AR-RAHNU
Penghargaan
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya
dapat juga kami menyiapkan e-majalah yang telah diusahakan selama ini.
E-majalah ini amat penting bagi kami memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada kerja kursus subjek Pengajian Islam. Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Alinawati binti
Ab. Aziz @ Kamarulzaman kerana telah memberi sokongan dan dorongan
kepada kami ketika menjalankan tugasan ini serta membantu dan memberi
tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini.
Tujuan kami menyediakan e-majalah ini adalah untuk menggalakkan umat
islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan membebaskan mereka
daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba gharar
dan terjamin dari segi kebajikan social penggadai.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekumpulan
yang banyak membantu dan memberi kerjasama ketika menyiapkan kerja
kursus
ini. Tunjuk ajar serta pendapat dan dorongan yang diberikan oleh semua
pihak membolehkan kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam
masa yang ditetapkan dengan jayanya.
Ahli Kumpulan
NURUL ATIQAH WAN NOR NUR HAZWANI NOOR AIN BT
BT MOHD ZULAIKHA BT BT YAHYA CHE FAIZUL
NASIR WAN OTHMAN 04DAT20F2008
04DAT20F2044 04DAT20F2066
04DAT20F2002
Pusat Ar-Rahnu
di Kelantan.
Definisi Ar-Rahnu
Ar-Rahnu – Skim pajak gadai islam yang berlandaskan Syariah. Perkataan
Ar-Rahnu berasal daripada perkataan Arab (Rahn) yang membawa
maksud gadai.
➢ Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan
suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai
tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu
seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”
➢ H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan
Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang
yang berupa harta dan ada harganya jadi
jaminan hutang dan ia akan dijadikan
pembayarannya jika hutang itu tidak
dapat dibayar”.
Objektif Ar-Rahnu
➢ Sama dengan pembiayaan peribadi iaitu mendapatkan wang tunai
tetapi dengan mencagarkan emas.
➢ Peminjam tidak begitu terbeban jika tidap dapat membayar semula
pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.
➢ Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai
melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.
➢ Menyediakan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada
masyarakat terutamanya golongan
yang berpendapatan rendah untuk
kegunaan sebagai modal perniagaan
secara kecil-kecilan.
➢ Tunai segera pajak gadai di Ar-Rahnu dengan
mencagarkan emas
4 Sebab kenapa perlu pilih Ar-Rahnu
Proses yang mudah dan cepat
01 ➢ Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji
diperlukan. Wang tunai boleh diberikan segera dan amat
sesuai jika berlakunya kecemasan.
Kurang risiko ‘pinjaman tidak berbayar’
➢ Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus
02 kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam
boleh memanjangkan lagi tempoh 3-6 bulan. Ini
mengurangkan risiko kepada pembiaya dan peminjam pula
tiada risiko berdepan tindakan saman atau bankrupt jika tiada
kemampuan membayar
Pembayaran yang fleksibel
➢ Pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada
03 mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan
sehingga tempoh penebusan. Ini memberikan kelebihan
terutamanya kepada peniaga kecil yang memperolehi
keuntungan secara harian.
HALAL – Patuh Syariah (tiada riba)
04 ➢ Paling utama, apabila kita menggunakan perkhidmatan
Ar-Rahnu ini, kita bermuamalat secara islam dan
kita bebas dari elemen riba. Ini membuatkan
hidup lebih berkat dan jauh dari riba
yang diharamkan.
Kelebihan menggunakan Ar-Rahnu
Suka berhutang adalah salah satu sifat yang tidak elok dan akan
menyebabkan ramai umat islam diisytiharkan muflis. Namun, dengan
adanya penubuhan skim pajak gadai islam dilihat mempunyai potensi
dalam mengubah persepsi atau imej skim ini ke arah yang lebih positif
dan adil. Seterusnya, memberi impak yang positif kepada pembangunan
sosio-ekonomi masyarakat. Ia terhindar dari elemen riba dan gharar
serta menjamin keadilan social kepada kedua-dua
pihak peminjam dan pemegang pihak gadai.
Kesan lain yang dapat diperoleh dengan
adanya pajak gadai islam adalah :
❑ Tidak mengenakan kadar faedah - Perbezaan utama antara Ar-Rahnu dan
Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan
dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian sendiri.
❑ Nilai gadaian tidak merosot – nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus
semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku
penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas
seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek
sedikit daripada sebelum digadai.
❑ Wang lebihan gadaian dipulangkan – sekiranya pemberi gadaian tidak
berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat
tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa di jual.
✓ Emas disimpan dengan
selamat di tempat yang sesuai
❑ Barang kemas yang disimpan selamat – semua barang kemas yang
disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian
akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan
kemas yang diberi oleh pemberi gadaian.
