The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasihahmohdalias, 2021-12-27 06:19:31

PRKA2031 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PRKA2031 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

penjagaan buku SPBT, penggunaan harta benda sekolah, dan aktiviti kokurikulum. Justeru
itu, inilah peraturan-peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan SK Kelebang Jaya
bagi tujuan mengawal selia tahap disiplin murid.

SK Kelebang Jaya merupakan sekolah yang mempunyai dua sesi, iaitu sesi pagi dan
petang. Bagi pengurusan disiplin pelajar, terdapat dua orang guru disiplin yang ditugaskan
untuk meyelia dan mengurus tadbir disiplin sekolah iaitu Ustaz Khairul (sesi pagi) dan Cikgu
Syakir bagi sesi petang. Di samping itu, guru disiplin juga dibantu dengan barisan pengawas
yang dipilih bersandarkan kepada sahsiah, pencapaian dan juga pembawakan diri yang
berketrampilan. Barisan pengawas mula diberi tanggungjawab bermula dari darjah tiga
hingga enam. Antara tanggungjawab yang diberikan ialah menjaga dewan ketika murid hadir
ke sekolah, menjaga laluan ketika waktu rehat dan mengawal displin murid ketika di dalam
kelas. Meraka juga diberi kepercayaan untuk mengemudi perhimpunan yang sekarang ini
tidak dapat dilaksanakan oleh sebab SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

Bagi peraturan yang diguna pakai di sekolah pula adalah bersandarkan kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976. Dari segi kehadiran murid, bermula dari hari Isnin hingga
Jumaat. Bagi sesi pagi, sesi pengajaran dan pemudahcaraan bermula dari jam 7.30 pagi dan
berakhir pada 1.00 petang kecuali hari Jumaat 12.30 tengah hari. Bagi sesi petang pula,
kelas bermula pada jam 1.15 tengah hari dan berakhir pada jam 6.30 petang kecuali hari
Jumaat pada jam 6.05 petang. Murid dikehendaki hadir awal oleh sebab atas faktor mereka
perlu skan kad QR Code dan suhu semasa hadir ke sekolah sebagai pencegahan penularan
virus Covid 19 di sekolah. Jadi, kehadiran awal ke sekoalh amatlah digalakkan untuk
mengelak kesesakan.

Contoh kad QR code yang diberikan kepada murid untuk
skan kehadiran mereka

48

Selanjutnya, menganalisis pelaksanaan Peraturan Umum dan Pengurusan Disiplin
Pelajar melalui pelaksanaan peraturan di sekolah. Berdasarkan pemerhatian saya, disiplin
murid-murid di SK Kelebang Jaya dalam keadaan baik. Tiada isu-isu berat yang timbul
seperti ponteng kelas, merokok bergaduh dan sebagainya. Murid-murid mempunyai sahsiah
terpuji. Jika ada isu yang timbul hanyalah perkara kecil yang boleh di selesaikan.
Pembentukan akhlak melalui peraturan di sekolah amat jelas dan moto sekolah iaitu
berdedikasi dan berdidiplin menjadi tunjung utama kepada pembentukkan akhlak murid-
murid di SK Kelebang Jaya ini.

Semenjak penularan virus Covid-19 ini, ada beberapa peraturan telah di ubah suai
selari dengan keadaan semasa. Contohnya, jika sebelum ini murid hanya dibernarkan
makan di kantin sahaja, akan tetapi sejak pandemik Covid-19 ini, murid dibenarkan makan di
dalam kelas dengan kawalan para guru yang bertugas menjaga waktu rehat. Ada juga sisi
positifnya, di mana murid mudah di kawal selia apabila mereka makan di dalam kelas. Murid
juga di latih untuk membersihkan meja setelah selesai makan dan minum. Secara tidak
langsung, mendidik mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab dan menjaga
kebersihan sekeliling.

Tuntasnya, pelaksanaan Peraturan Umum dan Pengurusan Disiplin Pelajar di sekolah
ini adalah pada tahap yang baik. Disiplin murid dalam keadaan terkawal. Ini dapat di capai
dengan usaha berterusan dari pihak sekolah di bawah unit Disipilin dan pengawas sekolah
yang membantu melicinkan perjalanan dan mengawal disiplin murid-murid. Di samping itu,
analisis perlaksanaan pengurusan komuniti dan budaya di sekolah juga amat
membanggakan dari kaca mata saya. Saya melihat sendiri keprihatinan pihak sekolah
terhadap warga sekolah yang mengalami kesusahan sepanjang pandemik Covid-19 ini.
Setiap bulan kami mengumpul dana melalui persatuan kebajikan guru dan kakitangan
(KGK), yang mana sumbangan ini di salurkan terus kepada warga sekolah, murid,
kakitangan dan komuniti yang terjejas. Melalui tugasan pemerhatian ini, saya lebih
mengenali sekolah dari pelbagai sudut pandang bukan hanya berfokuskan akademik dan
kokurikulum sahaja.

