The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiah.alfateh, 2024-01-31 04:09:58

BUKU PERATURAN 2020 latest 22 (1)

BUKU PERATURAN 2020 latest 22 (1)

Cetakan Ketiga Hak Cipta Terpelihara 2024 BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH: UNIT DISIPLIN & SAHSIAH SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-FATEH TAWAU ___________________________ “MELAHIRKAN HUFFAZ PROFESIONAL”


KATA PENGANTAR i FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, VISI DAN MISI SEKOLAH ii LAGU SRI AL-FATEH iii RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN DAN RUKUN NEGARA iv LAGU NEGARAKU DAN LAGU SABAH TANAH AIRKU v LOGO SEKOLAH: MAKSUD WARNA vi LOGO SEKOLAH: BENTUK DAN TULISAN vii PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 1 Fasal 1 : PAKAIAN 2 Fasal 2 : RAMBUT 13 Fasal 3 : KEBERSIHAN DAN PERHIASAN 13 Fasal 4 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 16 Fasal 5 : WAKTU DATANG DAN BALIK 16 Fasal 6 : PELAWAT 17 Fasal 7 : KETIDAKHADIRAN 18 Fasal 8 : BAYARAN TAMBAHAN 19 Fasal 9 : KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 19 Fasal 10 : KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULM) 20 Fasal 11 : KATEGORI KESALAHAN 21 Fasal 12 : JENIS-JENIS SALAH LAKU 25 Fasal 13 : PERATURAN KHAS 27 Fasal 14 : PERATURAN LAIN ATAU BAHARU 28 BORANG AKU JANJI 29


BORANG AKU JANJI BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FATEH 1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang di arahkan dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang. 3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. 29 Tandatangan Murid _____________________ Nama: Kelas: Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga _____________________ Nama: Kelas: Tandatangan Guru Kelas _____________________ Nama: KATA PENGANTAR Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat memberi kekuatan kepada Unit Disiplin & Sahsiah sekolah dibawah pimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi menerbitkan “Buku Panduan Peratuan Sekolah”. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas usaha ini. Buku panduan disiplin ini disediakan sebagai panduan kepada pelajar dan pihak sekolah untuk mewujudkan keadaan disiplin yang baik dan suasana sekolah yang kondusif di samping mewujudkan semangat bersatu padu, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan berakhlak mulia. Dari semasa ke semasa, buku panduan disiplin ini mungkin dipinda mengikut keperluan. Begitu juga dengan peraturan lain yang dinyatakan secara lisan atau bertulis, yang tidak disenaraikan dalam Buku Panduan Peraturan Sekolah ini, juga perlu dipatuhi oleh pelajar. Semoga penerbitan buku panduan disiplin ini juga dapat membantu para pelajar meningkatkan mutu disiplin sekolah dan kecemerlangan pelajar sama ada sahsiah, adab dan akademik. Saya amat percaya dengan adanya Buku Panduan Peraturan Sekolah ini semua pihak akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap peraturan yang telah digariskan dan mampu menjamin kehidupan yang bahagia. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Mudir, Sekolah Rendah Islam Al-Fateh, Tawau. i


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ___________________________________________________________ VISI SEKOLAH Ke Arah Melahirkan Huffaz Profesional yang berakidah lurus, berakhlak mulia dan berpengetahuan luas sesuai manhaj salafussoleh. ___________________________________________________________ MISI SEKOLAH ii 1. Memberikan pendidikan yang menyeluruh melalui pendidikan bersepadu bagi melahirkan murid yang cemerlang dan bersahsiah tinggi. 2. Untuk membangun dan mengembangkan potensi murid dalam kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan insan yang cemerlang melalui pendidikan yang berkualiti. 3. Menerapkan nilai-nilai kecintaan pada murid terhadap Al-Quran dan As-Sunnah bagi melahirkan murid yang berupaya meletakkan asas Islam yang kukuh dalam pembangunan diri dari aspek duniawi dan ukhrawi. FASAL 14 : PERATURAN LAIN ATAU BAHARU 14.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajarpelajar juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini. 14.2 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baharu dari semasa ke semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya. 14.3 Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturanperaturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sabah / Pejabat Pelajaran atau Kementerian Pelajaran. 28


