ROKOK ELEKTRONIK & VAPE MEI 2024 ISU NO.3 RM10.90 BAHAN BAHAN DALAM CACIR VAPE/ROKOK ELEKTRONIK KESAN VAPE/ROKOK ELEKTRONIK KEBURUKAN VAPE/ELEKTRIK LANGKAH MENGATASI DARI SEGI KESIHATAN LANGKAH MENGATASI dARI SEGI FIQH
PENULIS muhammad amierul haziq bin mohd zuki 13DEM23F1012 ‘JAUHI VAPE DEKATI ALLAH’ MUHAMMAD AQIL SAFWAN BIN SHAFIE 13DEM23F1002 “HIDUP LEBIH SIHAT TANPA VAPE” muhamAD AMIR IRFAN BIN FAUZI 13DEM23F1003 ‘HIDUP TIDAK PERLUKAN ASAP”
OBJEKTIF................................................................................. 1 PENGENALAN.......................................................................... 2 Tujuan Pelaksanaan...................................................... 3 BAHAN CeCaiR VAPE/ROKOK ELEKTRONIK................... 4 KEBURUKAN VAPE/ELEKTRIK............................................ 5-6 KESAN VAPE/ROKOK ELEKTRONIK.................................... 7 LANGKAH MENGATASI DARI SEGI KESIHATAN............... 8-9 DALIL DAN KEADAH.............................................................. 10 KESIMPULAN............................................................................ 11 RUJUKAN.................................................................................. 12 ISI KANDUNGAN
OBJEKTIF 1 Mengetahui tentang hukum menghisap rokok dan rokok elektronik. Menerangkan tentang pandangan ulama. Menyatakan peranan orang yang bertanggungjawab . Menjelaskan kesan-kesan merokok. Untuk menjelaskan cara mengatasi masalah ketagihan .
PENGENALAN 2 Islam sangat mementingkan kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan umatnya. Justeru, dalam aspek kesihatan umat Islam diperintahkan supaya menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah SWT agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping menyuruh umat manusia berikhtiar mencari ubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Namun, dalam keghairahan kita untuk menjaga kesihatan dan mencari ubat bagi merawat sesuatu penyakit, persoalan halal dan haram tetap perlu dijaga dan diambil berat. Mencari dan memilih ubat yang halal adalah wajib bagi setiap umat Islam dan meninggalkan yang haram juga merupakan suatu kewajipan. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah "Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam" hadis riwavat al- baihaq
TUJUAN PELAKSANAAN 3 Penggunaan rokok elektronik dan shisha telah menular dalam masyarakat Malaysia terutamanya anak muda pada masa kini. la seolah-olah tidak mampu dibendung sehingga penggunaannya dianggap sebagai suatu keseronokan dan kebanggaan bagi kehidupan mereka. Namun adakah masyaraket Malaysia sedar bahawa syariat Islam mempunyai garis panduan yang sebenar bagi mereka mengenai kepenggunaan bahan-bahan yang boleh memberi kemudaratan kepada mereka. Oleh itu permasalahan tersebut perlu diselesaikan melalui penjelasan hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti. Terdapat banyak fatwa untuk menyelesaikan isu tersebut sebagai suatu penjelasan hukum kepada masyarakat dengan harapan kesihatan dan keseiahteraan masyarakat akan terus terpellhara. Oleh yang demikian, institusi fatwa sama ada di peringkat persekutuan atau negen memainkan peranan yang amat signifikan bagi memastikan amalan hidup secara beragama dan sihat dapat direalisasikan sepenuhnya. Kajian secara menyeluruh terhadap fatwa yang sedia ada bagi penggunaan rokok elektronik dan shisha perlu diambil perhatian bagi memastikan matlamat penjelasan dan pengamalan tercapal. Fatwa yang dikeluarkan oleh muft dan jawatankuasa fatwa tidak akan diputuskan tanpa tujuan, matlamat dan keperluan. la perlu selari dengan hukum syarak yang dietapkan oleh Allah melalui al- Quran dan al-Sunnah sekali gus perlu menepati matlamat dan hikmahnya yang lebih dikenali sebagai "maqasid syariah”
BAHAN CeCaiR VAPE/ROKOK ELEKTRONIK 4 Vape memanaskan nikotin (diekstrak daripada tembakau), perasa dan bahan kimia lain untuk menghasilkan aerosol yang anda sedut . Rokok tembakau biasa mengandungi 7,000 bahan kimia, kebanyakannya beracun dan walaupun kita tidak tahu dengan tepat apa bahan kimia dalam vape itu tidak bermakna ianya selamat. Selain nikotin, cecair vape biasanya mengandungi gliserol (gliserin sayuran) dan propylene glycol (PG), dan bahan kimia yang digunakan untuk perasa. Walaupun bahan-bahan ini dianggap selamat untuk digunakan dalam kosmetik dan makanan, risiko jangka panjang untuk menyedut bahan ini tidak diketahui dan terus dikaji.
