The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraqilah85, 2022-10-26 10:01:25

PROJEK KmR-PBL SK MARANG 2022

TS25

Keywords: KmR

SEKOLAH KEBANGSAAAN
MARANG

21600 MARANG, TERENGGANU

PROJEK
KmR/PBL

MODEL
JAMBATAN

Projek pembinaan model ini adalah merupakan usaha
melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi
bermakna. Selain itu, Projek ini diadakan adalah juga untuk
membentuk kreativiti dalam membina model jambatan menggunakan
gabungan bentuk tiga dimensi dan bahan kitar semula.

Hasil dari model tersebut, murid dapat menceritakan secara
kreatif dan inovatif tentang kekuatan dan kestabilan model yang telah
dibina dan memberi cadangan untuk penambahbaikan. Setelah
penambahbaikan dilakukan, model binaan jambatan ini di beri nafas
baru menjadi jambatan angkat menggunakan prinsip tekanan air.

Bagi menjayakan projek ini, guru- guru bagi 3 mata pelajaran
berkolaboratif membuat perancangan dan pelaksanaan yang
berkesan untuk murid. Hasil projek dinilai dan seterusnya dikongsikan
dengan murid- murid lain melalui pameran yang dijalankan.

Model Jambatan dihasilkan dengan tujuan menghasilkan kreativiti
di kalangan murid dengan menggabungkan beberapa mata
pelajaran iaitu Sains, Reka bentuk dan Teknologi (RBT) serta
Matematik,

Guru mata pelajaran tersebut berkolaborasi menyediakan
peluang kepada murid darjah 6 mempelajari dan menghasilkan
produk tugasan ini. Perancangan projek perlu dirancang rapi dan
tugasan projek ini memantapkan kemahiran rekacipta,
berkomunikasi dan inovasi di kalangan murid- murid tahun 6.

Murid juga secara kreatif membina model ini menggunakan
gabungan bentuk 3 dimensi yang terdapat dalam mata pelajaran
Matematik dan menggabungkan pengetahuan dalam mata
pelajaran Sains iaitu topik kestabilan dan kekuatan. Di tambah juga
pengetahuan reka bentuk dalam mata pelajaran RBT.

❑ Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta

mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan

dalam kehidupan seharian.
❑ Mempertingkatkan kemahiran murid ke arah

menjana kemenjadian murid selaras dengan objektif
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
❑ Mempunyai daya cipta dalam menghasilkan sesuatu

produk.
❑ Mempunyai keupayaan dan keinginan dalam

menguasai teknologi terkini.
❑ Memupuk sikap bekerjasama, berkongsi idea,

pengalaman, pengetahuan dalam menyiapkan
projek ini.



Perancangan PdP-KmR

Peringkat 1: Hasil
Diharapkan







PERANCANGAN PdP-PBL

Nama SN : ABDUL HADI BIN HJ ALI
RBT: ABD HALIM BIN AB. GHANI
Sekolah MT: NOR AQILAH BINTI GHAZALI
Tajuk
SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG

JAMBATAN ANGKAT

Ringkasan Tujuan PBL diadakan adalah untuk membentuk kreativiti dalam membina
(Project model jambatan menggunakan gabungan bentuk tiga dimensi dan bahan
Overview) kitar semula. Hasil dari model tersebut, murid dapat menceritakan secara
kreatif dan inovatif tentang kekuatan dan kestabilan model yang telah
Tahun dibina dan memberi cadangan untuk penambahbaikan. Seterusnya, model
Masa binaan jambatan ini di tambah baik menjadi jambatan angkat
Mata Pelajaran menggunakan tekanan air. Bagi menjayakan projek ini, guru- guru 2 mata
pelajaran berkolaboratif membuat perancangan dan pelaksanaan yang
berkesan untuk murid. Hasil projek dinilai dan seterusnya dikongsikan
dengan murid- murid lain.

Tahun 6

4 Hari

1. Sains
2. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
3. Matematik

Standard SN: 12.1 Kestabilan dan kekuatan objek dan binaan.
Kandungan RBT: 8.1 Penghasilan pro.duk.
MT: 6.3 Penyelesaian masalah

Standard SN:12.1.6 Mencipta model binaan yang kuat dan stabil dengan
Pembelajaran menggunakan bahan kitar semula yang sesuai.

RBT: 8.1.6 Membina produk berfungsi berdasarkan lakaran yang dibuat.
MT: 8.2.1 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan ruang.

