The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN BEST ACTOR TAHUN 2022 edit

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azamanabdulrahman1993, 2022-09-26 02:47:07

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN BEST ACTOR TAHUN 2022 edit

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN BEST ACTOR TAHUN 2022 edit

 1.0 PENDAHULUAN
 1.1 Pengenalan

 Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir
secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (KPM,
2011) Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan
menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik.

 Proses pembelajaran dan pengajaran matematik memberi
keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi
membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik
yang dipelajari. Strukutur pendidikan matematik sekolah rendah di negara kita
dibahagikan kepada dua iaitu Tahap I dan Tahap II yang mempunyai tujuan
tertentu seperti dalam jadual di bawah.

 Tujuan kurikulum KSSR membantu murid membina konsep nombor dan menguasai
kemahiran asas mengira. Murid-murid hendaklah meguasai kemahiran asas dalam mengira seperti
menambah, menolak, mendarab dan membahagi. Murid-murid akan dibimbing untuk menguasai
empat bidang asas dalam Matematik iaitu Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan
Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian.

 Pembelajaran Matematik di sekolah rendah adalah sangat penting dan menjadi asas kepada
murid-murid untuk memahami bidang-bidang lain dalam pembelajaran. Penguasaan yang kukuh dalam
kemahiran asas Matematik akan melahirkan murid-murid yang berfikiran kritikal dan analitikal. Dengan ini, kita
dapat melahirkan murid yang mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menyelesaikan masalah harian
dengan lebih berkesan.

 Sekolah Kebangsaan Selama (K) adalah sebuah sekolah gred kurang murid yang terletak di Selama
Kedah,Kedah. Sekolah ini mempunyai 240 orang murid dan sekolah ini mempunyai satu sesi persekolahan iaitu
sesi pagi sahaja. Setiap tahap dibahagikan kepada 2 kelas iaitu Toyyibah dan Syaja’ah

 Murid-murid sekolah ini terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang. Kebanyakan murid berasal daripada

kampung – kampung yang berhampiran dan taraf sosialnya adalah sederhana. Pencapaian murid-murid secara

keseluruhan adalah rendah iaitu 60%( berdasarkan keputusan upsr 2013). Secara khususnya , pencapaian murid-

murid bagi mata pelajaran matematik ialah 75 peratus sahaja.

 Murid-murid kelas Syaja’ah secara khususnya menghadapi beberapa masalah dalam pembelajaran ,
sehingga mereka ketinggalan terlalu jauh berbanding dengan murid-murid kelas lain. Kebanyakan murid-murid
ini mempunyai motivasi yang rendah dan tidak berminat dalam mempelajari ilmu. Mereka juga sangat lemah
dalam menyelesaikan pengiraan melibatkan operasi asas dan memahami sesuatu konsep dalam matapelajaran
Matematik

 Saya telah berkhidmad selama 24 tahun dalam profesion perguruan dan mengajar matapelajaran Matematik bagi sekolah rendah.
Setiap tahun saya diberi tanggungjawab bagi mengajar Matematik Tahun 3 dan Tahun 6. Tahun ini saya telah diberikan kelas 3 Syaja’ah
iaitu kelas yang mempunyai murid-murid yang lemah dalam pelajaran.

 Dalam menjalankan tugas saya sebagai pendidik , saya telah menghadapi beberapa masalah dalam pengajaran saya. Terutama
semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kelas 3 Syaja’ahr. Antara isu yang pernah dihadapi oleh saya:

 1.2.1 Isu pertama; Membaca dan menulis nilai nombor dalam perkataan.

 Segelintir murid tidak dapat membaca atau menyebut dan menulis nilai nombor dalam perkataan.
Contohnya seperti rajah 1 dibawah menunjukan kesalahan bagi salah seorang murid iaitu ‘ menulis
enam puluh ribu empat ribu tiga ratus dua sa’. Di mana murid ini menulis nilai tempat dalam
menukarkan nombor dalam perkataan.



 1.2.2 Isu kedua ; Pembundaran nombor bulat.

 Ada beberapa orang murid yang tidak dapat membundarkan sesuatu nombor dengan betul dan
tepat. Ini kerana mereka keliru semasa proses pembundaran. Murid-murid juga keliru dengan garis
nombor yang menunjukan konsep pembundaran. Rajah 2 menunjukan beberapa kesalahan dalam
pembundaran yang dibuat oleh murid-murid 3 Syaja’ah.



