The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraqilah85, 2024-06-21 03:33:47

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-30 SK Marang

BUKU PROGRAM PIBG SMarT 2024

Keywords: MAT PIBG

PERASMIAN OLEH : YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI NIK DIR BIN NIK WAN KU. DIMP., AMN., KMN. ( Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd. TARIKH : 22 JUN 2024 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MARANG


MUKA SURAT 2


PERKARA MUKA SURAT Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2 Isi Kandungan 3 Sekalung Budi Sejambak Kasih YDP PIBG 4 Sekapur Sirih Sekacip Pinang Guru Besar 5 Aturcara 6 Ahli Jawatankuasa PIBG SK Marang sesi 2023/ 2024 7 Senarai Nama Guru SK Marang Tahun 2024 8 Ahli Jawatan Kuasa Induk Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke- 30 9-10 Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 29 11-18 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Marang kali Ke29 tahun 2023 19-23 Senarai Kehadiran Ibu Bapa Dan Guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Marang kali Ke-29 tahun 2023 25 Laporan Tahunan Aktiviti PIBG SK Maraang tahun 2023/2024 26 Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 2023/ 2024 27 Penyata Kewangan PIBG SK Marang Berakhir 31 Mei 2024 28-29 Usul 30-31 Penghargaan 32 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 3


MUKA SURAT 4 Tuan Ir. Wan Khairul Anuar Bin Wan Mohamad (Yang Dipertua PIBG SK Marang) Sekalung Budi Sejambak Kasih Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kita berkumpul di dewan Aminuddin Baki, SK Marang bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Marang kali ke-30. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan mesyuarat kali ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. DIMP., AMN., KMN., Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd. yang sudi hadir untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada barisan AJK PIBG SK Marang kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. Sokongan ibu bapa sangat penting dalam memastikan SK Marang sentiasa berada di puncak kecemerlangan. Mesyuarat ini merupakan medium yang terbaik untuk ibu bapa berkongsi idea serta memberi pandangan yang bernas untuk sama-sama melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak kita dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, apa lagi dalam pembinaan sahsiah anak-anak. Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan ini mengambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak-anak. Akhir bicara, saya juga berharap semoga mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan daripada Allah swt. Sekian, terima kasih.


MUKA SURAT 5 Tuan Haji Tarmizi Bin Mat Daud (Guru Besar SK Marang) Sekapur Sirih Sekacip Pinang Sebagai pembuka bicara,marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia rahmat-Nya kita dapat bertemu dan berbincang demi kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Marang kali ke-30. Saya juga ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. DIMP., AMN., KMN., Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd. yang sudi hadir untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG tahun 2024 atas usaha dan kesungguhan untuk menjayakan majlis hari ini. Kehadiran para ibu bapa juga amat dihargai dan sangat besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Seperti yang kita telah sedia maklum, tahun ini negara kita mengalami fenomena cuaca panas. Sistem pendidikan negara turut menerima kesan dan menghadapi situasi yang sangat mencabar bagi menghadapi kemelut ini. Namun situasi ini, tidak mematahkan semangat untuk terus melahirkan insan yang cemerlang dengan sokongan padu daripada PIBG sekolah. Untuk makluman semua, aktiviti kokurikulum dapat dijalankan seperti biasa namun perlu diadakan di kawasan berbumbung, Latihan sukan dibenarkan pada waktu petang dan program merentas desa masih ditangguhkan ekoran cuaca panas dan merbahaya. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan terus merancang program-program dan aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan murid dari segi akademik, kokurikulum, pembangunan akhlak dan sahsiah serta kepimpinan pelajar. Justeru, pemuafakatan antara ibu bapa dan guru wajar diteruskan dan dieratkan lagi bagi memastikan kejayaan anak-anak. Pihak sekolah juga akan sentiasa bersedia menerima teguran, pandangan dan kepakaran ibu bapa dalam pelbagai bidang tertentu untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih membanggakan. Akhir bicara, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan. Mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari, InsyaAllah.


MUKA SURAT 6 ATURCARA MASA PERKARA 9.00 pagi 9.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 11.30 pagi 12.30 tengah hari ▪ Kehadiran ibubapa dan guru ▪ Ketibaan Perasmi Y.Bhg Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. DIMP.,AMN.,KMN. ▪ Nyanyian Lagu Negaraku ▪ Ucapan alu-aluan pengerusi majlis ▪ Bacaan ayat suci Al-Quran ▪ Bacaan doa ▪ Ucapan Tuan Haji Tarmizi bin Mat Daud (Guru Besar SK Marang) ▪ Ucapan Tuan Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad (YDP PIBG SK Marang) ▪ Persembahan ▪ Ucapan perasmian oleh : Ucapan perasmian oleh : Y.Bhg Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku (Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd) ▪ Cabutan bertuah AGENDA MESYUARAT ▪ Melantik Pengerusi Mesyuarat ▪ Ucapan alu-aluan YDP PIBG ▪ Perbentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung ke-29 ▪ Perbentangan dan penerimaan laporan Tahunan ▪ Perbentangan dan penerimaan penyata kewangan ▪ Membahas usul ▪ Hal- hal lain. ▪ Ucapan penangguhan ▪ Cabutan bertuah ▪ Bersurai


EX-OFFICIO TUAN HAJI TARMIZI BIN MAT DAUD TUAN Ir. WAN KHAIRUL ANUAR BIN WAN MOHAMAD (YANG DIPERTUA) ENCIK OTHMAN BIN MOHD, PPN., PJK (NAIB YANG DIPERTUA) PUAN NOR AQILAH BINTI GHAZALI PUAN ROSIDAWATI BINTI ABDULLAH (GURU BESAR) (SETIAUSAHA) (BENDAHARI) AJK IBU BAPA ▪ SARJAN MOHAMMAD AZWAN BIN AHMAD ZAIDI ▪ ENCIK MOHD LAZIM BIN ENDUT ▪ ENCIK MOHAMAD MUDA BIN ABAS ▪ ENCIK MOHD SHARI FUDDIN BIN AWANG ▪ ENCIK MOHD IZHAM BIN AHMAD AJK IBU BAPA ▪ ENCIK HAIRUL NIZAM BIN ADNAN ▪ PUAN AZIMAH BINTI ABDUL AZIZ ▪ PUAN ZANARIAH BT MAMAT ▪ PUAN KHATIJAH BINTI ABU BAKAR ▪ PUAN NORHAFIZAH BINTI HASHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA : ENCIK ABDUL HADI BIN ALI ENCIK AHMAD DZARFAN BIN NAWAWI JAWATANKUASA PIBG 2023-2024 ENCIK MUHAMMAD RIDZWAN BIN MOHD ZAID (PENYELARAS PIBKS) MUKA SURAT 7


