The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-29 02:45:59

e flip

e flip

MOHAMMAD FARIS MILF BIN MOHAMMAD RAFI ( 32DVV20F2031 )

DZUL HAZIQ ISKANDAR BIN HARUN ( 32DVV20F2015 )

HAZIQ HAKIMI BIN ZAKARIA ( 32DVV20F2013 )

PENGENALAN

Kaedah fiqh adalah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu
tertentu. Dari sudut istilah kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam
bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-
bahagiannya.

Sebahagian ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat
umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang mana ia menjadi asas
kepada kaedah kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau
cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.

Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang. Amalan-amalan yang
dilakukan muakllaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama Fiqh bersepakat
menyatakan sekiranya seseorang yang berniat melakukan kebajikan yang tidak dapat
ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia ditetap diberi
pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram. Hukum furuq yang
terbentuk daripada kaedah seseorang yang melakukan sesuatu yang diharus terhadap
dirinya dengan meyakini isterinya itu wanita lain, ia dikira berzina. Selain itu, seseorang yang
minum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya.

Seterusnya, keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan. Sesuatu perkara yang telah
diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu
tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya
disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak
terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya.

Selain itu, kesukaran diiringi kemudahan. Kesukaran boleh menjadi sebab diberikan
kemudahan dan wasilah kepada keringanan dan lazimnya diberi kelonggaran pada ketika
berhadapan dengan keadaan yang menyulitkan. Apabila terdapat sesuatu kesulitan dalam
melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Terbentuk
hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Ini agar syariat Islam dapat
dilaksanakan oleh mukallaf bila dan dimana sahaja dengan memberi kelonggaran dan
keringanan disaat dan ketika seseorang terjebak dengan kesempitan dan kesukaran.

Antaranya kesukaran membawa kemudahan ialah kesukaran yang akan menjadi sebab
kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah fiqh. Kesukaran yang
melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,
bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan kerja
amal.

KAEDAH FIQH PADA ISTILAH

Dari segi istilah, pelbagai pengertian telah dikemukakan oleh para ulama, walaupun berbeza
dari segi lafaz tetapi dari sudut makna ia hampir mempunyai persamaan :

1. Al-Zarkashi dan al-Isnawi : Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal
yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.

2. Al-Amidi : Ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang far‘i
dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.

3. Al-Baji : Mengetahui hukum-hukum syarak.

4. Ibn Qudamah : Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk perbuatan seperti halal,
haram, sah dan fasad.

5. Al-Shawkani : Mengetahui hukum-hukum syarak dengan dalil-dalil yang terperinci dengan
cara beristidlal.

6. Al-Asmandi : Hukum-hukum yang didapati melalui syarak, bukannya hukum yang
diperolehi daripada akal.

KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN KERINGANAN

Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedha ini adalah
merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi
manusia normal.

Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan ialah :

1. Kekurangan : Kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang
yang tidur sehingga ia sedar.

2. Jahil : Suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar, namun diketahui selepas berlakunya
sesuatu perkara tersebut.

3. Sakit : Diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan.
Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayamum kerana sakit yang boleh
memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.

4. Musafir : Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik dibenarkan untuk
menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran
baginya.

5. Terlupa : Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atas apa jua perkara
dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab.

6. Paksaan : Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul
tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain
maksud syariat.

Salah satu contoh kaedah fiqh

Sebab Keterangan
Penyakit
Syarak mengharuskan tayamum jika dikhuatiri
penyakit itu semakin melarat (bertambah sakit) yang
mungkin membawa kemudaratan. Maka, seseorang
itu diharuskan solat secara duduk atau berbaring atau
rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang
yang beriktikaf, diharuskan dia keluar dari masjid,
menggantikan orang lain menunaikan ibadah haji,
harus hukumnya bagi doktor melihat aurat pesakit
semasa membuat rawatan dan pemeriksaan.

2. DALIL DAN SANDARAN

-Sandaran daripada Al Quran

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 185

‫يُ ِري ُد ّل َلاُ ِب ُك ْم ا ْليُ ْسر ول يُ ِري ُد بِ ُك ْم ا ْلعُ ْسر‬

Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikan) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 286:

‫َّل يُ َك ِل ُف ّل ٰلاُ نَ ْف ًسا ِاَّل ُو ْسعَ َها‬

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Firman Allah dalam Al-Quran:

‫وإِ ْذ ي ْرف ُع إِ ْب َٰر ِهۦ ُم ٱ ْلقوا ِعد ِمن ٱ ْلب ْي ِت وإِ ْس َٰم ِعي ُل‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nasbi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas tapak Baitullah Kaabah.

