PerDpaetidk-duetaik n
Rukun Negara
“Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung
cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dinikmati bersama
secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-Undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Isi Kandungan
45
Pengenalan Detik-Detik Perpaduan
6 13
Makanan Kebudayaan
20 24
Sukan Nyanyian dan Lakonan
26 30
Animasi Filem
34 36
Kebajikan Penutup
4 DETIK-DETIK PERPADUAN
Pengenalan
Jika ingin melihat Malaysia terus kekal merdeka,
berdaulat, damai dan disanjung seluruh dunia,
detik-detik perpaduan perlu dicambah dan
disemarakkan. Detik-detik perpaduan merentasi
sempadan perkauman, agama, budaya dan
bahasa seperti dalam bidang sukan, ekonomi,
seni budaya dan sosial adalah instrumen ajaib
yang dapat menyatu padukan rakyat Malaysia.
Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina,
Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut,
Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam,
atau pun yang lain-lain, namun lebih mulia
dan penting dari itu, semua bersatu padu atas
nama bangsa Malaysia!
Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah
payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita
tidak mahu terjadinya moments of disunity, iaitu
babak-babak atau episod perpecahan, yang
akan memusnah dan meranapkan segala yang
terbina.
DETIK-DETIK PERPADUAN 5
Detik-Detik Perpaduan
• Makanan DETIK • Sukan
• Kebudayaan DETIK • Filem
PERPADUAN
• Nyanyian dan • Animasi
Lakonan
• Kebajikan
6 DETIK-DETIK PERPADUAN
Makanan
Kadbneniaosptasleaiejihlrkelabammaknaaeg, rtkuaaidmiyasaaa.nkniBmdgukiakratatnukinraamuynptaaaad,knaiambpmnaaanebkbganeislynraasaadstsmeuaeksnkauaa-adnsliatipgupmueemnmar,pa.asakCeradimoonunulaaetaonnhhbidrtnaauiyknayga,sta
Malaysia berbilang kaum.
BsdroriIpeeaesuiltgeesjiskiatmttelhuaobokmnerraR1aoawuagi9ntrnmau5aarnin7nnisoayakagyjalhueesahibghtTa,kduueapajmriamruabnsm,aenpdranaeasbaanyannupnagrsjaaigyedrsavhaadlaaaaknirnnInanenaggdtgdbsnttgpagiatoeaaaeennrrarkmnlygabKennsuyaensaymasadgaa.lintaamiluligpdkii,tuKkiskamaIolaeparupeinlokutmigmaehaYan.ruroidtgUtlumnaiaprnigkdeiodkCainSpnmaniuuynuriaiaolalpyiakn,paair.endrgaasi
IMnialalahykseiaundiakannwdaejatirk-ddipeetiklihpaerarpaduan yang ada di
sampai bila-bila.
DETIK-DETIK PERPADUAN 7
Nasi
VANGGEY
Suasana di restoran nasi
vanggey yang digemari
oleh pelbagai bangsa
Nasi lemak merupakan
makanan orang Melayu yang
dimakan oleh semua lapisan
masyarakat Malaysia.
DETIK-DETIK PERPADUAN 9
Yee sang merupakan
makanan kebudayaan
masyarakat cina yang
dimakan bersama
masyarakat pelbagai
kaum semasa sambutan
Tahun Baru Cina.
ihsan google
Roti canai merupakan
makanan yang berasal dari
negara India, kini menjadi
makanan kegemaran
masyarakat majmuk di
Malaysia.
