Pengurusan
Pembelajaran
KPS 3014
ANIS SYAZWANI MD YUNOS
PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
DAN DISIPLIN
KUMPULAN KULIAH : E
NAMA : ANIS SYAZWAN BINTI MD
YUNOS
NO MATRIK : D20201095543
PROGRAM : AT-16 ISMP SAINS
NAMA PENSYARAH : PROF. DR. AMIR
HASSAN BIN DAWI
PENGENALAN
Pengurusan tingkah laku dan disiplin adalah teras kejayaan dan
kecemerlangan setiap insan. Pembentukan tingkah laku positif
dan disiplin di dalam diri setiap individu sama pentingnya
dengan keperluan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta
kemahiran dalam sesuatu bidang. Keberkesanan pihak sekolah
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkait
rapat dengan keupayaan sekolah untuk menyempurnakan
penerapan disiplin di kalangan pelajar. Sejauh mana sekolah
berupaya untuk menerapkan disiplin dan nilai-nilai murni dalam
diri pelajarnya bergantung kepada proses pengurusan tingkah
laku dan disiplin yang dijana oleh pihak sekolah. Pada asasnya,
sistem persekolahan di Malaysia bertunjangkan kepada Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), Ordinan Pelajaran 1950, Ordinan
Pelajaran 1952, Ordinan Pelajaran 1957 dan Ordinan Pelajaran
1959. Pengurusan tingkah laku dan disiplin di sekolah pula perlu
mematuhi peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Ordinan
Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Displin Sekolah)
1959 dan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas.
Definisi Tingkah Laku Pada asasnya tingkah laku merupakan apa
yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada
keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan
manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai ( Bear, Wolf and
Risley, 1968). Terdapat pelbagai perkataan yang digunakan
untuk menggambarkan tingkah laku seperti ‘aktiviti’, ‘aksi’ ,
‘perbuatan’, ‘bergerak balas’, dan ‘reaksi’ (Martin & Pear 1996).
Secara keseluruhannya terdapat dua jenis tingkah laku yang
berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah laku yang boleh
diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku
covert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat
diperhatikan oleh orang lain (Bear, Wolf and Risley 1968).
Definisi Pengurusan Tingkah Laku Pengurusan tingkah laku
adalah program tingkah laku yang berbentuk saintiifik yang
dibuat secara analisa untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku sosial yang positif bagi seseorang individu. Pengurusan
tingkah laku adalah satu pendekatan di mana, pelaksana perlu
melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa
proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Menurut Zirpoli
dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yang perlu
dilakukan oleh pelaksana, iaitu : a) Memerhati, mengukur dan
menilai corak perlakuan semasa b) Kenal pasti antecendant dan
consequences persekitaran c) Tentukan objektif tingkah laku
baru
Definisi Pengurusan Disiplin Pengurusan disiplin pelajar berjalan
melalui satu struktur organisasi yang dibentuk oleh pentadbir
sekolah (Pengetua). Menurut model yang dikemukakan oleh
Omardin (1996), struktur organisasi Lembaga Disiplin Sekolah
terdiri daripada Pengetua yang memegang teraju lembaga itu.
Lazimnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dilantik
sebagai setiausaha manakala ahliahli lembaga terdiri daripada
Penolong Kanan Pentadbiran, semua guru pengawas, guru
disiplin dan kaunselor. Lembaga Disiplin Sekolah akan
bermesyuarat untuk menimbangkan peraturan sekolah,
membentang dan membincangkan pindaan dan peraturan
sekolah. Apabila timbul kes-kes disiplin tertentu dibincangkan,
pengerusi boleh memanggil mesyuarat khas. Mereka juga
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan
pelajar dari semasa ke semasa. Tugas yang terlibat secara
langsung bagi guru disiplin adalah merekod kesalahan, hukuman
dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar. Dalam kajian ini
pengurusan disiplin bermaksud kawalan disiplin di sekolah akan
menjadi lebih berkesan jika pengetua berkerjasama dengan
guru-guru di sekolah bagi mengawal disiplin pelajar.
PROSEDUR TINDAKAN
DISIPLIN DI SEKOLAH
1.Tindakan yang betul
a) Diberitahu – kesalahan &
hukuman
b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan - didengari
d) Jatuh hukuman dengan adil.
