The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL.1_2021 14 JANUARI 2021 DAN MAKLUMBALAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jamaiyah5954, 2021-03-11 10:36:02

MINIT MESYUARAT GURU BIL.1_2021 14 JANUARI 2021 DAN MAKLUMBALAS-converted

MINIT MESYUARAT GURU BIL.1_2021 14 JANUARI 2021 DAN MAKLUMBALAS

MINIT MESYUARAT GURU
SMK SERI PERKASA, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2021
Tarikh : 14 Januari 2021 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Makan Asrama

Hadir : - Pengerusi

1. Tn Hj Hassan bin Hussin
(Pengetua)

2. Tn Hj Abdul Halim bin Muhamad
(Penolong Kanan Pentadbiran)

3. Encik Mohd Mudasir Bin Yunos
(Penolong Kanan HEM)

4. Puan Faridah Binti Abdul Aziz
(Penolongan Kanan Kokurikulum)

5. Puan Nur Hafizaz Binti Ahmad
(Guru Kanan Bidang Sains Matematik)

6. Tuan Haji Ahmad Jubaidi bin Tahir
(Guru Kanan Bidang Bahasa)

7. Puan Zuwariah binti Mohamad
(Guru Kanan Bidang Kemanusiaan)

8. Puan Siti Masleza binti Muhd Alias
(Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional)

1

9. Cik Fatimah Binti Abdul Majeed
10. Puan Jamaiyah Bt Mohamed Saparman
11. Puan Salmah Binti Samot
12. Puan Zaleha Binti Ismail
13. Encik Mohd Sulaidi Bin Che Hussin
14. Encik Muhamad Fadli Hisam Bin Ismail
15. Puan Norazlinda binti Mazanan
16. Encik Shahrul Zaman bin Hanafiyah
17. Tuan Haji Tan Yusop Bin Ahmad
18. Puan Khairunnissa binti Zahidi
19. Puan Norli binti Mamat
20. Puan Nurul Azuwa binti Muhd Ariff
21. Puan Noor Hafizah binti Mohd Miskam
22. Encik Zairolnizam Bin Mohd Zainal Abidin
23. Encik Mohd Hanafi bin Said
24. Encik Mohamad Hasnan bin Hasan
25. Encik Mohd Nasir bin Yazid Zaini
26. Encik Zakaria bin Muhamad
27. Encik Syed Ameer bin Syed Mahamud
28. Puan Nur Atiqah binti Mohamad Foad
29. Cik Tan Cheng Yi
30. Puan Nurul Atikah binti Ismail
31. Puan Nurul Ainun binti Abdul Zabar
32. Puan Norasimah binti Mustar
33. Puan Saeidatul Hayah binti Md Tarmizi
34. Encik Sabri bin Mohamad
35. Puan Nur Humairah binti Kamarudin
36. Encik Muhammad Safwan bin Md Pauzi
37. Encik Muhammad Ramlee bin Zakuwan
38. Tn Hj Shahrul Nizam bin Mispar
39. Encik Muhammad Hariz bin Abdullah
40. Puan Maizatul Akmam binti Mohammad Awi
41. Puan Wahidah binti Ismail
42. Puan Muniamah a/p Vengadasalam
43. Encik Muhammad Hanif bin Md Salleh
44. Puan Noor Adila binti Mohd Shafie
45. Puan Roslinawati binti Ayub

2

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Encik Ab Halim bin Lah
2. Encik Syed Badrol bin Syed Muhamad

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Kata aluan
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah, lagu
Negaraku, ikrar dan bacaan doa. Pengerusi mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama mengikuti
mesyuarat yang pertama untuk tahun 2021 walaupun tarikh
mesyuarat telah dipinda.

1.2 Pengerusi mengingatkan agar semua guru akur dengan tatacara
bermesyuarat iaitu sebarang pembetulan atau pendapat
dikemukakan semasa sesi soal jawab.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat guru Bilangan 10 Tahun 2020 disahkan dengan
beberapa pindaan.

