The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 855-20-tan, 2022-04-09 11:14:41

sosioemosi

PENGHASILAN PRODUK

Keywords: PAKK2302D

PAKK2333D 2021311380016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 3 TAHUN 2

TUGASAN 2:
PENGHASILAN PRODUK

Nama Pelajar: TAN SIANG PING

Angka Giliran: 2021311380016

No. Kad Pengenalan: 711127-13-5078

Kumpulan /Unit: PDPM/PAKK1621

Kod Kursus: PAKK2302D

Nama Pensyarah Krusus: PUAN ZURAIDA BINTI SALLEHUDIN

Tarikh Hantar: 11HB APRIL 2022

Pengakuan Pelajar

Saya sudah membaca dan dimaklumkan tentang
kerja kursus oleh pensyarah.

Tandatangan : Tan Siang Ping

1

PAKK2333D 2021311380016

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana dengan berkatnya saya dapatlah
menyiapkan tugasan yang penuh dengan cabaran ini.

Ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak Malaysia kerana memberi peluang pengajian saya di sini. Setinggi-tinggi terima kasih

yang tidak terhingga diucapkan kepada PUAN ZURAIDA BINTI SALLEHUDIN selaku
Pensyarah kepada Kursus ini yang sentiasa memberi bimbingan dan galakan. kesudian beliau

untuk meluangkan masa dan tenaga untuk menyemak tugasan saya ini amatlah dihargai.

Saya juga tersangat menghargai semua rakan-rakan saya yang telah sekain lama memberi
segala bantuan dan kerjasama kepada saya sewaktu menjalankan penyelidikan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada keluarga saya khas kepada ayah dan bonda yang
telah lama meninggal, serta suami dan anak saya yang selalu memberi dorongan dan

sokongan mereka kepada saya supaya meneruskan usaha walaupun sewaktu menghadapi
cabaran dan rintangan.

Semoga apa yang dihidangkan boleh memberi manfaat kepada semua orang dan tugasan ini
dapat menepati segala aspek yang ditetapkan iaitu boleh memperincikan segala perkembangan
sosiaemsoi, peranan guru dan aktiviti yang menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku

kanak-kanak.

Sekian, terima kasih

2

PAKK2333D 2021311380016

Faktor dan Implikasi perkembangan sosialemosi, peranan guru
dan aktiviti yang menyokong perkembangan emosi dan tingkah
laku kanak-kanak

Kadungan Muka surat

1 Pendahuluan 4

2 Faktor dan Implikasi Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak 4-6

3 Peranan Guru 7

4 Aktiviti-Aktiviti Lain 8-9

5 RPH Mengenali Emosi Sendiri Secara Digital 10 – 13

Refleksi Guru 14
Refleksi Kanak-kanak 14
Rujukan 14

3

PAKK2333D 2021311380016

1 Pendahuluan
Adalah tidak dapat dinafikan persekitaran adalah adalah segala rangsangan yang mempengaruhi
perkembangan dan tingkah laku semua kanak-kanak. Persekitaran adalah penting dan ia
merupakan segala fizikal, cuaca, budaya, pengaruhan politik dan perhubungan diantara manusia
dalam sesebuah masyarakat.

Kita boleh lihat persekitaran sosial dalam keadaan kanak-kanak yang berhubung secara rapatnya
akan lebih mempengaruhi kanak-kanak lebih banyak. Contohnya pengaruhan dari keluarga,ibu
bapa, abang kakak, rakan, saudara mara, jiran dan guru. Dalam perhubungan dan segala
pengalaman yang diperolehi dari arah masyarakat ini, kanak-kanak akan mengalami perubahan
perkembangan emosi maksimumnya.

