The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-01-04 01:42:07

mpu

mpu

MPU23032 NO PENDAFTARAN
PENGAJIAN ISLAM 20DPM20F3061
20DPM20F2004
NAMA PELAJAR
MOHAMMAD IRFAN BIN SUPANDI
MOHD HASROL ZAMRI BIN ZAMIZI

SOALAN 1 :
Penyalahgunaan Bahan Terlarang Dalam Kalangan Pelajar IPT.

(Slide 2)PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan berkat keizinan dan kemudahan daripadaNya, kami dapat menyiapkan
tugasan E-Folio MPU23032 Pengajian Islam ini dengan jayanya. Disamping berusaha menyiapkan
tugasan ini sepenuhnya, kami juga mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan baru yang dapat
memberi manfaat kepada kami.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah MPU23032 Pengajian Islam Ustaz MUHD SYAHAZIZAMIR
SAHMAT yang telah berusaha

sehabis baik menyampaikan ilmu dan membantu memberi tunjuk ajar mengenai tugasan ini bagi
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

(Slide 3)PENGENALAN

 Peribahasa “ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
Negara” cukup untuk menggambarkan kepentingan
anak muda masa kini kerana merekalah yang bakal
mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa
akan datang. Namun malangnya mutakhir ini,
terpampang di dada-dada akhbar isu
penyalahgunaan barang-barang terlarang yang juga
melibatkan anak muda. Dalam arus modenisasi ini,
pemuda sama ada yang menuntut di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) ataupun tidak sering tewas
dan dibicarakan dalam isu penyalahgunaan barang –
barang terlarang. Isu ini tidak asing lagi bagi rakyat
Malaysia kerana anak muda telah lama dibelenggu
masalah ini bahkan sebelum pandemik COVID-19
melanda negara kita. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pihak kerajaan , universiti , keluarga dan juga
masyarakat setempat untuk mengurangkan kes-kes
ini tetapi kesan pengurangannya amatlah sedikit.

(Slide 4)OBJEKTIF KAJIAN

-Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti penyalahgunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT dengan lebih spesifik dan seimbang.

-Mengenal definisi sebenar penyalahgunaan bahan terlarang, jenis
dan cabang bahan-bahan terlarang.

-Mengenalpasti faktor-faKtor penyalahgunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT

-Mengenalpasti kesan-kesan penyalahgunaan bahan terlarang dalam
kalangan pelajar IPT

-Mengenalpasti cara-cara mengatasi penyalahgunaan bahan
terlarang dalam kalangan pelajar IPT

(Slide 5)DEFINISI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja terutamanya pelajar IPT. Hal
ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang menyebabkan golongan remaja dan pelajar IPT

terjerumus dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang. Bahan-bahan terlarang ini
menyebabkan ketagihan kepada penggunanya dan sekaligus memudaratkan kesihatan dan

keupayaan seseorang.

Penyalahgunaan bahan terlarang akan mempengaruhi fizikal,mental,emosi dan psikologi
seseorang. Jadi tidak hairanlah kenapa ia amat berbahaya. Pada era ini, bahan-bahan
terlarang amat mudah didapati oleh kerana banyak sindiket yang dijalankan di serata

tempat termasuklah di dalam IPT. Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang
murah dan mampu dibeli oleh pelajar.

Selain itu, sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan ia disalahgunakan oleh
sesetengah pihak dengan mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan

mereka menjadi khayal.

Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah dadah,rokok,daun ketum,
gam dan arak.

(Slide 6)CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DADAH

 Penyalahgunaan dadah berlaku apabila seseorang mengambil bahan kimia perubatan
bertentangan dengan kepentingan rawatannya.

 Dadah boleh diambil dengan pelbagai cara antaranya melalui penyedutan, suntikan,
merokok, penyerapan pada kulit, supositori iaitu memasukkan ke dalam dubur, atau

melarutkan di bawah lidah.

Contoh-contoh dadah yang popular dalam kalangan pelajar IPT

-Marijuana / Ganja Ecstasy

-Methamphetamine Syabu / Ais

-Pil Kuda Kokain

ROKOK

 Kajian mendapati bahawa 50% daripada golongan remaja dan pelajar IPT terlibat dalam
kegiatan merokok.

 Merokok adalah penggunaan bahan terlarang yang paling senang dipengaruhi dalam
kalangan remaja.

 Rokok diperbuat daripada bahan-bahan berbahaya dan beracun seperti lilin, pembersih
lantai, penghapus cat, bahan bakar, bahan plastic PVC dan sebagainya.

 Rokok akan menyebabkan ketagihan dan memudaratkan kesihatan oleh kerana perokok
akan menghidapi penyakit seperti penyakit jantung, kanser, strok dan tekanan darah
tinggi.