DETIK-DETIK PERPADUAN 11
Mi kolok merupakan
makanan popular
masyarakat negeri
Sarawak turut digemari
pelbagai kaum di
Malaysia.
ihsan google
12 DETIK-DETIK PERPADUAN
Amplang merupakan
snek yang popular
di negeri Sabah dan
menjadi kegemaran
seluruh rakyat Malaysia.
ihsan google
DETIK-DETIK PERPADUAN 13
Kebudayaan
•• rdppaBkbpeMeuekeeteyrdrpiaaakralabael-yyatdyagalabMyaeagaasataiamnmaingkliaaaiayipknaya.iasiealsyaOdnuirnaaphgimlse.rbaaasdhudedmkidsbsauaabeaautnmbuyanMmtaabhyasbeueadnlantcineatygouaggnsal,reiaaahcrmharaaadbkakrrymaeayalkarpauaoshtaanmnniMdgmti kudtdadaeepiillaai-brihhtsymyeeauaasnbnmaitnatiamlugakosm.a.alebeUDnenlehanmiorlisbuklipennieuiyhlzaanahy,.ai
• pnDeei lgsoaasmorakpkdinituganiittauu.r,uptemraeynajaadni dtaarinkapnelpbealaganci koanugmdadrai lsaemluruh
14 DETIK-DETIK PERPADUAN PERAYAAN
Budaya kunjung- Sudah menjadi amalan
mengunjung di rakyat Malaysia, tradisi atau
rumah terbuka amalan rumah terbuka seakan
aidilfitri turut dirasai menjadi kemestian bagi setiap
oleh semua kaum
di negara ini tanpa perayaan utama seperti
mengira agama Hari Raya, Deepavali dan
dan keturunan. Tahun Baru Cina. Perayaan ini
disambut meriah setiap tahun
oleh semua kaum di negara
ini tanpa mengira agama
dan keturunan. Melaluinya ia
dapat memupuk semangat
kekitaan, kejiranan selain
merapatkan hubungan antara
jiran tetangga.
DETIK-DETIK PERPADUAN 15
Amalan menyambut perayaan
bersama-sama dapat memupuk
semangat perpaduan antara
kaum di Malaysia. Pelbagai kaum
turut menyambut perayaan Tahun
Baru Cina.
ihsan google
16 DETIK-DETIK PERPADUAN
Masyarakat berbilang bangsa
dapat melihat budaya masyarakat
India di Malaysia menyambut
perayaan Deepavali. Pemahaman
terhadap budaya bangsa lain
boleh mewujudkan rasa hormat-
menghormati antara satu sama lain.
Situasi yang sama juga berlaku
kepada penganut agama
Kristian. Penganut agama
Kristian meraikan perayaan
krismas dalam pelbagai aspek
seperti pakaian dan makanan.
Perbezaan budaya mampu
mendidik rakyat Malaysia
menerima kepelbagaian
budaya dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini.
Masyarakat Kadazan merayakan Tadau
Kaamatan setiap kali selesai musim
menuai padi. Tradisi ini tiada di negara
lain dan perlu diteruskan dan menjadi
contoh kepada generasi baharu
bahawa negara ini ada caranya
tersendiri untuk memupuk perpaduan
kaum.
DETIK-DETIK PERPADUAN 19
Di Bumi Kenyalang, tidak kurang
40 sub-etnik bernaung dengan
kesemuanya mengangkat bahasa,
warisan,budaya, nilai dan cara hidup
masing-masing. Namun di sebalik
perbezaan yang wujud, semua
mereka sepakat dalam meraikan
Gawai Dayak pada 1 Jun setiap
tahun.
20 DETIK-DETIK PERPADUAN
Sukan
• SbaappmbomdsMetcaeoelkaeereaadrokbrnpntbnorluniaaelnagiapnkglayerdiagnsaurasnugaugniasrnagktiaaniwarrkprpanapkaanakaaakkodeuryymdmudlnmpiaaatmuaaieaapktt.tmrmdkatMyeabDeuaatbrkepamheldinyutrualats,aagaikilaktidbmtythls-etmiyaasdkauetiaaapneetntngatmsyyiuksnaaabkptnaeuagnri.
