The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ping_sim, 2021-01-09 23:42:46

Kami Pilih Selamat

kami_pilih_selamat

4

Dialog Harith bersama jirannya, Ah Chai.

5

PERSEKITARAN YANG SELAMAT,
MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT.

Kita perlu mengecapi kualiti hidup yang terbaik
termasuk dari segi keselamatan. Persekitaran
yang selamat dapat mewujudkan masyarakat
yang sejahtera dan seterusnya menjamin
keamanan negara. Namun masyarakat bukan
sahaja memerlukan persekitaran yang selamat,
tetapi perasaan selamat itu perlu ada dalam diri
mereka. Masyarakat juga mula sedar peranan
dan pengorbanan pasukan keselamatan dalam
mempertahankan kedaulatan Negara.

6

Kita bertuah kerana dapat mengecapi hidup
aman damai serta harmoni di Malaysia untuk
melaksanakan rutin aktiviti harian di rumah dan
bergerak ke mana sahaja tanpa rasa bimbang.
Keselamatan kita berada di mana-mana premis
dalam negara ini menjadi keutamaan sehingga
pelbagai usaha prihatin telah dilaksanakan seperti:
Menugaskan anggota keselamatan di kawasan-
kawasan yang mempunyai kadar jenayah tinggi
untuk membuat rondaan.

7

Kawalan CCTV di kawasan letak kenderaaan,
dalam bangunan dan jalan raya untuk
pemantauan bagi memastikan kita selamat.
Pihak polis, penguatkuasa dan masyarakat
prihatin hari ini sentiasa melaporkan dan
membantu dalam menghadapi sesuatu
masalah keselamatan menjadikan kita rasa
selamat.

8

Aktiviti-aktiviti kejiranan yang dianjurkan
oleh pelbagai pihak dengan kerjasama
pihak anggota keselamatan setempat telah
melahirkan perasaan Feeling of Safety.
Keselamatan Kita adalah Tanggunjawab Kita
Bersama.

9

Kerajaan kita tidak berpeluk tubuh malah sentiasa
komited terhadap usaha memerangi jenayah
yang boleh menggugat keselamatan orang ramai.
Antara usaha-usaha kerajaan dalam menangani
kes atau jenayah yang menular dalam negara:
BPreorgmroatmosikaOl (mURnBip) r&esPeenmcaes,angUannitCCTRVondaan
Mewujudkan kerjasama antara pihak keselamatan
bersama sukarelawan bagi mengatasi masalah
jenayah di tempat awam yang berisiko.
Contohnya rondaan secara ketara dapat dilakukan
bersama sukarelawan di beberapa lokasi penting
seperti kawasan kediaman, sekolah, kawasan letak
kereta pusat beli-belah dan kompleks perniagaan
yang menjadi tumpuan penjenayah.

10

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat
kerjasama pihak swasta, pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), pelajar, ibu bapa dan komuniti
masyarakat.
Manakala URB akan dilaksanakan secara
buddy system iaitu dua buah motosikal akan
membuat rondaan selama 24 jam di kawasan
perumahan serta kawasan yang sibuk dalam
tiga syif.
Unit rondaan bermotosikal dilengkapi dengan
sistem lampu dan siren. Rondaan juga meliputi
kawasan-kawasan yang sibuk seperti kawasan
perniagaan, taman rekreasi, sekolah, premis
niaga, premis universiti dan sebagainya.
Pemasangan CCTV dilaksanakan di kawasan
“hot spot” yang telah dikenalpasti termasuk
kawasan awam seperti stesen bas, LRT, bas,
MRT, Komuter dan sekolah bermasalah.
Pemasangan CCTV adalah :
untuk meningkatkan tahap keselamatan orang
awam.
mengurangkan kadar jenayah.
meningkatkan keyakinan rakyat terhadap
perkhidmatan pihak keselamatan.

