J A L A N. P U L A U T E R B A I K D I M A L AY S I A J E L AJ A H M A L AY S I A H O T E L YA N G M A N A L E B I H B E R B A L O I ? T I P S M E L A N C O N G D A L A M N E G A R A M A K A N A N T R A D I S I N E G E R I D I M A L AY S I A K E B A I K A N M E L A N C O N G
CONTENTS T INT A EDI TOR J E L A J AH MA L A Y S I A P ENGENA L AN S E T I A P NEGE R I ME L A K A NEGE R I B E R S E J A R AH HOT E L GR AND B A RON HA T T EN HOT E L ME L A K A M/S 3 M/S 4 M/S 5 M/S 6 M/S 7 M/S 8 HOT E L Y ANG B AGUS DI ME L A K A A T AU DI P E R A K P E R B ANDINGAN DUA PUL AU MA K ANAN T R ADI S I S A B AH MA K ANAN T R ADI S I T E R ENGGANU K E B A I K AN ME L ANCONG T I P S ME L ANCONG PUI S I M/S 9 M/S 1 0 - 1 1 M/S 12 M/S 13 M/S 14 M/S 15 M/S 16
TINTA EDITOR Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya, e-majalah dapat diterbitkan sekali lagi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan rakan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai ketua editor. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan rakan seperjuangan yang telah memeberi sepenuh komitmen dan kerjasama dalam yang baik dalam penghasilan e-majalah JALAN ini. Berkat kerjasama dan kegigihan semua individu yang terlibat, akhirnya e-majalah JALAN telah dapat diterbitkan. Sebagai ahli kelab kewartawanan, peluang menerbitkan emajalah sangat membantu saya untuk mempelajari pelbagai perkara. Saya dan ahli kumpulan kewartawanan yang lain dapat mengembangkan ilmu pengetahuan berkaitan suntingan serta rekaan grafik dalam sesebuah majalah. Pengalaman yang diperoleh ini sangat bermakna kepada kami sebagai inspirasi untuk kegunaan di masa hadapan. KETUA EDITOR: ARDINI YUSRINA
Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Negara ini mempunyai pelbagai keunikan, seperti kepelbagaian budaya, makanan yang lazat, dan keindahan alam semulajadi. Malaysia juga mempunyai sejarah yang panjang dan warisan budaya yang kaya. Terdapat pelbagai jenis suku kaum dan agama di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai tempat yang unik dan menarik untuk dilawati. Selain itu, Malaysia juga mempunyai bandar-bandar yang moden dan pesat membangun, seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kesimpulannya, Malaysia adalah negara yang mempunyai banyak keunikan dan keindahan yang menarik untuk diterokai. JELAJAH MALAYSIA
PENGENALAN SETIAP NEGERI SABAH Negeri Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu ini terkenal dengan keindahan alam seperti gunung dan pulau yang menjadi tarikan utama pelancong. Negeri ini mempunyai kepelbagaian suku dan etnik yang berbeza seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Iban dan banyak lagi yang mempunyai aktiviti kebudayaan, adat istiadat dan upacara tersendiri. Salah satu upacara yang diadakan adalah Upacara Pesta Keamatan yang disambut oleh etnik Kadazan Dusun pada setiap tahun. TERENGGANU Terengganu Darul Iman adalah salah satu negeri di Malaysia yang terletak di bahagian pantai timur. Negeri ini kaya dengan keindahan alam iaitu pantai dan pulau yang mempunyai air yang biru jernih menjadi tarikan pelancong luar. Antara makanan yang sinonim dengan negeri ini adalah keropok lekor, nasi dagang dan ikan singgang. Bukan itu sahaja, negeri ini juga kaya dengan hasil kraftangan seperti batik dan songket. MELAKA PERAK Perak Darul Ridzuan, negeri yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang mempunyai keunikan seni bina dan keindahan alam semulajadi yang tersendiri. Keindahan ini dapat dinikmati bersama-sama keluarga di beberapa tempat seperti Kellie's castle dan Pulau Pangkor. Tidak dilupakan juga makanan tradisional yang menjadi kegemaran orang Perak iaitu Rendang Tok dan Laksa Kuala Kangsar. Pelancong yang datang ke negeri ini sangat disyorkan untuk mencuba juadah ini sebagai pelengkap kepada aktiviti pelancongan. Melaka atau dikenali dengan nama Melaka Negeri Bersejarah yang mempunyai sejarah yang tersendiri mengenai negeri ini. Semua tempat dan makanan yang ada di negeri ini sangat terkenal dan menarik untuk dicuba dan dikunjungi. Antara tempat yang sesuai dilawati adalah Kota A Famosa dan Menara Taming Sari manakala makanan yang patut dicuba oleh pelancong adalah asam pedas. Melancong ke Melaka tidak akan lengkap sekiranya tidak mencuba makanan dan melawat kota bersejarah di sana.
