The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCA MERDEKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidaaiffahm, 2021-10-23 00:50:33

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCA MERDEKA

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCA MERDEKA

SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

isi kandungan

Pengenalan
Peranan Pejabat Karang Mengarang
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB)
Peranan ASAS 50

PENGENALAN: PRAMERDEKA

1.Merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa Melayu
klasik dengan zaman bahasa Melayu moden

2.Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat sebelum merdeka.

3.Pegawai Inggeris minat terhadap bahasa Melayu dan
membuat kajian, antaranya R.O Winstedt, R.J. Wilkinson, O.T.
Dussek dan W. Marsden.

4.Usaha mengembangkan bahasa Melayu turut dilaksanakan
oleh tokoh tempatan iaitu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi,
Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd. Said, dan Zainal Abidin
Ahmad berkaitan dengan persoalan bahasa, antaranya aspek
ejaan, nahu Melayu, dan bidang perkamusan.

PENGENALAN: PASCAMERDEKA

berbeza dari zaman pramerdeka dari segi dasar bahasa yang
mengubah peranan dan kedudukan bahasa Melayu kerana bahasa
Inggeris diangkat menjadi bahasa pengantar.
Para nasionalalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang akhirnya membawa
kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa
Kebangsaan) menyatakan "Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
bagi negara merdeka". Akta Bahasa Kebangsaan 1957 menyatakan
yang Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara.
Akta Pendidikan 1961 menetapkan bahasa penghantarnya ialah
Bahasa Melayu.

PERANAN PEJABAT KARANG
MENGARANG

Pejabat ini ditubuhkan pada tahun 1924 dikenali sebagai
Penerbit Universiti dan pada 1 November 2001 dikenali sebagai
Penerbit Universiti. Penubuhannya bertujuan untuk
menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan
Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua
golongan masyarakat.
Sebelum tercapainya kemerdekaan, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) belum lagi bergerak aktif dalam bidang kesusasteraan
ketika itu. Oleh itu, Pejabat Karang Mengarang di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI) memainkan peranan penting
dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.
Pendita Zaâba ialah orang yang bertanggungjawab menyuburkan
bidang bahasa dan sastera melalui Pejabat Karang Mengarang
MPSI ini.

Pejabat Karang Mengarang ini bertujuan untuk menerbitkan
hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku,
jurnal dan sebagainya.Selain itu, turut menganjurkan
bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan. Ini
membuka peluang kepada warga akademik
menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang yang
diceburi dan ia dapat mengimarahkan budaya penulisan
dalam kalangan warga universiti.
Penubuhan pejabat ini adalah atas daya usaha O.T Dussek ,
Pengetua MPSI, dan Pendita Za’ba dilantik sebagai
penggeraknya. Penubuhannya juga mendapat kerjasama
daripada R.O. Winstedt iaitu Pengarah Pelajaran Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Sebelum adanya Pejabat Karang Mengarang, penerbitan
buku-buku dikendalikan oleh pencetak-pencetak
persendirian. oleh kerana pengeluarannya tidak begitu
memuaskan maka dalam tahun 1885 sebuah percetakan
Melayu telah ditambah kepada Pejabat Percetakan Kerajaan
dengan mengambil Syed Mahmud Syed Abdul Kadri sebagai
penulis dan penterjemah di Pejabat Pelajaran Singapura.
Pengetua MPSI meminta kebenaran daripada Pengarah
Pelajaran di Kuala Lumpur supaya bahagian terjemahan
dipindahkan ke MPSI Tanjung Malim. Permintaan itu
diluluskan dan Za'ba dilantik sebagai Ketua Penterjemah.
dengan persetujuan Winstedt ia dinamakan sebagai Pejabat
Karang Mengarang Sultan Idris Training College. Lembaga
pengarah atau badan penyunting umum telah dibentuk dan
anggotanya terdiri daripada Winstedt sebagai Pengarah am
dan O.T.Dussek sebagai Pengarang.