 1.2.3 Isu ketiga; Menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah dalam bentuk lazim.

 Seramai 10 orang murid dalam kelas ini tidak menguasai kemahiran menyusun nombor mengikut
nilai tempat dan menambah dalam bentuk lazim sebarang nombor hingga 100000. Murid-murid
menghadapi masalah semasa menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah nombor
seperti dalam rajah 3 dibawah.



 2.1 Isu /masalah kajian

 Setelah membuat refleksi daripada pengajaran dan hasil perbincangan bersama murid, satu jalan penyelesaian perlu di cari bagi
mengatasi kesemua masalah itu secara turutan dan kepentingan. Setelah menganalisis semua isu yang timbul dan mendapati bahawa isu
menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah dalam bentuk lazim adalah masalah yang perlu diselesaikan dahulu daripada
tiga isu yang disenaraikan. Ini kerana masalah menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah adalah menjadi kemahiran yang
utama dalam semua topik mengikut sukatan pelajaran.

 Saya memilih dan memberikan perhatian yang lebih terhadap masalah ini kerana
kemahiran menambah adalah suatu kemahiran yang spesifik , dan semua insan perlu
mengetahuinya bagi menghadapi masalah dalam kehidupan harian mereka. Kedua, saya
mendapati bahawa kemahiran ini sering diuji dalam peperiksaan dan kemahiran ini adalah
asas dalam membuat pengiraan.

 Berikut adalah contoh hasil kerja murid yang melibatkan isu menyusun
mengikut nilai tempat dan menambah dalam bentuk lazim.

Murid A

Murid ini menghadapi masalah penyusunan nombor mengikut nilai tempat.

Murid B

Murid ini menghadapi masalah dalam penyusunan nombor dan menambah nombor.

Murid C

Murid ini menguasai kemahiran menambah tetapi cara menyusun nombor adalah salah.

Murid D

Murid ini tidak menguasai kemahiran menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah
dalam bentuk lazim.

Murid E

Murid ini tidak menguasai kemahiran menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah
dalam bentuk lazim.

 Rajah 4 di atas menunjukan hasil kerja yang dibuat oleh 5 orang murid dari
kelas 4 Syaja’ah. Murid A,B,C,D dan E melakukan kesalahan yang sama dari
segi penyusunan nombor mengikut nilai tempat dan cara menambah nombor
dalam bentuk lazim.

 2.2.2.1 Kaedah pengajaran menggunakan carta nilai tempat

 Bagi mengatasi masalah ini saya telah pun mencuba beberapa kaedah dalam
amalan pengajaran. Saya telah menggunakan carta nilai tempat seperti dalam
rajah 5. Setelah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti di
rajah 5, saya mendapati bahawa masih terdapat lagi murid- murid yang tidak
menguasai kemahiran menyusun nombor mengikut nilai tempat dan
menambah.

Puluh Ribu Carta nilai tempat Ratus Puluh sa

Ribu

Murid dibimbing untuk menggunakan carta nilai tempat bagi menyelesaikan soalan penambahan.

 2.2.2.2 Saya juga menggunakan kaedah pencerakinan nombor seperti dalam rajah 6
untuk menyelesaikan soalan penambahan. Namun saya mendapati bahawa masih
terdapat 5 orang murid-murid ini melakukan kesilapan yang sama semasa menjawab
soalan operasi penambahan dalam bentuk lazim dengan menggunakan kaedah
cerakainkan nombor.

Murid perlu mencerakinkan nombor mengikut nilai digit sebelum menambah.

CRonAtohJ:AH 6

2 205 + 2 321 + 4 030 =

2 205 + 2 321 + 4 030 =

2 000 2 00 5
2 000 + 3 00 +1
+4 000
8 000 5 00 6

8 000 20 8 000
500 + 30 500
50 50
50
+6 +6
8 556 8 556
20
+ 30
50
5
+1

6
2 00
+ 3 00
5 00
2 000
2 000
+4 000
8 000

 2.2.3 Cadangan kaedah alternatif bagi menyelesaikan isu menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah nombor dalam bentuk lazim.

