The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU31032 FALSAFAH DAN ISU TAJUK TUGASAN ANALISIS CERITA 'UPIN IPIN'

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by F3009 MUHAMMAD AZARUL BIN ABD AZIZ, 2023-06-15 15:15:05

MPU31032 FALSAFAH DAN ISU TAJUK TUGASAN ANALISIS CERITA 'UPIN IPIN'

MPU31032 FALSAFAH DAN ISU TAJUK TUGASAN ANALISIS CERITA 'UPIN IPIN'

POLITEKNIK UNGKU OMAR JALAN RAJA MUSA MAHADI 31400 IPOH, PERAK JABATAN KEJURUTERAAN AWAM PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM MPU31032 FALSAFAH DAN ISU TAJUK TUGASAN: ANALISIS CERITA 'UPIN & IPIN' BERDASARKAN KONSEP EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN ONTOLOGI NAMA PENSYARAH: ENCIK BUDI ALFAHMI BIN MOHD ZAID


MUHAMMAD AZARUL BIN ABD AZIZ 01BCT22F3009 MUHAMMAD NAZRUL NAIM BIN BASRI 01BCT22F3008 MUHAMMAD AFIQ BIN AZMI 01BCT22F3017 ABD HAKIM BIN ABD AZIZ 01BCT22F3011 MUHAMMAD DANIEL HAKIM BIN AZHARI 01BCT22F3012 AHLI KUMPULAN


PENDAHULUAN SINOPSIS PLOT CERITA WATAK PENGERTIAN EPISTIMOLOGI, AKSIOLOGI DAN ONTOLOGI EPISTEMOLOGI DALAM CERITA UPIN & IPIN (SKUAD BEBAS DENGGI) AKSIOLOGI DALAM CERITA UPIN IPIN ONTOLOGI DALAM CERITA UPIN IPIN KESIMPULAN RUJUKAN KANDUNGAN


Terdapat tiga cabang utama dalam filsafat ilmu yang sering menjadi pedoman iaitu ontologi, epistemologi, dan aksiologi (Suriasumantri, 1987). Ketiga-tiga cabang tersebut telah membolehkan manusia berupaya untuk mencari dan menggali eksistensi ilmu sedalamdalamnya. Hakikat apa yang ingin diketahui oleh manusia merupakan tonggak utama dalam ontologi. Dalam situasi ini, manusia ingin mengetahui tentang “ada” atau eksistensi yang dapat dicerap oleh pancaindera. Epistemologi merupakan landasan kedua filsafat yang mengungkapkan bagaimana manusia memperoleh pengetahuan atau kebenaran tersebut. Setelah memperoleh pegetahuan, manfaat apa yang dapat digunakan dari pengetahuan itu. Fenomena ini yang kemudiannya membawa kepada pemikiran kita melihat kepada konsep aksiologi iaitu filsafat yang membahas masalah nilai kegunaan dari nilai pengetahuan. Dengan itu, satu filem pendek yang bertajuk ‘Haikal’ akan dikaji untuk mencari tiga cabang utama filsafat ilmu iaitu ontologi, epsitemologi dan aksiologi. PENDAHULUAN


Upin & Ipin juga dikenali sebagai Upin & Ipin dan ;ايڤين دان اوڤين: Tulisan Jawi( Kawan-Kawan) ialah sebuah siri animasi tayangan singkat Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque Production, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut. Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui 17 musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui saluran YouTube rasmi Les' Copaque Production. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia. Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011 SINOPSIS


Sebuah filem pendek berepisod skuad bebas denggi telah menceritakan cara mencegah jangkit denggi dikampung mereka. Upin dan ipin adalah watak utama dalam cerita ini. Kampung mereka telah mewujudkan pelbagai program untuk menyeleasikan masalah denggi dikampung mereka agar mencapai tahap sifar jangkitan denggi di kampung mereka. Salah satu program yang telah diwujudkan adalah dengan wujudkan satu skuad bebas denggi. Skuad bebas denggi ini terdiri daripada penduduk kampung mereka, Upin Ipin serta rakan-rakan nya. Skuad ini ditubuhkan bertujuan dapat membasmi pembiakkan nyamuk eddes dikampung mereka. Skuad ini Berjaya mencegah Denggi Sehingga lah kampung mereka mencatat angka sifar terhadap jangkitan nyamuk eddes yang boleh menyebabkan denggi PLOT CERITA


