The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pink Cream Cute Illustration Thank You Letter A4 Document

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmra alysh, 2023-10-29 06:45:47

TUGASAN 1 PENULISAN PERKEMBANGAN AFEKTIF AWAL KANAK-KANAK

Pink Cream Cute Illustration Thank You Letter A4 Document

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG,14000 BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG TUGASAN 1 PENULISAN PAKK3343 PERKEMBANGAN AFEKTIF AWAL KANAK-KANAK Nama: NURAZMEERA ALEESYAH BINTI AZMAN No. K/P: 030611-15-0022 Angka Giliran:2022302440073 Program: PISMP Ambilan: JUN 2022 Unit : PISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Nama Pensyarah: PUAN ARIBAH Tarikh Hantar :27 OCTOBER 2023


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Puan Aribah yang saya hormati. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam 14000 Pulau Pinang kerana memberi saya peluang untuk menulis esei dan melakukan kerja kursus ini . Selain itu, saya juga ingin berterima kasih pada pensyarah yang mendidik saya dalam kursus ini Perkembangan Afektif Awal Kanak-kanak iaitu Puan Aribah yang telah banyak membimbing dan juga mengajar saya dalam kursus ini. Ucapan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang telah membantu dan menyokong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Semoga kita sama-sama dapat menjadi insan yang bertanggungjawab di masa hadapan. 1.0 Penghargaan


Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek kognitif, afektif, sosial, dan aspek-aspek pembelajaran ini akan diperkenalkan bermula dengan pendidikan awal yang diberikan kepada mereka. Menurut pandangan Zabariah (2008), afektif berkaitan dengan nilai , sikap , minat , keprihatinan, mempunyai pertimbangan , menghargai warisan serta mempunya sahsiah yang baik. Afektif juga akan memberi kesan kepada perkembangan dalam diri seseorang individu. Persekitaran pembelajaran kanak-kanak akan memberi impak terhadap perkembangan afektif mereka sama ada dari aspek positif atau aspek negatif. Disebabkan itu, terdapat pendapat beberapa tokoh islam dan barat yang membawa pendapat mereka tentang perkembangan afektif kanak-kanak. 2.0 Pengenalan


3.0 Perbezaan Pendapat Tokoh-tokoh dalam perkembangan afektif kanak-kanak 3.1 Jadual Menunjukkan Perbezaan Pendapat Tokoh-Tokoh Barat Dan Islam Dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak Merujuk pada jadual di atas, terdapat perbezaan pendapat antara dua orang tokoh barat dan juga tokoh islam. Walaubagaimanapun, kedua-dua tokoh mempunyai perkaitan dengan perkembangan afektif kanak-kanak. Perkembangan adalah perubahan pada struktur, tingkah laku seseorang individu tersebut. Dengan kata lain sifatnya boleh dilihat dan berubah tetapi tidak boleh diukur. Tetapi perkembangan juga sering dikaitkan dengan institusi kekeluargaan kerana keluarga merupakan tunjang yang paling besar dalam membentuk tingkahlaku , personaliti kanak-kanak. Disebabkan itu, terdapat beberapa pendapat dari tokoh tentang perkembangan afektif kanak-kanak menurut barat dan islam. 3


