Atif Hanafiah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Zakat pertanian bukan makanan Ruji. Pengarah:Ustazah Dr Muazzah Binti Abu Samah@Hashim Sayangi Malaysiaku.
Pengenalan zakat Pertanian Dalil pensyariatan Zakat Pertanian Apakah jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat Apakah Syarat-syarat Wajib Zakat Pertanian Berapakah Kadar Nisab Zakat Pertanian Adakah Disyaratkan Haul ke atas Zakat Pertaniann Adakah Zakat Dikeluarkan Selepas Ditolak Kos atau Sebelum. Adakah Ditolak Jumlah Hutang Sebelum Dikeluarkan Zakat? Kadar Zakat yang Wajib Dikeluarkan Bagi Hasil Pertanian. Hikmah Zakat Pertanian Kesimpulan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Isi Kandungan
Zakat pertanian merupakan salah satu daripada jenis harta yang diwajibkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Zakat pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang Islam sama ada dalam bentuk biji-bijian atau buahbuahan dengan syarat-syarat tertentu. Di Malaysia, mengikut mazhab syafi’i hanya padi sahaja yang dikenakan zakat pertanian. . Manakala tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit, koko, getah dan buah-buahan tidak dikenakan zakat pertanian. 1. 1.Pengenalan Zakat Pertanian:
Perbezaan diantara zakat pertanian dengan jenis zakat yang lain ialah zakat pertanian merupakan zakat atas hasil sahaja, manakala jenis zakat yang lain merupakan zakat atas hasil dan modal sekali. Antara jenis-jenis pertanian yang dikenakan zakat ialah padi dan jagung. Jagung Beras dari padi 2.
2.Dalil PensyariatanZakat Pertanian: Kewajipan kepada umat Islam untuk menunaikan zakat pertanian telah disebut di dalam al-Quran surah al-Anam (6): 141 yang bermaksud: “Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebunkebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya “ 3.
2.Dalil PensyariatanZakat Pertanian: Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah bersabda yan bermaksud: Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%)? (HR Bukhari) Berdasarkan daripada dua sumber yang sahih ini didapati bahawa hukum menunaikan zakat pertanian adalah wajib bagi berkemampuan. 4.
Ulama’ -ulama’ muktabar silam berselisih pendapat di dalam menentukan jenis tanaman yang dikenakan zakat.Oleh itu, mari kita menyelusuri satu persatu perbahasan ulama’ muktabar berikut. Menurut pandangan mazhab Imam Syafi’i dan Imam Maliki 3. Apakah jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat? Jenis tanaman yang dikenakan zakat ialah yang menghasilkan makanan yang mengenyangkan,boleh disimpan lama,tanaman yang dijadikan makanan lazim atau asasi. Maka tidak dikeluarkan zakat bagi tanaman yang bukan asasi 5.
seperti buah-buahan (durian,rambutan,langsat,manggis dan lain-lain), ulamulaman(kangkung, ulam raja,jering,petai,pegaga dan lainlain), dan bukan makanan gantian ketika kesempitan seperti ubi kayu,ubi keledek dan lain-lain. Oleh itu di dalam mazhab syafi’i zakat pertanian dibahagikan kepada dua kategori sahahja: 1)Biji-bijian yang dijadikan makanan asasi seperti gandum dan beras. 2)Buah-buahan iaitu hanya dua sahaja iaitu buah tamar dan kismis. 3. Apakah jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat? 6.
Menurut pandangan Imam Ahmad Hasil tanaman yang dikenakan zakat mesti memiliki ciri-ciri berikut: boleh dikeringkan Boleh disukat atau digantangkan. Diusahakan oleh manusia. 1. 2. 3. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah Semua jenis tanaman yang ditanam dikenakan zakat yang ditanam oleh manusia dan dijaga oleh manusia. 3. Apakah jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat? 7.
