INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR : ANGELINE JANE ANAK MARK DAN
ANGKA GILIRAN : 2021022310003
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030816-13-0658
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104: KESUSASTERAAN
NAMA PENSYARAH KEBUDAYAAN MELAYU
TARIKH HANTAR : PUAN SELINA HJ AHMAD
PENGAKUAN PELAJAR : 21 MAC 2022
MENERIMA MAKLUM BALAS :
DARIPADA PENSYARAH
1
PERKARA KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 3
2.0 SOALAN TUGASAN 4
3.0 PENGENALAN 4-5
KONSEP DAN FUNGSI
4.0 KESUSASTERAAN MELAYU 6-7
MANIFESTASI AKAL BUDI
PANTUN-PANTUN TRADISIONAL 7
MELAYU 8-9
RUMUSAN
RUJUKAN
2
SOALAN TUGASAN
Tugasan 1 (Individu): Penghasilan Produk (30%)
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta
sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun
kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan
manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
3
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu merupakan sebuah hasil karya dan ciptaan seni yang
disampaikan dalam bentuk bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Ismail
Yusoff (2008), menyatakan bahawa kesusasteraan ialah hasil seni yang diwujudkan
dengan bahasa. Hasil karya sastera ini tercipta secara spontan daripada perasaan
dan fikiran masyarakat Melayu. Sastera Melayu terbahagi kepada dua iaitu prosa
seperti drama dan novel serta puisi seperti sajak, syair, pantun dan sebagainya. Hasil
karya bukan hanya berbentuk bahasa biasa malah ia juga menghasilkan kehalusan
dan keindahan bahasa dengan menyampaikan mesej atau buah pemikiran seni
kepada masyarakat.
Kesusasteraan Melayu bukan sahaja hasil seni bahasa namun ia juga merupakan
suatu sastera yang bersifat kreatif dan mempunyai dimensi yang luas. Hal ini
dikatakan demikian kerana kesusasteraan Melayu mempunyai keindahan seni yang
tidak terbatas di samping mempunyai gaya dan bunyi bahasa berserta dengan watak
dan jalan cerita yang saling memberi keindahan tersendiri. Oleh itu, keindahan
sastera inilah yang mendorong dan mengilham tingkah laku masyarakat yang
menggemarinya. Abdul Halim Ali (2011) juga menyatakan sastera sebagai asas yang
mengungguli karya sastera, keindahan sebenarnya memiliki daya tarikan yang
mendorong pembaca suka kepadanya.
2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Kata sastra yang berasal daripada Sanskrit bermaksud saran atau alat yang
membawa pengajaran, sedangkan awalan su membawa makna indah, maka kata
susastera dengan sendiri mendukung suatu makna bahawa susastera yang difahami
dalam bahasa Jawa dan Melayu itu ialah saran yang membawa pengajaran dengan
cara yang indah (Abdul Halim Ali, 2011). Makna kesusasteraan ini memberikan
gambaran bahawa masyarakat Melayu menghasilkan karya sastera dengan
4
menerapkan keindahan dan kualiti bahasa dalam menyampaikan pengajaran dan
cerita secara lisan ataupun tulisan.
Selain itu, sastera juga suatu karya yang tercipta daripada fikiran, pengalaman
dan perasaan secara spontan untuk dikongsi bersama masyarakat. Oleh itu, sastera
masyarakat Melayu sangat dekat dengan keadaan sekeliling. Melalui sastera,
pengarang menyampaikan imaginasinya yang berkait rapat pengalaman dan
persekitaran serta dapat diadaptasi oleh semua lapisan masyarakat. Namun,
kesemua kesenian tersebut bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah
berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat (Mohd rodzi,
2010). Justeru, ramai yang berpendapat bahawa sastera merupakan tempat
masyarakat mengungkap perasaan atau berbagi cerita yang mengandungi unsur
dakwah, kritikan, pendidikan dan hiburan.
