The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hakimi16arif, 2023-04-20 01:58:14

BMMB1114 Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi

Tugasan 4 Penghasilan Produk

B M M B 1114 Pengenalan Siste m E jaan Ja w i dan R u m i T U G A S A N 4 : P E N G H A S I L A N P R O D U K D I S E D I A K A N O L E H : A R I F H A K I M I B I N N O O R A Z M I


PENGHARGAAN Bismilahirrahmanirahim,alhamdulilah saya bersyukur dengankehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya,saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan penuh jayanya.Saya mengucapkan penghargaan kepada Encik Mohd Zuhairi bin Raffien kerana di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya.Selain itu,saya turut ingin mengucapkan ribuanterima kasih kepadarakan-rakan seperjuangan saya yang telahbanyak membantu saya sepanjang tugasan ini berlangsung.Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi saya semangat agar tidak berputus asa dalam melakukan tugasan ini.Dalam menyiapkan tugasan ini juga,banyak yang telah saya pelajari yang telah memberi saya seribu makna dalam menimba ilmu-ilmu ini.


ISI KANDUNGAN 1.0)PENGENALAN 2.0)SEJARAH TULISAN KHAT 3.0)JENIS-JENIS TULISAN KHAT 3.1)KHAT KUFI 3.2)KHAT THULUTH 3.3)KHAT NASAKH 3.4)KHAT FARISI 3.5)KHAT RIQ'AH 3.6)KHAT DIWANI 3.7)KHAT DIWANI JALI 3.8)KHAT RAIHANI 4.0)CONTOH HASIL TULISAN TANGAN KHAT NASAKH 5.0)KESIMPULAN SUMBER RUJUKAN


PENGENALAN Pada era globalisasi ini, tulisan khat semakin dilupakan oleh segelintir masyarakat melayu. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa tulisan khat merupakan satu tulisan yang sukar untuk dipelajari tetapi sebaliknya tulisan khat ini merupakan satu tulisan yang indah untuk dikuasai. Apakah itu tulisan khat atau dikenali juga sebagai seni khat? Dari segi bahasa, khat merupakan satu proses memindahkan idea-idea dari pemikiran kepada alam nyata atau metarial seperti kertas, kulit, batu dan sebagainya melalui hasil kerja pena dan tangan. Sesetengah ahli bahasa ada menyamakan makna khat dengan tulisan simbolik nombor kaligrafi dan hireografi. Selain itu, dari sudut istilah pula, khat ialah mengambarkan lafaz-lafaz dan ibarat dalam bentuk huruf-huruf dan abjad mengikut hukum - hukum tertentu seperti seni tata letak , atur huruf, reka bentuk, tanda bernoktah, penyusunan dan sebagainya. Secara asasnya, khat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat itu sendiri membawa maksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisantulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang sangat indah dan halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat.


Setiap pelukis yang berhasrat untuk mempelajari seni khat; mereka dimestikan mempelajari seni khat melalui guru yang diilctirafkan oleh badan yang berwajib. Ilmu yang diperturunkan kepada pelajar-pelajamya dilakukan dengan latihan kemahiran menulis dan penghayatan pengertian ayat-ayat suci. Manakala pereka dan tukang khat berfungsi dalam menJana proses pengkaryaan dan seterusnya memindahkan tulisan tersebut dalam bentuk-bentuk seperti pahatan, ukiran, lukisan, seramik, dan lain-lain kemahiran terhadap penggunaan bahan yang memungkinkan seni khat dapat dipelbagaikan dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Tradisi ilmu seni khat yang diturunkan dari generasi ke generasi, di mana kesenian ini dipertahankan bagi melahirkan ahli-ahli khatat masa depan sebagai nadi penyambung usaha untuk memelihara kejituan kesenian ini. Seni khat melambangkan kehalusan dan kehannonian dari aspek bentuk yang diwahyukan oleh AUah s.w.t. . Antara tujuan mempelajari ilmu seni khat ini ialah untuk membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.


Sejarah Tulisan Khat Setelah pembaharuan serta evolusi berlaku dalam tulisan Arab, seni khat turut melalui zaman perubahan sehingga terhasilnya pelbagai gaya dan jenis tulisan khat. Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Eropah, Afrika, Hindi, China dan Asia Tenggara, telah membawa agama Islam bersama-sama seni khat untuk disebarkan kepada masyarakat. Pada asalnya tulisan Arab dan seni khat menjadi tulisan utama bangsa Arab, namun setelah wilayah Islam berkembang luas, aksara dan perkataan Arab turut mempengaruhi penulisan dan pertuturan warga setempat. Sebagai contoh apabila Islam berkembang ke wilayah utara Afrika seperti Maghribi, Islam tidak sekadar menjadi agama bagi masyarakat di sana, tetapi turut berlaku migrasi budaya melalui perkahwinan, bahasa, adat budaya dan gaya penulisan. Bangsa Maghribi telah memperkenalkan sejenis gaya khat iaitu Khat Kufi Maghribiy berbentuk mirip Khat Kufi. Bahkan tulisan tersebut menjadi salah satu daripada tulisan khat yang diiktiraf. Selain itu, pengaruh Islam ke atas Turki, Parsi dan Hindi juga telah memberi kesan yang sangat mendalam terutama dari segi penulisan dan bahasa. Contohnya, bangsa Turki telah menggunakan aksara Arab sebagai penulisan bahasa Turki, begitu juga bangsa Parsi dan bangsa Hindi. Maka, kesan pengaruh tersebut membawa kepada timbulnya seni Khat Parsi atau Nasta’liq.


