The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zurina.yasak, 2021-09-13 21:17:34

Buku Program Majlis Apresiasi Staf FPTV 2021

Buku Program Majlis Apresiasi Staf FPTV

Majlis Apresiasi Staf

FFAAKKUULLTTII PPEENNDDIIDDIIKKAANN

TTEEKKNNIIKKAALL && VVOOKKAASSIIOONNAALL

disempurnakan oleh

Y. Bhg Prof. Datuk Ts.
Dr. Wahid Razzaly

Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

20 OSEOPM1T0EPMLPAABTGEFRIO2R0M21
Z

KUALITI TERAS KECEMERLANGAN

KATA ALUAN
Naib Canselor

‫ِبْس ِم ِهَّللا الَّرْحَم ِن الَّرِح ْي م‬

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan Salam
Sejahtera

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada semua penerima anugerah bagi
Majlis Apresiasi Staf Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV) bagi tahun 2019/2020. Semoga
dengan penganugerahan ini dapat menggalakkan
warga kerja FPTV untuk terus memberikan
sumbangan dan berusaha untuk menghasilkan
perkhidmatan yang terbaik.

Saya juga berharap semua penerima anugerah yang
terpilih ini dapat mengekalkan budaya kerja yang
cemerlang di samping menjadi contoh dan pendorong
kepada warga kerja FPTV yang lain untuk terus berusaha
dalam meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja, dan
seterusnya menjadikan FPTV sebagai organisasi yang
cemerlang seiring dengan misinya untuk melahirkan
sumber manusia yang professional dalam bidang TVET
yang mempelopori pengetahuan dan teknologi terkini
berlandaskan tauhid.

Kecemerlangan seorang pekerja kepada majikannya diukur dengan mutu dan kualiti
perkhidmatan yang diberikan melebihi tanggungjawab yang digalas, malah sikap ini boleh
dijadikan contoh dan pengaruh yang mampu menggerakkan kecergasan bekerja dan daya
usaha kepada staf lain.

Bagaimanapun, saya berpendapat, sikap positif dan komitmen yang berterusan daripada
semua staf yang berlatarbelakangkan pelbagai pangkat dan gred jawatan mampu
melonjakkan kecemerlangan sesebuah organisasi tersebut. Bak kata pepatah, “bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Akhir kata, sekalung tahniah juga diucapkan kepada pihak Jawatankuasa Pelaksana yang telah
bertungkus-lumus berusaha menjayakan majlis yang pertama kalinya dilaksanakan di FPTV ini.
Semoga majlis ini boleh dijadikan majlis tahunan ataupun dwi-tahunan dalam kalender FPTV.

Sekian, terima kasih.

Y. Bhg. Prof Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

2

KATA ALUAN
Dekan FPTV

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan
Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah berkat dan keizinan daripada-
Nya, kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Apresiasi Staf
2019/2020 yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada
Pengarah Majlis Apresiasi Staf 2019/2020, Ts. Dr. Azmanirah bin
Ab Rahman dan ahli jawatankuasa pelaksana yang memberikan
komitmen serta kerjasama yang padu dalam menjayakan majlis
ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
kepimpinan universiti yang diketuai oleh YBhg Profesor Datuk
Ts. Dr. Wahid bin Razzaly di atas sokongan yang tidak berbelah
bahagi dalam memastikan kemajuan FPTV. Syabas dan tahniah
juga kepada semua staf FPTV yang telah banyak menyumbang
tenaga dan masa ke arah kegemilangan fakulti kita dari masa ke
semasa. Tidak lupa juga, kepada pemenang-pemenang
Anugerah Majlis Apresiasi Staf 2019/2020 yang telah berjaya
merangkul pengiktirafan di atas kecemerlangan semasa
berkhidmat di FPTV.

Majlis yang dianjurkan ini sememangnya sejajar dengan anugerah yang telah dilaksanakan di
peringkat universiti dan peringkat kebangsaan. Oleh itu, program seumpama ini diharapkan
dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan staf FPTV ke arah melonjakkan kecemerlangan
pada peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang. Di samping itu juga dengan adanya
usaha sebegini, dapat memberi penghargaan kepada staf-staf FPTV yang telah banyak
menyumbangkan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran ke arah pembentukkan
masyarakat yang berilmu dan berketrampilan.

