The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by angelinejane16, 2021-11-25 03:11:01

Tugasan 2 e-book BMMB1074

Tugasan 2 e-book BMMB1074

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS

BMMB1074: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TAJUK

TUGASAN 2: PEMBINAAN e-PORTFOLIO

NAMA PELAJAR : ANGELINE JANE ANAK MARK
2021022310003
ANGKA GILIRAN : 030816-13-0658
PPRBMM1-1
NOMBOR KAD PENGENALAN : BMMB1074: SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
KUMPULAN/ UNIT : PUAN SELINA HJ AHMAD
26 NOVEMBER 2021
KOD DAN NAMA KURSUS :
1
NAMA PENSYARAH :

TARIKH HANTAR :

PENGAKUAN PELAJAR :

MENERIMA MAKLUM BALAS

DARIPADA PENSYARAH

PERKARA ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 3
2.0 SOALAN TUGASAN 4-5
PENGENALAN 5-6
3.0
4.0 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DALAM 6-8
BAHASA MELAYU
5.0 8
6.0 2.1 PERKEMBANGAN EJAAN JAWI 8-9
PERINGKAT I DAN PERINGKAT II
2.2 PERKEMBANGAN JAWI ZA’BA 9-10
PERKEMBANGAN TULISAN RUMI DALAM 10
11
BAHASA MELAYU
3.1 SISTEM EJAAN WILKINSON 11-12

3.2 EJAAN KONGRES 12-14
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
ZAMAN PRAMERDEKA DAN ZAMAN 15-16

PASCAMERDEKA 16-17
4.1 BAHASA MELAYU MODEN 18

PRAMERDEKA
4.2 BAHASA MELAYU MODEN

PASCAMERDEKA
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA

MELAYU
RUMUSAN DAN PANDANGAN

RUJUKAN

2

SOALAN TUGASAN
TUGASAN 2: MEMBINA e-PORTFOLIO (50%)

Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa pada abad ke-7 Masihi
sehingga abad ke-19 Masihi. Bahasa Melayu mencapai kegemilangannya apabila
bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat
pemerintahan seluruh rantau berkenaan.
Namun, apabila berlakunya penjajahan yang pesat pada abad ke-20 ke atas
Kepulauan Melayu di Asia Tenggara, menyebabkan bahasa Melayu telah
menghadapi cabaran dan bermulalah kemerosotan kedudukan bahasa Melayu
sebagai lingua franca di rantau Asia Tenggara. Dalam konteks ini, pihak penjajah
telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa
pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan lingua franca di rantau ini.
Berdasarkan penyataan di atas, nilaikan sejarah perkembangan tulisan, Bahasa
Melayu sejak zaman pramerdeka sehingga pascamerdeka serta cabaran dan masa
depan bahasa Melayu dengan mengaplikasikan kemahiran dan alat berfikir serta
memuatkan hasil penilaian tersebut dalam sebuah e-book.
Perbincangan anda dibuat dalam lingkungan 2000 patah perkataan.

TARIKH PENGHANTARAN: 26 NOVEMBER 2021

3

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Mengikut Nik Safiah
(2015, seperti yang dinyatakan dalam Nur Lidyawati Jasmin, 2017), bahasa Melayu
bermula pada abad ke-7 iaitu dikenali sebagai bahasa Melayu kuno. Zaman ini
dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat yang ditemui di Kepulauan
Melayu seperti yang terdapat dalam Rajah 1.1 di bawah:

Bukti bertulis yang a) Batu Bersurat Kedukan Bukit
tertua tentang (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka,
bahasa Melayu kuno bersamaan dengan 683 (Masihi).

b) Batu Bersurat Talang Tuwo
(Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka,
bersamaan dengan 684M.

d) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka),
bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan
dengan 686M.

c) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi),
bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan
dengan 692 M.

Rajah 1.1 Bukti penemuan yang tertua tentang bahasa Melayu kuno.