(1000 patah perkataan)

49

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Terdapat beberapa isu yang dikenalpasti sepanjang pelaksanaan PBS selama dua minggu ini.

ISU PERTAMA: Hubungan Sekolah Dengan Komuniti Luar
Di dapati bahawa terdapat hubungan yang baik dan mesra antara sekolah dengan komuniti
melalui agihan bantuan makanan dan sumbangan kewangan kepada ahli keluarga yang terjejas
akibat daripada pandemik Covid-19. Sebagai penambahbaikkan, selepas reda pandemik Covid-
19 ini, pihak sekolah dengan kerjasama komuniti setempat bolehlah merancang aktiviti untuk
mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara keduanya. Sebagai contoh, aktiviti
berkelah, sukaneka, jamuan makan dan sebagainya.

ISU KEDUA: Pengurusan Disipilin dan Undang-undang di sekolah
Pengurusan disiplin di sekolah pada tahap yang baik. Disebabkan sekolah ini ada dua sesi,
guru disiplin atau guru pengawas juga terbahagi kepada dua orang. Justeru itu, pengurusan
disiplin di sekolah menjadi tersusun. Disiplin juga dalam keadaan terkawal. Sejak pandemik
Covid-19 melanda ini, disiplin pelajar diperketatkan seperti pemakaian mask. Pemakaian mask
ke sekolah adalah wajib. Terdapat isu di mana murid mengulang pakai mask selama dua hari.
Ini adalah tidak wajar berlaku. Cadangan penambahbaikkan, dengan inisiatif pihak sekolah,
guru

ISU KETIGA: Penguasaan tajwid dalam kalangan murid tahun 3
Sebagai guru Pendidikan Islam tahun 3, sepanjang PBS berlangsung ini, saya dapati murid
masih lemah dalam hukum tajwid nun sakinah dan tanwin. Murid tidak dapat membezakan huru
dan cara sebutan bagi setiap pecahan hukum nun sakinah dan tanwin yang ada lima tersebut.
Cadangan penambahbaikkan, guru memperkenalkan kad piramid tajwid. Kesannya, murid-
murid semakin faham dan dapat membezakan hukum nun sakinah dan tanwin dengan betul
dan tepat.

50

TUGASAN 3
KAJIAN KES

51

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
47
BIL KANDUNGAN 48
1. Isu yang difokuskan 48
2. Permasalahan kajian 49
3. Objektif kajian
4. Kumpulan sasaran 49-54
5. Metadologi kajian 55
6. Cadangan kajian seterusnya 56
7. Rujukan

52

KAJIAN KES: MASALAH PENGUASAAN HUKUM TAJWID NUN SAKINAH DAN TANWIN
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
NASIHAH BINTI MOHD ALIAS
[email protected]

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN

Tajwid merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dalam usaha untuk
memperbaiki bacaan Al- Quran kita. Terdapat banyak cabang hukum tajwid yang ada,
akan tetapi pada kajian kes ini, hukum tajwid yang di fokuskan ialah hukum nun sakinah
dan tanwin yang merupakan silibus bagi tahun 3 di ssekolah rendah kebangsaan.
Penguasaan hukum tajwid nun sakinah dan tanwin perlu ditingkatkan lagi oleh sebab
pentingnya ilmu tajwid ini seperti yang tertulis di dalam surah Al-Muzammil ayat 4 yang
bemaksud: “Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (perlahan-lahan) (Azarudin Awang et al.,
2018). Ini menunjukkan bacaan Al-Quran perlulah bertajwid agar kesucian serta
ketinggian Al-Quran itu sentiasa dipelihara. (Zainora Daud et al., 2018) Oleh itu, saya
sebagai guru Pendidikan Islam berasa tanggungjawab untuk memberi penekanan
terhadap ilmu tajwid kepada murid -murid saya dan fokus kajian saya ini ialah hukum
tajwid nun sakinah dan tanwin yang seperti kita sedia maklum, hukum nun sakinah dan
tanwin ini terbahagi kepada lima cabang utama, iaitu hukum izhar halqi, idgham maal
ghunnah, idgham billaghunnah, iqlab dan ikhfaq hakiki. Kesemua hukum di bawah tajuk
nun sakinah dan tanwin ini akan diberi penekanan serius agar murid-murid ingat dan
faham serta mampu aplikasikan apabila membaca Al-Quran kelak.