Kamus Pelajar Edisi Pertama berkatakan sosioemosi bermakna segala perkara yang berkaitan
dengan kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga berkatakan sosioemosi adalah
segala yang berkaitan dengan masyarakat dan perihal masyarakat. Pakar psikologi telah
mempastikan segala emosi kanak-kanak adalah merupakan perasaan, permikiran, tindak balas
mental dan emosi. Pengkajian emosi kanak-kanak telah dibahagikan kepada pelbagai kategori,
iaitu gembira, sedih, kecewa, takut, marah, terkejut dan lain-lain. Emosi boleh dirasai dengan
berbagai cara dan ia dikategorikan sebagai sesuatu yang baik iaitu emosi positif contohnya
gembira. Manakala emosi negatif pula adalah contohnya rasa marah atau kecewa dan lain-lain
lagi.

Oleh itu, sosioemosi kanak-kanak adalah sebagai suatu proses saling bertindak maka akan
terbina cara penyesuaian diri mereka di dalam masyarakat. Perkembangan sosioemosi adalah
suatu keupayaan kanak-kanak bertindak balas terhadap kejadian situasi dan keadaan. Manakala
tingkah laku yang positif adalah baik yang menunjukkan kanak-kanak ingin cuba berkongsi,
mengikut peraturan dan dalam keadaan ceria, tingkah laku negatif pula adalah seperti berkelahi,
menjauhi diri, menangis dan lain-lain.

2 Faktor dan Implikasi Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak
Kita boleh nampak setiap kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai telatah atau perangai.
Terdapat kanak-kanak yang peramah,ceria dan suka berinteraksi. Ada juga kanak-kanak yang
pendiam, suka bersendiri, tidak suka berinteraksi dan suka menjadi pemerhati sahaja.

4

PAKK2333D 2021311380016

Setiap hari dalam tadika atau prasekolah, kita lihat ada murid yang kelihatan cergas, suka
membuat aktiviti dan ada murid yang suka membuat bising, mengganggu pengajaran murid dan
pelbagai sikap yang negatif. Ini adalah disebabkan terdapat perbezaan individu dalam pelbagai
aspek.

Guru yang berkualiti akan cuba mengatasi perbezaan individu ini dan sentiasa mempunyai idea
dan pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk anak murid. Temperamen memainkan
peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak.Dalam kamus Bahasa Melayu PRPM
berdefinisikan perkataan Tamperamen sebagai sifat semula jadi atau sifat batin seseorang
kanak-kanak yang telah mempengaruhi tindak balas individu yang memberi kesan terhadap
tingkah laku, hubungan sosial, personaliti kesihatan fizikal, kebolehan berbahasa dan kejayaan
dalam akademik.

Selain itu, temperamen dikaitkan dengan faktor biologi yang menyebabkan perbezaan tindak
balas tingkah laku individu terutama semasa zaman perkembangan kanak-kanak. Pakar
beranggapan terdapat pelbagai jenis temperament kanak-kanak, iaitu pertama temperament
utama kanak-kanak berdasarkan tahap aktiviti, bagaimana kanak-kanak bertindak atas sesuatu
perkara, kepekaan terhadap keadaan sekeliling, dan sejauh mana kanak-kanak boleh berterusan
fokus terhadap sesuatu aktiviti.

Kanak-kanak dengan temperamen jenis Easy / Flexible dalam majoriti situasi akan tenang,
mempunyai jadual tidur dan makan yang teratur, fleksibel dengan perubahan keadaan dan tidak
mudah meragam. Ibubapa dan guru boleh cuba mengalakkan kanak-kanak dengan temperament
ini untuk meluahkan perasaan mereka menggunakan bahasa lisan.

Oleh kerana mereka biasanya bersikap tenang, kelebihan bagi kanak-kanak jenis ini adalah
kemahiran berbahasa mereka lebih mudah dibentuk oleh ibu bapa. Contohnya ibubapa boleh
mengajar anak mereka meluahkan perasaan seperti “sedih”, “suka”, “gembira”, “marah” dan
sebagainya seawal mereka sudah boleh menyebut perkataan. Kanak-kanak jenis easy / flexible
biasanya lebih mudah untuk memahami maksud perkataan yang seterusnya dapat memudahkan
ibu bapa untuk memahami emosi kanak-kanak jenis temperament ini kerana mereka sudah dilatih
meluahkan emosi dalam bentuk lisan.

