The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isketambola29, 2021-05-24 23:13:44

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

SMK BINJAI 2021

BUKU PANDUAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

SMK BINJAI 2021

LOGO PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

SEJARAH PENUBUHAN PPIM

• PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).

• Pelancaran rasmi pada 17 Jun 1981.
• LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja

Permaisuri Agong yang pertama.
• Keanggotaan – untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
• Kurikulum – aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat

memberi bantuan kepada golongan miskin.

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri ciri berikut :

- Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip – prinsip Islam.
- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara

bersepadu iaitu dari segi spiritual , intelektual , emosi , sosial dan
fizikal.
- Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan
terhadap diri , keluarga , masyarakat dan negara .

MISI PPIM

- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di
dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-
program yang dijalankan .

- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat
khususnya puteri melalui aktiviti – aktiviti yang mencabar dan
menarik.

- Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan
kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri,
keluarga dan masyarakat.

OBJEKTIF PPIM
( Peringkat Sekolah )

Objektif PPIM di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan
tujuan seperti berikut :
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
- Taat kepada Allahn, Raja dan Negara
- Berilmu
- Berakhlak mulia
- Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing mereka dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya
menjadi insan kamilah,berilmu,mengajar dan memperkenalkan Islam .
- Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati

generasi tua

MATLAMAT PPIM

• Mengimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial dan fizikal
puteri-puteri melalui penyemaian , penyuburan dan pengukuhan
nilai-nilai pendidikan .

• Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan
puteri-puteri.

• Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri dalam pelbagai bidang
gerak kerja ko-kurikulum sekolah,institusi,maktab,kolej dan universiti.

• Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

MAKSUD BENDERA PPIM

• Merah Samar – keharmonian dan kelembutan
• Hijau – agama dimana taqwa adalah teras
• Putih – kesucian
• Kuning – ketaatan dan kesetiaan

IKRAR PPIM

“ Taat kepada Allah, ibu bapa, raja dan pemerintah ,
Menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam,
Berkhidmat untuk kebajikan masyarakat . “

COGAN KATA
“ BERIMAN , BERAMAL , BERKHIDMAT “

SULUH KATA PPIM

P – Patut dan taat kepada Allah I – Islam dipupuk ilmu dituntut
dan Rasul
U – Ugama dijunjung adat dikelek S – Sembahyang ditunai setiap
T – Taat kepada ibu dan ayah waktu
E – Erat ukhwah Islam sejagat
R – Rela berbakti kepada umat L – Larangan Allah mesti dijauhkan
I – Iman dipupuk ilmu dituntut
A – Akhlak mulia mengukuh
imann

M – Mukminin mukminat raktat
seperjuangan

LAGU PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia


Click to View FlipBook Version