53

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kemampuan untuk mendalami ilmu yang ada dalam Al-Quran amatlah penting dalam
mendepani dunia penuh cabaran. (Harun Al Rasyid, 2019). Antara langkah dan usaha
yang boleh dilakukan ialah dengan mendalami serta memperkemaskan diri dengan ilmu
tajwid. Tugas dan tanggungjawab guru adalah untuk mempersiapkan murid-murid yakni
generasi pewaris bangsa dengan pelbagai kemahiran, keupayaan, nilai murni serta
akhlak terpuji dalam usaha untuk membentuk generasi berilmu dan berdaya saing. Oleh
hal yang demikian, penguasaan Al-Quran melalui pemahaman yang khusus akan
membantu murid-murid dalam mendalami ilmu Al-Quran yang akan memandu kehidupan
mereka di masa hadapan. Setelah melakukan pemerhatian melalui sesi pengajaran dan
pemudahcaraan PdPc di dalam kelas, di dapati terdapat murid yang masih keliru tentang
hukum nun sakinah dan tanwin serta pecahannya yang lima. Permasalahan murid
dikenalpasti dari segi ketidakupayaan mereka untuk menghafal huruf-hruuf bagi setiap
hukum tajwid tersebut dan cara bacaan yang betul. Oleh itu, kajian kes ini dilakukan
dengan memilih tajuk MASALAH PENGUASAAN HUKUM TAJWID NUN SAKINAH DAN
TANWIN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada tajuk kajian, maka objektif kajian kes ini ialah untuk:

i. Mengenalpasti kesalahan umum penggunaan hukum nun sakinah dan tanwin apabila
murid membaca AL-Quran.

ii. Menguji keberkesanan teknik Kad Piramid Tajwid dalam meningkatkan kefahaman
murid terhadap hukum nun sakinah dan tanwin

54

4.0 KUMPULAN SASARAN

25 orang murid tahun 3 Anggun, SK Kelebang Jaya, Chemor, Ipoh Perak.

5.0 METADOLOGI KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah

Masalah telah dieknalpasti melalui beberapa cara iaitu melalui pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan di dalam buku ketika mata
pelajaran Al-Quran dan ketika aktiviti tasmiq yang dilaksanakan di dalam kelas sekali
dalam seminggu. Di dapati murid masih lemah dalam penguasaan hukum tajwid nun
sakinah dan tanwin.

5.1.1 Pemerhatian ketika Pengajaran dan Pembelajaran

Ketika sesi PdPc, murid yang cerdas dan telah menguasai hukum nun
sakinah dan tanwim aktif dalam menajwab soalan-soalan yang dikemukan, sebaliknya
murid dalam kategori lemah hanya pasif dan senyap ketika sesi pengajaran dan
pemudahcaraan berlangsung. Oleh itu, guru mencipta idea penggunaan kad piramid
tajwid dalam usaha menarik minat mereka.

5.1.2 Melalui ujian pre dan post test

Murid diberikan masa untuk menjawab soalan di dalam buku aktiviti Tahun 3,
halaman 36. Mereka diberikan kertas jawapan untuk meletakkan jawapan seperti
rajah di sebelah.

55

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian ketika Pengajaran dan Pembelajaran
Murid tidak dapat mengingat huruf dan hukum nun sakinah dan tanwin

dengan betul. Murid masigh keliru cara bacaan yang tepat.
5.2.2 Melalui ujian pre dan post test
Murid tidak dapat menjawab dengan betul soalan yang dikemukan di dalam

buku aktiviti halaman 36. Kebanyakan murid gagal memperoleh markah penuh 5/5.
Keputusan adalah seperti di bawah:

Buku aktiviti Tahun 3, halaman

.‫ کلوارکن حکوم نون ساکنة دان تنوين دڠن بتول‬،‫برڤندوکن سوءالن ددالم بوکو اکتيۏيتي‬

‫إدغام بلاغنة إدغام مع الغنة إقلاب إخفاء حقيق‬ ‫إظهر حلق‬ No.

1.
2.
3.
4.
5.

56

KEPUTUSAN UJIAN PRE

Pencapaian Murid (5 Soalan) Bilangan (25 Orang) Peratus (%)

Betul Semua 5 20%

Betul Lebih Daripada 3 8 32%

Betul Kurang Daripada 3 12 48%

Keputusan adalah kurang memberansangkan di mana lebih 50% murid tahun 3 Anggun
gagal menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.