MUKA SURAT 8 SENARAI NAMA GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SK MARANG TAHUN 2024 BIL NAMA JAWATAN 1 TARMIZI BIN MAT DAUD GURU BESAR 2 SHAHARUM BIN EMBONG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 3 ZAINUDDIN BIN YAAKUB PENOLONG KANAN HEM 4 JASLEEN BINTI MOHAMED RAZALI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 5 ABD. HADI B ALI GURU PENOLONG 6 ABD. HALIM B AB.GHANI GURU PENOLONG 7 ABDUL HALIM BIN YAACOB GURU PENOLONG 8 AHMAD DZARFAN BIN NAWAWI GURU PENOLONG 9 AHMAD SYAKIR BIN PADZAL GURU PENOLONG 10 ABDUL RASHID BIN MUSTAFFA GURU PENOLONG 11 AIDA BT ISMAIL GURU PENOLONG 12 ASMALIA BT MOHAMAD GURU PENOLONG 13 AZIZAH BT ABDULLAH GURU PENOLONG 14 HANIS NABILA BINTI MOHD HATTA GURU PENOLONG 15 HAZIRAH BT ABU BAKAR GURU PENOLONG 16 HARTINI BINTI IBRAHIM GURU PENOLONG 17 KAMARULAZIZI B ISA @ HUSSIN GURU PENOLONG 18 KHADIJAH BT OSMAN GURU PENOLONG 19 MAHATHIR B MAHADI GURU PENOLONG 20 MOHD SHARI FUDDIN B AWANG GURU PENOLONG 21 MOHD SHAHROL B IBRAHIM GURU PENOLONG 22 MOHAMMAD HISHAM BIN PUTEH GURU PENOLONG 23 MOHD DAHAM BIN ABD WAHAB GURU PENOLONG 24 ADNAN BIN ABDUL MALEK GURU PENOLONG 25 MUHAMMAD RIDZWAN BIN MOHD ZAID GURU PENOLONG 26 MUSTAQIMAH BT MANSOR GURU PENOLONG 27 MUZAIDAH BT KASIM GURU PENOLONG 28 NOOR ADILAH BINTI JOHARI GURU PENOLONG 29 AZMI BIN OMAR GURU PENOLONG BIL NAMA JAWATAN 30 NOR AQILAH BINTI GHAZALI GURU PENOLONG 31 NORHAYATI BT MUSTAFFA GURU PENOLONG 32 NOR MAHANI BT JAAFAR GURU PENOLONG 33 NORSHAMDALILA BT MUSTAFFA GURU PENOLONG 34 NOR SURAYA BINTI OMAR GURU PENOLONG 35 NORSHASHINA BT MOHD SOKRI GURU PENOLONG 36 NOR ASHYERAH BINTI MAZLAN GURU PENOLONG 37 ROHANA BT ABD RAHMAN GURU PENOLONG 38 ROHAYA BT MAHMUD GURU PENOLONG 39 ROSIDAWATI BT ABDULLAH GURU PENOLONG 40 ROSMINA BT DAUD GURU PENOLONG 41 NOOR ASMA BINTI EMBONG GURU PENOLONG 42 SALINAWATI BT SAID GURU PENOLONG 43 SAMSIAH BT ENDUT GURU PENOLONG 44 SITI HABSAH BINTI IBRAHIM GURU PENOLONG 45 SUHADI BIN MUSA GURU PENOLONG 46 SUNITA BINTI SHAFIE GURU PENOLONG 47 SURATI BT IBRAHIM GURU PENOLONG 48 MARINI BINTI MOHAMAD STAMBUL GURU PENOLONG 49 WAN ROSLINA BINTI WAN DAUD GURU PENOLONG 50 ZULIANA BINTI ZAKARIA GURU PENOLONG 51 ZAIROSLINA BINTI ISMAIL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 52 AMELIA BINTI GHANI KETUA PEMBANTU TADBIR 53 AINA SYAZWWANI BINTI ISMAIL PEMBANTU TADBIR 54 NURUL NADIA BINTI SHAMSUDDIN PEMBANTU PENGURUSAN MURID 55 GAYAH BINTI ABDULLAH PEMBANTU PENGURUSAN MURID 56 SALWATIAYU BINTI MOHD PEMBANTU OPERASI


Ex-Officio : Tuan Haji Tarmizi Bin Mat Daud Guru Besar SK Marang Pengerusi : Tuan Ir. Wan Khairul Anuar Bin Wan Mohamad YDP PIBG SK Marang Timbalan Pengerusi : Encik Zainuddin Bin Yaakub GPK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 1 : Encik Shaharum bin Embong GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Puan Jasleen Binti Mohamed Razali GPK Kokurikulum Naib Pengerusi 3 : Encik Othman bin Mohd, PPN., PJK. NYDP PIBG SK Marang Setiausaha PIBG Penyelaras PIBK : Puan Nor Aqilah Binti Ghazali : Encik Muhammad Ridzwan Bin Mohd Zaid Bendahari PIBG AJK PIBG : Puan Rosidawati binti Abdullah : Semua AJK PIBG MUKA SURAT 9 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK MARANG KALI KE-30 TAHUN 2024


MUKA SURAT 10 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK MARANG KALI KE-30 TAHUN 2024


LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK MARANG KALI KE 29 TAHUN 2023/2024 1. UCAPAN : • YDP • GB • PERASMI 2. MINIT MESYUARAT MUKA SURAT 11


UCAPAN TUAN IR. WAN KHAIRUL ANUAR BIN WAN MOHAMAD (YANG DIPERTUA PIBG SK MARANG) TARIKH : 17 JUN 2023 (SABTU) MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG MUKA SURAT 12 Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Terima kasih kepada saudari pengacara majlis. Yang berbahagia, Dato’ Indera Wan Ahmad Samir bin Wan Mohd Noor, Pengerusi Focal Person PIBKS Daerah Marang.Yang berusaha, Encik Mohamad Ghazali bin Mohd Stambun, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, unit menengah dan tingkatan 6 mewakili pejabat Pendidikan Daerah Marang. Tuan Haji Tarmizi bin Mat Daud Guru Besar SK Marang, Cg Othman bin Mohd, Naib Yang Dipertua PIBG SK. Marang, Barisan guru penolong kanan, Barisan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024, Barisan para guru dan kakitangan SK Marang dan Ibu-ibu dan Bapa-bapa yang dihormati sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita semua bertemu semula dalam Mesyuarat Agung PIBG bagi kali yang ke-29. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir terutamanya para ibu bapa kerana ini membuktikan komitmen tuan puan kepada pendidikan anak-anak dan tanggungjawab sebagai ahli Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Marang. Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Indera Wan Ahmad Samir kerana sudi hadir dalam majlis kita pada pagi ini. Disebalik kesibukan tugas, YBhg. Dato’ Indera masih sempat meluangkan masa bersama kita pada hari ini. Alhamdulillah. Masa terus berlalu, tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini telah mencecah usia puluhan tahun. Saban tahun, banyak kecemerlangan & kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Sepanjang sesi 2022/2023, antara kejayaan yang telah dicapai adalah seperti berikut: 1.Johan Pertandingan Permainan Digital e-Sukan Mobile Legends Peringkat Daerah Marang 2.Johan bola Tampar lelaki dalam kejohanan jejulong Open U11. 3.Johan Plate Perempuan & tempat Ke 3 Plate Lelaki dalam kejohanan Ragbi terbuka BADATS peringkat negeri 2022. 4.Johan Plate lelaki dalam Kejohanan Bola Tampal Peringkat MSST 2022. 5.Mara ke Separuh akhir bagi pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat kebangsaan. Kejayaan Dan kecemerlangan ini mengambarkan kejayaan usaha guru- guru Di sekolah kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini juga mengambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti kurikulum Dan kokurikulum sekolah. Hadirin hadirat yang dimuliakan, Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini adalah sebahagian besarnya daripada hasil sumbangan yang kita sumbangkan dalam tabung PIBG SK Marang. Untuk itu, saya menyeru kepada para ibu bapa agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa dalam membuat bayaran sumbangan PIBG yang telah ditetapkan. Kita telah bersetuju untuk mengekalkan kadar sumbangan PIBG sebanyak RM30 perkeluarga. Alhamdulillah, kutipan tahun 2022/2023 sangat baik walaubagaimanapun ada segelintar yang tidak dapat membayar. Sekiranya ada ibu bapa yang kekangan untuk membayar sumbangan boleh berhubung terus dengan barisan PIBG. Kita akan lihat, apa yang boleh dibantu.


Tabungan PIBG tiada mempunyai sumber lain kecuali melalui sumbangan daripada pihak Tuan puan juga. Begitu juga, saya ingin menyeru kepada semua yang hadir pada hari ini agar kita sama-sama dapat memberikan sumbangan bagi program Tamayyuz SK Marang dan sumbangan bagi persediaan pasukan Bahas SK Marang untuk ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sabah. Tabung bagi Tamayyuz dan pasukan Bahas Bahasa Melayu SK Marang telah di letak di luar dewan, sumbangan sedikit sebanyak daripada ibu bapa, dapat membantu terus program sebaik mungkin. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bahas SK Marang yang akan mewakili Negeri Terengganu. Untuk makluman para ibu bapa, program Tamayyuz di SK Marang ini adalah merupakan program rintis bagi sekolah rendah dan sekolah pertama di daerah Marang . Usul yang dibangkitkan oleh ibu bapa meminta diteruskan kepada tahap 2. Insyaallah kelas yang bermula tahun lepas akan dipertingkatkan lagi. Mengharapkan agar program Tamayyuz dilaksanakan secara berterusan dan diperluaskan. Kita merasa sangat bertuah diberi peluang untuk melaksanakan program Tamayyuz ini di kalangan anak-anak kita. Dengan adanya program ini adalah diharapkan agar anak-anak kita akan menempa kejayaan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak. Ibu bapa sekalian patut sedar dewasa ini pelbagai masalah gejala sosial semakin menular dalam kalangan anak-anak muda kita. Tanpa benteng kerohanian yang utuh, tidak mustahil anak-anak kita juga turut tergelincir dalam menongkah arus negatif ini. Pelbagai gaya Dan aksi sudah kita tontoni di kaca-kaca televisyen Dan juga Di media sosial. Saya juga menyeru kepada para ibu bapa agar mengambil kesempatan dan juga ruang, malahan jangan sesekali melepaskan peluang sekiranya dihubungi pihak sekolah untuk hadir ke sekolah bagi berbincang permasalahan anak Tuan puan. Tutur kata dan tingkah laku anak-anak kita mungkin tidak sama semasa di rumah dan juga di sekolah, jadi amatlah wajar sekali seandainya kita memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah yang ternyata berusaha keras malah tulus ikhlas mahu membentuk anakanak kita menjadi insan yang terbilang dari segi akademik juga sahsiah diri. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata. Amat baik kiranya kita boleh duduk berbincang bagi menyelesaikan sebarang permasalahan. Sewajarnyalah kita memberi kerjasama kepada guru-guru ini dan juga pihak sekolah. Kita juga harus mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, tetapi patut mengambil jalan tengah penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita bersama juga. Hadirin hadirat sekalian, Sempena dengan Mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru Dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang Saling lengkap melengkapi. Masalah disiplin Dan tingkah laku anakanak kita perlu kita tanganinya bersama. Saya merasakan para guru akan berasa bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita Di sekolah. Akhir kata sebelum saya menutup ucapan ini, saya sekali lagi ingin merakamkan jutaan Terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu kejayaan anak-anak pelajar semua. Terima kasih yang tidak terhingga saya kepada YBhg. Dato’ Indera Wan Ahmad Samir kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Marang kali ke 29 bagi Sesi 2023/2024. Saya tinggalkan Tuan puan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anakanak kita menuju kecemerlangan akademik Dan sahsiah. Sampan kotak hilir mudik Dayung patah galah sebatang Ikhtiar tidak datang menggolek Akal tidak datang melayang Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. UCAPAN TUAN IR. WAN KHAIRUL ANUAR BIN WAN MOHAMAD (YANG DIPERTUA PIBG SK MARANG) MUKA SURAT 13


