Cara Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk
Peti sejuk menjadi salah satu peralatan elektrik yang harus ditempatkan di ruang dapur. Ini kerana
fungsinya yang bertindak memastikan makanan kekal segar dan mengelakkan pembiakan bakteria
seterusnya merosakkan makanan. Oleh itu, kerja membersihkan dan menjaga peti sejuk harus bermula
serta-merta selepas digunakan. Cara dan langkah yang salah dalam penjagaan peti sejuk ini bukan sahaja
mengurangkan jangka hayat alat ini, sebaliknya boleh mengakibatkan kesan kepada masalah
penghadaman, sakit perut dan sebagainya.
Jadi di dalam ebook ini saya sertakan cara penyimpanan makanan yang betul.
1. Membersihkan
- Segera lap tumpahan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan pembiakan bakateria. Di
samping itu cuci bahagian dalam peti sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.
2. Zon makanan
- Pastikan makanan yang sesuai diletakkan di zon yang sesuai.
3. Periksa suhu
- Bagi mengelakkan makanan menjadi rosak atau basi, suhu harus dilaraskan antara satu
hingga empat darjah celcius. Sekiranya bekalan elektrik terputus, elakkan membuka pintu
peti sejuk dengan kerap bagi mengekalkan suhu yang rendah untuk jangka masa yang lama.
Kendalikan Makanan dengan Cermat
1. Jangan sesekali meletakkan atau menyimpan makanan yang masih panas. Ini akan
mengakibatkan suhu dalam peti sejuk terganggu sekali gus menaikkan risiko kerosakan kepada
makanan dalam peti sejuk.
2. Pastikan makanan ditutup dengan rapat. Ini untuk mengelakkan makanan memjadi kurang
segar.
Idea Penyimpanan Makanan
1. Jangan sumbat ruang dalam peti sejuk dengan terlalu banyak makanan. Ini boleh menganggu
aliran udara sejuk dan menjadikan makanan seperti yang tidak sepatutnya.
2. Tempatkan makanan yang bersaiz kecil seperti pencuci mulut di bahagian rak yang sama paras
pandangan mata.
Cara penyimpanan pencuci mulut
Untuk cara penyimpanan apam polkadot, sebelum kukus pastikan air betul betul panas dan mendidih
dan semasa kukus gunakan api yang sederhana. Jangan biarkan apam polkadot terdedah lama di tempat
terbukan kerana apam akan menjadi keras dan tidak lembut. Letakkan apam di dalam bekas yang
tertutup selepas sejuk.
Apam polkadot boleh tahan selama 4 hari pada suhu bilik dan dalam peti sejuk selama seminggu. Jika
di sejuk bekukan boleh tahan sehingga berbulan-bulan.
Roti jala boleh bertahan di luar selama 2 hari pada suhu bilik.
Untuk penyimpanan sejuk beku, roti jala perlulah disimpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam
deep freezer yang tidak bercampur lauk. Untuk suhu guna 5 darjah celcius ke bawah (tahap beku)
Untuk panaskan semula, boleh terus kukus atau guna microwave jika defrost kukus selama 3-4 minit
sahaja. Yang tidak defrost kukus 6 minit sahaja. Untuk microwave tetapkan selama 30 saat sahaja.
Kek pisang mempunyai tekstur yang lembut dan lembab. Oleh itu, jangka hayatnya tidak terlalu lama
dan mudah berkulat. Jadi cara untuk simpan kek pisang agar lambat berkulat tanpa guna pengawet ialah:
1. Setelah kek masak, sejukkan sepenuhnya
2. Masukkan kek pisang ke dalam bekas kedap udara dan simpan di ruangan sejuk beku
3. Jika ingin makan, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik selama 1 jam
4. Masukkan ke dalam microwave dan panaskan seketika. Hasilnya kek anda kekal enak dan tahan
lebih lama
Jika anda tidak mahu letak di dalam peti sejuk, anda boleh biarkan selama 4 hari pada suhu bilik dan
selepas itu anda boleh masukkan semula ke dalam peti sejuk ikut cara penyimpanan yang saya sertakan
panduan di atas.
Untuk penyimpanan cheese tart pula, jika ingin disimpan di tempat yang kering dan bersuhu bilik cheese
tart boleh bertahan sehingga 3 hari. Pastikan cheese tart tidak terbiar di atas pinggan sebaiknya disimpan
di dalam bekas yang tertutup.
Jika disimpan di peti sejuk pula, cheese tart boleh bertahan sehingga 6 hari dan pastikan ia berada dalam
bekas bertutup.
Kuih cara berlauk pula merupakan kuih yang tidak tahan lama kerana mempunyai inti di bahagian
atasnya. Kuih ini perlu dimakan pada hari yang sama dan tidak tahan disimpan dengan suhi bilik dan
hanya tahan selama 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.
Kuih cara manis pula tahan selama 2 hari pada suhu bilik. Jadi pentingnya untuk memasak kuih ini
dengan sempurna hingga kegaringan supaya ia tahan lama dan selamat untuk dimakan.