 Dalam kajian tindakan ini, saya mengkaji cara menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan Blok Dienes dan kad nombor. Saya telah
menamakan teknik ini sebagai teknik Kingdom Tower. Ini kerana blok dienes akan kelihatan seperti tower jika disusun tegak. Kegagalan murid dalam
menguasai konsep asas matematik menyebabkan mereka ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai dalam pelajaran subjek
Matematik. Setelah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Syaja’ah saya mendapati bahawa terdapat murid yang menghadapi masalah dalam
menegenal pasti nilai tempat yang menimbulkan kesukaran dalam menyelesaikan operasi asas Matematik. Kajian ini memerihalkan bagaimana saya
membantu murid – murid kelas 4 Syaja’ah dalam menguasai kemahiran menyusun nombor mengikut nilai tempat dan penambahan dalam bentuk lazim
dengan bantuan penggunaan teknik kingdom ( blok Dienes dan kad nombor).

 Saya akan memberi fokus terhadap penggunaan blok Dienes dan kad nombor dalam mengajar topik penambahan bagi murid Tahun 4 Mawar.
Saya memilih kaedah ini kerana penggunaan bahan konkrit dalam pembelajaran Matematik dapat membantu murid dalam lingkungan usia 7-11 tahun untuk
membina konsep Matematik dengan lebih efektif. Menurut Piaget (1936), kanak-kanak pada peringkat ini hanya dapat membentuk sesuatu konsep dengan
bantuan objek yang konkrit. Oleh itu, saya berpendapat bahawa wujudnya keperluan untuk menggunakan objek yang konkrit dalam menyampaikan
pengajaran berasaskan pengalaman langsung.

 Penggunaan blok Dienes dalam pembelajaran matematik adalah satu pendekatan yang praktikal dan memusatkan murid. Blok Asas Dienes
merupakan alat manipulatif matematik yang digunakan untuk mengajar murid pelbagai konsep nombor seperti nilai tempat, penambahan, penolakan,
pendaraban dan bahagi. Alat manipulatif ini dicipta oleh ahli matematik Zoltan Paul Dienes.



 sa puluh ratus ribu

 Penggunaan bahan manipulasi atau bahan konkrit secara berterusan dalam jangka masa yang panjang dalam pembelajaran
matematik meningkatkan pencapaian murid. Oleh itu, saya berharap penggunaan blok Dienes dalam pengajaran topik penambahan akan
membantu murid menguasai kemahiran penambahan ini.

 Saya memilih blok Dienes dan kad nombor untuk mengajar murid operasi penambahan atas beberapa sebab. Pertamanya,
faktor fizikal blok Dienes. Murid-murid sekolah rendah mudah membina sesuatu konsep dengan lebih bermakna jika konsep itu
diperkenalkan dalam bentuk konkrit sebelum ke abstrak. Blok Dienes membantu murid melihat perbezaan nilai satu, sepuluh, ratus dan
ribu dengan jelas.

 Kedua, penggunaan Blok Dienes dan kad nombor dalam pengajaran operasi
penambahan membantu murid untuk membina pengalaman secara langsung yang
memberikan peluang pembelajaran yang bermakna. Ia juga membantu murid menjana idea
yang tepat tentang makna penambahan. Selain itu, penggunaan bahan manipulatif ini juga
akan menarik minat murid dalam pembelajaran.

 2.3.1.1 Projek Matematik Nuffield (1964)

 “Projek matematik Nuffield (1964) memperkenalkan pendekatan dan kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
di sekolah rendah. Falsafah projek matematik Nuffield dihuraikan seperti berikut:

 Saya mendengar, saya lupa;

 Saya melihat, saya ingat;

 Saya membuat , saya faham;

 Berlandaskan kepada falsafahnya, objektif Projek Matematik Nuffield ialah membimbing murid-murid yang berumur 5 tahun
hingga 13 tahun belajar matematik melalui pengalaman konkrit . Untuk mencapai objektif tersebut, di antara pendekatan pengajaran dan
pembelajaran , strategi pemusatan murid dan bahan , kaedah inkuiri – penemuan dan kaedah projek adalah dititikberatkan . Kandungan
sukatan pelajaran matematik sekolah rendah disusun semula mengikut prinsip dari mudah ke sukar, dari konkrit ke abstrak dan dari
pengalaman yang terdekat ke pengalaman yang jauh.” .( Dipetik daripada buku Mok Soon Sang . 1996. Pengajian matematik)

