Sahat / wakil. • Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi. • Cabutan Bertuan Sesi 1 • Jamuan VIP ❖ 11.00 pagi - Mesyuarat Agung PPTBPB kali ke 4 dimulakan • Perlantikan 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat. AGENDA MESYUARAT AGUNG PPTBPB KALI KE 4 ➢ Perlantikan Pencatat Minit Mesyuarat. ➢ Ucapan Pengerusi PPTBPB. ➢ Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke 3. ➢ Pembentangan Laporan Aktiviti PPTBPB 2022 ~ 2024. ➢ Pembentangan Laporan Kewangan PPTBPB 2022 ~ 2024. ➢ Perbahasan Usul. ➢ Pembubaran Ahli Jawatankuasa PPTBPP sesi 2022 ~ 2024. ➢ Perlantikan Pengerusi Sementara. ➢ Perlantikan Ahli Jawatankuasa baru sesi 2024 ~ 2026. • Nota: i. Pengerusi ii. Timbalan Pengerusi iii. Setiausaha Mengikut Peraturan Perlembagaan iv. Penolong Setiausaha FASAL 8 JAWATANKUASA v. Bendahari Bilangan 1 (m/s: 5) vi. 6 orang Ahli Jawatankuasa Biasa • Perlantikan 2 orang Ketua dan Penolong HELWANIS • Perlantikan 5 wakil Ketua Jalan ( JB, JB1, JB2, JB3 & JB4) • Perlantikan 2 orang Juru Audit Dalaman ➢ Memperkenalkan AJK baru 2024 ~ 2026. ➢ Cabutan Bertuah sesi 2 ➢ Ucapan Pengerusi PPTBPP yang baru. ➢ Ucapan Penangguhan. ➢ Cabutan Bertuah sesi 3 ➢ Jamuan dan bersurai =3=


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BERLIAN, PARIT BUNTAR, PERAK. TAHUN 2022 HINGGA 2023 BIL. NAMA JAWATAN NO RUMAH & JALAN 1 EN. YUSNISHAM BIN YUSOFF PENGERUSI NO. 51, JALAN BERLIAN 2 EN. MOHAMMAD IMADUDDIN BIN MD PARID TIMBALAN PENGERUSI NO. 5, JALAN BERLIAN 3 3 EN. TARMIZI BIN MOKRI SETIAUSAHA NO. 37, JALAN BERLIAN 4 DR. MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL HALIM NAIB SETIAUSAHA NO.12A, JALAN BERLIAN 1 5 EN. AZHAR BIN AZIZ BENDAHARI NO. 48, JALAN BERLIAN 2 AHLI JAWATANKUASA (AJK) KECIL 6 EN. MOHD NASIR BIN ABU YAZID BIRO KESELAMATAN & KECERIAAN NO. 15, JALAN BERLIAN 2 7 EN. MOHAMMAD IMADUDDIN BIN MD PARID BIRO KEROHANIAN & PENDIDIKAN NO. 59, JALAN BERLIAN 4 8 EN. AHMAD DANI @ MAT ISA BIN AHMAD BIRO INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN ASAS NO. 41, JALAN BERLIAN 1 9 EN. MOHAMAD ZIHAD BIN MAHMUD BIRO SUKAN & REKREASI NO. 44, JALAN BERLIAN 10 EN. MUHAMAD RAFIZI BIN HAMBALI BIRO TAJAAN, PROMOSI & PERHUBUNGAN AWAM NO. 5, JALAN BERLIAN 3 11 PN. HEELIZA BT AHMAD (Ketua) BIRO KEMAJUAN WANITA (HELWANIS) NO. 49, JALAN BERLIAN 12 PN. HJH. SARDANAH BINTI IJAP NO. 52, JALAN BERLIAN 3 JAWATAN KUASA - KETUA JALAN 13 EN. MOHD HAZWAN BIN HAIRUN PAEZI JALAN BERLIAN NO. 28, JALAN BERLIAN 14 DR. MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL HALIM JALAN BERLIAN 1 NO. 12A, JALAN BERLIAN 1 15 EN. NOOR ASWAFI BIN AHMAD ZAINI JALAN BERLIAN 2 NO. 68, JALAN BERLIAN 2 16 EN. AHMAD BUSTAMAN BIN JAMALUDIN JALAN BERLIAN 3 NO. 30, JALAN BERLIAN 3 17 EN. MUHAMAD HIZIR BIN ABDUL RAZAK JALAN BERLIAN 4 NO. 63, JALAN BERLIAN 4 18 EN. HASFIZAN BIN HASHIM JURU AUDIT DALAMAN NO. 22A, JALAN BERLIAN 1 19 DR. MOHD FADZLI BIN MOHD SALLEH NO. 29, JALAN BERLIAN 1 Nota: Makluman, ada 2 nama yg memegang 2 jawatan berbeza kerana kekurangan AJK yg dilantik dlm Mesyuarat Agung Tahunan 1. Ust. Imad (Timb. Pengerusi) merangkap Biro Kerohanian & Pendidikan 2. Dr. Faiz (Naib Setiausaha) merangkap Ketua Jalan Berlian 1 =4=


