The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rcm2907, 2020-11-16 10:27:53

CERITA PENDEK KANAK-KANAK

CERITA PENDEK KANAK-KANAK

Koleksi Cerita Kanak-kanak

Bangau
Menipu Ikan

Di tepi hutan terdapat
sebuah kolam. Airnya sudah
hampir kering. Semua ikan
berasa susah hati.

Pada suatu hari, datang
seekor burung bangau. Bangau
berpura-pura mahu menolong
ikan.

"Kamu semua boleh berpindah ke
kolam lain. Kolam itu tidak
kering," kata bangau.

Semua ikan bersetuju.
Mereka sangat gembira.

Bangau menolong ikan
berpindah dari situ. Seekor demi
seekor ikan itu dibawanya pergi.
Tetapi semua ikan itu dimakannya.

Kemudian tibalah giliran ketam
untuk berpindah. Ketam itu dibawa
pergi oleh bangau.

Terkejutlah ketam apabila
melihat tulang ikan. Ketam tahu
bangau itu penipu.

Bangau mahu makan ketam pula.
Tetapi ketam segera menyepit leher
bangau. Matilah bangau itu.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali
berbuat jahat.
Setiap perbuatan
jahat pasti akan
menerima balasan
buruk daripada
Tuhan.

KOSA KATA

bangau 鹤(一种鸟类)
menipu 骗
berpura-pura 假装
giliran 轮次
menyepit 夹


Click to View FlipBook Version