11

Gbaow-aTho N–aSatiofentayl-BPluoeinOt c(GeaTSnPS)tr-atIengisyia(tNif BOdS)i
Beberapa syarikat yang terlibat dengan
program GTSP ini adalah beberapa kedai
serbaneka 7-Eleven dan Pejabat Pos, Stesen
minyak di Petron, Shell, BHP Petrol dan Petronas.
Antara bantuan yang diberikan adalah:
Menyediakan tempat untuk mangsa berehat
Menenangkan mangsa
Memberi rawatan awal kecemasan perubatan
(first aid)
Menjaga keselesaan mangsa
Menghubungi pihak polis dan melaporkan
kejadian;
Menghubungi hospital terdekat untuk
mendapatkan bantuan ambulan sekiranya
mangsa mengalami kecederaan;
Menguruskan penghantaran mangsa ke
hospital apabila ambulan sampai di lokasi Go-
To-Safety-Point.

12

RAKAN COP (Rakan Polis) / Community Policing
Program keselamatan yang berkonsepkan
serampang dua mata iaitu kerjasama polis dan
komuniti bagi memerangi jenayah.
Agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu menjadi
‘Mata dan Telinga’ Polis melalui saluran yang
ditetapkan seperti saluran HOTLINE dan SMS Polis
yang dipasang di Pusat Kawalan Kontinjen (CCC).

iSELAMAT.my
Kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia
dengan Kementerian Kesejahteraan
Bandar,Perumahan dan Kerajaan
Tempatan untuk memudahkan orang
ramai membuat aduan berkaitan
kegiatan jenayah di sekitar komuniti
dan kawasan kejiranan dalam
bentuk peta melalui laman sesawang
berkaitan.

13

INFO PDRM
Hubungi talian 999 atau sms ke DAPAT (32728) atau hubungi terus
ke Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Polis melalui pautan di
bawah:

Tempat Telefon

Ibu Pejabat 03-20319999 / 03-22663333
PDRM Bukit Aman 03-55145203/5204/5206
Ibu Pejabat 03-21460585/0584
Kontinjen Selangor 04-9711999
Ibu Pejabat 04-7392999
Kontinjen Kuala Lumpur 04-2691999
Ibu Pejabat 05-2401999
Kontinjen Perlis 06-7619999
Ibu Pejabat 06-2851999/06-2854199
Kontinjen Kedah 07-2212999/07-2254459//4499
Ibu Pejabat 09-5151999/09-5052202
Kontinjen Pulau Pinang 09-6270499
Ibu Pejabat 09-7450999
Kontinjen Perak 082-240800
Ibu Pejabat 088-318555
Kontinjen Negeri Sembilan 087-412575
Ibu Pejabat
Kontinjen Melaka
Ibu Pejabat
Kontinjen Johor
Ibu Pejabat
Kontinjen Pahang
Ibu Pejabat
Kontinjen Terengganu
Ibu Pejabat
Kontinjen Kelantan
Ibu Pejabat
Kontinjen Sarawak
Ibu Pejabat
Kontinjen Sabah
Ibu Pejabat
Kontinjen Labuan

14

ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai
Timur Sabah)
Memantapkan lagi semua operasi yang
dilaksanakan oleh entiti organisasi seperti ATM,
PDRM, APMM dan Imigresen. Merangkumi kawasan
pantai timur negeri Sabah termasuk Kudat, Tawau,
Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
Turut memberi kerjasama adalah Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),
anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)
dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Akta Pencegahan Jenayah (PoCA) 1959
Diluluskan untuk memberi kuasa yang lebih meluas
kepada pihak polis dalam menangani jenayah
terancang dan penjenayah tegar dan ganas.

15

TIP KESELAMATAN SEMASA MENINGGALKAN
RUMAH UNTUK BERCUTI
Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan
dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak
mudah dipecah atau diumpil.
Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/
belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga
7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari.
Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi
dengan baik (jika ada).
Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai
dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di
tempat yang dianggap mudah dipecah masuk
seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu
besi (grill) di hadapan dan di belakang rumah.

