The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliejue04, 2019-03-10 05:03:10

MESYUARAT STAF BIL 1 2019

MESYUARAT STAF BIL 1 2019

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/2

SK. BANTAYAN INANAM
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN STAF 2018

Bil ke : 1/2019 Tahun : .2018 Tarikh : 31/12/2018 Masa : 7.30 pagi
Tempat
Pengerusi : Makmal Komputer SK Bantayan Inanam

: Pn. Junaidah Yassin

Bil Nama (GURU BESAR)
(PK1)
1 JUNAIDAH YASSIN (PKHEM)
2 NORLIANAH TANTU (PKKOKUM)
3 ZELEN BINTI AZUN @ HELEN BT. AJUN
4 ANNIE BINTI WILLIAM (SETIAUSAHA)
5 AISHAH BINTI PAPO
6 HEDZAL PITRUS Catatan
7 HERRY SIGIN Ada makluman
8 KARTINAWATI @ WATI BT BENISOH BEN @ BEN Ada makluman
9 MOHD AZRUL HISHAM BIN AB AZIZ
10 ROSE TIWOL
11 SITI NURBAYAH BINTI ALIAS
12 SOIME BTE LAGA
13 KAMARIATI BINTI HUSSIN
14 RUSTINE BINTI GITOM
15 KONUIN BINTI MISUN
16 WONG THAI VUI
17 JULIA JOULIM
18 CHRISTE LAURENCE
19 JESSIETHA JAMES
20 MOIHIN LOMSUMI
21 YUSHERLIZA SHAZLEEN BINTI YUSOH
TIDAK HADIR BERSEBAB
Bil Nama

1 Norazah Bahrom

2 Noor Adli Othman

3

4

5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BANTAYAN INANAM
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN STAF BANTAYAN INANAM BIL 1/(2019)

Tarikh : 31 Disember 2018

Masa : 7.30 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Bantayan Inanam

Pengerusi : Pn. Junaidah Yassin Guru Besar SK Bantayan Inanam

Kehadiran(Bilangan) : orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran pada mesyuarat kali ini. Guru-
guru yang tidak hadir pada mesyuarat kali ini dikehendaki membuat surat tunjuk sebab.
Semua kehadiran dan penglibatan guru dalam aktiviti sekolah adalah dikira wajib.
Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada cikgu Yusherliza ke SK
Bantayan Inanam.

1.2 Pengerusi bersama dengan semua warga sekolah mengucapkan takziah kepada
Cikgu Rose, semua warga mengharapkan agar cikgu Rose tabah menghadapi
dugaan.

1.3 Pengerusi juga memaklumkan keadaan sekolah yang agak tidak kondusif, guru-guru
perlu bekerja keras untuk persediaan pdpc pada hari Rabu bersamaan dengan
2/1/2019. Pendawaian akan disiapkan oleh kontraktor selewat-lewatnya 31/12/2108.

1.4 Melihat kepada Tahun 2018, Guru Besar merangkumkan isu-isu kehadiran guru ke
tempat kerja. Ada segelintir guru-guru tidak membuat pemberitahuan lambat ke
sekolah atau sakit menyebabkan guru yang membuat jadual waktu ganti tidak dapat
membuat relief. Sekiranya ada perkara yang berlaku dalam kelas, guru yang
berkenaan akan bertanggungjawab.

1.5 Penghantaran RPH 2019, diharap dapat membuat penghantaran penuh pada tahun
2019. Penghantaran pertama adalah pada 31/12/2018. Sesi pdpc, pencerapan pdpc
semua markah 80 ke atas. Guru-guru perlu refleks semula MTM murid. Guru-guru
diingatkan untuk menepati masa masuk kelas ini adalah untuk mengelakkan murid-
murid bising dan bermain. Isu profesionalisma, pengerusi berharap guru-guru dapat
tanamkan kepakaran dalam bidang masing-masing.

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

1.6 Perkongsian “Wake up call” daripada pengerusi. Melibatkan semua perkara yang kita
lalui setiap hari contohnya akta pendidikan, SKPMg2, Myportfolio dan sebagainya.
Pengerusi menegaskan bahawa myportfolio perlu dilekatkan dalam buku pengurusan
serta membaca dahulu teks ucapan Guru Besar dan berjumpa dengan Guru Besar
untuk ditandatangani teks ucapan tersebut. Pengerusi juga memohon kepada semua
guru untuk muat turun buku Dtuk Dr. Amin Senin untuk dibaca.

