The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU BERKENAAN PENGALAMAN PENULIS SEMASA BELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsulizwan2014, 2022-01-24 20:56:02

TRAVELOG AKU & SPTA

BUKU BERKENAAN PENGALAMAN PENULIS SEMASA BELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Keywords: TRAVELOG

TRAVELOG AKU

&

SPTA

(AKU BUDAK PERHUTANAN)

SHAMSUL IZWAN BIN SHAMSUDIN

JANUARI 2022

TRAVELOG AKU & SPTA
Cetakan Pertama 2022

© SYFE MANAGEMENT DAN PENULIS

Hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan cara,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman, dan
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan
penulis. Perundingan tertakluk pada perkiraan bayaran yang
munasabah berdasarkan harta intelek kandungan buku.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

TRAVELOG AKU & SPTA / SHAMSUL IZWAN SHAMSUDIN

ISBN 978-967-2891-82-6

1. Travelog 2. Creative writing I. Judul
808.4

Diterbitkan oleh:

SYFE MANAGEMENT SDN BHD

18-1, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.
WhatsApp: 019-7734174

E-mel: [email protected]

Penyelenggara: SHAMSUL IZWAN SHAMSUDIN
Pereka Bentuk dan Percetakan: SYFE Management Sdn. Bhd.

KANDUNGAN

• SEM 1
• SEM 2
• SEM 1
• SEM 2
• SEM 1
• SEM 2

• GAMBAR KENANGAN SEPANJANG 2004 – 2007
• SIJIL- SIJIL SEPANJANG 2004 – 2007

• GAMBAR SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN

PRAKATA

Travelog Aku & SPTA: Bahagian I (Aku Budak Perhutanan)
merupakan coretan ringkas tentang perjalanan hidup penulis
semasa menimba ilmu pengetahuan sebagai seorang mahasiswa di
Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia
Sabah (yang kini dikenali sebagai Fakulti Perhutanan Tropika).
Buku ini boleh digunakan sebagai suatu panduan awal atau rujukan
ringkas kepada mahasiswa dan mahasisiwi baru yang telah terpilih
untuk mengikuti pengajian dalam bidang perhutanan di UMS.

Buku ini juga bertujuan untuk merakamkan momen secara
ringkas tentang akiviti yang dilalui bersama rakan–rakan sepanjang
3 tahun pengajian ketika berada di SPTA, lebih kurang 17 tahun
yang lalu. Selain itu, buku ini disusun mengikut tahun pengajian
iaitu bermula dari Tahun 1, Tahun 2 dan kemudiannya Tahun 3 bagi
memudahkan pembaca memahami secara dasar mengenai aktiviti
yang dilakukan oleh pelajar perhutanan di SPTA.

Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat secara
langsung atau tidak langsung kepada semua pembaca dan mampu
memberikan inspirasi kepada sesiapa jua yang membacanya di luar
sana.

Shamsul Izwan bin Shamsudin
Jerantut, Pahang
2021

iv

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan–rakan alumni SPTA
batch 2004-2007 yang telah banyak membantu secara langsung
atau tidak langsung. Kepada Shikin, Ajib dan Nik Fizah yang telah
memberikan gambar untuk diletakkan di bahagian lampiran.
Terima kasih juga ditujukan untuk Abang Salleh, Rabiah, Ros dan
yang lain – lain kerana berkongsi maklumat yang berkaitan dengan
penulisan buku ini.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Dekan Fakulti
Perhutanan Tropika iaitu Prof Madya Dr Normah Awang
Besar@Raffie atas kesudian Dekan untuk memberi sepatah dua
kata untuk buku ini.

Penghargaan juga diberikan kepada ahli keluarga
terutamanya ibu, abah dan adik beradik serta semua yang
menyokong usaha agar buku ini dapat dihasilkan dan disiapkan.

Akhir kata, terima kasih juga untuk semua pensyarah batch
kami tahun 2004-2007 dan seluruh kakitangan SPTA dengan
ucapan, semoga kalian semua sentiasa dalam kerahmatan dan
kesihatan selalu. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas jasa dan
budi kalian semua.

v

SEKAPUR SIREH

Bismillahirrahmannirrahim,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada En. Shamsul Izwan bin Shamsudin kerana memberi peluang
dan ruang untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buku
ini. Beliau adalah alumni pelajar SPTA bagi program Perhutanan
Tropika dan Antarabangsa (HG19) pada tahun 2004-2007. Beliau
adalah pelajar yang cemerlang, aktif sebagai AJK dan menyertai
aktiviti -aktiviti yang dianjurkan di peringkat SPTA dan UMS. Beliau
pernah menjadi fasilitator Minggu Suai Mesra (MSM), ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi UMS, AJK Mapan,
Pustakawan Kompassia SPTA dan lain-lain lagi.