Batu bersurat yang ditemui pada zaman ini membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit
terutamanya dalam masyarakat Melayu. Malah, masyarakat Melayu menggunakan
tulisan Sanskrit iaitu tulisan Pallawa serta tulisan Rencong. Pada abad ke-13,
pengaruh Sanskrit mula terhakis kerana agama Islam mula berkembang di
Kepulauan Melayu. Masyarakat Melayu mula mematuhi perintah Allah termasuklah
solat dan membaca al-Quran serta percaya akan kewujudan Tuhan iaitu Allah. Oleh
itu, masyarakat Melayu mempelajari tulisan-tulisan Arab sebelum membaca al-Quran.

4

Pada masa yang sama, bahasa Melayu kuno digantikan dengan bahasa Melayu
Klasik yang mana tulisan Arab digunakan dalam penulisan. Tambahan lagi,
pedagang-pedagang Arab memperkenalkan tulisan Arab dan ajaran agama Islam.
Hal ini sejurus menyebabkan kosa kata bahasa Melayu berubah dengan banyak
menggunakan perkataan Arab seperti kalimat nabi, Allah, dan rahmat.

Selepas itu, bahasa Melayu klasik digantikan dengan bahasa Melayu moden.
Zaman bahasa Melayu moden menggunakan tulisan rumi yang diperkenalkan oleh
pihak British yang mula menapak di kepulauan Melayu khususnya Tanah Melayu
pada abad ke-19 dan mula menguasai pentadbiran kepulauan Melayu. Tujuan tulisan
rumi diperkenalkan adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan
bersama rakyat tempatan kerana pihak British tidak dapat menguasai tulisan jawi.
Namun begitu, terdapat beberapa pihak yang ingin mempertahankan tulisan jawi dan
mula menentang pengenalan tulisan rumi. Terbuktilah bahawa bahasa Melayu
mengalami banyak perubahan kerana menerima pelbagai pengaruh dari luar.

2.0 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DALAM BAHASA MELAYU

Berdasarkan pendapat Siti Hajar (2009, seperti yang dinyatakan dalam Nur Lidyawati
Jasmin, 2017) nama jawi satu kata adjektif berasal daripada perkataan (kata nama)
bahasa Arab iaitu Jawah yang mana dikaitkan dengan satu daerah di Asia Tenggara
iaitu Javadwipa. Noresah (2014, seperti yang dinyatakan dalam Nur LIdyawati Jasmin,
2017) mentakrifkan tulisan jawi sebagai tulisan yang menggunakan huruf-huruf jawi
atau huruf Arab.

Tulisan jawi telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Ini bermaksud tulisan
jawi ialah tulisan yang menggunakan huruf-huruf serta lambang Arab dalam bahasa
Melayu. Dalam erti kata lain, tulisan jawi lebih mudah digunakan dalam bahasa
Melayu. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan Islam pada abad ke-13 berdasarkan
kenyataan yang dikeluarkan Siti Hajar (2011, seperti yang dinyatakan dalam Nur
Lidyawati Jasmin,2017) dalam bukunya yang mana pengaruh Islam mula menapak di
kepulauan Melayu pada masa itu. Beliau juga turut menyatakan terdapat perubahan

5

pada struktur, pola ayat, kosa kata serta tulisan bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi.
Bukti pengaruh tulisan jawi di Tanah Melayu ialah dengan penemuan Batu Bersurat di
Terengganu pada tahun 1303 (Siti Hajar, 2009 seperti yang dinyatakan dalam Nur
Lidyawati Jasmin 2017).

Menurut Wikipedia (2021) tulisan jawi berkembang pesat sejajar dengan
penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallawa yang
digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal
agama baru ini. Bahkan Wikipedia (2021) mengatakan orang Melayu memandang
tinggi tulisan jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya,
al-Quran. Hal ini kerana mereka akur akan perintah Allah yang memerintahkan umat
Islam untuk membaca al-Quran. Oleh itu, tidak mustahillah bagi orang Melayu untuk
berhasrat mendalami tulisan jawi kerana kitab suci ditulis menggunakan tulisan jawi
atau huruf Arab.

Umumnya, tulisan jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri, serta tidak
mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan rumi, namun terdapat
perubahan bentuk bagi beberapa huruf tertentu apabila disambungkan dengan huruf
yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Bahkan menurut Siti Hajar (2009,
seperti yang dinyatakan dalam Nur Lidyawati Jasmin, 2017) terdapat dua
perkembangan ejaan jawi ini iaitu perkembangan tahap I dan perkembangan tahap II.