Tarikh : 23 Januari 2022 Hari : Ahad Masa : 9.00 pagi Tempat : No. 59, Jalan Berlian, Taman Berlian Kehadiran : 74/113 (65.49 %) Senarai Kehadiran Rujuk Lampiran Tak Hadir : 39/113 (34.51%) Agenda: 1 UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( EN. MOHD SAAD B. HASHIM, PJK ) 1.1 Pengerusi mengalu- alukan kehadiran penduduk Taman Berlian. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh penduduk yang hadir. 1.3 Beliau mengharapkan agar mesyuarat kali ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak yang hadir. Semoga dengan sokongan dan semangat kejiranan serta kemuafakatan yang baik ini dapat melahirkan komuniti Taman Berlian yang harmoni demi kesejagatan bersama. Tindakan : Makluman 2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT SERTA LAPORAN AKTIVITI 2.1 Minit Mesyuarat Agung Kali Kedua dibentangkan oleh Naib Setiausaha, Pn Jariah Binti Ngadmid 2.2 Minit mesyuarat lalu diterima dan disahkan. Dicadang : En. Nashidul Fikri b. Mohd Pisal (52, JB) Disokong : En. Ahmad Dhany @ Mat Isa B. Ahmad (40,JB I ) 2.3 Tiada Perkara berbangkit. Tindakan : Setiausaha 3 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN 3.1 Laporan kewangan bagi Tahun 2018, 2019, 2020 dan 202I dibentangkan oleh En. Muhamad Fadli B. Hussien 3.2 Laporan kewangan yang lalu diterima dan disahkan. Dicadang : En. Mohd Hazwan B. Hairun Pauzi (28, JB) Disokong : En. Nashidul Fikri. Mohd Pasal (52 JB) 3.3 Perkara berbangkit : 3.3.1 Yuran keahlian sebanyak RM 50 seumur hidup dan Yuran Tahunan RM 50 setiap tahun. 3.3 2 Kutipan Rondaan Keselamatan masih ada ahli yang tidak membayar. Ini akan menjejaskan jumlah kutipan yang sepatutnya diperolehi. 3.3.3 Usaha untuk menyediakan Pondok Keselamatan secara gotong royong dengan kos RM 20 000. Kelulusan MDK juga akan di buat. Tindakan : Bendahari =5= MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 3