12.4 TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN 12.4.1 Berbahasa kasar. 12.4.2 Tidak menghormati guru. 12.4.3 Menghisap rokok/vape. 12.4.4 Berambut panjang. 12.4.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. 12.4.6 Lalai dan cuai terhadap pelajaran. 12.4.7 Mempermainkan / memperlekehkan guru. 12.4.8 Selalu lewat. 12.4.9 Suka bertengkar. 12.4.10 Pakaian tidak sesuai. FASAL 13 : PERATURAN KHAS 13.1 Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukarkan persekolahan murid-murid perlu memaklumkan mudir atau pentadbiran sebelum mengambil sebarang tindakan. 13.2 Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil pelajar- pelajar ke / dari sekolah dikehendaki berada di luar pagar sekolah pada setiap masa. 13.3 Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat,resit, kad ujian dan seumpamanya kepada Ibu bapa / penjaga apabila diarahkan demikian oleh pihak sekolah. 27 LAGU SRI AL FATEH Lafaz bismillah kami mulakan langkah Bersama restu ayah juga bonda Azam yang padu tekad yang kukuh Semangat jitu di persada ilmu SRI Al-Fateh sekolah kami Membentuk akhlak peribadi murni Pintar dan soleh itulah harapan Menjulang Islam jadi terbilang SRI Al-Fateh sekolah kami Diasuh dididik tanpa jemu Al-quran dibaca juga difahami As-sunnah jadi pedoman diri Huffaz berilmu cita-cita murni Insan bertaqwa matlamat diri Di medan ummah tekad berbakti Hingga lahir huffaz profesional iii


RUKUN ISLAM Mengucap dua kalimah syahadah Mendirikan solat Puasa pada bulan Ramadhan Menegeluarkan zakat Menunaikan haji RUKUN IMAN Beriman kepada Allah Beriman kepada malaikat Beriman kepada kitab Beriman kepada Rasul Beriman kepada Hari Kiamat Beriman kepada qada' dan qadar RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan iv 12.2 TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL 12.2.1 Tidak mahu bergaul. 12.2.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah. 12.2.3 Membuat bising. 12.2.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal. 12.2.5 Mengganggu orang lain. 12.2.6 Menulis dan menconteng bangunan. 12.2.7 Membuang sampah merata-rata. 12.2.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu. 12.2.9 Memaki hamun. 12.2.10 Sombong, bongkak dan biadap. 12.3 TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR. 12.3.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan. 12.3.2 Meniru tandatangan orang lain. 12.3.3 Bercakap bohong. 12.3.4 Mengubah markah yang dicatat oleh guru. 12.3.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah. 12.3.6 Menganiaya sesama rakan. 12.3.7 Tidak amanah. 12.3.8 Mengampu. 12.3.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. 12.3.10 Mengambil barang orang lain tanpa izin. 12.3.11 Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab. 12.3.12 Berdolak-dalik. 12.3.13 Membuat kerja tanpa keikhlasan diri. 26


FASAL 12 : JENIS—JENIS SALAH LAKU Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu: 12.1 TINGKAH LAKU JENAYAH 12.1.1 Mendera dan mencederakan. 12.1.2 Bertindak ganas dan mencederakan. 12.1.3 Memeras ugut. 12.1.4 Bergaduh. 12.1.5 Mencuri. 12.1.6 Menipu atau memperdayakan. 12.1.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar. 12.1.8 Menyalahgunakan dadah. 12.1.9 Khalwat. 12.1.10 Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. 12.1.11 Menyertai kumpulan kongsi gelap. 12.1.12 Mencarut. 12.1.13 Berdua-duaan. 12.1.14 Becumbu-cumbuan. 12.1.15 Melihat / membaca bahan lucah. 12.1.16 Melukis / menulis bahan lucah. 12.1.17 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. 12.1.18 Besubahat dalam perbuatan sumbang. 12.1.19 Berpakaian tidak senonoh. 25 LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta LAGU SABAH TANAH AIRKU Sabah tanahairku Negeri kita yang tercinta Pemuda pemudi semua marilah Bangunlah bersatu semua Marilah bersama serta maju jaya Merdeka sepanjang masa Bersatu segala bangsa sentosa Sabah negeri merdeka. v