5

PAKK2333D 2021311380016

Ibubapa boleh emncari masa dalam sehari untuk anak bercerita mengenai apa yang telah dilalui
mereka dalam sehari dengan menggalakkan mereka menggunakan perkataan-perkataan yang
menggambarkan perasaan. Galakkan mereka untuk terus meminta pertolongan secara lisan jika
berhadapan masalah kerana bahasa lisan adalah kekuatan mereka.

Manakala kanak-kanak yang bertemperamen Active / Feisty adalah Cerewet dengan jenis
makanan serta memilih aktiviti apa yang ingin dilakukan. Kanak-kanak tersebut biasanya sukar
tidur mengikut jadual dan biasanya pemalu dengan orang yang baru dikenali dan sensitif dengan
kejutan yang biasanya akan bertindak agak agresif apabila berhadapan kejutan. Ibu bapa yang
perlu berhadapan anak-anak dengan temperament Active / Feisty perlulah bersedia menjadi
fleksibel. Anak-anak jenis ini kadang-kadang mudah berubah emosi lebih-lebih andai berlaku
perubahan drastik atau kejutan. Ibu bapa perlu bersabar dan bersedia untuk merubah cara
menguruskannya bergantung kepada situasi.

Kanak-kanak dengan temperamen jenis Slow to Warm / Cautious adalah kanak-kanak nampak
kurang aktif, suka duduk berkepit dengan orang yang dikenali. Mereka biasanya lambat untuk
berkenalan dengan kawan-kawan baru, malah mungkin bertindak untuk menutup ruang
berinteraksi dengan orang baru. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang
berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat,
selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain.

Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi
individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana
perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh
ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan
hubungan dengan orang lain. Perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya
menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan
kasih sayang kepada anak.

Dari segi sosioemosi, perapatan mempengaruhi sejauhmana kanak-kanak menilai diri,
menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Konsep kendiri yang terbina
melalui perapatan akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini hingga dewasa kelak.
kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak
dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga.

6

PAKK2333D 2021311380016

3 Peranan Guru
Sosioemosi adalah satu bahagian perkembangan penting bagi kanak-kanak. Guru tadika atau
prasekolah adalah guru yang memainkan watak penting dalam perkembangan sosioemosi
mereka supaya kanak-kanak dapat membesar dengan emosi yang positif dan optimum. Segala
usaha pada peringkat ini sangat penting untuk mempertingkatkan jasmani dan emosi kanak-
kanak dengan tujuan melahirkan generasi yang berpendidikan dan beremosi positif.

Kebanyakan kanak-kanak tidak ada perkembangan sosioemosi yang pada masa memasuki
prasekolah atau tadika. Masyarakat kita juga kurang sedar tentang pentingnya perkembangan
sosioemosi bagi kanak-kanak berusia ini. Ibu bapa dan masyarakat lebih menumpukan perhatian
mereka kepada perkembangan mereka dari segi kepandaian membaca, menulis dan mengira
dengan hasrat lebih pintar bila masuk ke darjah satu sekolah rendah.

Guru mempunyai tanggungjawab untuk layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang,
perhatian dan lekatan. Guru jug perlu hormati idea dan perasaan kanak-kanak, sentiasa memberi
galakan, dorongan dan pujian untuk membina keyakinan diri, harga diri, rasa selamat, rasa
diterima dan dipunyai.

Dalam kelas guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, ceria, dan
menyeronokkan sebab ini akan mengupayakan kebolehan kanak-kanak, dapat menggalakkan
kanak-kanak meneroka persekitaran untuk memahami komuniti dan peranannya sebagai
anggota komuniti.

Guru yang menunjuk teladan yang baik dan beri peluang kanak-kanak berinteraksi dengan orang
lain untuk membina persepsi positif terhadap dirinya dan orang lain. Ini juga bermaksud guru
perlu sentiasa memberi peluang kanak-kanak meluahkan perasaan, mencadangkan idea,
membuat pilihan dan keputusan sendiri dalam pelbagai aktiviti atau program yang dijalankan di
tadika atau prasekolah supaya mereka berasa dihargai dan ada harga diri.