4 PERBENTANGAN AKTIVITI 4.1 Sila rujuk buku program Mesyuarat Agung Kali Ke-3 pada halaman muka surat 18 hingga 19. Tindakan : Makluman 5 PEMBENTANGAN USUL 5.1 Usul Keselamatan En. Zambre Bin Othman (No.40, JB) 5.1.1 Beliau memohon kerjasama ibubapa menegur anak-anak agar tidak memandu secara merbahaya. Selain itu, penduduk juga dinasihati memperlahankan kenderaan dan memandu secara berhemah ketika berada dikawasan perumahan agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kelak. 5.1.2 Beliau juga mengharapkan penduduk dapat menegur gejala merokok dikalangan kanak-kanak dan remaja. 5.1.3 Penanaman pokok di tempat yang tidak sesuai contohnya laluan jalan perlu dipotong agar tidak mengganggu laluan jalan. 5.1.4 Sistem Parking di SK Frozen juga perlu diberikan perhatian kerana mengganggu laluan penduduk taman. 5.1.5 Pengerusi En. Mohd Saad memaklumkan ada beberapa aduan tersebut telah maklum dan tindakan telah dibuat. Keberkesanan tindakan tersebut akan diberi perhatian lagi oleh AJK baharu nanti. 5.1.6 En. Mohd Saad juga berterima kasih kepada semua AJK atas usaha mengecat papan tanda. Namun disiplin setiap individu menyebabkan kemalangan masih boleh berlaku. 9 bonggol jalan telah dimohon, diluluskan hanya 3 bonggol jalan. Tindakan : AJK 5.2 Usul oleh En Mohd Fadzli bin Mohd Salleh ( No. 29 JB1) 5.2.1 Masalah yang dihadapi dikalangan penduduk yang membela anjing dan melepaskan tanpa diikat untuk membuang najis di Kawasan awam dan kediaman jiran tetangga. Anjing-anjing itu juga menyalak bising sehingga menganggu ketenteraman awam. 5.2.2 En. Muhamad Fadli bin Hussien memaklumkan aduan Iisan telah dibuat. Tindakan berikutnya akan diambil jika tiada sebarang perubahan kepada pemasalahan tersebut. 5.2.3 Longkang di JB1 tersumbat di bahagian hujung menghala ke parit. Longkang juga menjadi hitam kesan pembuangan air sabun dari mesin basuh yang dihalakan terus ke dalam longkang depan. 5.2.4 Pengerusi memaklumkan perkara tersebut akan diberi perhatian dan jika tidak dapat diselesaikan, aduan juga boleh dilakukan ke pihak MDK. Tindakan : AJK 5.3 Usul oleh En. Zihad ( No.44 JB ) 5.3.1 Beliau memohon alat permainan Taman Permainan Fasa 3 perlu dibaikpulih agar dapat mengelakkan kecederaan kepada anak-anak kelak. 5.3.2 Pengerusi memaklumkan perkara tersebut akan diberi perhatian. Tindakan : AJK =6=


5.4 Usul oleh En. Mohd Yusof bin Basri ( No. 67, JB3 ) 5.4.1 Beliau mencadangkan menaikkan papan tanda di setiap lorong" KAWASAN INI DI BAWAH PENGAWASAN PENJAGA KESELAMATAN. 5.4.2 Ini merupakan inisiatif sebagai makluman kepada pihak luar bahawa taman ini mempunyai pengawasan daripada pengawal keselamatan. 5.4.3 Pengerusi memaklumkan usul tersebut adalah cadangan yang baik dan amat berharap penduduk dapat membuat pembayaran penuh bayaran keselamatan yang telah ditetapkan. Ini amat penting agar pembayaran gaji kepada pengawal keselamatan lancar. Tindakan: AJK 5.5 Usul oleh Pn. Juriah binti Ismail (27 ,JB3) diwakiIi En. Kamal (suami) 5.5.1 Beliau menyuarakan tentang masalah kurang selesa penduduk setempat mengenai isu warga Bangladesh dan Nepal di Jalan Berlian 3. Ibubapa merisaukan keselamatan dan kebebasan anak anak bermain dikawasan kejiranan tersebut. 5.5.2 Beliau mencadangkan agar memendekkan tempoh masa sewaan rumah tersebut atau pihak AJK dapat berjumpa dan berbincang dengan pihak tuan rumah. 5.5.3 Pengerusi memaklumkan isu ini telah dipanjangkan sejak 2019, tindakan telah diambil cuma hanya sementara sahaja. Perbincangan bersama tuan rumah juga gagal mendapatkan sebarang persetujuan.Cadangan diberikan kepada jiran atau wakil lorong agar mengambil tindakan segera jika ada berlaku sesuatu aktiviti yang tidak disenangi. Laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera (Polis atau MDK). Sila ambil bukti gambar atau rakaman video untuk mengukuhkan laporan yang akan dibuat kelak. 5.6 Usul oleh MN Nizam ( No.11, JB ) 5.6.1 Beliau mencadangkan agar individu yang akan dipilih hendaklah yang berpengalaman, disenangi masyarakat, mudah didekati dan pendengar yang baik serta berpengetahuan luas dalam menjalankan tugas dalam usaha menjaga keharmonian komuniti Taman Berlian yang berbilang bangsa. 5.6.2 Pengerusi memaklumkan usul tersebut adalah berdasarkan undian sebulat suara daripada semua penduduk Taman Berlian. Walau bagaimanapun, beliau percaya, individu yang dilantik Bersama barisan AJK dapat meneruskan kecemerlangan Jawatankuasa dan melakukan yang terbaik demi kesejahteraan taman. Tindakan : Makluman 5.7 Ahli Jawatankuasa, En. Khairul Azam bin Adnan ( No. 50, JB ) 5.7.1 Cadangan kadar bayaran yuran pendaftaran keahlian dan yuran tahunan perlu distrukturkan semula mengikut kemampuan. Diharapkan dengan kadar bayaran tersebut semua ahli mampu membayar untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti persatuan. 5.7.2 Antara cadangan : 1) En. Ahmad Dhani - RM 30 2) En. Mohd Fadhil - Yuran Pendaftaran dikekalkan (RM 50) 3) En. Mohamed Fahrurazi- RM I. 4) Pn. Heliza - Yuran Pendaftaran RM I0 5) En. Zihad - RM25 6) En. Ahmad Dhany - RM 30 =7=


