The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Latihan KBAt dan menjawab bagi mata pelajaran Sejarah SM mengikut format SPM 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arys0806, 2022-09-13 21:07:40

KBAT Sejarah SM 2022

Latihan KBAt dan menjawab bagi mata pelajaran Sejarah SM mengikut format SPM 2022

MODUL
CEMERLANG

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT)

SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH

2022

DISEDIAKAN OLEH

PANITIA SEJARAH SM
DAERAH KUALA LANGAT

1

BAB 1 : WARISAN NEGARA BANGSA

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat.

Petikan berikut berkaitan institusi beraja di negara kita.
INSTITUSI RAJA TIANG SERI KEDAULATAN NEGARA

Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi tertua dan sedia wujud dalam sistem sosial di

negeri Melayu. Sejak berabad, ia terbabit secara langsung dalam pemerintahan Tanah
Melayu dan Malaysia. Istilah ‘kerajaan’ dipercayai berasal daripada ‘Raja’. Ia
membuktikan ‘Raja’ dan ‘kerajaan’ mempunyai hubung kait rapat hingga digunakan

sebagai gelaran ketua negara ini dan ketua negeri bagi sembilan negeri mengamalkan

sistem beraja.

Menurut sistem beraja, Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan
pentadbiran negeri dibantu pembesar dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka, institusi pemerintahan beraja diteruskan
dengan beberapa pindaan, disesuaikan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan.

Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka menerima nasihat daripada menteri dan
bertindak menurut nasihat itu. Sebagai contoh, pada peringkat Persekutuan, Yang di-
Pertuan Agong (YDPA) dalam menjalankan tugas baginda hendaklah bertind[a4kmmaerknauhru] t
nasihat Kabinet.

Sumber : [email protected]

Institusi beraja merupakan satu warisan yang wajar dipertahankan. [8 markah]
Beri hujah anda.

Contoh Jawapan Aras 4 :
- institusi tertua di negara negara kita
- warisan turun temurun sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
- lebih sesuai dengan sistem sosial di negara kita
- pelindung semua rakyat Malaysia
- kuasa tertinggi yang melindungi kedudukan orang Melayu dan bumiputera/ hak
- istimewa orang Melayu
- memelihara kepentingan sah kaum lain
- raja sebagai ketua negara
- menjadi lambang perpaduan rakyat pelbagai kaum
- raja merupakan tonggak dan keutuhan negara
- lambang kedaulatan negara
- raja menjadi tumpuan taat setia rakyat
- mengekalkan keharmonian antara kaum
- memelihara kedudukan agama Islam
- raja sebagai Ketua Agama Islam

(Mana-mana jawapan munasabah)

2

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Gambar berikut berkaitan lambang negara kita.

Berdasarkan gambar di atas, huraikan kepentingan lambang tersebut terhadap rakyat

Malaysia. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- membezakan negara kita dengan negara lain
- sebagai identiti negara
- mengukuhkan imej negara
- lambang kemerdekaan negara
- meningkatkan semangat patriotik
- menimbulkan rasa bangga terhadap negara
- simbol perpaduan negara
- simbol kedaulatan negara
- simbol kemegahan negara
- simbol taat setia kepada negara dan raja
- digunakan dalam istiadat dan majlis rasmi
- memupuk semangat bersyukur
- meningkatkan jati diri bangsa dan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-Undang

Petikan berikut berkaitan pentadbiran di negara kita.

PUTRAJAYA : Wawasan adalah usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang
berterusan membangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi yang adil dan
inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga
mewujudkan keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030.

Dr. Mahathir turut menekankan bahawa pengenalan wawasan serta dasar tidak akan
tercapai kecuali sistem pentadbiran bersama mendukung dan menyokong usaha-
usaha itu.

Beliau berkata, salah satu bencana paling besar kepada negara ialah gejala rasuah
dan ia turut membabitkan perkhidmatan awam.

Sumber:https://www.bernama.com.my/2019/09
3

Jelaskan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :

- merancang pentadbiran yang sistematik
- mengelakkan pengaruh rasuah
- mengutamakan kepimpinan yang berwibawa
- mengelakkan negara daripada ancaman luar
- negara kekal merdeka / berdaulat
- memajukan dan membangunkan negara
- kemajuan dalam semua bidang ekonomi dan sosial
- menggalakkan kemasukan pelabur asing
- mampu meningkatkan taraf hidup
- mewujudkan keharmonian dan kestabilan negara
- mengelakkan campur tangan kuasa luar
- mengatasi ancaman luar

(Mana-mana jawapan munasabah)

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat

Pepatah berikut berkaitan pemerintahan diraja.

Raja Adil Raja Disembah
Raja Zalim Raja Disanggah

Sumber : https://www.researchgate.net/publication/318306581

Berdasarkan pepatah di atas, mengapakah hubungan baik antara pemerintah dengan

rakyat perlu dipupuk sehingga kini?

Beri hujah anda. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- menjamin kesejahteraan / keharmonian
- rakyat patuh / taat kepada pemerintahan
- pemerintah menjaga keselamatan / kesejahteraan rakyat
- menunjukkan ketaatan kepada pemerintah
- penentangan / pemberontakan dapat dielakkan
- kedaulatan raja terpelihara
- sanggup berkorban demi negara
- membangun dan memajukan negara
- rakyat membayar cukai / sistem kerah
- pemimpin perlu mengotakan janji kepada rakyat
- rakyat mengumpul tenaga untuk sistem kerah
- rakyat berkhidmat kepada raja
- membina istana / jalan raya

(Mana-mana jawapan munasabah)

4

BAB 2 : KEBANGKITAN NASIONALISME
2.1 Maksud Nasionalisme

Teliti poster berikut.

Berdasarkan poster di atas, huraikan langkah-langkah memupuk semangat cintakan

negara dalam kalangan rakyat Malaysia. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- memelihara keselamatan negara bersama-sama
- menyertai pasukan sukarelawan
- mempertahankan keamanan negara
- elakkan perbalahan antara kaum
- kempen mencintai / sayangi negara
- dipupuk dalam mata pelajaran sejarah
- menyertai sambutan hari kemerdekaan
- contohnya menyertai upacara perarakan
- memupuk unsur patriotik dalam media massa
- contohnya menyiarkan iklan sambutan Hari Kebangsaan
- mengadakan pertandingan lagu-lagu patriotik
- menarik perhatian generasi muda untuk menyertainya
- mengamalkan prinsip Rukun Negara
- supaya masyarakat saling bekerjasama
- menghormati budaya masyarakat yang pelbagai kaum

(Mana-mana jawapan munasabah)

5

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Jadual berikut berkaitan idea nasionalisme di Barat.

Karya Tokoh
Two Treatises of Goverment John Locke, England
The Social Contract Jean Jacques Rousseau, Perancis

Bagaimanakah karya tersebut mampu membangkitkan semangat nasionalisme di

kalangan rakyat? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- menekankan prinsip raja berperlembagaan
- menolak konsep pemerintahan raja berkuasa mutlak
- mengutamakan unsur kesepakatan antara pemerintah dan rakyat
- memberi keutamaan pada Parlimen
- dalam menggubal undang-undang
- memenuhi hak asasi manusia
- memperjuangkan suara / hak rakyat
- memperjuangkan kebebasan rakyat
- mengutamakan unsur persamaan
- percaya kepada keunggulan suara rakyat
- yang mampu menjamin kesejahteraan dalam masyarakat
- menolak unsur birokrasi dalam pemerintahan

(Mana-mana jawapan munasabah)

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Teliti petikan berikut.

Patriotisme adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat setiap negara. Ia
bukan sekadar luahan perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan oleh setiap
warganegara.

Patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi ia juga merupakan sesuatu yang
agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian,
kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan.

Sumber : bharian.com.my, 30 Ogos 2020

Beri ulasan anda. [8 markah]

6

Contoh Jawapan Aras 4 :
- meningkatkan kesetiaan kepada negara
- melahirkan warganegara yang cintakan negara
- melahirkan rakyat yang berani mempertahankan negara
- sanggup berkorban apa sahaja untuk negara
- mengutamakan keutamaan negara melebihi kepentingan diri sendiri
- contohnya menyertai pasukan keselamatan
- membentuk jati diri yang kukuh
- mengekalkan kedaulatan negara
- menjamin kestabilan politik
- mengukuhkan identiti negara dan bangsa
- menyemai semangat cinta akan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Ikrar berikut menjadi tonggak nasionalisme di Indonesia.