DESTINASI BERSEJARAH : MELAKA Melaka sering disignifikan dengan destinasi pelancongan bersejarah dan dikelilingi senibina yang unik dan beratusan tahun. Salah satu buktinya adalah Kota A Famosa. Bangunan ini merupakan peninggalan dari zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan awalnya adalah sebuah benteng pertahanan Portugis untuk melindungi Melaka dari ancaman musuh. Selain menjadi simbol kekuatan Portugis, Kota A Famosa juga menjadi saksi bisu pertempuran dan perubahan sejarah yang terjadi di kawasan tersebut. Meskipun hanya sebahagian kecil yang masih berdiri, namun bangunan ini tetap menjadi daya tarik utama bagi para pengunjung untuk mempelajari sejarah Melaka dan menikmati panorama yang indah dari atas menara serta merasakan aura masa lalu yang terasa hidup di sana. Rekomendasi Makanan Di Melaka Kunjungan ke Melaka tidak lengkap tanpa mencuba hidangan asam pedas ikan asli di sini. Kuahnya yang pekat dan ikan yang segar pasti membuat anda jatuh cinta dengan keenakkannya. Berjalan di sekitar Melaka pasti membuat kita dahaga kerana cuaca yang panas. Jadi cendol merupakan pilihan terbaik untuk melegakan tekak sambil menikmati keindahan bandar ini. Nampak seakan mi kari, tetapi ini adalah salah satu makanan popular di Melaka iaitu laksa nyonya. Rasanya jauh dari laksa biasa kerana bahan utama laksa nyonya adalah menggunakan santan.
Makanan dan Minuman 0 8 HOTEL GRAND BARON Visual Hotel Tersembunyi dan terletak di kawasan hutan yang subur di bandar yang indah, Taiping, Hotel Grand Baron menawarkan 80 bilik yang luas, masing-masing dilengkapi dengan bergaya dan dilengkapi dengan kemudahan untuk keperluan harian anda. Lokasinya yang tertutup menjadikan persekitaran yang tenang dan tenang, memastikan penginapan yang menyenangkan dan tidur nyenyak. http://www.hotelgrandbaron.com/contact/ Suite Keluarga Bilik Mewah Bilik Junior Kemudahan Internet Wifi (percuma) Restoran Perkhidmatan bilik Sarapan (percuma) Sarapan Bufet Perkhidmatan Meja depan Cucian perkhidmatan penuh Kesejahteraan Pusat kecergasan Spa Tempat letak kenderaan Tempat letak kenderaan (percuma) Kebolehcapaian Boleh diakses Bilik Penyaman udara [email protected] +605-807 9222 /+6016-558 9705 Bilik Eksekutif Bilik standard Kolam Kolam renang luaran
HATTEN HOTEL MELAKA Dikelilingi oleh mercu tanda bersejarah Melaka dan tempat Warisan Dunia UNESCO yang terkenal, terokai keindahan bandar bersejarah dengan Hatten Hotel Melaka. https://hattenhotel.com-melaka.com/ Suite Studio Suite Deluxe Premier Suite Hatten Kecergasan Jangkau puncak kecergasan dan memaksimumkan senaman anda sambil menikmati pemandangan tinggi di Gym on 12, hanya di Hatten Hotel Melaka. Cari ketenangan dan perbaharui keyakinan anda kerana minda, badan dan jiwa anda segar dan segar. Manjakan diri anda dengan pengalaman bahagia dan tingkatkan deria anda. Hidupkan semula tenaga anda melalui sesi memanjakan yang menenangkan. H Spa Ruang Santai Alto Ketinggian kemewahan terdapat di tingkat 22 Hatten Hotel. Duduk dan bersantai dengan latar belakang yang menakjubkan ini sambil menghirup campuran koktel yang dibuat dengan baik, gigitan ringan yang lazat dan pelbagai wain yang enak. [email protected] Tel: +606 286 9696 / Fax:+606 281 9696 Kemudahan Tamabahan Kolam Wifi (percuma) Suite Junior Suite Premier Hatten Tempat letak kenderaan (percuma) Bar mini Bilik mesyuarat