Buku travelog ini menceritakan pengalaman beliau
sepanjang menjalani kehidupan sebagai pelajar perhutanan di
SPTA, UMS dari tahun satu sehinggalah beliau menamatkan
pengajian dan konvokesyen. Apa yang menarik bagi pelajar
perhutanan adalah pelajar yang paling banyak menjalani kerja
lapangan di luar kampus UMS, menjalani kem perhutanan selama 2
minggu dan menjalani latihan industri di agensi
kerajaan/swasta/industri yang berkaitan bidang perhutanan.

Terdapat perbezaan tempoh pengajian dan bilangan
program perhutanan semasa Sekolah Perhutanan Tropika
Antarabangsa (SPTA) dan Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), di
mana tempoh pengajian telah berubah dari 3 tahun kepada 4
tahun. Bilangan program juga bertambah dari 4 program kepada 5
program dengan tambahan 1 program dari Sekolah Sains dan
Teknogi (SST), iaitu Pemuliharaan Biologi (HS03). Kursus-kursus
yang ditawarkan dan aktiviti yang dijalankan juga ditambahbaik
berdasarkan kepada keperluan MQA dan memenuhi permintaan

vi

industri untuk melahirkan graduan yang releven dan memenuhi
keperluan industri.

Akhir sekali, syabas dan tahniah, setinggi penghargaan
daripada saya sebagai Dekan FPT atas penulisan dan penerbitan
buku ini. Saya harap buku ini dapat memberi manfaat tentang
gambaran kepada semua pembaca terutama bagi pelajar yang
berminat untuk melanjutkan pengajian dalam program perhutanan
di FPT UMS mengenai pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.

Prof Madya Dr. Normah Awang Besar@Raffie
Dekan
Fakulti Perhutanan Tropika
Universiti Malaysia Sabah
2021

vii

“…untuk semua alumni dan warga SPTA
dari dulu hingga kini, moga sentiasa

sukses dalam kehidupan kalian.”

BAB 01

PENDAHULUAN




Lagu yang sering menjadi siulan dan selalu dinyanyikan oleh pelajar
perhutanan batch 2004-2007 di kebanyakan lawatan di lapangan
(field trip) yang kami kunjungi. Pensyarah kami, iaitu En. Abdul (En
Mohamad Abdullah bin Abdul Ghani) & En. Azwal (En. Wilter
Malandi@Azwal Aziz) yang selalu memetik gitar dan memainkan
lagu ini dahulu. Lagu yang juga selalu dinyanyikan secara beramai-
ramai sebagai lagu tema di dalam Kem Hutan yang kami sertai.
Memori berada di SPTA terus kekal segar walaupun ianya telah
berlalu lebih kurang 17 tahun yang lalu.

Sepanjang tempoh 3 tahun, pengalaman secara ringkas
mengenai kehidupan penulis di UMS dicatatkan dalam travelog ini

1

bermula dari tahun satu sehingga tahun tiga. Penulis merupakan
salah seorang pelajar dalam program pengajian HG19 iaitu
Perhutanan Tropika Antarabangsa.

Berikut merupakan serba ringkas tentang SPTA yang kini
dikenali sebagai Fakulti Perhutanan Tropika (FPT). Terdapat 4
program pengajian di SPTA pada waktu itu, iaitu program HG19,
HG20, HG23 dan HY11. Program HG19 (Perhutanan Tropika
Antarabangsa) merupakan kursus berkaitan pengurusan hutan
secara mampan. Program HG20 (Taman Alam Semulajadi dan
Rekreasi) pula adalah berkaitan pengurusan hutan bandar dan
landskap. Program HG23 (Perladangan Hutan dan Perhutani)
pula adalah berkaitan dengan pengurusan hutan ladang dan
kawasan pertanian. Dan kursus yang terakhir iaitu HY11
(Teknologi dan Industri Kayu) pula adalah berkaitan dengan
teknologi berkaitan perkayuan.

Travelog ini boleh dikatakan sebagai suatu panduan ringkas
kepada mahasiswa dan mahasiswi baru FPT agar mendapat
maklumat awal berkenaan apa yang mereka bakal akan tempuh
sepanjang tempoh pengajian mereka. Buku ini juga bertujuan
untuk menarik minat bakal pelajar yang ingin memohon untuk
melanjutkan pelajaran ke bidang perhutanan terutamanya di UMS
ataupun di universiti awam lain di Malaysia.