Harapan saya, semoga majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan
persaingan yang sihat dalam membudayakan kerja yang cemerlang. Saya percaya dan yakin,
penghargaan ini dapat memberikan dorongan kepada semua golongan akademik,
pentadbiran dan juga penolong jurutera ke arah merealisasikan visi fakulti dan universiti.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan
terima kasih kepada semua warga FPTV yang menghadiri majlis ini dan semoga kita dapat
mencapai matlamatnya dengan jayanya serta dirahmati Allah SWT. Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq

Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

3

KATA ALUAN
Pengarah Program

Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam
Sejahtera.

Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, dapat kita bersama-sama berhimpun pada hari ini bagi
meraikan staf-staf akademik dan sokongan FPTV dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Staf
bagi sesi 2019/2020 yang diadakan secara maya.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua ahli
jawatankuasa yang terlibat atas komitmen dalam menjayakan majlis pada hari ini. Program
ini amat signifikan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf-staf FPTV yang
telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang. Ini termasuk segala khidmat dan
bakti dalam melaksanakan tanggungjawab, baik tugas rasmi mahupun sumbangan aktif
dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan.

Anugerah yang dicadangkan dalam program ini juga adalah selari dengan anugerah yang
telah dilaksanakan di peringkat universiti dan peringkat kebangsaan. Oleh itu dengan adanya
program seumpama ini dapat memberi dorongan kepada golongan akademia, pentadbiran
dan juga penolong jurutera untuk menetapkan hala tuju mereka dan rasa dihargai untuk
berkhidmat untuk fakulti dan universiti. Program seumpama ini diharap akan memberi
motivasi kepada staf untuk mencipta kecemerlangan pada peringkat universiti, kebangsaan
dan antarabangsa.

Akhir kata, syabas kepada semua penerima anugerah. Tingkatkan rentak kecemerlangan dan
komitmen yang telah kita tunjukkan selama ini, serta teruskan menyokong usaha fakulti
dalam melahirkan graduan yang cemerlang.

Kalau pergi tanjong keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ts. Dr. Azmanirah Ab Rahman

Pengarah Program Majlis Apresiasi FPTV

4

ATURCARA
Majlis Apresiasi Staf FPTV

9:45 pagi: Ketibaan staf FPTV
10.00 pagi: Nyanyian Lagu “Gemilang UTHM”


Bacaan Doa

Ucapan Aluan

Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq

Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Ucapan Perasmian

Prof Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Montaj Perasmian Majlis

Penyampaian Anugerah

Nyanyian lagu "FPTV Terbilang"

12.00 tengah hari: Majlis Bersurai

5

KRITERIA
Penerima Anugerah

ANUGERAH KHAS FAKULTI
Memenuhi kriteria audit program
Peratus penghantaran file e-PnP
Aktif dalam program akademik bersama industri.

ANUGERAH IKON FAKULTI
Staf Akademik
Pengajar/Felo Industri
Penolong Jurutera
Staf Sokongan

Personaliti staf yang disenangi oleh ahli fakulti
Menyokong / memberi kerjasama dalam program-program
anjuran fakulti
Keberadaan dalam penghasilan program-program anjuran fakulti
Dikenali kerana bidang Subject Matter Expert (SME) staf
Dikenali kerana mewujudkan program yang melibatkan ahli
fakulti bersama

6

KRITERIA
Penerima Anugerah

ANUGERAH PILIHAN AKADEMIA

Anugerah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Menggunakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, merangsang
dan membimbing rakan sejawat untuk mengaplikasikan penggunaan
inovasi dalam P&P, memperkasa dan menaiktaraf tugasan pelajar ke
tahap yang lebih baik

Anugerah Penyelidikan
Mengetuai pelbagai geran yang mempunyai nilai geran yang tinggi,
mempunyai kemajuan geran yang baik dan hasil daripada geran yang
memberansangkan

Anugerah Penerbitan
Banyak menerbitkan penulisan ilmiah seperti buku penyelidikan/karya
asli, jurnal, modul, bab dalam buku dan lain-lain terbitan