UCAPAN TUAN HAJI TARMIZI BIN MAT DAUD (GURU BESAR SK MARANG) TARIKH : 17 JUN 2023 (SABTU) MASA : 11.15 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt Terima kasih kepada pengacara majlis Yang Berbahagia Dato’ Indera Wan Ahmad Samir bin Wan Mohd Noor, Pengerusi Focal Person PIBKS Daerah Marang, Yang Berusaha, En Mohd Ghazali bin Mohd Stambul, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Menengah dan Tingkatan 6 Sektor Pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Marang bagi mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah. Yang dihormati, Tn Ir Wan Khairul Anuar Bin Wan Mohamad, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Marang. Yang dihormati, Encik Othman bin Mohamad, Naib yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Marang. Barisan guru-guru penolong kanan, barisan ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Marang, barisan pendidik tonggak kecemerlangan,seterusnya tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekelian. Bersyukur kita kepada Allah swt kerana pada pagi yang berbahagia ini kita dapat bersama-sama dalam mesyuarat agung PIBG kali yang ke 29. Kami, pengurusan, AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Marang mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Dato’ kerana dapat bersama pada hari ini.Sememangnya kehadiran Dato’ telah dapat memberi inspirasi dan sumber maklumat kepada kita bagi kita menjayakan program-program di Sekolah Kebangsaan Marang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Ghazali kerana dapat bersama bagi mewakili tuan PPD kita yang sekarang ini beliau hadir bersama dengan guru-guru, AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Marang. Sebenarnya di SK Marang ini ialah sekolah yang tertua di daerah Marang, yang mula ditubuhkan pada tahun 1922 untuk pengetahuan Dato, dan semua AJK serta ibu bapa semua. Mungkin di kalangan kita semua pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Marang. Tahun 1922 sekolah ini di buka dan banyak lah kejayaankejayaan yang telah dicapai terutama sekali dalam semua bidang dan saya rasa cikgu Othman pernah berkhidmat di sekolah ini dan rasanya pada tahun 1977 beliau berada di SK Marang.Saya rasa ada di kalangan ibu bapa menjadi anak murid kepada Cikgu Othman yang telah lama berkhidmat di sekolah ini dan anak dia pula yang menyambung legasi beliau mengajar di sekolah ini. Alhamdulillah anak beliau telah berjaya naik pangkat, Insha Allah pada hari ahad ini akan berada di SK Gong Nangka iaitu Cikgu Puteri akan berpindah ke SK Gong Nangka dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sana. Alhamdulillah, disini kita banyak melahirkan murid-murid dan juga guru-guru yang hebat dan isteri tuan Ir dulu mengajar di sekolah ini dan sekarang ini beliau berada di SK kelulut sebagai Guru Penolong Kanan. Maknanya beliau semasa disini adalah guru biasa dan bila keluar daripada SK Marang telah menjadi Guru Penolong Kanan. Alhamdulillah, lepasan guru dari SK Marang bila keluar akan menjadi pentadbir di sekolahsekolah lain. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada apa namanya cikgu-cikgu yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program yang diadakan di sekolah ini dan Ibu bapa tak perlu takut nak hantar anak di sini. Alhamdulillah kita akan bimbing mereka, kita akan didik mereka menjadi insan yang berguna. Kami di sini bukan sahaja mengajar anak tuan puan tetapi kami mendidik anak-anak tuan puan untuk menjadi insan yang berakhlak dan punya jati diri. Ini konsep yang perlu kita terapkan dalam mendidik muridmurid dalam anjakan AMN, Anjakan muafakat nekad. Yang kita rasa perlu menjadi sesuatu yang perlu kita uruskan dengan sebaik mungkin. Insha Allah dengan adanya guru-guru dan pentadbir yang hebat serta sokongan daripada PIBG, Sekolah Kebangsaan Marang akan menatijahkan satu perkara yang baik, satu kemenjadian murid yang hebat di sekolah ini. Untuk makluman Dato’, SK Marang telah menerajui, printis program tamyyuz iaitu pelajar menghafaz Al Quran di sekolah rendah dan kita pun tengok di sekolah menengah perkara MUKA ini berlaku tetapi oleh kerana kita merasakan perlu adakan program ini disekolah ini. SURAT 14


UCAPAN TUAN HAJI TARMIZI BIN MAT DAUD (GURU BESAR SK MARANG) MUKA SURAT 15 Jadi kerana kita nak pelajar-pelajar yang keluar dari SK Marang ini menjadi pelajar yang hebat, bukan saja dari segi sahsiah, dari segi kokurikulum tetapi juga dari segi, apa nama ni amalan agama yang hebat. Jadi, perintis pertama bagi tahun 1 2022.Jadi tahun ini dah masuk tahun 2. Alhamdulillah berdasarkan laporan yang kita dapat ada pelajar kita yang dapat menghafaz juzuk yang ke 30 dan kita telah buat ujian kepada mereka, Alhamdulillah, mereka berjaya. Dalam 15 orang ada 10 orang Insha Allah akan menjadi pelajar perintis dapat menghafaz juzuk yang ke 30. Jadi,program tamyyuz ini kita bermula dengan juzuk yang 30 dahulu. Kita guna model SMA Marang untuk kita buat program ini. Kita juga telah banyak berbincang dengan pengetua dan guru-guru Sekolah Menegah Agama Marang untuk kita menambahbaikkan lagi program yang telah di buat di SK Marang ini. Dan yang kedua, kita juga di sini ada pasukan ragbi yang hebat, untuk makluman Dato’ dan tuan puan semua. Dan pelajar kita seramai ini ada 6 orang mewakili negeri Terengganu dan mereka ini telah berjaya pergi ke sekolah sukan, macam tadilah ada seorang ibu bapa Tanya saya “ Apakah kelebihan anaknak mereka bila menceburi bidang sukan” Insha Allah, kita sebagai guru sekolah ini akan cuba untuk cuba berbincang dengan pihak PPD dan juga Jabatan untuk mengenengahkan nanak-anak kita ini masuk ke sekolah-sekolah sukan dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Jadi setakat ini, bagi sekolah ini kita juga telah mendapat johan dalam pertandingan sepak takraw peringkat daerah bagi tahun 2023 ini. Dan ada pelajar kita yang dapat ke peringkat MSSD. Jadi, Alhamdulillah. Dan yang seterusnya, kita juga sebagai tiga tahun dah, kita menjadi sekolah yang dapat mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan bahas ala parlimen bagi peringkat negeri Terengganu.Maknanya kita ada pemimpin-pemimpin pelapis di sekolah ini. Alhamdulillah.Mungkin saya rasa Dato’ dari Sekolah Menengah Agama Marang.Memang hebat.Daripada SMA Marang ini menjadi seorang peniaga, pengusaha yang hebat sekarang ini.Jadi, Insha Allah kita akan melahirkan pelajar-pelajar yang hebat dengan sokongan daripada PIBG dan ibu bapa. Dan juga kita harap ibu bapa dapat memberi sokongan dari segi bantuan perkhidmatan dan sebagainya lah, tak kira apa-apa yang perlu.Kalau ada yang pandai jadi juru latih bola ke, yang ada masa boleh bersama dengan kita. Kita terima apa bentuk bantuan daripada ibu bapa, datanglah berjumpa dengan saya dan Insha Allah untuk memajukan anak-anak kita, saya alu-alukan pertolongan daripada tuan puan. Baik seterusnya, kita juga mengenal pastilah bukan semua murid kita ada yang lemah dalam bacaan (bukan tak tahu langsung) tetapi ada yang lemah. Kita kenal pasti ada dalam 2,3 orang. Sekarang ini kita dapat laporan 20 orang yang tidak lancar membaca. Jadi kita kenal pasti, kita akan buat satu program yang kita panggil program” Bantu Membaca” dan Insha Allah kita namakan program ini untuk kita membantu murid-murid supaya mereka bila berada di darjah 4 mereka akan lancar.kita kenal pasti tahun1, tahun 2 dan tahun 3 sebab pada masa tersebut, bila mereka berada di tahun 1(2019,2020), masa itu berlakunya PKP. Jadi mereka tidak dapat bersekolah. Ada tahun 1, bulan 6 baru dapat datang ke sekolah.Jadi mereka ketinggalan, jadi Insha Allah 20 orang ini kita akan cuba untukmeningkatkan lagi dari segi pembacaan mereka dan Insha Allah kita di Panitia Bahasa Melayu akan buat program ini sehingga mereka berjaya menjadi pelajar yang boleh membaca, lancar membaca dan apabila naik darjah 4 Insha Allah mereka akan bersama dengan pelajar-pelajar yang lain untuk bersama-sama belajar. Kita juga di sini nak memberitahu kepada Dato’ dan semua di sini, olahraga sekolah kita ini peringkat daerah sudah 3 kali johan di peringkat daerah dan kita ada atlit yang mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan, Bukan negeri sahaja,kita pergi ke peringkat kebangsaan dan murid tersebut sekarang ini berada di sekolah menengah sultan sulaiman untuk mewakili sekolah tersebut ke peringkat lebih tinggi lagi.jadi, kita sama-samalah berdoa agar pelajar-pelajar kita yang lain, yang masih ada di sekolah ini akan menjadi murid yang boleh memberi, mengharumkan nama negara. Seterusnya jadi pelajar yang menjadi pelajar yang hebat ke peringkat antarabangsa.