1.7 Pengerusi juga memaklumkan bahawa sekolah tidak pernah mencapai MTM 80% dan
berharap ini akan menjadi basedline. Sekolah juga termasuk salah satu sekolah yang
mempunyai 6E UPSR 2018. Pengerusi mohon kepada semua untuk memantau
semula program 2018, kaji semula samada semua guru berpuas hati, apakah kesan
dan impak.

1.8 Pengerusi memaklumkan mengenai isu kelulusan kelas 2019. Kelulusan 12 kelas
untuk 2019 dan 26 guru diluluskan. Tahun 6 akan mejadi 2 kelas iaitu 6A dan 6B.
Sebarang perubahan masa guru-guru akan berlaku pada bulan April.

Tindakan: Makluman semua

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu:

Dicadang untuk disahkan oleh :Pn. Zelen Azun
Disokong untuk pengesahan oleh: Pn. Annie William.

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Reza akan didaftar semula pada Tahun 2019.
Tindakan: Makluman Semua/PKHEM
3.2 Guru Besar memaklumkan punchcard masih digunakan atas sebab perkara yang tidak
dapat dielakkan. Thumbprint akan digunakan apabila urusan pembelian selesai
dilakukan.
Tindakan: Makluman semua

4.0 Kurikulum
4.1 Guru Besar mengingatkan semua guru-guru yang mengambil CRK dan yang
menghadiri kursus untuk membuat pengisian dalam Hrmis. Guru-guru diminta untuk
membuat pemakluman lebih awal supaya relief dapat dibuat lebih awal. Pemakluman
perlu dibuat di Bantayan Official supaya semua dapat makluman. Pemakluman yang
dibuat selepas jam 7.30 tidak akan dilayan. Relief tidak akan dibuat dan sekiranya ada
perkara yang berlaku guru berkenaan perlu bertanggungjawab atas sebab tidak hadir
ke sekolah.
Tindakan: Semua guru

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2 Guru Besar juga memaklumkan kumpulan whatsap kelas hanya ditadbir oleh guru
kelas sahaja bukan ibubapa. Kumpulan ini boleh dijadikan sebagai eviden medium
pengurusan dan penyebaran maklumat kepada ibubapa.
Tindakan: Semua guru Kelas

4.3 Guru Besar memohon agar minit mesyuarat pengurusan disiapkan awal dan dihantar
pada 2/1/2019.
Tindakan: S/U pengurusan

4.4 Punggunaan punchcard mestilah telus. Guru-guru tidak dibenarkan punchcard untuk
orang lain.
Tindakan: Semua guru Kelas

4.5 Guru Besar mohon kepada semua untuk mengumpul semua hasil atau karya sekolah
contohnya lagu atau video dan disimpan di bilik gerakan.
Tindakan: Semua guru

4.6 PK1 memaklumkan e-operasi sudah diuntick guru-guru dan AKP boleh semak dan
maklumkan dengan PK1 untuk sebarang pembetulan ataupun penambahan
maklumat.
Tindakan: Semua guru

4.7 PK1 memaklumkan kepada semua guru kelas untuk menyusun kerusi meja dalam
kelas mengikut PAK21.
Tindakan: Guru Kelas

4.8 Pdpc adalah berpusatkan kepada murid dan semua guru dilarang melakukan kerja
perkeranian semasa pdpc.
Tindakan: Guru Kelas

4.9 PK1 memaklumkan kepada semua ketua panitia bahawa mesyuarat panitia adalah
4 kali setahun.
Tindakan: Ketua Panitia

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5.0 HEM
5.1 PKHem memaklumkan pengagihan kelas adalah seperti berikut.
1. -Tahun 1 akan berada di Kelas Tahun 2.
2. -Tahun 2 dan 3 akan berada di blok C.
3. -Kelas Tahun 4 akan dikosongkan.
4. -Kelas 1A dikosongkan.
5. -Kelas 1B dijadikan bilik rehat guru.
Tindakan: Semua guru/guru kelas