Seterusnya, cerita-cerita yang dipersembahkan dalam sastera menarik minat
semua lapisan masyarakat. Tidak dinafikan, masyarakat tradisional menghasilkan
banyak karya sastera kerana ia mengisi masa lapang dan dijadikan sumber hiburan
selepas penat bekerja atau hiburan kepada anak-anak kecil. Malah, sastera
memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan cara menerapkan unsur-unsur
nilai murni. Misalnya, dalam cerita Mat Jenin yang menghabiskan waktunya dengan
berangan-angan. Melalui cerita ini masyarakat dididik supaya bekerja bersungguh
jika ingin mencapai kejayaan atau menjadi kaya dan bukan hanya menghabiskan
waktu dengan berangan-angan.
Di samping itu, kesusasteraan Melayu turut menjadi penyebaran agama atau
dakwah kepada masyarakat Melayu tradisional. Unsur agama yang diserapkan ke
dalam sastera telah menambahkan nilai pengajaran dan ilmu kepada masyarakat.
Bahkan, menjana pemikiran masyarakat Melayu dengan jati diri yang utuh dan
menyampaikan ajaran agama sekali gus memberikan panduan serta hala tuju dalam
kehidupan. Tambahan lagi, Rahmah Ahmad H. Osman dan Mohd Shahrizal Nazir
(2011) menyatakan kemasukan unsur agama dalam seni sastera sebenarnya tidak
sedikit pun menghilangkan kekuatan dan keindahan karya sastera tersebut.
5
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN-PANTUN TRADISIONAL MELAYU
Fenomena berpantun dalam kalangan masyarakat tradisi amat penting kerana ia
berhubung kait dengan pancaran akal budi dan pemikiran masyarakat pada masa itu
di samping memberi hiburan dan didaktik atau pengajaran kepada khalayak
(Norazimah Zakaria et al., 2017). Sastera tradisional juga wadah masyarakat untuk
dididik tentang pengajaran, nilai murni dan berunsur teguran. Hal ini dapat
memberikan pendidikan yang tidak formal kepada masyarakat tradisional dari
pelbagai lapisan masyarakat. Pantun tradisional masyarakat Melayu juga merupakan
karya yang menyampaikan keindahan alunan dan bunyi bahasa kepada pendengar.
Berdasarkan pantun Melayu yang pertama, pengarang ingin memberikan nasihat
supaya masyarakat bersikap rendah diri dan tidak angkuh apabila dilimpahkan
dengan rezeki atau meraih kejayaan. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat
Melayu sentiasa menjaga tingkah laku sesama manusia dan tidak meninggikan diri
walaupun mempunyai darjat yang tinggi. Tambahan lagi, pengarang menasihati agar
masyarakat mempunyai sifat menghormati dan boleh menunjukkan suri teladan
kepada masyarakat lain. Misalnya Raja harus menunjukkan sifat menghormati,
rendah diri dan tidak angkuh kepada rakyatnya supaya rakyat dapat menjadikan Raja
sebagai teladan serta dapat meningkatkan kualiti ketamadunan masyarakat. Sejajar
dengan itu, bagi melihat ketamadunan sesuatu bangsa pula, ketinggian akal dengan
kehalusan budi bangsanya adalah penentu kepada kecemerlangan sesebuah negara
(Shamsudin Othman et al., 2015)
Manakala pantun Melayu yang kedua menyatakan tentang adab dan budi
masyarakat. Adab dan budi masyarakat yang tinggi nilainya dapat menggambarkan
keunggulan sesuatu bangsa. Zurakintan Abdul Razak dan Che Ibrahim Salleh (2015),
menyatakan banyak pantun yang memancarkan pemikiran Melayu tentang
kepentingan adab yang menjadi dasar kepada pembentukan bangsa yang tinggi nilai
budinya. Oleh itu, masyarakat Melayu sering digambarkan dengan nilai adab dan
budi yang tinggi kerana masyarakat Melayu dididik dari aspek tingkah laku dan
bahasa yang indah serta penuh kesantunan.