UCAPAN TUAN HAJI TARMIZI BIN MAT DAUD (GURU BESAR SK MARANG) MUKA SURAT 16 Ini yang kita harapkan sebab dasar kita di sekolah, tidak kira siapa yang berjaya, cikgu mana yang hebat, dia teruskan apa nama ini kehebatan beliau dan beliau perlu membimbing murid ini sehingga ke peringkat antarabangsa.Itu hanya walau pun Guru Besar tidak ada kehebatan itu, guru ada kehebatan itu, silakan.Saya terbuka dan Insha Allah bila kita berjaya, kita akan puas, usaha kita akan menjadi kepuasan dan mungkin akan dapat nama lah di sekolah dan seterusnya diperingkat antarabangsa. Guru-guru yang hebat ini kadang-kadang dia tidak lagi duduk diam di sekolah tetapi dia terus berusaha untuk meningkatkan prestasinya dan juga kita tengok ramailah guru-guru kita yang pencen sekarang ini. Di sekolah ini tahun ini tidak ada guru yang akan pencen kerana dia bersemangat belaka. Bersemangat nak mengajar murid kita, Cuma yang berada di umur 58, 59 akan pencen.Kalau 50 tidak ada di sekolah ini. Jadi Alhamdulillah lah walau pun umur cikgu tu ada 55, 56 tapi semangat bekerja cikgucikgu SK Marang ini sama dengan cikgu-cikgu yang baru keluar daripada pusat pengajian. Alhamdulillah. Jadi, ibu bapa tak perlu risaulah dengan guru-guru yang ada di sini kerana mereka memang terlatih dan kita memang cukup guru di SK Marang ini berdasarkan kapasiti daripada jumlah murid.Alhamdulillah SK Marang mencukupi guru-guru untuk mengajar dan dari segi opsyen pula memanglah kita kekurangan guru bahasa melayu tetapi Insha Allah guru-guru yang ada kemahiran bahasa melayu yang mungkin mengajar subjek lain kita akan tugaskan juga untuk mengajar bahasa melayu yang kita rasa memang banyak yang kita, kelas lah yang kita gunakan khidmat-khidmat mereka kerana guruguru yang keluar dari sekolah ini yang menjadi guru penolong kanan adalah opsyen bahasa melayu. Jadi pihak jabatan atau pun PPD memang kekurangan kouta guru bahasa melayu. Insha Allah kita ada guruguru yang lain yang boleh membantu untuk bahasa melayu. Dan seterusnya saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana banyak memberi sumbangan terutama sekali dalam kita membina laman selera smart kita. Kita letak nama “laman selera” sehingga dapat mengumpulkan semua murid berada di tempat tersebut untuk makan. Dulu kita kekurangan tempat, bila sumbangan ibu bapa dan orang perseorangan, Alhamdulillah kita dapat membina laman tersebut dan kita bercadang juga nak bina tempat menunggu ibu bapa sewaktu pulang. Insha Allah pada bulan hadapan kita akan cuba membuat penambahbaikkan supaya anak-anak kita tidaklah berada di tempat panas dan musim panas sekarang ini, suhu pun. Saya rasa walau pun kita dah boleh main PJ tetapi waktu pagi, kita tengok sekarang ini pun suhu masih meningkat lagi. Jadi saya rasa itu saja lah ucapan saya dan mungkin dari semasa ke semasa saya akan laporkan perkembangan dari segi kejayaan sekolah kita dan Insha Allah dalam PIBG pun saya banyak war-warkan kejayaan apa benda yang kita nak dengan ibu bapa. Insha Allah kita akan panjangkan benda ini sehingga ibu bapa tahu apa benda yang kita buat di sekolah sebab kadang-kadang orang tak tahu benda apa yang kita buat di sekolah. Tuan puan boleh tengok di dalam FB sekolah kita.FB sekolah kita memang aktiflah. Segala bentuk dan aktiviti yang kita buat akan dimasukkan di dalam tu. Tuan puan boleh tengok dan kita ada Tik Tok sekolah kita sendiri. Kita baru tubuhkan. Jadi ibu bapa boleh lah join tik tok sekolah kita. Cikgu Jasleen sebagai admin dia. Jadi dengan adanya perkara-perkara ini kita dapat tengoklah apa benda kejadian murid kita di sekolah ini. Jadi itu saja lah ucapan saya. Terima kasih sekali lagi kepada yang berbahagia Dato’ dan Tuan Ir kerana dapat bersama hari ini dan segala kerja buat kita mendapat kerahmatan daripada Allah SWT. Sekian,wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.


UCAPAN PERASMIAN OLEH : Yang Berbahagia Dato’ Indera Wan Ahmad Samir bin Wan Mohd Noor (FOCAL PERSON PIBKS DAERAH MARANG) TARIKH : 17 JUN 2023 (SABTU) MASA : 11.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG MUKA SURAT 17 Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita sama-sama berkumpul di Dewan Aminuddin Baki dan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat PIBG. Saya mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan para guru yang terlibat secara langsung dalam PIBG dan dengan pemglibatan kita semua insyaallah matlamat dapat dicapai terutamanya dalam soal kemenjadian murid. Penglibatan semua pihak sangat penting kerana kita dapat sama-sama menggembleng tenaga, memerah idea dan duduk berbincang bersama-sama dalam menentukan hala tuju murid, sekolah dan juga negara. Dalam usaha mencapai matlamat iaitu kemenjadian murid di mana mahu anakanak kita dididik secara holistik. Dalam pengurusan sekolah yang cekap kita mahu anak-anak kita berjaya mencapai potensi yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran dan berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Dalam memastikan kemenjadian murid, ada beberapa aspek yang perlu kita tekankan iaitu aspek akademik, ko kurikulum dan sahsiah. Saya percaya dengan pertemuan sebegini pasti membuahkan hasil yang lebih baik kerana kita sama-sama menyumbang dalam memastikan anakanak kita mendapat peluang yang lebih baik dalam akademik,ko kurikulum dan juga sahsiah diri. Tidak dinafikan dalam kita mempersiapkan anak-anak kita ke arah kemenjadian murid sudah pasti akan ada cabaran yang akan kita tempuhi. Apalagi kita semua berada pada zaman yang sangat mencabar. Cabaran-cabaran yang ada untuk generasi masa kini ada berbagai cabang. Sebagai contohnya kita dapat melihat betapa berbezanya pelajar-pelajar masa kini berbanding dengan pelajar- pelajar masa dahulu. Guru-guru dahulu harus berusaha mencari alat bantu mengajar untuk menarik minat anak-anak belajar di dalam kelas. Ada guru-guru kita yang menggunakan alat bantu mengajar yang kreatif contohnya seperti batang pisang, water colour untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas semata-mata untuk menarik fokus anak-anak belajar di dalam kelas. Namun pada masa kini cabaran yang kita lalui lagi hebat di mana anak-anak masa kini lebih tertarik pada gajet-gajet. Mereka lebih tertarik pada audio dan visual yang mereka tonton pada gajet-gajet mereka. Sebab bila kita sebut sahaja kartun-kartun atau chanel-chanel dalam you tube boleh dikatakan mereka tahu semua itu. Bahkan ada yang menghafal skrip dan ayat cerita yang mereka tonton dalam you tube kerana chanel-chanel tersebut menyediakan bentuk pembelajaran yang lebih advanced dan lebih ke depan menyebabkan anak-anak kita kurang berminat menggunakan buku teks. Oleh itu mereka lebih tertarik dengan video-video cerita kartun, audio dan visual yang menarik minat mereka untuk belajar. Keadaan ini memaksa para guru masa kini bersaing dengan cabaran ini. Para guru perlu memikirkan cara bagaimana menguasai cara terkini untuk mengaplikasikan subjek dalam buku teks di terjemahkan kepada bentuk audio dan visual bagi menarik kembali minat anak-anak kita untuk belajar silibus yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Terdapat juga guru-guru yang menyediakan peralatan pengajaran menggunakan duit poket sendiri seperti projektor dan skrin layar di kelas masing-masing. Tahniah di ucapkan pada guru-guru yang ada usaha ke arah itu. Manakala terdapat juga ibubapa sekarang yang bersikap


