INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
Semester 2 Tahun 1
PIMK 2082R
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
BIL. NAMA ANGKA GILIRAN NO. KAD
1. NASIHAH BINTI MOHD ALIAS 2021182400044 PENGENALAN
940129085974
KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM (R3)
Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : _______________
Tarikh:9 Dis 2021 Pelajar
Nama Pensyarah Dr. Fatahiyah Binti Elias
Tarikh Serahan
9 Dis 2021 Tarikh Terima
(Diisi oleh Pensyarah)
Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan : _______________
Tarikh:9 Dis 2021 Pelajar
0
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Konsep JSU 2
Definisi JSU 2
Kepentingan JSU 3
2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 4
Langkah 1 : Senarai tajuk dan masa pengajaran
Langkah 2 : Peruntukan Markah 5
Langkah 3 : Penentuan Aras kemahiran mengikut Taxonomi Bloom 6
(Semakan semula)
Langkah 4 : Penentuan aras kesukaran ujian 7
Langkah 5 : Penentuan jenis ujian 7
Langkah 6 : Pengiraan jumlah item 8
Langkah 7 : Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian 9
3.0 Penutup 11
4.0 Rujukan 12
1
1.0 Pendahuluan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
a) Konsep JSU:
Menurut (Gronlund, 2000), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) digunakan oleh guru untuk
mengetahui kaedah membina ujian bagi menilai bahan yang telah di ajar kepada murid , cara
menetapkan skor yang bersesuaian dan mengimplementasikan hasil skor ujian murid dalam
proses penambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ujian yang
berkualiti pula boleh digubal pada tiga peringkat utama pengajaran iaitu awal pengajaran,
semasa pengajaran dan penghujung pengajaran. (Miller, 2010). Justeru itu, kemampuan
penguasaan guru dalam kemahiran pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) amat penting
dalam usaha untuk menghasilkan satu bentuk ujian atau pentaksiran yang berkualiti, telus,
mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi.
b) Definisi JSU:
Menurut (Anderson & Krathwohl, 2001), JSU di definisikan sebagai satu bentuk blueprint
bertulis yang berbentuk eksplisit dan terperinci mengenai sesuatu ujian yang di dalamnya
terdapat huraian tentang sesuatu ujian yang merangkumi objektif ujian dan sasaran
berasaskan domain Taksonomi Bloom, kandungan atau bidang, jenis-jenis item dan bilangan
item untuk setiap bidang kandungan mengikut aras kesukaran item dan jumlah item yang
bersesuaian. Selain itu, menurut (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, n.d.), jadual diberi
maksud sebagai satu daftar atau senarai fakta dalam bentuk susunan, manakala spesifikasi
pula didefinisikan sebagai butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu fakta manakala
ujian pula ialah pemeriksaan untuk mengetahui tahap kebijakkan atau kecerdikan.
Tambahan dari itu, JSU juga merupakan sebuah jadual yang digambarkan mempunyai ciri-
ciri urus tadbir sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan
setiap konstruk, konteks dan juga taburan aras kesukaran bagi setiap item ujian. (Bong Pong
Ying et. al, 2017).
2
c) Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU):
Jadual Spesifikasi Ujian amat penting bagi seseorang guru dalam mengurus tadbir
sesuatu ujian atau pentaksiran. JSU sangat penting dan releven kerana ia merupakan
lamgkah persediaan sebelum guru membina sesuatu item atau ujian. Oleh itu, JSU
memainkan peranan penting kepada seseorang guru itu dalam menggubal soalan uamg
mempunyai nilai kesahan dan kebolehkepercayaan yang tinggi.
Antara kepentingan JSU adalah untuk menjamin kesahan isi kandungan ujian.
Kesahan merujuk kepada keseluruhan apa yang hendak di ukur dan tiada lain selain apa
yang kita hendak ukur. Ia membawa definisi bahawa sesuatu ujian sepatutnya mengukur
apa yang sepatutnya sahaj bersandarkan kepada tujuan yang telah ditetapkan. Hal ini
kerana, semasa pembinaan JSU, guru akan menetapkan topik-topuk pelajaran yang ingin
diuji sebelum menentukan jumlah item bagi setiap topik berkenaan berdasarkan masa
yang diperlukan untuk mengajar di dalam kelas. Kesannya, guru akan lebih cakna dan
fokus dalam memilih tajuk yang akan dijadikan item ujian serta yang bersesuaian dengan
kandungan pelajaran yang telah di ajar di dalam kelas. (Boon Pong Ying et. al, 2017).
Seterusnya, kepentingan JSU juga adalah untuk membantu guru dalam mereka
bentuk soalan yang sesuai. Bentuk-bentuk soalan adalah meliputi soalan objektif,
subjektif dan esei. Melalui pembinaan JSU, guru dapat merangka bilangan soalan yang
bersesuaian berdasarkan kepada kepentingan sesuatu topik selain merujuk kepada
objektifnya. Justeru itu, proses untuk membina item soalan akan menjadi lebih mudah
dan penetapan markah juga akan dapat ditentukan dengan tepat. Ia juga dapat
memendekkan masa guru untuk menyemak jawapan murid. (Suraya Zaion & Haslinda
Md. Ali, 2009).