16

Jangan membiarkan binatang peliharaan anda
kebuluran semasa anda bercuti.
Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah
(termasuk jiran di hadapan/belakang rumah)
dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang
mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan
anda.
Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang
tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa
bersama atau disimpan di tempat yang selamat.
Hentikan langganan surat khabar bagi
mengelakkan penjenayah daripada mengetahui
rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan
jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan
di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka
masa ketiadaan anda.

17

Maklumkan kepada pegawai atau anggota
bertugas di Bilik Gerakan Polis apabila anda bercuti
dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat
polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan
berikan maklumat seperti berikut:

• Nama dan alamat
• Nombor telefon yang mudah dihubungi
• Tarikh berlepas dan balik
• nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

Anda juga dinasihatkan melindungi harta
benda rumah anda dengan polisi insurans untuk
meringankan beban kerugian sekiranya rumah
dipecah masuk.

18

Dialog 1: Tahukah Anda Bentuk Sokongan Yang Boleh
Membantu?

19

Dialog 2: Tahukah Anda Bentuk Sokongan Yang Boleh
Membantu?

20

21

WANITA ELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA
KEGANASAN

“Wanita tidak sepatutnya didera dan
menjadi mangsa keganasan. Wanita
sepatutnya dihargai, dihormati, disayangi

dan dikasihi.”

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim

Sambutan Hari Antarabangsa Menangani
Keganasan Terhadap Wanita 2015

22

Di Malaysia, walaupun kes keganasan
terhadap wanita dilaporkan masih rendah,
Kerajaan tetap mengambil inisiatif awal bagi
mencegah kes tersebut dari terus berleluasa.
Kesedaran terhadap keselamatan diri pada
setiap individu wanita perlu bagi mengelakkan
diri dari menjadi mangsa jenayah. Wanita
tidak perlu berahsia dan takut untuk bersuara
sekiranya anda menjadi mangsa keganasan.
Keganasan terhadap wanita bukan sahaja
merangkumi penderaan secara fizikal, emosi
dan seksual malah yang terbaru adalah
keganasan digital iaitu penyebaran gambar
dan video lucah menerusi telefon bimbit serta
aplikasi seperti youtube, Whatsapp, Wechat,
Viber dan sebagainya.

23

AKTA DAN PERUNDANGAN KHUSUS:
Wanita Terus Dilindungi
Pindaan Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994
Akta Perempuan Bersuami 1957
Seksyen di bawah Kanun Keseksaan
(Akta 574) bagi menangani Gangguan
Seksual
Konvensyen Penghapusan Segala
Bentuk Diskriminasi Terhadap wanita
(CEDAW)
Akta Perlindungan Wanita Dan Gadis
1973 (Akta 106)
Gangguan Seksual Dalam Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
Dan Tatatertib)

24

TIP UNTUK KESELAMATAN DIRI
Jangan berada di tempat sunyi.
Jangan menumpang kenderaan
individu yang tidak dikenali
walaupun berteman.
Bawa bersama penyembur
lada atau alatan yang boleh
menakutkan penjenayah dalam
keadaan paling kritikal.
Tidak panik dan kenal pasti nombor
kenderaan yang dinaiki suspek
(Jenis kenderaan, nombor, warna,
bangsa, jantina dan pakaian).
Elakkan meletakkan beg tangan
atau dompet di tempat yang
mudah dicapai oleh orang lain
umpamanya di dalam raga
motosikal atau kerusi penumpang
dan sebagainya.

25

Sentiasa mengepit atau membimbit
beg tangan dan tidak disangkut/
disandang di bahu supaya ia sukar
diragut jika diragut boleh mengelak
daripada berlakunya kecederaan
semasa diseret.
Maklum kepada anggota keluarga,
teman rapat atau majikan
kedudukan anda jika keluar dari
rumah atau tempat kerja.
Jangan terus memberhentikan
kenderaan yang dilanggar dari
belakang. Berhenti di tempat
ramai penduduk atau balai polis
berdekatan.
Tidak membawa barang kemas
atau wang berlebihan yang boleh
menarik minat penjenayah.
Jangan meninggalkan anak kecil
bersendirian di dalam kenderaan
dan keluar untuk membuka pintu
rumah
Jangan lakukan kerja lebih masa
tanpa kelulusan pihak pengurusan
dan maklumkan kepada bahagian
keselamatan lokasi, masa dan tarikh
bekerja lebih masa
Jangan cuba melawan atau
merampas semula barangan yang
disamun atau diragut kerana boleh
menerima kecederaan parah.