2

BAB 02

TEMPAT LAWATAN
LAPANGAN (FIELD TRIP)

Pelajar SPTA dikenali oleh pelajar lain di UMS sebagai pelajar yang
paling banyak mengikuti ‘field trip’ untuk tujuan pembelajaran
sepanjang tempoh pengajian. Kami sebagai pelajar berasa sangat
bersyukur dan beruntung kerana melalui ‘field trip’ tersebut kami
dapat melawat ke pelbagai tempat menarik di sekitar negeri Sabah
dan mempelajari hal yang berkaitan perhutanan secara lebih dekat
lagi. Terdapat beberapa tempat menarik yang dilawati oleh pelajar
SPTA sepanjang 3 tahun pengajian kami disana. Berikut merupakan
antara tempat yang dilawati:

1. CROCKER RANGE@Crocker Nature Centre
Kawasan ini terletak di daerah Keningau dan apa yang menarik
disini ialah pemandangan malamnya adalah berlatar
belakangkan suasana malam di Pekan Keningau. Di sini kami
melihat formasi hutan banjaran dan suasana yang sangat
selesa kerana cuaca yang dingin dan sejuk.

2. KUDAT@Tanjung Mengayau
Tempat ini merupakan salah satu tarikan yang menarik di
Sabah dan destinasi yang mesti dilawati apabila berkunjung ke
sini. Tanjung Mengayau terletak di hujung atas negeri Sabah
jika di dilihat dari dalam peta dan mempunyai pemandangan
yang cantik dan menarik terutamanya waktu matahari
terbenam.

3

3. NABALU PARK@Taman–Taman Sabah
Antara tempat yang terawal yang kami lawati sebagai seorang
pelajar kursus perhutanan. Kami datang ke sini adalah untuk
mengambil sampel serangga yang ada di sekitar kawasan ini.

4. HUTAN SIMPAN KAWANG
Di sini merupakan tempat di mana Kem Hutan dilaksanakan
setiap tahun. Perjalanan menuruni bukit yang mengambil
masa 30 minit ke satu jam untuk sampai ke tapak
perkhemahan membawa satu pengalaman baharu kepada
pelajar SPTA.

5. PULAU TIGA@Kuala Penyu
Pulau ini merupakan pulau yang pernah digunakan untuk
merakam rancangan Survivor yang popular sekitar tahun
2000-an. Di sini kami diperkenalkan dengan formasi hutan
yang ada di pulau. Antara tempat menarik di Pulau 3 ialah
tempat untuk mandi lumpur gunung berapi selain daripada
keindahan pantai dan air laut yang jernih yang terdapat disini.

6. MEMBAKUT@Binsuluk
Formasi hutan pantai di kawasan ini menjadi tumpuan yang
mana kami dibawa berkhemah di kawasan tepi pantai dan
melihat formasi hutan pantai di kawasan ini. Perkara yang
menarik yang terjadi ialah apabila ada kawan-kawan yang
mencuba untuk menangkap ikan di kawasan laut.

7. MERSILAU@Monteki
Di sinilah penulis diberi gelaran EXTREME oleh pensyarah
kerana melakukan sesuatu yang lain dari yang lain. Kawasan
ini berdekatan dengan kaki Gunung Kinabalu dan banyak
ditanam sayur kubis. Di sini juga terdapat sebatang anak
sungai yang mana airnya sangat sejuk seperti air batu.

4

Kawasan ini turut mempunyai cuaca yang sejuk seperti di
Cameron Highland. Idea untuk mencipta drama yang bertajuk
“Cinta Sekebun Kubis” juga datang dari kawasan ini.
8. BEAUFORT@Weston
Kami dibawa menyusuri sungai untuk melihat monyet belanda
(Proboscis Monkey) yang mempunyai habitat terletak di
sepanjang sungai di sini. Pada waktu malamnya kami dibawa
menyusuri sungai untuk melihat habitat kelip–kelip@kunang–
kunang dan keindahan kawasan tersebut dengan cahaya yang
dikeluarkan oleh kelip–kelip itu.
9. HUTAN LUAR PAYA GAMBUT KLIAS
Di sini kami dibawa untuk mempelajari berkenaan kawasan
paya gambut yang terletak di Klias. Kami diberikan
penerangan oleh pegawai yang bertugas mengenai
kepentingan dan cara untuk memulihara hutan paya gambut
yang terdapat di sekitar negeri Sabah. Di kesempatan ini juga
kami telah dibawa melihat sekitar kawasan penanaman nenas
yang ada di kawasan itu.

