The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pavalanshankar, 2021-12-22 09:54:19

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 Kitar Semula

AMALAN KITAR SEMULA

ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman

1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan 2
3. Objektif Kerja lapangan 3
4. Kawasan kerja lapangan 4
5. Kaedah kerja lapangan 5
6. Hasil kerja lapangan 6-9
7. Rumusan 10
8. Rujukan 11
9 Lampiran 12-18

1.0 PENGHARGAAN

Saya,Pavalan Shankar ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Tuan Razali bin Tamadi, pengetua, Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, kerana memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja lapangan
ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru
geografi saya, Puan Hanifa binti Jamaluddin yang sentiasa
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa saya dan ahli keluarga saya yang memberikan sokongan
dan dorongan sepanjang kerja lapangan ini dilaksanakan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, Samueldass A/L
Sandanadass , Alisha binti Raimee dan Sharanya A/P Anand
Kumar atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
responden dan semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kerja lapangan ini.

1

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah diberi tugasan oleh guru Geografi saya, Puan
Hanifah untuk menjalankan kajian luar tentang amalan kitar
semula. Setiap pelajar menjalankan satu kerja lapangan bagi
memenuhi sukatan pelajaran mata pelajaran Geografi
tingkatan 3. Saya telah menjalankan kajian tentang amalan
kitar semula di kawasan Taman Selesa Jaya. Saya memilih
Taman Selesa Jaya kerana tempat ini merupakan tempat
tinggal saya. Oleh itu, lebih mudah untuk saya menjalankan
kajian di sini. Saya juga mendapati terdapat penduduk
kawasan ini yang tidak mengamalkan kitar semula dan
melakukan perkara-perkara yang membolehkan pencemaran
berlaku. Perkara ini membolehkan saya membuat
pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh untuk
menyempurnakan tugasan saya ini.
Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah (PdPR)
pada waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi selama
sebulan.

2

3.0 OBJEKTIF KERJA LAPANGAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Selesa Jaya,Johor
Bahru , Johor bertujuan untuk:
3.1 : Memahami konsep dan elemen kitar semula
3.2 : Mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar di

Taman Selesa Jaya

3.3 : Mengkaji halangan yang dihadapi bagi melaksanakan
amalan kitar semula

3.4 : Menghuraikan usaha yang dapat dilaksanakan untuk
meningkatkan amalan kitar semula di Taman Selesa Jaya

3.5 : Mengkaji dan menghuraikan cadangan untuk
mengurangkan masalah pembuangan sampah di
kawasan kajian

3

4.0 KAWASAN KERJA LAPANGAN

Kawasan yang saya kaji ialah Taman Selesa Jaya, gambar di
bawah adalah peta sekitar Taman Selesa Jaya.

4

5.0 KAEDAH KERJA LAPANGAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Selesa Jaya,Johor
Bahru,Johor. Untuk membuat kerja lapangan saya,saya
telah menggunakan 3 kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat dan data. 3 kaedah tersebut ialah :

Kaedah pertama : Pemerhatian
Dengan kaedah ini,saya memerhatikan kawasan sekitar
Taman Selesa Jaya untuk mendapatkan beberapa
maklumat seperti pandang darat fizikal, pola
petempatan dan masalah petempatan.

Kaedah kedua : Rujukan
Kaedah rujukan ini banyak membantu saya menyiapkan
tugasan ini. Melalui rujukan Internet, saya dapat
memperolehi maklumat dan data mengenai
pencemaran di kawasan kajian saya iaitu Taman Selesa
Jaya.

Kaedah Ketiga : Kaedah Soal Selidik
Saya telah temu ramah seramai 15 orang responden
yang terdiri daripada penduduk di Taman Selesa Jaya
dengan menggunakan borang soal selidik atas talian
yang diedarkan menggunakan Google Form yang telah
saya sediakan.