LOGO SEKOLAH MAKSUD WARNA KUNING KEEMASAN Melambangkan agama sebagai landasan hidup supaya dapat melahirkan murid yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera. BIRU MUDA Melambangkan budaya sekolah yang cemerlang dalam semua aspek berlandaskan tatasusila hidup. HIJAU Melambangkan ketabahan dan kepercayaan diri yang tinggi setiap warga sekolah. Warna hijau ini juga merupakan warna kegemaran Rasulullah SAW. vi 11.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 11.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan. 11.3.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan nama baik sekolah. 11.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. 11.3.22 Membawa atau menggukanan bahan letupan. 11.3.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 11.3.24 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. 11.3.25 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 11.3.26 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. 11.3.27 Mengganggu / menjejaskan kuasa Mudir atau guru yang menjalankan tugas. 11.3.28 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran mudir atau pentadbiran. 11.3.29 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 11.3.30 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 11.3.31 Melakukan hubungan yang dicurigai. 11.3.32 Kesalahan lain yang ditentukan oleh Mudir dan Ketua Guru Disiplin. . 24


11.2.7 Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. 11.2.8 Tidak memakai kopiah/ serban putih bagi pelajar muslimin(lelaki) 11.2.9 Menconteng pada harga benda sekolah. 11.2.10 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 11.2.11 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Unit Disiplin Sekolah. 11.3 KESALAHAN BERAT 11.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga 11.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dala kegiatan dadah. 11.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan. 11.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau dan vape. 11.3.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 11.3.6 Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 11.3.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 11.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid. 11.3.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 11.3.10 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 11.3.12 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 11.3.13 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. 11.3.14 Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 11.3.15 Mencabul kehormatan guru / murid. 11.3.16 Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 11.3.17 Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 23 LOGO SEKOLAH BENTUK & TULISAN vii KUBAH & MENARA MASJID : Melambangkan sebuah masjid sebagai syiar Islam dan tempat beribadah umat Islam BULAT : Melambangkan Islam yang syumul (menyeluruh) dalam semua aspek yang perlu diamalkan oleh warga sekolah. KHAT AL-FATEH : Melambangkan salah satu kesenian Islam yang diterapkan dan dipelajari dalam pembelajaran sekolah. TULISAN SEKOLAH RENDAH ISLAM : Menunjukkan sekolah yang menyediakan pendidikan yang beteraskan Agama Islam & Tahfiz disamping mempelajari subjek akademik. TULISAN AL-FATEH : .Menjadikan Sultan Muhammad Al Fateh sebagai inspirasi di atas kehebatan beliau yang berjaya menguasai Constantinople (Istanbul) dengan kebijaksanaan & ketakwaannya kepada Allah SWT


1 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 11.1.20 Mengganggu kawan. 11.1.21 Mengganggu guru secara umum. 11.1.22 Lewat masuk kelas. 11.1.23 Mengotorkan kelas. 11.1.24 Tidak duduk setempat. 11.1.25 Berada dalam kawasan larangan. 11.1.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 11.1.27 Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin / koperasi. 11.1.28 Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 11.1.29 Membuang sampah merata-rata. 11.1.30 Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 11.1.31 Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 11.1.32 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 11.1.33 Memakai cermin mata berfesyen. 11.1.34 Membawa peralatan elektronik atau permainan tanpa kebenaran guru. 11.1.35 Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 11.2 KESALAHAN SEDERHANA 11.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 11.2.2 Menyalahgunakan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 11.2.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 11.2.4 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan. 11.2.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 11.2.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan 22


FASAL 11 : KATEGORI KESALAHAN 11.1 KESALAHAN RINGAN 11.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang. 11.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 11.1.3 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 11.1.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. 11.1.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Mudir, atau guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. 11.1.6 Berada di kantin (dewan makan) pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 11.1.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 11.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran mudir atau wakilnya. 11.1.9 Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel. 11.1.10 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 11.1.11 Makan dan minum semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). 11.1.12 Melakukan pembaziran air atau elektrik. 11.1.13 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas. 11.1.14 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain) 11.1.15 Lewat tanpa sebab ke sekolah. 11.1.16 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. 11.1.17 Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 11.1.18 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 11.1.19 Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah tanpa arah tuju. 21 2 FASAL 1 : PAKAIAN MURID Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid-murid berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 1.1 Pakaian seragam bagi murid lelaki 1.1.1 Baju a) Baju lengan panjang / pendek berwarna biru muda. b) Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan. c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa. d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan. e) Murid dikehendaki memakai baju dalam ’singlet’ atau ’T-Shirt’ bewarna putih sahaja. 1.1.2 Seluar a) Semua murid lelaki berseluar panjang berwarna biru tua. b) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat, sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan. c) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan. 1.1.3 Kasut dan stoking a) Semua murid hendaklah berkasut hitam. b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan. c) Kasut berwarna putih tidak dibenarkan. d) Stoking putih/hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan. 1.1.4 Lencana dan Tanda Nama a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa. b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada sebelah kiri baju/ tudung.