Asas seni Khat yang timbul pada awalnya hanya seni Khat Kufi, namun setelah perkembangan tulisan Arab yang begitu hebat, maka lahirlah pelbagai gaya khat bertujuan untuk mengindahkan lagi seni khat (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat, 1939). Tujuan utama seni khat tidak sekadar menjadi tulisan pada dokumentasi rasmi kerajaan, bahkan sebagai penghias kepada dinding-dinding masjid, bangunan kerajaan, rumah persendirian dan pelbagai lagi. Bahkan seni khat menjadi tulisan rahsia kerajaan Turki Othmaniah bagi menyampaikan maklumat rahsia kerajaan (Mohd Bakhir Hj. Abdullah 2006). Manakala di Nusantara, kedatangan Islam adalah seiring dengan percambahan ilmu di dalam Islam sama ada dari segi Fiqh, Tauhid, Tasawwuf dan Nahu. Tidak terkecuali seni khat turut menjadi pengajian utama masyarakat Islam di Nusantara yang mengandungi kerajaan Melayu Kelantan, Melaka, Pattani, Sulu, Jawa, Sunda dan Acheh. Kesan daripada pengaruh seni khat telah mempengaruhi gaya tulisan seni manuskrip di dalam kitabkitab Jawi silam. Ini dapat dilihat di dalam Nazham Syair Shufi yang dikarang oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar tahun 1323 Hijrah yang ditujukan kepada Raja Kelantan telah menggunakan pelbagai jenis khat dan juga gaya tulisan tangan yang biasa. Contohnya, syair Syeikh Ahmad al-Fathani di Maqam ibn Abbas, gaya seni khat yang digunakan sangat mirip kepada gaya Khat Nasakh (Wan Mohd Shagir Abdullah, 1993).


Jenis-jenis T ul isan K hat Khat Diwani Khat Kufi Khat Thuluth Khat Nasakh Khat Farisi Khat Riq'ah 01 02 03 04 05 06 07 Khat Diwani Jali 08 Khat Raihani


Khat Kufi berasal dari Kufah. Khat ini dijadikan hiasan pada bangunan masjid, bangunan pemerintah, kubah atau menara azan pada zaman Abasiah. Al-Quran yang pertama ditulis dalam bentuk khat kufi. Khat kufi terbahagi kepada empat jenis iaitu kufi kuno,kufi fatimi,kufi empat segi dan kufi moden. Khat Kufi


Khat Thuluth kebanyakannya digunakan untuk hiasan sahaja seperti yang terdapat dalam mashaf uthmani (Al-Quran), nama buku atau kitab dan untuk tujuan yang lain. Thuluth itu sendiri bermaksud satu pertiga.Pengasas bagi khat ini ialah Ibnu Muqlah. Khat Thuluth


Tulisan khat jenis Nasakh ini paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku keagamaan. Tulisan khat jenis ini lebih mudah dibaca dan tidak mengelirukan. Khat Nasakh dilengkapkan oleh penulis Arab iaitu Al-Wazir Abu Aly Muhammad Ibn Muglah dan adiknya Abu Abdullah al-Hassan. Mereka mewujudkan peraturan untuk penulisan Khat Nasakh dengan menentukan panjang pendek huruf dan jarak antara huruf. Khat Nasakh


Khat Farisi ini mula berkembang di Parsi. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat Farisi banyak digunakan dalam penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan dalam bahasa Urdu juga ditulis dengan khat ini. Khat jenis ini digunakan dengan meluas di Parsi, Pakistan dan Turki Khat Farisi


Khat Riq'ah ini lebih mudah dan dapat ditulis dengan cepat. Khat Riq'ah ini sering digunakan untuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar universiti untuk mengambil nota kuliah. Riqah itu membawa maksud cebisan kertas dan disahkan oleh Mumtaz Bik. Khat Riq'ah


Diwani membawa erti catatan atau analogi karangan. Khat Diwani digunakan secara meluas semasa pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Khat ini turut berfungsi sebagai perhiasan selain untuk urusan rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Khat Diwani


Khat Diwani Jali mempunyai sedikit perbezaan berbanding khat Diwani. Khat Diwani Jali lebih banyak bentuk, rumit penulisannya, lebih cantik dan estatik. Khat Diwani Jali selalunya diubah dalam bentuk daun, perahu, ikan , burung dan sebagainya Khat Diwani Jal i


Khat Raihani hampir menyerupai khat Thuluth. Huruf khat Raihani agak besar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. Khat Raihani


TEMA DALAM KHAT THULUTH


KESIMPULAN Jelaslah bahawa tulisan khat merupakan satu tulisan yang unik dan menarik untuk kita pelajar. Kita seharusnya memanfaatkan tulisan Khat ini dengan menggunakannya dalam penulisan kita sebagai tanda kita menghargai tulisan khat ini. Kita juga boleh menggunakan semua jenis tulisan Khat yang ada seperti khat nasakh dan khat thuluth.


Sumber Rujukan qq, D. (2012, Jun 28). Seni Khat. Retrieved format Slideshare: https://www.slideshare.net/Sliderz09/seni-khat Syamimi, L. (2023,March 6). Jenis Seni Tulisan Khat Dalam Islam.Retrieved from Taqwa: https://taqwa.my/jenis-khat/ Mahasiswa, M. F. (2007, Jun 16). Sejarah Ringkas Seni Khat. Retrieved from Callidesign: https://callidesign.blogspot.com/2007/06/sejarah-ringkas-seni-khat.html Mustafa Hj Daud, 1987. Pengantar Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Media Indah SDN.BHD.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version