DAUN KETUM

 Daun ketum ialah sejenis daun herba yang digunakan secara tradisional untuk merawat
penyakit, tetapi ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

 Daun ketum disalahgunakan apabila ia dicampur dengan bahan seperti tembakau, alcohol,
kafein, pil khayal, ubat nyamuk, ubat demam, ubat tahan sakit dan ubat batuk.

 Campuran bahan-bahan kedalam air ketum ini akan menyebabkan orang yang
meminumnya menjadi khayal, otak menjadi perlahan dan berhalusinasi.

GAM

 Gam ialah sebahagian daripada dadah jenis inhalan atau pelarut.
 Aerosol ialah penyembur yang digunakan untuk membunuh serangga.
 Kedua-dua bahan ini mempunyai bau yang amat kuat dan mengkhayalkan.
 Menghidu gam dan aerosol boleh menyebabkan seseorang itu menjadi resah, fikiran

bercelaru, terhoyong hayang dan sebagainya.

ARAK

 Arak diperbuat daripada perapan buah-buahan dan dicampurkan dengan alcohol.
 Alkohol yang terkandung dalam arak ini akan menyebabkan orang yang meminumnya

mabuk, berada dalam keadaan tidak sedar dan hilang kawalan.
 Individu yang kerap meminum arak akan menghidapi penyakit seperti barah hati.
 Arak mudah didapati di mana-mana termasuklah di pasar raya dan kedai-kedai kecil.
 Meminum arak adalah salah di sisi undang-undang negara dan akan dikenakan hukuman.

Di sisi agama juga arak diharamkan dan akan mendapat dosa jika meminumnya
walaupun setitik.

(Slide 7)FAKTOR – FAKTOR GEJALA INI BERLELUASA

Diri sendiri Pengaruh rakan

 Pelajar yang sedang  Rakan mengambil alih tanggungjawab ibu

melalui perkembangan fizikal dan bapa semasa di luar rumah kerana mereka
emosi inginkan kebebasan dan hak

untuk membuat keputusan sendiri ialah orang yang paling rapat dengan pelajar

kerana tidak mahu dikonkong .  Pelajar merasakan rakan adalah orang yang
paling memahami situasinya kerana berkongsi

 Pelajar mempunyai daya ingin tahu masalah yang sama
yang tinggi terutamanya tentang

keadaan sekeliling atau ‘ trend ’  Pemilihan rakan yang salah akan
semasa. menyebabkan pelajar terjeremus dalam isu ini

 Di usia muda mereka mementingkan kerana pelajar akan mengikut apa yang
hiburan dan suka mencabar diri dengan dilakukan oleh rakan untuk memperoleh

kepercayaannya dan menambah kawan baru
mencuba perkara baharu

Pengaruh media massa Kurang didikan agama

 Dalam dunia teknologi kini , pelbagai  Ibu bapa berperanan besar dalam
maklumat boleh diakses di hujung jari membentuk keperibadian seseorang pelajar

sahaja dengan ilmu agama dan nilai murni terpuji

 Terdapat banyak paparan yang negatif  Tanpa bimbingan ibubapa, pelajar tidak
di internet seperti filem berunsurkan dapat membezakan mana yang baik dan
dadah yang sering tular sebagai video ‘

trending ‘ di Tiktok dan aplikasi lain buruk sebelum membuat sesuatu keputusan

 Golongan pelajar mudah meniru dan  Kebanyakkan pelajar yang terlibat dalam
mengikut aksi yang dilihat di sekeliling gejala ini , kurang perhatian dari keluarga
yang menyebabkan mereka berasa tersisih.

(Slide8)KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

 Dadah boleh menyebabkan mahasiswa  Mahasiswa atau Mahasiswi yang ketagihan bahan

mahupun mahasiswi mengalami terlarang menunjukkan perubahan emosi yang sangat
jelas,sama ada menjadi terlalu gembira, asyik ketawa

perubahan tekanandarah,berpeluh, , berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak
muntah,kehilangan berat badan,sakit dada dan

berkemungkinan akan diserang sakit jantung yang mahu melakukan aktiviti.

boleh menyebabkan kematian.  Apabila mengambil dadah,mereka berasa lebih yakin

dan gembira,sebaliknya menjadi murung dan gelisah

 Rokok juga boleh meyebabkan perokok mudah jika tidak mendapat bahan tersebut.Apabila

keinginan
mendapat penyakit jantung , barah paru-paru
dan masalah saluran pernafasan yang teruk. untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi,akan
berlaku gangguan dan ketidaktenteram jiwa dan juga

 Minuman alkohol boleh merosakkan sel-sel hati, mungkin akan bertindak agresif untuk

menghilangkan
mengurangkan pengeluaran hempedu,
menyebabkan sirosis hati dan hepatitis. ketagihan dadah yang sedang dialami

Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf  Penyalahgunaan dadah seperti ganja memberi

impak

dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat. yang kuat kepada otak sehingga menyebabkan

TERHADAP FIZIKAL penagih mengalami psikosis iaitu sakit mental yang
PELAJAR IPT teruk dan boleh berlakunya pembunuhan.

