The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nad, 2022-03-21 08:09:14

PB(1) BMMB1104 NUR FATIN NADHIRAH (X8)

PB(1) BMMB1104 NUR FATIN NADHIRAH (X8)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : NUR FATIN NADHIRAH BINTI CHE ANUAR
No. K/P : 031104030872
Angka Giliran : 2021242310195
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X8
Nama Pensyarah : HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN
Tarikh Hantar : 14 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_____ _ ____________Tarikh : ____14 MAC 2022________

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang
ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya
rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi
dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

i

ISI KANDUNGAN
Soalan …………………………………………………………………………………………..... i
Isi kandungan ………………………………………………………………………………........ ii
1.0 Pengenalan ……………………………………………………………...…...……....…….. 1
2.0 Konsep kesusasteraan melayu ………………………………………………………...…. 1
2.1 Takrif kesusasteraan melayu ………………………………………………...……………. 2

2.2 Jenis, bentuk dan ciri …………..…………...………………………………...…...…... 2
2.2.2 Prosa tradisional ………………………………………………………...……….. 2
2.2.2.1 Sastera rakyat (lisan) …………………………………………...………. 3
2.2.2.2 Sastera istana (tulisan) ………………………………………...……….. 5
2.2.3 Prosa moden ……………………………………...………………………...……. 5
2.2.4 Puisi tradisional ………………………………………………...……………...…. 5
2.2.5 Puisi moden ………………………………………………………………...…….. 6

3.0 Fungsi kesusasteraan melayu ……………………………………………………...…....... 7
3.1 Hiburan ………………………………………………………………………...…...……. 7
3.2 Pendidikan …………………………………………………………………...…...……... 8
3.3 Dakwah …………………………………………………………………………….......... 8
3.4 Kritikan sosial ……………………………………………………………………......….. 9

4.0 Manifestasi akal budi ……………………………………………………………...……...... 10
4.1 Akal budi dalam pantun ……………………………………………………………..…. 12
4.2 Akal budi dalam syair ………………………………………………………………..…. 13
4.3 Akal budi dalam seloka ……………………………………....………………………… 15
4.4 Akal budi dalam gurindam ……………………………………………………...……… 17

5.0 Rumusan ……………………………………………………………………………...……… 18
Rujukan ………………………………………………………………………………………...…..19

ii

1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan melayu merupakan bidang yang wujud sejak zaman dahulu lagi dan

tidak pernah pupus sehingga ke hari ini walaupun zaman telah berganti. Kesusasteraan amat
terkenal dalam kalangan masyarakat yang hidup melata kerana kesusasteraan dapat mengisi
kekosongan jiwa mereka. Hal ini kerana kesusasteraan mempunyai perbezaan dan
keunikannya yang tersendiri yang membuatkan masyarakat tertarik untuk mempelajarinya
serta menghasilkan karya sastera berbanding bidang lain yang ada. Hal ini mungkin
disebabkan adanya keindahan dalam kesusasteraan yang mendorong masyarakat untuk
menyukai karya sastera ini. Mohd Affandi Hassan (1996:30) mengatakan bahawa merupakan
sifat semula jadi manusia sesuai dengan bentuk kejadiannya yang sempurna dan terbaik
susunannya. Hal ini merujuk kepada naluri manusia yang mencintai keindahan.

Kesusasteraan melayu sebenarnya merujuk kepada ciptaan seni atau hasil karya yang
terdapat dalam kalangan masyarakat melayu. Pada zaman dahulu kala, kesusasteraan
banyak digunakan dalam pendidikan, percakapan harian dan dalam rancangan-rancangan
televisyen. Namun, kemajuan dunia beserta perkembangan masyarakat yang maju pada hari
ini telah mengubah dan menjauhkan perasaan cinta terhadap sastera dengan kehidupan.
Perubahan ini menyebabkan sastera menjadi bidang kegiatan yang berkaitan hak cipta,
penyataan diri, khusus dan tersendiri.