2.1 PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I DAN PERINGKAT II

Perkembangan ejaan jawi pada peringkat I terbahagi kepada empat tahap
seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.2 berikut:

Sistem ejaan Arab
digunakan sepenuhnya.

Huruf saksi Tahap perkembangan Baris pada ejaan
pada suku kata ejaan jawi peringkat I dihilangkan
pertama dan
kedua Huruf saksi atau 6
vokal digunakan

Rajah 1.2 Tahap perkembangan ejaan jawi peringkat I

Pada tahap sistem Arab digunakan sepenuhnya, cara penulisan bahasa Arab
digunakan sepenuhnya iaitu dengan menggunakan tanda baris atau diakritik. Hal ini
menunjukkan tulisan al-Quran mempengaruhi cara mengeja perkataan-perkataan
bahasa Melayu Asli pada masa itu. Tanda baris yang digunakan mempunyai
beberapa jenis antara tanda baris yang kerap digunakan ialah baris atas dan baris
bawah serta baris depan. Kelebihan sistem ejaan ini ialah pembaca dapat membaca
seluruh suku kata dalam perkataan tersebut secara betul. Ini kerana setiap huruf
konsonan jawi ditambahkan dengan tanda baris yang membuatkannya mudah dibaca.
Namun, penggunaan diakritik atau tanda baris pada perkataan yang ditulis dengan
jawi menyebabkan seseorang penulis mengambil masa yang lama untuk menulis jawi.
Selain itu, kekurangan tanda baris juga menyebabkan kekurangan fungsinya pada
beberapa perkataan kerana tanda baris yang digunakan masih tidak lengkap. Oleh itu
sistem ejaan jawi yang baru diperkenalkan

Pada tahap baris ejaan dihilangkan, diakritik atau tanda baris pada perkataan
tulisan jawi dibuang lalu menghasilkan satu lagi sistem ejaan yang lain. Kelebihan
bagi sistem ejaan ini ialah ia lebih mudah dan penulis tidak akan mengambil masa
yang lama untuk menulis satu atau lebih perkataan. Namun, sistem ejaan ini
mengalami kesukaran terhadap pembacanya kerana ketiadaan tanda baris atau huruf
vokal pada perkataan yang dieja menyebabkan pembaca sukar untuk membaca.

Apabila tahap kedua menghadapi kesukaran, maka pada tahap ketiga ini, huruf
vokal diwujudkan untuk memudahkan masyarakat pada masa itu membaca tulisan
jawi. Huruf vokal yang dimaksudkan seperti alif, wau dan ya. Namun, sistem ini
mempunyai kekurangan iaitu pembaca masih tidak dapat membaca dengan tepat
perkataan yang ditulis.

Penambahan pada tahap ini menyelesaikan kekeliruan sistem ejaan jawi pada
tahap terdahulu. Pada tahap ini, penggunaan vokal masuk dikekalkan namun cara
penggunaannya berubah iaitu huruf vokal digunakan pada suku kata pertama dan
suku kata kedua. Hal ini kerana memandangkan perkataan dalam bahasa Melayu

7

pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada dua suku kata. Sistem ejaan ini
mempunyai kelemahan iaitu kekurangan huruf vokal bagi menggantikan huruf vokal
dalam bahasa Melayu iaitu a, e, I, o dan u. oleh itu, sistem ejaan pada tahap ini masih
mempunyai kelemahan.

Pada peringkat II, terdapat satu tahap sahaja iaitu ejaan P.BMP.B Diraja.
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2021) Pedoman Ejaan Pakatan Bahasa
Melayu Persuratan Buku Di Raja Johor ialah satu buku pedoman ejaan. Pedoman ini
dikenali sebagai Pedoman Ejaan P P.BMP.B Diraja Johor. Pedoman ini disusun oleh
Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Haji Suleimen untuk membakukan dan
menyeragamkan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan Bahasa Melayu.
Pedoman ini diterbitkan pada tahun 1937 oleh P.BMP.B Diraja Johor.