3 1.1.5 Tali Pinggang a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang bewarna hitam atau biru tua dan tidak terlalu besar. b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak. c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali. 1.1.6 Barang Kemas / Perhiasan a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sama ada rantai, gelang, cincin atau subang sepanjang berada di sekolah. 1.1.7 Pakaian lain/khas a) Setiap hari Jumaat, pelajar lelaki wajib memakai jubah sekolah berwarna ungu, berkopiah putih dan berserban/kopiah berlogo SRI Al-Fateh. b) Semua murid diwajibkan untuk memakai seluar dalam panjang semasa memakai jubah. c) Diwajibkan berkopiah putih dan berlogo SRI Al fateh setiap hari. 1.2 Pakaian seragam bagi murid perempuan 1.2.1. Baju kurung a) Semua murid perempuan beragama Islam berbaju kurung biru teluk belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru tua. b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju. c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam. 9.9 Hukuman bagi pelajar yang merosakkan harta benda sekolah dengan sengaja adalah dikenakan bayaran denda minimum RM15 mengikut ketetapan harga ganti rugi (ikut harga semasa). FASAL 10 : KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 10.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai : i) pasukan beruniform Ii) persatuan/kelab Iii) sukan /permainan 10.2 Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai. 10.3 Pelajar–pelajar amat digalakkan untuk turut serta dalam kegiatankegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah. 10.4 Ibu bapa diminta memaklumkan kepada pihak sekolah sebarang penyertaan murid di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang bukan dianjurkan oleh sekolah atau jabatan pendidikan. 10.5 Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. 20


FASAL 8 : BAYARAN TAMBAHAN 8.1 Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah. 8.2 Setiap bayaran tambahan selain daripada yuran akan disertakan dengan surat rasmi sekolah. FASAL 9 : KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : 9.1 Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng. 9.2 Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng/dirosakkan. 9.3 Buku yang dipinjam daripada perpustakaan atau SPBT hendaklah dijaga dengan baik. 9.4 Penggunaan Liquid Paper atau Correction Paper tidak dibenarkan. 9.5 Tandas hendaklah diguna dengan betul. 9.6 Cermin tingkap jangan dipecahkan 9.7 Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir 9.8 Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan dengan baik. 19 4 1.2.2 Kasut dan stoking a) Sama seperti 1.1.3 1.2.3 Lencana dan tanda nama a) Sama seperti 1.1.4 1.2.4 Barang kemas / perhiasan a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan. 1.2.5 Pakaian lain / khas a) Tudung biru semasa memakai baju seragam. b) Semua murid perlu bertudung putih semasa memakai jubah sekolah. c) Semua murid diwajibkan untuk memakai seluar dalam panjang semasa memakai jubah.


CONTOH PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Muslimin 5 1. Kopiah putih berlogo sekolah. 1.Baju berlengan pendek/ berlengan panjang. 2. Baju bertuck-in dalam seluar. 3. Wajib ada tanda nama. 1.Seluar panjang biru gelap labuh sehingga buku lali 2. Stoking dan kasut hitam. FASAL 7 : KETIDAKHADIRAN 7.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah mengemukakan surat tunjuk sebab ketidakhadiran atau surat daripada doktor. 7.2 Bagi murid yang tidak hadir sehari sahaja tanpa surat daripada doktor dikehendaki mengisi borang tidak hadir dengan guru kelas masingmasing. 7.3 Murid yang tidak hadir tanpa surat tunjuk sebab / surat daripada doktor akan dianggap sebagai ponteng. 7.4 Tindakan terhadap kes ponteng : 7.5 Murid dikira hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum. 18 SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT—TURUT HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT –TURUT Amaran Pertama Pada hari ke—3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas amaran pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua Buang Sekolah 14 hari selepas amaran terakhir 20 hari selepas amaran terakhir