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Siti

Hajar Abdul Aziz (2011) mengatakan perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan
Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera pula secara
umumnya bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab. Secara amnya, kesusasteraan
bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang terdapat padanya
ciri-ciri keistimewaan tertentu.

1

2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam bahasa melayu, istilah yang digunakan untuk kesusasteraan sebenarnya
berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- dalam perkataan sastra
bermaksud mengajar, mengarahkan atau memberi petunjuk. Kata dasar -tra pula merujuk
kepada alat. Maksudnya, sastra boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar. Bagi
kesusasteraan, awalan su- bermaksud baik atau indah, manakala imbuhan ke- dan -an
bermaksud menyeluruh. Menurut Prof Dr Hashim Awang (1985), menyeluruh membawa erti
sebagai segala yang tertulis, bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan
pendidikan, petunjuk dan pengajaran.

Selain itu, kesusasteraan melayu dalam konteks pendidikan bermaksud karya asal
yang tertulis dalam bahasa melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada
berbentuk novel, cerpen atau lain-lain untuk mengimbangi emosi, rohani dan jasmani
masyarakat. Maka, dapat dilihat bahawasanya kesusasteraan melayu mempunyai keindahan,
memberi pesanan dan menggambarkan perasaan atau keadaan tertentu masyarakat.

Seterusnya, dalam kesusasteraan juga terdapat unsur-unsur tertentu. Antaranya isi
kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, semangat dan lain-lain.
Kedua, ekspresi dan ungkapan yang merupakan keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu
dalam diri manusia. Ketiga ialah bentuk. Tanpa bentuk dan pola tertentu, kedua-dua perkara
tadi mungkin tidak dapat disampaikan kepada orang lain. Yang terakhir ialah bahasa yang
menjadi bahan utama menghadirkan ungkap peribadi dalam bentuk sastera yang indah.

2.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI

Kesusasteraan melayu mempunyai beberapa jenis, bentuk dan ciri. Jenis dan
bentuknya mempunyai ragam yang pelbagai kerana setiap darinya memiliki sesuatu unsur
yang membentuk pola berbeza untuk matlamat tertentu. Antara jenis dan bentuk
kesusasteraan moden ialah prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.

2.2.2 PROSA TRADISIONAL

Perkataan prosa sebenarnya berasal daripada bahasa latin, iaitu prosa yang
bermaksud jelas dan mudah. Seterusnya, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional
bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang
lain, mempunyai gaya sederhana, ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa. Prosa
tradisional merupakan sastera yang diwarisi turun temurun meskipun telah lama dihasilkan.

2

Pada mulanya, prosa tradisional menerima pengaruh Hindu Buddha. Namun, kurang
menyumbang kepada perkembangan kerana bahasa Sanskrit dan bahasa melayu kuno sukar
difahami oleh masyarakat.

Setelah kedatangan islam, prosa tradisional mengalami perkembangan yang positif.
Hikayat yang dihasilkan pada ketika itu tidak terhad kepada kesusasteraan sahaja malah
meliputi agama, sejarah dan sebagainya. Prosa tradisional dihasilkan untuk menyatukan
falsafah pencipta dan penerima pada ketika itu. Prosa tradisional dapat dibahagikan kepada
dua genre, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).

2.2.2.1 SASTERA RAKYAT (LISAN)
Menurut Zaidan et al. (2000:182), sastera lisan adalah ungkapan dari mulut ke mulut,

hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan
sastera tulisan dalam masyarakat moden. Contoh sastera yang diwarisi secara lisan ialah
pantun, nyanyian dan cerita rakyat.