2.2 EJAAN JAWI ZA’BA

Menurut PRPM (2021) juga Pedoman ejaan Jawi Za’ba ialah satu sistem jawi
yang mana diterbitkan pada 1949 digunakan dalam buku karangan Za’ba yang
berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-rumi). Pada bahagian awal buku ini terdapat
kaedah tulisan Melayu dengan huruf jawi atau dengan erti kata lain dikenali sebagai
Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu

3.0 PERKEMBANGAN TULISAN RUMI DALAM BAHASA MELAYU

Menurut Hashim (2006, seperti yang dinyatakan dalam Nur Lidyawati Jasmin, 2017)
tulisan rumi datang ke Kepulauan Melayu dikaitkan dengan kedatangan orang Eropah
ke Kepulauan Melayu. Malah kedatangan Portugis lalu menawan Melaka pada 1511
membawa pengaruh dan bukan sahaja dari segi bahasa malah tulisan. Tulisan rumi
merupakan salah satu perkembangan dalam bahasa Melayu selain tulisan jawi.
Muhammed Salehudin (2016, seperti yang dinyatakan dalam Nur Lidyawati Jasmin,
2017) menyatakan sejarah awal penggunaan tulisan rumi dikaitkan dengan para
pengembara iaitu sama ada pedagang atau penjelajah dari Eropah ke Nusantara

8

(Kepulauan Melayu) secara perseorangan (Portugis, Sepanyol, dan Itali) yang
menulis perkataan Melayu agar mereka dengar semasa di pelabuhan dengan tulisan
rumi. Sistem pada ketika itu menggunakan kaedah transliterasi huruf jawi kepada
huruf rumi sepenuhnya. Beliau juga mengatakan bahawa orang inggeris telah
mengasaskan beberapa kaedah ejaan rumi pada abad ke-17 hingga abad ke-19 di
Tanah Melayu. Antaranya ialah seperti di dalam Rajah 1.3 di bawah:

Ejaan Rumi
Bowrey 1701

Ejaan Rumi Kaedah Ejaan Rumi
Maxwell 1882 ejaan rumi J. Howison
1800
Ejaan Rumi
Swettenham Ejaan Rumi
1881 William
Marsden 1812

Ejaan Rumi
Negeri-Negeri
Selat 1878

Rajah 1.3 Kaedah ejaan Rumi pada abad ke-17 hingga abad ke-19

3.1 SISTEM EJAAN WILKINSON

Menurut Muhammed Salehudin (2016, seperti yang dinyatakan dalam Nur
Lidyawati Jasmin, 2017) Ejaan Rumi Wilkinson diterbitkan dalam Oktober 1904
dikenali sebagai Romanised Malay Spelling. Sistem ini digunakan secara rasmi di
sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam dengan apa yang digunakan
dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson. Sistem ini lebih transliterasi
daripada jawi kepada rumi sebagai cara perumian bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu.

9

Wilkinson juga berpendapat bahawa sistem ejaan perumian terbahagi kepada dua
seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.4 tersebut:

Perumian Pengambilan huruf-huruf jawi dan
secara dipadankan dengan huruf-huruf Rumi
harafiah tertentu yang diterima.

Sistem ejaan
perumian

Perumian Perumian fonetik pula mengikut
secara fonetik padanan huruf Arab dengan huruf
(mengikut bunyi) Rumi yang mempunyai bunyi yang
sama.

Rajah 1.4 Sistem ejaan perumian
Sistem ini mengurangkan kaedah tersendiri penulis sebelumnya. Kelemahan bagi
sistem ini pula sistem vokal dalam Arab pada masa itu belum cukup untuk
disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu.

3.2 EJAAN KONGRES

Para peserta Kongres telah bersepakat untuk mewujudkan satu sistem ejaan,
yang dikenali sebagai Ejaan Kongres dalam Kongres Persuratan ketiga yang
diadakan di Singapura pada tahun 1956. namun sistem ini tidak pernah dilaksanakan
kerana sukar diramalkan melalui sifat sistem ini terlalu idealistik dari segi bidang
bahasa atau linguistik. Usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua
buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia diteruskan. Beberapa kali perundingan dan
pertemuan diadakan. Pada tahun 1959, setelah persetujuan persahabatan terjalin,
maka wujudlah sistem ejaan yang dikenali sebagai Ejaan Malindo iaitu Ejaan
Malaysia dan Indonesia.