Pencadang : Puan Siti Masleza binti Muhd Alias
Penyokong : Encik Mohd Nasir Yazid bin Zaini

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Satu salinan PBD bagi tingkatan 1 dan 2 hendaklah diletakkan di
pejabat bagi memudahkan urusan pelajar yang ingin berpindah
ke sekolah lain. (Salinan PBD Tingkatan 3 – selesai).
Tindakan : Setiausaha PBD

3

3.2 Calon SPM 2020 dikehendaki tinggal di asrama sehingga tamat
peperiksaan agar dapat mengikuti kelas tambahan petang dan
malam.
Tindakan : Penolong Kanan HEM

3.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
terlibat dalam proses baik pulih Bilik Gerakan dan Makmal Sains.

3.4 Pihak sekolah telah bersetuju memilih kebitaraan sekolah dalam
bidang bola sepak.

4.0 ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Bilangan guru terkini adalah 47 orang.

4.2 Keceriaan sekolah adalah penting untuk memberi gambaran
bahawa sekolah mempunyai penghuni yang aktif. Persekitaran
sekolah mestilah ceria, kondusif dan bermaklumat.

4.3 SOP ketika disekolah sewaktu pandemik Covid-19 adalah
dikekalkan.

4.4 Setiap bahan pembentangan/slide mesti mempunyai logo We
Deliver dan 1 Team 1 Target berkuatkuasa tahun 2021.

4.5 Pegawai PPD yang akan hadir pada hari pertama persekolahan
bagi sesi 2021 adalah Encik Fahmi bin Tajuid. Guru kelas
hendaklah memastikan semua calon SPM 2020 hadir pada hari
tersebut (20 Januari 2021).

4.6 Semua arahan daripada pentadbir sekolah, PPD, JPN dan KPM
hendaklah diselesaikan mengikut unjuran masa yang
ditetapkan.

4.7 Untuk memudahkan pemantauan, klasifikasi fail seragam
sekolah telah dikongsikan di telegram rasmi sebagai rujukan
bagi memastikan segala rekod dapat diurus secara berkesan.
(Rujuk Telegram rasmi bertarikh 14 Januari 2021).

4

4.8 Persediaan persekolahan sesi 2021 : Pastikan bilik isolasi,
kantin, asrama, dewan makan dan kelas telah sedia untuk
digunakan.
Tindakan : Penolong Kanan HEM

4.9 Waktu untuk guru-guru hadir ke sekolah adalah sebelum 7.30
pagi. Kehadiran mestilah mencapai 100% setiap hari. Jika guru
mempunyai urusan rasmi di luar kawasan sekolah, dibenarkan
keluar pada 3 waktu terakhir dan perlu mengisi buku pergerakan
serta menyediakan latihan untuk pelajar.

4.10 Etika berpakaian guru-guru :

4.10.1 Bagi guru lelaki, pemakaian tali leher hendaklah
dipadankan dengan kemeja lengan panjang.

4.10.2 Semua guru digalakkan memakai pakaian seragam unit
beruniform pada setiap hari Rabu. Jika ingin memakai
t-shirt unit beruniform, hanya t-shirt yang berkolar sahaja
dibenarkan.

4.10.3 Memakai kurta adalah tidak dibenarkan.

4.10.4 Guru lelaki dibenarkan memakai baju melayu cekak
musang yang lengkap bersampin (sampin di luar) dan
bersongkok hitam pada hari Jumaat. Berbaju melayu dan
berseluar ‘slack’ adalah tidak dibenarkan.

4.10.5 Pemakaian baju batik diwajibkan pada setiap hari
Khamis.

4.10.6 Guru-guru PJPK dibenarkan memakai t-shirt dan seluar
sukan sepanjang hari (Jika ada waktu PJPK pada hari
tersebut).