Huraian Dalil daripada Al-Quran
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t
supaya membina Baitullah (Kaabah)

Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku
dengan satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah
kepada kamu Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi Ismail a.s
menjawab: Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata: Sesungguhnya Allah memerintahkan
aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah
timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail
mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim membinanya.
Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa
meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail menghulurkan ketulan batu.

Berdasarkan Dalil Al-Sunnah
Rasulullah bersabda, maksudnya “Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku
menyusahkan dan membawa kesusahan, tetapi mengutusku sebagi pemimpin yang
permudahkan.” (Riwayat Aisyah r.h.a)

Huraian
Hadis tersebut menjelaskan ketinggian agama Islam, perundangannya mudah dan Allah
S.W.T telah menghilangkan kesusahan daripada umat ini. Hadis menunjukkan kebimbangan
Rasulullah S.A.W jika berlaku kesukaran ke atas umatnya.

-Sandaran daripada al-Sunnah
Daripada Aisyah katanya: Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua perkara

kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa.

Dalam satu riwayatnya lain baginda bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya tidak mendatangkan sesukaran kepada umatku nescaya aku akan

perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang”

3. Contoh-contoh berkaitan kaedah-kaedah yang ditentukan.
- Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk
melaksanakan solat jamak dan qasar kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran
- Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang lain
- Keharusan meninggalkan solat jumaat bagi orang bermusafir dengan syarat tertentu
- Musafir yang pergi melancong ke negara lain diharuskan untuk makan di kedai makan orang
islam walupun tidak melambangkan logo halal
- Musafir yang tinggal di hotel negara lain diharuskan untuk melakukan solat walaupun tiada
petunjuk arah kiblat dengan menyakini solat diterima Allah
- Seseorang yang sakit diberikan kelonggaran untuk solat secara duduk, jika tidak mampu
boleh baring, jika tidak boleh baring dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu
menggunakan isyarat mata, maka boleh menggunakan hati.
- Seseorang yang dalam keadaan darurat dan tidak mampu mendapatkan makanan yang
halal atau ketidakadaan makanan sealin bangkai atau makanan yang haram maka ia boleh
makan makanan yang haram dengan sebab kelaparan dan tidak aa makanan selain itu.

-Sandaran daripada al-Sunnah
Daripada Aisyah katanya: Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua perkara

kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa.

Dalam satu riwayatnya lain baginda bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya tidak mendatangkan sesukaran kepada umatku nescaya aku akan

perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang”

Pecahan 1

‫الضرر ل يزال بااضرار‬
“Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan”

´ Kaedah ini bermaksud, biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun bukanlah
dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih
besar.
´ Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu tidak boleh sama sekali dihilangkan dengan
kemudaratan juga.
´ Hal ini kerana seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia bertentangan dengan kaedah
asas iaitu (‫ )الضرر يزال‬.
´ Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah asas sebelumnya.
´ Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan masalah yang
lebih besar.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´ Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang lain yang juga
akan mati kebuluran sekiranya makananya diambil.

´ Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang
memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau
membawa kepada kematian.
´ Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika dibimbangi
memudaratkannya.

Pecahan 2

‫الضرر الأشد يزال بالضرار الأخف‬
“Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan”

´ Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah yang sebelumnya yang mana membawa
maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa secara serentak,
penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan
dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan.
´ Dalam keadaan lain, kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan, atau
apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah diperhatikan mana yang lebih
besar bahaya.
´ Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar
kemudaratannya.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´ Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar.
´ Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu bayi
dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.
´ Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja sebarang
kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang bimbang akan
membahayakannya.

´ Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh sembahyang
dengan pakaian sekadar yang termampu.
Pecahan 3

‫درء المفاسد مق ّدم على جلب المصالح‬
“Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan”

´ Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang membawa
kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya
hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan.
´ Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk mendapat
kebaikan yang sedikit.
´ Hal ini kerana dibimbangi kerosakan tersebut akan merebak hinggalah menyebabkan
lahirnya kemudaratan yang lebih besar.
´ Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi.
Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´ Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar bahayanya
adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.
´ Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk membawa kemaslahatan
seperti mendamaikan dua pihak yang bertelagah.
´ Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang yang berpuasa
adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya.

