The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL -TOKOH KEMERDEKAAN - IBU ZAIN (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fararynas, 2021-09-12 22:31:25

BUKU SKRAP DIGITAL -TOKOH KEMERDEKAAN - IBU ZAIN (1)

BUKU SKRAP DIGITAL -TOKOH KEMERDEKAAN - IBU ZAIN (1)

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL

BUKU
SKRAP

TOKOH KEMERDEKAAN

IBU ZAIN
TOKOH PENDIDIKAN

TEMPATAN

MUHAMMAD RAZZEQ FIQRY BIN RAZAK

SMK SERI GADING

INTISARI
KANDUNGAN

BUKU SKRAP - TOKOH KEMERDEKAAN
Pendahuluan

Biodata Razzeq
Biodata Tokoh - IBU ZAIN
Rasionalisasi Pemilihan Tokoh

Kelebihan Tokoh
Kredibiliti Tokoh
Jasa Dan Sumbangan Tokoh

Penutup

Biodata Saya

Nama : Muhammad Razzeq Fiqry Bin Razak
Sekolah : SMK Seri Gading ,Batu Pahat,Johor

Tingkatan : 1 Ibnu Khaldun
(PPKI SEGA)

Tarikh Lahir : 10 Februari 2006
Alamat : T/L 3/4 Lorong 3,
Kampung Baru Sri Gading,
83000 Batu Pahat,Johor.
Hobi : Melukis
Cita-Cita : Pelukis Animasi

Motto : BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA

BIODATA
TOKOH

IBU ZAIN

TAN SRI HAJJAH ZAINON BINTI MUNSHI SULAIMAN.
(22 JANUARI 1903- 02 APRIL 1989)

LEBIH DIKENALI SEBAGAI "IBU ZAIN".
MERUPAKAN SEORANG TOKOH PENDIDIK DAN AHLI POLITIK WANITA.

DILAHIRKAN DI NYALAS ,MELAKA.
ANAK KE 6 DARI 8 ADIK BERADIK.
BERKAHWIN DENGAN HAJI AMIN BIN AHMAD.

DIKURNIAKAN 3 ORANG ANAK.

Ayahnya ,Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang,
Riau.

Munshi Sulaiman adalah seorang guru Agama Islam dan
Bahasa Melayu dan dari ayahnya jugalah

Ibu Zain mendapat pendidikan tidak formal.
Sejak dari kecil,Ibu Zain merupakan seorang anak

yang gigih menimba ilmu.
Beliau belajar di Methodist Girls School,Tengkera

(1909-1912)
Tengkera School

(1913-1915)
Sehingga lulus Junior Cambridge.

RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH

Saya memilih IBU ZAIN sebagai tokoh kemerdekaan
kerana beliau merupakan pelopor kepada wanita melayu
khususnya dalam bidang pendidikan dan pemimpin wanita

yang berwibawa.
Pendidik berjiwa nasionalis ini memulakan kerjayanya

sebagai guru percubaan di Sekolah Perempuan
Derah Batu Pahat dan Muar.

Pada tahun 1927, beliau menggalas tanggungjawab
sebagai Penyelia Sekolah -Sekolah Perempuan Seluruh Negeri Johor.

Wanita berjiwa pendidik ini bukan sahaja berjuang
dalam meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa tetapi
giat dalam pertubuhan sukarela dengan menubuhkan Persekutuan
Guru- Guru Perempuan Melayu dan memimpinnya selama 19 tahun.

Pada tahun 1945,Ibu Zain menubuhkan Kumpula Ibu Sepakat.
Ianya ditubuhkan pada zaman Jepun bermaharajalela menzalimi

wanita ,kaum melayu dan penduduk tanah melayu.
Dengan penubuhan kumpulan ini juga maka bermulalah

pembabitan awal Ibu Zain dalam kancah politik.
Pertubuhan kumpulan wanita pimpinan Ibu Zain
bergabung dengan Pergerakan Melayu Semenanjung pimpinan

Datuk Onn Jaafar menentang penjajah.

Kelebihan Tokoh

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara Ibu Zain
turut menyumbang bakti dan menyatukan kaum Ibu.
Sewaktu zaman konfrontasi Komunis,beliau mendaftar

diri sebagai Tentera Sukarela dengan meredah
hutan seorang diri ,bergerak dari satu kampung
ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah
Komunis dari menular dikalangan masyarakat.
Walaupun aktif berpolitik,jiwa beliau sebagai pendidik

tidak pernah hilang dalam diri Ibu Zain.
Buktinya dengan tertubuhnya Kolej Puteri Tengku Ampuan

Mariam.

Beliau merupakan Pengetua kolej ini yang menampung anak - anak
perempuan yang terkandas dalam Sijl Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM) untuk menyediakan mereka dengan Sijil Tinggi

Pelajaran (STP) bagi membolehkan mereka masuk universiti.
Beliau juga sentiasa memastikan status wanita dihargai
dengan mencadangkan Hari Wanita yang diraikan pada
25 August setiap tahun.
Walaubagaimanapun Hari Wanita pertama diraikan pada
tahun 1962 yang dikenali sebagai Hari Ibu di Johor Bahru.
Beliau turut memainkan peranan dalam
mendaulatkan Bahasa Melayu.
Pada tahun 1956, beliau terlibat dalam Kongres Bahasa
Dan Persuratan Melayu sehinggan tertubuhnya
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958.

KREDIBILITI TOKOH

Kecenderungan dalam bidang pendidikan bermula pada
tahun 1916.