5

BAB 03

TAHUN 1

SEM 1

FAKULTI
Pada masa ini SPTA masih lagi menumpang di bangunan Sekolah
Sains dan Teknologi (SST). Bangunan baru SPTA yang terletak
bersebelahan Masjid UMS sedang dalam pembinaan. Semasa
penulis berada di tahun 3 barulah bangunan itu boleh dipakai
sepenuhnya dan semua aktiviti berkaitan kuliah dan bengkel
dijalankan di bangunan baru.

KULIAH
Kejutan budaya berlaku kepada diri penulis apabila banyak kuliah
diajar dalam bahasa Inggeris dan slaid nota juga dalam bahasa
Inggeris. Dua bulan pertama merupakan hari-hari yang mencabar
kepada diri kerana terpaksa struggle untuk cuba memahami kuliah
yang disampaikan oleh pensyarah dalam bahasa Inggeris. Pada
masa yang sama pula kita perlu memahami nota kuliah yang juga
ditulis dalam bahasa Inggeris. Tapi akhirnya perkara itu sudah
menjadi biasa dan tidak menjadi masalah sepanjang pengajian di
sana.

SERTAI PROGRAM JAKMAS
Bagi yang ingin tinggal lagi di kolej untuk tahun depan maka
menyertai program anjuran Jawatankuasa Mahasiswa (JAKMAS)
Kolej adalah penting untuk mengumpul mata merit. Pelbagai
program yang dianjurkan oleh JAKMAS hendaklah diikuti oleh

6

junior sebagaimana tradisi biasa di universiti. Nasib menyebelahi
kerana secara tidak sengaja telah terpilih untuk menjadi AJK bagi
satu program kolej dan itu merupakan pengalaman pertama bagi
penulis di mana kita boleh belajar untuk menguruskan satu aktiviti
kolej. Bermula daripada mesyuarat AJK kepada persiapan dan
akhirnya kepada hari program, semuanya merupakan pengalaman
baharu kepada penulis.

TEMPAT ‘SHOPPING’
Bangunan Center Point yang terletak di tengah bandar Kota
Kinabalu telah menjadi tempat untuk membeli barang keperluan
asas bagi pelajar UMS. Terdapat pasar raya yang menjual pelbagai
jenis barangan harian untuk dibeli oleh pelajar UMS. Disini juga
terdapat kedai menjual air yang bernama YOYO. Kedai ini menjual
air seperti air CoolBlog dan air itu diminati oleh rata-rata pelajar
UMS. Plaza Karamunsing pula sering menjadi tempat tumpuan
untuk beli barangan yang berkaitan komputer. Inilah di antara
tempat pilihan untuk pelajar UMS berlibur kerana pada tahun 2004
masih tiada lagi bangunan One Borneo Mall & KK Times Square.

SEM 2

HARI RAYA

Ini merupakan pengalaman pertama penulis untuk berhari raya di
perantauan. Penulis tidak balik berhari raya pada tahun pertama
kerana harga tiket penerbangan yang agak mahal ketika itu dan
cuti yang agak pendek. Penulis mengambil keputusan untuk
mengikut senior (Abang Wan) untuk berhari raya di kampungnya
yang terletak di Kunak. Perjalanan menaiki bas dari KK ke Kunak
mengambil masa yang agak lama, iaitu sekitar 8 jam. Pengalaman
berbuka puasa dan suasana hari raya yang sama seperti di
kampung halaman menyebabkan rasa sedih tidak dapat pulang

7

beraya dapat dibendung. Layanan daripada keluarga Abang Wan
dan saudara-maranya di kampung sangat mesra dan akrab sekali.
DINNER MAPAN
Majlis makan malam yang pertama kali dihadiri sebagai seorang
pelajar SPTA. Majlis yang bertemakan Black & White ini diadakan di
salah sebuah hotel di tengah pusat bandar Kota Kinabalu, iaitu di
Sutera Harbour. Majlis tersebut meriah dengan pelbagai
persembahan yang telah diaturkan dan makanan yang disajikan
pada malam tersebut ialah berkonsepkan ‘Chinese cuisine’.