Bagaimanakah ikrar tersebut dapat diaplikasi oleh rakyat negara kita? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- sanggup mempertahankan negara
- mempunyai semangat juang yang tinggi
- menghargai tokoh-tokoh perjuangan negara
- seperti Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
- bersatu padu dalam menjaga kedaulatan negara
- dengan menggunakan bahasa kebangsaan
- mempunyai semangat partriotik
- mempunyai sifat taat setia terhadap raja dan negara
- mempertahankan maruah bangsa dan negara
- memupuk jati diri yang kukuh
- tidak gentar dengan ugutan dan ancaman luar
- lebih berhati-hati dalam tindakan
- tidak mudah terperdaya
- meningkatkan ilmu pengetahuan

(Mana-mana jawapan munasabah)

7

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Petikan berkaitan kepentingan media massa.

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph
Kurup mengajak semua lapisan masyarakat supaya menggunakan
media sosial secara bijak dan untuk kebaikan yang boleh menyumbang
kepada pengukuhan perpaduan rakyat serta pembangunan negara.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/09/5756

Beri ulasan anda berdasarkan petikan tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- memupuk semangat patriotik
- menyebarkan idea-idea baru
- membina jati diri bangsa
- ejen perubahan minda masyarakat
- meningkatkan tahap intelektual masyarakat
- mempromosikan pelancongan negara
- meningkatkan kadar celik huruf masyarakat
- menyebar luas ilmu pengetahuan
- contohnya mempromosikan kebaikan pendidikan STEM
- menggalakkan generasi muda meminati subjek sains dan teknologi
- melahirkan generasi kreatif dan inovatif
- menjana perkembangan ekonomi
- sebagai alat komunikasi
- menghasilkan karya ilmiah
- memupuk minat membaca

(Mana-mana jawapan munasabah)

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Teliti petikan berikut.

Sejak kebelakangan ini China dilihat semakin berani mengukuhkan kehadiran dan
kemudahan ketenteraan mereka di pulau-pulau yang masih menjadi pertikaian di Laut
China Selatan. Pencerobohan di perairan di Sabah dan Sarawak oleh pihak berkuasa
dan ketenteraan China membuktikan kedaulatan Malaysia tidak dihormati

Sumber:Zuraidah Roslan, Utusan Malaysia,14 Ogos 2022

Berdasarkan petikan akhbar berikut, mengapakah kita perlu bertegas dan berwaspada

dengan negara asing yang cuba menggugat kedaulatan negara kita? [8 markah]

8

Contoh Jawapan Aras 4 :
- perairan malaysia diceroboh
- kedaulatan negara tidak dihormati
- ketenteraan asing di wilayah Malaysia
- menggugat keamanan negara
- berlaku pencerobohan perairan negara
- melanggar Piagam PBB
- negara akan terlibat dalam kancah peperangan
- negara akan dikuasai oleh pengaruh asing
- ekonomi negara akan runtuh
- pelabur takut untuk datang ke negara kita
- perpecahan di kalangan rakyat Malaysia
- kedaulatan negara terancam
- menggugat keamanan negara
- menimbulkan ketakutan rakyat Malaysia

(Mana-mana jawapan munasabah)

2.7 Perkembangan Nasionalisme

Teliti ilustrasi berikut.

Mengapakah membaca menjadi satu amalan penting pada kehidupan hari ini?
[8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- melahirkan individu yang berkemahiran tinggi
- dengan mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kemahiran
- contohnya dalam kepakaran teknologi perubatan
- yang membawa kepada perubahan kesihatan yang lebih baik
- mewujudkan masyarakat minda kelas pertama
- yang celik teknologi maklumat
- dapat mendepani era globalisasi
- dengan cara pertukaran teknologi dari negara maju
- membuka ruang pekerjaan
- mengatasi masalah buta huruf
- membentuk negara maju
- meningkatkan nilai-nilai murni
- membezakan tindakan yang baik dan buruk

(Mana-mana jawapan munasabah)

9

2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
Teliti kejayaan negara berikut.

Negara yang dulunya dikenal dengan sebutan Kerajaan
Siam ini, merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara
yang tidak pernah dijajah. Negara ini memutuskan untuk
menggunakan beberapa teknologi dari Eropah serta
melakukan rundingan dengan kuasa British sehingga
mengurangkan kemungkinan untuk dijajah oleh bangsa
Eropah.

Beri iktibar yang anda peroleh melalui kejayaan negara tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- memilih pemimpin yang bijaksana
- berilmu pengetahuan
- berpandangan jauh
- menerima pembaharuan dan perubahan
- mampu berdaya saing dengan negara maju
- menggunakan teknologi moden
- melakukan rundingan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik
- dapat mengurangkan kemungkinan dari dikuasai oleh negara luar
- bijak menyusun strategi
- menguasai ilmu
- bijak mengambil kesempatan
- sistem pentadbiran yang sistematik
- pemimpin yang berwibawa
- tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar

(Mana-mana jawapan munasabah)

10

BAB 3 : KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia

Baca maklumat dalam petikan berikut.

Kesedaran nasionalisme Melayu sebelum perang dunia lahir daripada kesedaran
semangat cinta akan negara. Semangat ini menjadi asas kepada gerakan yang
lebih menyeluruh selepas perang Dunia Kedua untuk memperjuangkan
kemerdekaan tanah air.

Sumber: buku teks Sejarah tingkatan 4

Bagaimanakah kesedaran nasionalisme dapat membentuk semangat memperjuangkan

kemerdekaan tanah air? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
- melahirkan golongan intelektual
- yang boleh memikirkan langkah terbaik dalam penyelesaian masalah
- bijak membuat keputusan
- contoh tidak terburu-buru dalam tindakan
- berwawasan tinggi memajukan negara
- mempunyai semangat kepimpinan yang baik
- bersatu padu dalam perjuangan
- berusaha mengekalkan kerajaan yang berdaulat
- tolong menolong / bekerjasama antara pelbagai kaum
- mempunyai semangat setia negara yang tinggi
- sanggup berkorban untuk bangsa dan negara
- melaksanakan pentadbiran secara sistematik
- mengutamakan keadilan dalam pemerintahan
- demi kebaikan bangsa dan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

3.2 Latar Belakang Perang Dunia

Gambar berkaitan pemeteraian Perjanjian Damai Paris pada tahun 1919.

Sumber: https://p2k.unkris.ac.id/en3/1-3073-2962
11

Berdasarkan gambar tersebut, mengapakah pemimpin dunia memilih pendekatan

rundingan dalam menyelesaikan sesuatu konflik? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- mengelakkan pertumpahan darah
- mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa
- tiada kerosakan harta benda
- mengelakkan negara dari menanggung kerugian kemusnahan akibat perang
- ketenteraman awam terjamin
- menjalin persefahaman antara negara
- dapat terus kerjasama dalam pelbagai bidang
- contohnya perjanjian perdagangan dapat dimeterai
- ekonomi negara berkembang
- menjaga kestabilan politik
- membentuk masyarakat dunia yang cintakan kesejahteraan negara
- mengelakkan tercetusnya peperangan
- perpecahan wilayah dapat dielakkan
- keamanan dunia terjamin

(Mana-mana jawapan munasabah)

3.3 Perang Dunia Kedua
Baca maklumat dalam akhbar berikut.

PARIS: Lima kuasa nuklear global berikrar menghalang penggunaan senjata atom
secara berleluasa dan mengelak konflik nuklear.

Negara terbabit, China, Perancis, Russia, United Kingdom (UK) dan Amerika
Syarikat (AS) komited mengendurkan ketegangan Barat-Timur yang semakin
meningkat bagi memastikan matlamat dunia bebas nuklear dikekalkan.
Anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)
itu berkata, mereka percaya penggunaan senjata nuklear secara berleluasa perlu
dihalang, selain memastikan perang nuklear tidak tercetus atau dimenangi mana-
mana pihak.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas semakan terbaru Perjanjian mengenai Non-
Proliferasi Senjata Nuklear (NPT), ditangguhkan daripada jadual asal pada 4
Januari hingga akhir tahun ini susulan penularan COVID- 19.

Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah

Bagaimanakah kesan terhadap dunia sekiranya kuasa-kuasa besar terlibat dalam

perlumbaan senjata? [8 markah]

12

Contoh Jawapan Aras 4 :
- mencetuskan kebimbangan perang mungkin meletus ke benua Eropah
- menggugat keamanan dunia
- negara dunia ketiga berada dalam keadaan bimbang
- menyebabkan harga makanan dunia meningkat
- contohnya minyak mentah, jagung dan gandum
- membawa kepada perang dunia ketiga
- menjejaskan kedaulatan negara / antarabangsa
- menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
- persaingan merebut teknologi terkini
- negara miskin dan mundur menjadi mangsa keadaan
- negara maju terus kekal menjadi kuasa dominan dan kuasa veto dunia
- wujud prasangka dan persaingan antara kuasa-kuasa besar dunia
- menjejaskan alam sekitar jika percubaan keberkesanan senjata dilakukan
- penggunaan bahan radioaktif
- akan menjejaskan kesihatan manusia
- mengancam perkembangan ekonomi dunia

(Mana-mana jawapan munasabah)

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
Peta berkaitan serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.

Bagaimanakah strategi tersebut membawa kejayaan kepada pihak Jepun?

13

Contoh Jawapan Aras 4 :
- penguasaan serangan secara serentak / kilat
- iaitu melalui laut, darat dan udara
- melakukan serangan terhadap Pearl Harbour
- pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik
- melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat
- menjalin kerjasama dengan kerajaan Thailand
- memperoleh laluan mudah menyerang Tanah Melayu
- tanpa dijangka oleh pihak British
- menumpukan perhatian terhadap pangkalan tentera laut British di Singapura
- melakukan pendaratan serentak
- di Kota Bharu, Kelantan dan Thailand
- berpecah untuk menawan kawasan selatan
- satu pasukan ke Pulau Pinang
- satu pasukan di negeri pantai barat

(Mana-mana jawapan munasabah)
3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

Gambar menunjukkan poster propaganda Jepun di Tanah Melayu.

Sumber : https://wordwall.net/ms-my/community
Mengapakah masyarakat tempatan mudah terperdaya dengan propaganda tersebut?

[8 markah]

14

Contoh Jawapan Aras 4 :

- menyelitkan unsur-unsur keagamaan
- untuk menarik sokongan masyarakat
- menggunakan tulisan Jawi
- menggunakan istilah Allah / tuhan bagi penganut agama Islam
- menarik kepercayaan masyarakat terhadap Jepun
- beranggapan Jepun akan membantu negara kita
- mudah mempercayai kuasa luar
- mengaburi matlamat sebenar kuasa Jepun
- ada parti politik yang menyokong Jepun
- contohnya Kesatuan Melayu Muda / KMM
- tidak menyedari taktik penjajah
- menyampaikan maklumat secara tersirat
- menganggap Jepun sebagai kuasa penyelamat
- yang akan membantu membebaskan tanah air

(Mana-mana jawapan munasabah)

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

Baca maklumat dalam petikan berikut.

Setiap peristiwa pastinya membawa hikmah tersendiri kepada individu, bangsa
mahupun negara.

Pada 13 September 1945 adalah detik yang cukup bermakna buat Tanah Melayu di
mana Penjajahan Jepun di bawah arahan Panglima Pasukan Besar ke 29 – Leftenan
Jeneral Teizo Sishiguro mula ditamatkan.

Untuk makluman Jepun telah mula menyerang Tanah Melayu pada Disember, 1941.
Sejak itu penaklukan mereka membawa pelbagai tumpahan darah mahupun airmata
kepada rakyat negara.

Penindasan demi penindasan telah menjadi rutin buat rakyat negara ketika itu.
Namun siapa sangka akhirnya peristiwa tragedi itu dapat ditamatkan apabila upacara
penyerahan kuasa tentera Jepun kepada tentera British mula dipersetujui.

Sesi penyerahan tersebut telah dilakukan di Victoria Institution, Kuala Lumpur –
pelaksanaan penyerahan itu sekaligus mengisytiharkan tamatnya pendudukan Jepun
di Tanah Melayu.

Ini bermakna seramai 6,800 anggota tentera Jepun telah melucutkan senjata mereka
berdasarkan arahan dari Maharaja Jepun.

Sumber : http://studentsrepo.um.edu.my/428/2

Jelaskan hikmah yang diperoleh melalui peristiwa pendudukan Jepun di negara kita.
[8 markah]

15

Contoh Jawapan Aras 4 :

- meningkatkan semangat patriotik / nasionalisme
- iaitu cinta akan negara semakin menebal
- bermula detik ke arah semangat kemerdekaan
- ditekankan pada rakyat
- menimbulkan semangat membebaskan tanah air
- menyertai gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun
- menyedarkan orang tempatan mampu mengalahkan kuasa besar
- memupuk ketahanan fizikal dan mental
- dalam menghadapi cabaran hidup
- memupuk keberanian dan keyakinan
- untuk menghadapi kekejaman dan kesukaran
- menggalakkan hidup berdikari
- menanam bahan makanan sendiri
- contohnya ubi kayu
- melalui kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan”
- untuk mencukupkan makanan dalam negeri
- melahirkan sikap kreatif di kalangan penduduk
- menghasilkan ciptaan bahan berasaskan bahan tempatan
- untuk kelangsungan hidup
- seperti menghasilkan tempe daripada biji getah

(Mana-mana jawapan munasabah)

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

Tugu berikut dibina untuk mengingati pejuang-pejuang tanah air.

Bagaimanakah generasi muda masa kini boleh menghargai pengorbanan pejuang-

pejuang tersebut? [8 markah]

16

Contoh Jawapan Aras 4 :
- menyertai unit beruniform di peringkat sekolah
- menghormati pasukan keselamatan yang menjalankan tugas
- meraikan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun
- menonton filem berkaitan perjuangan pasukan keselamatan
- seperti Bukit Kepong, Leftenan Adnan
- mengirim hadiah kecil
- seperti kad ucapan sebagai tanda terima kasih
- mematuhi undang-undang negara
- seperti mengikut perintah kawalan pergerakan bagi mengatasi Covid 19
- menyertai program memperingati pengorbanan pasukan keselamatan
- seperti bacaan Yasin
- menganjurkan Program Ziarah Kasih Ramadhan
- untuk menghargai jasa mereka
- melawat makam pahlawan yang terkorban
- mempelajari semula sejarah negara
- tidak memperlekeh peranan anggota beruniform

(Mana-mana jawapan munasabah)

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

Akhbar berikut diterbitkan oleh Jepun di Tanah Melayu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Mengapakah “Semangat Asia” tersebut wajar dihayati dan dipupuk pada generasi muda

pada hari ini? [8 markah]

17

Contoh Jawapan Aras 4 :

- menyemarakkan semangat cintakan tanah air
- menyemarak semangat antipenjajah
- membebaskan negara daripada penjajahan
- mengekalkan kemerdekaan negara
- memupuk sikap berani mempertahankan negara
- contohnya sanggup berkorban nyawa
- mengukuhkan perpaduan rakyat
- memberi peluang dan pengalaman mentadbir negara
- memupuk ketahanan fizikal dan mental
- dalam menghadapi cabaran hidup
- memperolehi keyakinan dalam menghadapi kekejaman / cabaran hidup
- bersatu untuk mempertahankan kedaulatan negara
- mengelakkan campur tangan kuasa luar
- mengekalkan keamanan negara
- berusaha membangunkan diri
- meningkatkan nama negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

3.8 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

Gambar menunjukkan ukuran bom atom ‘Little Boy’ dan ‘Fat Man’ yang digunakan untuk
pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki, Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Ramalkan keadaan dunia sekiranya negara-negara maju bersaing memajukan teknologi

persenjataan pada hari ini. [8 markah]

18

Contoh Jawapan Aras 4 :
- masa depan negara bahaya
- berlaku perlumbaan senjata antara kuasa besar
- contohnya penghasilan senjata nuklear
- dunia akan huru-hara
- negara saling bermusuhan
- saling mencurigai antara satu sama lain
- masing-masing ingin menunjukkan kekuatan / kehebatan
- perang dunia boleh tercetus pada bila-bila masa
- perpaduan antara negara terjejas
- ekonomi dunia berkembang
- peluang pekerjaan bertambah
- manusia lebih kreatif dan inovatif
- saling bertukar idea dan teknologi
- berlaku perlumbaan industri persenjataan
- membawa kepada kemajuan teknologi dunia
- meningkatkan hubungan diplomatik
- tujuan untuk mengelakkan peperangan

(Mana-mana jawapan munasabah)

19

BAB 4 : ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

4.1 Pentadbiran Tentera British

Petikan berkaitan pentadbiran British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu.

