1 JABATAN ILMU PENDIDIKAN PENULISAN Nama Pelajar : AHMAD NOR AIMAN BIN AHMAD NORZAINI Angka Giliran : 2022174200022 No Kad Pengenalan : 980719-05-5675 Kumpulan / Unit : DS2-4 Kod Kursus : EDUP2132 Nama Kursus : PROFESIONALISME KEGURUAN Nama Pensyarah : PUAN SALMAWATI BINTI MOHD DIAH Tarikh Hantar : 14 MAC 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 14 Mac 2023 Ahmadnoraiman Komen Pensyarah Markah Penulisan Akademik INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, 56000 KUALA LUMPUR
2 ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN ........................................................................................................ 3 2.0 CIRI-CIRI GURU PROFESSIONAL DAN IMPAKNYA TERHADAP AKAUNTABILITI KEPADA MURID ................................................................................................................... 4 2.1 Guru Yang Adil ............................................................................................................ 4 2.2 Guru Yang Mahir Dalam Teknologi Maklumat Terkini .................................................. 5 2.3 Guru Yang Memahami Kandungan Kurikulum ............................................................. 5 2.4 Guru Yang Beretika Dan Bermoral Tinggi .................................................................... 6 3.0 TEORI PERKEMBANGAN GURU (TEORI TROTTER 1986) .......................................... 7 4.0 PERANAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA ............................................................................................... 8 4.1 Peringkat 1 Novis (Sekitar 1 Tahun Berkhidmat) ......................................................... 8 4.2 Peringkat 2 Novis Lanjutan (Sekitar 3 Tahun Berkhidmat) ........................................... 8 4.3 Peringkat Cekap (Sekitar 5 Tahun Berkhidmat) ........................................................... 9 4.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun) ............................................................................. 9 4.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 Tahun) ........................................................................... 10 5.0 KESIMPULAN ............................................................................................................... 11 6.0 RUJUKAN ..................................................................................................................... 12
3 1.0 PENDAHULUAN Guru merupakan nadi utama rakyat di sesebuah negara sebagai sumber penyerapan ilmu yang utama. Selain membentuk masyrakat madani yang berilmu, guru juga bertanggungjawab di dalam proses pembangunan manusia yang ampuh dari segi kognitif dan afektif. Selain daripada berbicara mengenai kualiti guru, elemen professional juga perlu di ambil kira. Professional pada dasarnya ialah suatu sikap tanggungjawab ketika menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tidak mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak melanggar etika pekerjaan (Zakaria et al., 2021). Di dalam konteks profesionalisme keguruan, ia boleh dimaksudkan dengan sikap dan nilai guru di sekolah semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, cara-cara yang diaplikasikan di dalam kelas turut mempengaruhi sikap murid dari segi penerimaan dan kefaham murid. Menurut (Wee & Ambotang, 2021) , sesorang guru itu haruslah sentiasa berusaha meningkatkan mutu kaedah pengajaran dengan cara yang lebih kreatif supaya ilmu yang disampaikan dapat difahami oleh murid di sekolah seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid itu sendiri. Oleh yang demikian, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan telah menggariskan sebuah standard dan sistem piawai iatu Standard Guru Malaysia (SGM) pada tahun 2009. Standard ini telah menjadi satu kayu ukur bagi para guru di Malaysia dalam menjalankan tugas dengan penuh etika dan cermat. Apabila sesorang guru itu mempunyai gerak kerja yang positif dan sihat, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemenjadian murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4 2.0 CIRI-CIRI GURU PROFESSIONAL DAN IMPAKNYA TERHADAP AKAUNTABILITI KEPADA MURID Kemenjadian sesorang guru itu bukanlah terletak pada kebolehan mengajar murid dan melahirkan murid yang cemerlang dari segi pencapaian akademik, malah ia menjangkau pelbagai segenap aspek kehidupan insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan akhlak. Oleh yang demikian, proses pembentukan modal insan yang bergelar murid ini dipengaruhi oleh kewibawaan dan akauntabiliti guru professional yang mampu memberi impak positif terhadap murid. Antara