4.10.7 Semua guru hendaklah memakai kasut bertutup.

5

4.11 Permohonan cuti rehat boleh dibuat melalui HRMIS. Segala
temujanji doktor perlu dibuat pada waktu petang. CRK perlu
dimohon dua minggu lebih awal. Jika tidak, CRK tidak akan
diluluskan kecuali ada hal yang mendesak.

Tindakan : Semua guru

4.12 Pengerusi memaklumkan peruntukan cuti sakit adalah 180 hari
setahun (hospital/klinik kerajaan) dan 15 hari setahun (klinik
swasta). Jika ada guru yang menghadiri temujanji di hospital
melebihi 4 jam, disarankan untuk mengambil cuti sakit atau CRK.

Tindakan : Semua guru

4.13 Penilaian PBPPP :

4.13.1 Markah 80 – 84 : Jika guru menjalankan tugas hakiki
sahaja.

Markah 85 – 89 : Jika guru tersebut menjalankan
tugas hakiki dan tugas-tugas lain (dalam takwim)
dengan sepenuh hati.

Markah 90 ke atas : Jika guru menjalankan tugas
hakiki dan tugas-tugas lain serta mempunyai
keistimewaan. Contoh : membuat inovasi, menjadi
Jurulatih Daerah/Negeri/Kebangsaan dan lain-lain
yang berkenaan.

4.13.2 Untuk kenaikan pangkat, markah prestasi untuk 3
tahun berturut-turut akan dinilai (sekurang-kurangnya
85 markah ke atas).

4.13.3 Tiada pergerakan kenaikan gaji jika markah prestasi
70% ke bawah untuk 3 tahun berturut-turut.

4.14 KPI kehadiran guru adalah 98% sebulan. Penilaian akan dibuat
pada bulan Jun dan post mortem akan dibuat jika KPI kehadiran
guru tidak dapat dicapai. KPI kehadiran AKP pula adalah 95%
sebulan.
Tindakan : Pengetua

6

4.15 Guru-guru dibenarkan mengambil CRK maksimum 2 hari dalam
sebulan manakala cuti tanpa gaji/separuh gaji tidak digalakkan.

4.16 Penggunaan RPH menggunakan platform CIDS adalah
melibatkan 100% guru kecuali kaunselor. CIDS mesti
dilaksanakan atas arahan pihak PPD. Semua guru mesti
menghantar RPH CIDS setiap minggu tanpa gagal.

Tindakan : Semua guru

4.17 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat
penarafan cemerlang dalam pengurusan kewangan.

4.18 Perbelanjaan menggunakan wang PCG hendaklah diselesaikan
sebelum atau pada bulan Oktober 2021.

Tindakan : Ketua Panitia

4.19 Semua guru dan AKP hendaklah mencapai 7 hari LADAP
selewat-lewatnya bulan Oktober 2021.

Tindakan : Semua guru dan AKP

4.20 Pengurusan E-Pangkat hendaklah diuruskan oleh pegawai itu
sendiri dan bukan pembantu tadbir. Pengerusi mengucapkan
tahniah kepada guru-guru yang telah dinaikkan pangkat pada
tahun 2020 iaitu :

Puan Faridah binti Abdul Aziz (DG54)
Puan Zuwariah binti Mohamad (DG52)
Encik Zakaria bin Muhamad (DG52)

4.21 Tiga orang pelajar Tingkatan 1 dari SJKT tidak tahu membaca
dan menulis.

4.22 Penghantaran fail peribadi yang mengandungi Rancangan
Pengajaran Tahunan, Sukatan Pelajaran, senarai nama murid
yang diajar dan sebagainya adalah selewat-lewatnya 26 Februari
2021.

7

Tindakan : Semua guru

4.23 Pengisian Buku Daftar Pelajar (Buku Hijau) oleh guru kelas
Tingkatan 1 adalah selewat-lewatnya 26 Februari 2021.

Tindakan : Guru Kelas Tingkatan 1

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Dua orang guru baharu akan memulakan tugas di SMK Seri
Perkasa pada bulan Januari dan April iaitu Puan Norakmahanim
binti Ismail dan Puan Rahimah binti Abu Bakar.