“………di dalam usaha-usaha untuk mencapai matlamat dan tujuan ini
kerajaan tentera British atau BMA telah membentuk berbagai badan

perancang yang bertanggungjawab dalam hal-hal pertahanan, perubatan,
perhubungan, politik, teknikal, pengangkutan, pembekalan dan lain-lain.

Sungguhpun berbagai badan telah dibentuk, BMA tidak berjaya memulihkan
ekonomi Tanah Melayu seperti diharapkan oleh Kerajaan British”.

Sumber : https://pekhabar.com

Jelaskan iktibar yang anda peroleh daripada kegagalan BMA tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- kita haruslah menjaga kedaulatan negara sendiri
- agar tidak diceroboh dan dikuasai oleh kuasa luar
- menjaga keselamatan negara
- agar keamanan negara terjamin
- sentiasa hidup bersatu padu
- contohnya mengamalkan sikap bertoleransi antara satu sama lain
- dapat membentuk negara yang harmoni
- agar tidak mudah diperdaya oleh pihak musuh
- tidak bergantung sepenuhnya kepada orang luar
- sama-sama memajukan ekonomi negara
- memberi kesedaran kepada kita
- supaya sentiasa bersikap waspada pada kuasa orang
- tidak mudah mempercayai pertolongan kuasa luar
- merupakan satu tipu helah
- berusaha sendiri untuk meningkatkan kemajuan negara
- bekerjasama memulihkan ekonomi negara
- mempertahankan kemajuan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

4.2 Gagasan Malayan Union

Gambar menunjukkan penentangan penduduk tempatan terhadap Malayan Union.

Bagaimanakah keadaan negara sekiranya Malayan Union berjaya dilaksanakan?
[8 markah]

20

Contoh Jawapan Aras 4 :
- keadaan Tanah Melayu akan terus huru-hara
- penentangan orang Melayu akan berpanjangan
- suasana tidak aman/rusuhan kaum/persengketaan kaum
- ketuanan Melayu terhakis
- kedudukan Raja-raja Melayu tergugat
- British akan menghapuskan kuasa raja yang menjadi lambang ketuanan Melayu
- diganti dengan Gabenor Malayan Union
- kedudukan agama Islam terancam
- Raja Melayu kehilangan kuasa dalam hal ehwal agama Islam / adat istiadat Melayu
- budaya Melayu luntur
- diganti budaya Barat
- pentadbiran disatukan dalam satu unit politik
- negara kesatuan dibentuk
- bilangan penduduk asal menjadi kecil
- bilangan kaum pendatang bertambah
- Tanah Melayu sebagai tanah jajahan
- semua penduduk mempunyai hak yang sama

(Mana-mana jawapan munasabah)

4.3 Reaksi Penduduk Terhadap Malayan Union

Baca petikan berikut dan beri ulasan anda.

Hari lahirnya Malayan Union itu dianggap sebagai “Hari Kematian” oleh
orang Melayu.

Sumber : buku teks Sejarah KSSM Tingkatan 4

[8 markah]
Contoh Jawapan Aras 4 :
- Malayan Union merupakan penjajahan mutlak British ke atas Tanah Melayu
- berlaku penjajahan Tanah Melayu secara langsung
- kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua negeri terhakis
- Raja-raja Melayu hanya ahli Majlis Raja-Raja Melayu serta tiada kuasa

pentadbiran
- menghapuskan negara dan bangsa Melayu
- memadamkan kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka
- membentuk bangsa Malayan Union
- kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli
- menjejaskan status quo orang Melayu
- bersaing dengan kaum imigran / orang Cina dan India
- mengawal kuasa politik orang Melayu
- menghapuskan kuasa pembesar Melay
- Gabenor berkuasa kuasa peringkat pusat
- Pesuruhjaya Negeri mentadbir peringkat negeri
- menjejaskan kedudukan agama Islam
- zakat fitrah bawah nama Gabenor Malayan Union
- bangsa Melayu menjadi minoriti
- berlaku pertambahan penduduk / orang Cina dan India

(Mana-mana jawapan munasabah)

21

4.4 Penyerahan Sarawak oleh Brooke Kepada British
Poster berikut berkaitan sambutan Hari Malaysia di negara kita.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/

Sejauh manakah sambutan Hari Malaysia membangkitkan semangat patriotisme pada

generasi muda hari ini? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- menanam rasa cinta akan negara
- mengibar bendera kebangsaan di rumah dan kenderaan
- menyanyikan lagu kebangsaan dengan bersemangat
- bangga dengan kejayaan negara
- contoh pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC)
- meningkatkan imej negara di mata dunia
- menanam semangat juang yang tinggi
- dalam mempertahankan nama negara
- sanggup berkorban untuk negara
- menganggotai unit beruniform
- di peringkat sekolah
- KRS, Pandu Puteri, Kadet Polis
- menghayati prinsip Rukun Negara
- membentuk jati diri
- mengutamakan perpaduan kaum

(Mana-mana jawapan munasabah)

22

4.5 Penentangan Penduduk Terhadap Penyerahah Sarawak

Gambar berikut berkaitan penentangan terhadap penyerahan Sarawak kepada kerajaan
British.

Wajarkah penduduk tempatan menentang penyerahan tersebut? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
Wajar
- mempertahankan maruah bangsa
- mengelakkan campur tangan kuasa asing
- menghalang penjajahan
- mengelakkan penindasan terhadap rakyat
- menjamin kedaulatan negara
- mengekalkan keamanan negara
- menjamin hak asasi rakyat
- menunjukkan taat setia kepada negara
- mempertahankan hak peribumi
- menghalang eksploitasi terhadap bahan mentah
(Mana-mana jawapan munasabah)

Atau

Tidak wajar
- membahayakan nyawa rakyat
- British menggunakan senjata moden
- British lebih kuat
- masyarakat tidak bersatu padu
- sebahagian sahaja yang menyertai penentangan
- British mampu membangunkan ekonomi mereka
- British mempunyai sumber kewangan yang kukuh
- contohnya mampu membaikpulih ladang / lombong yang telah dimusnahkan oleh

pihak Jepun
- pentadbiran lebih sistematik di bawah British
- mereka tidak mempunyai kemahiran dalam pentadbiran
- tidak pernah diberi peluang pemerintahan semasa Dinasti Brooke

(Mana-mana jawapan munasabah)

23

4.6 Penyerahan Sabah oleh SBUB kepada British

Baca maklumat berikut.

Sabah atau Borneo Utara mula ditadbir oleh Kompeni Berpiagam Borneo Utara pada
tahun 1881. Pemerintahan itu berterusan sehingga berakhirnya Perang Dunia Kedua
(1946) dan kesan pendudukan Jepun di Sabah telah menyebabkan keadaan
ekonominya bertambah teruk. Susulan daripada itu, Kompeni Berpiagam (KBBU)
tidak mempunyai sumber kewangan untuk memulihkan keadaan ekonomi Sabah dan
menjalankan kerja-kerja pembangunan semula.

Oleh yang demikian, Kompeni Berpiagam mengambil keputusan untuk menyerahkan
Sabah kepada Kerajaan British. Penyerahan Sabah, sebagai sebuah Tanah Jajahan,
bermakna pentadbiran negeri akan ditadbir oleh seorang Gabenor yang bertindak
sebagai Ketua Kerajaan. Gabenor Sabah yang pertama ialah Sir Edward Twining
(Feb. 1947 – 1950). Perjanjian penyerahan Sabah kepada Kerajaan British pada hari
ini dalam tahun 1946, mendapat sambutan yang baik dan tidak mendapat banyak
bantahan daripada rakyat tempatan. Dengan itu, Sabah akan terus dijajah oleh
kuasa-kuasa asing.

Sumber : https://pekhabar.com

Ramalkan keadaan Sabah sekiranya tidak diserahkan kepada kerajaan British.
[8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- keadaan ekonomi bertambah teruk
- kerja-kerja pembangunan semula tidak dapat dijalankan
- tidak mempunyai sumber kewangan untuk memulihkan keadaan ekonomi Sabah
- kekayaan sumber tidak dieksploitasi
- masih mengamalkan teknologi tradisional
- sistem pentadbiran tempatan dikekalkan
- seperti sistem kesukuan dan kesultanan
- ekonomi komersial tidak dapat dilaksanakan
- contohnya dalam bidang perhutanan, perikanan, perlombongan
- alam sekitar terpelihara
- tidak berlaku penerokaan kayu balak secara rakus oleh penjajah
- prasarana tidak dibangunkan
- kedudukannya yang bergunung ganang dan hutan tebal sukar diteroka
- penduduk masih terpinggir di pedalaman
- kerana kegiatan berpersatuan masih tidak aktif
- pendidikan terbatas
- masih mengamalkan sistem pendidikan vernakular

(Mana-mana jawapan munasabah)

24

4.7 Reaksi Penduduk Terhadap Penyerahan Sabah

Jadual berkaitan penindasan British terhadap kegiatan berpersatuan di Sabah.