Standard Prestasi SN: TP6 – Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang kekuatan dan
kestabilan model yang telah dibina dan memberi cadangan untuk
Hasil penambahbaikan model binaan.
Pembelajaran
The Big Idea RBT: TP6 – Membina reka bentuk produk secara sistematik, kemas dan
boleh dicontohi serta membuat pembentangan secara kreatif dan
bertanggungjawab.

MT: TP6 – Menyelesaikan maasalah bukan rutin melibatkan ruang secara
kreatif dan inovatif.

Diakhir pembelajaran, murid dapat:
1. Melakarkan model jambatan yang ingin di bina.
2. Membina 1 model jambatan yang kuat dan stabil dengan

menggunakan bahan kitar semula.
3. Mengira isipadu model bangunan yang telah ditetapkan.

Binaan kukuh berdiri, 2 kawasan dapat dihubungi.

SN:
1. Nyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan objek dan binaan?
2. Nyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kekuatan objek dan binaan?

Soalan Pencetus RBT:
Idea 1. Apakah maksud reka bentuk?
2. Idea untuk menghasilkan sesuatu produk adalah dengaan

menggabungkan beberapa elemen. Nyatakan elemen dalam reka
bentuk?

MT:
1. Bagaimana bentuk tiga dimensi dapat menghasilkan sesuatu binaan

dan namakan bentuk yang kamu ingin gunakan?
2. Apakah rumus luas dan isipadu?.

Rancangan Pentaksiran: Jenis/Alat Pentaksiran
Tugasan

SAINS

1. Menyatakan faktor- faktor

mempengaruhi kestabilan dan - Lisan

kekuatan binaan. Pemerhatian
Produk/ Hasil kerja murid dan rubrik
1. Melakarkan model jambatan yang - penilaian.
ingin dibina.

1. Projek: Menghasilkan model jambatan.-

RBT

1. Menyatakan maksud reka bentuk dan

menyenaraikan elemen dalam reka - Lisan

bentuk. Pemerhatian
Produk/ Hasil kerja murid dan rubrik
1. Melakarkan model jambatan yang - penilaian.
ingin dibina.

1. Projek: Menghasilkan model jambatan.-

MATEMATIK

1. Menyenaraikan namakan bentuk 3 - Lisan
dimensi yang digunakan. Pemerhatian

1. Menyatakan rumus luas dan isipadu -

1. Mengira isipadu model bangunan yang - Produk/ Hasil kerja murid dan rubrik

telah ditetapkan. penilaian.

Langkah Pengajaran Rujuk Jadual garis masa

- Bahan-bahan bacaan dan rujukan- buku

Sumber teks
- Video (Youtube)

- Sumber atas talian.





Untuk penambahbaikan, Jambatan
dapat diangkat menggunakan tekanan

air dalam picagari.

Projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan
sepenuhnya. Perlaksanaan projek ini di kalangan
murid dapat membentuk murid yang berkualiti tinggi,
berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan
sahsiah yang tinggi. Murid- murid lain juga terinspirasi
untuk meneroka teknologi dari penghasilan produk
yang dipamerkan,

Program ini juga dapat melahirkan murid yang
kreatif dan inovatif serta mampu menyelesaikan
masalah yang berkaitan dalam kehidupan seharian,
mempunyai daya cipta dalam menghasilkan sesuatu
produk serta mempunyai keupayaan dan keinginan
dalam menguasai teknologi terkini.

Dalam menyiapkan projek yang diberikan,
murid dapat dipupuk dengan sikap bekerjasama dan
berkolaboratif. Mereka dapat berkongsi idea,
pengalaman serta pengetahuan dalam menyiapkan
projek ini.

• SENARAI BAHAN:
- Bahan kitar Semula seperti kotak dan polisterin.
- Gam tembak/ gam uhu

• ANGGARAN BELANJAWAN:
- Bahan- bahan murid bawa dari rumah.
- Kos Hadiah dari Sumber kewangan BBTP KOKURIKULUM.

PERTANDINGAN MODEL JAMBATAN RM 72..00
Tempat pertama RM 18.00 x 4 peserta RM 64.00
Tempat kedua RM 16.00 x 4 peserta RM 56.00
Tempat ketiga RM 14.00 x 4 peserta RM 48.00
Tempat keempat RM 12.00 x 4 peserta RM 40.00
Tempat Kelima RM 10.00 x 4 peserta RM 280.00

Gerak kerja

showcase


Click to View FlipBook Version