Ciri-ciri sastera rakyat adalah ianya disebar dan diwariskan secara lisan. Ia juga
bersifat tradisional dan lama. Seterusnya, sastera rakyat juga wujud dalam variasi yang
berlainan dan bersifat anonimi, iaitu menggunakan nama samaran atau tiada nama pencipta.
Selain itu, sastera rakyat akan menjadi hak milik orang yang menghasilkannya. Ia juga
mempunyai bentuk berpola dengan plot hampir sama, mempunyai fungsi tertentu dan
penulisannya bersifat spontan dan sederhana.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori, iaitu naratif yang terdiri daripada mitos,
legenda dan cerita rakyat. Kategori kedua ialah bukan naratif yang terdiri daripada puisi
rakyat.

MITOS
Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan suci oleh pemilik cerita dan

masyarakat yang menyokongnya. Ceritanya dikaitkan dengan ketuhanan dan dewa-dewi
yang dianggap suci oleh penganut animisme dan hindu. Ia juga mengisahkan kejadian alam,
manusia, binatang, tumbuhan dan bentuk muka bumi.

Ciri-ciri mitos adalah ianya dipercayai benar-benar terjadi, penting kepada masyarakat
walaupun ianya aneh, mengandungi cerita yang sederhana yang terdiri daripada beberapa

3

motif dan plot mudah. Seterusnya, cara pertuturannya disertai upacara tertentu dan berlaku
pada zaman lampau.

Dalam sastera melayu, mitos terdiri daripada tiga jenis, iaitu mitos asal usul, mitos
institusi sosial dan mitos politik. Mitos asal usul mempengaruhi kehidupan masyarakat melayu
terutamanya cara pemikiran bersifat mistik dan sesuatu yang rahsia serta magis. Contohnya,
asal usul kejadian alam, kejadian binatang dan sebagainya. Seterusnya, mitos institusi sosial
dalam masyarakat. Contohnya, mitos kedatangan islam dan institusi adat. Mitos politik pula
ialah cerita berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan seperti cerita keturunan
raja-raja melayu dan mitos penubuhan sesebuah kerajaan.

LEGENDA
Legenda merupakan cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap

suci. Ciri-ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan
kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar masa dan sejarahnya juga mempunyai hubungan
dengan masa silam. Selain itu, kisahnya juga mempunyai kaitan dengan zaman sekarang.

Antara jenis legenda yang terdapat dalam masyarakat melayu ialah legenda
keagamaan, iaitu cerita berkaitan penyebar agama dan orang alim seperti Habib Noh dan Tok
Kenali. Seterusnya, legenda alam ghaib yang dianggap benar-benar terjadi. Misalnya,
pengalaman menziarahi alam ghaib. Legenda seterusnya ialah legenda perseorangan yang
mempunyai kaitan dengan tokoh yang dianggap semua kejadian mengenai tokoh-tokoh itu
benar-benar terjadi seperti legenda tokoh kepimpinan mengenai tokoh Hang Tuah dan Tun
Perak. Selain itu, terdapat juga legenda tempat yang berkaitan dengan cerita mengenai asal
usul sesuatu tempat yang nama tempatnya berkait dengan nama tokoh atau binatang.
Legenda yang terakhir ialah legenda tokoh seperti cerita Mahsuri.

CERITA RAKYAT
Cerita rakyat tidak dianggap benar-benar terjadi dan berbentuk prosa. Ia dihasilkan

sebagai hiburan masyarakat, menegakkan kebenaran dan mempunyai moral atau sindiran.
Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang yang bertingkah seperti manusia. Seterusnya,
cerita penglipur lara dan cerita jenaka serta cerita teladan.

4

2.2.2.2 SASTERA ISTANA (TULISAN)
Setelah penerimaan islam pada sekitar abad ke-15, sastera tulisan mula

diperkenalkan dan berkembang dalam istana. Contoh sastera istana atau tulisan ialah sastera
hikayat, sastera undang-undang, sastera epik, sastera panji, sastera agama dan sastera
ketatanegaraan.

2.2.3 PROSA MODEN
Menurut Annas Hj Ahmad (1988:152), hasil karya sastera selepas tahun 1800 M ialah

sastera moden. Contohnya, sajak bebas. Cerpen pula adalah gabungan perkataan “cerita”
dan “pendek”. Cerpen selalunya mengisahkan sesuatu peristiwa yang menjadi fokus utama.
Dalam penghasilan cerpen, terdapat satu plot sahaja yang dikembangkan dengan rapi.