Antara pendapat dari tokoh Islam mengenai pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu Imam AlGhazali berpendapat bahawa kanak-kanak perlulah di didik sejak kecil lagi. Menurut Azizah dan Zainun (2005) , mengambil pandangan dari kitab Imam Al-Ghazali iaitu “Kitab Ihya’Ulummudin” menyatakan bahawa “anak yang baru dilahirkan jangan diberikan kepada orang lain kecuali perempuan yang kuat agama dan mempunyai tingkah laku yang baik”. Menegaskan bahawa disini, tingkah laku kanak-kanak akan dibentuk sejak kecil melalui persekitaran dari orang sekeliling mereka. Sebagai contoh, ibu bapa yang mempunyai akhlak yang baik akan menjadi peranan penting atau “Role Model” kepada anak-anak mereka seperti peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya. Kesannya, perkembangan afektif kanak-kanak akan berkembang dengan baik. Tujuan pendidikan Imam Al-Ghazali ialah menurut beliau bahawa pendidikan dalam proses haruslah mengarah pendekatan diri kepada Allah, kesempurnaan insan agar dapat mengarah manusia untuk mencapai bahagia dunia dan akhirat. Imam Al-Ghazali juga berpendapat bahawa pendidikan moral adalah tunjang yang penting dalam membentuk afektif kanak-kanak dengan melibatkan pengajaran dan nilai islam. Menurut konteks Islam, berdasarkan kajian dari jurnal “Konsep Pengajaran Akidah Kepada Kanak-Kanak menurut Al-Quran dan Imam Al-Ghazali berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi” bahawa pendekatan pengajaran akidah haruslah menggunakan pelbagai cara yang menarik serta boleh mempengaruhi minat murid. Sebagaimana yang kita tahu, kaedah pengajaran yang sama boleh mengurangkan daya tumpuan untuk belajar. Disebabkan itu, menurut Imam Al-Ghazali pendekatan yang digunakan boleh dijadikan panduan untuk mendidik murid melalui nasihat pengajaran. Kesannya, kanak-kanak mudah untuk mendengar nasihat dari ibubapa dan juga orang sekeliling mereka untuk sentiasa bersikap baik. Manakala pendapat berdasarkan tokoh barat Lawrence Kohlberg tentang perkembangan afektif kanak-kanak ialah sentiasa mengembangkan tahap moral dalam diri mereka. Setiap individu mempunyai tahap perkembangan moral yang berbeza mengikut tahap umur. Sebagaimana yang terkandung dalam teori perkembangan moral adalah sikap dan perilaku individu melalui nilai hukum berdasarkan tempat tinggal mereka. Lawrence Kohlberg juga telah memperkenalkan lapan tahap perkembangan dalam teori moral. Tahap yang pertama ialah Pra-Konvesional yang difokuskan umur kanak-kanak 0-6 tahun akan dilatih untuk menjadikan individu yang mematuhi peraturan. Sebagai contoh, kanak-kanak akan diajar dengan moral yang baik seperti mereka perlu menghormati orang yang lebih tua dengan menggunakannada yang sopan apabila bercakap. Menurut teori Moral Lawrence Kohlberg 4


4.0 Aspek Kepentingan Perkembangan Afektif Kanak-kanak berkait dengan pendapat tokoh barat dan islam 4.1 Aspek kepentingan perkembangan afektif berdasarkan Imam Al-Ghazali 5 Rajah 4.2 Menunjukkan Buku Imam Al-Ghazali bertajuk Ihya’ Ulumuddin Imam Al-Ghazali menekankan tentang nilai-nilai dan adab dalam kehidupan terutama dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Imam Al-Ghazali perlu diterapkan adab dan nilai yang baik menurut prinsip dan ajaran Islam untuk perkembangan afektif kanak-kanak. Disebabkan itu, kandungan yang terdapat dalam buku beliau yang terkenal “Ihya Ulumuddin” menekankan tentang pendidikan awal kanak-kanak. Antara aspek kepentingan perkembangan afektif berdasarkan Imam Al-Ghazali menekankan pengembangan akhlak yang baik pada setiap individu. Imam Al-Ghazali telah mentakrifkan bahawa akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa daripa timbulnya perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan. Ahlak yang baik merangkumi sifat positif seperti bersopan santun, kasih sayang, kejujuran, amanah, dan sabar. Sebagai contoh, kanak-kanak akan dilatih untuk menjaga akhlak atau adab semasa berada ditempat tertentu dengan tidak memanggung dagu dengan tangan, meludah, menyilangkan kaki dan bercakap dengan nada yang kasar. Menurut Imam Al-Ghazali satu cara didikan dapat menjadikan seseorang yang berakhlak merupakan sebahagian dari Islam. Sebagai contoh, didikan berdasarkan adab yang baik ialah sebelum makan kanak-kanak akan diajar untuk basuh tangan dan membaca doa terlebih dahulu (bagi beragama Islam). Dengan adab yang dilaksanakan setiap hari dirumah sebagai rutin akan menyebabkan individu membawa perbuatan tersebut semasa berada diluar rumah.