❑ Caj perkhidmatan yang rendah – Ar-Rahnu menawarkan caj perkhidmatan
yang rendah. Semua pegurusan di Ar-Rahnu melibatkan kos dan risiko yang
rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai
Konvensional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga
sebilangan pemegang atau tauke yang menerima atau meminta wang
pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
❑ Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan – pemberi gadaian juga
tidak perlu risau dengan penipuan yang sering berlaku semasa timbangan
dibuat. Kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan
ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
❑ Tempoh membayar balik yang munasabah – Ar-Rahnu juga merupakan
sebuah Pajak Pajak Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya
berkaita dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh
diterima pakai oleh semua pihak.
❑ Pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelongan – pihak
penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya
barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar
balik untuk mereka telah habis.
❑ Memberi nilai gadaian yang sepatutnya – perkara ini sering berlaku dalam
Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai
tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan.
Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang
sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Perbezaan Antara Gadaian Islam &
Gadaian Bukan Islam
PERKARA GADAIAN ISLAM GADAIAN BUKAN ISLAM
Cara Barang gadaian tetap Barang gadaian akan lupus
Cara bayaran menjadi hak pemilik asal. sekiranya tidak ditebus dalam
tempoh gadaian.
Kesan Nilai barang dan upah.
Nilai barang termasuk
Membantu meringankan faedah.
kesusahan.
Membebankan kerana
membayar faedah dan
terdapat unsur riba atau
gharar.
➢ Proses menguji
kepadatan emas bagi
menentukan harga
sebenar
➢ Proses menguji
emas
Kesan-Kesan Ar-Rahnu Terhadap
Golongan Penjaga Muslim
▪ Memudahkan peniaga muslim mendapatkan hutang modal bagi memulakan
perniagaan.
▪ Dapat memberi peluang kepada peniaga beragama Islam mengembangkan
ekonomi negara.
▪ Dapat memberi kemudahan kepada peniaga muslim
yang memerlukan bantuan.
▪ Dapat memberi jaminan kepada orang yang memberi
hutang.
▪ Dapat melahirkan sifat Kerjasama dan perasaan kasih sayang antara sesama
manusia.
▪ Memberi kemudahan untuk peniaga muslim menghindari riba’.
▪ Mengelakkan daripada terjebak mengikut skim yang berunsurkan penipuan.
Fungsi Ar-Rahnu ➢ Skala memberikan
jumlah berat
i. Merupakan pembiayaan yang berlandaskan sebenar.
Syariah islam.
ii. Memberikan kesedaran kepada penggadai
bahawa skim Ar-Rahnu ini mengenakan upah
simpan yang minimum iaitu separuh daripada
kadar yang dikenakan oleh kedai pajak
konvensional iaitu 24 peratus.
iii. Memberikan kesedaran kepada umum bahawa
mereka terdedah kepada unsur-unsur
penyelewengan apabila mereka melakukan
gadaian di kedai-kedai pajak gadai
konvensional.
iv. Menyediakan kemudahan kredit makro kepada ummah
khususnya kepada mereka yang memerlukan wang segera
untuk pebagai tujuan.
v. Menggalakkan umat islam melakukan gadaian mengikut
syariah islam dan membebaskan mereka daripada
berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur
riba gharar dan terjamin
dari segi kebajikan
social penggadai.
Kesimpulan
Sistem pajak gadai adalah sistem pinjaman berbentuk cagaran dan
telah lama digunakan. Sistem pajak Gadai dimanopoli oleh golongan
yang berpendapatan rendah bagi mendapatkan tunai segera dan
mempunyai prosedur yang mudah. Sistem Ar-Rahnu adalah satu cara
yang digunakan oleh peniaga kecil-kecilan di Pantai Timur. Ar-Rahnu
boleh menjadi sumber utama bagi modal perniagaan dan diterima
ramai oleh orang ramai dalam perniagaan harian. Ar-Rahnu boleh
menjadi asas ekonomi bagi mengukuhkan pembangunan sosio ekonomi
bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan ia selari
dengan prinsip koperasi.
Perniagaan Ar-Rahnu menjanjikan pulangan yang lumayan
kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini.
Istimewanya skim Ar-Rahnu yang ditawarkan oleh koperasi di
Malaysia ialah:
➢ AR-RAHNU ADALAH SENSITIVITI JANTINA
➢ Majoriti wanita adalah pemilik dan memakai barang kemas.
Aset tersebut boleh ditukar kepada tunai segera walau apa
pun alasannya
Rujukan
➢ https://bizislam.wordpress.com/ar-rahnu/kelebihan-
ar-rahnu/
➢ https://www.1media.my/2020/05/ketahui-apa-itu-
ar-rahnu-dan-mengapa.html
➢ http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-
ilmiah/arrahnu_brakyat._melayu.pdf
Lampiran
Sekian,Terima
Kasih