26

27

TINGKATKAN KESEDARAN, SAYANGI
KANAK-KANAK

“Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak
serta perlindungan persekitaran mereka

adalah satu topik yang amat penting
dan perlu diberikan perhatian serius oleh

masyarakat dunia.”

Tan Sri Noh Bin Haji Omar
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan
Seminar Keibubapaan dan Kempen Keselamatan

Kanak-Kanak
12 Mac 2017

28

Kanak-kanak adalah anugerah Allah yang
tidak ternilai dan merupakan modal insan
penting kepada negara. Perlindungan hak,
penganiayaan dan keganasan terhadap
kanak-kanak haruslah diberi penekanan utama
di negara kita.
Antara kes penganiayaan dan keganasan
yang berlaku terhadap kanak-kanak adalah
pengabaian, penderaan fizikal, seksual dan
emosi, keganasan dan eksploitasi seperti
pemerdagangan, pelacuran, pornografi dan
pedofilia.
Kanak-kanak menghadapi keganasan dalam
pelbagai situasi termasuk di rumah, sekolah,
taska serta tadika. Melindungi kanak-kanak
daripada keganasan memerlukan penglibatan
setiap individu dalam masyarakat.

29

BANTERAS DAN BERTINDAK BERSAMA
Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016
Meningkatkan hukuman kepada individu yang
melakukan penganiayaan hingga mengakibatkan
kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal, emosi
atau seksual di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-
Kanak 2001.
Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bawah 18 tahun
Mendorong Kerajaan supaya lebih bertanggung-
jawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai
mengiktiraf hak mereka dan menghuraikan segala
keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan
orang dewasa tanpa diskriminasi, tidak mengira
warna kulit, jantina, bahasa, etnik, kecacatan dan
lain-lain.

30

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) &
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)
PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi
sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan
perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang
dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-
Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan
mengikut keperluan masyarakat setempat.
Objektif penubuhan PAKK adalah untuk
menganjurkan program dan perkhidmatan
sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan
terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh
keluarga mereka. Peranan PAKK dan aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh Pasukan Pelindungan Kanak-
kanak :
Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti
yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus
pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-
kanak.
Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan
untuk kanak-kanak.
Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer /
kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato
/ deklamasi sajak.
Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.
Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah /
program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.

31

Penjagaan Sementara Bagi
Mangsa
Undang-undang membenarkan
mana-mana Pelindung atau
Pegawai Polis untuk mengambil
kanak-kanak tersebut ke dalam
jagaan sementara sehingga
berpuas hati atas alasan yang
munasabah. Pelindung ditafsirkan
sebagai Ketua Pengarah, Timbalan
Ketua Pengarah, Pengarah
Bahagian bagi Kebajikan
Masyarakat, Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri bagi setiap
negeri dan mana-mana pegawai
Kebajikan Masyarakat yang dilantik
di bawah seksyen 8 Akta 611.

UNICEF Malaysia
Menyokong usaha-usaha negara
untuk memenuhi hak kanak-kanak
dan mencapai Deklarasi Milenium
dan Matlamat Pembangunan
Milenium (MDGs).

32

TIP KESELAMATAN UNTUK IBU
BAPA DAN PENJAGA

Pantau penggunaan media sosial dan gajet anak
anda (seperti Facebook/ Wechat/ Whatsapp dan
Instagram). Sebagai contohnya, pantau senarai
kawan anak anda dalam Facebook (lihat gambar
profail pun cukup)
Luangkan sedikit masa dengan anak anda dan
tanya masalah yang mereka hadapi sekiranya
anak anda menunjukkan simptom - simptom yang
pelik seperti murung, diam diri atau mengasingkan
diri
Sentiasa tanya anak anda tentang situasi disekolah/
siapa yang mereka jumpa / ditegur oleh siapa.