PEJABAT KARANG MENGARANG (UPSI)

PENDETA ZA'BA

Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad (16 September
1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai seorang sasterawan
dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis
sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang
kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung
yang berjaya meletakkan dirinya sebagai tokoh terkemuka dalam
sejarah negara ini.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati
dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan
termasuk penterjemahan.
Beliau menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di
Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul
Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki
peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Zab’a memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada
tahun 1916. Beliau seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat
dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya disiarkan dalam
akhbar dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu,
Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri
monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita dan Ilmu
Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk cerita-cerita
Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.
sebagai tenaga penting di pejabat ini, Za'ba telah diberi peluang melawat
Penerbit Pustaka Indonesia untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan
dengan percetakan dan juga menambah pengetahuannya dalam bidang
penerbitan buku.
Sekembalinya dari Indonesia, Za’ba dan O.T. Dussek mencadangkan agar
pejabat tersebut mencontohi kerja-kerja penerbitan yang dilakukan oleh
Balai Pustaka, Indonesia. Antara cadangannya ialah menambah bilangan
pekerja sehingga 60 orang kerana tugas semakin banyak dan
berkembang. Banyak buku hendak diterbitkan dan memerlukan pekerja
yang banyak.

Pada tahun 1936 O.T.Dussek telah dibersarakan lebih awal kerana
bertelingkah dengan pegawai tinggi Kerajaan Pusat. Selepas ketiadaannya
pejabat ini secara perlahan-lahan menjadi semakin lemah dan tiada
ideaSemasa Perang Dunia Kedua meletus, kerja-kerja penerbitan seakan-
akan terhenti sama sekali. Selepas perang pejabat ini terpecah kepada dua
bahagian, iaitu satu di Tanjung Malim dan satu lagi berpusat di Jabatan
Pelajaran Kuala Lumpur..

Usaha untuk membesar dan memperkasakannya terbantut.

Peranannya semakin mengecil danakhirnya dibubar terus pada tahun

1957 apabila Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan dari Johor Baharu

ke Kuala Lumpur. Sejak itu peranan mengembang bahasa Melayu dan

menerbitkan buku berbahasa Melayu diambil alih oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Sehingga tahun 1957, sebanyak 44 buah buku telah diterbitkan

daripada jumlah itu 34 buah diterbitkan sebelum 1936. Tujuh

daripadanya adalah cerita kanak-kanak. Selepas perang sebanyak 24

buah telah diterbitkan, empat buah daripadanya adalah hasil daripada

peraduan mengarang anjuran Pejabat Pelajaran.

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
(PBmPB)

SEJARAH PENUBUHAN PBMPB

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) merupakan salah sebuah badan
pembinaan dan perkembangan bahasa Melayu yang telah diasaskan sebelum Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan. Negeri Johor talah mendahului negeri-negeri Malayu
lain dalam mengajar pengetahuan duniawi kepada anak-anak negerinya (M.A Fawzi
Basri: 1984, 13). Pada tahun-tahun 1850-an kerajaan Johor telah pun mempunyai
kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Pada awal tahun 1880-an, Johor mencapai
kejayaan pesat bidang pelajaran. Tidak hairanlah jika organisasi bahasa yang awal mula
bergerak di johor. PBmPB ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888 melalui usaha
murni Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan putera Abdullah Munsyi iaitu
Muhammad Ibrahim Munsyi. Mereka telah membawa satu perubahan baru dalam
memperkasakan lagi peranan bahasa Melayu dan memperjuangkan kedaulatan bahasa
Melayu. Walaupun mendapat pendidikan Inggeris, mereka mempunyai kesedaran yang
tinggi untuk sama-sama memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu melalui penubuhan
PBmPB.