6
Seterusnya, pantun Melayu yang ketiga menyampaikan suatu mesej sindiran,
mengkritik atau memberi kesedaran kepada masyarakat. Pantun yang berunsur
sindiran ini menggunakan bahasa yang halus dan santun supaya tidak menyinggung
perasaan orang lain namun tetap menyampaikan elemen kesedaran kepada
masyarakat. Pantun ini bertujuan untuk menegur segelintir masyarakat daripada terus
lalai dengan sikap yang kurang baik. Tambahan lagi, masyarakat Melayu akan
dianggap biadab jika menyampaikan sesuatu secara terang-terang kerana tidak
menjaga air muka orang lain (Nur Nahajah Ishak et al., 2016). Oleh itu, penggunaan
pantun dalam sindiran masih mengekalkan kesantunan masyarakat Melayu.
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu mengandungi pelbagai unsur keindahan seni,
bahasa dan kesantunan yang menggambarkan keunggulan masyarakat Melayu.
Keindahan bahasa masyarakat Melayu sama ada melalui lisan atau tulisan telah lama
wujud dan berkembang seiring dengan peredaran zaman. Kesusasteraan Melayu
berperanan sebagai saluran komunikasi dan menjadi teladan dalam perkembangan
tamadun masyarakat Melayu sehingga kini. Bahkan kesusasteraan Melayu juga telah
memimpin masyarakat dan mewujudkan pemikiran yang bijaksana dalam menjalani
kehidupan seharian. Oleh itu, kewujudan kesusasteraan Melayu tidak lapuk ditelan
zaman kerana ia menyampaikan kepuasan estetik, memberikan pengajaran, menjadi
instrumen perpaduan dan menggambarkan nilai bahasa serta kesantunan yang
unggul.
(963 patah perkataan)
7
RUJUKAN
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
Jurnal bahasa, pendidikan dan sastera Melayu.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109.
Ismail Yusoff. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Penerbitan Universiti
Utara Malaysia. https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6070.
Mohd Rodzi. (2010). Fungsi sastera dalam masyarakat.
https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat
Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hamida
Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman &
Rosmah Derak. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam
pantun. The Sultan Allauddin Sulaiman Shah Journal. 4(2), 89-97.
http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/105
Nur Najahah Ishak, Noriza Daud, Umaimah Kamarulzaman & Nurul Afnieza Md. Zain.
(2016). Ketidaksantunan berbahasa dalam pantun kelakar ‘Khazanah
Pantun Melayu Riau’. Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan
Budaya Nusantara.
https://www.researchgate.net/profile/Umaimah-Kamarulzaman/publication
/354371304_Seminar_Antarabangsa_Susastera_Bahasa_dan_Budaya_
Nusantara_Impoliteness_Strategies_in_Humourous_Limericks_Poem_'K
hazanah_Pantun_Melayu_Riau'/links/6134696a38818c2eaf81e688/Semi
nar-Antarabangsa-Susastera-Bahasa-dan-Budaya-Nusantara-Impolitenes
s-Strategies-in-Humourous-Limericks-Poem-Khazanah-Pantun-Melayu-Ri
au.pdf
Rahmah Ahmad H. Osman & Mohd Shahrizal Nazir. (2011). Sastera Islam: Satu
perbandingan antara pandangan Mohd. Affandi Hassan dengan Abu
Al-Hassan Ali Al-Nadwi. Jurnal e-Utama.
http://irep.iium.edu.my/7810/1/Sastera_Islam-Satu_Perbandingan_Antara
8
_Pandangan_Mohd_Affandi_Hassan_Dengan_Abu_al-Hasan_Ali_al-Nad
wi.pdf
Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran akal budi
dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu.
International Journal Of Education and Training. 1(2), 1-10.
http://www.injet.upm.edu.my/
Zurakintan Abdul Razak dan Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu tentang
ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional. International Journal of the
Malay World and Civilisation. 3(2), 121-129.
http://journalarticle.ukm.my/8944/1/Pemikiran_melayu_tentang_ilmu_....p
df.
9