MUKA SURAT 18 defensive sehingga keterlauan menyebelahi anak-anak di mana mereka terlalu percaya dan membela anak-anak sehingga guru-guru pula rasa takut dan memikirkan bagaimana hendak menyampaikan maklumat sekolah dengan berhemah dan berhati-hati kepada pihak ibubapa. Berbeza dengan zaman dahulu bila kita dimarahi guru, kita sangat takut dan bimbang guru hendak memaklumkan kesalahan pada ibubapa di mana menyebabkan rotan akan singgah dibelakang kita sebagai pengajaran. Itulah cabaran-cabaran yang dapat kita contohi yang bukan sahaja para guru bahkan ibubapa juga turut merasai .Kerana itulah perlu ada hubungan baik di antara ibubapa dan guru di mana ianya dizahirkan melalui Persatuan Ibubapa dan Guru ini sebagaimana fungsinya menyatukan dan mengeratkan hubungan ibubapa dan guru dan pembangunan kemenjadian anak-anak kita. Saya sebagai Focal Person PIBKS berharap ingin menyeru kepada pihak sekolah untuk memperkemaskan lagi Jawatankuasa PIBKS di sekolah dan boleh juga pihak sekolah merujuk dengan PPD uruk membuat libat urus dalam menjayakan bersama-sama antara PIBKS, PIBG dan guru-guru untuk memastikan kemenjadian murid lebih terjaga. Ibubapa dan guru-guru sentiasa menjaga komunikasi antara kita, wujudkan suasana yang harmoni dalam PIBG dengan mengadakan peluang utuk ibubapa membuat aduan dan segala permasalahan dengan penuh berhemah. Saya juga tertarik dengan satu perumpamaan Inggeris iaitu ` The problem with this world is not enough problem solvers. SO, if you become a problem solver, you become a rich’. Dalam perumpamaan ini mengatakan kita kekurangan penyelesai masalah, ada antara kebanyakan kita yang bercakap mengenai masalah, tidak ramai yang ingin menyelesaikan. Oleh itu perlulah kita saling cakna terhadap anak-anak dan sama-sama mencari jalan penyelesaian. Jika ada yang kita ingin suarakan dalam PIBG dan kita dan kita dapat sama-sama duduk berbincang demi kemaslahatan kita bersama. Allah SWT berfirman: َ ان َ ك َ و أ َ ي ُ ه ُ ل ْ ه َ أ ُ ر ُ ِ م وة َ ل الصَّ ِ ب َ ِ و وة َ ك َّ الز َ ان َ ك َ و َ د ْ ِعن ِه ِّ ب َ ر َّ ِ َ ض ِ ر “Dan Allah menyuruh keluarganya untuk menunaikan solat dan mengeluarkan zakat dan dia seorang yang diredhai di sisi Tuhannya” Surah Maryam ayat 55. Hadirin hadirat sekalian, sebagai akhirnya, saya ingin menyentuh perkara yang saya fikir cukup penting berkenaan bahan- bahan terlarang. Saya berharap ibubapa dapat memerhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan. Kita bimbang anak- anak kita terjebak dengan bahan terlarang yang mana pada masa kita dahulu sangat berbeza. Ada di kalangan anak- anak pelajar seawal sekolah rendah telah ada menghisap vape dan menghisap rokok. Kita bimbang jika tidak dibendung akan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Apatah lagi kini munculnya bahan terlarang yang boleh diletakkan dalam vape. Jadi sama-samalah kita pantau dan cakna. Semoga Allah SWT menjaukan perkara tersebut dari anak-anak kita. Saya rasa cukup sekadar itu dahulu, semoga sedikit perkongsian saya dapat sama-sama dapat kita memberi perhatian dan memastikan dan sama- sama memastikan tenaga kita memperolehi ganjaran di dunia dan di akhirat. Untuk itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah Kebangsaan Marang Kali ke 29 bagi tahun 2023. Sekian, terima kasih


MUKA SURAT 19 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK MARANG KALI KE-29 TAHUN 2023 TARIKH : 17 JUN 2023 (SABTU) MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH, SK MARANG AGENDA 1 – Ucapan Alu-aluan YDP PIBG YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat menyertai mesyuarat pada hari ini dan bersyukur dengan penyertaan yang ramai. Kehadiran ibubapa adalah bukti kecaknaan mereka terhadap aktiviti kokurikulum dan akademik anak-anak. AGENDA 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 28 Puan Nor Aqilah binti Ghazali (Setiausaha PIBG) membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 28 berdasarkan buku pada muka surat 17-22. Pn. Aini bt Mohd Zain mencadangkan supaya minit tersebut disahkan dan disokong oleh Pn. Nadia bt Abdul Rahman. AGENDA 3 : Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2021/2022 Puan Nor Aqilah binti Ghazali (Setiausaha PIBG) membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2021/2022 berdasarkan buku pada muka surat 24-26. Sebulat suara menyokong laporan aktiviti tahunan PIBG disahkan. AGENDA 4 : Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan Yang Berakhir pada 11 Jun 2023 Puan Rosidawati binti Abdullah (Bendahari PIBG) membentangkan penyata kewangan berdasarkan buku pada muka surat 27-28. Sebulat suara menyokong penyata kewangan itu disahkan. AGENDA 5: Perlantikan AJK PIBG sesi 2023/2025 En. Othman selaku Naib Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa ada AJK PIBG akan menarik diri. Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan jawatan bagi empat orang AJK dan perlantikan AJK baru. AJK baru yang dilantik ialah: Pn. Khatijah binti Abu Bakar Pn. Norhafizah binti Hashim En. Hairul Nizam bin Adnan En. Mohd Izham bin Ahmad Ahli mesyuarat juga sebulat suara menyokong jawatan Pemeriksa Kira-kira dikekalkan iaitu En Ahmad Dzarfan bin Nawawi dan En Abdul Hadi bin Ali.


MUKA SURAT 20 AGENDA 6: MEMBAHAS USUL 1. Mesyuarat bersetuju mengekalkan kutipan RM 30.00 setiap keluarga oleh AJK PIBG dan dipersetujui sebulat suara. 1. Usul daripada Khairul Amri bin Ibrahim Memohon agar pihak koperasi atau kantin tidak menjual makanan ringan dan mainan. Penerangan daripada pihak sekolah: Pihak koperasi sekolah tidak makanan dan miunuman ringan tersebut sebaliknya ia dijual oleh orang perseorangan di kwasan luar sekolah. 3. Usul daripada Pn Nurulhuda binti Ismail Mencadangkan supaya pihak kantin sekolah menyediakan makanan berat dan berkhasiat kepada murid-murid. Penerangan daripada pihak sekolah: Pihak kantin telah diingatkan agar sentiasa menyediakan makanan berat kepada murid terutama ketika apabila ada aktiviti kokurikulum dan KAFA. 4. Usul daripada Mohd Azlan bin Alias Mencadangkan agar pihak sekolah memantau harga dan kualiti serta kuantiti makanan di kantin sekolah terutama waktu kelas KAFA dan waktu persekolahan biasa. Penerangan daripada pihak sekolah : Pemantauan sentiasa dibuat agar makanan yang dijual adalah berkhasiat dan berpatutan. Hasil pemantauan tersebut, penyediaan makanan termasuk makanan RMT semakin baik. Oleh itu murid yang menerima RMT dimohon mengambil makanan itu pada waktu rehat. 5. Usul daripada Pn. Haznita binti Ismail Mencadangkan pihak kantin menyediakan makanan yang mencukupi untuk semua pelajar dan selamat dimakan. Penerangan daripada pihak sekolah : Perkara ini juga dalam pemantauan yang berterusan oleh pihak sekolah untuk kebajikan murid. 6. Usul daripada Pn. Nurhafizah binti Othman Mencadangkan supaya tandas murid dibersihkan setiap hari bagi keselesaan murid. Mohon pihak sekolah mengadakan kempen kebersihan tandas supaya murid rajin membersih tandas sekolah dan menghiasnya agar kelihatan cantik dan selesa serta diletakkan pewangi. Penerangan daripada pihak sekolah: Tandas murid telah dibersihkan sebanyak dua kali sehari oleh pihak pembersihan. Bagaimanapun kebersihan dan penggunaan tandas murid juga sentiasa dalam perhatian pihak sekolah untuk keselesaan murid.