8

BAB 04

TAHUN 2

SEM 1

JOIN FASI MSM
Pertama kali menjadi seorang fasilitator untuk program minggu
orientasi bagi mahasiswa dan mahasiswi baru UMS yang dikenali
sebagai Minggu Suai Mesra (MSM). Pada masa ini penulis telah
dilantik untuk menjadi AJK Makanan untuk kolej. Kami perlu balik
awal ke kampus awal seminggu sebelum tarikh permulaan
semester satu dibuka. Kami sebagai bakal fasilitator perlu melalui
beberapa fasa persediaan untuk mempersiapkan diri bagi
menyambut kedatangan adik-adik baharu yang akan tiba tidak
lama lagi. Beberapa mesyuarat dan taklimat perlu dihadiri untuk
memperkemaskan lagi program MSM yang akan berlangsung.
Kami juga perlu menghadiri latihan dalam kumpulan (LDK) selama
beberapa hari yang dikelolai oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar
UMS untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama fasilitator.

KETIBAAN ‘JUNIOR’
Seperti kebiasaannya di UMS, di mana dua atau tiga hari sebelum
tarikh pendaftaran akan ada fasilitator yang bertugas menyambut
ketibaan mahasiswa baharu yang tiba di lapangan terbang. ‘Junior’
akan dibawa menaiki bas UMS dari lapangan terbang dan akan
dibawa terus ke kolej kediaman. Pada masa ini, AJK yang berada di
lapangan terbang menjadi agak sibuk kerana pada masa ini mereka
perlu menanti ketibaan junior bermula dari awal pagi hingga
tengah malam. Kebiasaannya AJK lain juga akan turut membantu

9

secara bergilir-gilir bagi melicinkan lagi proses ketibaan pelajar
baharu bermula dari keluar balai ketibaan sehinggalah selesai
mendaftarkan diri di kolej kediaman masing-masing.

MENTOR MENTEE
Prof. Amin (Prof. Dr. Aminuddin Mohamad) merupakan mentor
kepada penulis untuk program Mentor Mentee yang dijalankan di
SPTA. Kami berjumpa dengan Prof. Amin bagi mendapatkan
nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi cabaran sebagai
seorang mahasiswa. Kebiasannya kami juga akan menjadi sedikit
gerun untuk mengetuk pintu bilik beliau di mana semasa
perjumpaan tersebut Prof. Amin juga akan bertanya berkaitan hal
keputusan peperiksaan semester yang lepas.

SUBJEK MINOR
Sistem pembelajaran di UMS pada masa ini mewajibkan mahasiwa
aliran sains dan sastera untuk mengambil subjek minor seperti yang
telah ditentukan oleh pihak universiti. Pelajar daripada aliran
sastera perlu mengambil subjek minor dari bidang sains dan
begitulah sebaliknya. Penulis bersama rakan telah memilih untuk
mengambil subjek ekonomi daripada aliran sastera sebagai subjek
minor dan telah berlaku sedikit salah faham semasa kami ingin
membuat pendaftaran kursus tersebut di awal semester.

DAKI GUNUNG KINABALU
Penulis bersama rakan-rakan dari Persatuan Seni Silat Cekak
Pusaka Hanafi UMS telah berpeluang untuk mendaki Gunung
Kinabalu selama 2 hari 1 malam. Latihan secara berterusan telah
dilakukan oleh penulis untuk mempersiapkan diri bagi mendaki
gunung yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian lebih kurang
4000meter dari aras laut. Penulis dan rakan, iaitu Zul mula mendaki
dari pintu Timpohon (Timpohon Gate) pada pukul 10.00 pagi dan
tiba di Laban Rata iaitu tempat penginapan lebih kurang pukul 5.00

10

petang. Dalam perjalanan ke Laban Rata itu kami telah
dihidangkan dengan pemandangan yang sangat cantik di sekitar
laluan mendaki. Di tempat penginapan kami berehat dan tidur
sebelum menyambung semula perjalanan ke puncak Gunung
Kinabalu pada pukul 2.00 pagi. Kami tiba di puncak Gunung
Kinabalu iaitu Gunting Lagadan pada pukul 7.00 pagi.