Pertubuhan Pemimpin Tindakan
Barisan Pemuda Sabah (BARIP) H. M. Salleh Ditawarkan bekerja dengan
kerajaan
Parti Kebangsaan Melayu Labuan Zakaria Gunn Ditukarkan ke Jesselton
(PKML)

Bagaimanakah tindakan yang diambil ini mempengaruhi kegiatan berpersatuan di

Sabah?

Gunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- kegiatan berpersatuan bergerak secara perlahan / tidak aktif
- sukar menghimpunkan ke semua etnik dalam satu pertubuhan.
- masalah kewangan
- kekurangan pemimpin berkebolehan
- persatuan tiada hala tuju
- menjejaskan idea nasionalisme disebarkan pada masyarakat
- kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat masih rendah
- penduduk enggan melibatkan diri dalam aktiviti menentang penyerahan
- penyerahan Sabah kepada British tidak ditentang
- penduduk tidak memahami tujuan penyerahan
- tiada pendedahan berkaitan penyerahan

(Mana-mana jawapan munasabah)

25

BAB 5 : PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

5.1 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Baca petikan berikut.

Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutuan yang bermula daripada
kekosongan. Pada peringkat awal, ia adalah pemersekutuan sembilan
Kerajaan Melayu berdaulat dengan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948,
diikat melalui Perjanjian Persekutuan.

Implikasinya, kedaulatan Raja-Raja Melayu diberi taat setia berserta unsur
watan Tanah Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, maka
pada 16 September 1963 lahir Malaysia yang disertai sama Singapura.
Perlu dinyatakan dengan tegas bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu
sebagai pemerintah Tanah Melayu, Islam sebagai undang-undang watan
(law of the land), hak orang Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu,
bahasa Melayu yang sekian lama bertaraf Nusantara dan amalan adat
Melayu adalah unsur watan atau warisan, berakar umbi dan adalah jati diri
Tanah Melayu sejak Kesultanan Melayu Melaka.

Sumber: https://www.bharian.com.my

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan kedaulatan Raja

dan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

Buktikan. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- Majlis Raja-raja Melayu dibentuk
- Raja Melayu diberikan kuasa dalam pentadbiran dan perundangan
- Raja-raja Melayu boleh memberikan pandangan dalam perkara tertentu
- pada peringkat negeri, Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang

yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri
- undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan perlu mendapat

perkenan Raja-raja Melayu
- kedudukan orang Melayu/penduduk pribumi negara ini diiktiraf
- kewarganegaraan jus soli diperketatkan
- hanya diberikan kepada Rakyat Raja dan Rakyat British
- Tanah Melayu mendapat taraf naungan
- sistem kerajaan persekutuan dibentuk
- pengagihan kuasa yang jelas dalam sistem Persekutuan
- kerajaan Persekutuan di bawah Pesuruhjaya tinggi British
- kerajaan Negeri diletakkan di bawah pentadbiran Raja Melayu

(Mana-mana jawapan munasabah)

26

5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

“Apabila perpaduan dicapai, maka semua urusan pembangunan negara akan
berjalan dengan lebih lancar.”

Sumber : https://www.bharian.com.my

Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

Contoh Jawapan Aras 4 :
- mengutamakan kepentingan negara
- bersikap keterbukaan
- bersemangat kebersamaan
- berpegang kepada nilai-nilai murni
- menjunjung institusi beraja
- sanggup berkorban untuk negara
- mengamalkan semangat toleransi
- mewujudkan kestabilan politik
- melicinkan pentadbiran
- menjamin kebajikan kepada semua kaum
- sentiasa berunding jika wujud permasalahan/isu
- bekerjasama membentuk pemuafakatan
- menerima pandangan/ kritikan pihak lain
- sentiasa berdiplomasi dalam menangani sesuatu isu
- agihan kekayaan sama rata
- elak perkauman/menghargai antara satu sama lain
- mengekalkan keharmonian kaum

(Mana-mana jawapan munasabah)

5.3 Ciri-Ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pantun berikut berkaitan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Dari Bentan ke Kuala Sedili,
Singgah berjaja di Batu Pahat,
Syarat kewarganegaraan secara Jus Soli,

Kuasa Raja turut tergugat.

Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Ulaskan mesej dalam pantun tersebut.

27

Contoh Jawapan Aras 4 :
- orang Melayu bimbang kewarganegaraan yang longgar
- akan meningkatkan bilangan orang asing di negara ini.
- penduduk asal negara ini akan menjadi kumpulan minoriti
- kehadiran orang asing
- akan menimbulkan persaingan ekonomi kepada orang Melayu
- bangsa Melayu hilang identiti/kuasa politik
- orang asing akan mencabar kedudukan istimewa bangsa Melayu
- institusi beraja mempunyai hubungan rapat
- dengan sistem sosial orang Melayu
- Raja Melayu adalah lambang kuasa politik bangsa Melayu
- Raja Melayu adalah pelindung hak/kedudukan orang Melayu
- Raja Melayu hilang kuasa pentadbiran
- bermaksud hilang kedaulatan bangsa Melayu
- orang Melayu sangat setia kepada Raja Melayu.
(Mana-mana jawapan munasabah)

5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Gambar berikut menunjukkan keadaan negara kita sebelum dan selepas merdeka.

Berdasarkan gambar di atas, ramalkan keadaan negara kita pada hari ini sekiranya

negara kita masih dijajah. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- taraf tanah jajahan dikekalkan
- kerakyatan Jus Soli masih berkuat-kuasa
- Raja-raja Melayu hilang kuasa politik
- kedudukan Raja-raja Melayu tergugat
- ekonomi dikuasai oleh orang asing
- contohnya kegiatan perlombongan dimonopoli oleh syarikat luar negara
- rakyat tidak bersatu padu
- kawasan tempat tinggal yang berbeza
- pembahagian ekonomi mengikut kaum
- kedudukan istimewa orang Melayu tergugat
- kebajikan orang Melayu tidak dijaga
- kerjasama antara kaum gagal dicapai
- menimbulkan perbalahan kaum
- pentadbiran tidak sistematik
(Mana-mana jawapan munasabah)

28

BAB 6 : ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

6.1 Latar Belakang Pengaruh Komunis di Negara Kita
Teliti poster berikut.

Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- rakyat perlu bersatu menghapuskan komunis
- pergerakan komunis mengancam keselamatan negara
- pelbagai tindakan ganas dilakukan oleh komunis
-contohnya menyerang anggota keselamatan dan orang awam/ memusnahkan

kemudahan awam
- oleh itu rakyat perlu memberi kerjasama terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan
- kedaulatan negara perlu dipertahankan
- menjadikan negara stabil dan kuat
- kita tidak boleh mengagungkan perjuangan komunis
- ahli komunis bukan wira negara kita
- komunis mencapai matlamat melalui kekerasan
- rakyat menghadapi penderitaan/ kesusahan
- menjejaskan kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum

(Mana-mana jawapan munasabah)

29

6.2 Ancaman dan Keganasan Komunis di Negara Kita
Gambar-gambar berikut berkaitan dengan keganasan komunis di negara kita.

Ramalkan kehidupan rakyat sekiranya ancaman di atas masih berlaku pada hari ini.