ciri – ciri guru professional ialah: 2.1 Guru Yang Adil Sesorang guru mestilah bersikap adil dan saksama kepada semua murid di sekolah tanpa mengira latar belakang bangsa dan sosioekonomi murid. Dari segi konteks adil itu sendiri, ia boleh dimaksudkan dengan tindakan yang saksama dan tidak menyebelahi mana mana pihak. Contohnya, guru hendaklah peka terhadap murid-murid yang lemah dan memerlukan langkah intervensi daripada guru. Hal ini kerana, tahap kognitif murid adalah berbeza secara individu. Impak akauntabiliti guru yang adil terhadap murid adalah dapat mewujudkan sifat hormat menghormati dan menyayangi antara satu sama lain di dalam kelas. Elemen nilai murni ini juga dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, guru yang adil juga dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam kelas. Hal ini kerana, murid akan meletakkan stigma positif bahawa guru ini tidak akan berkompromi di dalam hal pelanggaran disiplin. Oleh yang demikian, perasaan hormat terhadap guru tersebut akan meningkat di kalangan murid. Jika seseorang guru itu tidak saksama dalam melayani murid muridnya di dalam kelas, ia akan memberi kesan negatif terhadap proses perkembangan murid itu sendiri(Marnizam & Ali, 2021). Contohnya, pada hari ini isu pemberian tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) yang tidak adil sedang hebat dibicarakan di kalangan ibu bapa. Hal ini kerana, ada di antara warga pendidik yang tidak mengenali murid di dalam kelas secara keseluruhan. Oleh yang demikian, bagi mengelak isu ini berlaku, guru haruslah mempunyai eviden prestasi murid itu sendiri. Contohnya, segala latihan, penghantaran buku, sikap murid di dalam kelas dan pencapaian murid perlu direkod di dalam fail guru. Melalui sistem perekodan yang sistematik ini dapat membantu guru menilai murid dengan adil dan saksama.
5 2.2 Guru Yang Mahir Dalam Teknologi Maklumat Terkini Guru yang professional ialah guru yang sentiasa meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). KPM melalui pelaksanaan Didik TV merupakan satu platform digital pembelajaran bagi menarik minat murid untuk belajar secara digital. Hal ini kerana, murid-murid pada hari ini lebih gemar dengan penggunaan gajet seperti tablet, telefon pintar dan juga komputer riba. Menurut Salleh et al., (2015) murid akan lebih memahami sesuatu kandungan ilmu melalui pendekatan teknologi yang menarik. Contohnya, guru boleh menggunakan projektor sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Set induksi seperti permainan interaktif ringkas dapat menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas. Guru yang memanfaatkan penggunaan teknologi digital dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dan menyeronokkan. Pembelajaran juga tidak akan tertumpu kepada pemusatan guru sahaja. Murid akan lebih aktif dan pengalaman mereka menggunakan ICT dapat dimanfaatkan. Contohnya, apabila guru sedang bicarakan tentang reka bentuk 3 dimensi, murid-murid dapat mereka bentuk ini dalam aplikasi photoshop atau canva secara terus. Hasilnya, ia dapat meningkatkan tahap kognitif murid itu sendiri (Ismail et al., 2021). Sebagai seorang pendidik, kita haruslah berusaha meningkatkan pengetahuan kita di dalam bidang ICT dengan menyertai bengkel atau seminar online berkaitan pembelajaran pembelajaran digital. Memetik tinjauan daripada Astro Awani, 41.7% guru menghadapi cabaran semasa melaksanakan PDPR. Hal ini kerana ada di kalangan guru yang tidak mahir menggunakan aplikasi seperti Google Meet dan Google Classroom. Oleh yang demikian, pelaksanaan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik semasa PDPR dan ramai murid tertinggal dari segi pembelajaran mereka. Justeru itu, guru yang professional akan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran teknologi maklumat bagi menyampaikan kandungan dengan berkesan. 2.3 Guru Yang Memahami Kandungan Kurikulum Guru abad ke-21 haruslah memahami isi kandungan kurikulum dengan baik. Perkembangan pendidikan terkini mestilah difahami oleh setiap guru. Hal ini termasuklah kesediaan guru dari segi penyampaian bahan pengajaran dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran perlu dititkberatkan oleh semua guru (Fatmawati et al., 2021). Dalam erti kata lain, guru mestilah mengaitkan isi kandungan dengan isu-isu semasa terkini. Contohnya,