• CjLdtardbsbeeayMdoaaogaeaemekincknautnrynleostiaCahlaaomgaarpnrsuhuthbamyygeedso.tsaakpraamasiiInbtanaudoanns-geeiksnumldpnlaaipaznnkWjaadahoimaaanngnaalemntdndkasomlniasgeaueOebenmnikumptknheiplankdioeermgirainlematniplpmipiagrktpgghaeaiauynkbgiaakrdannadpkead.rt.aaatapiarSundik-,uaeddgmiinmmbuuiaiakluannaa
DETIK-DETIK PERPADUAN 21
DatukLee Chong Wei
Kehadiran penyokong yang terdiri
daripada pelbagai kaum memperlihatkan
semangat perpaduan yang wujud dalam
bidang sukan.
22 DETIK-DETIK PERPADUAN
Sukan mampu memecah
tradisi dominasi oleh
sesuatu etnik terutama
dengan penampilan
‘kemajmukan’ bukan
sahaja dari segi
penyertaan tetapi lebih
dari itu, menghargai dan
mencipta semangat satu
negara, satu matlamat.
DETIK-DETIK PERPADUAN 23
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh
melahirkan generasi cergas dan sihat bukan
sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi
keupayaan mengukuhkan kesejahteraan
pelbagai masyarakat dalam memastikan
perpaduan terus utuh.
ihsan google
24 DETIK-DETIK PERPADUAN
Nyanyian dan lakonan
• Rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum yang kaya dengan
pelbagai corak seni warisan yang
menggambarkan identiti bangsa
masing-masing.
• Penerimaan, penghormatan dan
pengiktirafan masyarakat kepada
kepelbagaian corak seni tersebut
menjadi salah satu unsur penting
dalam membentuk semangat
perpaduan.
Lagu dan muzik adalah satu lagi
saluran artistik yang membantu proses
membentuk hubungan antara kaum.
Antaranya Allahyarham Sudirman Haji
Arshad adalah seorang yang cuba
menggalakkan keharmonian antara
etnik melalui muziknya. Hari ini, ada
ramai penyanyi dalam kategori itu
seperti Yuna, Elizabeth Tan, Jaclyn
Victor berjaya merentasi sempadan
perkauman.
Teater Mud : The Story Of
Kuala Lumpur merupakan
produksi teater paling
lama di Malaysia iaitu
ditayangkan selama
tiga tahun di Panggung
Bandaraya Kuala Lumpur.
Teater ini memaparkan
mesej persefahaman
antara kaum.
ihsan google
26 DETIK-DETIK PERPADUAN
Animasi
• kmyAoademnmagubjnutiuigntir.aautpaberterishruvusibsauuhanalgduaanntnuagknrtaafirka
pmBbdwNseKoueeaaoraykpnblartruygaateKmunagdknhnynaauapakigsamraleinLbdnsrlaybbyee.abataacrtaanrgaDaknytarajaauaayintukauklmakdaKnkneaeuamMgnmmtmieosekupan-hrdnuuuaegsnnmitgjuikmkkaadn
• karwysaatHneuaakuaabrnamtuskaegnit-lknanlmkmaaynauienaaratrayl.mj,akmamytaMaaukaskrnreyke,LglaaaasarenyttateilufadkkrkidaidasnaaitanrrdihMtndruaakaankrekialrpaabhipuayniedmasd-liiudaaa-paua, n
• olTuelekrihnsaybnaatoanly,eakhekDrkjaaa-tukuemkrj.Laattuinlisi adnigdeamnari
DETIK-DETIK PERPADUAN 27
Kampung Boy
ihsan google
28 DETIK-DETIK PERPADUAN
ihsan google
DETIK-DETIK PERPADUAN 29
&Upin Ipin
• Siri animasi Upin & Ipin
mempunyai naratif, visual
semiotik, dan watak-watak
melambangkan sifat
perpaduan atau identiti
tipikal Malaysia dalam
kalangan etika kumpulan
dengan memberi tumpuan
kepada kehidupan di
kawasan luar bandar.