 2.3.1.2 National Council Of Mathematics (2000)

 National Council of Mathematics (2000) mencadangkan
pembentukan dan penggunaan pelbagai perwakilan yang berbeza untuk
menyusun, merekodkan, dan membuat komunikasi tentang idea matematik;
pemilihan, penggunaan dan penterjemahan dalam kalangan perwakilan
matematik untuk menyelesaikan masalah. Perwakilan yang berbeza dianggap
dapat menggambarkan aspek yang berlainan bagi sesuatu konsep atau saling
hubungan matematik yang kompleks.

 2.3.1.3 Mok Soon Sang(1996)

 Menyedari kepentingan ini, kurikulum pendidikan Matematik yang dirancang di negara kita menekankan penggunaan alat-alat
matematik secara meluas untuk menolong murid-murid mempelajari konsep matematik dan memperolehi kemahiran matematik. Menurut Mok Soon Sang,
(1996) alat bantu mengajar merupakan salah satu bahan pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran matematik di mana murid-murid berkomunikasi secara
langsung dengan alat tersebut.

 2.3.1.4 Teori Zolton P.Dienes

 Zoltan P.Dienes (1960), seorang ahli Matematik, ahli psikologi dan pendidik yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan
teori pembelajaran. Menurut Zoltan, setiap konsep matematik mudah difahami jika konsep tersebut diperkenalkan kepada pelajar melalui contoh konkrit.
Prinsip pembelajaran Matematik Zoltan P.Dienes menggariskan tiga prinsip utama dalam pembelajaran Matematik kanak-kanak iaitu prinsip konstruktiviti,
prinsip perubahan perspeptual dan prinsip dinamik. Zoltan P.Dienes juga telah memperkenalkan enam peringkat untuk mempelajari Matematik iaitu
permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan formalisasi. Penggunaan bahan konkrit dalam
pembelajaran matematik diberi penekanan oleh Zoltan P.Dienes. (dirujuk daripada dihttp://catatantanti.blogspot.com/2012/08/teori-belajar-dienes.html)

 2.3.1.5 Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget

 ‘Salah satu daripada teori kognitif adalah Teori Proses Pembelajaran (Theory of Learning
Process) oleh Jean Piaget. Dalam teori ini, Piaget memperkenalkan empat konsep utama yang terlibat iaitu skema
( schema), penyerapan (assimilation), pengubahsuaian (accomodation) dan keseimbangan (equilibrium). Piaget
berpendapat bahawa perkembangan kognitif setiap kanak-kanak adalah berbeza dan berubah secara berperingkat
mengikut perubahan umur mereka. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau
telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan iaitu sensori motor ( 0-2 tahun), praoperasi (2-7 tahun),
operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 hingga remaja). Dalam peringkat operasi konkrit
pembelajaran Matematik harus diberi penekanan. Oleh hal yang demikian, isi pelajaran yang disampaikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak’.( Dipetik
daripada buku Mok Soon Sang . 1996. Pengajian matematik)

 2.3.2 Tinjauan kajian lepas tentang penggunaan blok asas Dienes dalam pembelajaran
 Matematik



 2.3.2.1 C.Fuson dan Diane J.Briars
 Menurut Karen C.Fuson dan Diane J.Briars, (2011) dalam kajian mereka yang bertajuk “Using a base-ten blocks

learning/ teaching approach for first-and second grade place value and multidigit addition and subtraction” menunjukkan tahap
keberkesanan penggunaan multi base-ten blocks membantu murid menguasai nilai tempat dan penambahan serta penolakan. Kajian ini
telah melibatkan 169 orang murid di dua buah sekolah di Chicago.