Seterusnya, novel pula ialah proses rekaan yang panjang yang kandungannya
mempunyai kisah sebuah kehidupan. Antara jenis novel ialah novel kemasyarakatan dan
novel semangat kebangsaan.

Akhir sekali, drama juga tergolong dalam prosa moden. Drama merupakan karya di
mana penulis menyampaikan mesej melalui dialog serta lakonan.

2.2.4 PUISI TRADISIONAL
Puisi merupakan genre sastera paling awal di dunia. Antara genre puisi tradisional

ialah pantun, gurindam, syair, seloka dan banyak lagi.

PANTUN
Pantun amat popular dalam kalangan masyarakat melayu semenjak mereka belum

tahu surat menyurat pun lagi. Penciptaannya boleh dibuat dalam dua rangkap, empat
rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait.
Pengungkapan pantun mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud. Terdapat
beberapa jenis pantun seperti pantun menghibur, nasihat, menduga akal, meluahkan
perasaan, menyampaikan hasrat seni, menyedapkan cakap, menyampaikan hasrat
tersembunyi, agama, budi, jenaka, percintaan dan perpisahan.

5

GURINDAM
Perkataan gurindam berasal daripada bahasa tamil ‘iradam’, ‘kirandam’ yang

bermaksud puisi secara terbuka. Bentuk gurindam adalah terkait yang terdiri daripada dua
baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan. Suku kata dalam
sebaris pula antara 8 hingga 12 suku kata. Selain itu, isi yang perlu ada hendaklah
mengandungi unsur-unsur nasihat, pengajaran, pernyataan cinta dan kebenaran.

SYAIR
Syair merupakan puisi yang berlagu yang dikatakan berasal dari parsi dan dibawa

masuk ke nusantara bersama kedatangan islam. Bentuk syair melayu mengandungi empat
baris serangkap dengan rima akhir a,a,a,a. Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah
perkataan dan suku kata 8 hingga 12 bagi setiap baris. Selain itu, syair juga digunakan untuk
mengatakan buah fikiran, nasihat, cerita dan pujian.

SELOKA
Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit

‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka mengandungi unsur-
unsur jenaka, gurau senda, ejekan, sindiran dan seloroh. Namun, mesejnya penuh dengan
sindiran yang dapat menjadi pengajaran untuk pendengar atau pembaca. Kebanyakan seloka
ditulis dalam bentuk terikat tetapi ada juga yang ditulis dalam bentuk bebas.

2.2.5 PUISI MODEN
Dalam puisi moden, sajak adalah satu-satunya genre puisi. Sajak bermaksud luahan

perasaan atau suara hati penyairnya. Ciri-ciri sajak adalah ianya tidak terikat pada peraturan
seperti pembentukan rangkap, pemilihan kata atau diksi serta pematuhan skima rima akhir
seperti dalam puisi tradisional. Seterusnya, jika dilihat pada puisi melayu tradisional, ianya
bersifat milik bersama. Namun, bagi puisi melayu moden hendaklah mempunyai nama penulis
tidak kira nama pena atau nama samaran sebagai pengakuan bahawasanya seseorang itu
memiliki hak ke atas sebuah karya.

6

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Fungsi sastera melayu dapat mewujudkan pemikiran yang kreatif dan inovatif yang
dapat memimpin manusia untuk mencapai matlamat yang sesuai untuk kesejahteraan hidup.
Dengan ini, ia dapat membentuk sosialisasi masyarakat dengan baik dan jelas. Pemikiran itu
masih tetap ada walaupun diletakkan dalam mana-mana zaman. Dalam fungsi kesusasteraan
melayu, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Antaranya hiburan, pendidikan,
dakwah dan kritikan sosial.