2.Rujuk – Buku Tatacara
Pengurusan Disiplin Sekolah &
Surat Pekeliling Ikhtisas
3.Elak hukuman – tidak tepat,
mendera menjatuhkan maruah
& tidak ikut surat pekeliling
ikhtisas
PENGURUSAN PELAJAR
SECARA KOLEKTIF
Kementerian Pendidikan memandang
serius akan gejala sosial di kalangan
pelajar.Oleh itu pengurusan peajar
secara bersepadu/kolektif hendaklah
dilaksanakan di semua sekolah
khususnya yang melibatkan disiplin
pelajar.Bagi menjayakan program dan
aktiviti di sekolah semua pihak yang
terlibat hendaklah bersama-sama
bertindak dengan halatuju yang sama
MENYELESAIKAN
MASALAH DISIPLIN
KESALAHAN DILIHAT SECARA
OBJEKTIF
- Jangan terlalu / ikut emosi
- Buat kesimpulan terburu-buru
WUJUDKAN SUASANA TENANG
- Semasa siasatan dibuat
- Dapatkan bukti-bukti / saksi
BERI PELUANG PELAJAR
MEMBUAT PENJELASAN
- Cuba fahami
MEMBANTU MURID SEDAR
KESALAHANNYA
- Nasihat ubah kelakuan
- Kaji punca-punca masalah
- Rujuk pada Guru Kaunseling
KESALAHAN DISIPLIN SERIUS
- Perlulah dimaklumkan kepada
Pengetua
MERUJUK KES-KES TERTENTU
KEPADA PIHAK BERKAITAN.
- JPN, Polis, JKM, AADK dan lain-
lain.
RUMUSAN
Kepatuhan kepada peraturan
sekolah boleh membentuk pelajar
menjadi individu yang
bertanggungjawab dan disiplin
diadakan untuk mewujudkan
suasana yang harmoni di sekolah.
Disiplin sekolah amat penting untuk
menjamin kesejahteraan pelajar,
guru dan sekolah bahkan mereka
bersetuju bahawa penerangan
mengenai peraturan sekolah telah
disebarkan secara terperinci kepada
pelajar.
Topik ini berkaitan dengan
peraturan dan disiplin murid,
pengurusan devian dan salah laku
serta pekeliling dan peraturan.
Guru hendaklah menangani
masalah devian yang berlaku
dalam kalangan pelajar secara
profesional. Guru juga mestilah
bijak dalam mencorak anak
didiknya agar mereka tidak berasa
tersisih dan melakukan salah laku.
Pelajar memerlukan perhatian
yang sama rata daripada guru dan
hal ini haruslah dilaksanakan oleh
guru tanpa ada unsur pilih kasih
RUJUKAN
Ang Jit Eng. (2007).
Pengurusan disiplin
murid. Kuala Lumpur:
PTS Professional
Publishing.
Abdul Malek Bilal Sidek
(1995) Pengurusan
Sumber Pengajaran Dan
Pembelajaran. Kuala
Lumpur DarulFikir Z675
A23 1995
LAMPIRAN
LINK NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TAJUK 1-
https://organisasikepimpinandisekolah.blogspot.com/2
021/12/organisasi-dan-kepimpinan.html
TAJUK 2-
https://fatinraymi.blogspot.com/2021/12/pengurusan-
murid.html
TAJUK 3- https://site-6339574-4639-
581.mystrikingly.com/
TAJUK 4-
https://pengurusanpembelajaranain.blogspot.com/202
T1/A1J2U/Kta5ju-kh-t4t-ppse:/n/gkuprsu3s0a1n4-ksuumm
pbuelra.hnt1m.bllogspot.com/
TAJUK 6-
https://sazilahjaidal.blogspot.com/2021/12/pengurusan-
tingkah-laku-dan-disiplin.html
TAJUK 7- https://fatinsyazwani410.blogspot.com/
TAJUK 9 -
https://online.flippingbook.com/view/272453388/
TAJUK 10 - https://nursyahmiarifin.wixsite.com/tajuk10
TAJUK 11- https://kpsshafiqhaqilah.weebly.com/
TAJUK 12-
https://pengurusanpembelajaranbynaa.blogspot.com/
TERIMA
KASIH