6 semasa mengajar tentang gaya hidup sihat, guru haruslah memberikan fakta dan peratusan berkaitan penyakit merbahaya di Malaysia seperti obesiti. Pengetahuan kurikulum yang baik oleh guru dapat membantu murid memahami isi pelajaran yang dipelajarinya. Selain itu, murid juga dapat memanfaatkan ilmu tersebut di dalam kehidupan seharian mereka seterusnya menggalakkan proses pembelajaran sepanjang hayat yang disarankan oleh KPM. Jika guru tidak memahami isi kandungan pelajaran, ia akan membantutkan proses penyampaian guru itu sendiri seterusnya prestatsi murid juga akan menurun. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap kurikulum amat penting bagi setiap guru. Guru boleh melakukan pembelajaran kendiri bagi meningkatkan pengetahuan sedia ada. Penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang baik dapat dijadikan panduan bagi membantu guru untuk melaksanakan PDPC yang berkesan. 2.4 Guru Yang Beretika Dan Bermoral Tinggi Penerapan dan pengamalan etika moral yang tinggi mestilah ditonjolkan oleh semua guru di sekolah agar dapat dijadikan suri tauladan yang baik kepada murid. Hal ini kerana tanggungjawab guru bukan sahaja melaksanakan PDPC di dalam kelas, bahkan guru juga merupakan agen penting dalam pembentukan ahlak anak-anak di sekolah. Contohnya, guru yang gemar memakai pakaian yang kemas akan menjadi ikutan kepada murid yang lain. Selain itu, perwatakan guru yang positif dan ceria membuatkan murid berasa selesa untuk menjalani pembelajaran di dalam kelas. Impak terhadap akauntabiliti guru yang mengamalkan nilai murni dapat diterjemahkan melalui perwatakan murid di dalam kelas. Seseorang guru yang bermoral tinggi akan sentiasa memotivasikan murid mereka untuk mengembangkan potensi diri. Jika guru itu kerap bermain telefon semasa berada di dalam kelas, murid akan berpandangan bahawa guru tidak berminat untuk mengajar mereka. Memetik coretan digital daripada Azuar Fahmi yang bertajuk ‘Sikap guru 'gila konten' tidak beretika, langgar profesionalisme’ telah mencemarkan imej seorang guru. Seorang guru tidak seharusnya menggunakan sosial media sebagai wadah untuk mencari populariti. Justeru itu, guru wajib menjaga etika keguruan supaya profesion ini tidak akan dipantang enteng oleh masyarakat.
7 3.0 TEORI PERKEMBANGAN GURU (TEORI TROTTER 1986) Teori perkembangan guru yang diperkenalkan oleh Trotter 1986 telah menggariskan bahawa terdapat lima peringkat perkembangan guru bermula dengan peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Setiap peringkat yang dinyatakan, sesorang guru itu perlu melaksanakan berberapa perkara penting demi memastikan tahap profesionalisme guru itu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Justeru itu, guru yang berada di peringkat tersebut perlu menonjolkan potensi diri dalam profesionalisme dan kemahiran guru itu sendiri. Peringkat perkembangan guru adalah seperti dalam rajah 1. Rajah 1: Peringkat Perkembangan Guru Trotter 1986
8 4.0 PERANAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA 4.1 Peringkat 1 Novis (Sekitar 1 Tahun Berkhidmat) Ini merupakan peringkat pertama sesorang itu bergelar guru. Di sini, guru novis akan mula mempelajari cara mengajar, mempelajari konsep dan peraturan asas pengajaran. Konflik yang akan mula berlaku apabila guru masih tidak dapat memahami tugas harian seorang guru. Walau bagaimanapun, guru novis dapat membuat satu peta kognitif asas tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Perguruan Malaysia dan juga universiti tempatan yang lain. Selain itu, bagu guru novis yang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Perguruan juga perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang bertujuan untuk mengenali suasana sekolah termasuk peranan guru di bilik darjah serta aktiviti sekolah yang lain seperti sukan dan kokurikulum. Melalui PBS, ia dapat membantu guru baharu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, mengumpul maklumat tentang sekolah serta memahami budaya dan persekitaran sekolah itu sendiri. Jika guru tidak mempelajari konsep asas perguruan serta memahami budaya pendidikan, ia akan membantutkan pengalaman kognitif individu tersebut untuk mengajar di dalam kelas kerana tidak mempunyai ilmu dan pengalaman asas sebagai seorang pendidik. 4.2 Peringkat 2 Novis Lanjutan (Sekitar 3 Tahun Berkhidmat) Setelah melengkapkan peringkat 1, para guru novis akan bergerak ke arah novis lanjutan. Pada peringkat ini guru akan menambahkan kefahaman fakta dalam bentuk amali berkaitan konsep PDPC itu sendiri. Pengalaman awal semasa latihan praktikum dapat membantu guru membina keyakinan diri dalam penyampaian ilmu. Pada fasa ini, guru novis lanjutan akan kerap menyertai Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Konsep pembelajaran ini merujuk kepada Kerjasama kolaboratif para guru dan pentadbir di sekolah berkongsi idea dan membuat inkuiri secara berterusan demi kemenjadian murid di sekolah tersebut (Choo, 2020). Terdapat pelbagai alat atau cara pelaksanaan PLC. Contohnya, peer coaching dapat membantu guru membuat refleksi tentang kaedah pengajaran mereka. Peranan rakan guru yanglain akan membuat pemerhatian dan memberi penambahbaikkan jika perlu. Selain itu, PLC juga boleh dijalankan melalui ‘problem solving group’ di mana sekumpulan guru kecil duduk bersama dan membincangkan tentang masalah serta jalan penyelesaian yang terbaik. Kerjasama dan kewibawaan guru-guru dalam mewujudkan komuniti pembelajaran melalui