5.1 Pengawas akan mencatat nama murid yang datang lewat bermula pada 7.00 pagi. 5.2 Murid dikehendaki mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu, kipas dan penghawa dingin sebelum meninggalkan kawasan kelas. 5.3 Murid hendaklah keluar kelas dalam keadaan teratur. Murid tidak dibenarkan berlari-lari. 5.4 Murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang bertugas. 5.5 Murid yang menaiki bas atau kenderaan hendaklah menunggu di kawasan yang selamat. 5.6 Murid hendaklah peka dengan kenderaan yang tiba. 5.7 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. FASAL 6 : PELAWAT 6.1 Pelawat dilarang naik ke kawasan sekolah, sebarang urusan boleh dilakukan di pejabat sekolah. 6.2 Ibu bapa / penjaga yang hendak berjumpa atau mengambil awal anak hendaklah berurusan di pejabat terlebih dahulu. 6.3 Pelawat hendaklah mematuhi papan arahan yang disediakan. 17 CONTOH PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Muslimat 6 Tahap 1: 1.Tudung hendaklah melebihi paras dada. 2.Tahap 1 digalakkan memakai tudung 2 lapis. 3.Wajib memakai anak tudung. 4. Wajib ada tanda nama. Tahap 2: 1.Tudung hendaklah melebihi paras pusat dan punggung. 2.Tahap 2 wajib memakai tudung 2 lapis. 3.Wajib memakai anak tudung. 4. Wajib ada tanda nama. 1. Lengan baju hendaklah labuh sehingga pergelangan tangan. 2. Labuh baju hendaklah melebihi lutut. 1. Kain murid hendaklah labuh sehingga buku lali. 2. Stoking dan kasut berwarna hitam sepenuhnya.


CONTOH PAKAIAN KHAS HARI JUMAAT Muslimin 7 1. Kopiah putih berlogo sekolah dan berserban 1. Lengan baju hendaklah labuh sehingga pergelangan tangan. 2. Jubah ungu (kod warna: 1071 Kedai Emadira) labuh sehingga buku lali. 3. Wajib ada tanda nama. 1. Stoking dan kasut berwarna hitam sepenuhnya. FASAL 4 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 4.1 Murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu guru bertugas, pengawas atau ketua kelas. 4.2 Murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 4.3 Murid yang sakit mestilah berada di bilik isolasi. 4.4 Sekolah hanya menyediakan ubat – ubatan untuk sakit / kecederaan luaran sahaja. 4.5 Sekolah tidak menyediakan ubat—ubatan untuk murid yang sakit kecuali ubat yang dibekalkan sendiri oleh ibu bapa. 4.5 Murid yang sakit akan diberikan kebenaran untuk balik untuk mendapatkan rawatan. 4.6 Sekiranya murid mengalami sakit yang teruk atau kecederaan yang teruk, guru bertugas akan menghubungi ambulans untuk dikejarkan ke hospital. Sekiranya keadaan terdesak guru bertugas akan menghantar murid berkenaan ke hospital dengan izin Ibubapa/penjaga. FASAL 5 : WAKTU DATANG DAN BALIK 16 Waktu persekolahan adalah : Isnin—Jumaat 6.30 pagi—4.30 petang ** Tertakluk pada perubahan


3.7.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi minimum RM 15. 3.8 Tandas 3.8.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 3.8.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 3.8.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 3.8.4 Murid hendaklah memakai pas keluar ketika hendak ke tandas. 15 CONTOH PAKAIAN KHAS HARI JUMAAT Muslimat 8 1.Lengan baju hendaklah labuh sehingga pergelangan tangan. 2.Jubah ungu (kod warna: 1071 Kedai Emadira) labuh sehingga buku lali. 1. Stoking dan kasut berwarna hitam sepenuhnya. Tahap 1: 1. Tudung hendaklah melebihi paras dada. 2. Tahap 1 digalakkan memakai tudung 2 lapis. 3.Wajib memakai anak tudung. 4. Wajib ada tanda nama. Tahap 2: 1.Tudung hendaklah melebihi paras pusat dan punggung. 2.Tahap 2 wajib memakai tudung 2 lapis 3.Wajib memakai anak tudung. 4. Wajib ada tanda nama.


