The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI75955, 2021-09-08 08:47:16

Fikir Positif

Fikir Positif

SMK SENAI

SMK SENAI

Tentukan matlamat yang
mampu dicapai.

Berkawan dengan orang yang
berfikiran positif.
Kerap mengamalkan senaman
relaksasi

Amalkan jenaka dalam kehidupan
harian-ketawa boleh membantu

Selalu berada di tempat-tempat
pembinaan kerohanian.

SMK SENAI

BERSABAR SENTIASA
BERSYUKUR

MEMAAFKAN CAKAP YANG
DIRI DAN ORANG BAIK-BAIK

LAIN

Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia

BERSABAR

Sabar adalah kesanggupan dan kemahuan untuk
menunda kepuasan. Kita semua perlu untuk
sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan kerana
sabar itu adalah melambangkan kekuatan jiwa
kita. Setiap perkara yang berlaku di dalam hidup
kita pasti ada hikmah yang tidak terjangkau oleh
akal kita, dan sentiasa bersangka baiklah dengan
tuhan.

Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia

SMK SENAI

SENTIASA BERSYUKUR

Bermula dengan mensyukuri apa sahaja yang ada dalam
genggaman kita. Harta, keluarga, kejayaan, kehidupan dan
segalanya. Di kala kita mampu bersyukur, bermakna kita
sedang berterima kasih kepada diri sendiri, kepada orang
yang memberi dan yang lebih penting adalah kepada Tuhan

yang memberi segala nikmat tanpa kita sedar.

Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia

SMK SENAI

MEMAAFKAN
DIRI DAN ORANG LAIN

Sebelum belajar memaafkan orang lain, kita harus belajar
memaafkan diri kita sendiri. Menerima kesilapan diri
dengan hati terbuka merupakan langkah awal bagi
mengosongkan fikiran dan hati kita dari perkara-perkara
negatif. Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam, bayangkan
orang yang berbuat kesilapan pada kita, dan bisiklah
dengan perlahan

“aku memaafkanmu sahabatku”.
Cuba kita buat setiap hari sebelum tidur, atau saat kita
terlihat atau teringat tentang orang-orang yang kita tidak
suka. Percayalah saat kita memaafkan orang lain, kita
akan jadi lebih tenang dan gembira. Sebagaimana kita
ingin dimaafkan dan diberi peluang kedua, begitu juga
orang lain.

#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF

Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia

SMK SENAI

Cakap yang baik-baik

Cakaplah yang baik- baik. Pilih perkataan yang tidak
akan menyinggung hati sesiapa. Percakapan yang
baik menggambarkan ketinggian kita dalam berbudi
bahasa dan kepada nilai diri kita. Perkataan yang
negatif bukan sahaja merosakkan emosi kita, tetapi
semua orang di sekitar kita. Antara kata positif yang
boleh kita amalkan.
1. Saya sudah buat yang terbaik.
2. Saya bangga dengan diri saya.
3. Saya yakin dengan diri saya.
4. Saya sangat berharga.
5. Saya pilih untuk positif.
6. Saya sayang diri saya.

Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia

SMK SENAI

Berupaya menangani Disenangi dan
stres dihormati

Merasa lebih Mudah mendapat
bahagia kawan

Dapat jalin hubungan Cenderung melihat
sosial yang baik kebaikan orang lain


Click to View FlipBook Version