KESAN TERHADAP EMOSI
PELAJAR IPT

KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

 Pelajar IPT yang terjebak dengan penyalahgunaan

dadah mereka akan mula menjauhkan diri daripada
keluarga dan rakan-rakannya.Kebanyakkan

mahsiswa mahupun mahasiswi akan hilang minat
dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap

dirinya sendiri,keluarga dan masyarakat

 Mendorong pelajar melakukan jenayah seperti

merompak,mencuri dan jenayah yang boleh
menjejaskan ketenteraman masyarakat justeru
memyebabkan mereka lupa matlamat mereka di
institusi tinggi. Ianya juga mengakibatkan pelajar

hilang kawalan dalam pergaulan sosial dan
cenderung untuk melakukan seks.

 Boleh menyebabkan pelajar di IPT tersebut

bertindak ganas dan berkemungkinan terlibat dalam
pergaduhan

(Slide9)CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT

MELALUI PIHAK IPT

 Mengadakan kempen kesedaran diri tentang bahayanya pengambilan bahan terlarang di kampus-

kampus dan melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.Hal ini bertujuan
untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan
remaja
tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka

 Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi supaya dapat mewujudkan

kerjasama
di antara pelajar. Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu

penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.

MELALUI PERANAN IBU BAPA

 Sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan

dan ibubapa juga perlu sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka hadapi dan sentiasa
memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang negative.

 Mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya supaya tidak mudah terpesong dan

terpengaruh dengan segala masalah sosial yang berlaku kepada pelajar-pelajar

 Ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil

tahu

hal-hal peribadi anak-anak walaupun mereka berjauhan bagi membantu mencegah peningkatan
masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT.

MELALUI TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI

 Setiap pelajar IPT perlu bijak mengawal diri dan perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri

yang

kukuh bagi menghadapi arus rintangan supaya dapat membina identiti dan personaliti diri mereka.

 Perhatian dan sokongan daripada pihak penting dapat membentuk keyakinan dan kekuatan diri

mereka
dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran,

 Pelajar harus mengawal diri sendiri dan harus memilih rakan sebaya yang baik kerana rakan sebaya

mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukkan akhlak

MELALUI PERLAKSANAAN UNDANG - UNDANG

 Tindakan undang-undang hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat

kepada pengedar dan penagih dadah

 Mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah kerana tanpa pengedar dadah

ini
sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah.

 Mengenakan hukuman minima bagi penagih dadah jenis syabu adalah 20 tahun penjara dan 15 kali

sebatan dan jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman gantung sampai mati manakala

kesalahan bagi memakan dadah Syabu boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau
RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali

(Slide10)KESIMPULAN

Kesimpulannya, isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar
IPT banyak memberi impak negatif pada individu itu sendiri dan masyarakat. Para
remaja seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada hari ini untuk tujuan
kebaikan dan bukannya menyalahgunakan kemudahan tersebut. Oleh itu, ibubapa perlu
memainkan peranan penting yang utama untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi

tentang bahayanya barang-barang terlarang seperti rokok, dadah, alkohol dan
sebagainya.Rakan juga perlu mengambil inisiatif dalam mendorong rakan yang lain untuk
tidak melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan barang-barang terlarang ini. Pada zaman

ini remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya barat yang sering
mengamalkan unsur negatif dalam penggunaan bahan terlarang ini. Hal ini mendorong

remaja sekarang mudah terikut-ikut walaupun mereka tahu kesan sampingan bahan
tersebut yang boleh menyebabkan kematian.Oleh itu, bahan ini lebih banyak memberi

kesan yang negatif berbanding positif oleh masyarakat.Akhir sekali, pihak IPT wajar
mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar agar dapat menjauhi diri daripada

bahan-bahan terlarang yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan kepada
mereka yang masih berdegil dan melanggar peraturan pihak IPT.

(Slide11)RUJUKAN

 https://antidadahsedunia.blogspot.com/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Dadah

 https://www.mmgazette.com/merokok-di-kalangan-pelajar-sekolah-realiti-depan-mata-

smokefreemy-dr-rashidi-mohamed/

 http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-masalah-pergaulan-bebas-di-kalangan-

remaja-sekolah/

(Slide12)LAMPIRAN

Jenis-jenis dadah yang popular dalam Bahan-bahan berbahaya dan
kalangan pelajar beracun di dalam rokok

Daun ketum yang diproses menjadi air Menghidu gam


Click to View FlipBook Version