3.1 HIBURAN

Aspek hiburan merupakan satu keperluan untuk menghiburkan dan melahirkan karya
sastera yang membawa keseronokan yang indah kepada masyarakat. Hiburan terhasil
daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun,
kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan
dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita
penglipur lara yang diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan dikagumi
masyakarakat pada suatu ketika dahulu. Misalnya, pantun merupakan karya sastera yang
cukup popular kerana penulisannya dapat membawa keindahan yang menghiburkan hati
pembaca atau pendengar. Rentak dan rima yang bersukat membentuk keindahan irama
dalam pantun. Selain itu, pantun yang disampaikan dalam pelbagai variasi dapat
menambahkan fungsi hiburan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular,
dan pelbagai bentuk lagi. Hal ini dapat dilihat dalam pantun berikut:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Dalam pantun ini, sebenarnya padang datar adalah perlambangan padang yang luas
tetapi kering kontang tanpa pokok-pokok yang rendang melainkan hanya rumput-rampai.
Rusa berbelang kaki pula sebenarnya adalah seekor belalang. Pembayang pantun ini
mengingatkan kita bahawa padang yang luas hanya menjadi habitat kepada hidupan yang
kecil. Sebenarnya, pantun ini hendak memberi nasihat bahawa jika seseorang menuntut ilmu
secara suka-suka dan ala kadar, maka pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh juga
amatlah terhad.

7

3.2 PENDIDIKAN

Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan
kepada masyarakat. Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang
dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang
untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang terdapat dalam karya sastera. Contohnya,
cerita Sang Kancil dengan Buaya yang cukup terkenal kerana ceritanya yang menghiburkan
dan keupayaannya untuk mendedahkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna
kepada masyarakat.

Ketika sang kancil ingin memakan buah rambutan di seberang sungai, dia telah
menggunakan muslihat kepada buaya supaya buaya tersebut membantunya melintasi sungai.
Di sini, kita dapat lihat bahawa sang kancil menggunakan akal fikiran dengan sebaiknya serta
dia juga berusaha dengan sedaya upaya untuk memastikan hajatnya tercapai. Perkara
sebaliknya yang berlaku pada buaya apabila mereka sebenarnya ditipu oleh sang kancil.
Pengajaran yang kita dapat adalah kita tidak sepatutnya mudah mempercayai sesuatu
perkara tanpa usul periksa terlebih dahulu. Oleh itu, kita mestilah menjadi bijak seperti sang
kancil dan mengelakkan daripada menjadi bodoh seperti buaya.

3.3 DAKWAH

Dakwah dapat mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah mereka
dari perbuatan mungkar agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Fungsi
bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak
dikongsikan kepada pembacanya melalui aneka bentuk dan ragam, estetika, metafora,
simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Selain itu, ia juga dapat
menjelmakan eksistensi diri sebagai medium yang lebih neutral untuk menjelajahi medan
makna disebalik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Contohnya, Sastera Kitab.

Dalam sajak “Peringatan Kepada Manusia” oleh Suhaimi Haji Muhammad, beliau
mengajak manusia untuk sentiasa bertakwa kepada Allah SWT. Karya-karya seperti ini
mampu menginsafkan masyarakat supaya merenung dan mengingat kembali apakah
perlakuan mereka selama ini sama ada ia berlandaskan ajaran islam yang sebenarnya atau
sebaliknya. Selain itu, jika generasi muda membacanya, ia dapat memberikan didikan akhlak
kepada mereka.

8

3.4 KRITIKAN SOSIAL
Sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan

manusia. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi
dalam realiti kehidupan manusia. Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan
manusia. Oleh itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa dan
perkara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan
dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan.
Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan menjadikan wujudnya
jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan tatasusila adab
sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik atau menyampaikan sesuatu mesej. Ini kerana
dalam masyarakat, terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam
masyarakat sekitarnya.