MUKA SURAT 21 7. Usul daripada Pn. Nor Karimah binti Mohd Zakaria dan En. Zarawi bin Ahmad Mencadangkan agar disediakan lokar kepada pelajar untuk mengelakkan dari kehilangan dan keciciran buku di rumah. Penerangan daripada pihak sekolah: Kelas-kelas Tahap 1 telah disediakan rak-rak untuk meletakkan buku aktiviti dan lembaran kerja bagi membantu mengurangkan masalah keciciran buku di rumah. Kebanyakan buku aktiviti tahap 1 tinggal di sekolah. Hanya buku teks dan buku Latihan sahaja di bawa. Buku Latihan untuk setiap subjek telah dihadkan kepada 2 buah bagi setiap mata pelajaran. 8. Usul daripada En. Ahmad Nor bin Mohamad dan Pn. Norsiah binti Mohd Nor Mencadangkan agar buku teks dibenarkan ditinggalkan di sekolah kerana beg murid berat. Penerangan daripada pihak sekolah: Kebanyakan buku aktiviti tahap 1 diminta diletakan di sekolah. Hanya buku teks dan buku latihan sahaja dibawa mengikut jadual dan kebenaran ini hanya diberi kepada murid Tahap 1 sahaja. 9. Usul daripada Najiah binti Abd Rahman Memohon pihak sekolah membuat pemeriksaan ke atas pendawaian elektrik di kelas 4 Al Khawarizmi kerana sering terputus bekalan yang menyebabkan gangguan sesi pembelajaran. Penerangan daripada pihak sekolah: Sekolah telah dilawati oleh pihak JKR dan memaklumkan bahawa pendawaian dan penyelenggaraan akan dibuat pada waktu cuti sekolah di semua kelas. 10.Usul daripada Pn. Rahayu binti Ibrahim Memohon agar mewajibkan semua murid yang menghadiri kelas KAFA ada buku tulis sekurangkurangnya 1 buah. Penerangan daripada pihak sekolah: Pihak KAFA telah menyediakan buku aktiviti untuk murid-murid yang dibuat secara pinjaman melalui program wakaf dan juga buku tulis oleh semua murid. 11.Usul daripada Pn. Najihan Syuhaida binti Suhaimi Mencadangkan agar mengunakan waktu PJ untuk ganti kepada indoor game seperti congkak, Sahibba dan sebagainya berikutan kebimbangan Fenomena Strok Haba. Penerangan daripada pihak sekolah: Alatan tersebut telah disediakan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) namun tidak dapat digunakan secara efektif kerana waktu PJ adalah serentak bagi kebanyakan kelas dan ruang yang terhad. 12. Usul daripada En. Mohd Faizol bin Mohd Jek Memohon jejantas bagi memudahkan murid-murid menyeberangi jalan demi keselamatn muridmurid.


MUKA SURAT 22 Penerangan daripada pihak sekolah Pihak sekolah telah memohon kemudahan tersebut namun tidak diluluskan. Buat masa ini, keselamatan murid diawasi oleh pengawal keselamatan atas belas ihsan beliau akan keselamatan murid-murid semasa melintas. 13. Usul daripada Nor Ashikin binti Alias Mohon kerjasama daripada guru untuk berikan perhatian kepada pelajar yang lemah. Penerangan daripada pihak sekolah Pihak sekolah telah menadakan Program Bantu Membaca bagi mengenalpasti murid yang tidak boleh membaca. Program ini disokong oleh kelas pemulihan dengan bilangan pelajar seramai 2i orang setakat ini. 14. Usul daripada Muhammad Zulfy bin Rashid Memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Penerangan daripada pihak sekolah Pihak sekolah sentiasa peka dengan perkembangan murid dengan pelabagai program bagi tujuan membantu murid agar tidak keciciran. 15. Usul daripada Nurulhuda binti Ismail Menyediakan ruangan menungu berbumbung kepada murid-murid Ketika pulang dari sekolah. Penerangan daripada pihak sekolah Pihak sekolah telah menyediakan ruangan tersebut yang digunakan sebagai Anjung Selera pada waktu rehat hasil sumbangan ibubapa. Tambahan bagi ruangan itu akan dilaksanakan berdasarkan lebihan sumbangan yang amsih ada. AGENDA 7 HAL-HAL LAIN 1. En. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad memaklumkan bahawa terdapat tabung kutipan yang diedarkan pada hari tersebut iaitu untuk membiayai Program Tamayyuz dan Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat kebangsaan yang akan disertaio oleh SK Marang di Sabah. Beliau berharap tabung tersebut akan mendapat sumbangan daripada ibubapa. 2. En. Mohd Fauzi bin Abdul Manan memohon agar guru dapat menghubungi ibubapa di rumah melalui panggilan telefon berbanding menggunakan khidmat pesanan ringkas pada waktu persekolahan pagi dan waktu KAFA kerana ia lebih berkesan bagi mengelakkan ada anak-anak yang sakit lambat dijemput pulang. 3. En. Hairul Nizam bin Adnan mencadangkan agar pihak sekolah memohon perkhidmatan bas sekolah khusus untuk anak-anak yang tinggal jauh dari sekolah. Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah pernah memohon perkhidmatan bas sekolah namun tidak mendapat sambutan daripada ibubapa. Ini kerana ibubapa murid-murid Sekolah Kebangsaan Marang bekerja di kawasan sekitar dan memudahkan mereka untuk menghantar dan menjemput anakanak pulang.


MUKA SURAT 23 4. En. Hairul Nizam juga bertanya tentang halatuju anak-anak yang aktif dalam bidang sukan berbanding berada dalam kelas untuk PdPc. Guru Besar menjelaskan bahawa anak-anak yang aktif dalam bidang sukan berpotensi untuk menyambung pelajaran di peringkat sekolah rendah di sekolah sukan dan di kelas premier di SMKTLS. Penglibatan dalam bidang sukan juga dapat mempengaruhi kelayakan anak-anak untuk memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Latihan sukan hanya dijalankan pada waktu petang iaitu di luar waktu pembelajaran. 5. En. Ahmad Safuan bertanya apakah Program Tamayyuz akan dikembangkan kepada murid Tahap 2 dan tentang pengisian program Tamayyuz yang menekankan kepada penghafalan semata-mata berbanding program Muraja’ah. Guru Besar menerangkan bahawa Program Tamayyuz yang dijalankan di SK Marang adalah bedasarkan model Program Tamayyuz di SMA Marang. Kekangan utama program ini adalah tenaga pengajar di mana ia terdiri daripada guruguru agama SK Marang iaitu seramai 11 orang sahaja.Murid-murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil bersama guru agama masing-masing. Laporan perkembangan program tersebut akan diteliti dan peluang dibuka kepada pelajar yang beminat. AGENDA 8 UCAPAN PENANGGUHAN En. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas komitmen yang baik daripada semua ibu bapa da cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Segala kelemahan akan diperbaiki dari masa ke masa. Mesyuarat diakhiri dengan membaca surah Al-Asr dan ditangguhkan pada jam11.00 pagi.