10

4.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN PRAMERDEKA DAN ZAMAN
PASCAMERDEKA

Bahasa Melayu moden ialah bahasa Melayu yang berkembang pada pertengahan
abad ke-19, yang dipercayai dicetuskan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Bahasa Melayu pada zaman ini semakin mantap dari aspek tatabahasa, ejaan, dan
larasnya selari dengan perkembangan dunia. Bahasa Melayu moden mempunyai
pelbagai variasi dan laras yang dapat menerima bidang ilmu baharu dengan sifatnya
yang dinamik. Pengembangan bahasa Melayu moden dirancang oleh badan yang
ditubuhkan khas, Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi taraf, fungsi dan korpus untuk
menjadikannya alat komunikasi yang sempurna. Pengembangannya bermula pada
pertengahan abad ke-19 iaitu sebelum Malaysia memperoleh kemerdekaan. Bahasa
Melayu moden berkembang dengan lebih pesat selepas merdeka dengan
mendukung pelbagai fungsi serta mempunyai dua tahap perkembangan iaitu seperti
di dalam Rajah 1.5:

Pramerdeka Pascamerdeka

Sebelum Selepas
merdeka merdeka

Rajah 1.5 Tahap perkembangan bahasa Melayu moden

4.1 BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu masih digunakan untuk tujuan
urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan di jabatan polis di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di

11

negeri-negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus peperiksaan
sebelum disahkan jawatan. Antara pegawai Inggeris yang menguasai bahasa Melayu
dengan baik ialah R.O Winstedt, J.R Wilkinson, W. Marsden, W.G. Shellabear, J.
Crawfurd, C.C. Brown dan W.E. Maxwell. Selepas Perang Dunia Kedua, kedudukan
bahasa Melayu tergugat apabila British mengutamakan bahasa Inggeris dan menjadi
sebagai bahasa pengantar di sekolah, kelulusannya menjadi asas untuk mendapat
kedudukan tinggi dan menjadi bahasa pentadbiran. Pegawai-pegawai British yang
menguasai bahasa Melayu turut memberikan sumbangan tersendiri dalam
perkembangan bahasa Melayu pada zaman pramerdeka ini. Mereka menghasilkan
penulisan tentang sistem bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu, sejarah politik dan
geografi.

4.2 BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA

Perkembangan bahasa Melayu moden bermula semenjak negara masih belum
merdeka. Desakan untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu muncul dalam
tiga Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (1952, 1954 dan 1958). Laporan Razak
1956 turut mencadangkan supaya bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di
semua sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan. Pada zaman ini telah
digubal akta-akta yang menyentuh hal kedudukan bahasa Melayu, malahan telah
ditubuhkan institusi yang bertanggungjawab untuk mengembangkan bahasa
kebangsaan.

Antara akta-akta yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu ialah
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia
melalui Perkara 152 (1) menetapkan bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan:

152. Bahasa Kebangsaan
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam
apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang
oleh Parlimen.

12

Peruntukan tidak melarang penggunaan bahasa lain secara tidak rasmi dan tidak
menyentuh hak kerajaan Negeri atau Persekutuan untuk meneruskan penggunaan
atau pengajian mana-mana bahasa kaum lain dalam Persekutuan [Perkara 152
(1)(b)]. Perkara 152 (6) pula menjelaskan bahawa maksud rasmi dalam 152 (1)(a)
ditujukan kepada apa-apa sahaja maksud (tujuan) kerajaan, sama ada kerajaan
Persekutuan atau kerajaan Negeri, dan pihak berkuasa awam. Pemaktuban bahasa
Melayu ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu berada pada kedudukan tinggi dan
istimewa dalam perundangan negara.

Selain itu, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 yang diluluskan oleh
Parlimen 1959 yang asalnya dikenali sebagai Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di bawah ordinan itu, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
ditubuhkan untuk membentuk dan melaksanakan dasar-dasar untuk mencapai
matlamat DBP. Akta tersebut menjadikan DBP sebagai badan berkanun dan
mempunyai kuasa autonomi untuk menggubal dasar yang khusus dan sesuai dengan
matlamatnya. Akta DBP 1959 telah disemak pada tahun 1973 dan dibuat pindaan dan
peluasan pada tahun 1995, lalu dikenali sebagai Akta DBP (Pindaan dan Peluasan)
1995.

