The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyhhsnaaa, 2022-02-20 20:57:35

buku skrap sains

buku skrap sains

SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

Tema : 5. Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas
Standard Kandungan : 9.4 Fenomena Geobencana
Standard Pembelajaran : 9.4.3 Menyedari bahawa
bencana alam memberi impak terhadap kehidupan
alam sekitar.

DISEDIAKAN OLEH;

NUR AISYAH HUSNA BT MOHD HUSSIN
NUR DINI DAMIA BT MOHD RUZAINI
NUR AIN SYAHIRAH BT NORDIN

ISI KANDUNGAN 1
2
1. PENGHARGAAN 3
4
2. PENGENALAN
5
3. PUNCA-PUNCA BERLAKU TANAH 6
RUNTUH

4. KESAN-KESAN KEJADIAN TANAH
RUNTUH
5. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
KEJADIAN TANAH RUNTUH

6. PENUTUP

PENGHARGAAN PENGENALAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima Kejadian tanah runtuh merupakan
kasih kepada rakan sekumpulan kerana fenomena yang sering berlaku di negara
banyak menyumbang jasa dalam kita sejak tahun 1990-an lagi. Menurut
menyiapkan buku skrap digital ini. Rundell (2002), tanah runtuh ditakrifkan
sebagai runtuhan tanah dan batuan yang
Kami juga ingin mengucapkan terima besar ke bawah kaki gunung atau cerun
kasih kepada Cikgu Fadhilah kerana telah yang curam.
banyak mendidik kami dan rakan-rakan
yang lain. Namun terdapat juga kes-kes tertentu
yang berlaku tanah runtuh di kawasan
Semoga projek ini dapat membantu bercerun landai. Menurut The American
semua pihak dalam mengatasi masalah Heritage (2000) pula mentafsirkan tanah
tanah runtuh dan juga dapat membantu runtuh sebagai gelongsoran ke bawah jisim
menambahkan pengetahuan tentang separuh kering tanah atau batuan.
tanah runtuh.

CONTOH-CONTOH GAMBAR RUNTUH

PUNCA-PUNCA TANAH RUNTUH 2. Pokok-pokok hutan ditebang dengan tidak
terkawal.
1. Aktiviti pembangunan yang dijalankan di
lereng-lereng bukit. - perbuatan ini dilakukan oleh syarikat-syarikat
pembalakan terutamanya yang dijalankan oleh
- aktiviti pembangunan seperti mendirikan pembalak haram. Penebangan yang tidak
rumah kediaman atau kegiatan pertanian dapat terkawal menyebabkan berlakunya tanah
menyebabkan pokok-pokok di lereng bukit runtuh semasa hujan turun dengan lebat.
ditebang dan tumbuhan akan berkurangan. Kejadian tanah runtuh telah menyebabkan
Kesannya, air hujan akan mengalir dengan deras sebuah perkampungan orang asli di Perak
di kawasan lereng bukit tersebut. Keadaan ini musnah. Kerakusan manusia untuk mendapat
akan menyebabkan tanah dengan mudah kekayaan telah mengakibatkan penderitaan
dibawa oleh arus air yang mengalir deras dan kepada manusia yang lain.
mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku.

3. Aliran air bawah tanah. 4. Kegiatan ekonomi

- hujan lebat yang menakung air bawah tanah - sebagai contoh, semasa masyarakat
akan membentuk aliran menyebabkan struktur menjalankan kegiatan melombong pasir
tanah menjadi longgar. Struktur tanah yang khususnya di kawasan sungai, pasir-pasir
longgar akan memudahkan tanah runtuh sungai dikaut dengan banyaknya untuk
dengan sendirinya. Perkara ini biasanya berlaku mendapatkan keuntungan yang berganda.
di kawasan-kawasan yang bercerun. Terdapat Apabila pasir sungai dikorek tanpa kawalan,
banyak berita tentang tanah runtuh di kawasan- aliran air sungai akan menjadi lebih deras.
kawasan yang diakibatkan oleh kewujudan Aliran air yang deras menyebabkan tebing
aliran air bawah tanah. sungai runtuh. Kesannya, rumah-rumah yang
dibina berhampiran tebing-tebing sungai
terdedah kepada bahaya tanah runtuh.