 2.3.2.2 Peter price

 Peter Price dalam kajiannya yang bertajuk “Using place value blocks or a computer to teach place-value concepts”
menunjukkan bahawa penggunaan blok asas dan komputer menampakkan perubahan yang positif dalam penguasaan nilai tempat murid.
Melalui dua rawatan ini murid-murid menunjukkan penambahbaikan 7.4 % bagi rawatan penggunaan blok asas dan 5.6% bagi
penggunaan komputer dalam mengajar konsep nilai tempat.

 2.3.2.2 Peter price
 Peter Price dalam kajiannya yang bertajuk “Using place value blocks or a computer to teach place-value concepts” menunjukkan bahawa penggunaan blok

asas dan komputer menampakkan perubahan yang positif dalam penguasaan nilai tempat murid. Melalui dua rawatan ini murid-murid menunjukkan penambahbaikan 7.4 % bagi rawatan
penggunaan blok asas dan 5.6% bagi penggunaan komputer dalam mengajar konsep nilai tempat.

 2.3.3 Kesimpulan tinjauan literatur

 Setelah membaca dan meneliti literature , mendapati bahawa bahan bantu mengajar memainkan peranan penting bagi murid-murid memahami sesuatu konsep asas matematik
dengan mudah dan secara konkrit. Ia juga menjelaskan seuatu kemahiran mesti diterangkan dari konkrit ke abstrak serta ke mudah ke rumit. Tetapi pada masa yang sama , keberkesanan
bahan bantu mengajar bergantung kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Ianya perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kira tahap atau kemampuan
murid , masa dan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan daripada tinjauan ini membolehkan saya merancang dan memperbaiki kaedah pengajaranmenyusun nombor
mengikut nilai tempat dan menambah dengan menggunakan blok dienes. Saya telah dapat mengetahui jenis –jenis saiz blok dienes serta cara manipulasikan blok dienes dengan isu yang
dikaji.



 3.0 Objektif Kajian

 Kajian ini bertujuan :
 Kajian Khusus
 3.1 Menentukan sama ada penggunaan teknik Kingdom Tower(blok Dienes) dapat membantu murid tahun 4 Syaja’ah menguasai
kemahiran menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah dua nombor lima digit dengan empat digit hingga 100000.

 Kajian Khusus

 3.2 Menentukan respon dan tingkah laku murid-murid terhadap penggunaan teknik Kingdom Tower dalam penyusunan nombor

mengikut nilai tempat dan penambahan nombor dalam bentuk lazim.

 4.0 Soalan Kajian

 4.1 Adakah Teknik Kingdom Tower dapat membantu murid tahun 4Mawar menguasai
kemahiran menyusun nombor mengikut nilai tempat dan menambah nombor dalam bentuk
lazim?



 4.2 Apakah tindak balas murid-murid terhadap penguasan kemahiran menyusun nombor
mengikut nilai tempat dan menambah nombor dalam bentuk lazim dengan menggunakan
teknik Kingdom Tower?

 Kajian ini akan dijalankan terhadap murid - murid Tahun 4 Toyyibah dari
Sekolah Kebangsaan Selama (K). Murid-murid dipilih berdasarkan ujian diagnostik
dan pemerhatian terhadap hasil kerja murid dalam lembaran kerja. Kelas 4 adalah
kelas yang paling lemah di sekolah ini. Sasaran saya ialah lima orang murid dari
kelas 4 Mawar yang masih tidak boleh menyusunkan nombor mengikut nilai tempat
dan menambah nombor dalam bentuk lazim. Saya telah labelkan murid-murid
dengan murid A, B, C, D dan E.

Jadual 1.  Suka bertanya soalan
Jadual 1 menunjukan kriteria baMgui rliidmAa orang  Bermotivasi tinggi
responden.  Selalu tidak hadir ke sekolah
 Pendiam
Murid B  Memerlukan bimbingan sepanjang masa
Murid C  Pasif
 Tidak suka latihan yang mencabar
Murid D
Murid E  Aktif
 Suka bertanya soalan yang tiada kaitan dengan pelajaran
 Pendiam
 Memerlukan bimbingan sepanjang masa
 Mudah lupa

5.2 Jadual 2
Jadual 2 menunjukan jantina dan markah bulan March responden.

RESPONDEN JANTINA MARKAH %
MURID A LELAKI 25 %
MURID B LELAKI 28 %
MURID C LELAKI 29 %
MURID D PEREMPUAN 33 %
MURID E PEREMPUAN 35 %

 6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

 Dalam kajian tindakan ini saya akan menggunakanTeknik Kingdom Tower (
blok asas Dienes dan kad nombor) untuk mengajar penambahan bagi murid-
murid 4 Mawar. Prosedur yang akan dijalankan ialah:

 Ujian sebelum intervensi diberikan kepada lima murid yang terlibat dan memerhatikan cara menjawabnya.