Guru juga perlu membina hubungan baik dengan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak serta
komuniti, ada penting guru perlu menghormati budaya dan agama kanak -kanak untuk
mengamalkan keamanan sekolah dan masyarakat.

7

PAKK2333D 2021311380016

4 Aktiviti-Aktiviti Lain
Strategi pengajaran paling berkesan dalam sosioemosi kanak-kanak adalah strategi pemusatan
murid. Sebab dalam pengajaran ini, kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran ini, mereka didorongkan supaya aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti
pembelajaran mereka.

Guru adalah meupakan seorang pemandu kepada segala aktiviti pembelajaran,
kebanyakkannya dijalankan dalam kumpulan. Kaedah pembelajaran secara kumpulan seperti
lawatan, permainan berkumpulan atau main peranan menjadi pilihan dalam pelajaran strategi
pemusatan kanak-kanak atau murid. Dengan strategi pengajaran ini, kedua-dua guru dan murid
adalah bebas, kanak-kanak boleh menyatakan pendapat mereka tanpa disekat guru. Strategi ini
malah sifat-sifat sosial yang baik dan berpositif contohnya bantu membantu, bekerjasama dan
bertolak ansur di kalangan kanak-kanak adalah sangat diutamakan.

Demi menyokong perkembangan emosi kanak-kanak yang berpositif adalah kita sebagai guru
mesti sentiasa belajar kemahiran baru demi faham akan masalah emosi kanak-kanak dan
berkesan dalam segala bantuan yang diberikan kepada mereka. Interaksi antara kanak-kanak
berlainan juga dapat menyokong kemahiran membina hubungan persahabatan mereka, oleh itu
kanak-kanak digalakkan berkawan dalam kelas supaya dapat membina emosi yang positif dan
memupuk semangat mereka suka datang ke tadika mahupun prasekolah.

Selain itu, guru dan kanak-kanak berkomunikasi secara 2 hala juga akan stabil suasana emosi
kanak-kanak. Oleh itu, guru mesti selalu bercakap dan mendengar apa yang disampaikan oleh
kanak-kanak supaya mereka akan rasa senang memberitahu guru tentang apa yang sedang
dihadapi mereka. Disamping itu, guru juga perlu mengelakkan penggunaan bahasa kasar
supaya kanak-kanak berani dalam memberitahu fikiran dan emosi mereka sedang hadapi.

Selain daripada peranan guru, kanak-kanak perlu aktiviti pembelajaran lain untuk menyumbang
kepada perkembangan sosial emosi mereka. Contohnya kanak-kanak akan cuba cara makan
makanan dan minum air sendiri, ke tandas, memakai baju dan lain-lain lagi. Manakala kanak-
kanak akan membina keyakinan diri dengan cuba berdikari dan meneroka persekitaran yang ada
serta belajar sesuatu baru dalam kehidupan harian mereka.

8

PAKK2333D 2021311380016

Oleh itu, aktiviti pengajaran seperti belajar melalui bermain juga akan menyumbangkan kepada
perkembangan positif sosial emosi seseorang kanak-kanak. Contohnya permainan
berkonsepkan main peranan seperti melayan pelanggan atau bermain secara berpasukan.
Dengan aktiviti bermain sambil belajar ini, kanak-kanak akan rasa seronok dan belajar tanpa
tekanan cara-cara perhubungan sosial antara rakan.

Disamping itu, akativiti bermain sambil belajar juga akan memberi peluang kepada murid-murid
untuk belajar cara bantu-membantu, saling menegur dan berkomunikasi dengan orang lain.
Contohnya, apabila keadaan kanak-kanak menghadapi wang tidak cukup untuk semasa ingin
membeli sesuatu, maka kanak-kanak akan cuba berbincang bersama rakan untuk berkumpulkan
wang secukupnya.

Adalah tidak dapat dinafikan belajar melalui bermain sangat berkesan dalam perkembangan
sosioemosi kanak-kanak supaya mereka akan cepat faham akan emosi diri sendiri, ia juga akan
bantu dalam membina emosi yang baik, cara betul dalam bersosial dan membina keyakinan diri
dalam segala cabaran hidup. Disamping itu, mereka akan belajar nilai murni seperti
mengamalkan sikap bertolak ansur semasa ingin membeli barang dan mengeluarkan wang
dengan apa telah dipersetujui bersama.