KESAN-KESAN KEJADIAN TANAH RUNTUH 3. Kemusnahan hutan tanah tinggi.

1. Ekonomi negara merosot. - pemusnahan hutan menyebabkan berlaku
perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.
- kos yang banyak diperlukan bagi proses Ianya juga dapat memusnahkan kawasan
membaik pulih kerosakan akibat tanah tadahan air lalu mewujudkan pencemaran
runtuh. Hal ini dapat membawa kerugian dan mengurangkan kualiti air bersih.
kepada sesebuah negara dan menganggu
eknomi negara tersebut. 4. Kehilangan nyawa

2. Banjir lumpur. - banyak nyawa akan terkorban dalam kejadian
tanah runtuh. Perkara ini boleh menganggu
- tiada pokok-pokok yang menyerap emosi mangsa kejadian tanah runtuh yang
air menyebabkan aliran air secara kehilangan ahli keluarga dalam kejadian tanah
langsung di permukaan tanah dan runtuh tersebut.
dapat mengancam nyawa dan harta
benda.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 2. Menguatkuasakan undang-undang.
KEJADIAN TANAH RUNTUH
- banyak pencerobohan hutan berlaku oleh
1. Pembangunan terancang dilaksanakan. orang-orang yang tidak bertanggungjawab
yang ingin mendapat keuntungan daripada
- tanah runtuh berlaku akibat daripada hasil-hasil hutan yang kita miliki. Perkara ini
gelongsoran tanah di kawasan lereng-lereng seharusnya dibendung kerana semakin hari
bukit atau cerun. Apabila hujan turun semakin banyak pokok yang ditebang, tanah
dengan lebat dan masuk ke dalam tanah, ditarah dan hutan menjadi tandus. Sekali
akar-akar pokok akan memastikan tanah lagi, pihak berkuasa perlu bersifat tegas dan
tersebut tidak bergerak dan kekal di dalam mengambil tindakan yang berkesan supaya
kedudukannya. Jika kita menebang pokok pencerobohan hutan tidak berlaku di negara
maka tanah-tanah khusunya di kawasan kita.
lereng bukit akan mudah untuk runtuh.
Maka, pihak berkuasa seperti pejabat
tanah, jabatan hutan dan juga kerajaan
wajib untuk memainkan peranan masing-
masing dalam memastikan pembangunan
terancang dilaksanakan.

3. Menanam semula pokok-pokok. 4. Membina sistem perparitan yang efisien.

- langkah ini wajar dilaksanakan sekiranya - kita hanya perlu memastikan air hujan
tempat tinggal kita atau kawasan yang mengalir ke tempat yang selamat dan boleh
dibangunkan berada di lereng-lerang ditampung tanpa melibatkan sebarang
bukit. Pokok-pokok bukan sahaja bencana alam atau kemalangan. Justeru,
berperanan penting dalam menyedut dengan kepakaran jurutera dan tenaga
karbon dioksida dan menghasilkan profesional tempatan yang kita miliki, sistem
oksigen tetapi juga diperlukan bagi perparitan yang efisien hendaklah
memastikan tanah yang kita pijak kekal dibangunkan dan diselenggara dengan baik.
pada kedudukannya.

PENUTUP

Terdapat banyak cara untuk mengatasi kejadian
tanah runtuh daripada berlaku di mana-mana
tempat. Golongan yang bertanggungjawab dalam
memastikan kawasan berisiko berlakunya tanah
runtuh perlu sentiasa berwaspada dan
melaksanakan langkah-langkah seperti yang
dinyatakan dalam buku skrap ini. Sebagai ahli
masyarakat pula kita perlu menjadi mata-mata
kepada pihak berkuasa dan melaporkan kepada
mereka sekiranya mendapati perkara-perkara
yang berlaku dikawasan kita akan menyebabkan
tanah runtuh. Semoga segala inisiatif akan
dilaksanakan dengan kerjasama yang baik serta
strategi yang berkesan.


Click to View FlipBook Version