SEM 2

KEM HUTAN
Kem Hutan merupakan salah satu prasyarat pelajar perhutanan
untuk bergraduan. Semua pelajar dikehendaki untuk mengikuti
kem berkenaan selama 2 minggu yang dilaksanakan di Hutan
Simpan Kawang. Dua minggu di dalam Kem Hutan memberi seribu
kenangan pahit manis kepada semua pelajar dan sentiasa tersemat
dalam memori sehingga ke hari ini. Antara aktiviti yang dijalankan
di Kem Hutan termasuklah survival night, malam unggun api, baca
peta, cari batu sempadan, pengecaman pokok, kaedah
penebangan pokok dan sebagainya. Terdapat beberapa insiden
yang berlaku ketika survival night, bunyi pelik waktu malam, dan
sebagainya. Bagi penulis pula, pengalaman ini mengajar agar kita
menjadi lebih fleksibel apabila berada di kawasan hutan.

AJK MAPAN
Majlis yang sering dianjurkan sebagai acara tahunan oleh fakulti
ialah Malam Pra Graduan atau MAPAN bagi meraikan pelajar tahun
tiga yang akan menamatkan pengajian. Kebiasaannya pelajar
tahun 2 akan menjadi AJK majlis. Dan akhirnya tiba giliran kami
untuk menguruskan suatu program yang sangat berprestij untuk
SPTA itu. Majlis dengan tema tradisional telah dibuat di Shang Ri
La Rasa Sayang yang terletak di bandar raya Kota Kinabalu
berlangsung dengan meriah sekali. Penulis telah diberikan tugas
sebagai AJK Teknikal untuk majlis berkenaan.

11

BAB 05

TAHUN 3

SEM 1

BANGUNAN SPTA SIAP
Akhirnya bangunan baru SPTA telah siap sepenuhnya dan semua
kelas, tutorial, bengkel dan makmal telah berjalan sepenuhnya di
bangunan baru. Bangunan ini terletak berdekatan dengan Masjid
UMS di mana kita perlu untuk menuruni tangga yang tinggi dari
atas masjid untuk sampai ke bangunan SPTA. SPTA juga terletak di
sebelah bangunan baharu milik Sekolah Sains Makanan dan
Pemakanan yang juga baru disiapkan dan digunakan. Kami semua
bersyukur kerana menjadi antara orang terawal menggunakan
segala jenis kemudahan yang ada di bangunan baharu berkenaan.
Penulis telah diminta untuk menjadi salah seorang pustakawan
untuk perpustakaan SPTA yang dinamakan dengan nama
Kompassia.

JUMPA SV BINCANG TAJUK
Satu pengalaman yang berharga apabila perlu melalui proses untuk
menyiapkan tesis atau final year project (FYP) yang mana semuanya
bermula dengan perbincangan tajuk bersama dengan pensyarah
yang dipilih untuk menjadi supervisor. Pada tahun akhir, pelajar
perhutanan perlu menyiapkan FYP sebagai prasayarat yang
terdapat dalam subjek untuk kursus perhutanan. Pada masa ini
pelajar akan mencari tajuk yang sesuai dan mengadakan sesi
perbincangan dengan pensyarah. Penulis telah berjumpa dengan
Pn. Harda (Pn. Hardawati binti Yahya) untuk berbincang berkenaan

12

tajuk dan tempat yang akan dipilih sebagai tempat kajian. Selepas
sesi pembentangan proposal dan mendapat kelulusan dari fakulti
dan pejabat perhutanan daerah, pelajar akan masuk ke dalam
tapak kajian masing-masing untuk tujuan mengutip data dan
sampel. Penulis telah memilih untuk menjadikan Hutan Simpan
Paya Gambut Klias sebagai lokasi tapak kajian.

FYP – HUTAN SIMPAN PAYA GAMBUT KLIAS
Penulis bersama rakan yang membantu, iaitu Ajib dan Epul berada
di dalam hutan simpan ini selama lebih kurang satu minggu untuk
mengutip data. Kami dibawa oleh pegawai perhutanan di situ
dengan menaiki jip jabatan ke dalam tapak kajian selama beberapa
hari. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika kami
menaiki jip tersebut ialah debu-debu tanah yang berterbangan
telah menyebabkan baju dan muka kami menjadi merah.
Perjalanan ke tapak kajian kami mengambil masa lebih kurang
sejam dan kami akan berada di sana dari waktu pagi hingga ke
petang. Sampel yang diambil oleh kami ialah sampel tanah, sampel
daun dan pengecaman jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan
itu. Ketika ini juga terjadinya satu pengalaman misteri, iaitu semasa
berada di asrama yang disediakan oleh pihak jabatan. Perkara
misteri yang terjadi pada waktu malam itu masih lagi kekal misteri
sehingga ke hari ini.