5

6.0 HASIL KERJA KERJA LAPANGAN

A) Konsep dan takrifan kitar semula
Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi
bahan dan objek baharu. Kitar semula bahan bergantung
pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat yang
ada pada keadaan asli atau asal. Ini adalah alternatif untuk
pembuangan sampah "konvensional" yang dapat
menjimatkan bahan dan membantu menurunkan
pelepasan gas rumah hijau. Kitar semula dapat mencegah
pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan
mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, sehingga
mengurangkan: penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tempat pembuangan
sampah).
Selain itu ,menurut Buku Teks KSSM Tingkatan 3 kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
maksud mengahasilkan keluaran.

6

B)Latar Belakang Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya iaitu Taman Selesa Jaya mempunyai
tanah yang pamah. Saya didapati ramai penduduk di Taman
Selesa Jaya mengamalkan amalan kitar semula manakala
segelintir masyarakat tidak bertanggung jawab untuk
mengamalkan amalan tersebut dan membuang sampah
merata-rata tempat serta tidak membuang sampah ke dalam
tong sampah dengan betul.

7

C) Dapatan tentang amalan kitar semula di Kawasan kajian
Saya telah mendapat tahu bahawa ramai masyarakat
yang mengamalkan amalan kitar semula di tempat
tinggal masing-masing. Kebanyakan penduduk telah
menyatakan bahawa mereka akan mengitar semula
untuk mendapatkan persekitaran yang bersih. Selain itu
,kebanyakan masyarakat mengitar semula dalam
kalangan 20 tahun hingga 30 tahun.

8

D) Cadangakn usaha untuk meningkatkan amalan kitar
semula dalam kalangan masyarakat.
1) Ibu bapa perlu memberikan didikan kepada anak-anak
mereka dari kecil untuk memberikan pengetahuan
tentang kepentingan amalan kitar semula.
2) Pihak sekolah boleh mengajar murid tentang cara
mengitar semula dengan cara yang betul. Hal ini
demikian kerana agar murid-murid tidak salah faham
konsep kitar semula.
3) Pihak kerajaan juga boleh membuat kempen
berkaitan amalan kitar semula. Oleh itu,pihak
kerajaan dapat memberi kesedaran tentang
kepentingan mengitar semula kepada orang ramai.

9

7.0 RUMUSAN

Saya telah membuat kajian di kawasan Taman Selesa Jaya,
Johor Bahru, Johor mengenai amalan kitar semula. Saya
dapati amalan kitar semula merupakan amalan yang penting
dalam kehidupan seharian untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar yang dialami pada masa kini. Amalan kitar
semula mudah untuk diamalkan dan tidak memakan masa
yang banyak serta memberi pelbagai kesan baik kepada
masyarakat lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga
penduduk yang masih bersikap tidak bertanggungjawab
terhadap amalan kitar semula. Hal ini kerana segelintir
penduduk tidak ke tempat tong-tong kitar semula untuk
mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula.
Sebagai penduduk kawasan ini, saya berasa bangga kerana
sesetengah penduduk mempunyai kesedaran tentang
kepentingan amalan kitar semula. Kerjasama yang erat
antara penduduk di kawasan ini telah mengurangkan
pencemaran alam sekitar.

10

8.0 RUJUKAN

Buku

- Ahmad Abd Rahman,Rajini Gauri dan Pau Anak
Utek,2018,Geografi Tingakatn 3,Johor Bahru:IMS Books
Trading SDN.BHD

Internet

- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

Melawat tempat kerja lapangan

- Sri Bayu Apartment, Jalan Silat Harimau 21, Bandar
Selesa Jaya, Taman Selesa Jaya,81300,Skudai,Johor
Bahru,Johor.

11

9.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1:Surat Maklumat kepada Ibu Bapa/Penjaga

12

LAMPIRAN 2: Surat Makluman Akuan Diri Murid

13

LAMPIRAN 3: Surat Perakuan Murid Tentang Keaslian Kajian

14

Borang Soal Selidik(Belum Diisi)
15

Borang Soal Selidik (Diisi)
16

17

18

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version