Berbekalkan ilmu pengetahuannya,Ibu Zain mencurah
bakti kepada anak kampung di Pasuh Jaya Waras
Negeri Sembilan dengan menulis dan membaca.

Dibesarkan oleh ayahnya, seorang pendidik sejati maka Ibu
Zain juga cemerlang dalam lapangan
pendidikan apabila beliau dilantik
menjadi guru besar di sekolah terbabit
6 bulan selepas mengajar.
Beliau memimpin sekolah terbabit
sehingga tahun 1926.

Wanita berjiwa pendidik ini bukan sahaja
berjuang dalam meningkatkan taraf pendidik
anak bangsa tetapi juga giat dalam pertubuhan

sukarela.
Ibu Zain juga telah memperkenalkan subjek

Masakan,
Kesihatan ,Senaman dan Pertukangan Tangan di

sekolah - sekolah yang pernah dipimpinnya.
Ibu Zain juga berkebolehan berbahasa Jepun
menyebabkan beliau dihormati oleh pegawai

dan askar Jepun.

Beliau bukan sahaja cemerlang sebagai pendidik bahkan juga
sebagai pemimpin bidang pendidikan apabila

beliau dilantik sebagai Guru Pelawat bagi Sekolah -Sekolah
Perempuan Daerah Batu Pahat dan Muar.

Pada tahun 1927,tanggungjawab lebih besar
digalas oleh beliau apabila menjadi Penyelia
Sekolah -Sekolah Perempuan Negeri Johor.
Beliau juga mengasaskan Majalah Guru dan
Bulan Melayu dalam menyemarakkan lagi

semangat juangnya menentang penjajah.
Beliau juga tidak meminggirkan pendidikan
agama denganmewujudkan Sekola Agama di sebelah petang.

Wanita berjiwa pendidik ini bukan sahaja berjuang dalam
meningkatkan taraf pendidik anak bangsa tetapi juga
giat dalam pertubuhan sukarela.
Ibu Zain juga telah memeperkenalkan subjek
masakan,kesihatan,senaman dan pertukangan
tangan disekolah-sekolah yang pernah dipimpinnya.
Ibu Zain juga berkebolehan berbahasa Jepun maka
beliau dihormati oleh pegawai dan askar jepun.
Walaupun telah mempelajari Bahasa Alquran
dari ayahnya,beliau turut mendalami Bahasa Arab
dengan Haji Fadzullah Suhaimi.

Dalam perjalanan ke Mekah menuanaikan fardhu haji
pada tahun 1933,beliau telah berjaya mempelajari
Tafsir Alquran dari guru agama iaitu
Ustaz Mohd Amin Ahmad yang kemudian menjadi
suaminya.

Pengaruh dan pengalaman sebagai pemimpin dalam
bidang pendidikan menyebabkan beliau dilantik
sebagai Pegawai Penerangan.

Kecintaannya terhadap hal ehwal wanita mendorongnya
menyertai pergerakan Pandu Puteri sehingga

beliau dicatatkan sebagai wanita melayu pertama
menyertai pergerakan ini.

Bekas Setiausaha Pandu Puteri Johor ini pernah
mengikuti Jamboree Pandu Puteri di Colombia pada

tahun 1954.
Pertubuhan Pergerakan Melayu Semalaya (PMS)
pada tahun 1946 membawa Ibu Zain ke kancah politik.

Ibu Zain adalah antara tokoh politik wanita
berpengaruh dalam Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau United Malaya National

Organisation (UMNO).
Ramai yang tidak mengetahui Ibu Zain adalah
salah seorang pejuang terbilang UMNO dalam

menuntut kemerdekaan.

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas
beliau telah menerima beberapa penghormatan dari

dalam dan luar negeri.
1974 - Pingat
Sultan Ibrahim

1958 - Anugerah Johan Mangku Negara
1974 - Pingat Lady Of Myanmar
1974 - Pingat Tun Fatimah

1975 - Tokoh Guru Kebangsaan Pertama
1975 - Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya

1979 - Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota
1980 - Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman.

PENUTUP

Perjuangan dan bakti Ibu Zain terhenti apabila
Negarawati ini meninggal dunia pada

2 April 1989 kerana menghidap barah dalam perut.
"AGAMA DIDIDIK, MODEN DIBELA,

DUNIA DIKELEK , AKHIRAT DITATANG.."
Ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Hajjah
Zainon Sulaiman untuk renungan dan teladan

generasi kini.
Ibu Zain bukan sahaja pendidik sejati tetapi
patriot yang tidak pernah patah semangat

dalam memperjuangkan hak peribumi melayu.

Pelopor politik wanita ini juga telah meninggalkan
semangat perjuangan tinggi dalam memartabatkan

nasib wanita kepada semua wanita Malaysia.
Semoga liku- liku perjuangan Ibu Zain menjadi penyuntik

semangat kepada golongan pendidik
dalam menyampaikan ilmu dan menjadi penjana

transformasi pendidikan negara.

IBU ZAIN KETIKA PINGAT TOKOH GURUi
MENERIMA ANUGERAH

TOKOH GURU 1975

SEKOLAH PERTAMA YANG DIBINAHASIL DARI DUITNYA SENDIRI KOLEJ IBU ZAIN
TADIKA TUNAS SUCI (KIZ-UKM)
1919

SUMBER RUJUKAN

https://ms
.wikipedia.org

https://www.malaycivilization.com.my
https://www.majalahlabur.com
sumber gambar : utusan malaysia
https://www.ukm.my/kiz/
hannahnabihahDotBlogspot

2001HakCiptaTerpeliharaPerpustakaanNegaraMalaysia
photoby:debate.org
































Click to View FlipBook Version