Kesimpulannya, dalam merencana JSU, guru perlu menjadikan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan utama serta panduan kerana di
dalamnya telah disusun mengikut keutamaan dalam sesuatu topik tersebut. Ia telah
disusun berdasarkan kepada kehendak dan keperluan kepada seseorang murid itu untuk
menguasai kandungan pelajaran secara holistik dan menyeluruh.
3
2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Kegunaan utama JSU adalah sebagai asas dan panduan kepada penggubal
khususnya buat para guru. Terdapat beberapa Langkah penting dalam pembinaan JSU
yang berkualiti dan tepat. Pertamanya adalah dengan menyenaraikan tajuk tajuk yang
hendak diuji dan amsa yang digunakan untuk mengajar topik berkenaan. Berdasarkan
jadual 1.1 di bawah, tajuk yang hendak di uji dalam item soalan berdasarkan kepada
Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Tahun 3 (DSKP,2017), Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT) dan juga buku teks Pendidikan Islam Tahun 3. Ini bagi
memastikan item ujian yang dibina adalah tepat dan tidak tersasar daripada objektif
pengajaran.
a) Langkah Pertama: Tajuk dan masa mengajar
Bil Topik / Tajuk Masa Mengajar
1. AL-QURAN TAHUN 3 2 jam 30 minit
2 jam 30 minit
2. Bacaan dan Hafazan
3. 1.1.1 Membaca, menghafaz dan mengamal 2 jam
surah Al- Kafirun 5 jam
4. 1.1.2 Membaca, menghafaz dan mengamal 12 jam
surah Al- Asr
Kefahaman
1.2.1 Menganalisis, mengamal dan menghayati
surah Al- Fatihah
Tajwid
1.3.1 Mengenalpasti dan membaca ayat yang
mengandungu hukum nun Sakinah dan tanwin
JUMLAH
Jadual 1.1 : Tajuk dan Masa Mengajar
4
Keduanya ialah penyediaan peruntukan markah bagi soalan yang hendak diuji
berdasarkan masa mengajar seperti yang di nyatakan dalam jadual 1.2 di bawah.
b) Langkah Kedua: Peruntukan Markah
Bil Topik/ Tajuk Masa Untuk Peratus Markah Peratus Markah
1.
Mengajar Muktamad
2.
3. AL-QURAN TAHUN 3
4. Bacaan dan Hafazan 2 jam 30 minit 2.5 20.83
1.1.1 Membaca, 12 x 100
menghafaz dan
mengamal surah Al-
Kafirun
1.1.2 Membaca, 2.5 20.83
menghafaz dan 12 x 100
2 jam 30 minit
mengamal surah Al- Asr
Kefahaman 2 16
1.2.1 Menganalisis, 12 x 100
2 jam
mengamal dan
menghayati surah Al-
Fatihah
Tajwid 5 jam 5 41.6
1.3.1 Mengenalpasti dan 12 x 100
membaca ayat yang
mengandungu hukum
nun Sakinah dan tanwin
JUMLAH 12 jam 100
Jadual 1.2 : Peruntukan markah muktamad
5
Ketiga ialah menentukan aras kemahiran untuk tajuk mengikut aras Taksonomi Bloom
(Semakan semula), iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
merekacipta. (Anderson & Krathwolh, 2001). Aras kemahiran untuk tajuk yang telah dipilih
telah di nyatakan dalam jadual 1.3 di bawah.
c) Langkah Ketiga: Menentukan Aras kemahiran mengikut Taksonomi Bloom
(semakan semula)
Bil Rajah 1: Aras Taksonomi Bloom Bilangan Item soalan
1. Mengingat Aras Kemahiran 3
2. Memahami 2
3. Mengaplikasi 3
4. Menganalisis 6
5. Menilai 3
6. Mencipta 1
Jadual 1.3: Bilangan item mengikut aras kemahiran
6
d) Langkah Keempat: Menentukan Aras kesukaran
Aras kesukaran mengikut elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah
elemen penting dalam penghasilan item soalan yang bermutu tinggi dan berkualiti.
Justeru itu, aras kesukarannya ialah 40% aras kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)
dan 60% Aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Justeru itu, merujuk kepada
Taksonomi Bloom amatlah membantu dalam penyediaan soalan kerana setiap
peringkat di dalam Taksonomi Bloom tersebut bermula dari peringkap mudah iaitu aras
rendah kepada peringkat yang lebih tinggi yang memerlukan murid berfikir dan menjana
idea atau menghasilkan sesuatu dengan kritis dan kreatif.
e) Langkah Kelima: Menentukan Jenis Ujian (Objektif atau subjektif)
Penentuan sesuatu ujian itu bergantung kepada beberapa aspek merangkumi objektif
pelaksanaan ujian, topik yang ingin disentuh, tahap murid yang ingin di uji dan hasil
yang di harapkan melalui ujian yang di laksanakan.