KEBURUKAN ROKOK ELEKTRONIK 5 Pihak berkuasa juga merupakan pihak yang penting untuk mengatasi masalah gejala ketagih nikotin dalam golongan anak muda.Antaranya,cara untuk mengatasi masalah ini adalah mengenakan denda kepada pesalah yang mereokok ditempat awam.contohnya memberikan denda yang setimpal seperti denda dengan jumlah yang banyak atau penjara selama setahun. Selain itu,pihak berkuasa juga boleh menghadkan kemasukan produk yang berkaitan dengan rokok.Contohnya rokok elektronik,rokok dan vape.Hal ini dapat mengurangkan populasi perokok di dalam negara terhadap barangan tersebut. Bahan yang tidak terkawal seperti merkuri dan sebagainya merupakan toksik kepada badan dan jika digunakan pada masa yang panjang akan menyebabkan banyak impak kepada organ manusia seperti paru-paru, buah pinggang, hati dan banyak lagi.
keBURUKan ROKOK ELEKTRONIK 6 * Nikotin juga dikatakan memberikan impak kepada jantung seseorang pada jangka masa yang panjang. Hal ini kerana, pengggunaaan vape akan menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon epinefrin dan hormon ini akan menyebabkan jantung seseorang berdegup dengan lebih kencang serta tekanan darah tinggi. Penggunaan nikotin juga dikatakan meningkatkan risiko sesorang untuk mendapatkan kanser.
KESAN VAPE/ ROKOK ELEKTRONIK Kandungan nikotina dalam vape atau rokok elektronik boleh membahayakan perkembangan otak remaja. Otak manusia akan terus berkembang sehingga usia 25 tahun. Penggunaan nikotina bagi golongan remaja boleh merosakkan bahagian otak yang mengawal tumpuan, pembelajaran, mood dan kawalan impuls. 7
LANGKAH MENGATASI dari segi kesihatan 8 Seseorang hendaklah memiliki kesedaran bahawa beliau ingin untuk berhenti merokok. Setelah itu, anda boleh untuk pergi ke mana-man klinik kesihatan terdekat iaitu 'Klinik Berhenti Merokok'. Di situ anda akan diberikan penjelasan berkenaan dengan program berhenti merokok yang merangkumi pakar farmasi, doktor, jururawat, pakar pemakakan dan juru kaunseling. Objektif klinik ini adalah seperti berikut: 1. Rehabilitasi Fizikal 2. Rehabilitasi Mental 3. Rehabilitasi Pemakanan 4. Program Pencegahan & Berhenti Merokok 5. Promosi Kempen Cara Hidup sihat
Langkah MENGATASI DARI SEGI KESIHATAN 9 * Anda akan menjalani sesi kaunseling secara berkala bersama dengan pakar farmasi dan juga juru kaunseling. * Mengikut tahap ketagihan seseorang, ubat juga akan ditawarkan iaitu Terapi Gantian Nikotin yang hadir dalam bentuk pelekat ataupun gula-gula getah. Selain itu terdapat juga ubat yang tidak berasaskan nikotin iaitu Varenicline.
langkah mengatasi dari segi fiqh KEMUDHARATAN ITU HARUS DIHALANGKAN 10 “Sesuatu yang mudharat yang terjadi atau perkara yang mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan. Jesteru itu tidak boleh melakukan kerosokkan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri dan orang lain” (al-Hariry : 1998). Menurut al-Sheikh Ibrahim Muhammad al-Hariry didalam kitab alMadkhal ila al-Qawa’id al-Fiqhiyyah: Menghilangkan kemudharatan itu terbahagi kepada tiga cara iaitu: Menjauhkan kemudharatan yang bermula dari permulaannya Wajib menghilangkan kemudharatan apabila ia berlaku Menolak kemudharatan mengikut kemampuan. Hadith Nabi SAW berkenaan kemudharatan perlu dihapuskan, seperti hadis daripada Abi Sai’d alKhudri R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: اَل َضَرَر َواَل ِضَراَر Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.”
KESIMPULAN 11 Kesimpulannya, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.
RUJUKAN https://helomedik.com/keburukan-vape-atau-rokokelektronik/#:~:text=Kandungan%20nikotina%20dalam %20vape%20atau,pembelajaran%2C%20mood%20da n%20kawalan%20impuls. https://www.halodoc.com/artikel/7-langkah-untukmenghentikan-kecanduan-vapor https://ecentral.my/bahayavape/#:~:text=Selain%20nikotin%2C%20cecair%20va pe%20biasanya,tidak%20diketahui%20dan%20terus% 20dikaji. https://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/infokesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadarwap-air https://edakwah.kelantan.gov.my/portal/books/%F0% 9F%94%96siri-32-larangan-melakukankemudharatan/#:~:text=%F0%9F%94%96Siri%2032%3 A%20Larangan%20Melakukan%20Kemudharatan,- Kategori%3A%20Renungan%20Hadis&text=Daripada %20Abu%20Sa'id%20ibn,%2DDaraqutnie%20dan%20l ain%2Dlain. 12