Misalnya, dalam novel “Titis Darah Terakhir” karya Adhyat Helmy yang
memperlihatkan perbezaan konsep perjuangan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat
dikesan melalui petikan “… Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di
badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”. Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan
untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan darah. Hal
ini dapat dikesan melalui frasa “biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah
tidak sama sekali”.

9

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Akal budi dapat mencerminkan pemikiran, perbuatan dan sikap seseorang yang

menyokong kehalusan, kebijaksanaan serta keindahan. Permikiran, perbuatan dan sikap
seseorang biasanya ditunjukkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling biasa digunakan
ialah dalam bentuk karya seni seperti seni sastera.

Akal bermaksud proses menggunakan minda untuk mencari maksud dan pengertian
terhadap sesuatu perkara, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea dan membuat keputusan
yang baik dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses yang dilalui. Akal juga
merupakan daya fikir untuk memahami sesuatu yang kongkrit atau abstrak, praktikal ataupun
teoritikal. Seterusnya, budi pula boleh diertikan sebagai tempat perasaan, kesedaran,
keyakinan dan dorongan. Manifestasi akal budi mempunyai empat aspek yang boleh diberi
tumpuan, iaitu aspek pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.

PEMIKIRAN
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari maksud dan pemahaman

terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi terhadap proses yang dilalui.

PERTUTURAN
Dari sudut pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan.

Menurut Kamus Dewan (1984), santun bermaksud halus budi bahasa atau “berbudi pekerti”
dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses
berkomunikasi. Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan adalah menggunakan bahasa
yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.

10

PERLAKUAN
Perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian,

masyarakat Melayu dapat dikategorikan sebagai masyarakat yang kaya dengan tingkah laku
yang berhemah dan baik. Tamsilannya, masyarakat Melayu akan melayan tetamu terlebih
dahulu walaupun mereka berada dalam keadaan yang sibuk. Namun, anggota masyarakat
yang sanggup memalukan diri sendiri, ahli keluarganya ataupun seseorang pula dianggap
sebagai orang yang tidak bermaruah. Justeru, masyarakat perlu menjaga perlakuan agar
tidak menyinggung perasaan seseorang dan agar diri dihormati oleh orang lain.
GAYA HIDUP

Menurut Kamus Dewan (1984), gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang
individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut kemampuan sama ada mewah,
sederhana dan sebagainya. Manakala kehidupan dapat didefinisikan sebagai perihal hidup.

11

4.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN
Biar orang mencabut cendawan,
Kita mencabut padi kan mati,
Biar orang berebut bangsawan,
Kita merebut budi pekerti.

Dalam pantun ini, kita dapat lihat aspek pemikiran melalui pemilihan diksi bagi
pembayang yang berkaitan dengan alam, iaitu cendawan dan padi. Cendawan mempunyai
banyak manfaatnya dalam kehidupan manusia seperti makanan yang dapat mengenyangkan
perut serta dapat dimasak dalam pelbagai variasi. Manakala “padi kan mati” pula membawa
maksud padi yang tidak dapat memberi manfaat kepada manusia kerana sudah mati dan tidak
boleh dijadikan beras lagi. Dalam pantun ini, penulis mahu mengaitkan antara cendawan
dengan gelaran bangsawan yang menjadi rebutan orang ramai kerana merasakan ia lebih
penting pada zaman sekarang. Selain itu, penulis juga mengaitkan padi yang telah mati
dengan sifat berbudi pekerti yang langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana
merasakan pangkat lebih penting daripada mempunyai sifat berbudi pekerti dalam diri.
Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar
pangkat sahaja tetapi mengejar sifat yang lebih baik dan bersopan santun kerana orang yang
berbudi pekerti lebih tinggi darjatnya daripada orang bangsawan tetapi tidak mempunyai adab
atau sifat berbudi pekerti dalam diri.