Harga: Hotel Grand Baron menawarkan harga yang lebih murah berbanding Hatten Hotel dengan faedah yang diberikan. Contohnya, Hotel Grand Baron menawarkan harga bilik serendah RM145 termasuk wifi dan sarapan percuma manakala Hatten Hotel Melaka menawarkan harga RM235 termasuk percuma wifi, akses pusat kecergasan, tempat letak kenderaan serta sarapan. Apakah hotel pilihan anda? Lokasi: Hatten Hotel Melaka terletak di Melaka, sebuah kota bersejarah di Malaysia dengan banyak objek wisata, sedangkan Hotel Grand Baron terletak di Taiping, sebuah kota yang terkenal dengan Taman Taiping Lake Gardens dan beberapa tempat wisata alam. Tempat menarik: Selain itu, banyak tempat yang menarik berdekatan dengan Hatten Hotel Melaka seperti Dataran Hatten (10m), Dataran Pahlawan Melaka Megamall (100m), Carrefour Melaka (110m), Muzium Seni 3D Illusion Melaka (160m), dan Wonderland karang (170m). Manakala, bagi Hotel Grand Baron juga tempat menarik tetapi agak jauh berbandinag Hatten Hotel Melaka. Contohnya, Zoo Taiping (700m), Kolam Burma(580m) dan Taman Perkuburan Perang Taiping (120m). Maka, dengan adanya tempat-tempat menarik ini dapat menarik minat lagi para pelancong untuk menginap di hotel kerana memudahkan mereka untuk mengisi percutian dengan aktiviti-aktiviti.
Ombak KapasIsland Beach Resort Kapas Beach Chalet Captain's Longhouse KapasIsland Resort Pulau Kapas merupakan salah satu pulau tarikan yang terletak di pantai timur Malaysia iaitu di Terengganu.Lokasinya yang dekat dengan jeti,airnya yang jernih,pemandangan yang cantik dan suasana yang tenang.Pulau yang berkeluasan kira-kira 2.772 km persegi ini turut menawarkan beberapa chalet penginapan antaranya adalah: PULAU KAPAS,TERENGGANU Sani Express Terminal Bas Changlun ke Jeti Marang;RM 63.00 (SEHALA) Bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas;RM40 (dewasa) RM20 (kanak-kanak) Jumlah; RM83-RM103 Jadi mesti anda tertanya-tanya bagaimana dengan kos untuk ke Pulau Kapasini bukan?Jadi ini disertakan kos perbelanjaan untuk ke Pulau Kapas,Terengganu. 1.Bajet kasar pengangkutan sekiranya menaiki bas dari Changlun ke Jeti Marang 2.Bajet kasar pengangkutan sekiranya datang menaiki kereta dari Changlun ke Pulau Kapas akan mengambil masa selama kira-kira 6 jam 50 minit.Bajet yang diperlukan hanyalah RM90-RM140. * Perjalanan bot hanya mengambil masa lebih kurang 15-30 minitsahaja dari Jeti Marang ke Pulau Kapas. Jadi itu merupkan beberapa pilihan dan bajet kemudahan yang disediakan.Pilihlah mengikut citarasa dan bajet anda sendiri. Di Pulau Kapasini juga disediakan beberapa aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sepanjang berada disana antaranya adalah berkelah,mandi-manda,snorkeling,berkayak,meredah hutan (jungle trekking),mendaki ke Bukit Singa dan pelbagai lagi aktiviti air. Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah,Malaysia.Pulau ini terkenal kerana berdekatan dengan pulau Sipadan.Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil dan terdapat banyak jenis batu karang yang mendiami disekitarnya.Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana menjadi tempat pembiakan plankton.Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di Laut Sulawesi.Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selaman(scuba diving).Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga yang berpatutan. Para pengunjung boleh menaiki kapal terbang kecil dari Kota Kinabalu terus ke Lapangan Terbang Tawau.Dari Jeti di Tawau,terdapat bot laju yang boleh disewa untuk ke Pulau Mabul.Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk tiba ke destinasi tersebut.Peringatan!Perjalanan pergi dan balik bagi setiap pengunjung diwajibkan mempunyai permit lawatan dan trip perjalanan yang tidak boleh melebihi dari pukul 4 petang.Hal ini kerana,selepas pukul 4 petang. Sipadan Mabul Resort Mabul Water Bungalows Sipadan Water Village Borneo Diverse Mabul Resort Seaventures Dive Resort Para pengunjung juga tidak perlu risau tentang menginapan kerana terdapat bebrapa resort yang menarik dan selesa disediakan berdekatan Pulan Mabul.Antaranya: PAKEJ A: Pulau Mabul 2Hari 1Malam (RM709) PAKEJ B: Pulau Mabul 3Hari 2Malam (RM909) PAKEJ C: Pulau Mabul dan Tawau 4Hari 3Malam (RM1109) PAKEJ D: Honeymoon Semporna 3Hari 2Malam (RM988) Bagi percutian ke Pulau Mabul ini anda hanya perlu menyediakan kos bagi pakej yang telah anda pilih.Sebagai contoh: 1. 2. 3. 4. PULAU MABUL,SABAH
PULAU KAPAS,TERENGGANU PULAU MABUL, SABAH Captain's Longhouse Koko Restoran Mak Ngah Nasi Dagang Di Pulau Kapas anda tidak perlu risau mengenai makanan kerana di sana terdapat pelbagai pilihan restoran yang menarik berada di sekitar Pulau Mabul itu sendiri,antaranya: Di Captain's Longhouse ini menyediakan khas untuk makan pagi.Restoran ini berkonsep terbuka,jadi anda dapat menikmati suasana matahari terbit (sunrise) pada waktu tersebut dengan menikmatisarapan pagi anda. Koko Restoran menyediakan makan siang dan malam untuk para pengunjung yang berdekatan Pulau Kapas ini.Restora ini menyediakan makanan berkonsepkan makanan asia dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM6 hingga RM35.Pelanggan dapat menikmati sajian mereka dengan tenang bertemankan bunyi pukulan ombak dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa kerana restoran ini berada di tepi pantai.Anda juga dapat menikmati dan melihat fenomena matahari terbenam (sunset) terutamanya pada jam 7-8 malam. Terengganu, merupakan sebuah negeri pantai timur yang terkenal dengan menu nasi dagang.Jadi salah satu tarikan para pengunjung di Pulau Kapas ini adalah mereka dapat menikmati dan merasai nasi dagang di kedai makan Mak Ngah Nasi Dagang.Dengan harga RM7 anda sudah dapat merasai nasi dagang ini pada bila-bila masa sahaja tidak kira pagi,petang atau malam.Mula beroperasi pada jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Ratu Cafe Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan makanan laut.Jadi kepada sesiapa yang gemar atau ingin makan makanan laut yang segar dari laut anda boleh ke Pulau Mabul, Sabah.Pulau Mabul tidak mempunyai restoran namun anda tidak perlu risau kerana pakej pelancongan yang anda telah pilih akan menyediakan pakej makanan.Justeru itu, kebanyakkan tempat penginapan sudah siap menyediakan pakej makan bagi waktu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.Namun anda boleh menaiki bot yang telah disediakan untuk ke restoran-restoran yang berdekatan Pulau Mabul ini.Antaranya adalah: Ratu Cafe merupakan sebuah restoran yang menyediakan makanan asia yang sudah semestinya merupakan pilihan dan citarasa rakyat Malaysia kita.Selain itu,restoran ini juga menawarkan harga yang berpatutan dan sangat murah berbanding di restoran-restoran di tempat lain iaitu dari RM 2 hingga RM10.Jarak Ratu Cafe dari Pulau Mabul ini adalah 22 km.