9

PAKK2333D 2021311380016
6 RPH Mengenali Emosi Sendiri Secara Digital

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh/Hari : 8hb April 2022 / Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 8.50 pagi (50 minit)
Kelas : 6 Hijau
Bilangan Murid : 10 0rang kanak-kanak
Modul : Asas
Tema : Perasaan dan Emosi
Subtema : 1) Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri
Tunjang : Tunjang Ketrampilan – Perkembangan Sosioemosi
Standard Kandungan : 1) Mengenali Emosi Sendiri
: 2) Menceritakan pengalaman emosi yang
melibatkan perasaan seperti gembira, sedih, takut, marah
: 3) Mengenal pasti dan bercerita tentang jenis-jenis emosi gembira,
sedih, takut dan marah
: 4) Menyatakan emosi mengikut situasi

Objektif Pengajaran : Di akhir sesi pengajaran kanak-kanak 5 dapat :-
1) Meluahkan perasaan emosi seperti gembira, sedih, takut

dan lain-lain
2) Mengenal jenis-jenis emosi gembira, sedih, takut dan

marah dengan bantuan video pendidikan
3) Memupuk perasaan suka datang ke tadika/sekolah

Alat Bantu Mengajar (ABM) : 1) Komputer 2) Telefon bimbit pintar 3) Projektor
4) pembesar suara 5)papan hitam(black coloured board)

Nilai Murni Dipelajari: Suka dan mahu bekerjasama secar berkumpulan, ingin
tahu lebih, berkeyakinan dan suka tolong menolong
sesama rakan

10

PAKK2333D 2021311380016

LANGKAH/MASA AKTIVITI GURU AKTIVITI KANAK-KANAK CATATAN

Set Induksi 1.Guru mengucapkan 1. Murid-murid mendengar Penyoalan
(5 minit) selamat pagi kanak- ucapan guru dan menjawab ditujukan
kanak dengan soalan guru dengan ceria kepada
senyuman (emosi yang individu murid
positif) dan yang datang
memberitahu tarikh hari awal ke
ini kepada mereka. sekolah

2.Guru bertanyakan 2. Kanak-kanak Stategi
khabar serta menjawab pertanyaan guru. pengajaran:
mengajukan beberapa - baik Pemusatan
soalan kepada kanak- - Saya sudah mandi Murid
kanak. - Saya rasa gembira
- Apa khabar? - Saya suka datang ke
-Suka datang ke sekolah sebab saya ada
sekolah? kawan baik.
-Sudah mandi dan - Lain-lain lagi
bersarapan pagi?
-Rasa gembirakah?
Dan lain-lain soalan
yang berkaitan

Langkah 1 1. Guru menggunakan 2. Semua kanak-kanak ABM: Projektor
(5 minit) projektor dan meminta menyanyi dengan gembira dan video
semua kanak-kanak dan menari mengikut video youtude
menyanyi mengikut lagu tersebut (Alat digital)
Video Youtude lagu
bertema “ Kalau Rasa Strategi
Gembira” (Didi & pengajaran:
Friends) Pemusatan
Bahan dan
Mrid

11

PAKK2333D 2021311380016

Langkah 2 1. Guru 1. Murid melihat ABM: Papan hitam,
15 Minit menggunakan “video” – Emosi saya. Projektor dan video
projektor dan youtude
(Alat digital)
memulakan
Pembelajaran Strategi pengajaran:
Pemusatan Bahan
menggunakan dan Murid
Video Youtude
Bertema “Emosi
Saya”

2. Guru turut 2. Kanak-kanak rasa
bertanya bersama
kanak-kanak tentang gembira dengan
soalan-soalan di
video youtude. segala pembelajaran
Contohnya:
- Apakah perasaan video youtude yang
anda?
- Kenapa sedih? penuh dengan warna
- Kenapa gembira?
- Kenapa rasa takut? menarik dan suka