Oleh itu, setelah guru merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) bagi menngenalpasti standard kandungan, standard pembelajaran dan
standard prestasi bagi topik Al-Quran Tahun 3 ini, item soalan campuran objektif dan
subjektif adalah paling sesuai bagi menguji kefahaman serta penguasaan murid Tahun
3 dalam Topik Al-Quran ini.
7
Keenam ialah mengira jumlah item bagi setiap tajuk yang hendak diuji. Item ialah apa
yang digunakan untuk mendapatkan respons yang boleh dijadikan evidens atau bukti, boleh
dipertimbangkan dalam pntaksiran sesuatu perkara. (Mohd Hazim Mokhtar, 2016). Mengira
jumlah item di nyatakan dalam jadual 1.4 di bawah.
f) Langkah Keenam: Mengira Jumlah Item.
Bil Topik/ Tajuk Masa Untuk Peratus Kiraan Jumlah
Item
Mengajar 4
AL-QURAN TAHUN 3 4
3
1. Bacaan dan Hafazan
9
1.1.1 Membaca, 2 jam 30 minit 21 21 x 20 20
menghafaz dan 100
mengamal surah Al- =4
Kafirun
2. 1.1.2 Membaca,
menghafaz dan 2 jam 30 minit 21 21
100
mengamal surah Al- Asr x 20
=4
3. Kefahaman
1.2.1 Menganalisis, 2 jam 16 16
mengamal dan 100
menghayati surah Al- x 20
Fatihah
=3
4. Tajwid
1.3.1 Mengenalpasti dan 5 jam 42 41
membaca ayat yang 100
mengandungu hukum x 20
nun Sakinah dan tanwin =9
JUMLAH 12 jam 100 20
Jadual 1.4 : Jumlah Item
8
Ketujuh ialah melengka[kan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi setiap tajuk yang
hendak diuji seperti dinyatakan dalam jadual 1.5 di bawah.
g) Langkah Ketujuh: Melengkapkan Jadual Spesifikasi Ujian.
Aras Kemahiran
Bil. Topik/Tajuk Mencipta Jumlah Wajaran
Item
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Memahami
Mengingat
AL-QURAN TAHUN 3
1. Bacaan dan
Hafazan / //X 4 18
1.1.1 Membaca, 20
4
menghafaz dan 3 16
mengamal surah 9 42
Al- Kafirun 9
2. 1.1.2 Membaca, / X/ X
menghafaz dan
mengamal surah
Al- Asr
3. Kefahaman
1.2.1 X X/
Menganalisis,
mengamal dan
menghayati surah
Al- Fatihah
4. Tajwid
1.3.1 // x XX
Mengenalpasti XX
dan membaca //
ayat yang
mengandungu
hukum nun
Sakinah dan
tanwin
JUMLAH 20 100
Jadual 1.5 : Jadual Spesifikasi Ujian
Petunjuk Wajaran Markah Bilangan soalan KBAR: KBAT
/ Objektif 4 markah 10 40%: 60%
X Subjektif 6 markah 10
JUMLAH KBAR: 5
20 soalan KBAT: 5
KBAR: 3
KBAT: 7
Wajaran:
KBAR: KBAT
8:12
KBAR KBAT
10
3.0 Penutup
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) secara tuntasnya membantu guru dalam menyedia
soalan yang berkualiti dan mengikut kehendak hasil pembelajaran bagi sesuatu topik itu.
Ujian juga di lakukan adalah untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid dalam
sesuatu topik berkenaan. Melalui pelaksanaan ujian juga, guru dapat mengenalpasti
masalah dan mencari alternatif terbaik dalam meningkatkan kefahaman murid. JSU juga
dapar memastikan item yang di bina sah untuk mengukur objektif dan hasil pembelajaran.
Kesimpulannya, amatlah wajar bagi seseorang guru itu mengusai kemahiran membina
Jadual Spesifikasi Ujian supaya ujian yang dihasilkan berkualiti dan bermutu tinggi.
11
4.0 Rujukan
Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R.E. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and
Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York
: Longman.
Bong Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aleysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
pendidikan. Selangor: Oxford Sdn. Bhd.
Gronlund. (2009). Pedagogi untuk asas pendidikan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Darjah 3. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Miller. (2010). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2012). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor
Bharu: Penerbit UTM Press
Mohd Hazim Mokhtar. (2016)Pentaksiran pendidikan teori dan praktis ke arah transformasi
sistem pendidikan negara. Kuala Lumpur: Kentalmas Jati Sdn. Bhd.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d). Jadual. In Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrived December 8, 2021, from
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jadual
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d). Spesifikasi. In Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrived December 8, 2021, from
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=spesifikasi
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d). Ujian. In Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrived December 8, 2021, from
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ujian
Suraya Zaidon & Haslinda Md. Ali. (2009). Penilaian dalam pendidikan prasekolah. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
12