Tujuan utama penubuhan PBmPB ialah untuk mengkaji dan
mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu
lebih mudah disebarkan kepada orang ramai. Usaha yang dilakukan
Abdul Rahman Andak berjaya melahirkan ramai bijak pandai
melalui perkembangan pendidikan yang akhirnya membewa
kepada masalah bagi pihak Inggeris. Bagi melaksanakan rancangan
untuk menguasai Johor, Gabenor Anderson bertindak menghasut
Sulatan Ibrahim untuk menyigkirkan Abdul Rahman Andak dengan
mencadangkan untuk menamatkan perkhidmatan beliau dengan
tawaran bayaran pencen sebanyak 1000 pounds sterling setahun
dan dihantar ke England. Perkara ini menyebabkan Abdul Rahman
Membawa diri ke London dan akhirnya meninggal dunia disana. Ini
menjadikan peranan PBmPB semakin merosot. Organisasi ini
semakin lemah sehinggalah pada tahun 1934, PBmPB dihidupkan
semula untuk kali kedua.

Antara tokoh yang bertanggungjawab
membangunkan semula pbmpb termasuklah
Mejar Dato’ Muhammad Said Sulaiman,
Dato’Awang Muda dan Mejar Musa Yusof.
Baginda Sultan Johor Juga bersetuju memberi
bantuan terutamanya daripada segi
kewangan. Persatuan ini dikurniakan gelaran
‘Diraja’ oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim
Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.
Sempena dengan itu, nama Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB)
ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan
Persuratan Buku-buku Diraja.

PERANAN ASAS 50

Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 melibatkan tokoh-
tokohnya yang terdiri
daripada : Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas,
Jimy Asmara, Masuri
SN, Mas, dan Asraf.

TUJUAN PENUBUHAN

Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan
dan kebudayaan Melayu.
Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang
untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan
dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang
belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun
1950-an.
mempelajari bidang karangan tentang sastera : seperti cerita,
lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan
peradaban Melayu.-mengubah dan mencipta perkara-perkara
di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk
disiarkan dan diterbitkan.mengatur dan mengadakan syarahan
dan perdebatan tentang segala lapangan sastera.menyatakan
sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.

TUJUAN PENUBUHAN

Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya.
Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan
yang lama. Asas 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya
di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima
pembaharuan – pembaharuan dalam bidang sastera dan
bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal
yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan
langgam sastera lama yang telah diwarisi demi untuk kemajuan
sastera dan bahasa Melayu.
.Memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan
karya sastera.
Mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-
perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.

AKTIVITI DAN
SUMBANGAN ASAS 50

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak.
Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan,
Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa
persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan
petani yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”.Penyajak ASAS
50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN. Sajak ”Nelayan,
Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam Bonda” karya Usman
Awang. Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN.
Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen.
Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan,
Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman .Cerpen ASAS 50 membawa persoalan
darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan
slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa
nil-Sarkam dan A. Samad Said. Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen “ Mekar dan
Segar dan Patah Tumbuh “ karya Keris Mas.



AKTIVITI DAN
SUMBANGAN ASAS 50

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera.
Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika
dan Utusan Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50
memperjuangkan slogan ”Seni Untuk Masyarakat” dan fungsi
kesusasteraan kepada masyarakat.Berlaku polimek antara Asraf –”Seni
Untuk Masyarakat ”dengan Hamzah ”Seni Untuk Seni” menyebabkan
Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas
dan Hamzah. Tulisan kritikan Aasas 50 ”Mencari Pembaharuan Dalam
Kesusasteraan Melayu” dan ”Esei Sastera ASAS 50 ”(Antologi Esei Kritikan
bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama)
dan ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi
bersama) karya Keris Mas.
Mempopularkan lagi bidang kesusasteraan. Tulisan-tulisan pada zaman
ASAS 50 sama ada esei, kritikan dan polimik yang berlaku telah berhasil
menyampaikan suara kesusasteraan kepada khalayak masyarakat.

Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel.
Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak
begitu cergas dan popular Persoalan utama penulisan novel ASAS 50
ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial.
Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid
Abidin) Novel “Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci,
Pelukis Muda dan Meja Bola” karya Rosmera. Novel “ Mata Intan,
Saka Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah” karya Wijaya Mala.
Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa. Penulis
ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan
mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an. Berhasil
menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak
melupakan tulisan jawi. Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf ASAS 50
menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan
III.

TAMAT


Click to View FlipBook Version