5.7.3 Seblat suara menetapkan kadar bayaran bagi Yuran Pendaftaran ialah RM30 dan Yuran Tahunan juga RM30. 5.7.4 Cadangan Pindaan Perlembagaan alamat persatuan dari No.12, Jalan Berlian ke alamat baharu iaitu alamat rumah Pengerusi atau Setiausaha yang dilantik kelak. 5.7.5 Sebulat suara usul Pindaan Perlembagaan diterima dan alamat surat menyuarat persatuan adalah kepada rumah pengerusi yang dilantik. Tindakan: Makluman 6 PEMBUBARAN AJK SESI 2018/2021 6.1 Pihak AJK memohon kemaafan jika ada kekurangan dalam menerajui persatuan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kepercayaan yang diberikan dalam menerajui persatuan serta memberikan kerjasama dalam setiap program yang telah dijalankan. Beliau berjanji akan turut membantu dan memberi sokongan kepada persatuan. 6.2 Pengerusi membubarkan AJK sesi 2018/2021 7 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2022/2023 7.1 Lantikan dibuat berdasarkan cadangan, sokongan serta jumlah undi yang diraih oleh calon mengikut jawatan-jawatan yang ada dalam JK Persatuan.Pemilihan dilakukan melalui perisian Google Form berdasarkan kepada situasi terkini. 7.2 Keputusan Ahli Mesyuarat sebulat suara melantik: PENGERUSI EN. YUSNISHAM BIN YUSOF – NO. 51, JB NAIB PENGERUSI EN. MOHAMMAD IMADUDDIN BIN MD PARID – No 5, JB 3 SETIAUSAHA EN. TARMIZI BIN MOKRI – NO.37, JB NAIB SETIAUSAHA DR. MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL HALIM – 12A, JB 1 BENDAHARI EN. AZHAR BIN AZIZ – NO 48, JB 2 SENARAI AJK 1) EN. MUHAMAD HIZIR BIN ABDUL RAZAK - NO 63, JB 4. 2) EN. AHMAD DANI @ MAT ISA BIN AHMAD - NO. 41, JB 1 3) EN. AHMAD BUSTAMAM BIN JAMALUDIN - NO. 30 JB3 4) EN. MOHD HAZWAN BIN HAIRUN PAEZI - NO. 28 JB 5) EN. MUHAMAD RAFIZI BIN HAMBALI - NO. 59 JB 4 6) EN. MOHAMAD ZIHAD BIN MAHMUD - NO. 44 JB 7) EN. MOHD NASIR BIN ABU YAZID - NO. 15, JB2 8) EN. NOOR ASWAFI BIN AHMAD ZAINI - NO. 68, JB 2, HELWANIS 1) PN. HEELIZA BT AHMAD - NO.49, JB 2) PN. HJH. SARDANAH BT. IJAP - NO, 52, JB 3 JURUAUDIT 1) DR. MOHD FADZLI BIN MOHD SALLEH - NO. 29 JB 1 2) EN. HASFIZAN BIN HASHIM - NO. 22À, JB 1 Tindakan : Setiausaha =8=