WATAK-WATAK


Dalam kehidupan ini terdapat pelbagai ilmu pengetahuan. Setiap ilmu pengetahuan yang dikongsikan atau disebarkan mampu diterima oleh sesiapa sahaja. Namun, kaedah penerimaan dan pemikiran setiap individu adalah berbeza-beza. Oleh itu, epistimologi, aksiologi dan ontologi sering dikaitkan dengan sesuatu ilmu pengetahuan. Epistimologi merupakan tingkah laku yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu perkara lebih dalam dan lebih terperinci. Dalam bahasa Yunani, epistime bermaksud pengetahuan dan logi atau logo bermaksud logik akal. Setiap penerimaan sesuatu ilmu pengetahuan mestilah berkait dengan logik akal supaya dapat membuktikan bahawa ilmu pengetahuan tersebut adalah benar-benar wujud. PENGERTIAN EPISTIMOLOGI, AKSIOLOGI DAN ONTOLOGI


Setelah penerimaan sesuatu ilmu pengetahuan tersebut telah berlaku, setiap individu yang menerima ilmu tersebut pasti akan mempertanyakan kaedah untuk menggunakan ilmu pengetahuan tersebut di dalam kehidupan. Tingkah laku ini juga dikenali sebagai aksiologi. Tujuan utama aksiologi adalah untuk mengetahui manfaat daripada ilmu pengetahuan yang dikongsikan atau diterima di dalam kehidupan seharian. Ontologi merupakan ilmu pengetahuan yang membincangkan sesuatu perkara yang wujud dalam realiti. Perkataan Ontos adalah berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud wujud. Ia merupakan Ilmu falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah manusia. Dengan kata mudah, membincangkan sesuatu objek yang akan dikaji dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang diperoleh.


Epistemologi berasal dari perkataan Greek iaitu Episteme dan Logos. Epistemologi adalah berkaitan dengan pengetahuan dan pemahaman. Maksud ringkas epistemologi adalah teori atau kajian tentang pengetahuan. Penggunaan espitemologi biasa digunakan dalah menyiasat sifat pengetahuan, kepercayaan dan kaedah yang digunakan untuk memperoleh dan membenarkan suatu pengetahuan. Aplikasinya terdiri daripada falsafah dalam sains, etika dan kehidupan seharian untuk memahami sifat dan batasan pengetahuan. Pengetahuan dasar yang dimiliki oleh kita tentang risiko terhadap penyebaran nyamuk Aedes, serta pengenalan terhadap ciri-ciri nyamuk Aedes menunjukkan pemahaman tentang sifat pengetahuan. Kita dapat lihat pada minit ke 5.20 yang mempamerkan watak Tok Dalang yang memberi peringatan kepada Ah Tong supaya tidak mengambil ringan dengan nyamuk aedes kerana ianya boleh menyebabkan kematian. Di babak yang sama kita dapat lihat yang Tok Dalang turut berkongsi pengetahuan umumnya mengenai ciri-ciri nyamuk aedes dengan melihat kewujudan belang hitam ddan putih pada nyamuk. Dalam babak pendek ini sahaja kita sudah dapat melihat akan pentingnya ilmu dalam kehidupan untuk dijadikan amalan dan pengajaran. Seterusnya Upin dan Ipin juga menunjukkan sifat yang rajin dan berpengetahuan walaupun masih kanak-kanak. Hal ini ditunjukkan pada minit ke 11.30, yang mana walaupunn mereka mengeluh dari kerja membersihkan halaman rumah, mereka tetap melakukannya kerana memahami akan sifat nyamuk dan kepentingan menjaga kebersihan rumah. Pada masa yang sama, kita dapat lihat Kak Ros menjelaskan kepada Upin dan Ipin akan kaedah menggunakan perangkap jentik-jentik. Kak Ros juga menerangkan tentang cara alat tersebut berfungsi dari mula hingga akhir. Ini menunjukkan pemahaman Kak Ros dalam hal sains dan sifat nyamuk yang mendalam. EPISTEMOLOGI DALAM CERITA UPIN & IPIN (SKUAD BEBAS DENGGI)