4.2 Kepentingan perkembangan afektif berdasarkan Lawrence Kolhberg Antara aspek kepentingan perkembangan afektif Lawrence Kohlberg ialah sifat empati. Hal ini demikian kerana, sifat empati merupakan elemen penting dalam pendidikan moral kerana ia akan melibatkan perasaan orang lain untuk berada dalam situasi yang sama seperti mereka. Sebagai contoh, seseorang merasakan sedih dan kecewa ketika menghadapi kegagalan dan individu tersebut cuba untuk menghubungkan diri mereka terhadap orang lain. Jika sifat empati ini diterapkan dalam diri kanak-kanak mereka boleh mengembangkan afektif dengan cara memahami perasaan orang lain. Kanak-kanak sentiasa berdisplin ketika melakukan perbuatan. Hal ini demikian kerana, didalam teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg terdapat peringkat perkembangan moral untuk umur kanak-kanak iaitu Prakonvesional. Kanak-kanak akan dilatih untuk menjadi seorang yang sentiasa patuh dalam kehidupan. Sebagai contoh, sejak umur kanak-kanak perlu menghormati orang yang lebih tua dari mereka dengan bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan menjaga tingkahlaku yang baik. Dalam peringkat ini ibubapa akan bertindak sebagai pendidik kepada mereka dengan menekankan hukuman yang selari dengan kesalahan yang dilakukan. Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak patuh akan setiap arah yang ditetapkan, maka mereka akan menerima hukuman. Kesannya, dapat membentuk sifat tanggungjawab dalam diri kanak-kanak. 6


5.0 Faktor Perkembangan Kerohanian Dan Moral 5.1 Faktor Perkembangan Kerohanian Dan Moral Imam Al-Ghazali Antara faktor perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak ialah persekitaran keluarga. Sebagaimana menurut tokoh Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa sejak kanak-kanak , ibubapa perlu memainkan peranan yang penting dengan memberikan didikan dan ajaran agama yang mencukupi kepada mereka. Bagi beragama Islam perlu diajarkan tentang adab, ahlak dan nilai dalam memahami ajaran agama. Ibubapa perlu menjadi “Role Model” kepada anak mereka dengan menunjukkan tingkahlaku yang positif dan baik. Hal ini demikian kerana, mereka akan melihat dan menyerap nilai-nilai dan ajaran melalui contoh yang ditunjukkan dari ibubapa mereka, Kesannya, anak-anak akan mengikuti ajaran yang baik dalam kehidupan mereka. 5.2 Faktor Perkembangan Kerohanian Dan Moral Lawrence Kohlberg Persekitaran sekolah juga mempengaruhi faktor perkembangan kerohanian dan moral individu. Hampir satu hari penuh anak-anak menjalani kehidupan mereka disekolah untuk menuntut ilmu dan menerima proses pengajaran dan pembelajaran . Mereka akan menghabiskan masa sepenuhnya bersama rakan-rakan dan juga guru disekolah. Sebagaimana menurut tokoh Lawrence Kohlberg mengatakan anak-anak akan bersosial dan meniru sikap seseorang melalui dengan siapa mereka sering berkomunikasi. Oleh itu, setiap individu perlu berhati-hati ketika memilih rakan sebaya kerana perwatakkan seseorang boleh mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Rakan yang baik akan membawa pengajaran dan nilai yang baik seperti rajin datang ke sekolah, menghormati guru dan sentiasa membuat kebaikan kepada orang sekeliling. Manakala rakan yang negatif akan mengajarkan tentang keburukan dan sering bercakap kasar dihadapan orang ramai. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai masalah dan tekanan dalam diri akan membawa diri mereka ke tempat yang berunsur negatif. Oleh itu, sebagai ibubapa yang baik perlu sentiasa membuat pemerhatian dan menilai dengan siapa anak-anak berkawan. Menerusi era globalisasi ini peranan media massa juga menyumbang kepada perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak. Hal ini demikan kerana, pada peringkat awalan umur mereka sudah terdedah dengan penggunaan gadjet yang berlebihan dan memudahkan mereka untuk mengakses aplikasi-aplikasi yang tiada had seperti youtube, games dan lainnya. Media massa akan mempengaruhi perkembangan afektif kanak-kanak dengan menyiarkan konten yang berunsur keganasan (violence). Sebagai contoh, cerita WWE, games PUBG akan merosakkan tingkahlaku kanak-kanak kerana mereka akan berperilaku dan melakonkan watak negative seperti tu. Kesannya, kanak-kanak akan menjadi pembuli , sering memukul kawan dan bertindak luar kawalan. Disebabkan itu, media massa perlu menapis setiap penggunaan aplikasi kepada kanakkanak dengan menyediakan aplikasi seperti Youtube Kids. 7