Dan lain-lain lagi menjawab soalan

yang dituju oleh guru

3. Guru mengajak 3. Kanak-kanak turut
kanak-kanak membuat latihan
membuat latihan dengan mengikutkan
bersama-sama iaitu video youtude dan
berpandankan merasa sangat
gambar dengan seronok dengan
perkataan perasaan video pembelajaran
iaitu gembira, sedih, tersebut
takut, marah dan lain-
lain dalam BM dan
Inggeris

12

PAKK2333D 2021311380016
Langkah 3
20 minit 1. Guru telah membawa 1. Kanak-kanak rasa ABM: Komputer dan
kanak-kanak ke bilik ceria apabila laman web online
Penutup komputer supaya kanak- berpeluang keluar dari (Alat digital)
(5 minit) kanak boleh memainkan bilik darjah dan
permainan dalam bermain permainan Strategi
komputer secara online komputer di bilik pengajaran:
komputer Pemusatan
2. Guru telah Bahan/Sumber
membukakan permainan 2. Kanak-kanak
komputer bertajuk “ My belajar menggunakan
pets” atau “ Kucing tertikus komputer
ternakan saya” kepada untuk memainkan
murid-murid permainan tersebut
dengan memberikan
kucing ternakan
makanan, minuman
dan menjaga
kebersihan kucing itu

1. Guru mengimbas 1. Kanak-kanak Acara sesi imbas
kembali sesi mendengar dengan kembali pengajaran
pembelajaran penuh perhatian dan dan pembelajaran
memberi tindak balas sambil mendengar
2. Guru bersoal dengan menjawab refleksi kanak-kanak
jawab dengan kanak- apa yang ditanya
kanak sambil guru. Strategi pengajaran:
menanyakan murid faham berpusatkan murid
atau tidak dengan 2. Kanak-kanak akan
pembelajaran dan apakah rasa gembira dan
perasaan mereka bersemangat apabila
menjawab guru apbila
mempunyai
pengetahuan sedia
ada tentang emosi
positif

13

PAKK2333D 2021311380016

Refleksi Guru:
Dalam pembelajaran harian ini, walaupun persediaan yang agak merumitkan apabila melibatkan
pencarian pelbagai jenis video dan penggunaan pelbagai alat digital, akan tetapi semangat kuat
dan kesangguhan serta ketabahan amat saya perlukan untuk menyempurnakan tugasan satu ini.
Saya menerima tugasan ini sebagai cabaran hidup agar saya akan menjadi seorang guru yang
berinovasi dalam zaman digital ini.
Kesemua kanak-kanak dalam kelas Hijau ini telah berusaha dalam pelajaran dan rasa seronok
serta bergembira dalam suasana bermain sambil belajar ini. Saya berharap segala persediaan
saya adalah cukup baik dan saya akan mencapai hasrat untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti lebih baik pada masa akan datang. Saya berasa murid sungguh bersemangat apabila
sudah memahami pelajaran dan mereka telah mengakui begitu seronok dengan pembelajaran
ini sebab tidak bosan dan dapat belajar sambil menyanyi dan bermain secara berkumpulan.

Refleksi Kanak-kanak:
Biarpun kurang kemahiran hendak menyampaikan perasaan gembira dalam hati mereka namum
mereka menunujukkan muka senyum dan mengakui bahawa mereka rasa seronok dalam
pembelajaran ini dan rasa suka datang ke sekolah sebab mempnyai kawan dan bermaksud
kanak-kanak dalm kelas ini telah cuba mengembangkan emosi yang baik dan positif diantara
rakan-rakan.

Rujukan:
https://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/strategi-pengajaran
https://issuu.com/tchrnida/docs/strategi_dan_kbat
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/padah-covid-19bantu-perkembangan-
sosial-dan-emosi-kanak-kanak
Video Youtude :TEMA EMOSI SAYA (PRASEKOLAH)
Video Yotude: Lagu Kanak Kanak | Kalau Rasa Gembira | Didi & Friends

14


Click to View FlipBook Version