Anugerah Sumbangan Kepakaran Industri/Institusi
Aktif memberikan latihan, perundingan, aktiviti mobiliti dan sering
memberikan ceramah di peringkat nasional dan antarabangsa

Anugerah Endowmen
Mendapat rundingan/geran yang dinilai mengikut nilai RM/in kind

Anugerah Sumbangan Kepakaran (Komuniti)
Perundingan dari luar (dalam negara dan antarabangsa) yang
melibatkan industri/agensi yang mempunyai kerjasama dgn Fakulti
(MoU/MoA)
Membawa masuk projek mobiliti inbound dan outbound kepada
fakulti.

7

KRITERIA
Penerima Anugerah

ANUGERAH PILIHAN PENTADBIRAN

Staf Informatif
Berupaya menjadi rujukan maklumat Fakulti dan Universiti, serta arif
dalam skop tugas individu, unit, bahagian, data dan sistem fasiliti

Staf Proaktif
Berupaya mencadangkan dan melaksanakan alternatif penyelesaian
masalah

Staf Kreatif
Mampu memudahkan komunikasi, serta mampu menyampaikan
maklumat dalam bentuk yang menarik perhatian

Audit Fasiliti Makmal Terbaik (kejuruteraan)
Penolong jurutera bagi makmal kejuruteraan yang menyediakan dokumen
audit fasiliti dengan baik

Audit Fasiliti Makmal Terbaik (bukan kejuruteraan)
Penolong jurutera bagi makmal bukan kejuruteraan yang menyediakan
dokumen audit fasiliti dengan baik

8

KRITERIA
Penerima Anugerah

ANUGERAH POPULAR

Anugerah Personaliti Sukan/Permainan
Menyertai acara sukan sama ada di peringkat UTHM mahupun di peringkat
nasional dan antarabangsa serta mendapat undian tertinggi daripada staf

Anugerah Personaliti Pendidik
Mempunyai personaliti yang menarik dari aspek ketrampilan diri staf
akademik, sikap prihatin dan sahsiah yang baik dalam menjalin hubungan
antara rakan sekerja serta mendapat undian tertinggi daripada staf

Anugerah Pensyarah Lelaki Popular
Pensyarah lelaki yang mempunyai gaya pengajaran yang sangat baik,
menunjukkan sikap keprihatinan terhadap pelajar dan mesra pelajar serta
mendapat undian tertinggi daripada pelajar

Anugerah Pensyarah Wanita Popular
Pensyarah wanita yang mempunyai gaya pengajaran yang sangat baik,
menunjukkan sikap keprihatinan terhadap pelajar dan mesra pelajar serta
mendapat undian tertinggi daripada pelajar

Anugerah Staf Khidmat Pelanggan Popular
Staf "front-desk" yang mempunyai sikap dan tingkah laku mesra
pelanggan, sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan rakan
sekerja dan cekap dalam melaksanakan tugas serta mendapat undian
tertinggi daripada staf

Anugerah Penolong Jurutera Popular
Penolong Jurutera yang disenangi dan mendapat undian serta mendapat
undian tertinggi daripada pelajar

9

KRITERIA
Penerima Anugerah

ANUGERAH STAF POTENSI

Mendapat markah LNPT sebanyak 95 peratus dan ke atas bagi tahun
2019/2020

ANUGERAH PENILAIAN PENGAJARAN STAF AKADEMIK

Mendapat markah SPARK sebanyak 4.75 bagi tahun 2019/2020

ANUGERAH DOKUMENTASI PENGAJARAN

Menyediakan fail e-PnP dengan lengkap, keatif dan inovatif serta
menghantar tepat pada masanya setiap semester

10

JAWATANKUASA
Majlis Apresiasi Staf FPTV

Penasihat Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul


Razzaq


Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan


Vokasional




Pengarah Ts. Dr. Azmanirah Ab Rahman
Timbalan
Pengarah 1 Ts. Dr. Alias bin Masek
Timbalan
Pengarah 2 Dr. Khairul Anuar bin Abdul Rahman