5.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru yang telah menghantar GCR dalam
Hrmis.
Tindakan: Semua guru

5.3 Pn. Jessietha mohon kepada semua guru untuk kemas kini cuti dalam Hrmis.
Tindakan: Semua guru

5.4 Pn. Zelen memaklumkan enrolmen murid 2019.
Tahun 1= 26 orang
Tahun 2=37 orang
Tahun 3=39 orang
Tahun 4=42 orang
Tahun 5=33 orang
Tahun 6A=21 orang
Tahun 6B=21 orang
Jumlah keseluruhan: 219
Tindakan: Semua guru/Guru Kelas

5.5 Jumlah murid mendapat RMT ialah 26 orang sahaja untuk 2019.
Tindakan: Semua guru/Guru RMT

5.6 Peruntukkan Wang Bantuan Persekolahan akan dimasukkan dalam akaun sekolah
bermula pada 04/01/2019.
Tindakan: Semua guru/Guru Kelas

5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa nombor bilangan sekolah boleh digunakan
sebagai surat beranak maka adalah sangat penting untuk guru kelas menulis nombor
bilangan murid dalam rekod kehadiran murid.
Tindakan: Semua guru Kelas

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

6.0 KOKURIKULUM
6.1 Pn. Annie memaklumkan bahawa perjumpaan bagi setiap unit, kelab dan sukan
adalah seperti berikut:
6.1.1 Unit Beruniform 18 kali
6.1.2 Kelab dan Persatuan 12 kali
6.1.3 Sukan dan Permainan 12 kali
Tindakan: Pentadbiran
6.2 Pn. Annie juga memohon kepada s/u kokum untuk membuat pengisian data-
data PAJSK online.
Tindakan: En. Jaidi Yusuf

6.2 Pn. Annie memaklumkan aktiviti KOKUM sepanjang Januari/Februari 2019.
12 Jan 2019 Merentas Desa
2 Feb 2019 Bola Baling
2 Feb 2019 Bola Jaring
2 Feb 2019 Bola Tampar
2 Feb 2018 Sepak Takraw
22 - 24 Feb 2019 Olaraga
Tindakan: Semua penasihat sukan

6.3 Guru besar memaklumkan bahawa semua guru penasihat boleh memakai pakaian
uniform lengkap pada setiap minggu ke-3 sahaja dan memakai pakaian T-shirt
berkolar pada setiap hari Rabu.
Tindakan: Semua Guru Sukan

7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Pn. Konuin memohon untuk dibuat pancuran di Prasekolah sebab bumbung baru
yang dibuat tidak mempunyai pancuran.
Tindakan: Pentadbiran

7.2 Guru Besar memaklumkan Tinta Pendidik perlu dilaksanakan mengikut tarikh dan
masa yang ditetapkan.
Tindakan: Semua guru

7.3 Semua guru diwajibkan untuk mengikuti lawatan sekolah yang akan diadakan pada
bulan Julai 2019.
Tindakan: Semua guru

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

7.4 En. Mohd. Azrul memaklumkan parking kereta boleh digunakan dibawah rumah guru
dan dikawasan yang diratakan.
Tindakan :Makluman

7.5 Pn. Jessietha memaklumkan borang kertas kerja yang dihantar oleh guru tidak
lengkap dan diminta untuk ambil tindakan. Senarai borang yang tidak lengkap adalah
seperti berikut:
1. Karnival Sukan dan Permainan
2. Karnival Akademik Sekolah
3. Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Kanak-kanak.
4. Kursus Pra Kepimpinan Pengawas 2018.
Tindakan: Guru yang terlibat

7.6 Pn. Siti Nurbayah memaklumkan jadual waktu sudah diapungkan ditelegram
sekolah. Guru-guru diminta untuk cetak sendiri dan minta tandatangan dengan PK1.
Tindakan: Semua guru

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.55 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh, Disahkan oleh,

........................................ ……......................... ...................................
JULIA JOULIM NORLIANAH TANTU JUNAIDAH YASSIN
Setiausaha Penolong Kanan 1 Guru Besar
Pengurusan Staff
Tarikh: 2/1/2019

Disahkan oleh: Disokong oleh:
....................................... .....................................


Click to View FlipBook Version