 Saya akan memeperkenalkan blok asas Dienes dan kad nombor( teknik Kingdom Tower) kepada murid-murid.
Memperkenalkan nilai bagi setiap blok iaitu sa, puluh, ratus dan ribu.

 Setiap murid akan diberi kad soalan dan kad nombor

 Murid-murid dibimbing untuk mewakilkan operasi penambahan dalam soalan dengan menggunakan Blok Asas Dienes
dan kad nombor

 Murid-murid dibimbing untuk mewakilkan operasi penambahan dalam soalan dengan menggunakan Blok Asas Dienes
dan kad nombor

 Hasil kerja murid diperhati dan dirakam bagi mengenalpasti keberkesanan
penggunaan blok asas Dines dalam operasi penambahan.

 Murid-murid juga akan ditemubual dan diminta melaksanakan soalan operasi
penambahan untuk melihat bagaimana mereka menyelesaikan soalan.

 Saya akan mengumpul data dan menganalisis data yang diperoleh.
 Ujian selepas intervensi diberikan kepada lima orang murid yang terlibat.

 6.2 Fasa-fasa dalam pelaksanaan intervensi.

 Penyelidik akan melaksanakan intervensi secara peringkat demi
peringkat. Ini bagi murid murid memahami konsep penambahan dari
mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak.

 Tambah nombor bulat Tambah nombor bulat Tambah nombor

 ARAS/KEMAHIRAN 3 digit dan 2 digit. 4 digit dan 3 digit bulat 5 digit dan
4 digit
 Pemerhatian Pemerhatian
Pemerhatian

 INSTRUMEN Analisis dokumen Analisis dokumen analisis dokumen

 temubual temubual

 Ujian selepas intervensi



 RESPON MURID

 MENGUASAI/TDAK MENGUASAI

 7.1 Perancangan kaedah mengumpul data

 Perancangan kaedah mengumpul data akan memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan . Ia juga

berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada

penyelidikan yang dijalankan.

 Dalam kajian ini penyelidik memilih dua jenis pendekatan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif adalah untuk
mendapatkan analisis statistik data numerikal yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi. Penyelidik akan menjalankan
ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi keatas responden untuk mendapatkan keberkesanan kajian ini. Bagi menyokong
penjelasan yang didapati dalam keberkesanan penggunaan blok dienes yang melibatkan operasi penambahan di kalangan responden-
responden yang dipilih, maka kaedah kualititatif juga dipilih oleh penyelidik. Alat instrumen bagi kaedah kualitatif yang akan digunakan
oleh penyelidik dalam kajian ini ialah temubual dan pemerhatian tidak berstruktur. Berikut adalah instrument-instrumen yang digunakan

 7.1.1 Ujian sebelum dan selepas intervensi ( rujuk lampiran 9.2)

 Penyelidik akan memberikan ujian sebelum intervensi . Ini bertujuan bagi kenal pasti kesalahan murid
dan memperkukuhkan data mengenai aras pengetahuan seseorang murid sebelum aktiviti intervensi dijalankan.
Ujian selepas intervensi akan menjadi bahan bukti perubahan tingkahlaku dan penguasaan kemahiran menyusun
nombor mengikut nilai tempat dan menambah nombor dalam bentuk lazim oleh para responden. Ini juga akan
membantu penyelidik mengetahui sejauh mana kajian yang dijalankan dapat mencapai objektifnya.