• Ia menggambarkan
hubungan erat selain
persefahaman dan
kerjasama dengan kumpulan
etnik yang berbeza, sebagai
contoh, watak-watak di
dalam siri animasi ini mewakili
pelbagai bangsa seperti
Melayu, Cina, India dan
seluruh rakyat Malaysia.
• Gaya hidup dalam ceritanya
mewujudkan jambatan
toleransi, kepekaan,
keharmonian dan keunikan
yang boleh dikongsi
bersama.
30 DETIK-DETIK PERPADUAN
Filem
• Menerusi filem juga, detik-
detik perpaduan dapat
dilihat dan disemai oleh
semua rakyat. Antaranya,
filem Ola Bola, yang
telah membangkitkan
semangat perpaduan
rakyat Malaysia, dalam
membentuk sebuah
negara bangsa yang
hebat lagi bermartabat.
• Dalam filem tersebut
pasukan bola sepak
kebangsaan yang terdiri
daripada pelbagai kaum
(Melayu, Cina dan India)
bermain bersama-sama
demi mengejar kejayaan
dan menjulang nama
negara di persada dunia.
DETIK-DETIK PERPADUAN 31
ihsan google
Filem
Ola Bola
32 DETIK-DETIK PERPADUAN
ihsan google Tan Sri
P Ramlee
• Seniman agung,
Allahyarham Tan Sri
P.Ramlee, individu yang
tidak asing lagi dalam
masyarakat Malaysia.
Karya filemnya dinikmati
semua lapisan masyarakat
tanpa mengira batas
kaum, agama, darjat
atau usia. Filem-filemnya
juga berjaya memupuk
semangat perpaduan
pelbagai kaum antaranya
Seniman Bujang Lapok
dan Gerimis yang
mengenengahkan nilai-
nilai perpaduan dan
toleransi.
DETIK-DETIK PERPADUAN 33
ihsan google
34 DETIK-DETIK PERPADUAN
Kebajikan
• Membantu orang susah dan memerlukan pertolongan
juga adalah salah satu daripada sikap yang dapat
mewujudkan perpaduan kaum. Ini kerana, tanpa
mengira latar belakang, warna kulit dan budaya kita
akan bersama-sama membantu.
Tanggungjawab masyarakat terhadap kerja-kerja
kemasyarakatan mesti dipupuk dan disemai sebagai
satu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara.
DETIK-DETIK PERPADUAN 35
Penganjuran lebih banyak
program gotong-royong
membersihkan kawasan
kejiranan mampu
menyemarakkan detik
kebersatuan masyarakat
pelbagai kaum selain dapat
membasmi kegiatan jenayah
yang berleluasa.
36 DETIK-DETIK PERPADUAN
Penutup
Walaupun negara kini diuji pelbagai isu
yang boleh menggugat keharmonian,
masyarakat dinasihatkan tidak melupakan
detik-detik perpaduan negara. Perpaduan
merupakan satu proses yang berterusan dan
tidak boleh dicapai dalam sekelip mata.
Malaysia yang terkenal dengan
kepelbagaian budaya dan bangsa, sudah
mencapai keharmonian yang kukuh. Ia
jelas dapat dilihat melalui budaya harmoni
yang dipupuk sekian lama oleh mereka
yang terdahulu, dan disambung serta
diperkukuhkan masyarakat kini.
Justeru, marilah kita bersama-sama
menghargai perpaduan dan keharmonian
negara. Bak kata pepatah Melayu ‘berat
sama dipikul ringan sama dijinjing’, ‘bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat’.
DETIK-DETIK PERPADUAN 37
SEMANGAT PERPADUAN
MENGALIR DALAM
DIRI KITA
Dengan adany
kejayaan pa
a perpaduan,
sti tercapai.
Penyelaras Pereka
Suzana Md Jamin Azmi Ali
KEMENTERIAN KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Diterbitkan oleh :
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Laman web : www.penerangan.gov.my
Portal : pmr.penerangan.gov.my
E-mel : [email protected]
B.027(B.M)JULAI 2018 (050.)
CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT. NO: MY-AR5240