Beri komen anda. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- keselamatan rakyat dalam bahaya
- nyawa terancam
- harta benda dibakar
- penduduk yang enggan bekerjasama dibunuh
- tidak dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa
- lombong dan ladang getah dirosakkan
- pergerakan terhad
- kemudahan asas disabotaj
- contohnya landasan kereta api telah dialihkan / dibom/ dirosakkan
- infrastruktur tidak dapat diselenggara dengan baik
- kehidupan menderita/ susah
- kehilangan pekerjaan
- bekalan makanan sukar diperolehi
- wabak penyakit merebak

(Mana-mana jawapan munasabah)

6.3 Usaha-Usaha Menangani Ancaman Komunis

Baca petikan berikut.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ancaman
komunis merupakan perkara yang serius.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan
Rahim Khan berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan untuk
memastikan ideologi komunisme tidak berkembang di negara ini.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my

Berikan ulasan anda berkaitan petikan di atas. [8 markah]

30

Contoh Jawapan Aras 4 :
- pergerakan komunis menyebabkan keamanan negara terjejas
- komunis mencetuskan huru hara di negara kita
- ekonomi negara dilumpuhkan
- contohnya pokok getah/ kilang/ estet/ rumah asap/ rumah kongsi dirosakkan
- rakyat hidup dalam penderitaan
- kerajaan telah melaksanakan usaha yang serius bagi membanteras ancaman

komunis
- seperti melakukan operasi ketenteraan/ menguatkuasakan undang-undang yang

lebih tegas
- semua usaha ini memerlukan sokongan yang kuat daripada rakyat
- kita harus berbangga/ bersyukur kerana usaha menghapuskan ancaman

komunis telah berjaya
- negara kembali dalam keadaan aman/ makmur
- kejayaan ini mencerminkan kerjasama antara rakyat dengan kerajaan penting

dalam usaha mempertahankan tanah air
- rakyat dan pemerintah perlu sentiasa bersama-sama mempertahankan negara

daripada musuh.
(Mana-mana jawapan munasabah)

6.4 Kesan Zaman Darurat
Baca maklumat dalam petikan berikut.

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenal pasti 66 isu, cabaran
dan ancaman baharu kepada keselamatan negara, yang bakal ditangani menerusi
dasar keselamatan negara yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pemangku Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia merangkumi
pelbagai perkara, termasuklah aspek ketenteraan, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan
politik dan hal ehwal antarabangsa.

"Kita lihat pemikiran rakyat sesebuah negara begitu mudah dibentuk melalui
penggunaan teknologi, selain ancaman penipuan dalam talian dan seumpamanya,"
katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.m

Jelaskan ancaman yang terkandung dalam petikan tersebut dan impak terhadap negara

sekiranya tidak diatasi. [8 markah]

31

Contoh Jawapan Aras 4 :
Ancaman
- kemasukan pendatang asing yang tidak terkawal
- keselamatan siber terancam
- pencerobohan sempadan negara
- peningkatan masalah penipuan dalam talian
- berita palsu berleluasa
- pemerdagangan manusia
- penyeludupan barangan
- pemalsuan passport/sijil lahir/kad pengenalan
- perpaduan kaum berpecah belah
- aktiviti pengintipan

(mana-mana jawapan munasabah)
Impak
- keamanan negara terjejas
- data peribadi rakyat mudah tersebar/ digodam
- masyarakat negara semakin lalai/ lupa tugas dan tanggungjawab mereka
- masyarakat ketagihan gajet
- rakyat kurang mendapat peluang pekerjaan
- wabak penyakit dari luar berleluasa
- rakyat dan negara mengalami kerugian
- pendatang asing menguasai perniagaan dalam negara
- perpaduan rakyat/antara kaum lemah
- keselamatan rakyat dan negara tergugat
- kehilangan maklumat sulit syarikat / kerajaan
- malaysia menjadi target perdagangan manusia

(mana-mana jawapan munasabah)

32

BAB 7 : USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka
Perjuangan kemerdekaan oleh tokoh berikut tidak mendapat pengiktirafan daripada
British.

Mengapakah perjuangan mereka wajar dihargai oleh rakyat Malaysia? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- berusaha membangkitkan semangat nasionalisme
- menyeru rakyat bersatu padu
- memperjuangkan kedaulatan / kemerdekaan negara
- contohnya, Dr. Burhanuddin al-Helmi menanamkan semangat kebangsaan
- mahukan Tanah Melayu merdeka
- dengan menjalankan hukum Islam
- Ibrahim Hj Yaakob memperjuangkan tanah air melalui konsep Melayu Raya.
- membuka mata dan minda rakyat tentang kebebasan tanah air
- mendesak penjajah British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
- berjaya memberi tekanan kepada penjajah British
- sehingga dapat mencapai kemerdekaan
- menerima idea politik mereka

(Mana-mana jawapan munasabah)

7.2 Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Petikan berikut merujuk peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

CLC merupakan pertubuhan separa politik yang menyediakan platform bagi
pemimpin-pemimpin etnik di Tanah Melayu untuk duduk semeja , berunding
tentang isu-isu yang mendesak, serta mencari penyelesaian politik yang
realistik. CLC adalah perintis kepada kerjasama elit yang mewakili setiap etnik
yang mencari penyelesaian dan menangani konflik etnik, serta mengasaskan
perkongsian kuasa yang juga menggambarkan satu tolak ansur dan
persefahaman yang baik.

Sumber : Is There a Path Dependent Logic? (Working Paper No: 2013/
01).Kuala Lumpur : Tun Abdul Razak School of Government, UTAR

CLC berjaya mewujudkan “tolak ansur dan persefahaman yang baik antara kaum”.

Buktikan. [8 markah]

33

Contoh Jawapan Aras 4 :
- semua kaum dapat berunding tentang isu-isu penting
- mencari jalan penyelesaian secara realistik
- permulaan kepada kerjasama elit yang mewakili setiap etnik/kaum
- dapat menangani konflik antara etnik/kaum
- menjadi asas perkongsian kuasa antara kaum
- menggambarkan tolak ansur politik antara kaum
- membentuk persefahaman yang baik
- semua kaum dapat memajukan diri bersama
- keperluan berbeza setiap kaum diambil kira
- pembangunan negara dapat dinikmati bersama
- contohnya penubuhan RIDA membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi

dan pendidikan
- memastikan pengagihan kemakmuran negara secara adil dan saksama
- mengukuhkan persefahaman dan kesejahteraan masyarakat
- mewujudkan keharmonian kaum
- memelihara kestabilan politik

(Mana-mana jawapan munasabah)

7.3 Pembentukan Sistem Ahli

Baca dan teliti petikan berikut.

Pada 1951, Sistem Ahli diperkenalkan. Melalui sistem ini, British melantik beberapa
wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan yang diberi taraf seperti menteri membabitkan etnik Melayu, Cina
dan India.

Pada pertengahan 1951, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dengan
persetujuan Raja-Raja Melayu, mengumumkan untuk melantik sebuah Jawatankuasa
Pilihan Raya Persekutuan bagi mengkaji persoalan pilihan raya kepada Majlis Legislatif
Persekutuan.

Maka, melalui beberapa siri pilihan raya yang diadakan, kerjasama politik terus terjalin.
Pada Februari 1952, pilihan raya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan
dan 12 kerusi dipertandingkan dengan UMNO dan MCA membuat pakatan secara tidak
rasmi.

Sumber: Berita Harian 5 September 2020

Sejauh manakah Sistem Ahli penting dalam membentuk negara dan bangsa Malaysia?
[8 markah]

34

Contoh Jawapan Aras 4 :
- tapak asas untuk melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran
- memberi pendedahan kepada pemimpin untuk menerajui pentadbiran negera
- ke arah berkerajaan sendiri
- mengikut acuan sendiri
- contohnya, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen/ Raja

Berpelembagaan
- rakyat berhak memilih pemimpin melalui pilihan raya
- meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan

pentadbiran negara
- memulakan proses perpaduan rakyat
- kerana ahlinya terdiri daripada berbilang kaum / Melayu / Cina / India
- memupuk sikap toleransi / saling menghormati
- sifat terbuka menjadi amalan berterusan sehingga kini
- contoh, Sistem Kabinet hari ini terdiri daripada pelbagai kaum
- mewujudkan kestabilan politik
- kemakmuran negara
- kesejahteraan rakyat

(Mana-mana jawapan munasabah)

7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan

Maklumat berikut berkaitan penubuhan Sekolah Wawasan.

SEKOLAH WAWASAN

Sekolah Wawasan bererti
sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar
bersama-sama dalam
satu kawasan yang sama
tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep
ini, tiga buah sekolah
rendah berlainan aliran
akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama iaitu
sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan
Cina dan Tamil.

Berdasarkan maklumat di atas, bagaimanakah Sekolah Wawasan berjaya membentuk

perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita? [8 markah]

35

Contoh Jawapan Aras 4 :
- konsep belajar bersama-sama
- tanpa mengira kaum atau agama
- ditempatkan dalam kawasan yang sama
- memupuk semangat integrasi antara pelajar daripada pelbagai aliran
- membuka peluang pelajar berkongsi pandangan/idea dalam hal tertentu
- contohnya melalui interaksi semasa bertembung di kantin
- melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi
- mewujudkan persefahaman yang tinggi
- menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah
- perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain
- mempercepatkan pembinaan negara bangsa Malaysia
- menjayakan Falsafah Pendidikan Negara
- membentuk insan yang seimbang
- dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

(Mana-mana jawapan munasabah)

7.5 Penubuhan Parti-Parti Politik

Logo berikut merujuk parti-parti politik yang terdapat di Malaysia pada hari ini.