Sama ada sayur-sayuran,buahbuahan,biji-bijian dan sebagainya sama ada dijadikan makanan asasi atau makanan selingan. Oleh itu,pandangan inilah yang ditarjihkan oleh ulama’-ulama’ semasa hari ini.Termasuklah Dr.Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh az-Zakatnya. Maka dengan pandangan ini ,bukan hanya gandum dan padi sahaja yang wajib dizakati.Namun pisang,nenas,getah,tebu,lada hitam,koko,kelapa sawit dan lain-lain juga dikenakan zakat.Semuanya wajib dikenakan zakat jika memenuhi syarat yang ditetapkan. 3. Apakah jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat? 8.
Beras merupakan makanan ruji yang paling penting di negara kita.Beras juga diperlukan lebih 1.6 bilion rakyat di seluruh dunia.Seterusnya, beras merupakan sumber makanan asasi utama di Asia. 10 makanan Ruji di seluruh dunia Jagung Telah menjadi sumber makanan utama makanan di Afrika,Eropah seperti Mexico dan Amerika Syarikat. Gandum Satu lagi makanan ruji terpenting di dunia ialah gandum.Malaysia juga menjadikan gandum sebagai makanan ruji selepas beras. Gandum mengandungi hampir 55% karbohidrat dan 20% kalori makanan. 9.
Ubi Kayu Ubi kayu adalah makanan ruji utama di banyak negara di dunia dan merupakan makanan asas untuk lebih dari setengah bilion orang.Terdapat lebih kurang 2.6% populasi dunia yang menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji.Namun di Malaysia ubi kayu dijadikan sebagai makanan gantian dan tidak boleh dikenakan zakat. Kacang Soya Kacang soya juga merupakan antara makanan ruji yang terpentin di dunia.Berasal dari Asia Tenggara dan pertama kali dikeluarkan oleh petani Cina sekitar 1100 SM.. 10 makanan Ruji di seluruh dunia 10.
Kentang Kentang membekalkan nutrisi seperti potassium dan vitamin C dan memberi tenaga yang banyak kepada tubuh badan.Didapati di sekitar Peru Selatan dan barat laut Bolivia pada 8000 dan 5000 SM.Sejak itu, kentang telah tersebar ke seluruh dunia dan menjadi tanaman ruji di banyak negara. Betari/Sorghum Merupakan tumbuhan bijiran yang mana batang dan daunnya seakanakan batang dan daun jagung.Ianya begitu penting di Amerika Syarikat kerana digunakan sebagai makanan ternakan dan akan diubah menjadi etanol. 10 makanan Ruji di seluruh dunia 11.
Keladi Merupakan tumbuhan yang berasal dari Afrika dan Asia serta kawasan tropika lain.Nigeria adalah pengeluar keladi terbesar di dunia, yang menyumbang lebih daripada 70-76 peratus daripada pengeluaran dunia. Keledek Merupakan makanan ruji yang berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.Berbeza dengan biasa,rasanya lebih manis dan isinya lebih lembut. Plai ntain/Pisang Digelar sebagai super fruit disebabkan mempunyai kandungan kalium yan tinggi.Pisang berasal dari Asia Tenggara dan Pasifik Selatan sekitar 8000-5000 SM.Diyakini sebagai buah pertama yang ditanam di dunia. 10 makanan Ruji di seluruh dunia 12.
Sebagai kesimpulan berikut adalah 10 makanan ruji seluruh dunia beserta peratus penggunaanya: Jagung (19.5%) Beras (16.5%) Gandum(15%) Ubi Kayu(2.6%) Kacang Soya (2.1%) Kentang (1.7%) Betari/Sorghum (1.2%) Keledek (0.6%) Keladi (0.4%) Plaintaian/Pisang (0.3%) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 10 makanan Ruji di seluruh dunia 13.
1.Islam 4. Apakah syarat-syarat wajib zakat pertanian? 2.Sempurna milik 3.Merdeka 4.Cukup nisab 5.Ditanam manusia 14.