Seterusnya ialah Akta Bahasa Kebangsaan 1962/ 67 yang terbentuk daripada
gabungan dan penyesuaian antara akta 1963 dengan akta 1967 sebelumnya. Akta ini
berkuatkuasa mulai 1 Julai 1971, tetapi telah dipinda pada tahun 1983. mengikut
Seksyen 2, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.
Mengikut Seksyen 8, segala prosiding di mahkamah hendaklah menggunakan
bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, atau sebahagian. Mengikut
Seksyen 9, tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi tetapi penggunaan
tulisan Jawi tidak dilarang. Mengikut Seksyen 11, terjemahan borang dalam bahasa
Melayu boleh diguna pakai. Keseluruhannya, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/ 67
Pindaan 1983 memartabatkan bahasa Melayu untuk kegunaan dalam urusan penting
meskipun terdapat pengecualian tertentu yang melibatkan penggunaan bahasa lain.

Di samping itu, Akta Hasutan diluluskan pada tahun 1948 dan dipinda pada
tahun 1970. Terkait dalam akta ini ialah bahawa perbuatan mempersoalkan

13

kedudukan mana-mana bahasa akan dikira sebagai perbuatan menghasut dan boleh
didakwa. Melalui Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi akan terjamin dan tidak boleh
digugat.

Kemudian, Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan Ordinan Pelajaran 1961.
Mengikut Seksyen 17, bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama di
semua jenis kebangsaan tertentu dan yang dikecualikan. Jika bahasa kebangsaan
bukan bahasa pengantar, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib.

Manakala, terdapat juga penubuhan badan yang bertanggungjawab
mengembangkan bahasa kebangsaan iaitu Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) pada 22 Jun 1956. DBP ditubuhkan di Johor Bahru hasil daripada resolusi
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III. Asalnya bertaraf jabatan kerajaan, tetapi
menjadi badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka (1959). DBP mempunyai autonomi untuk menggubal dasar-dasar yang
khusus, serta menyusun pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera
menurut kebijaksanaan sendiri. Badan ini terletak di bawah naungan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Matlamat DBP mengikut Akta DBP (Semakan 1978, Pindaan
dan Perluasan 1950 ialah seperti dalam Rajah 1.6 di bawah:

Membentuk Membakukan Membina dan
istilah-istilah yang ejaan dan memperkaya bahasa
sesuai dalam bahasa sebutan kebangsaan dalam

kebangsaan. semua bidang
termasuk sains dan
Menggalakkan penggunaan
bahasa kebangsaan yang teknologi.
betul supaya digunakan
secara meluas bagi segala Matlamat DBP Memperkembangkan
bakat sastera,
maksud mengikut Mencetak atau menerbitkan
undang-undang yang sedang atau membantu percetakan khususnya dalam
atau penerbitan buku-buku, bahasa kebangsaan
berkuat kuasa.
majalah-majalah 14
risalah-risalah, dan bentuk lain
kesusasteraan dalam bahasa

kebangsaan dan
bahasa-bahasa lain.

Rajah 1.6 Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka

5.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

Tidak dinafikan, bahasa Melayu mengalami cabaran yang sengit terutamanya dalam
abad ke-21. pada awalnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara, iaitu Perkara 152.
Bahasa Melayu mula menghadapi cabaran mendepani bahasa Inggeris yang telah
berada di peringkat global pada abad ke-21 ini. Dalam mendepani cabaran ini,
bahasa Melayu harus mewujudkan kesinambungan terutamanya dalam pelbagai
bidang seperti di Rajah 1.7 di bawah:

Perdagangan

Cabaran Pendidikan

Perkembangan
teknologi maklumat

dan komunikasi

Rajah 1.7 Cabaran bahasa Melayu
Umumnya diketahui bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi lingua franca
dalam bidang perdagangan kerana kenyataannya mempunyai pelbagai bukti dalam
catatan sejarah seperti penemuan baru bersurat tertua, iaitu Batu Bersurat Kedukan
Bukit di Palembang bertarikh 683 Masihi. Walaupun pernah diangkat sebagai lingua
franca dalam urusan perdagangan namun bahasa Inggeris telah diangkat sebagai
lingua franca sedunia menyebabkan penggunaan bahasa Melayu diragui dan
dianggap tidak menepati standard perdagangan kerana hampir seluruh konsep
perdagangan mengetengahkan bahasa Inggeris. Dalam hal ini, negara kita harus
bertindak seperti negara-negara besar dalam industri dengan memperluaskan

15

penggunaan bahasa ibunda dalam perdagangan, contohnya negara Jepun. Oleh itu,
tidak mustahil bahasa Melayu dapat mengembalikan martabatnya melalui aspek
perdagangan.