12

4.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR
MATI

Sampailah waktu ajal akan datang
Malaikat Maut segera menjelang
dicabut nyawa tiada terbilang
sakit terasa bukan kepalang
Mati itu terlalu sakit
di dalam kubur terlalu sempit
ular dan kala datang menggigit
dan bumi pula menghimpit
Masuklah mayat ke dalam bumi
Mungkar dan Nangkir tanyakan diri
tiada terjawab amalan sendiri
dipukul malaikat ke dasar bumi
Setelah dikubur baru menyesal
teringat diri membuat dosa
teringat diri tiada beramal
tak mungkin lagi pulang ke dunia
Mati itu terlalu lazat
bagi shuhada di medan jihad
oleh itu wahai sahabat
iman di dada perlu ditingkat.

Dalam rangkap pertama, penyair ingin mengatakan bahawasanya setiap manusia
akan kembali ke penciptanya jua. Penyair juga mengatakan bahawa apabila tiba ajal
seseorang manusia, malaikat maut akan datang dan merentap nyawa seseorang itu dengan
tahap yang sesuai sama ada secara kuat mahupun secara lembut mengikut amalan kita di
dunia. Penyair juga mengatakan bahawa saat nyawa kita ditarik, seseorang itu akan
merasakan kesakitan yang bukan kepalang yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

13

Dalam rangkap kedua pula, penyair menggambarkan bahawa mati itu sakit dan
apabila kita ditanam di dalam kubur yang sungguh sempit dan gelap, ular dan binatang
berbisa yang lain akan datang untuk memakan daging kita sehingga yang tersisa hanyalah
tulang semata-mata. Bukan itu sahaja, di saat kita berada di dalam tanah, bumi akan terus
menghimpit kita. Dalam rangkap ini, penulis ingin kita sedar bahawasanya manusia dicipta
daripada tanah dan kepada tanah jugalah manusia dikembalikan.

Seterusnya dalam rangkap ketiga, apabila kita telah mati, malaikat mungkar dan nakir
akan bertanyakan soalan mengenai sebanyak mana amalan yang kita telah lakukan ketika
kita masih hidup. Jika amalan kita sedikit, maka kita akan dipukul oleh dua malaikat itu
sehingga ke dasar bumi. Oleh itu, penyair menasihatkan kita agar melakukan amalan
sebanyak yang mungkin ketika masih hidup.

Dalam rangkap keempat pula, penyair mengatakan sifat seorang hamba yang akan
menyesal setelah melakukan pelbagai dosa di dunia setelah diri sendiri tidak dapat kembali
ke dunia lagi. Disebabkan itu, penyair mengingatkan kita agar meninggalkan perkara yang
boleh membawa kepada dosa dan beramallah untuk menambahkan pahala agar tidak
menyesal ketika di akhirat kelak. Hal ini kerana menyesal sudah tidak lagi berguna pada ketika
itu.

Dalam rangkap yang kelima, penyair mengatakan sesiapa yang berjihad kerana Allah
akan memperoleh ganjaran yang lumayan di akhirat kelak. Oleh itu, penyair menyeru kepada
semua manusia terutamanya orang yang beragama islam untuk meneguhkan iman,
melakukan perbuatan yang menawarkan ganjaran pahala, mencegah kemungkaran serta
berjihad di jalan Allah yang benar. Sesungguhnya, kenikmatan yang sebenar adalah ketika
kita mempunyai banyak amalan dan memperoleh kenikmatan syurga.

14

4.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.

Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

15

Dalam seloka ini, penulis ingin mendedahkan kepada masyarakat bahawa susun lapis
masyarakat zaman dahulu terdiri daripada raja, orang besar empat, pawang raja dan tukang-
tukang pengukir kayu.

Dalam rangkap pertama, raja menyuruh pembesar berempat membina sebuah istana
yang lengkap ruangannya. Pawang raja pula dipanggil untuk mengarahkan empat puluh
empat orang tukang untuk membina istana dan kesemua tukang ini bekerja siang dan malam
tanpa henti untuk menyiapkan istana tersebut. Di sini kita dapat lihat kesetiaan pembesar dan
rakyat yang akur terhadap perintah raja mereka. Bukan itu sahaja, kegigihan tukang-tukang
kayu yang bekerja tanpa henti siang dan malam untuk membina istana wajar dicontohi oleh
masyarakat kini.