Aksiologi mempertimbangkan berbagai aspek nilai, termasuk nilai moral, estetika (nilai keindahan), nilai epistemologis (nilai pengetahuan), dan nilai-nilai politik. Para filosof aksiologi berusaha menjawab pertanyaan seperti: Apa yang membuat suatu tindakan atau keputusan menjadi baik atau buruk? Apa yang membuat suatu karya seni memiliki nilai estetika? Bagaimana kita dapat menentukan nilai-nilai yang benar dan salah? Bagaimana kita dapat mencapai kebaikan atau tujuan moral? Aksiologi juga melibatkan pembahasan tentang sifat nilai, hierarki nilai, konflik nilai, dan implikasi nilai dalam konteks sosial, budaya, dan individual. Beberapa teori etika, seperti etika deontologis (berdasarkan kewajiban), etika utilitarian (berdasarkan akibat), dan etika kebajikan (berdasarkan karakter yang baik), termasuk dalam domain aksiologi. Dalam cerita upin ipin, kita buleh lihat nilai aksiologi melalui persahabatan.Kisah Upin & Ipin sering menyoroti pentingnya persahabatan. Karakter-karakter dalam cerita ini saling peduli, membantu satu sama lain, dan bersama-sama menghadapi tantangan. Ini mengajarkan nilai-nilai kerjasama dan dukungan dalam hubungan persahabatan. AKSIOLOGI DALAM CERITA UPIN IPIN


ONTOLOGI DALAM CERITA UPIN IPIN Dalam ontologi, terdapat berbagai pendekatan dan teori yang berbeda. Misalnya, pendekatan realis berpendapat bahwa entitas-entitas memiliki keberadaan yang objektif dan independen dari persepsi manusia, sementara pendekatan konstruktivis berpendapat bahwa keberadaan dibentuk melalui konstruksi sosial atau persepsi subjektif. Ada juga pertanyaan tentang apakah entitas abstrak seperti konsep dan angka memiliki keberadaan yang independen atau hanya merupakan produk pemikiran manusia. Antara nilai ontologi dalam cerita upin ipin ialah tentang sifat kehidupan dan kematian. Meskipun tema ini tidak muncul secara langsung dalam cerita, kenyataan bahwa Upin & Ipin adalah anakanak menunjukkan pemahaman tentang siklus kehidupan dan kematian. Ontologi mengajarkan bahwa keberadaan adalah sementara dan semua entitas memiliki awal dan akhir. Meskipun tema ini tidak dieksplorasi secara mendalam dalam cerita, tetapi kesadaran tentang sifat kehidupan dan kematian dapat terasakan dalam pemahaman ontologis yang melandasi cerita tersebut.


KESIMPULAN KESIMPULANNYA, TERDAPAT BANYAK PENGAJARAN YANG KITA DAPAT PEROLEH DARI ANIMASI BERSIRI ‘UPIN DAN IPIN’ INI. PERSEKITARAN DI SEKOLAH DAN RUMAH MEMPUNYAI PENGARUH YANG BESAR TERHADAP PERKEMBANGAN SEORANG MURID. SEBAGAI IBU BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB SEHARUNYA SENTIASA MENGAJAR ANAK-ANAK SUPAYA SENTIASA HORMAT KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM. SELAIN ITU, MURID JUGA SEPATUTNYA DIDIDIK UNTUK MENGAMALKAN BUDI BAHASA DALAM HUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT LAIN. DI SAMPING ITU, GURU SEKOLAH MEREKA JUGA SEHARUSNYA BERSIKAP ADIL TERHADAP PELAJAR TANPA MENGIRA AGAMA DAN KETURUNAN.


RUJUKAN HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH? V=X3WUBC1TMPS (LINK VIDEO UPIN DAN IPIN) BAKHTIAR, AMSAL. 2010. FILSAFAT ILMU. JAKARTA: PT RAJA GRAFINDO PERSADA SURAJIYO. 2010. FILSAFAT ILMU DAN PERKEMBANGANNYA DI INDONESIA. JAKARTA: BUMU AKSARA CHASANAH, U. (2017). ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN AKSIOLOGI PENDIDIKAN. TASYRI’: JURNAL TARBIYAH SYARI’AH ISLAMIYAH, 24(01), 77-92. RETRIEVED FROM HTTP://EJOURNAL.KOPERTAIS4.OR.ID/PANTURA/I NDEX.PHP/TAS YRI/ARTICLE/VIEW/3177 BAHRUM, B. (2013). ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN AKSIOLOGI. SULESANA: JURNAL WAWASAN KEISLAMAN, 8(2), 35-45. HTTPS://DOI.ORG/10.24252/.V8I2.1276 GIVAJI, N. (2020). PAMPHLET- SISTEM EKOLOGIKAL RETRIEVED FROM HTTPS://WWW.STUDOCU.COM/MY/DOCUMENT/QU EST INTERNATIONAL-UNIVERSITYPERAK/HUBUNGAN ETNIK/PAMPHLET-SISTEMEKOLOGIKAL/1148403


Click to View FlipBook Version