Pecahan 4

‫يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام‬
“Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am”

´ Kaedah ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan dan bahaya.
´ Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan mendatangkan
sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan khusus
bagi menghindarkan kemudaratan yang lebih umum.
´ Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah kurang jika di
bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´ Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah diletakkan di bawah
kawalan dan penjagaan rapi.
´ Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah dan
ajaran sesat.
´ Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai unsur-unsur ganja
dan candu serta yang boleh dijadikan bahan penyalahgunaan dadah, untuk memebendung
bahaya dalam masyarakat.

Pecahan 5

‫الضرر يدفع بقدر الامكان‬
“Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat”

´ Kaedah ini berasal daripada kaedah Usuliyyah yang berkaitan dengan skop kewajipan
mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika kemudaratan itu dapat dibendung
seluruhnya, maka itulah yang terbaik.
´ Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian, maka lakukanlah sekadar yang
termampu.
´ Hal ini kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap mukallaf adalah menurut kadar
kemampuannya.
´ Untuk itu, usaha untuk menyekat segala kemudaratan tersebut supaya tidak berlaku
hendaklah diusahakan.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´ Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-Quran supaya ia tidak
hilang.
´ Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak timbul masalah
yang lebih besar.
´ Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau berteriak dengan
menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah menghindarkannya dengan tangan
mahupun kayu.

Pecahan 6

‫الضرر لا يكون قديما‬
“Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadi”

´ Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang lama dengan yang
baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan dihilangkan.
´ Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah asas yang
sebelum ini.
´ Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi kelonggaran terhadap berkekalan
atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan padanya.
´ Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia telah lama berlaku, tetap
wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan kemudaratan yang baru berlaku.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

´ Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat pesakit,
walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang lama dalam merawat pesakit.
´ Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum dan mengganggu
rang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama berlaku.

Penutup dan kesimpulan

Kesimpulan yang kami peroleh daripada tugasan diberi ialah kaedah fiqh lima
sememangnya mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi oleh manusia dalam pelbagai isu yang timbul dalam masyarakat dalam apa bidang
sekalipun Qawa’id fiqhiyyah (kaedah fiqh) ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam
yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan
fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Kalau tidak wujud kaedah ini, maka hukum-
hukum fiqh akan merupakan hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadang-kadang
pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar
yang dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan alasan-alasan konkrit, yang
menentukan arah perundangan.
Walaubagaimanapun, kaedah fiqh tidak merangkumi semua masalah, dalam situasi tertentu
kaedah fiqh ini tidak sesuai dipakai. Justeru itu, para ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh ini
sebagai kaedah yang bersifat majoriti atauaglabiyyah. Atas dasar itulah, para fuqaha’ tidak
mengharuskan para hakim ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang
sepenuhnya kepada kaedah-kaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada nas lain yang
bersifat khas atau ‘am yang mencakupi kes itu, ini kerana kaedah fiqh ini walaubagaimana

bernilai dan diambil pakai dalam perlaksanaan hukum sekalipun, ia tetap mempunyai
masalah-masalah yang dikecualikan.

Dalam erti kata lain, kaedah fiqh ini mestilah disokong dengan nas-nas lain bagi
menentukan sesuatu perkara itu, sama ada ia dibolehkan atau tidak. Sungguhpun kaedah
fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh, namun ia tidak bererti akan mengurangkan nilai
ilmiyahnya. Ini kerana terdapat di dalam kaedah-kaedah itu suatu gambaran-gambaran yang
menarik berkaitan prinsip-prinsip fiqh yang umum yang membuka landasan-landasan prinsip
itu daripada segi teorinya,

Bahkan, kaedah fiqh ini memantapkan hukum-hukum cabang yang amali dengan beberapa
kaedah yang menjelaskan illah atau sebab hukum pada setiap kelompok hukum furu’ ini.
Kaedah ini juga mengumpulkan hukum-hukum cabang di bawah satu kaedah walaupun
berlainan tajuk dan babnya.

Sebagai kesimpulan, terdapat sebuah nukilkan perkataan Syaikh Abdur Rahman As Sa’di :
“seluruh syariat Islam ini lurus dan mudah; lurus dalam masalah tauhid yang dibangun atas
dasar beribadah hanya kepada Allah saja yang tiada sekutu bagi-Nya, serta mudah dalam
hal hukum dan amal perbuatan.” (Al Qowa’id wal Ushul Jami’ah)


Click to View FlipBook Version