9 PLC dapat mendukung prinsip pembelajaran sepanjang hayat dan merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang cemerlang. 4.3 Peringkat Cekap (Sekitar 5 Tahun Berkhidmat) Pada peringkat ini, guru sudah lebih memberikan fokus secara menyeluruh kepada pembelajaran murid. Guru juga telah memahami prinsip dan konsep pembelajaran serta mampu mengawal segala isu berbangkit dalam pelbagai situasi di dalam kelas. Hal ini kerana, guru telah mahir dalam mengamalkan kaedah pengajaran untuk semua tahap muridnya. Guru yang cekap akan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah muridnya dari segi disiplin dan akademik. Pada peringkat ini, guru cekap akan didedahkan dengan kursus tambahan seperti pengurusan panitia, kokurikulum dan juga kursus unit beruniform. Melalui pelaksanaan kursus ini, guru akan bertambah cekap dalam pengurusan akademik dan juga kokurikulum. Melalui ilmu dan pengalaman sedia ada guru, ia dapat memberikan manfaat yang baik kepada peningkatan pencapaian kokurikulum dan kukurikulum di sekolah. Selain itu, guru cekap juga perlu melaksanakan kajian tindakan dan dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing masing mengikut keperluan. Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan ringkas yang dilaksanakan oleh guru terpilih di sekolah. Objektif program ini dapat meningkatkan amalan penyelidikan di kalangan guru seterusnya pembelajaran sepanjang hayat itu sendiri dapat diterapkan. 4.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun) Kebiasaanya, pada peringkat ini guru mahir akan sentiasa diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar. Hal ini kerana guru telah memantau perkembangan murid itu sejak tingkatan satu hingga selesai tingkatan lima. Guru tersebut juga merupakan role model dan contoh yang baik kepada murid dan guru lain di sekolah. Pada peringkat ini juga guru mempunyai pengalaman yang luas serta dapat menyusun maklumat dari mudah ke kompleks bagi memudahkan murid menerima kandungan tersebut. Bagi mendukung prinsip pembelajaran sepanjang hayat, guru-guru pada peringkat mahir kebiasaanya telah menjadi medium rujukan sekolah sekolah lain dari segi penandaan kertas dan teknik menjawab soalan di daerah tersebut. Walaubagaimana pun, guru mahir akan menjalani seminar atau bengkel penandaan kertas, bengkel pemantapan kurikulum yang dianjurkan oleh PPD atau KPM sendiri. Boleh dirumuskan, pada peringkat mahir ini, guru yang berpengalaman akan menjadi panel penanda kertas subjek Sijil Pelajaran Malaysia dan juga penceramah bagi bengkel menjawab soalan. Hal ini selari dengan tuntutuan pembelajaran sepanjang hayat yang dituntut oleh KPM bagi melahirkan guru yang sentiasa berusaha menuntut ilmu dari semasa ke semasa.
10 4.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 Tahun) Menurut Trotter (1986), peringkat ini guru dapat menangani maklumat yang banyak dan mempunyai gaya pengajaran yang lancar. Guru juga cenderung berautoriti dalam profesionnya. Idea dan pandangan guru pakar ini kebiasaanya akan diterima dalam perubahan polisi pendidikan di sekolah mereka. Pada peringkat ini, guru pakar akan mula menyertai kursus kepimpinan intruksional yang dikelolakan oleh PPD dan KPM. Peringkat ini juga akan memberikan guru pengalaman dan peluang untuk menjadi pentadbir di sekolah seperti Guru Penolong kanan. Oleh yang demikian, mereka akan diberikan kursus khas seperti pengurusan murid, kokurikulum dan juga pengurusan akademik. Lain pula bagi mereka yang layak untuk menjadi guru besar atau pengetua sekolah, mereka perlu mengambil program kursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki. Kursus ini bertujuan bagi persediaan calon guru besar dan pengetua bagi menguruskan sekolah dengan baik. Pada hari ini, kursus ini bukan sahaj menilai dari segi kognitif calon, malah mereka juga harus sihat dari segi fizikal dan jasmani bagi menjadi calon kursus tersebut. Kursus ini dapat menjadi wadah bagi pengeluaran produk kepimpinan profesional yang baik serta mampu menyelesaikan segala isu yang berbangkit di sekolah calon tersebut (Hussin et al., 2021).Hal ini jelas, proses pembelajaran sepanjang hayat sentiasa berlaku tidak kira peringkat sesorang guru itu berada.