TOLONG FYP KAWAN – HUTAN SIMPAN MEMBAKUT
Penulis membantu dua orang rakan iaitu Ajib dan Epul untuk
mengumpul data bagi FYP mereka. Kami perlu masuk dari jalan
besar dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk masuk ke
dalam sebelum sampai ke tapak perkhemahan. Tapak
perkhemahan kami berdekatan dengan sungai kecil yang airnya
berwarna perang kerana air sungai itu datangnya daripada hutan
paya gambut. Aktiviti kami untuk proses pengumpulan sampel dan
data bermula di mana Epul dan Ajib mengambil masa selama dua

13

hari untuk menebas semak samun yang tingginya sehingga
melepasi kepala sebelum sampai ke tapak kajian. Penulis hanya
bertindak sebagai tukang masak dan mereka berdua akan menebas
kawasan semak samun itu sehinggalah waktu petang. Kami bertiga
berada di sana selama lebih kurang 1 minggu untuk menyelesaikan
segala kutipan data yang diperlukan. Kenangan yang tidak dapat
dilupakan disini ialah suasana malam di mana kami sentiasa
diganggu oleh nyamuk yang besar.

SEM 2

PEMBENTANGAN FYP
Setelah data dan sampel telah dianalisis maka tibalah masanya
untuk kami menyiapkan draf tesis dan kemudiannya bersedia untuk
pembentangan akhir (mini viva). Setelah beberapa kali pembetulan
dilakukan ke atas draf tesis maka kami semua akan menjalani sesi
pembentangan di mana semuanya akan diterangkan kepada dua
orang panel penilai yang juga merupakan pensyarah SPTA. Penulis
dan beberapa orang rakan telah terpilih untuk membentangkan
FYP kami di hadapan Prof Madya Dr John Tay dan En. Mohd
Abdullah Abdul Ghani yang menjadi panel penilai. Pembentangan
berjalan dengan lancar dan sedikit pembetulan perlu dibuat ke atas
draf sebelum diserahkan kepada supervisor untuk dibukukan.

PRAKTIKAL DI JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG
Penulis serta kawan yang juga berasal daripada negeri Pahang, iaitu
Ros telah memilih untuk melakukan praktikal di Jabatan
Perhutanan Negeri Pahang yang terletak di Kuantan. Di sini kami
telah dibawa untuk melawat dan belajar pelbagai perkara baharu
yang berguna kepada kami sebagai seorang pelajar kursus
perhutanan. Berikut merupakan aktiviti dan tempat yang telah
kami ikuti:

14

1. Pejabat Pembangunan Hutan Lentang
Kami belajar tentang semaian anak benih pokok hutan. Di sini
juga kami belajar tentang cara yang betul untuk menjaga anak
benih pokok hutan sebelum dibawa untuk ditanam di kawasan
yang telah ditentukan. Kami juga belajar bagaimana campuran
tanah yang betul dan sesuai untuk semaian anak benih pokok
hutan.

2. Taman Negeri Endau Rompin
Di sini kami terlibat dalam beberapa aktiviti yang telah
disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Kami juga
dibawa ke kawasan air terjun yang juga mengambil masa lebih
kurang sejam dengan berjalan kaki ke situ.

3. Hutan Pantai di Rompin
Disini kami dibawa untuk melihat bagaimana pengurusan
hutan di kawasan pantai. Daerah Rompin begitu terkenal
dengan udang galah dan kami juga dibawa untuk merasa
keenakan masakan udang galah di situ.

4. Ekspedisi Saintifik di Cameron Highland
Kami dibawa ke Cameron Highland dan terlibat dalam
ekspedisi saintifik yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan
dan swasta. Setiap malam, pelbagai penemuan flora dan fauna
baharu yang telah diperoleh akan dibentangkan kepada semua
peserta yang terlibat. Pada waktu pagi, beberapa kumpulan
akan dipecahkan dan diberi tugasan untuk mencerap flora dan
fauna yang ada di sekitar Cameron Highland.

5. Belajar Cara Panjat Pokok Guna Tali
Kami diajar bagaimana proses untuk memotong pokok
dengan memanjat menggunakan tali. Kami juga dibenarkan
untuk mencuba memanjat pokok menggunakan tali dengan
bantuan dan pengawasan pegawai yang terlibat. Kami sangat

15

kagum dengan kepakaran yang ditunjukkan oleh pegawai
berkenaan yang sangat mahir dan berpengalaman dalam
bidang ini.
6. Kursus Asas Biji Benih
Kursus yang dianjurkan oleh penyelidik dari FRIM ini
memberikan kami ilmu baharu berkaitan pengurusan biji benih
pokok hutan bermula dari waktu pengumpulannya
sehinggalah cara penyimpanannya. Kami juga dibawa melihat
demonstrasi mengumpul biji benih pokok hutan ke suatu
kawasan hutan di daerah Kuantan.