MAKANAN TRADISI SABAH Sabah, dikenali sebagai negeri dibawah bayu. Negeri ini kaya dengan pelbagai kebudayaan dan etnik yang menarik sekaligus mempunyai pelbagai jenis makanan tradisi etnik di Sabah tersendiri. Oleh demikian, makanan di Sabah sangat berbeza berbanding negeri-negeri lain kerana mempunyai keunikkan tersendiri dari segi rasa, tekstur, warna dan cara penyediaannya. Bukan itu sahaja malah, setiap kaum di Sabah akan mewarisi resepi makanan tadisi mereka seacara turun-temurun yang telah menjadi identiti sesuatu kaum disebabkan oleh keistimewaannya dalam pelbagai aspek. Antara contoh makanan tradisi di Sabah mengikut kaum adalah hinava bagi kaum Kadazan-Dusun dan sagol bagi suku kaum Bajau. HINAVA Hinava atau juga dikenali sebagai Hinava Ginapan merupakan makanan tradisi bagi masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun. Hidangan ini dibuat menggunakkan isi ikan yang segar contohnya, daripada isi ikan Tenggiri dan ikan Yu dan ada juga yang menggunakkan isi sotong dan udang. Kebiasaannya Hinava dihidangkan semasa meraikan majlis tertentu seperti Pesta Kaamatan dan Tadau Kaamatan. Walaupun begitu, pada masa ini terdapat restoran yang menyediakan Hinava sebagai menu kerana bertujuan untuk memperkenalkan hidangan ini kepada para pelancong luar yang berkunjung di Sabah. Sagol atau sering disebut sebagi Sinagol atau Siagol ini merupakan makanan tradisional Sabah daripada masyarakat suku kaum Bajau yang tinggal di bahagian Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Semporna dan Tawau. Manakala di bahagian Pantai Barat pula adalah di Kota Belud. Hidangan ini dinamakan Sagol kerana bermaksud daripada campuran beberapa bahan. Bahan utama untuk menyediakan Sagol ini adalah ikan Pari atau secara umumnya menggunakan ikan yang mempunyai hati yang besar. SAGOL
Salah satu daya tarikan makanan di negeri ini ialah kebanyakkan juadah di Terengganu adalah berasaskan makanan laut. Proses penyediaannya yang sedikit rumit menjadi faktor penarik utama mengapa para pelancong ingin mencuba makanan di sini. Antara makanan yang terkenal di negeri ini ialah keropok lekor. Ia adalah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada ikan tenggiri atau ikan selayang yang dikisar halus dan dicampur dengan tepung sagu, garam dan bahan-bahan lain. Keropok Lekor biasanya digoreng sedikit untuk memberikan tekstur yang rangup di luar. Rasanya enak dengan sentuhan rasa ikan yang tersendiri dan biasanya dihidangkan bersama sos cili atau kuah pekat yang diperbuat daripada cili kering, bawang merah, udang kering, dan rempah ratus lain. Makanan ini sangat popular sebagai snek dan juga boleh dinikmati dengan cara dipotong kecil-kecil dan digoreng hingga kering. Keropok lekor ini mudah dijumpai dari Kemaman hinggalah ke hujung Besut memandangkan Terengganu amat kaya dengan sumber ikan. Kedai Keropok Warisan Losong merupakan lokasi rekomendasi buat orang luar yang ingin merasai keenakkan keropok losong ini. Makanan Tradisional Terengganu Bukan itu sahaja, negeri ini juga popular dengan satu lagi hidangan yang unik iaitu Ketupat Sotong. Ia diperbuat daripada ketupat iaitu sejenis nasi yang dibungkus dalam daun kelapa yang direbus, dan daging sotong yang diisi dengan rempah khas. Proses penyediaannya melibatkan memasak ketupat dalam air mendidih dan merebus sotong dengan rempah sebelum diisi dengan ketupat. Hidangan ini biasanya dimakan dengan kuah pekat yang mengandungi rempah dan santan. Menu ini lebih dikenali sebagai ‘tuppat sutong’ ataupun ‘sutong sumbak’ oleh masyarakat Terengganu. Salah satu tempat untuk para pelancong mencuba hidangan ini adalah di Restoran Lempeng. Rata-rata pengunjung amat berpuas hati dengan sajian mereka yang menyelerakan.