11 5.0 KESIMPULAN Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang mulia di sisi agama. Jasa dan bakti seorang guru yang melahirkan anak anak bangsa yang berilmu, beriman dan menerapkan amalan murni di dalam kehidupan harus dipandang tinggi oleh masyarakat sejagat. Konflik dan isu pelanggaran etika saslah laku guru tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat menjejaskan cerminan seorang guru. Profesion yang mulia ini tidak boleh dipegang oleh individu yang tidak mempunyai etika dan nilai murni yang baik. Hanya mereka yang mempunyai jiwa, keterampilan, minat, iltizam, kewibawaan dan kualiti sahaja yang mampu menggalas tanggungjawab ini. Guru di ibaratkan sebagai lilin yang menerangi murid murid harus bersedia dalam apa sahaja cabaran masa kini. Seagai seorang guru kita harus memegang erat prinsip etika perguruan di mana sahaja berada. Guru pada hari ini harus sentiasa berusaha mempelajari ilmu baharu bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam apa sahaja kemahiran. Hal ini kerana guru yang baik sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian murid dengan memperagamkan pelbagai gaya pembelajaran serta Teknik menjawab yang berkesan. Ilmu yang bermanfaat akan sentiasa memberi kebaikan kepada diri sendiri, murid dan masyrakat yang lain. Oleh yanag demikian, pembelajaran sepanjang hayat ini sangat penting bagi semua guru dalam membentuk peribadi yang berilmu pengetahuan tinggi.
12 6.0 RUJUKAN bin Hussin, A., Rahaimi bin Haji Yaacob, M., bin Si Harun, M., binti Jusoh, R., binti Md Yassin, Z., binti Zakaria, A., binti Yusoff, N., Yon Foi, L., bin Ibrahim, S., binti Zulkernain, F., Bibi binti Abdullah, J., Subramaniam, S., & binti Husien, M. (2021). The Impact of National Professional Qualification for Educational Leaders Program (NPQEL 2.0) on School Leaders. Management Research Journal, 10, 66–81. https://doi.org/10.37134/mrj.vol10.sp.6.2021 Choo, Y. B. (n.d.). Penggunaan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam Perubahan Guru Melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah Rendah Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/338924023 Fatmawati, I., Guru Sejarah MAN, Sp., & Kediri, K. (n.d.). Peran Guru Dalam Pengembangan Kurikulum Dan Pembelajaran. http://ejournal-revorma.sch.id Ismail, S., Saad, R., Adawiyah, N., Radzi, A., Idris, N. A., Emellia, N., & Aziz, M. (2021). Ulwan Special Issue II: Wanita dan Kesejahteraan Ummah Jilid 6 (Bil.2). Marnizam, F. I., & Ali, S. R. (2021). Evaluation of The Implementation of Classroom Assessment (PBD) Among Primary School Mathematics Teachers. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 81. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.2.7.2021 Salleh, N. S., Din, R., Hamdan, A., Kamsin, I. F., Abdul Manaf, S. Z., Karim, A. A., & Ahmad, M. (2015). Pembudayaan literasi ict dalam kalangan pelajar orang asli menerusi persekitaran pembelajaran peribadi. In Journal of Personalized Learning (Vol. 1, Issue 1). Wee, F. Y., & Ambotang, A. S. (2021). DIFFERENCES IN THE LEVEL OF PROFESSIONALISM OF FORM SIX TEACHERS BASED ON SELECTED DEMOGRAPHICS. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(40), 49–59. https://doi.org/10.35631/ijepc.640004 Zakaria, I., Mat Yasim, J., Yaman, M., Nazir, J., & Pendidikan Malaysia Mohamed Yusoff Mohd Nor, K. (2021). HUBUNGAN DAN PENGARUH PROFESIONALISME GURU TERHADAP KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN. In ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACERJ) (Vol. 4, Issue 2).