Setiausaha 1 Ts. Munirah binti Ahmad Azraai
Setiausaha 2 Pn Noor Afizah bte Omar




Bendahari Pn. Suzana binti Ojudah

Jawatankuasa Dr. Nurfirdawati bte Muhamad Hanafi (Ketua)
Penilaian dan Dr. Nur Sofurah bte Mohd Faiz

Penjurian

Jawatankuasa Prof. Madya Ts. Dr. Halizah bte Awang (Ketua)
Penentuan Ts. Dr. Mohd Hasril Bin Amiruddin
Anugerah dan Prof. Madya Ts. Dr. Badaruddin bin Ibrahim
Kriteria
Penilaian Prof. Madya Ts. Dr. Azman bin Hasan
Pensyarah/Jurutera Prof. Madya Ts. Dr. Mimi Mohaffyza bte
Pengajar/Felo Mohamad

Industri Ts. Dr. Marina binti Ibrahim Mukhtar
Ts. Dr. Faizal Amin Nur bin Yunus


Ts. Dr. Mohd Bekri bin Rahim

Ts. Dr. Nizamuddin bin Razali

Dr Hashimah Hamid

Prof. Madya Dr. Lai Chee Sern

Prof. Madya Dr. Lee Ming Foong

Pn. Zanariah bte Ahmad

Pn Norhayati bte Mustafa

Jawatankuasa Cik Rohana bte Dollah (Ketua)
Penentuan Pn Norina bte Alwee
En. Hazni bin Md Harith
Anugerah dan
Kriteria

Penilaian Kategori
Pentadbiran

11

JAWATANKUASA
Majlis Apresiasi Staf FPTV

Jawatankuasa Dr. Hj. Mohamad Zaid bin Mustafa (Ketua)
Penentuan

Anugerah dan
Kriteria

Penilaian Kategori
Makmal

Jawatankuasa En. Abdul Wafi bin Abdul Rahman (Ketua)
Pengurusan Acara En. Mohd Hafiz bin Ghazali

Jawatankuasa Ts. Maziana Mohamed (Ketua)
Cenderahati dan Ts. Anizam bte Mohamed Yusof
Dr. Normah binti Zakaria
Sijil Pn. Rosnee bte Ahad
Pn. Lisa Mariam Syawal binti Ismail

Jawatankuasa En. Reyanhealme bin Rohanai (Ketua)
Teknikal dan Ts. Mohd Ridhwan bin Abdul Rani
En. Khairul Nizam bin Mohd Nazri
Logistikkuasa En. Muhammad Muzammil bin Noruddin
Cenderahati dan En. Mohamad Rafi bin Rahhim
En. Yushadi bin Muslim
Sijil En. Syed Mohd Zulfadhli bin Syed Adnan

Jawatankuasa

Jamuan
T s . D r . R o h a
y u b t e R o d d i n ( K e t u a )
Pn. Nor Anis Intan Aqiah bte Tukiran
Dr. Zanariah bte Ahmad
Cik Nurhaida bte Mat Sahar
En. Muhammad Amin bin Abdul Rahman

Jawatankuasa Hj. Md Azani bin Sham (Ketua)
Promosi dan Dr. Azita bte Ali
Hebahan Ts. Ida Aryanie bte Bahrudin
Dr. Mohd Zulfadli bin Rozali
En. Usuloudin Bin Hamzah
En. Mansor bin Mordi

Jawatankuasa Buku Ts. Dr. Zurina bte Yasak (Ketua)
Program Ts. Dr. Marlina bte Mohammed
Dr. Arihasnida bte Ariffin

Juruacara Ts. Dr. Yusmarwati bte Yusof (Ketua)
Majlis/Protokol Pn. Nur Diyana bte Mohd Yazid
Cik Debie Devisser Gerijih
Cik Nurhayati bte Baharudin
Cik Adibah Aishah bte Md Sahak
En. Mohd Akmal bin Rohiat
En. Raden Mohd Farhan Helmy bin Raden Ismail

12

Sekalung penghargaan &
ucapan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung

dalam menjayakan
Majlis Apresiasi Staf FPTV

2019/2020

13


Click to View FlipBook Version