KEBAIKAN MELANCONG ... Dapat menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi tempatan Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19 menyebabkan hotel penginapan tidak menerima sebarang pengunjung dan kebanyakkan pekerja diberhentikan. Dengan adanya pelancong yang melancong, mereka akan menggunakan duit yang dilabur di tempat pelancongan untuk membuat penambaikkan. Kesannya, peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan dalam industri pelancongan akan turut berkembang seperti perkhidmatan penginapan, pengangkutan dan pemakanan. Dapat mengenali budaya dan warisan negara dengan lebih dekat Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Contohnya, apabila melancong ke muzium-muzium yang dapat meningkatkan pengetahuan kita mengenai seni budaya dan warisan. Persis kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kesannya, dengan melancong dapat membantu masyarakat untuk mengenali budaya dan warisan negara. Dapat menjimatkan masa dan kos Melancong dalam negara tidak melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi kerana tiada pertukaran mata wang diperlukan dan banyak pilihan untuk kita tentukan aktiviti dan tempat penginapan yang sesuai dengan perbelanjaan kita. Dari segi masa pula, kebanyakan kawasan pelancongan boleh dilawati dengan mudah dengan menaiki kenderaan persendirian atau pengangkutan awam kecuali Sabah dan Sarawak dimana pengunjung perlu menaikki kapal terbang dengan tambang yang berpatutan Dapat berkomunikasi dengan mudah Apabila menghadapi kesulitan, mudah untuk meminta sebarang bantuan daridapa pekerja pusat pelancongan supaya memudahakn urusan tanpa menggangu pencutian pengunjung lain. Hal ini tiadalah berlakunya persalahfahaman antara satu sama lain. 1 0
Mengurus bajet perbelanjaan Untuk mengelakkan jumlah perbelanjaan ketika melancong, merancang kos perbelanjaan perlu dilakukan agartidak berlaku pembaziran. Sebagai contoh, kos pengangkutan yang perlu dikira juga dengan kos minyak dan juga tol. Bercuti pada waktu luar musim bercuti Untuk mengelakkan kesesakan berlaku akibat daripada jumlah pelancong yang ingin bercuti, kesesakan lalu lintas kebiasaannya akan berlaku. Jika dilihat,tempat tempat yang biasa berlakunya kesesakan lalu lintas ini di Cameron Highlands serta di Bandaraya Melaka. Membuat tempahan penginapan lebih awal Untuk mengelakkan masalah tiada tempat penginapan akibat daripada hotel atau homestay sudah telah ditempah,tempahan awal untuk bercuti amat penting Pilih tempat yang menarik tetapi kurang dikunjungi Terdapat pelbagaitempat menarik yang menawarkan keseronokan walaupun tempattersebut kurang dikunjungi. Sebagai contoh, Pulau Tenggol di Terengganu
P U I S I A L A M ALAM CERMINAN MANUSIA PUDARNYA KEHIJAUAN DEK BALELA TUHAN YANG MAHA MENCIPTA MANUSIA YANG MENJAGA KU PEJAMKAN MATA SEJENAK TENANG, SENANG, AMAN KURASAI KURENTANGKAN TANGAN SEJENAK BAGAI INDAHNYA SYURGAWI WAHAI PENCIPTAN ALAM KAGUMNYA BEGITU SULIT UNTUK KUPENDAM TERBITNYA FAJAR, TERBENAM MENTARI PERSONANYA KIAN MENJADI
RUJUKAN https://portalsemakan.com/senarai-etnik-sabah/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganu https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlis https://www.caridestinasi.com/makanan-tradisionalterengganu/ https://hattenhotel.com-melaka.com/ http://www.hotelgrandbaron.com/hotel/ https://www.irujukan.my/faedah-melancong/ https://lalangs.com/2021/12/21/18-easy-steps-forplanning-your-next-trip-2/