RESPONDEN MARKAH SEBELUM INTERVENSI MARKAH SELEPAS INTERVENSI CATATAN
MURID A
MURID B
MURID C
MURID D
MURID E

 Penyelidik akan membuat pemerhatian tidak berstruktur dengan menulis nota lapangan. Nota lapangan merupakan catatan hasil pemerhatian yang dijalankan. Catatan nota lapangan
mengandungi catatan peristiwa yang berlaku pada lokasi yang diperhatikan dan pada situasi yang dipilih oleh penyelidik. Dalam kajian ini, penyelidik akan memerhatikan cara menjawab
soalan secara bertulis dilakukan. Selepas itu, penyelidik akan mencatatkan kesilapan yang dibuat oleh para responden.

 Murid diperhatikan dari segi tingkah laku dan sikap sewaktu aktiviti dijalankan dengan merakam proses perjalanan pengajaran tersebut. Pemerhatian penting bagi mencatat
data yang diperlukan tentang sejauh mana murid dapat menggunakan blok dienes dalam membuat penambahan melibatkan nombor lima digit dengan empat digit..(Instrumen
pemerhatian bagi murid , rujuk pada lampiran 9.2) Konstruk yang ditetapkan bagi memerhati penyelidik ialah :

 Masalah yang akan dan telah dihadapi oleh penyelidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

1. Adakah penyelidik boleh mengenal pasti perubahan dalam tahap penguasaan responden A, B, C , D dan E semasa dan selepas intervensi dijalankan?

 Penyelidik akan menggunakan temu bual untuk membantu mengumpul data.Temubual digunakan untuk membolehkan penyelidik mengkaji respon-respon dengan lebih
terperinci. Penyelidik memilih instrumen ini kerana kesahihan isu boleh dikemukakan secara langsung dengan memastikan kandungan soalan tertumpu secara langsung.
Temubual ini bergantung kepada respon-respon yang diberikan oleh orang yang akan ditemuramah. Temubual akan dijalankan terhadap setiap responden selepas ujian
pasca. Ini adalah untuk mendapatkan pandangan responden-responden mengenai keberkesanan penggunaan blok dienes dan kad nombor dalam menjawab soalan
penambahan sebelum dan selepas intervensi. Maklumat ini akan menyokong dapatan kajian dalam ujian sebelum dan selepas intervensi. Selain itu, ia juga adalah untuk
mendapatkan pandangan responden-responden terhadap cara penyelesaian yang dipelajari dan keberkesanan teknik Kingdom Tower. ( instrumen temubual , rujuk
lampiran 9.3)









 7.1.3 Analisis dokumen

 Penyelidik akan menggunakan kaedah analisis dokumen untuk pengumpulan data. Dokumen yang dikumpulkan adalah dalam bentuk hasil kerja murid. Penyelidik akan memerhatikan hasil kerja murid dan
membuat analisis terhadap jawapan murid. Penyelidik akan mengumpulkan semua hasil kerja agar dapat melihat perkembangan responden-responden dari semasa ke semasa..

 7.2 Penganalisaan Data

 Bagi kaedah analisis data bermula dengan pemerhatian iaitu sebelum intervensi, semasa intervensi dan selepas intervensi dilaksanakan. Kedua, dengan memberi ujian sebelum intervensi dan selepas intervensi.
Penyelidik akan memeriksa hasil kerja murid dalam buku latihan dan kertas ujian bagi mendapatkan data. Ketiga , menemubual responden-responden selepas aktiviti intervensi dijalankan. Data-data yang diperolehi berdasarkan
kaedah pengujian akan dianalisis secara manual oleh penyelidik. Manakala, dapatan yang diperolehi melalui instrument temubual, pemerhatian dan analisis dokumen akan dianalisis secara pemerhatian dan akan direkodkan.
Data-data yang diperolehi akan dibincangkan secara terperinci menerusi kaedah penjadualan dan graf.

7.3 Perancangan jadual pelaksanaan Aktiviti / Perkara Jangkaan Masa
Bil 1 minggu
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal 1 minggu
1. 1 minggu
2. Mengenal pasti responden/sasaran 2 minggu
3. 2 minggu
4. Menentukan objektif / soalan kajian 1 minggu
5. 1 minggu
6. Merancang tindakan 1 minggu
7. 3 minggu
8. Melaksanakan tindakan 1 minggu
9.
10. Mengumpul data

Menganalisis data selepas tindakan

Membuat refleksi

Menulis laporan penyelidikan tindakan

Pembentangan dapatan kajian


Click to View FlipBook Version