5.3 Tindakan yang dijalankan
5.3.1 Penggunaan Bahan Bnatu Mengajar (Penggunaan Kad Piramid Tajwid)

Murid diperkenalkan dengan kad piramid tajwid. Guru menerangkan fungsi kad
piramid tajwid. Guru menggunakan kad piramid tajwid selama seminggu untuk
menguji keberkesanannya. Selepas seminggu, guru menggunakan set soalan
yang sama untuk menguji murid.

Rajah 1: Kad Piramid Tajwid Nun Sakinah dan Tanwin

5.3.2 Selepas penggunaan kad piramid tajwid

Murid diberikan masa untuk menjawab soalan di dalam buku aktiviti Tahun 3,
halaman 36. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Mereka diberikan kertas
jawapan untuk meletakkan jawapan sama seperti di aktiviti pre test sebelum ini. Murid
turus tidak merujuk kepada kad piramid, akan tetapi murid lemah diberi peluang untuk
merujuk kepada kad piramid tajwid.

57

KEPUTUSAN UJIAN POST (SELEPAS MENGGUNAKAN KAD PIRAMID TAJWID)

Pencapaian Murid (5 soalan) Bilangan (25 orang) Peratus (%)

Betul Semua 10 40%

Betul Lebih Daripada 3 13 52%

Betul Kurang Daripada 3 2 8%

Keputusan melonjak dengan positif di mana hanya 8% murid tahun 3 Anggun yang kurang
faham dengan hukum nun sakinah dan tanwin.

5.4 Cadangan Penambahbaikkan Yang Dilaksanakan Untuk Menangani Isu

5.4.1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan
interaktif (Khairiah et al., 2018) bukan hanya kad piramid tajwid yang digunapakai
di atas. Guru juga boleh menghasilkan lagu berkaitan hukum nun sakinah dan
tanwin. Di samping bahan maujud, pembelajaran melalui didik hibur juga memberi
implikasi positif kepada murid seperti nyanyian gerak badan dan sebagainya.

5.4.2 Refleksi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Murid lebih mudah faham dan dapat membezakan setiap hukum nun sakinah dan
tanwin yang lima tersebut. Murid yang lemah, tertarik dengan kad piramid tajwid
yang berwarna warni, ia memberi semangat dan keceriaan buat mereka untuk
menuntut ilmu. Ia menjadi panduan dan sangat membantu mereka untuk
mengenalpasti hukum nun sakinah dan tanwin dengan cemerlang. Murid turus
juga semakin yakin menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dan mereka
berjaya aplikasikan ketika membaca Al-Quran. Jika sebelum ini, mereka hanya
menghafal, akan tetapi kini mereka lebih faham dan jelas. Terbuktilah,
penggunaan bahan bantu mengajar sangat penting dan releven dalam
meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran itu.

58

5.4.3 Perbanyakkan praktikal penggunaan hukum tajwid semasa membaca
Iqra /Al-Quran

Tidak dinafikan, pendedahan secara terus melalui pembacaan Iqra dan Al-Quran
membantu murid dalam melazimi bacaan tartil dan bertajwid. Murid akan biasa
berjaya aplikasikan ilmu tajwid yang dipelajarinya di dalam kehidupan seharian
ketika membaca Al-Quran mahupun Iqra. Melalui aktiviti sebegini. Murid akan
lebih cepat faham dan ingat hukum-hukum tajwid berkenaan kerana mereka
sudah praktikkan di dalam kehidupan sebenar, bukan hanya melalui latihan atau
lembaran kerja sahaja.

5.4.4 Refleksi praktikal penggunaan hukum tajwid semasa membaca Iqra/Al-
Quran

Dengan melakukan praktikal bacaan hukum nun sakinah dan tanwin
menggunakan Iqra dan Al-Quran, di dapati murid semakin ingat dan mahir.
Mereka juga berjaya membetulkan bacaan yang selama ini tidak mengikut
hukum tajwid yang betul. Hasil positif ini memberi keyakinan kepada murid dan
juga guru untuk terus melaksanakan pendekatan belajar dan apliksikan dalam
kehidupan seharian secara optimum adalah sangat tepat.