Seterusnya dalam rangkap kedua, ketiga dan keempat, penulis ingin memuji hasil
kerja tukang-tukang ini yang menyiapkan istana hanya dalam tempoh tujuh bulan sahaja.
Bukan itu sahaja, keistimewaan dan keunikan seni bina istana tersebut yang mempunyai
pelbagai nama pada setiap ukiran menambat hati penulis. Namun, penulis juga mungkin
berpendapat bahawa jika tukang-tukang tersebut tiada, pastinya tidak akan ada orang yang
mungkin menggantikan tempat mereka dalam mengukir dan membina istana yang
mempunyai pelbagai corak dan nama.

Namun dalam rangkap kelima, sebaik sahaja istana tersebut siap dibina, tukang-
tukang istana tersebut dibunuh supaya tidak ada istana lain yang menyamai kecantikan istana
tersebut. Walaupun sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa raja tersebut sangat
kejam, namun kita kena memandang dan memfokuskan terhadap perjuangan tukang-tukang
tersebut. Seloka ini mengajar kita untuk sentiasa taat kepada pemerintah dan kita hendaklah
saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, seloka ini juga mengajar
kita untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan.

16

4.4 AKAL BUDI DALAM GURINDAM
GURINDAM DUA BELAS (FASAL KETIGA)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Akal budi pada fasal ketiga ini, pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa
memelihara anggota diri dan berbudi pekerti dapat mengelakkan diri daripada perkara yang
buruk. Dalam kesemua rangkap gurindam ini, semuanya melibatkan anggota badan. Hal ini
kerana anggota badan merupakan perkara yang paling penting dan perlu dijaga sebaik-
baiknya kerana ia melibatkan maruah diri seseorang. Hal ini kerana pada zaman ini, ramai
anak muda terutamanya perempuan yang tidak menjaga anggota badan mereka dengan baik,
malah mereka lebih suka mendedahkannya kepada orang ramai. Hal ini boleh mendedahkan
mereka kepada bahaya seperti pelecehan seksual dan gangguan orang yang tidak
bertanggungjawab. Oleh itu, pengarang mengarang gurindam ini sebagai nasihat untuk kita
semua menjaga anggota badan.

17

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kesusasteraan melayu merupakan harta yang sangat bernilai kepada

masyarakat melayu dan negara malaysia. Keunikan dan keindahannya mampu mengubah
kehidupan seseorang bahkan mampu membawa bahasa melayu ke persada dunia. Oleh itu,
kita sebagai masyarakat melayu tidak boleh membiarkan kesusasteraan melayu terus hilang
daripada pandangan. Kita mestilah mempertahankan kesusasteraan melayu dan terus
menggunakannya agar generasi akan datang dapat mempelajarinya serta dapat
mempertahankannya sampai bila-bila.

18

RUJUKAN
Adisya Rehal. (2014). Kesusasteraan melayu. Academia.edu.

https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU
Annas Haji Ahmad. (1988). Sastera melayu lama dan baru: edisi baru. Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Rahmat, Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, & Hasnah

Awang. (2022). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan melayu.
Pustaka Al-Ehsan.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1985). Mendekati kesusasteraan melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1984). Kamus dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kesusasteraan. (30 Mei 2006). Dalam Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan
Mohd Affandi Hassan. (1996). Pendidikan estetika daripada pendekatan tauhid. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hasri. (2014). Kesusasteraan melayu. Academia.edu.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2018). Pendidikan Sastera Melayu memperkukuhkan pembinaan
karakter pelajar. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 1-14.
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.1.2018
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zaidan & Abdul Rozak. (2000). Kamus istilah sastra. Balai Pustaka.

19


Click to View FlipBook Version