5.2 Tuan Haji Abdul Halim memaklumkan jumlah minimum subjek
yang perlu diambil oleh pelajar dalam sesebuah kelas adalah
sebanyak 7 subjek. Subjek-subjek yang ada pada tahun lepas
dikekalkan.

5.3 Tuan Haji Tan Yusop selaku Setiausaha SPBT memaklumkan
hanya 4 jenis buku teks Tingkatan 5 yang sudah diterima
manakala yang lain masih belum diterima.

5.4 Pengerusi mencadangkan Bilik Persediaan ditukar nama kepada
Studio RBT.

5.5 Pengetua memaklumkan bahawa Buku Takwim 2021
menggunakan format TS25 buat pertama kali. Oleh yang
demikian, mungkin terdapat banyak kesilapan yang berlaku dan
akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

5.6 Puan Jamaiyah selaku Jurugambar Sekolah memohon pihak
sekolah agar dapat menyediakan satu unit kamera berkualiti
tinggi untuk tujuan merakam gambar dan video bagi setiap aktiviti
penting yang dijalankan di sekolah.
Tindakan : Pengetua

8

6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.
Disediakan oleh
Jawatankuasa Mesyuarat Guru,
SMK Seri Perkasa,
4 Februari 2020

9

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT GURU
SMK SERI PERKASA, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK
BIL.1/2021

M/S PARA ISU YANG DIBINCANGKAN TINDAKAN MAKLUM
BALAS

3 3.1 Satu salinan PBD bagi Setiausaha Selesai
tingkatan 1 dan 2 hendaklah PBD
diletakkan di pejabat bagi
memudahkan urusan pelajar
yang ingin berpindah ke
sekolah lain

4 3.2 Calon SPM 2020 dikehendaki Penolong
tinggal di asrama sehingga Kanan HEM
tamat peperiksaan agar dapat
mengikuti kelas tambahan
petang dan malam.

5 4.8 Persediaan persekolahan sesi Penolong
2021 : Pastikan bilik isolasi, Kanan HEM
kantin, asrama, dewan makan
dan kelas telah sedia untuk
digunakan.

6 4.14 KPI kehadiran guru adalah Pengetua
98% sebulan. Penilaian akan
dibuat pada bulan Jun dan
post mortem akan dibuat jika
KPI kehadiran guru tidak
dapat dicapai.

7 4.16 Penggunaan RPH Semua guru

menggunakan platform CIDS

adalah melibatkan 100% guru

kecuali kaunselor. CIDS

mesti dilaksanakan atas

arahan pihak PPD. Semua

10

guru mesti menghantar RPH
CIDS setiap minggu tanpa
gagal.

7 4.18 Perbelanjaan menggunakan Ketua Panitia Dalam

wang PCG hendaklah tindakan

diselesaikan sebelum atau

pada bulan Oktober 2021.

7 4.19 Semua guru dan AKP Semua guru Dalam

hendaklah mencapai 7 hari dan AKP tindakan

LADAP selewat-lewatnya

bulan Oktober 2021.

7 4.22 Penghantaran fail peribadi Semua Guru Selesai

yang mengandungi

Rancangan Pengajaran

Tahunan, Sukatan Pelajaran,

senarai nama murid yang

diajar dan sebagainya adalah

selewat-lewatnya 26 Februari

2021.

8 4.23 Pengisian Buku Daftar Pelajar Guru Kelas
(Buku hijau) oleh guru kelas Tingkatan 1
Tingkatan 1 adalah selewat-
lewatnya 26 Februari 2021.

8 5.6 Puan Jamaiyah selaku Pengetua

Jurugambar Sekolah

memohon pihak sekolah agar

dapat menyediakan satu unit

kamera berkualiti tinggi untuk

tujuan merakam gambar dan

video setiap aktiviti penting

yang dijalankan di sekolah.

11

12


Click to View FlipBook Version