Penubuhan pelbagai parti politik membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Beri komen anda. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- memberikan peluang kepada pemimpin berkhidmat cemerlang
- dapat menonjolkan nilai kepimpinan yang bijak
- mengambil berat kebajikan / keperluan rakyat
- menyumbangkan bantuan melalui parti politik
- contohnya, ketika bencana banjir
- rakyat mempunyai pilihan untuk menganggotai mana-mana parti politik
- sesuai dengan falsafah politik yang didukungnya
- memenuhi tuntutan amalan demokrasi
- memecah monopoli / kawalan satu parti sahaja
- boleh menolak parti yang gagal memenuhi manifesto yang dijanjikan
- mewujudkan persaingan sihat antara parti politik
- untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat
- mewujudkan mekanisma semak dan imbang antara parti politik
- mengawasi tindakan parti politik yang memerintah

(Mana-mana jawapan munasabah)

36

BAB 8 : PILIHAN RAYA

8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu

Teliti petikan berikut.

“ ketika ini ada 22 negara mewajibkan rakyat mengundi seperti Singapura dan
Australia tetapi dalam kalangan negara itu, walaupun ada peruntukan mengenainya,
namun ia jarang digunakan, kecuali Singapura yang mengenakan denda dalam
jumlah tidak begitu tinggi”

Sumber : berita harian.com.my

Wajarkah rakyat Malaysia dikenakan tindakan denda sekiranya tidak mengundi dalam

pilihan raya? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
Wajar
- pilihan raya adalah proses penting dalam memilih pemimpin
- menentukan kerajaan yang bakal memerintah negara
- menentukan hala tuju / wawasan negara
- peratus keluar menggundi yang kurang akan melemahkan amalan demokrasi
- memudahkan campur tangan dari pihak luar
- sistem pentadbiran tidak kukuh
- mengundi menjadi tanggungjawab rakyat negara ini
- jika rakyat tidak keluar mengundi ia akan mengurangkan keyakinan ke atas
- pemimpin yang menerajui kerajaan
- kerajaan yang dibentuk menjadi lemah
- pelibatan rakyat secara menyeluruh dalam proses pilihan raya mengukuhkan

kedaulatan negara
(Mana-mana jawapan munasabah)

Atau

Tidak wajar
- rakyat mempunyai hak untuk tidak keluar mengundi
- menyalahi hak asasi manusia
- faktor kesihatan
- menyukarkan pergerakan ke tempat undi
- contohnya pesakit Covid 19 perlu menjalani kuarantin
- faktor geografi / struktur muka bumi
- menyukarkan untuk keluar mengundi khususnya di kawasan pedalaman
- kesahan undi pos yang diragui
- tiada pemantauan yang ketat / ketelusan
- tidak termaktub dalam perlembagaan
- perlukan pindaan perlembagaan terlebih dahulu

(Mana-mana jawapan munasabah)

37

8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama
Gambar menunjukkan proses yang dilakukan semasa pilihan raya

Sistem pilihan raya yang dijalankan di negara kita telus dan adil. [8 markah]
Beri bukti untuk menyokong pernyataan tersebut.

Contoh Jawapan Aras 4 :
- menggunakan dakwat kekal
- mengelakkan penipuan
- mengundi lebih dari sekali
- mengemaskini senarai mengundi
- contohnya mereka yang telah meninggal dunia
- menghapuskan pengundi yang tidak wujud
- tempoh berkempen sama untuk semua parti
- peti undi lutsinar
- dapat melihat pergerakan kertas-kertas undi dengan lebih jelas
- calon bebas bertanding
- dapat mengemukakan manisfesto masing-masing tanpa sekatan
- melantik pemerhati tetap
- untuk memerhati proses mengundi ketika dijalankan
- dikawal oleh anggota keselamatan / pihak polis
- warganegara berumur 21 tahun bebas mengundi
- memilih calon yang mereka minati
- kerajaan yang dibentuk merupakan kerajaan pilihan rakyat

(Mana-mana jawapan munasabah)

38

8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

Berikut adalah teks ucapan Tunku Abdul Rahman pada sesi pembukaan Majlis
Perundangan Persekutuan 1955.

Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini. Pilihan raya
Persekutuan yang baru diadakan ini sudah menjadi sejarah. Buat pertama
kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih
dan saya berasa amat bangga dan berbesar hati memegang jawatan Ketua
Menteri. Kita telah melalui suatu peristiwa yang amat penting dalam kemajuan
negara kita mencapai status berkerajaan sendiri dan merdeka. Ketika memikirkan
jalan yang perlu ditempuhi, saya dapat membayangkan pelbagai permasalahan
serta kesusahan, tetapi saya cukup yakin bahawa dengan adanya rasa
Muhibbah, kesabaran dan keazaman, serta yang paling penting sokongan Ahli
Yang Berhormat dan rakyat, segala halangan dapat ditempuhi dan segala
masalah diatasi.

Ucapan Tunku Abdul Rahman pada Perasmian Majlis Perundangan
Persekutuan, 31 Ogos 1955.

Sumber : Malaysia. Arkib Negara Malaysia,2007

Terangkan mesej ucapan tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- perpaduan rakyat tercapai
- melalui pelantikan ahli pelbagai kaum dalam MPP
- MPP diwakili oleh ahli yang mendapat kepercayaan rakyat
- membuktikan kompromi pelbagai kaum
- melalui perkongsian kuasa
- contohnya H. S. Lee sebagai Menteri Pengangkutan, Tunku Abdul Rahman sebagai

Ketua Menteri, Tun V. T. Sambanthan sebagai Menteri Buruh
- merintis jalan ke arah kemerdekaan negara
- negara menuju ke arah kemajuan
- mempunyai pentadbiran sendiri
- bangga dengan kejayaan negara
- rakyat tempatan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara
- MPP diberikan kuasa menggubal dasar/ undang- undang
- bebas daripada campur tangan kuasa luar
- mengukuhkan kesejahteraan rakyat
- mengurangkan kuasa British
- mengembalikan hak dan kuasa pentadbiran
- kebajikan rakyat akan terpelihara
- kesusahan semasa penjajahan akan terhakis
- kejayaan memerlukan pengorbanan

(Mana-mana jawapan munasabah)

39

8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Gambar berkaitan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk selepas
pilihan Raya Umum 1955.

Mengapakah keanggotaan kabinet pertama terdiri daripada pemimpin pelbagai kaum?
[8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- menjamin kestabilan politik
- memastikan kesejahteraan rakyat
- syarat untuk pembentukan bangsa
- mengukuhkan perpaduan kaum
- pemimpin mementingkan semangat tolak ansur
- menjamin keharmonian rakyat / negara
- kepentingan/ kebajikan setiap kaum dijalin/ dipelihara
- contohnya hak istimewa orang Melayu terjamin tanpa mengabaikan hak kaum lain
- pemimpin bekerjasama menyelesaikan masalah
- pemimpin utamakan rundingan perdamaian dalam mengatasi cabaran
- mencapai matlamat sama/ sepakat
- mendapat sokongan semua kaum
- dasar pembangunan lancar ekonomi maju
- mendapat sokongan / kepercayaan British
- ke arah bekerajaan sendiri

(Mana-mana jawapan munasabah)

40

BAB 9 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

9.1 Usaha-Usaha Rundingan Kemerdekaan

Jadual menunjukkan perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London.

Perjalanan Rundingan Pengangkutan
Kuala Lumpur ke Singapura Kapal terbang
Singapura ke Karachi Kapal laut
Karachi ke London Kapal terbang
London ke Kuala Lumpur Kapal terbang

Jelaskan rasional tindakan pemimpin mengatur perjalanan mengikut jadual di atas.
[8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- perjalanan menaiki kapal laut memakan masa yang lebih lama
- memberi peluang pemimpin berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu
- menyusun strategi bersama-sama
- mendapatkan persetujuan sebulat suara
- memastikan rundingan menemui kejayaan
- British bersetuju memberikan kemerdekaan selewat-lewatnya 31 Ogos 1957
- pengumuman / pengisytiharan tarikh kemerdekaan perlu disegerakan
- menjimatkan kos pengangkutan / kos perjalanan
- tiada lagi perbincangan penting seperti perjalanan rundingan ke London
- faktor keselamatan
- agar tidak berlakunya sabotaj
- negara masih dalam ancaman komunis
- mengelakkan kemungkinan British berubah fikiran
- membatalkan keputusan rundingan yang telah disepakati

(Mana-mana jawapan munasabah)

9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Gambar menunjukkan anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
atau Suruhanjaya Reid.