Maksud cukup Nisab: Nisab beerti kadar minimum tertentu yang menyebabkan sesuatu harta dikenakan zakat. Terdapat dua aliran yang berbeza mengenai syarat nisab ke atas zakat pertanian. ALIRAN PERTAMA;DIPELOPORI OLEH ABU HANIFAH. Imam Abu Hanifah tidak mensyaratkan nisab pada zakat pertanian. Beliau berpendapat bahawa banyak atau sedikit hasil dari tanaman harus dikeluarkan zakat sebanyak sepuluh peratus pada semua jenis tanaman.zakat tanaman tidak disyaratkan nisab kerana nas al-Quran yang bersifat umum. 15.
Seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (kepada Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu... ”(Surah al-Baqarah,2:267) Dalil ini menunjukkan secara umum bahawa zakat dikenakan pada hasil tanaman, iaitu sama ada sedikit atau banyak.Di samping itu, zakat tanaman diwajibkan kerana kesuburan tanah yang mengeluarkan hasil tanpa dibezakan antara hasil yang banyak atau sedikit. 16.
Aliran majoriti fuqaha’ seperti Imam Malik, al-Syafi’i, Ibn Umar dan lain-lain Majoriti fuqaha bersepakat bahawa zakat tanaman diwajibkan apabila hasil tanaman mencukupi nisab iaitu 5 ausuq (األوسق (berdasarkan hadis Nabi SAW: Kalimah al-Ausuq (األوسق (adalah jama’ daripada al-wisq (الوسق.( satu al-Wisq bersamaan 60 gantang (صاع.(Rentetan itu, 5 al-ausuq bersamaan 300 gantang. ليس فيما دون خمسة أوسق صدقة “tidak wajib zakat bagi hasil pertanian yang kurang lima Ausuq”(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri R.A.) 17.
5. Berapakah Kadar Nisab Zakat Pertanian? Seperti yang telah disebutkan tadi kadar nisab zakat pertanian di sisi majoriti ulama’ feqah adalah 5 ausuq iaitu bersamaan 300 gantang. Kadar nisab 5 ausuq bagi gandum mengikut ukuran semasa dalam kilogram ialah: Kadar nisab 5 ausuq bagi padi pula adalah menyamai 400 gantang Malaysia.Sekiranya mengikut ukuran beras menyamai 1600 kati atau 960 Kilogram. Adapun penetapan kadar nisab 5 ausuq itu adalah bagi hasil tanaman yang telah dibersihkan iaitu telah dibuang kulit jeraminya. 653 Kg 18.
Sekiranya hasil tanaman yang belum dibersihkan iaitu belum dibuang kulit jeraminya.Maka kadar nisabnya adalah dengan diganda dua iaitu 10 ausuq. Kesimpulannya, Kadar nisab zakat padi yang belum menjadi beras adalah 10 ausuq menyamai 800 kati atau 1920 Kg. Adapun setelah menjadi beras kadar nisabnya adalah 5 ausuq menyamai 400 kati atau 960 kg. 19.
Bagaimanakah cara mengukur kadar nisab yang tidak menggunakan sukatan atau timbangan? Kadar nisabnya adalah nilai semasa 5 Ausuq hasil tanaman asasi setempat. Sebagai contoh di Malaysia, tanaman asasi setempat ialah padi. maka nilai harga bagi kadar nisab pada menjadi ukuran kepada kadar nisab hasil pertanian yang lain. Sebagai contoh situasi: Apabila padi itu dijual sebanyak 5 ausuq iaitu sebanyak 400 kati atau 960 kg katakan 10 kg bersamaan dengan RM 25 maka 960 Kg bersamaan RM 2,400.maka nilai RM 2,400 menjadi kadar nisab bagi hasil pertanian yang bukan dari jenis bersukat sama ada makanan ruji atau bukan makanan ruji seperti kapas,getah,koko,kelapa sawit, dan sebagainya. 20.
Bagaimanakah cara mengukur kadar nisab yang tidak menggunakan sukatan atau timbangan? gambar rajah 1 Gantang Gambar rajah Timbang jarum kati 21.