16

BAB 06

KONVOKESYEN KE-9
UMS

Saat ini merupakan saat yang paling dinantikan oleh semua
mahasiswa dan mahasiswi setelah 3 atau 4 tahun menjalani
kehidupan sebagai seorang pelajar. Majlis konvokesyen bagi batch
kami diadakan pada bulan September 2007 berlangsung dalam
suasana yang meriah sekali. Semua pelajar sangat teruja menanti
hari yang penuh bersejarah ini. Penulis datang bersama ibu dan
ayah serta kami berada di Sabah selama kira-kira seminggu.

RAPTAI KONVOKESYEN
Kami dikehendaki untuk hadir ke majlis raptai yang berlangsung
beberapa hari sebelum hari konvokesyen. Semasa raptai itu kami
diterangkan berkenaan semua protokol yang perlu dipatuhi semasa
majlis berlangsung. Kami juga mendapat peluang untuk naik ke
atas pentas dan melakukan raptai mengambil scroll sebelum hari
yang sebenar. Kami juga perlu untuk mengambil jubah
konvokesyen pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

MAJLIS MAKAN MALAM DI SPTA
Penulis menghadiri majlis makan malam anjuran pengurusan SPTA
yang diadakan di bangunan baharu SPTA pada malam sebelum hari
konvokesyen. Kami berjumpa dengan beberapa orang rakan yang
turut hadir pada majlis makan malam berkenaan. Kami tidak dapat
berjumpa dengan semua rakan satu batch pada malam tersebut
kerana masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri dan aktiviti

17

bersama keluarga. Kami juga hanya dapat berjumpa dengan
beberapa pensyarah dan staf SPTA yang hadir pada majlis
berkenaan.
HARI KONVOKESYEN
Majlis konvokesyen untuk pelajar perhutanan telah berlangsung
semasa Sidang 2 bertarikh 2 September 2007 pada waktu petang.
Majlis tersebut telah tamat pada lewat petang dan selepas itu kami
bergambar bersama-sama dengan rakan yang ada.

18

BAB 07

LAMPIRAN

(MEMORI 3 TAHUN SPTA)
1.0 GAMBAR KENANGAN SEPANJANG 2004-2007

KEM HUTAN
19

CROCKER RANGE

MONTEKI
20

KUDAT

KUNDASANG
21

WESTON

SUNGAI BEDAUN
22

KLIAS

MAPAN 1st YEAR
23

FYP DI KLIAS
24

AJK MAPAN 2nd YEAR

BINSULUK
25

RAKAN - RAKAN HG19 2004 -2007 BERSAMA EN ABDUL & PN HARDA

PERSEDIAAN UNTUK BERBUKA PUASA DI BANGUNAN BARU SPTA
26

HARI KELUARGA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK HANAFI UMS

BAS UMS
27

HARI UJIAN SIJIL RENDAH PERSILATAN

DENGAN DEKAN SPTA PROF MADYA DR MAHMUD SUDIN (TELAH
BERSARA)
28

DENGAN PROF MADYA DR ROSZEHAN MOHD IDRUS (TELAH
BERSARA)

29

DI GUNUNG KINABALU

AJK PROGRAM KAMPUNG C
30

BERSAMA AJK PROGRAM

DI KOMPLEKS SUKAN UMS
31

DI MASJID UMS

DENGAN ENCIK AZWAL
32

MALAM KONVO

MENDENGAR TAKLIMAT DARI EN ABDUL
33

FIELD TRIP BERSAMA PN HARDA

GAMBAR SEBELUM FIELD TRIP
34

GAMBAR DALAM PERJALANAN KE FIELD TRIP

MAJLIS BERBUKA PUASA AHLI KELAB SILAT
35

BAKTI SISWA DI SATU PROGRAM SEKOLAH DI PITAS, KOTA MARUDU

DI DESA CATTLE
36

DI PANTAI

SELESAI 2 MINGGU KEM HUTAN
37

MEMASAK SEMASA DI DALAM KEM HUTAN

BERGAMBAR SELEPAS MAJLIS BERBUKA PUASA
38

2.0 SIJIL – SIJIL SEPANJANG 2004 – 2007
39

40

41


Click to View FlipBook Version