KARANGAN RESPONS TERBUKA
(melebihi 180 patah perkataan)
Media massa sering menyiarkan berita tentang isu pencemaran alam
sekitar di negara kita.
Huraikan peranan masyarakat dalam menangani isu tersebut.
Pendahuluan
(F)Pada hari ini, pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana
sahaja. (H) Masalah ini menjadi satu perkara yang besar sehingga
sering menjadi topik hangat di media massa bukan sahaja di negara
kita, malah turut juga dibincangkan di negara-negara yang lain. (S)
Apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar kita pada hari ini? (J) Sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab, kita perlu bertindak sebelum terlambat.
(A) Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar di
negara kita terletak di tangan kita sendiri. (M) Pilihan yang bijak dan
berpandangann jauh ini akan memelihara tahap kebersihan
persekitaran kita. (Ba)Sebagai contoh, bila-bila masa sahaja kita boleh
katakan ‘tidak' kepada persekitaran yang kotor. Kita mempunyai kuasa
untuk mendesak para penjaja supaya mereka lebih ‘mesra alam' dalam
menjalankan kerja mereka. (K) Kawasan persekitaran bukan sahaja
bersih malahan bebas daripada punca pencemaran. (U)Hal ini
bertepatan dengan peribahasa Melayu, sambil menyelam minum air.
(P) Tegasnya, ingatlah bahawa pilihan yang bijak dan berwawasan
mampu menangani masalah alam sekitar.
(A) Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang
awam juga perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap
kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. (M) Hal
ini demikian kerana penjagaan kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi
dari rumah. (Ba) Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran
yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati
membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan di sekeliling
rumah. (K) Mereka perlu sedar bahawa tindakan itu hanya akan
menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada
masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya. (P) Sudah
terang lagi bersuluh, masyarakat perlu prihatin terhadap persekitaran di
tempat tinggal masing-masing untuk memupuk semangat sayang akan alam
sekitar.
Penutup
(Ks) Kesimpulannya, kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar
adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. (Cd)Justeru, sudah tiba
masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘tidak apa' dalam
diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan
pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. (Hp) Masyarakat
perlu sedar bahawa usaha ini merupakan tugas dan kewajipan kita di
muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita. /
Ingatlah bahawa tindakan anda sekarang akan menyelamatkan bumi
kita pada masa hadapan. / Ingatlah sekarang sebelum nasi menjadi
bubur.