✓ KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-29 ✓ AKTIVITI/ PROGRAM PIBG SESI 2023/ 2024 ✓ KEHADIRAN AJK PIBG SESI 2023/ 2024 ✓ PENYATA KEWANGAN ✓ USUL MUKA SURAT 24


MUKA SURAT 25 KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK MARANG KALI KE-29 TAHUN 2023 1 ROSMINA BINTI DAUD 2 NOR ASHYERAH BINTI MAZLAN 3 NUR AISYAH BINTI MD DIN 4 NORFADILAH BT MOHD NOOR 5 MAHASAUFEE BIN MAHAZIS 6 ZULIANA BINTI ZAKARIA 7 RAHAYU IBRAHIM 8 YUSLIA BINTI YUSOF 9 MOHD ARMAYSURI BIN MOHD ARIF 10 RAFEAH BINTI YAHAYA 11 NOOR SURIANI BINTI AB RAZAB 12 ZAWANI BT ABD WAHAB 13 HARTINI IBRAHIM 14 ROZITA BINTI RAZALI 15 MOHD SHAH RIZA B RAZAKI 16 SITI HABSAH BINTI IBRAHIM 17 AZILAWATI BINTI TAIB 18 WAN ZURAIDAH BINTI WAN HASAN 19 SUSANTI ROHMAN 20 WAN MOHD KAMAL BIN WAN MAHMOOD 21 PUTRI NOR ZALIKHA BINTI OTHMAN 22 ZAINAI BINTI MANAH 23 SITI DURA SHAARI 24 ROZITA BINTI RAZALI 25 MOHD DHIYAUDDIN BIN RAMLI 26 NURUL NADIA BINTI SHAMSUDIN 27 SITI DURA SHAARI 28 NUR ZATI BAYANI BINTI ABDULLAH 29 NORNADIAH BINTI MOHAMAD 30 NORAZILA BINTI NGAH 31 NURULHUDA BINTI ISMAIL 32 HAYATI BINTI HUSAIN 33 MOHD FADZIL BIN ABDUL MANAF 34 NOOR DIANA BINTI SULONG 35 CHE ANDERA BIN YAHYA 36 SAUDAH ABU BAKAR 37 MAJIHAH BINTI AB MAJID 38 NOR AZLINA BINTI MANAN 39 KHATIJAH BT ABU BAKAR 40 SHAHIDUL ISLAM/ NORWATI BINTI MUHAMAD 41 KHAIRI ANUWAR BIN MOHAMAD 42 ROHAYA BINTI SALLEH 43 MOHD FAIZAL BIN HARUN 44 WAN SUZANA BINTI WAN NGAH 45 WAKINI BT KUSSIN 46 ZAHARAH BINTI ALI 47 NORSIAH BT MOHD NOR 48 ZAHARAH BINTI ALI 49 SUSANTI ROHMAN 50 PUTERI MAIZATUL SHIMA FARRAH AINI BT ABDUL MUBI 51 AZIZAH BINTI ABDULLAH 52 FATMAWATI BT ALI 53 WAN HASSAN BIN WAN ABD RAHMAN 54 HASLINA HARUN 55 MOHAMED SHAHRIL BIN MUDA 56 NOOR SHALEHAH BINTI RAMLI 57 RAJA HASNAH RAJA DAUD 58 ZANARIAH BINTI MAMAT 59 NORSUHAILA BINTI MUDA 60 MAZNAH BINTI MUHAMMAD 61 ZAHARAH BINTI ALI 62 IDAYATI BINTI ABDUL TALIB 63 ALYA ZULFAZREEN BINTI ZULKIFILI 64 ZAINI BINTI ARIPIN 65 ZAINI BINTI ARIPIN 66 ARIZIL BIN AZMI 67 NORAIDAH BINTI DOLLAH@SULONG 68 NORSHAMDALILA BINTI MUSTAFFA 69 ARIZIL BIN AZMI 70 RUHAYU BT ABD RASHID 71 NORHAYATI BINTI MUSTAFFA 72 ANITA BT IBRAHIM 73 SULAIMAN BIN MAMAT 74 NURUL JANNAH BT AHMAD 75 LIANA BT ZAKARIA 76 NOR AZILAWATI BT BIDIN 77 M.HASRUL AFFANDI B. MANSOR 78 NURUL HIDAYAH BINTI ABD RAHMAN 79 FARDILA BINTI AZMAN 80 NORSHASHINA BINTI MOHD SOKRI 81 MUSTAQIMAH BT MANSOR 82 NORIZANI BINTI ALI 83 ROHANA ABDUL RAHMAN 84 RAJA HASNAH RAJA DAUD 85 ROZITA BINTI ISA 86 RAFIAH BINTI YAHAYA 87 SALWATIAYU BINTI MOHD 88 SITI NASIHA BT SIDEK 89 NOR HANIZA BINTI ISMAIL 90 MOHD SHAMRE BIN SULAIMAN 91 SITI FATIMAH BINTI DERAMAN 92 NORHIDAYAH BINTI IBRAHIM 93 NORHIDAYAH IBRAHIM 94 ABDUL HADI BIN HUSAIN 95 NORHAYA BINTI MAMAT 96 RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA SEMAN 97 NORAABSAH BINTI MOHAMAD 98 NUR SALWANI BINTI SHARIFFUDDIN 99 NUR SALWANI BINTI SHARIFFUDDIN 100 WAN ROSLAN BIN WAN OTHMAN 101 SURISH AB SALAM BIN ARIFIN 102 NURUL HUDA BINTI MOHD FAZIL 103 AZELAYATY MOHD YUSOF 104 MOHD HAFIZ BIN OTHMAN 105 ZULAINI BT YASAT 106 MOHD KHAIRUL ZAINEZAM BIN MOHAMAD 107 ZARAWI BIN AHMAD 108 SITI HAWA BINTI MAMAT 109 MOHD KHAIRUDDIN BIN HUSAIN 110 NADIAH BINTI MOHD SALIM 111 HASMAH BINTI MAMAT 112 ROSLI BIN ABD AZIZ 113 ROSLI BIN ABD AZIZ 114 AZMI BIN OMAR 115 MOHD IZWAN BIN TAIB 116 SYAKIRAH BINTI ALI 117 MOHD LAZIM BIN ENDUT 118 FAMIZA ADILA BT HUSIN 119 NOR AYUNI BT ZOOLKEPLI 120 AMZI BIN ALI 121 NAJIHAN SYUHAIDA BINTI SHUAHAMI 122 EDY SAMRIZAL BIN MAT HARUN 123 ABD KARIM BIN WAPAANNAHAR 124 MOHD AZMAN BIN ABDULLAH 125 AMIRUL BIN ABD RAHIM 126 ASIPAH BINTI DAUD 127 ASIPAH BINTI DAUD 128 NORRIYANA BINTI DERAMAN 129 NORUL SYUHADA BINTI SHAIBON 130 NUR AINI BINTI MATZIN 131 ROSLY BIN SEMAN 132 SITI NOOR MARLIANA BINTI MOHAMAD SUKRI 133 ASMALIA BINTI MOHAMAD 134 WAN ROSLAN BIN WAN OTHMAN 135 FAZALINA BINTI ALI 136 NIK AHMAD BASRI BIN NIK CHIK 137 NUR MAZLINA BINTI HJ RAFEI 138 NURUL NUR AIDA BINTI MUDA 139 FARIDAH BT MOHD ALI 140 NURATAZMAL BINTI AB TALIB 141 JUNAIDI BIN MOHD TAHIR 142 SITI MARDHIANA BINTI MARDY 143 SYAIFULLAH BIN MOHD JOHARI 144 NOR MARIAYATI BINTI RAMLI 145 ROHANA BINTI OMAR 146 NOORSUHADA BINTI AHMAD 147 NAJIAH BINTI ABD RAHMAN 148 KHAIRUDDIN BIN ABDUL RASHID 149 FAZINA BINTI ZAKARIA 150 NOR AZIMAH BINTI ABDULLAH 151 AZHA BIN MAHMOOD 152 MARLIANA BINTI ZULKFLI 153 SYAIERA DIANA BINTI NAWI 154 MARLIANA BINTI ZULKFLI 155 JAIZ ANUAR BIN NGAH 156 AHMAD ZAKWAN BIN MOHD 157 FAIZAH BT JAAFAR 158 MOHD NURULLAH HAFIZI BIN ABD KARIM 159 CHE ZARINA BINTI HJ CHE MAT 160 JAIZ ANUAR BIN NGAH 161 HASLIZAWATI MOHAMMAD 162 SUHAILA BINTI ISHAK 163 HASMAWANI BT HASSAN 164 HASMAWANI BINTI HASSAN 165 MOHD SHUKRI BIN MAT ALI 166 ROMAINI BINTI MUSTAFA 167 AZIZAH SOFIAN 168 ZULIANA 169 MOHAMMAD FAZLI BIN OTHMAN


AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2023/ 2024 MUKA SURAT 26 17.06.2023 • MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-29 TAHUN 2023 08.08.2023 • JEMPUTAN AJK KE KARNIVAL MINI PENDIDIKAN MADANI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DI SMK TENGKU BARIAH 19.08.2023 • GOTONG ROYONG MADANI 22-23.09.2023 • JEMPUTAN AJK KE HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MARANG TAHUN 2023 26.10.2023 • KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH TAHUNAN PADANG & BALAPAN KALI KE-32 TAHUN 2023 PERINGKAT SK MARANG 31.10.2023 • PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH 20.11.2023 • MESYUARAT AJK PIBG KALI-1 SESI 2023/2024 20.11.2023 • LAWATAN KE KANTIN (TINDAKAN AJK PIBG DARI USUL YANG DIKEMUKAKAN OLEH IBU BAPA DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29) 11.12.2023 • MAJLIS PERSARAAN PUAN ANIDA BINTI OTHMAN( GURU PRASEKOLAH) 31.01.2024 • HARI APRESIASI SMarT SESI 2023/ 2024 07.03.2024 • GOTONG ROYONG MADANI FASA 1 20.03.2024 • IFTAR SMarT (MAJLIS BERBUKA PUASA) 18.04.2024 • JAMUAN HARI RAYA SMarT 09.05.2024 • MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-2 SESI 2023/ 2024 11.05.2024 • GOTONG ROYONG MADANI FASA 2 16.05.2024 • SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 22.05.2024 • TENPIN BOWLING MINI TOURNAMENT ANJURAN PIBG SMarT SK MARANG 13.06.2024 • MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-3 SESI 2023/ 2024 22.06.2024 • MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-30 TAHUN 2024


KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 2023 / 2024 BIL NAMA JAWATAN 2023 2024 16/5 11/6 20/11 9/5 13/6 1 TUAN HAJI TARMIZI BIN MAT DAUD GURU BESAR/ PENASIHAT / / / / / 2 TUAN IR. WAN KHAIRUL ANUAR BIN WAN MOHAMAD YDP PIBG / / / / / 2 ENCIK OTHMAN BIN MOHD NYDP PIBG / / / / / 3 ENCIK SHAHARUM BIN EMBONG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN / / / / / 4 ENCIK ZAINUDDIN BIN YAAKUB PENOLONG KANAN HEM / / O / / 5 PUAN JASLEEN BINTI MOHAMED RAZALI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM / / / / / 6 PUAN NOR AQILAH BINTI GHAZALI SETIAUSAHA / / / / / 7 PUAN ROSIDAWATI BINTI ABDULLAH BENDAHARI / / / mc / 8 ENCIK MOHAMMAD RIDZWAN BIN MOHD ZAID PENYELARAS PIBKS / / / crk / 9 ENCIK MOHD SHARI FUDDIN BIN AWANG AJK PIBG / / / / / 10 ENCIK MOHD LAZIM BIN ENDUT AJK PIBG / / / / / 11 ENCIK MOHAMAD MUDA BIN ABAS AJK PIBG / HAJI / / / 12 PUAN ZANARIAH BT MAMAT AJK PIBG / / / / / 13 PUAN AZIMAH BINTI ABDUL AZIZ AJK PIBG / O / / / 14 ENCIK MOHD IZHAM BIN AHMAD AJK PIBG O / / 15 ENCIK HAIRUL NIZAM BIN ADNAN AJK PIBG O / / 16 PUAN KHATIJAH BINTI ABU BAKAR AJK PIBG / / / 17 PUAN NORHAFIZAH BINTI HASHIM AJK PIBG / / / 10 SARJAN MOHAMMAD AZWAN BIN AHMAD ZAIDI AJK PIBG / O O O O MUKA SURAT 27


PENYATA KEWANGAN PIBG SK MARANG DARI 17 JUN 2023 HINGGA 31 MEI 2024 MUKA SURAT 28


MUKA SURAT 29


USUL MUKA SURAT 30 BIL USUL NAMA PENCADANG 1 Memohon pihak sekolah membuat pemantauan tentang penjualan makanan yang tidak sihat di KANTIN sekolah : fries Memohon pihak sekolah mengatasi masalah makanan di kantin yang sedikit, pedas dan tidak berkhasiat. NASHEHA BINTI IBRAHIM HAIRULNIZAM BIN ADNAN MUHAMMAD ZULFADLI NADIAH BINTI MOHD SALIM HAISHAFIK BIN HARIFFIN 2 Memohon untuk adakan semula UPSR dan meminta pihak sekolah memaklumkan keputusan MARKAH Ujian Memohon untuk penilaian murid-murid berdasarkan SISTEM PEMARKAHAN melalui Ujian/ Peperiksaan dan bukannya melalui pembelajaran dalam Bilik darjah Memohon pihak sekolah mengadakan TEMU MURNI setiap suku tahun atau pertengahan tahun. RAJA HASNAH RIZAWATI BINTI MAMAT MOHD IZWAN BIN TAIB HAISHAFIK B. HARIFFIN 3 Meminta pihak sekolah menyediakan LOKER BERKUNCI untuk murid menyimpan buku kerana beg sekolah yang terlalu berat dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan @anggota tubuh ANUAR BINTI ARIFFIN MOHD FAIZAL BIN MOHD JEK 4 Menambah tempat RUANG MENUNGGU murid ketika pulang dari sekolah : Kawasan Pagar Tepi Jalan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas NORA ASHIKIN BINTI MAHKATAR KHAIRUL AZMAN BIN CHE MUDA 5 Memohon untuk disediakan wayar paip, sabun dan baldi sekiranya PAM TANDAS tidak berfungsi dan memberikan pendedahan kepada murid tahap 1 khususnya tentang CARA PENGGUNAAN TANDAS YANG BETUL Menaiktaraf kebersihan TANDAS SEKOLAH WAN MOHD SUHAIMAN BIN WAN YUSOF MAHASAUFEE BIN MAHAZIS NORA ASHIKIN BINTI MAHKATAR ROHANA BINTI MOHD NOR 6 Memohon untuk dibina JEJANTAS bagi menyenangkan murid melintas jalan memandangkan kawasan hadapan sekolah agak bahaya dan sibuk KHAIRUL AZMAN BIN CHE MUDA MOHD FAIRUZ BIN SAMSUDIN 7 Memohon untuk masa yang diperuntukkan bagi MATA PELAJARAN PSV dikurangkan separuh masa Sahaja KHAIRUL AZMAN BIN CHE MUDA 8 Memohon para guru memaklumkan tentang KERJA SEKOLAH di dalam group whatsapp kelas ZAINAI BINTI MANAH


USUL MUKA SURAT 31 BIL USUL NAMA PENCADANG 9 Memohon pihak sekolah memaklumkan tentang apa-apa PROGRAM YANG DIBATALKAN lebih awal atau sebelum pulang dari sekolah ZAINAI BINTI MANAH 10 Mohon untuk mengadakan AKTIVITI HUJUNG MINGGU atau waktu cuti sekolah terutamanya aktiviti yang menerapkan ciri-ciri kepimpinan dikalangan murid MOHD FARHAN BIN OTHMAN 11 Memohon untuk guru-guru mengadakan KELAS TAMBAHAN kepada murid-murid yang lemah MAZARIPAH BINTI MAMAT 12 Memohon untuk memendekkan WAKTU KELAS KAFA MOHD IZWAN BIN TAIB 13 Mohon untuk membuat tentatif WAKTU SOLAT sekiranya ada aktiviti luar sekolah RAHAYU BINTI IBRAHIM 14 Memohon pihak sekolah MENAMBAH dan MEMBAIKPULIH kemudahan asas didalam kelas : lampu, kipas, tingkap untuk keselesaan dan keselamatan murid-murid (lampu kelas 6 AlBiruni) Mencadangkan pihak sekolah menambah bilangan kipas angin di dalam dewan MAIMUNAH BINTI ABDULLAH RAHAYU BINTI IBRAHIM ROZITA BINTI ISA SURIA UMIRA BINTI MANSOR NADIAH BINTI MOHD SALIM 15 Memohon pihak sekolah menambahkan bilangan MESIN AIR MINUM untuk diletakkan disetiap aras bagi mengelakkan murid-murid berebut NUR ATIKAH SUHADA BINTI SHAMSURI 16 Memohon pihak sekolah memantau PENJUAL-PENJUAL DI LUAR PAGAR SEKOLAH untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku MAIMUNAH BINTI ABDULLAH 17 Mencadangkan agar pihak kedai sekolah tidak menjual BARANGBARANG MAINAN seperti PELEKAT terutama kepada murid Tahun 1 dan Tahun 2. AHMAD SABIRIN BIN ALI CHE KU NURMAIZURA BT CIK KU AZIZ NORLILAWATI BT ISMAIL 18 Mencadangkan pihak sekolah menyediakan pengangkutan pergi dan balik kepada murid HAIRULNIZAM BIN ADNAN


Penghargaan Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Marang Kali Ke30 bagi tahun 2024 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI NIK DIR BIN NIK WAN KU. DIMP., AMN., KMN. (Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd.) Yang Berusaha Tuan Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad (Yang Dipertua PIBG SK Marang) Yang Berusaha Tuan Haji Tarmizi bin Mat Daud (Guru Besar SK Marang) AJK PIBG SK Marang, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, Ibu Bapa, Pekerja Swasta Dan Semua pihak yang terlibat secara tidak langsung mahupun tidak bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Marang Kali Ke-30 bagi tahun 2024


Click to View FlipBook Version