6.0 Cabaran Dalam Mengembangkan Afektif Kanak-kanak Antara cabaran untuk mengembangkan afektif kanak-kanak ialah ibubapa kurang masa. Ibubapa tidak memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya terhadap perkembangan afektif kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, ibubapa yang tiada masa bersama anakanak sehingga mengabaikan tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkembangan mereka seperti tidak memberi nasihat, sokongan, penghargaan dan lainnya. Sebagai contoh, ibubapa yang bekerja sehingga lewat malam boleh menimbulkan jurang antara hubungan anak dan ibubapa . Ini menyebabkan anak-anak sukar untuk meluangkan masa bersama keluarga sehingga mereka bergerak bebas untuk mencari perhatian dari orang lan. Kesannya, pembentukkan moral dan rohani anak tidak membentuk dengan baik dan memberikan konflik yang negative terhadap perkembangan mereka. Pendidik perlu tahu tentang perkembangan afektif setiap anak murid mereka. Hal ini demikian kerana, Pendidik yang baik mesti memiliki kemahiran yang sepenuhnya dalam menguasai pembentukkan afektif kanak-kanak. Tetapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedikit akan menyebabkan guru mengambil sambil lewa tentang murid. Sebagai contoh, pendidik akan menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran tidak mementingkan umur atau masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Sebagaimana yang kita tahu, tahap perkembangan moral kanak-kanak mempunyai perbezaan terhadap perasaan dan tingkahlaku mereka. Oleh itu, sebagai seorang pendidik yang berkualiti perlu mempelajari cara membentuk afektif kanak-kanak dengan merujuk tunjang kerohanian dan moral alam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 8


7.0 Rumusan Secara keseluruhannya, perkembangan afektif kanak-kanak amat penting dalam kehidupan mereka. Hal ini demikian kerana, pada permulaan umur kanak-kanak mula mengenali dan memahami tentang diri mereka. Mereka akan memberi rangsangan terhadap emosi dan juga tingkahlaku positif atau negatif terhadap orang lain. Disebabkan itu, peranan orang sekeliling mereka perlu tahu tentang setiap perkembangan kanakkanak agar dapat membentuk hubungan sosial yang baik dengan individu lain. 9


8.0 Rujukan : Yahaya, A. (2010, January 1). Bab 2: Teori-teori Perkembangan. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teoriteori_Perkembangan Perkembangan Affektif. (n.d.). https://paktehdanmakteh.blogspot.com/2010/12/perkembangan-affektif.html Falsafah dan Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Awal Kanak-kanak. (n.d.). https://farahaziran.blogspot.com/2016/04/falsafah-dan-pandangan-tokohtokoh.html#:~:text=Seterusnya%2C%20Imam%20al%2DGhazali%20menyatakan,mel entur%20buluh%20biarlah%20dari%20rebungnya. Rifin, M. R. A. (2019, March 26). Mendidik anak jadi soleh. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/addin/2019/03/437753/mendidik-anak-jadi-soleh Adab dalam kehidupan harian. (n.d.). PPT. https://www.slideshare.net/hannahhazirah97/adab-dalam-kehidupan-harian sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak. (n.d.). PPT. https://www.slideshare.net/sitizaihasrahanis/sejarah-dan-falsafah-pendidikan-awalkanakkanak Min, B. C. (2022, January 14). Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. https://www.bebelancikmin.com/2017/09/pendidikan-awal-kanakkanak-mengikut.html TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. (n.d.). https://upsikaa3053.blogspot.com/2019/05/tokoh-tokoh-dalam-pendidikan-awalkanak.html Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif. (n.d.). PDF. https://www.slideshare.net/SariShukor/hdps-4103-perancangan-dan-pengajaranafektif TOPIK 3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL. . .. (n.d.). Coggle. https://coggle.it/diagram/X6vCv_xpD3XXKTT/t/topik-3-faktor-faktor-yang-kerohanian-dan-moral-kanak-kanak U. (n.d.). Teori Perkembangan Lawrence Kohlberg. https://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-lawrencekohlberg_25.html Adab dalam kehidupan harian. (n.d.). PPT. https://www.slideshare.net/hannahhazirah997/adab-dalam-kehidupan-harian


Click to View FlipBook Version