33

Pastikan kanak - kanak perempuan sentiasa
memakai baju walaupun belum baligh dan
jangan salin pakaian anak perempuan anda di
hadapan orang lain.
Didik mereka tentang rasa malu jika tidak
memakai baju / menanggal baju di hadapan
orang luar.
Pastikan komputer rumah anda (terutamanya
yang mempunyai akses internet) diletakkan
di ruang tamu atau tempat yang umum dan
bukannya di bilik.
Didik anak lelaki yang lebih tua untuk
berpakaian sopan apabila berada dengan
adik perempuan. Elakkan mereka memakai
‘boxer’ atau seluar pendek yang ketat apabila
berada dengan adik mereka.
Jangan benarkan anak perempuan / anak
lelaki anda duduk di atas paha orang yang
tidak dikenali atau saudara-mara yang tidak
dipercayai.

34

Pastikan anak anda HAFAL nama penuhnya/
nama ibu/ nama ayah/ nombor telefon ibu-
ayah/ alamat rumah/ nama sekolah. Perkara
ini membantu apabila anak anda hilang di
tempat orang ramai seperti pusat membeli
belah.
Pantau pergerakan anak dan juga kenali
rakan - rakan anak anda dan tanya anak anda
tentang latar belakang rakan itu.
Sekiranya anak anda mendapat telefon bimbit
/ rantai/ atau barangan yang berharga, cuba
selidik kerana adalah menjadi taktik sebahagian
individu yang tidak bertanggungjawab untuk
menjadikan anak anda sebagai umpan dan
mangsa jenayah seksual.

35

LAPAN (8) ETIKA BIJAK & SELAMAT UNTUK
KANAK-KANAK

Saya adalah tuan kepada badan saya sendiri. Tidak
ada sesiapapun yang berhak untuk menyentuh
anggota badan terutamanya bahagian sulit.
Sekiranya berlaku, cepat-cepat bagi tahu ibu dan
bapa.
Saya tahu nama saya, alamat dan telefon rumah
dan nombor telefon bimbit ibu bapa saya.
Tidak dibenarkan bermain dan menyentuh
bahagian sulit.
Saya tidak takut untuk mengatakan “TIDAK” ketika
saya tidak berasa selamat dan selesa walaupun
orang itu lebih besar daripada saya.

36

Saya tidak akan sekali pergi bersama ATAU
mengambil apapun barangan sama ada
makanan, minuman atau mainan daripada
seseorang yang saya tidak kenali.
Saya akan sentiasa memeriksa terlebih dahulu dan
memohon kebenaran daripada ibu dan bapa
saya sebelum pergi ke suatu tempat.
Sentiasa peka kepada suara hati terutamanya rasa
“Uh-Oh” (rasa tidak selamat atau selesa).

37

Saya tidak akan berahsia kepada ibu dan
bapa saya. Ibu bapa haruslah mendidik anak-
anak mereka supaya sentiasa berterus terang
terutamanya apabila ia melibatkan anggota
badan anak-anak.
Masyarakat sekeliling harus mengambil berat
dan segera melaporkan kepada pihak yang
bertanggungjawab untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya sekiranya ada didapati
berlakunya unsur keganasan terhadap kanak-
kanak di sekitar kawasan kediaman mereka.

38

HOTLINE/TALIAN KECEMASAN KANAK-KANAK
Polis DiRaja Malaysia (Unit D11- Unit Siasatan
Seksual/Kanak-Kanak)
03-2622 2222 ATAU hubungi Balai Polis yang
berdekatan.
Talian Kasih (Childline) : 15999
Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)
03-8000 8000
Protect dan Save The Children
03-7957 4344 / 03-7956 4355
Voice of The Children
03-7960 4776
Hospital terdekat

39


Click to View FlipBook Version