The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-sk3350tmp03, 2021-04-15 02:19:53

BUKU SKRAP DIGITAL-TOKOH PEMIMPIN JOHOR

SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR, TANGKAK

Keywords: TAN SRI DATO' ABDUL GHANI BIN OTHMAN

BUKU SKRAP DIGITAL

TAN SRI DATO'
ABDUL GHANI OTHMAN

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

PORTFOLIO PELAJAR

STUDENT LEADERS BOARD
(SLB) SMK TENGKU

MAHMUD ISKANDAR

NAMA : MUHAMMAD HAZAMI BIN MAHMOD

KELAS : 4 ELIT

EMEL : [email protected]

NAMA SEKOLAH : smk tengku mahmud iskandar

ALAMAT SEKOLAH : smk tengku mahmud
iskandar, batu 8, sg mati,
84000, tangkak, johor.

PENDAHULUAN

DEFINISI PEMIMPIN

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi
pengaruh kepada individu yang lain di dalam satu

pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam
kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang

mengikut struktur yang tersendiri dengan
mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi

mencapai kecemerlangan.

Saya memilih Tan Sri Dato' Abdul
Ghani bin Othman kerana beliau

merupakan pemimpin yang
berdedikasi, amanah dan

bertanggungjawab. Beliau juga
merupakan inspirasi bagi saya. Saya

juga memilih beliau kerana beliau
merupakan warga daerah Tangkak

seperti saya.

BIODATA TOKOH

NAMA : TAN SRI DATO' ABDUL GHANI BIN
OTHMAN

TARIKH LAHIR : 14 NOVEMBER 1946
TEMPAT LAHIR : SUNGAI MATI, LEDANG
NAMA ISTERI : DATIN PADUKA PROFESOR

DR JAMILAH ARIFFIN

RUMAH KEDIAMAN TAN SRI
DATO' ABDUL GHANI OTHMAN

LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN TOKOH

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki
Tangkak dan menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi
Muar (Goverment English School Muar).
Menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan
Colombo dan menerima Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi)
di Universiti La Trobe, Melbourne, Australia.
Melanjutkan Sarjana (Ekonomi Politik) di Universiti
Queensland.
Selepas kembali ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah
di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1979-1984)
dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi
& pentadbiran Universiti Malaya (1980-1984).
Selain itu, beliau mempunyai pengalaman berkhidmat
sebagai pengetua di Kolej Kediaman Pertama, Universiti
Malaya selama 5 tahun (1979-1984).

LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN TOKOH

Nostalgia semasa tingkatan 1 Menyambung pelajaran di Sekolah
Tinggi Muar (Goverment English

School Muar).

Nostalgia semasa tingkatan 2 Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi)
di Universiti La Trobe

Nostalgia semasa tingkatan 3 Sarjana (Ekonomi Politik)
di Universiti Queensland

KERJAYA DALAM
POLITIK

Kerjayanya mula berkembang apabila dilantik menjadi senator
di Dewan Negara (Disember 1984 - Julai 1986).
Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang
pada Ogos 1986.
Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik
menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, kemudian
menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990
hingga 30 November 1993.

SUMBANGAN

Dikenali sebagai 'Bapa Rakan Muda'
kerana berjaya memperkenalkan
program Rakan Muda yang
mendatangkan faedah kepada
golongan remaja dan belia.
Kemudian tempat beliau telah

digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin
Yassin.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Tan
Sri Dato' Abdul Ghani ditagih oleh
rakyat Johor dan beliau bertanding di
peringkat DUN Serom setelah lebih
10 tahun berkhidmat di peringkat

pusat.

Sejak Mei 1995, beliau dilantik
menjadi Menteri Besar Johor
menggantikan Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang telah dilantik menjadi
Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

ANUGERAH

1989 - Pingat Setia Mahkota Johor (SMJ)
- Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang
membawa gelaran Dato' oleh Baginda Sultan Johor

1996 - Pingat Darjah Kebesaran (II) oleh Baginda Sultan Johor
Beliau pernah menerima anugerah daripada Timesport
sebagai Sport Tofu Man of the Year Award pada 1994

2009 - Anugerah Tertinggi Johor iaitu 'Darjah Kerabat Johor (I)'
daripada Sultan Ibrahim Ibni Sultan Ismail

2014 - Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran
Tan Sri

NILAI
KEPIMPINAN

Berdedikasi dalam setiap kerja yang dilakukan.
Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya.
Seorang yang peramah dan mesra rakyat.
Beliau senang melakukan aktiviti-aktiviti bersama
rakyat seperti berbasikal dan bertaekwando.
Seorang pemimpin yang adil dalam membuat
keputusan dan pilihan yang bijak, saksama dan
seimbang.

PENUTUP

Diharapkan zaman kepimpinan Tan Sri Dato' Abdul Ghani
bin Othman yang unggul ini diteruskan oleh generasi akan

datang agar anak bangsa akan terus maju dan berjaya.

Semoga pada masa akan datang dan kini, generasi muda
akan menjadikan beliau sebagai tamsil untuk menjadi
seorang pemimpin yang disegani oleh orang ramai.

SUMBER
RUJUKAN

Temu bual
Nama : Encik Sulaiman Bin Rahman
Umur : 56 Tahun
Sumber Rujukan
Kediaman rasmi Tan Sri Dato’ Haji Abdul Ghani bin
Othman di Sungai Mati Tangkak Johor

Sumber internet
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Abdul_Ghani_Othman
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Abdul_Ghani_Othman
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rakan_Muda


Click to View FlipBook Version