The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasihahmohdalias, 2021-06-27 00:09:35

PENDEKATAN BERSEPADU

PENDEKATAN BERSEPADU

PENDEKATAN BERSEPADU

PENGENALAN

Pendekatan pengajaran ini adalah mengabungjalinkan diantara dua atau tiga
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam satu masa.
Guru hendaklah menggunakan pengalaman seharian kanak-kanak dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya : Guru mengajar adab semasa bertemu dengan orang tua atau
yang lebih dewasa.

Bentuk pengajaran bagi pendekatan bersepadu adalah tidak formal, dan guru
hendaklah melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.

Guru juga hendaklah memastikan aktiviti yang dilakukan adalah melibatkan
semua deria kanak-kanak secara langsung bagi meransang pembelajaran di
dalam atau luar kelas.

TUJUAN PENDEKATAN BERSEPADU

Penghubungkaitan Memudahkan kanak-kanak
merupakan satu jaringan untuk mengingat.
yang saling berkait antara
satu sama lain dari segi
kemahiran pada setiap

matapelajaran.

Melatih minda kanak-kanak Pembelajaran berkesan.
supaya sentiasa kreatif dan

aktif.

4

PENDEKATAN BERSEPADU
MELIBATKAN:

Aspek yang disepadukan ialah kemahiran, teori, nilai, komponen, teknik, pengajaran di
luar dan dalam bilik darjah serta kaedah.

KESEPADUAN ANTARA KOMPONEN Contoh: gabungan komponen utama dalam Kurikulum 1
Prasekolah (KPK) iaitu, bahasa dan komunikasi, kognitif, 2
KESEPADUAN KEMAHIRAN, KEMAHIRAN kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal serta kreativiti dan 3
DAN NILAI MURNI estetika 4
5
KESEPADUAN AKTIVITI DALAM DAN Contoh: aktiviti bekebun, dan penerapan nilai murni seperti
LUAR KELAS bekerjasama dan hormat menghormati

KESEPADUAN AKTIVITI BERFOKUSKAN Contoh: Aktiviti di dalam kelas seperti permainan kotak
GURU DAN MURID beracun, manakala aktiviti di luar kelas seperti bermain di
taman permainan
KESEPADUAN PELBAGAI KAEDAH DAN
TEKNIK Contoh: Aktiviti soal menyoal serta sesi perbincangan antara
guru dan murid di dalam keas

Contoh: dalam permainan pasir, kanak-kanak dapat merangsang
deria sentuhan, kemahiran membuat timbunan pasir, serta
menggabungkan kemahiran dan nilai murni lain seperti bertutur,
berfikir, dan pemupukan nilai murni

5

KELEBIHAN PENDEKATAN
BERSEPADU

1. Murid mempunyai semangat saling bergantung ke
arah mencapai prestasi cemerlang.

2. Murid akan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi
dan selesa berinteraksi walau berbeza latar belakang.

3. Murid dapat mendalami atau meneroka sesuatu
topik dengan lebih mendalam.

6

4. Perkara-perkara yang kecil tetapi penting dapat
digabung jalinkan dalam proses pembelajaran.

5. Mewujudkan suasana dinamik dan interaktif
dalam sesuatu proses pembelajaran.

6. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
murid.

7

KEKURANGAN PENDEKATAN
BERSEPADU

1. Tumpuan tidak boleh diberi secara menyeluruh
kepada keseluruhan murid kerana jumlah murid yang
ramai.

2. Pendekatan yang dirancang kadangkala sukar di
capai kerana potensi murid yang berbeza-beza di
dalam kelas.

3. Apabila melakukan gerak kerja berkumpulan, wujud
faktor masa yang terhad untuk menyempurnakan
aktiviti.

8

PENUTUP

1. Pendekatan bersepadu membolehkan murid memahami
hakikat sebenar kehidupan yang saling berkait.

2. Pendekatan ini melibatkan kesepaduan antara disiplin
ilmu, kemahiran dan nilai dengan menggunakan
pelbagai teknik dan kaedah untuk mencapai objektif.

3. Pendekatan ini amat sesuai bagi memenuhi keperluan
murid yang pelbagai dari segi minat, kebolehan serta latar
belakang.


Click to View FlipBook Version