1.3 Pakaian pengawas dan badan lain 1.3.1 Pengawas a) Murid lelaki : Baju lengan panjang / pendek berwarna biru muda, seluar berwarna biru tua, dan tali leher berwarna biru tua. b) Murid perempuan : Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan tudung berwarna biru tua. 1.3.2 Ketua kelas dan penolong ketua kelas a) Murid lelaki : Baju lengan panjang / pendek berwarna biru muda, seluar berwarna biru tua, dan tali leher berwarna maroon. b) Murid perempuan : Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan tudung berwarna maroon. 1.3.3 Pengawas pusat sumber a) Murid lelaki : Baju lengan panjang / pendek berwarna biru muda, seluar berwarna biru tua, dan tali leher berwarna hijau tua. b) Murid perempuan : Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan tanda nama hijau tua. 1.3.4 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) a) Murid lelaki : Baju lengan panjang / pendek berwarna biru muda, seluar berwarna biru tua, dan tali leher berwarna ungu. b) Murid perempuan : Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan tudung berwarna ungu. 1.3.5 Skuad Sahabat Prihatin a) Murid lelaki : Baju lengan panjang / pendek berwarna biru muda, seluar berwarna biru tua, dan tali leher berwarna kuning. b) Murid perempuan : Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan tanda nama berwarna kuning. 9 3.6 Kantin Sekolah (Dewan Makan) 3.6.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan Dewan Makan. 3.6.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja. 3.6.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki. 3.6.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan. 3.6.5 Bersopan ketika makan dan minum, murid hendaklah duduk ketika makan dan minum. 3.6.6 Dewan makan merupakan zon senyap. Dilarang berebut ketika makan. 3.6.7 Semua murid diwajibkan makan setiap kali masa makan, dilarang berada di dalam kelas. 3.7 Bilik Darjah 3.7.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 3.7.2 Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah di jaga, tidak dicakar, diconteng atau dikotorkan. 3.7.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor 14


FASAL 2 : RAMBUT 2.1 Murid lelaki a) Rambut pelajar muslimin mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang, telinga dan tengkuk dinipiskan. b) Bahagian atas tidak boleh digengam. 2.2 Murid perempuan a) Rambut murid muslimat wajib diikat kemas dan memakai anak tudung. FASAL 3 : KEBERSIHAN DAN PERHIASAN 3.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri. 3.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan. 3.3 Murid tidak dibenarkan bersolek. 3.4 Murid tidak dibenarkan memakai jam tangan yang berlebihan dan jam tangan pintar. 3.5 Tong Sampah 3.5.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 3.5.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 13 1.3.6 Skuad SPBT a) Murid lelaki : Baju lengan panjang / pendek berwarna biru muda, seluar berwarna biru tua, dan tali leher berwarna kelabu. b) Murid perempuan : Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan tanda nama berwarna kelabu. 1.3.7 Segala perubahan pakaian pengawas dan badan sekolah adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai. 1.4 Berpakaian pada waktu biasa Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah sekiranya ada sebarang aktiviti di luar waktu belajar. 1.4.1 Kelas / Aktiviti Tambahan a) Pakaian seragam sekolah atau pakaian sukan sekolah. 1.4.2 Pendidikan Jasmani / sukan a) Murid lelaki : pakaian sukan sekolah b) Perempuan: pakaian sukan sekolah. 1.4.3 Badan beruniform / persatuan / kelab a) Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing. 10


CONTOH PAKAIAN SUKAN SEKOLAH Muslimin 11 1. Kopiah putih berlogo sekolah. 1. Seluar sukan sekolah/ Seluar panjang warna hitam 2. Stoking/Kasut berwarna hitam. 1. Baju sukan sekolah bertuck-in. CONTOH PAKAIAN SUKAN SEKOLAH Muslimat 12 Tahap 1: 1.Tudung hendaklah melebihi paras dada. 2.Tahap 1 digalakkan memakai tudung 2 lapis. 3.Wajib memakai anak tudung. 4.Wajib ada tanda nama. Tahap 2: 1.Tudung hendaklah melebihi paras pusat dan punggung. 2.Tahap 2 wajib memakai tudung 2 lapis 3.Wajib memakai anak tudung. 4.Wajib ada tanda nama. 1. Seluar sukan sekolah/Seluar panjang warna hitam 2. Stoking/Kasut berwarna hitam. 1. Baju sukan sekolah berlengan panjang dan labuh sehingga bawah lutut.


Click to View FlipBook Version