Selain itu, pendidikan dalam bahasa Melayu dilihat kekurangan sumber material
seperti guru terlatih, kamus, bahan pengajaran manakala sumber bukan material
seperti pakar-pakar bahasa Melayu yang dapat menyumbang pengetahuan dan
kemahiran. Oleh itu, bahasa Melayu memerlukan wujudnya kesinambungan sumber
berbentuk material dan bukan material agar menuju ke pengantarabangsaan seperti
bahasa Inggeris. Namun, dapat dilihat usaha mewujudkan Kerangka Standard
Bahasa Melayu (KBSM) sebagai rujukan tentang penguasaan kemahiran penutur
bahasa Melayu di seluruh dunia akan membantu proses pengglobalan bahasa
Melayu.

Seterusnya ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
media sosial termasuklah Twitter, WhatsApp, Facebook dan sebagainya telah
membuka ruang kepada masyarakat untuk berkomunikasi secara penulisan atau
pertuturan. Namun, penggunaan media sosial menyebabkan perubahan bahasa
Melayu secara mendadak dari aspek kualiti bahasa kerana wujudnya bahasa rojak
yang melanggar tatabahasa dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat menyebabkan
bahasa asli dilupakan jika terus berlarutan masalah ini berlaku kerana penggunaan
media sosial semakin meluas dalam era globalisasi ini. Oleh itu, pemantauan
penggunaan bahasa dalam media sosial haruslah dilaksanakan kerana kecelaruan
bahasa tidak akan disedari tanpa teguran terutamanya generasi muda yang mula
berjinak-jinak dalam penggunaan media sosial.

6.0 RUMUSAN DAN PANDANGAN

Kesimpulannya, bahasa Melayu mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan
sejak zaman Melayu kuno sehinggalah hari ini serta menghadapi pelbagai cabaran
dari luar dan dalam negara sehinggalah bahasa Melayu dapat mencapai ke tahap
antarabangsa. Pelbagai langkah dan cara yang dilakukan pelbagai pihak di negara ini

16

dalam memartabatkan bahasa Melayu. Oleh itu, tidak dinafikan bahasa Melayu tetap
digunakan sehingga hari ini kerana kerjasama yang utuh dari pelbagai pihak.
Walaupun tahap penguasaan bahasa Melayu semakin luntur tetapi jumlah penutur
bahasa Melayu masih besar kuantitinya dan masih relevan untuk dimartabatkan ke
seluruh dunia. Bahkan itu bukan penghalang untuk negara kita menyaingi
negara-negara besar yang lain dalam pelbagai bidang kerana keunikan bahasa
Melayu masih banyak yang belum diketahui ramai. Tegasnya, usaha kita sebagai
rakyat Malaysia yang menuturkan bahasa Melayu harus dipertingkatkan agar bahasa
ini dapat disaksikan hingga ke pentas antarabangsa.

(2745 patah perkataan)

17

RUJUKAN
Mohd Naim Daipi. (1990). Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18302/1/Sekata-8-2-23.pdf
Nur Lidyawati Jasmin. (2017). Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi dan Jawi.

https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaa
n-rumi-dan-jawi

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2021). https://prpm.dbp.gov.my/
Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

https://pppnukm.files.wordpress.com/2018/04/bahasa-melayu-moden-fonolo
gi.pdf
Shahbudin Abdullah. (2021). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi.
https://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi
Shamsul Aizuwani, Suhasni Dollah, Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Wikipedia. (2021). Tulisan Jawi. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

18

19


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Buku Program KRS TERKINI KE 2 (edit)
Next Book
The Sun - 25 Nov 2021