8 HAL-HAL LAIN - Tiada - 9 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 En. Mohd Saad berharap pihak penduduk akan memberikan kerjasama dan saling bantu-membantu dengan barisan AJK yang baharu dalam melaksanakan amanah demi semangat kemasyarakatan dan keharmonian bersama komuniti Taman Berlian. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang Disediakan oleh; Disahkan oleh; =9=


AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2022 1. Pameran dan Pertandingan Mewarna DRON Penaja: Aeros Geotech Sdn. Bhd. Bertarikh : 27 Mac 2022 (Ahad) Bertempat : Rumah Arwah Pak Yusof Masa : Selepas Asar 2. Pengenalan kepada memanah oleh KMTNI Online Google Meet Tarikh : 05 Mac 2022 3. Pertandingan Azan anak anak Taman Berlian. Online melalui Google Meet Tarikh : 24 April 2022 4. Gotong Royong Memasak Bubur Asyura daripada Helwanis. Taarikh : 20 Ogos 2022 Tempat : Rumah arwah Pak Yusof 5. Aktiviti memasang bendera di sekitar Taman Berlian Tarikh : 21 Ogos 2022 6. Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 Peringkat Taman Berlian Aktiviti: 1. Bacaan Yassin ambang Merdeka 2. Pertandingan Mewarna 3. Pakaian Beragam 4. Basikal Berhias Bertarikh : 31 Ogos 2022 Bertempat : Rumah Arwah Pak Yusof (PASTI) 7. Majlis Bacaan Yassin sempena Hari Malaysia Bertarikh : 24 September 2022 Bertempat : Rumah Arwah Pak Yusof Jam : selepas solat isyak 8. Gotong Royong Membaik Pulih Pondok Pengawal Keselamatan. Tarikh : 27 November 2022 =10= Senarai Aktiviti 2022 ~ 2024


AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2023 1. Pertandingan Memanah Anjuran KMNI dengan kerjasama PPTBPB Tarikh : 18 Februari 2023 Tempat : Lapang Sasar Memanah TB 2. Hari Aiskrim dan Gotong Royong Bersihkan Taman Permainan Tarikh : 19 Mac 2023 Masa : Selepas solat asar Tempat : Taman Permainan Jalan Belian 3 3. Gotong Royong Mengecat Jalan dan Membersih Longkang Taman Berlian Tarikh : 20 Mac 2023 Masa : 8.30 pagi 4. Gotong Royong Membersih Dewan Terbuka Tarikh : 08 April 2023 Masa : 8.00 pagi 5. Penyediaan Bubur Lambuk Sempena bulan Ramadhan. Bertarikh : 08 April 2023 Bertempat : Dewan Terbuka TB Masa : 9.00 pagi 6. Majlis Iftar Taman Berlian Bertarikh : 08 April 2023 Tempat : Dewan Terbuka TB Aktiviti: 1) Memasak secara Gotong royong 2) Iftar/Berbuka Puasa ramai2 3) Solat Terawih 7. Majlis Jamuan Aidil Fitri Warga Taman Berlian Bertarikh: 20 Mei 2023 / Sabtu Bertempat: Dewan Terbuka Taman Berlian 8. Aktiviti memasang bendera di sekitar Taman Berlian Bertarikh: 26 Ogos 2023 Di ketui oleh : En. Zihad 9. Pertandingan Memanah, Mewarna & Busana Kemerdekaan Anjuran PPTBPB dgn kerjasama KRT Tanah Kebun Bertarikh pd: 23.09.2023 Bertempat di: Lapang sasar memanah Taman Berlian AKTIVITI KEBAJIKAN 1. Membina Pondok Pengawal/Peronda Malam pd 28 Nov 2022 2. Dewan Terbuka bermula 26 Ogos 2023 3. Membaiki peralatan Taman Permainan 4. Baju T’shirt Taman Berlian =11=