Sumber : www.penerangan.gov.my
Mengapakah anggota suruhanjaya ini terdiri daripada negara yang berbeza?

8 markah]

41

Contoh Jawapan Aras 4 :

- berkongsi kepakaran masing-masing
- perundangan / kehakiman
- ketokohan dalam bidang perlembagaan dalam negara Komanwel
- berkongsi pengalaman yang luas di negara masing-masing
- telah mencapai kemerdekaan lebih awal
- India, Pakistan dan Australia
- menghasilkan keputusan yang telus, berkecuali dan adil
- tidak terlibat secara langsung dengan persekutuan yang bakal dibentuk
- bertanggungjawab mengumpul cadangan dari pelbagai pihak tanpa prejudis
- tidak mendapat keuntungan peribadi hasil perlembagaan yang dicipta

(Mana-mana jawapan munasabah)

9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan

Baca maklumat dalam petikan berikut.

Sikap keterbukaan dan menerima pandangan daripada pelbagai pihak
dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu perlu
dipertahankan agar negara kekal maju dan harmoni.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05

Bahaskan pernyataan di atas [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :

- membentuk permufakatan
- bertoleransi antara pemimpin pelbagai kaum
- menggubal perlembagaan
- seperti isu kewarganegaraan / bahasa / pendidikan
- pemimpin berjaya mengadakan rundingan/merangka draf perlembagaan
- dapat menstabilkan politik negara
- hasil permuafakatan pemimpin
- dapat mengekalkan harmoni rakyat
- memupuk semangat kesamaan antara kaum
- memajukan ekonomi negara
- rakyat hidup sejahtera
- negara dapat capai merdeka dengan lancar

(Mana-mana jawapan munasabah)

42

9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Teliti poster berikut.

Sumber : https://www.bernama.com
Mengapakah anda perlu menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara
kita. [8 markah]
Contoh Jawapan Aras 4 :
- bahasa komunikasi
- memastikan urusan rasmi negara menggunakan bahasa kebangsaan
- bahasa Melayu sebagai lambang jati diri
- memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka /DBP
- bahasa perpaduan
- bahasa pengantar di sekolah
- membolehkan setiap kaum berinteraksi dengan baik
- mengelakkan salah faham antara satu sama lain
- mengukuhkan persefahaman antara pelbagai kaum
- bahasa ilmu
- digunakan dalam penulisan karya-karya ilmiah
- ditawarkan di pusat pengajian di dalam dan luar negara
- diakui di peringkat antarabangsa
- mencerminkan identiti negara kita
- sebagai negara yang berdaulat

(Mana-mana jawapan munasabah)

43

BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.1 Pengertian Kemerdekaan Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk
Teliti petikan berikut. melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu
pertempuran terhadap sebuah sistem yang
Nelson Rolihlahla Mandela menindas. Kebebasan boleh dicapai melalui politik,
bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan
penderitaan. Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam
satu negara menuju masa depan.

Sumber: Nelson Mandela, 1994. Long Walk to
Freedoms
Diterjemahkan oleh Alina Abdullah. Selangor: IBDE

Ilham Sdn. Bhd.

Ulaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan hubungkait dengan negara kita.
[8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- kebebasan merupakan hak asasi individu
- termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
- merupakan salah satu ciri demokrasi
- bebas daripada penindasan
- rakyat berhak menentukan hala tuju sendiri
- bebas daripada perhambaan
- semua manusia adalah sama taraf di sisi perundangan
- bebas daripada kemiskinan
- perlu sentiasa berusaha dalam kehidupan
- dapat menjamin masa depan yang lebih cerah
- bebas daripada penderitaan
- perlu sentiasa bersemangat juang
- tidak lagi unsur penganiayaan
- hidup bersatu padu
- negara mencapai kemajuan dalam pelbagai sektor

(Mana-mana jawapan munasabah)

44

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan
Berikut merupakan antara identiti negara kita yang merdeka.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Apakah kepentingan identiti tersebut terhadap negara kita? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- mengesahkan kedaulatan negara
- menonjolkan jati diri bangsa
- mendapatkan pengiktirafan negara luar
- diterima menganggotai persatuan peringkat serantau dan antarabangsa
- contohnya ASEAN dan PBB
- membentuk simbol rasmi negara
- menaikkan semangat patriotik
- memeriahkan sambutan kemerdekaan
- lambang perpaduan
- lambang kemegahan negara
- melahirkan rasa bangga terhadap negara
- bersyukur kerana menikmati kemerdekaan
- dapat memerintah negara mengikut acuan negara kita sendiri

(Mana-mana jawapan munasabah)

45

10.3 Detik-Detik Pemasyhuran Kemerdekaan
Gambar berikut berkaitan dengan detik pemasyhuran kemerdekaan negara kita.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Andaikan anda berada dalam situasi tersebut, huraikan perasaan anda ketika

mendengar laungan kemerdekaan? [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- menimbulkan perasaan bangga
- menambah semangat cinta akan negara
- menghargai jasa pemimpin
- kebijaksanaan pemimpin berunding kemerdekaan
- kesungguhan pemimpin mendapatkan kemerdekaan
- merdeka tanpa pertumpahan darah
- merasa gembira
- rakyat bertolak ansur bagi mencapai kemerdekaan
- merasa bahagia
- negara bebas daripada penjajahan
- tiada lagi kekejaman
- merasa terharu
- mengenang parajurit negara yang terkorban dalam perjuangan
- pengorbanan mereka tidak sia-sia
- contohnya Leftenan Adnan
- bersyukur
- atas nikmat kemerdekaan

(Mana-mana jawapan munasabah)

46

10.4 Kesan-Kesan Kemerdekaan Terhadap Negara Kita

Berikut adalah petikan ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamed.
“Kita bukan sahaja bebas, tetapi kita dapat mentadbirkan negara kita dengan baik, kita
dapat membangunkan negara kita, menyediakan segala kemudahan yang tidak pernah
kita kecapi dahulu. Sekolah, hospital, perumahan yag moden, jalanraya, pelabuhan,
lapangan terbang, jalan kampung, bekalan elektrik dan air serta segala yang terdapat
di negara maju terdapat juga di negara kita”.

Sumber : RTM 30 Ogos 2000

Berdasarkan ucapan tersebut, huraikan kesan kemerdekaan terhadap negara kita pada

hari ini. [8 markah]

Contoh Jawapan Aras 4 :
- bebas mentadbir negara
- memperoleh kedaulatan negara
- membangunkan negara dalam pelbagai aspek
- contohnya pembinaan sekolah/hospital/jalan raya
- negara mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa
- diterima menganggotai persatuan di peringkat serantau dan antarabangsa
- contohnya ASEAN dan PBB
- meningkatkan jati diri di kalangan masyarakat
- membentuk semangat bersatu dalam membangunkan negara
- infrastruktur dalam negara bertambah baik
- selepas merdeka, para pemimpin berdepan dengan cabaran membangunkan

negara
- sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik
- semua rakyat bekerjasama ke arah kehidupan yang lebih baik

(Mana-mana jawapan munasabah)

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
Gambar menunjukkan suasana persidangan Parlimen di negara kita.

Apakah manfaat pembentukan Parlimen tersebut? Sumber : bharian.com.my
[8 markah]

47

Contoh Jawapan Aras 4 :
- lambang sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita
- mencerminkan aspirasi rakyat melalui pewakilan yang dipilih
- undang-undang Persekutuan dapat digubal
- membuat pindaan kepada undang-undang Persekutuan yang sedia ada
- supaya sesuai dengan peredaran semasa
- diterima / dipersetujui oleh rakyat
- dipatuhi dengan sepenuh hati
- masalah rakyat dapat dibincangkan
- dapat mencari penyelesaian
- kebajikan rakyat terjamin
- menyemak dasar-dasar kerajaan
- dapat mengukuhkan kesejahteraan rakyat
- menjamin pembangunan yang berterusan
- contoh masalah kekurangan rumah mampu milik
- meluluskan perbelanjaan negara
- meluluskan hasil-hasil cukai yang baharu
- memastikan kecekapan dalam pentadbiran
- ketelusan dalam kerajaan

(Mana-mana jawapan munasabah)

48

49


Click to View FlipBook Version