6. Adakah disyaratkan haul ke atas zakat pertanian?. Haul ialah telah genap tempoh 1 tahun. Bagi zakat pertanian di sisi jumhur ulama’ mengatakan tidak disyaratkan haul bagi zakat pertanian.Akan tetapi ia hendaklah dikeluarkan setelah saja hasil dituai. Hal ini kerana, perintah Allah SWT pada ayat sebelum ini iaitu dalil zakat pertanian tadi:“ ...dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya” (surah al-An’am:141) 22.
7. Adakah zakat dikeluarkan selepas ditolak kos atau sebelum? Para ulama’ berbeza pendapat: Jumhur ulama’ salaf termasuk imam-imam mazhab:mereka berpendapat zakat dikeluarkan dari keseluruhan hasil tanaman tanpa ditolak terlebih dahulu kos tersebut.Dalam erti kata yang lain, kos atau biaya pengeluaran ditanggung oleh penanam dan tidak boleh ditolak dari hasil tanaman sebelum dikeluarkan zakat. Manakala Imam Atha’ ,kos penanaman atau pengelolaan tanaman hendaklah ditolak sebelum dikeluarkan zakat.Pandangan ini digunakan oleh banyak ulama’ - ulama’ kini seperti Dr yusuf alQaradhawi,Dr Muhammad Kamal ‘Atiyah dan sebagainya. 1. 2. 23.
Contoh kos atau biaya pengurusan dan pengolalaan pertanian ialah kos benih,baja,racun serangga,pengangkutan,upah pekerja,upah mesin tuai dan sebagainya.Kos-kos ini perlu ditolak dahulu sebelum dikeluarkan zakat.Pandangan inilah yang lebih memudahkan para petani. Adakah kos sara hidup semusim boleh ditolak sebelum mengeluarkan zakat pertanian? Jumhur ulama’ berpendapat belanja nafkah seharian tidak boleh dijadikan kos pengeluaran pertanian.Hal ini bermaksud tidak boleh ditolak kos nafkah pada zakat pertanian dalilnya:; “Dan berilah haknya pada hari ia dituai” .(surah al-An’am:141) 24.
8. Adakah ditolak jumlah hutang sebelum dikeluarkan zakat? Para ulama’ berbeza pandangan: Menurut jumhur ulama’ kecuali Imam Ahmad termasuk imam-imam mazhab mengatakan hasil tanaman tidak boleh ditolak hutang sebelum dikeluarkan zakat. Sebahagian ulama’ antaranya Imam Ahmad berpandangan: boleh ditolak hutang sebelum pengeluaran zakat pertanian.Sekiranya sudah ditolak kemudian tidak cukup nisab hasilnya maka gugurlah kewanjipan zakat.Pandangan inilah yang dipersetujui dan digunakan oleh ulama’ -ulama’ kini. 1. 2. 25.
Namun telah muncul pula persoalan iaitu adakah hutang yang boleh ditolak itu hutang yang ada kaitan dengan pertanian sahaja atau hutang-hutang yang lain juga? Dalam permasalahan ini ulama’ berbeza pandangan. Ibnu Umar R.A: ditolak semua hutang sama ada yang dibelanjakan untuk menguruskan tanaman atau untuk belanja diri dan keluarga Ibnu Abbas R.A.: ditolak hutang bagi kos pengeluaran hasil tanaman sahaja. Kesimpulanyya,Dr Atiyah Khamis mentarjihkan pandangan Ibnu A’bbas di dalam bukunya “Perakaunan Zakat” . 1. 2. 26.
9.Kadar zakat yang wajib dikeluarkan bagi hasil pertanian. Dikeluarkan dengan kadar 1/10 atau 10% daripada hasil tanaman sekiranya diairi dari sumber alam sepenuhnya seperti hujan,parit,sungai. Dikeluarkan dengan kadar 1/20 atau 5% dari hasil tanaman jika diairi menggunakan tenaga manusia. Sekiranya diairi dengan bercampurcampur maka dikeluarkan dengan kadar 7.5%. 27.