BIL. NAMA JAWATAN MESYUARAT AJK 2022 - 2024 Pertama 13/02/2022 Kedua 08/04/2022 Ketiga 29/07/2022 Keempat 03/05/2023 Kelima 23/09/2023 Keenam 20/01/2024 1 EN. YUSNISHAM BIN YUSOFF PENGERUSI / / / / / / 2 EN. MOHAMMAD IMADUDDIN BIN MD PARID TIMBALAN PENGERUSI X / / X / / BIRO KEROHANIAN & PENDIDIKAN 3 EN. TARMIZI BIN MOKRI SETIAUSAHA / / / / X / 4 DR. MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL HALIM NAIB SETIAUSAHA KETUA JALAN / X / / X X BERLIAN 1 5 EN. AZHAR BIN AZIZ BENDAHARI X X / X / / 6 EN. MOHD NASIR BIN ABU YAZID BIRO KESELAMATAN & KECERIAAN / X / / X / 7 EN. AHMAD DANI @ MAT ISA BIN AHMAD BIRO INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN ASAS / / / / / / 8 EN. MOHAMAD ZIHAD BIN MAHMUD BIRO SUKAN & REKREASI / / / / / / 9 EN. MUHAMAD RAFIZI BIN HAMBALI BIRO TAJAAN, PROMOSI & PERHUBUNGAN AWAM / X / / / / 10 PN. HEELIZA BT AHMAD HELWANIS / X / X X X PN. HJH. SARDANAH BINTI IJAP X X / X X / 11 EN. MOHD HAZWAN BIN HAIRUN PAEZI KETUA JALAN BERLIAN / X / / X / 12 EN. NOOR ASWAFI BIN AHMAD ZAINI KETUA JALAN BERLIAN 2 / / / / X / 13 EN. AHMAD BUSTAMAN BIN JAMALUDIN KETUA JALAN BERLIAN 3 / X / X X / 14 EN. MUHAMAD HIZIR BIN ABDUL RAZAK KETUA JALAN BERLIAN 4 / X / / X / Simbol / Hadir Mesyuarat AJK X Tidak Hadir Mesyuarat =12= SKEKERAPAN MESYUARAT AJK 2022 ~ 2024


Saya TC Azhar Bin Aziz, Bendahari PPTBPB yang bertanggungjawab ke atas Pengurusan Kewangan Persatuan Penduduk Taman Berlian Parit Buntar, Perak adalah dengan secara bersungguh-sungguh dan tulus ikhlas mengakui bahawa, akaun yang dibentangkan dari mukasurat 14 hingga 15 adalah pada pendapat saya betul dan saya membuat pengakuan bersungguh-sungguh ini dengan penuh kepercayaan bahawa ia adalah BENAR. …………………………. [ TC AZHAR BIN AZIZ ] BENDAHARI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BERLIAN PARIT BUNTAR, PERAK. Tarikh : 02.02.2024 Saya yang bertandatangan di bawah ini mengaku bahawa kira-kira Penerimaan dan Perbelanjaan Persatuan Penduduk Taman Berlian Parit untar,, Perak seperti bil-bil, resit dan baucer-baucer yang dinyatakan disahkan betul dan lengkap. =13=


=14= KUNCI KIRA-KIRA 2023 KUNCI KIRA-KIRA BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023 2022 2023 (RM) (RM) ASET SEMASA WANG DI TANGAN 0.00 0.00 WANG DIBANK 18,384.53 15,829.89 …………………………………………………………………………………………………… 18,384.53 15,829.89 DIWAKILI OLEH : BAKI AWAL TAHUN 14,705.53 3679.00 SURPLUS / (DEFISIT) 3,679.00 12,150.89 ………………………………………………………………………………………………… 18,384.53 15,829.89


PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 2022 2023 (RM) (RM) PENDAPATAN YURAN 90.00 2470.00 SUMBANGAN 8,250.00 SEWAAN 300.00 106.00 KUTIPAN RONDAAN 12,845.50 27,990.03 KESELAMATAN ……………………………………………………………………………………………………… JUMLAH PENDAPATAN 21,485.50 30,566.03 2022 2023 (RM) (RM) PERBELANJAAN : PEMBANGGUNAN / PEMBAIKAN - 257.64 PERONDA KESELAMATAN 13800.00 13800.00 CAJ BANK 6.50 7.50 JAMUAN HARI RAYA - 3600.00 PROGRAM KEMERDEKAAN 4000.00 - PENGAWAL (GANTIAN) - 150.0 SAGUHATI (DUITRAYA) PENGAWAL - 600.00 JUMLAH PERBELANJAAN 17,806.50 18,415.14 ……………………………………………………………………………………………………… SURPLUS / DEFESIT 3,679.00 12,150.89 =15= , PENYATA KEWANGAN 2023


USUL DARI AJK PPTBPB BIL. USUL-USUL TINDAKAN 1. Tandas dewan diguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pemasangan Gril untuk tingkap kaca bangunan tandas dewan. 2. Lancar Tabung Kebajikan sebagai tabungan tunai yang bertujuan untuk membantu warga Taman Berlian yang ditimpa musibah 3. Parking sebelah Taska menganggu lalu lintas terutama di waktu awal pagi di jalan laluan Berlian 3 & 4 ke laluan jalan Berlian Utama. 4. Pembayaran Elaun kepada Jawatan utama PPTBPB Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Elaun kehadiran kepada Timb. Pengerusi, Naib Setiausaha dan AJK-AJK. USUL DARI WARGA TAMAN BERLIAN 1 Mat Desa Bin Chin No. 50, JB3 Memasang tiang dan jarring badminton/sepek takraw dalam dewan terbuka. 2 Mohd Faizal Bin Yusof No. 38, JB4 berkenaan jiran belakng rumah yg kerap membakr smpah siang hri,baju yg sy jemur berbau bsuk trkana asap. 3 Mohd Faiz Bin Ishak No. 7, JB1 Membaik pulih jalan2 yg berlubang di taman kita. =16= USUL-USUL, CADANGAN DAN ADUAN


✓ YBhg. Dato’ Hj. Sham Bin Mat Sahat (Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak) ✓ Kedai Karpet Pakistan Parit Buntar ✓ Pasaraya SK Frozen Taman Berlian ✓ En. Malik, BHP Simpang Lima ✓ Pasaraya TnT Jalan Baharu ✓ Taska Mama Sayang ✓ KRT Tanah Kebun ✓ Klinik Dr Aiza ✓ Penderma/Penyumbang Baranngan cabutan ✓ Warga Penduduk Taman Berlian ✓ Semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. =17=


Pengerusi : __________________________________________ Timbalan Pengerusi : __________________________________________ Setiausaha : __________________________________________ Naib Setiausaha : __________________________________________ Bendahari : __________________________________________ JawatanKuasa (AJK) 1 : __________________________________________ 2 : __________________________________________ 3 : __________________________________________ 4 : __________________________________________ 5 : __________________________________________ 6 : __________________________________________ Ketua HELWANIS 1 : __________________________________________ Penolong HELWANIS 2 : __________________________________________ Ketua Jalan Berlian : __________________________________________ Ketua Jalan Berlian 1 : __________________________________________ Ketua Jalan Berlian 2 : __________________________________________ Ketua Jalan Berlian 3 : __________________________________________ Ketua Jalan Berlian 4 : __________________________________________ Juru Audit Dalaman 1: __________________________________________ 2: __________________________________________ =18= SENARAI AJK PPTBPB TAHUN 2024~2026


Catatan


Click to View FlipBook Version