59

5.5 Refleksi keseluruhan kajian

Setelah berjaya menjalankan kajian kes semasa PBS di sekolah, saya telah membuat
kesimpulan dan mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan terhadap
kajian kes yang dilaksanakan ini.

a) Kekuatan
Hasil daripada kajian kes terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti iaitu:

i. Mengetahui dan mengenalpasti punca murid tidak menguasai hukum nun sakinah dan
tanwin.

ii. Terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam meningkatkan
kefahaman murid, contohnya penggunaan BBM, kad piramid tajwid dan lain-lain lagi
yang releven.

iii. Melalui kajian kes ini, dapat juga diketahui bahawa setiap murid berpotensi untuk
memahami sesuatu topik atau isi pelajaran dengan baik sekiranya teknik dan
pendekatan yang digunakan sesuai dan tepat dengan pelbagai kecerdasan murid.

b) Kelemahan
Terdapat juga beberapa kelemahan yang dihaapi apabila melaksanakan kajian kes
ini,antaranya ialah:
i. Murid dalam kategori lemah sering tidak hadir ke sekolah, ini sedikit sebanyak

memberi kesan kepada keberkesanan kajian yang cuba dijalankan.
ii. Keterbatasan waktu yang diperuntukkan dalam seminggu bagi memahamkan murid

tentang penggunaan kad piramid tajwid.
iii. Terdapat kesukaran pada peringkat awal untuk memahamkan murid-murid tentang

hukum nun sakinah dan tanwin menggunakan kad piramid tajwid
iv. Segelintir murid berputus asa dan perlu diberi motivasi berterusan supaya mereka

kekal bersemangat untuk mempelajari hukum tajwid nun sakinah dan tanwin

60

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah selesai kajian kes yang saya laksanakan di sekolah berkaitan penguasaan

murid dalam hukum tajwid nun sakinah dan tanwin, terdapat cadangan kajian seterusnya
ialah pada hukum mim sakinah dan tanwin. Apakah idea dan inovasi yang sesuai, yang
boleh digunapakai bagi membezakan hukum mim sakina dan tanwin pula.

Cadangan kedua pula ialah kajian tentang keberkesanan pengajaran melalui didik
hibur iaitu lagu bertemakan hukum tajwid. Di sebabkan pada kajian ini menggunakan bahan
maujud, mungkin penggunaan teknik didik hibur akan memberi impak yang lebih maksima
terhadap penguasaan ilmu tajwid murid-murid.

Cadangan seterusnya pula ialah, kajian diperkembangkan dalam cabang ilmu
pendidikan Islam yang lain misalnya kemahiran jawi. Melalui pemerhatian kajian kes ini,
murid-murid juga masih lemah mengenal huruf iqra dan kaitannya juga dengan pelajaran
jawi. Jadi, cadangan untuk kajian seterusnya ada perihal penguasaan jawi bagi murid-murid
di SK Kelebang Jaya.

Kesimpulannya, kajian kes ini telah menemukan idea kepada beberapa kajian yang
boleh dicadangkan kepada guru-guru Pendidikan Islam khusunya dalam usaha membantu
meningkatkan keupayaan murid-murid beragama Islam dalam menguasai matapelajaran
Pendidikan Islam di sekolah.

61

7.0 RUJUKAN

Azarudin Awang, Azman Che Mat, Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. (2017). Tahap
Pembacaan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar di UiTM,Terengganu.

Haji Abdul Kadir Leong. Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn.
Bhd

Harun Al Rasyid. (2019). Kontribusi Ulama Tajwid terhadap Perkembangan Ilmu Bahasa
IAIN Sumatra Utara, Medan Vol. 2, No. 2, 2009

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Aktiviti Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairiah Binti Razali, Ahmad Johari bin Sihes. (2018) Teknologi E-Quran Dalam
Meningkatkan Penguasaan Ilmu Tajwid Dalam Kalangan Murid Tahun 3

Rashidah Md Hasan, Nik Rosila Nik Yaacob, Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya. (2016).
Kaedah Pembelajaran Serentak Dalam Meningkatkan Pencapaian Kelancaran
Bacaan, Fasohah Dan Hukum Tajwid Murid Sekolah Rendah

Zainora Daud, Shaharuddin Saad, Hayati Hussin. (2018). Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid:
Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor. Journal of Quran Sunnah
Education and Special Needs, Vol. 2 (Special Issue)

Zainora et al. (2017). Sekolah Tahfiz Swasta di Selangor: Satu Kajian Rintis Terhadap
Penguasaan Ilmu Tajwid. Jurnal Pengajian Islam. Bilangan 10, Isu II, Halaman 141-
151

Zulkifli Saari, Mazlan Ibrahim, Ahmad Munawar Ismail dan Yusni Mohamad Yusop (2018).
Kajian Terhadap Kesalahan Lazim Dalam Membaca Al-Quran DiKalangan Guru
Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah

62


Click to View FlipBook Version