10.Cara pengiraan zakat hasil pertanian. Langkah 1:Kira dan tentukan nilai kasar hasil tanaman (dalam gantang atau kilogram) Langkah 2:Tolak kos/biaya atau tanggungan yang berkaitan seperti Kos penamaan atau pengelolaan(kecuali kos biaya/kos pengairan) bayaran sewa cukai tanah hutang berkait dengan penamaan atau pengelolaan tanaman. Langkah3: Pastikan baki yang tinggal mencukupi nisab atau tidak iaitu 400 gantang atau 960 Kg. 1. 2. 3. 4. 28.
Langkah 4: jika cukup nisab maka perlulah keluarkan zakat :10%/5%/7.5% bergantung kepada syarat yang telah disebutkan tadi. 29.
11.Hikmah Zakat Pertanian. Menyucikan harta Dengan membayar zakat pertanian, seseorang memperlihatkan rasa syukur dan pengakuan bahwa tanaman yang ditanam berasal dari karunia Allah SWT. Membayar zakat pertanian juga menunjukkan bahwa seseorang peduli terhadap kebutuhan orang yang kurang mampu dan ingin berbagi rezeki dengan mereka. Meningkatkan Kualiti Tanaman Saat membayar zakat pertanian, seorang muslim harus memilih tanaman yang sehat dan baik untuk dikeluarkan zakatnya. Dengan memilih tanaman yang sehat, maka tanaman tersebut akan terus tumbuh dengan baik. 30.
11.Hikmah Zakat Pertanian. Menjaga kestabilan sosial Dengan membayar zakat pertanian, seseorang memberikan kontribusi positif dalam membantu orang-orang yang kurang mampu dan memenuhi kebutuhan mereka. Hal ini dapat membantu menjaga kestabilan sosial dalam masyarakat. 31.
12.Kesimpulan Kesimpulannya, Mengikut pandangan mazhab Syafi’i zakat pertanian hanya dikenakan pada pertanian makanan asasi sahahja seperti beras dan gandum.Manakala, istilah zakat pertanian bukan makanan ruji hanya ada pada mazhab Imam Abu Hanifah dan pandangan ini merupakan pandangan yang releven pada masa kini.Hal ini,kerana di Malaysia hasil tanaman semakin berkembang selain padi dan gandum. Oleh itu, hasil tersebut juga patutu dikenakan zakat seperti tebu,nenas dan sebagainya. (Zain Ismail,2013) 32.
Rujukan Nadzirah (2015,Julai 9) JENIS TANAMAN DAN BUAHBUAHAN YANG DIWAJIBKAN ZAKAT,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://www.muftiwp.gov.my/ms/arti kel/irsyad-fatwa/edisiramadhan/1926-jenis-tanaman-danbuah-buahan-yang-diwajibkan-zakat Pusat Pungutan Zakat (2023, Oktober 15),Zakat Pertanian.https://www.zakat.com. my/info-zakat/jenis-jeniszakat/zakat-pertanian/ 1. 2. 33.
Rujukan 3.WNR AGRO (2023),Zakat Hasil Pertanian.https://wnragro.com/zakathasilpertanian/#:~:text=Maka%20dengan% 20memakai%20pandangan%20ini,jika %20memenuhi%20syarat%20yang%20 ditetapkan 4.Nor Aini Ali & Luqman Abdullah (2013).Isu-isu Fiqh Semasa Berkaitan Zakat Pertanian di Malaysia.Shariah Journal,12(3),235. 5.Iqbal Hanan,Nurul Izzah & Nur Sal Syabilla.(NajwaHanani).(2022,Oktober 4).Youtube.https://www.youtube.com/ watch?v=mIJMNsdhauQ&t=279s 34.
Rujukan 6.Nurul Hani.(n.d.).10 Makanan Ruji Seluruh Dunia Yang Wajib Diketahui.SAJI.MY.https://saji.my/ma kanan-ruji-seluruh-dunia/ 7. Zaim. I , Farhan. A., Luqman. H. Abdullah , Ikhlas. R.(2013).Zakat Pertanian di Malaysia:Satu Kajian Pemeriksaan.Labuan e-Journal of Muamalat and Society.7,39. 35.